TERKINI :

Monday, August 10, 2015

Dr M: Demo desak PM undur pilihan akhir

 
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, perhimpunan jalanan hanya boleh dijalankan sebagai langkah terakhir untuk menyingkir Datuk Seri Najib Razak dari jawatan perdana menteri.

"Itu hanyalah sebagai langkah terakhir. Kita bukan orang ganas. Kita tidak sepatutnya memilih jalan demostrasi kerana ia akan menyusahkan orang lain.

“Tetapi jika tiada jalan lain, ia boleh dilakukan,” kata bekas timbalan perdana menteri itu dalam satu sidang media di Universiti Tunku Abdul Rahman petang ini.

Beliau menjawab soalan mengenai perhimpunan #TangkapNajib pada 1 Ogos dan perhimpunan BERSIH 4 yang dirancang untuk diadakan pada 29 dan 30 Ogos untuk menekan Najib agar meletak jawatan.

GHB : Kaedah merialisasikan HUDUD menurut waqi' dibumi Malaysia

GHB & Hudud.


Kami GAM HB Pahang tidak sesekali menolak hudud. Bahkan 'tilka hududdullah' huruf ta didalam ayat tersebut kami tidak menolaknya. Kerana ianya adalah dari kalam Allah, kata kata Allah, perintah Allah.

Tetapi kami menolak PERLAKSANAAN HUDUD yang diselewengkan, kerana menurut waqi' di bumi Malaysia, perlaksanaan hudud memerlukan 3 kaedah iaitu

1. Demokrasi
2. Perlembagaan
3. Konsultasi

Ketiga tiga kaedah tersebut berpaksi kepada demokrasi.

Demokrasi.

Untuk melaksanakan hudud memerlukan persetujuan undi 2/3 undi ahli sidang parlimen didalam Dewan Parlimen Malaysia. Tidak kira yang mengundi itu ahli dewan parlimen negara yang berbangsa Cina, India, Iban, Kadazan dll. Kerana proses ini termaktub didalam perlembagaan negara Malaysia yang dicipta oleh Lord Reid.

Singkir #Najib untuk selesaikan krisis negara, kata Dr #Mahathir

 Tun Dr Mahathir Mohamad berucap pada sesi dialog di Universiti Tunku Abdul Rahman di Kajang, Selangor hari ini. Beliau memberi penyelesaian mudah tetapi sukar dilaksanakan berhubung situasi semasa yang melanda negara iaitu dengan menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 Ogos, 2015.
Jalan paling mudah untuk menyelesaikan krisis negara ketika ini adalah dengan menyingkirkan individu yang menjadi punca kepada masalah tersebut iaitu Datuk Seri Najib Razak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir tidak mengatakan secara spesifik individu dimaksudkannya, bagaimanapun diketahui umum beliau paling lantang mengkritik Najib dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pernah menggesa peletakan jawatannya.

"Penyelesaian kepada krisis ketika ini adalah mudah, buang orang yang bertanggungjawab buat semua ini.

"Tapi penyelesaian mudah sebegitu juga sukar untuk dilaksanakan," katanya semasa dialog di Universiti Tunku Abdul Rahman, Kajang hari ini.

Namun, Dr Mahathir berkata tidak mengetahui bagaimana untuk menyingkirkan pemimpin nombor satu negara itu.

"Masalahnya bagaimana nak lakukan? Bahagian itu saya tidak ada jawapan lagi," katanya.

Dr Mahathir semasa sesi soal jawab juga mempertikaikan kepimpinan negara yang tidak memberi contoh baik kepada orang ramai dengan mengaitkan dengan skandal RM2.6 bilion yang disalurkan ke akaun peribadi Najib.

Fathul Bari - Wajib Taat Pada PM Walaupun Dia Mencuri Harta Rakyat


Hadis ‘Irbadh bin Sariyah,

صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ، ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيْنَا فَوَعَظَنَا مَوْعِظَةً بَلِيغَةً ذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ وَوَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ، فَقَالَ قَائِلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَأَنَّ هَذِهِ مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ، فَمَاذَا تَعْهَدُ إِلَيْنَا؟ فَقَالَ «أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ، وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا…

