TERKINI :

Wednesday, August 12, 2015

SOALAN MUDAH UNTUK NAJIB - MANA BAKI RM2,600 JUTA, MASIH ADA ATAU SUDAH HABIS?

Shahbudin Husin, 

 
Derma RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun perbadi Najib Razak bukan saja terus menjadi topik perbualan, bahkan telah membuatkan nama beliau melonjak popular di seluruh dunia dalam sekelip mata.

Popularnya Najib ketika ini sehingga masyarakat seolah-olah tidak lagi menyebut beliau sebagai anak Tun Razak yang sederhana dan berintergriti, tetapi lebih sebagai "raja duit" yang banyak wang dengan tiba-tiba.

Sepertimana kata Tun Mahathir Mohamad, Barack Obama sebagai manusia paling berkuasa pun tidak pernah menerima derma sebesar itu dan keyakinan penderma menyumbang sejumlah itu menjadikan Najib penerima derma paling bertuah dan dipercayai sekali di dunia ini.

Ini tentunya rekod dunia yang lebih tinggi daripada KLCC, walaupun kita kadangkala sedih melihat ada masjid setiap Jumaat terpaksa merayu sumbangan untuk memasang penghawa dingin atau membesarkan lagi ruangan bagi kemudahan jemaah, namun derma yang diterima hanya "ciput" saja sehingga rayuan terpaksa dilakukan setiap minggu.

Jika benar RM2,600 juta itu hanya derma, Najib nampaknya lebih dimuliakan berbanding surau dan masjid yang merupakan laluan utama menuju syurga.
 
Rekod dunia lagi...

Bersih enggan layan isu PAS, teruskan himpunan seperti dirancang


Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) memberi jaminan perhimpunan aman kali ke-4 (Bersih 4) dianjurkannya akan diteruskan seperti dirancang walaupun tidak mendapat sambutan PAS, yang secara tradisinya menggerakkan sejumlah besar penyokong untuk perhimpunan Bersih sebelum ini.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya enggan melayan konflik dalaman parti politik sebaliknya mahu menumpukan kepada usaha mereka menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya.

"Saya nak ingatkan, himpunan Bersih adalah isu rakyat Malaysia dan bukan hanya tentang parti politik.

"Ramai rakyat Malaysia akan turun, bukan saja parti politik, kerana mereka sokong tuntutan Bersih," katanya ketika dihubungi hari ini.

Maria berkata, Bersih terbuka kepada sesiapa saja, termasuk PAS, apabila pihaknya sejak awal menghantar surat kepada semua parti politik menjemput menyertai himpunan itu.

Tetapi, sehingga kini ia masih belum menerima respons rasmi daripada parti Islam itu.

Katanya, setakat ini respons yang diterimanya daripada PAS adalah "sedang berbincang".

"Kita tidak terlibat dengan konflik mereka. Apa yang kita tekankan perubahan terutamanya sistem pilihan raya, ini agenda kita melibatkan semua rakyat Malaysia," katanya.

Pas bukan musuh Harapan Baru

Wartawan Sinar Harian

JOHOR BAHRU - Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) Johor tidak menjadikan Pas di negeri ini musuh,” kata Pengerusinya, Aminolhuda Hassan.

Katanya, gerakan itu sentiasa menggunakan pendekatan inklusif menjadikan semua pihak rakan demi membela rakyat.

“Dalam politik tiada keperluan untuk Harapan Baru meramaikan musuh malah gerakan ini tidak pernah menjadikan Pas musuh.

“Kalau boleh kami mahu sentiasa duduk semeja (dengan Pas) bagi usaha bela rakyat,” katanya di sini, semalam.

Aminolhuda yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Johor berkata, gerakan itu akan terus bertindak sebagai check and balance dalam Pas.

“Kita mahu wujudkan ‘hubungan’ dengan semua orang termasuk mereka yang bukan Muslim.

“Malah bersama DAP dan PKR juga, kami diterima baik setiap kepimpinan serta ahli. Mereka turut sertai acara Harapan Baru Johor,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi GHB Johor, Dzulkefly Ahmad menafikan dakwaan kononnya gerakan itu ‘mencuri’ ahli Pas.

“Itu tidak betul, ini kerana selepas Muktamar Tahunan Pas lalu, ramai hendak tahu (secara sukarela) apa sebenarnya berlaku dalam Pas sekali gus hadir program kami.

“Mereka (khususnya ahli Pas) mahu dengar setiap penerangan. Kita tak curi ahli, sebaliknya benarkan mereka dengar dan kemudian buat keputusan,” katanya.

Mesyuarat PAS dan PKR setuju elak pertandingan 3 penjuru dalam PRU14

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

PAS dan PKR mencapai kata sepakat untuk memastikan tidak berlaku pertandingan 3 penjuru antara parti Islam itu, gabungan parti pembangkang yang baharu, atau Pakatan Rakyat 2.0 dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Dalam mesyuarat rasmi pertama 2 parti itu selepas terkuburnya Pakatan Rakyat (PR), mereka bersetuju memastikan pertandingan dalam PRU ke-14 itu nanti satu lawan satu antara mereka melawan BN.

Pada pertemuan yang diadakan Jumaat lepas itu, PKR juga menawarkan menjadi tuan rumah buat pertemuan kembali antara PAS dan DAP bagi mengurangkan ketegangan antara bekas rakan kongsi PR itu dan PAS sedia menimbangkan tawaran itu.

"Saya sendiri menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah untuk pertemuan itu, sambil-sambil kita makan karipap, bagi mengurangkan ketegangan antara kedua-duanya," kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli kepada The Malaysian Insider.

Dalam pertemuan itu, PKR diwakili sendiri presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Rafizi serta naib-naib presiden Shamsul Iskandar Mohd Akin, Chua Tian Chan dan Dr Shaharuddin Badaruddin.

PAS pula diwakili timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Datuk Takiyudin Hassan dan setiausaha politik kepada presiden PAS Dr Shamsuri Mokhtar.

Ia diadakan di kediaman Dr Wan Azizah.

Delegasi PAS dalam pertemuan itu juga secara terus terang meminta PKR agar tidak mengadakan hubungan dengan kumpulan yang berpecah darinya, Gerakan Harapan Baru (GHB), dengan alasan ia tidak memberikan sebarang nilai tambah kepada PKR.

Namun, ia secara halus ditolak PKR kerana menjadi dasar parti itu untuk berbaik-baik dengan GHB, begitu juga DAP, yang tidak boleh bersama dengan PAS.

"Kami masih belum mencapai kata sepakat bagaimana mahu memastikan tiada pertandingan tiga penjuru, tetapi kita mencapai kata sepakat mengenai keperluannya," kata Rafizi.

Sementara itu, sumber lain memberitahu The Malaysian Insider, dalam pertemuan itu PAS berkeras tidak boleh lagi bekerjasama dengan DAP dan menganggap keputusan memutuskan hubungan mereka, dibuat ketika muktamar parti itu Jun lalu, satu tindakan tepat.

Katanya, PAS menunjukkan bukti terdapat penambahan dari segi bilangan keahlian parti seramai kira-kira 5,000 orang selepas memutuskan hubungan dengan DAP, sebagai bukti tepatnya keputusan itu.

PAS juga meminta PKR memutuskan hubungan dengan GHB dengan anggapan kumpulan itu hanya "umpama budak-budak yang sedang merajuk dan akan kembali semula kepada PAS selepas ini".

PAS menawarkan kerjasama terus diadakan dengan PKR terutama dalam menghadapi pilihan raya walaupun tidak lagi bersama dalam PR 2.0 yang bakal menggabungkan parti politik yang dibentuk GHB dan DAP.

Sehingga kini, tidak diketahui apakah persetujuan pada pertemuan Jumaat itu diterima PAS kerana ia diadakan sehari sebelum mesyuarat ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat di Taman Melewar, Gombak.

Muktamar PAS awal Jun lalu menerima tanpa bahas usul yang dikemukakan Dewan Ulama PAS Pusat bagi memutuskan hubungan dengan DAP.

Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS selepas itu mengesahkan keputusan muktamar itu dan memutuskan hubungan dengan DAP secara rasmi.

Ekoran itu, hubungan antara PKR, DAP dan PAS terurai selepas hancurnya PR. PKR dan DAP pula menjalinkan hubungan dengan GHB untuk membentuk PR 2.0. – 12 Ogos, 2015.