“Suatu hari Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam shalat bersama kami. Selesai shalat, beliau menghadap kami lalu memberikan peringatan yang sangat mendalam, membuat berlinangan air mata dan menggetarkan hati. Hingga ada yang bertanya: ‘Wahai Rasulullah, seakan-akan ini nasihat dari orang yang akan pergi. Lalu apakah yang engkau wasiatkan kepada kami?’. Beliau bersabda: ‘Aku wasiatkan kalian untuk bertaqwa kepada Allah, serta mendengar dan taat kepada pemimpin, walaupun dia adalah seorang hamba Habsyi…’” (riwayat Abu Daud 4607, dishahihkan Al Albani dalam Shahih Abi Dawud)

Wasiat pertama: Bertakwalah kepada Allah

Umum pengertian takwa adalah melakukan apa yang Allah SWT perintahkan dan meninggalkan apa yang Allah SWT larang. Kesan daripada takwa akan menjadikan manusia tunduk, patuh, taat dan melaksanakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan Allah SWT.

Rangkap pertama perkataan Nabi SAW di dalam hadis yang masyhur di atas, “uushiikum bi taqwallaah” (aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah).

Wasiat pertama Nabi mengingatkan manusia akan tanggungjawab manusia terhadap Allah. Ayat Al-Quran juga ada menyebut “hablun minAllah wa hablun min an-naas” yang bermaksud hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.

APA PUNYA MALANG...DAHLAH 'SIKU BURUK', 'HIDUNG PULA TAK MANCUNG'...

Shahbudin Husin,

Mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian tahun ini barangkali yang tersibuk bagi Najib Razak kerana paling banyak bakal dirasmikan olehnya. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya yang mana hanya beberapa UMNO bahagian saja dirasmikannya manakala selebihnya dilakukan oleh pemimpin-pemimpin yang lain, tahun ini keadaan itu jadi sebaliknya.

Tahun ini seperti setiap minggu ada saja acara perasmian itu untuk Najib. Macam dah berlumba-lumba pula dengan Muhyiddin Yassin yang sudah dipecatnya. Sebahagiannya kerana jemputan bahagian, yang lainnya mungkin atas permintaan Presiden UMNO itu sendiri.

Minggu lepas, Najib merasmikan tiga bahagian iaitu Seremban, Kota Melaka dan Hulu Selangor. Ketika itu juga beliau perlu pergi ke kawasan Parlimennya, Pekan kerana mengadakan jamuan hari raya di sana.

Sibuk betul Najib sejak memecat timbalannya walaupun ada wang RM2,600 juta dalam akaun peribadinya....nasib baik ada jet peribadi dan helikopter yang boleh membawa ke sana sini dengan cepat.

Kerakusan Najib Razak terus berkuasa berikan 'Impak Maksima' kepada kemerosotan ekonomi

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/FAIZ_FADZIL_290515_TMISETH_06.JPG 
 
Kerakusan Najib Razak terus berkuasa berikan 'Impak Maksima' kepada kemerosotan ekonomi dan masalah sosial rakyat Malaysia.

Hari ini nilai mata wang negara Ringgit Malaysia adalah RM 3.93 berbanding 1 dolar US. Reserve Bank Negara pula kini hanya tinggal RM 100 billion, sedangkan hutang negara melebihi RM 800 billion. Ia adalah bukti kemerosotan ekonomi negara yang tidak dapat dikawal lagi oleh Najib Razak.

Penurunan nilai mata wang disebabkan pelbagai faktor termasuk kehilangan kepercayaan pelabur luar terhadap urustadbir kewangan dan pentadbiran yang bersih dan baik apabila pemerintah umnobn dilanda krisis korupsi dan penyelewengan dana awam yang semakin parah. Aliran keluar pelaburan asing kini mencecah RM 11.6 billion.

Peningkatan harga barang dan petrol ditambah dengan pelaksanaan gst telah memburukkan lagi keadaan ekonomi yang menyebabkan kelembapan pergerakan urusniaga. Semakin kurang pengguna berbelanja semakin merosotlah aktiviti dan pendapatan industri perniagaan dalam semua sektor samaada runcit, kecil dan sederhana, pertanian dan perladangan.

Selepas 2 pengarah dikekalkan, SPRM ikrar teruskan siasatan

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali ditemui di luar Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini. Beliau memaklumkan 2 pegawai SPRM yang terbabit dalam pertukaran ke Jabatan Perdana Menteri akan dikekalkan dengan portfolio yang sama. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Ogos, 2015.