Affin Bank beli tanah selamatkan 1MDB?

SHAH ALAM – Pas mendakwa pembelian plot tanah oleh Affin Bank Berhad di Tun Razak Exchange (TRX) adalah bagi menyelamatkan (bailed out) 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, rakyat turut terlibat dalam usaha bailed out itu kerana saham Affin Holding Berhad yang memiliki Affin Bank Berhad dimiliki oleh badan berkanun kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Sebanyak 34.3 peratus saham dalam Affin Holding Berhad dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), manakala 20.69 peratus lagi dimiliki oleh Boustead Holdings Berhad (BHB). LTAT ialah sebuah badan berkanun kerajaan manakala BHB merupakan salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan.

"LTAT memiliki 56.84 peratus saham dalam BHB. Ini bermakna kedua-duanya merupakan agensi kerajaan dan rakyat mempunyai kepentingan dalam institusi-institusi tersebut," katanya.

Menurut Nasrudin, pembelian tanah itu juga melibatkan pertembungan konflik berkepentingan dalam lembaga pengarah semua institusi yang terlibat.

"Menariknya, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin adalah salah seorang lembaga pengarah bagi kedua-dua institusi tersebut dan beliau juga adalah Pengerusi 1MDB.

"Ini menunjukkan pembelian plot tanah TRX juga 'terpaksa' dibeli oleh rakyat bagi menyelamatkan syarikat hutang 1MDB," katanya.

Dalam pada itu, Nasrudin turut mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan perkembangan projek TRX sama ada berjalan seperti dirancang atau telah gagal berikutan skandal kewangan 1MDB.

TRX merupakan projek hartanah milik 1MDB seluas 28 hektar dan terletak di tengah-tengah kawasan segi tiga emas di Kuala Lumpur.

Game over jika RM2.6 bilion rasuah


Datuk Abdul Rahman Dahlan
KUALA LUMPUR - "Permainan tamat," itulah yang dikatakan oleh Pengarah Strategik Komunikasi BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan jika benar wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah rasuah.

Bagaimanapun Abdul Rahman yakin wang tersebut bukan rasuah dan ia dibenarkan oleh perlembagaan parti dan undang-undang negara.

Menurutnya, biarlah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan lanjut bagi mengesahkan perkara itu.

"Tanya SPRM lah, sudah tentu perdana menteri cakap ia bukan rasuah. Kalau tidak game overlah," katanya.

Selain itu, beliau turut mengakui terdapat permainan kuasa dalam siasatan melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Katanya, jika siasat itu hanya berkisar aliran akaun syarikat tersebut sudah tentu siasatan dibuat SPRM dapat diselesaikan dalam masa singkat.

"Tetapi bila agenda lain bermain dalam 'wayang kulit' itu maka (keadaan) menjadi isu besar. Itulah masalahnya,"  katanya.

Beliau sebelum itu ditanya adakah kenyataan yang dikeluarkan Najib bertentangan dengan jawapan daripada SPRM bahawa wang RM2.6 bilion adalah wang derma dan tiada unsur rasuah.

Abdul Rahman berkata, terdapat ekosistem tidak percayakan kerajaan yang mana setiap jawapan yang diberikan ditambah dengan fitnah.

"Bila perdana menteri beri fakta dan 1MDB berikan fakta ada satu ekosistem dalam negara memperlekehkan kenyataan itu.

"Bila keadaan ini berlaku, langkah seterusnya adalah jalankan siasatan. Sebab itu perdana menteri sangat terbuka bila ada soalan mengenai 1MDB, beliau suruh  siasat," katanya.

Abdul Rahman berharap semua pihak berlaku adil kepada perdana menteri dan kerajaan dan memberi ruang kepada siasatan dijalankan SPRM itu dengan baik tanpa menimbulkan sebarang spekulasi.

Beliau juga mempersoalkan kenapa wang derma yang diterima Umno menjadi terlalu kontroversi.

Katanya, mungkin penderma itu mahu melakukan kebajikan sepertimana Putera Arab Saudi Alwaleed Talal yang mendermakan  kesemua hartanya berjumlah AS$32 billion (kira-kira RM120 bilion) kepada badan kebajikan.

"Kenapa tidak (didermakan) kepada Umno?

Penderma itu mahukan penduduk di kampung punya rumah, jalan raya berturap, dan pendidikan yang lebih baik.

"Kenapa apabila datang kepada Umno perkara itu menjadi terlalu subjektif. Sedangkan parti lain turut menerima sumbangan daripada luar negara, " katanya.

Affin beli tanah 1MDB, kepentingan tentera terjejas?

Pembangkang menyatakan kebimbangan terjejasnya kepentingan anggota tentera dengan tindakan Affin Bank Bhd memperoleh tanah 0.51 hektar di Tun Razak Exchange (TRX) daripada KLIFD Sdn Bhd dengan harga RM255 juta.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata pengumuman Affin Holdings Bhd, anak syarikat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), menghairankan serta meragukan.

"PKR mempersoalkan tujuan Bank Affin membelanjakan ratusan juta ringgit sedangkan bank yang dikuasai LTAT secara tidak langsung itu sudah memiliki bangunan ibu pejabat mewah di Jalan Raja Chulan (di ibu negara)," katanya.

KLIFD adalah anak syarikat 1MDB Real Estate Sdn Bhd (1MDB RE), pemaju utama TRX. Ia juga anak syarikat milik penuh syarikat pelaburan negara 1MDB.

Malah, kata Fahmi, prestasi kewangan Affin Holdings dan Affin Bank tidak memberikan keyakinan dan rangsangan kepada mereka untuk membelanjakan ratusan juta ringgit lagi untuk sebuah pejabat baru.

"Saya juga meminta pimpinan LTAT mengambil tindakan segera supaya Affin Holdings dan Affin Bank mengkaji semula perjanjian jual beli tanah dengan 1MDB ini bagi mempertahankan kepentingan LTAT serta kepentingan anggota tentera," katanya.

Konflik kepentingan?

Fahmi juga mendakwa terdapat percanggahan kepentingan apabila pengerusi lembaga pengarah 1MDB Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin juga timbalan pengerusi lembaga pengarah Affin Holdings Bhd.

"Amat penting untuk kita ketahui sama ada Tan Sri Lodin telah mengundi di dalam isu pembelian tanah ini?

"Beliau perlu memberikan penjelasan agar tidak timbul persepsi yang tidak baik mengenai isu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kamarul Ariffin Mohd Jamil pada 10 Ogos dilapor berkata Affin Bank pada 10 Ogos memperoleh tanah TRX daripada KLIFD.

Katanya, pembangunan di situ akan mempunyai keluasan lantai kasar berjumlah 823.439 kaki persegi dan syarikat itu, yang tidak mempunyai 'tempat tinggal' selama 40 tahun, bakal menempatkan ibu pejabat baru setinggi 35 tingkat.

Beliau ketika ditanya mengenai jika pengambilalihan ini akan membabitkan konflik kepentingan yang membabitkan Lodin , berkata: "Dia (Lodin) tidak menyertai proses membuat keputusan. Pembelian dibuat untuk diri kami."

Pembelian itu juga tidak memerlukan kelulusan daripada para pemegang saham, katanya lagi.

Selepas ARIF, Harapan Baru Akan Punyai Sayap Perundangannya, ProGuam...

 
Selepas ARIF (Unit Amal versi GHB) berjaya diwujudkan, Harapan Baru bakal mempunyai sayap perundangannya sendiri apabila sebuah NGO bernama ProGuam telah berjaya ditubuhkan dan diluluskan pendaftarannya pada 9 Julai 2015 yang lalu.

Demikian dinyatakan oleh Dato Tarmizi Mohd Jam, timbalan pengerusi GHB Wilayah Persekutuan. beliau menyatakan bahawa mengikut perancangan, ProGuam akan menjadi sayap perundangan Harapan Baru sebaik saja parti baru itu diluluskan nanti.

Nombor pendaftarn ProGuam ialah PPM-004-10-09082015.

Di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden ProGuam, Noorazmin Zakaria, yang juga mantan Pengarah Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pemuda PAS Malaysia, 9 Julai, 2015 merupakan suatu tarikh keramat lahirnya sebuah Ngo baru yang terdiri daripada barisan Peguam Hak Asasi Manusia.

Menurutunya, ProGuam, yang merupakan singkatan kepada Pertubuhan Pengamal Undang-undang & Hak Asasi Manusia Malaysia telah ditubuhkan melalui cetusan idea para Peguam yang cintakan undang-undang dan keadilan, lahir di saat masyarakat Malaysia inginkan harapan baru dan sinar baru kepada badan-badan perundangan di Malaysia yang terdiri daripada Badan Kehakiman, PDRM, SPRM dan lain-lain badan yang berlatar belakangkan perundangan agar bukan sahaja dilihat adil, malah dilihat berlaku adil.

ProGuam meneliti pelbagai isu negara yang berlaku mutakhir ini, daripada isu penyiasatan 1MDB, isu wang tunai berbilion ringgit yang dipindahkan ke akaun Perdana Menteri sehinggalah kepada isu saman AES yang dikatakan bakal "hidup" semula, tambah kenyataan itu lagi.

"Sebagai komitmen awal kami, ProGuam melalui barisan Peguamnya yang terdiri daripada individu-individu dari seluruh negara akan menyediakan khidmat guaman percuma dalam himpunan Bersih 4.0 yang bakal diadakan pada 29 dan 30 Ogos kelak," demikian menurut kenyataan itu lagi.

Sehubungan dengan itu, ProGuam dengan berbesar hati ingin menjemput mana-mana pengamal undang-undang termasuk pensyarah dan mahasiswa undang-undang baik lelaki mahupun wanita untuk bersama-sama menyertai kami demi melihat masa depan yang adil, bersih dan sejahtera.


ABIM - Ikutlah seruan Yusuf Al-Qaradhawi

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada surat terkini oleh ulama tersohor dunia Islam, Yusuf Al-Qaradhawi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sesungguhnya surat hadir tepat pada saat dan ketika meruncingnya pelbagai krisis di negara ini.

ABIM menyokong penuh seruan Yusuf Al-Qaradhawi kepada Yang di-Pertuan Agong, untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari hukuman penjara yang sedang beliau jalani pada ketika ini.

ABIM menggesa agar seruan ini turut diikuti oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, selaras sepertimana yang diinginkan oleh Tokoh Maal Hijrah 2009 itu.
 
ABIM menilai gesaan ini mampu merungkai kekusutan politik yang dihadapi rakyat negara ini semenjak 1998. Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan insan yang banyak berjasa kepada umat Islam di negara ini serta peringkat antarabangsa.

Kesaksian Yusuf Al-Qaradhawi hanya merupakan sebahagian daripada pengiktirafan para ulama serta ilmuwan dunia Islam terhadap jasa serta peranan beliau.

Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pelbagai tuduhan liar serta kotor (yang meragukan) ini juga merupakan pintu yang dapat mengundang rahmat dan keberkatan ke atas negara ini.

Merujuk kepada surat beliau, ABIM menggesa agar amalan keterbukaan politik dapat dibudayakan di negara ini secara serius.

Ini kerana menurut Yusuf Al-Qaradhawi peranan pihak pembangkang adalah satu komponen penting dalam amalan demokrasi kerana ia merupakan teras keamanan yang mampu memelihara keutuhan serta kestabilan sesebuah negara.

Keterbukaan ini juga menurut beliau mampu mengelakkan generasi muda daripada terjebak ke aliran pemikiran yang melampau dan ekstrem.

Sesungguhnya seruan ulama tersohor (untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerapkan amalan politik terbuka) ini sangat tepat pada saat dan ketikanya.

Seruan Yusuf Al-Qaradhawi ini merangkumi pelbagai hikmah berupa kebaikan dan kebaikan untuk negara ini sekiranya ia terjemahkan serta dipatuhi menjadi sebuah kenyataan.


AMIDI ABD MANAN presiden ABIM

PKR saman Najib isu wang RM2.6 billion dengan alasan....!!

PKR telah memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak atas dakwaan melakukan kesalahan pilihan raya susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata saman itu difailkan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

Ia juga difailkan terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, syarikat pelaburan negara 1MDB dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Saman ini tindakan susulan daripada pendedahan (media berpengaruh antarabangsa) The Wall Street Journal (WSJ)," kata Izzah.

WSJ melaporkan wang itu dimasukkan dua bulan sebelum pilihan raya umum lepas.

 
PKR hari ini menjelaskan mereka membuat keputusan menyaman Datuk Seri Najib Razak susulan kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaunnya kerana jumlah itu terlalu besar.

"(Wang) RM2.6 bilion digunakan itu 26 kali ganda lebih besar daripada jumlah wang dibenarkan (diguna dalam pilihan raya), seperti digariskan undang-undang negara ini," kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Izzah juga mendakwa pelbagai amalan korup dilakukan BN untuk menang dalam pilihan raya umum ke-13.

Masih relevankah Umno masa ini?

Oleh Asrul Esreen Mohd Salleh

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2011/march/27/umno0810.jpg
Lahirnya Umno adalah hasil dari pencantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan pelbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu.

Dato' Onn Jaafar sebagai pemimpin pertama, bertindak bijak dengan menubuhkan Umno pada 11 Mei 1946 yang boleh dikatakan untuk mengelak masyarakat Melayu di Tanah Melayu daripada tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang terlalu deras dan menguntungkan golongan dan bangsa lain yang lebih ke hadapan serta mengangkat bangsa-bangsa Melayu dan agama Islam agar lebih terpelihara dan terbela

Dan setelah 69 tahun berdiri gagah, pahit maung dirasai, berbagai peristiwa dan cabaran, Umno pada hari ini dikenali sebagai parti bercorak demokratik terbesar dan tertua yang menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar negara.

MCA perli Umno dengan menyatakan mereka tak simpan duit parti dalam akaun sendiri

MCA: Kami tak simpan duit parti dalam akaun peribadi

Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, tidak pernah menjadi amalan di mana dana politik didepositkan ke dalam akaun bank peribadi presiden parti itu dan memegangnya bagi pihak parti.

Ong berkata ini adalah untuk menggariskan antara kepentingan parti dan individu, dan untuk menghalang wang itu digunakan untuk kepentingan peribadi.

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri II itu berkata MCA tidak akan dapat berbuat apa-apa jika dana untuk parti itu dipakai untuk kegunaan peribadi dan kemudian orang itu menafikan mempunyai dana tersebut.

Ong mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar), yang mempertahankan kontroversi RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan menegaskan bahawa ia "adalah amalan biasa".

Ong dipetik oleh akhbar Oriental Daily sebagai berkata: "Jika wang masuk ke akaun peribadi, maka ia adalah di luar kawalan kita. Jika pemegang akaun itu menafikannya, apa yang anda boleh lakukan?"

Beliau berkata sejak penubuhan MCA, ia telah menjadi amalan untuk menyalurkan dana untuk parti itu ke dalam akaun parti.

Katanya, adalah sukar untuk mengesan sumber pembiayaan jika ia dipegang oleh pemimpin.

Krisis politik Melayu membimbangkan

Oleh To'ki

http://antarapos.com/v1/images/news_images_upload/content/umno%20pas%202.jpg
KRISIS politik dalam kalangan orang Melayu adalah sesuatu yang membimbangkan. Sejarah UMNO dan Pas sentiasa berdepan dengan konflik dan perpecahan. Perpecahan itu akhirnya berhujung. UMNO dan Pas kembali semula kuat dan ahli-ahlinya bersatu.

UMNO dan Barisan Nasional (BN) walaupun ada pasang surutnya masih tetap menjadi kerajaan yang memerintah. Orang Melayu masih memikirkan soal kuasa dan negara. Pas walaupun bersama dengan pakatan pembangkang masih belum lagi menguasai Putrajaya.

Lebih-lebih lagi Pas sedang menghadapi krisis dengan komponen Pakatan Rakyat dan krisis dalaman, muncul pula kecenderungan ahlinya me­nubuhkan parti baharu dalam kalangan mereka yang kalah dalam pemilihan Muktamar Pas baru-baru ini.

Bila UMNO menghadapi cabaran akhir-akhir ini dikatakan defisit sokongan terjadi. Ada beza antara persepsi awam dan kelompok yang memang diketahui anti UMNO dan kerajaan dengan kelompok majoriti yang masih bertahan mendukung kerajaan. Penyusunan semula Kabinet dan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dilihat dalam berbagai perspektif dan andaian kemungkinan.

Pertama ia adalah prerogatif atau bidang kuasa Perdana Menteri yang mengambil keputusan yang kontroversi. Kedua, rentetan daripadanya mungkin berlaku konflik dalam UMNO sekiranya usaha menyantuninya tidak terjadi.

Low dan Khairy, jangan ‘sembang’ , tetapi bertindaklah

Oleh Robin Stanley Augustin

http://bm.theantdaily.com/Documents/Article/32106/Low-and-Khairy-dont_BM_785x442.jpg
Sesiapa sahaja boleh bercakap, tetapi hanya mereka yang berani akan bertindak.Secara asasnya, itulah ciri yang membezakan politikus dan pemimpin.Politikus memang pandai bercakap tetapi untuk menjadi pemimpin sejati, seseorang perlu bertindak.

Sekiranya seorang politikus kata yang mereka akan berkhidmat kepada rakyat dan memperjuangkan hak mereka, maka tindakan mereka perlulah mencerminkan kata-kata tersebut.

Kebelakangan ini, dua orang menteri telah menyuarakan penentangan kepada tindakan kontroversi terbaru yang diambil ke atas Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan siasatan skandal 1MDB.

Dua orang menteri tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low serta, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Walaupun sokongan mereka kepada institusi tersebut dialu-alukan- terutama sekali selepas rombakan kabinet terbaru membuktikan ada risiko menyuarakan penentangan- kita perlu bertanya kepada diri sendiri, adakah suara mereka mencukupi?

Kes Liwat Anwar dibuka semula 20hb Ogos nanti..

PUTRAJAYA - Permohonan semakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan liwat ditetapkan bagi pengurusan kes selanjutnya pada 20 Ogos ini.

Permohonan Anwar supaya keterangan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Ramli Yusuff diterima sebagai bukti dalam semakan sabitan kerana meliwat juga ditetapkan bagi pengurusan kes pada hari yang sama.

Permohonan itu didengar di hadapan Timbalan Pendaftar, Mohd Izuddin Mohamad bagi pengurusan kes hari ini yang kemudian menetapkan tarikh baharu bagi pengurusan kes.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Hanafiah Zakaria memberitahu pemberita bahawa beliau telah memaklumkan kepada timbalan pendaftar bahawa Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan mewakili pihak pendakwaan dalam permohonan semakan Anwar.

Peguam Latheefa Koya, yang menghadiri prosiding pengurusan kes berkata, kedua-dua pihak memohon tarikh selanjutnya bagi pengurusan kes untuk membolehkan mereka mengesahkan tarikh supaya peguam tidak mempunyai kes lain untuk dikendalikan.

Latheefa, N. Surendran dan Shahid Adli Kamaruddin mewakili Anwar.
Anwar, 67, sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 30.

Dia dikatakan melakukan kesalahan itu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Anwar mengemukakan permohonan semakan pada 30 April lepas dengan memohon Mahkamah Persekutuan menggunakan Peraturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 untuk mengkaji keputusan panel lima anggota Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhi oleh Mahkamah Rayuan.

Selain itu, beliau juga mahu Mahkamah Persekutuan mendengar semula rayuannya berdasarkan merit.

Pada 10 Jun lepas, Anwar mengemukakan permohonan supaya keterangan lisan Ramli diterima oleh Mahkamah Persekutuan dan seterusnya diterima sebagai bukti dalam prosiding mendengar permohanan semakan.

Ramli memberi keterangan pada kes saman sivil di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menyokong pembelaan (Anwar) bahawa beliau adalah mangsa konspirasi politik dan pemalsuan bukti.

Panel hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menolak rayuan akhir Anwar terhadap sabitan dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dijatuhi oleh Mahkamah Rayuan.

Pada 7 Mac, tahun lepas, Mahkamah Rayuan menukar keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar selepas dia dipanggil membela diri. - Bernama

Najib mesti jawab tuduhan derma rm2.6 bilion adalah rasuah

Oleh MOHD FITRI ASMUNI

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/08/najib2.6.jpg
Semalam semasa program Forum Santai Rakyat: Derma RM2.6 bilion, moderator program ada melontarkan satu soalan kepada saya, adakah derma RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun Najib itu merupakan satu jenayah rasuah.

Saya dengan terus terang dan jelas mengatakan "Ya, ia merupakan satu jenayah rasuah!".

Saya tidak menuduh DS Najib sebarangan, tetapi fakta dan undang-undang yang menjelaskannya.

Hakikatnya DS Najib yang telah mengesahkannya apabila beliau sendiri mengakui bahawa RM2.6 bilion tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya dan menjelaskan bahawa duit tersebut adalah hasil sumbangan derma seorang hartawan dari Timur Tengah.

Sec. 3 Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (MACC Act) mentafsirkan "Officer of a Public Body" itu termasuklah "..a member of the administration, a member of parliament..". Kita semua tahu ketika DS Najib menerima derma tersebut, beliau merupakan seorang ahli Parlimen dan Perdana Menteri Malaysia yang mengetuai pentadbiran kerajaan dan negara. Oleh itu, kedudukan beliau itu memang tidak boleh dinafikan tergolong sebagai "Officer of a Public Body" sebagaimana yang ditafsirkan oleh Sec. 3 MACC Act 2009. Ini fakta !

Lima Senario Kesudahan Krisis Politik Mohd Najib

Oleh A Kadir Jasin


TEUKU Adan bin Teuku Mansor menggelar Tun Dr Mahathir Mohamad “the green-eyed monster”. Diterjemahkan literal ke bahasa Melayu, raksasa bermata hijau.

Raksasa bermata hijau atau tidak, kebijaksanaan harian (conventional wisdom) mengatakan bahawa Dr Mahathir lebih diyakini dan lebih popular daripada Teuku Adnan.

Mohon maaf saya menggunakan gelaran Teuku dan bukan Tengku atau Tunku kerana lama sebelum beliau menjelma menjadi “Tengku Adnan”, nama asal beliau adalah Teuku Adnan. Itulah gelaran beliau sewaktu saya mula mengenali beliau sebagai ahli perniagaan pada awal tahun 1980-an.

[Teuku adalah gelar ningrat atau bangsawan untuk kaum pria suku Aceh yang memimpin wilayah nanggroe atau kenegerian. Teuku adalah seorang hulubalang atau ulee balang dalam bahasa Acehnya. Sama seperti tradisi budaya patrilineal lainnya, gelar Teuku dapat diperoleh seorang anak laki-laki, bilamana ayahnya juga bergelar Teuku. Seorang Teungku dapat pula berubah menjadi Teuku, apabila ia dialihkan dari jabatan keagamaan ke jabatan pemerintahan atau sebaliknya. Bacaan lanjut di sini.]

Malangnya, bagi kita yang berfikir dan membuat analisis mengenai krisis politik (Datuk Seri) Mohd Najib Abdul Razak berasaskan kebijaksanaan harian (conventional wisdom), kita akan tersesat kerana beliau dan jentera diayah beliau telah lama mengetepikan kebijaksanaan harian.

Lama ‘hilang’, Zeti muncul semula Khamis ini

 Zeti Akhtar Aziz
SHAH ALAM - Selepas lama menyepi, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz seperti dilapor Malaysiakini bakal mengadakan sidang media pada Khamis ini. 
 
Ini merupakan kemunculan pertama Zeti selepas menjadi perhatian dalam pelbagai isu selepas siasatan terhadap kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.
 
Difahamkan, sidang media itu akan diadakan di ibu pejabat Bank Negara di Kuala Lumpur untuk mengumumkan angka pertumbuhan dalam negeri untuk suku kedua tahun ini.
 
Perkara lain dijangka disentuh termasuk kejatuhan nilai ringgit dan rizab asing Bank Negara.
 
Sebelum ini bertebaran berita Zeti kononnya sakit namun dinafikan Jabatan Perhubungan Korporat BNM.
 
"Beliau sihat dan baik-baik sahaja di pejabatnya," jelas jabatan itu.
    
Tambahnya lagi, Zeti bekerja seperti biasa dan tidak dimasukkan ke wad seperti didakwa.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...