Dengan penarikan kembali keputusan untuk menukar 2 penagarah kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri (JPM), agensi itu berkata akan meneruskan kembali siasatan terhadap syarikat berkait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mustafar Ali berkata, 2 pegawai kanan agensi itu juga akan kekal dengan portfolio sama.

"Kerja- kerja dan soal penyiasatan diteruskan seperti biasa.

"Pengarah itu masih kat situ dan tindakan- tindakan perlaksanaan SPRM yg bebas telus dan profesional akan bergerak seperti biasa," katanya ketika ditemui pemberita di luar bangunan SPRM di Putrajaya hari ini.

Terdahulu kira-kira jam 1.30 petang Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dilihat meninggalkan bangunan SPRM.

Bagaimanapun beliau enggan memberi komen mengenai keputusan tidak menukarkan beliau ke JPM oleh Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA).

PKR saran Najib tidak tukar topik terhadap siasatan 1MDB

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengingatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya jangan guna isu isytihar dana politik untuk tuar topik dalam siasatan 1MDB. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Ogos, 2015.
Nurul Izzah Anwar mengingatkan Datuk Seri Najib Razak agar tidak menggunakan isu pengisytiharan dana politik bagi "menukar topik" dalam kes siasatan terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1Malaysia Development Berhad).

Naib presiden PKR yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, beliau berhasrat membincangkan mengenai siasatan 1MDB dan penglibatan perdana menteri dalam kes itu pada sesi Parlimen akan datang.

"Saya nak tahu apa jadi kepada badan siasatan khas terhadap perdana menteri mengenai 1MDB," katanya kepada pemberita sewaktu menyambut ulang tahun hari jadi bapanya yang ke-68 di luar Penjara Sungai Buloh hari ini.

"Saya sendiri pelopor reformasi pembiayaan dana politik. Tak ada isu. Tapi, jangan tukar topik separuh jalan. Tak sampai seminggu, dah tukar tajuk berkali-kali dah," katanya.

Koleksi Video ucapan sayap-sayap #UMNO meluahkan ketidakpuasan kepada kepimpinan #NAJIB



Sebelum ini Markaz di Bakri, kini dewan di Kg Kubu Gajah Subang pula terpaksa #PAS berkongsi dengan #GHB



RM10 juta boleh menang pilihan raya - #Mahathir


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini kembali menyerang pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menerusi blognya menyatakan wang RM2.6 bilion yang kononnya sebagai dana pilihan raya adalah tidak masuk akal.

Ini kerana katanya yang hanya memerlukan kurang RM10 juta bagi memenangi setiap pilihan raya umum sewaktu pemerintahannya.

"Saya perlukan kurang RM10 juta dan saya memenangi semua dengan lebih dari 2/3 majoriti. Mengapa anda perlu 2.6 bilion?

"Adakah ia untuk merasuah ahli-ahli politik dan kakitangan awam atau menipu pilihan raya. Itu tidak betul di sisi undang-undang," soalnya lagi.

Mahathir turut menolak wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib adalah wang derma.

"Siapa yang di dunia akan mendermakan USD700 juta kepada Perdana Menteri Malaysia? Sedangkan Obama tidak dapat mengumpul jumlah ini ketika mengintai jawatan presiden.

PM berhenti, pecat TPM tidak selesai masalah


MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | 10 Ogos 2015.


IPOH: Islam telah menegaskan amanah yang paling terpenting adalah amanah politik.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, malangnya masayarakat Islam ketika ini khususnya orang melayu melihat sifat amanah hanya berkisarkan kepada perkara-perkara tertentu.

Sedangkan kata beliau, amanah paling besar adalah amanah dalam memerintah negara dan ia melebihi segala-galanya.

"Malangnya orang Melayu hanya melihat amanah itu berkaitan simpan duit dan kirim barang sahaja.

"Amanah yang disebut dalam Al-Quran dan Hadis adalah amanah memerintah negara, ia adalah amanah paling besar," tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan 5.0 di Jalan Pemimpin, Manjoi, Ipoh dekat sini semalam.

Hadir sama ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Daud, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria serta seluruh Ahli Jawatankuasa PAS Negeri.

Artis soal KJ: Sokong MU pula macam sokong BN?

 
Video kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyamakan menyokong Liverpool dengan menyokong PAS, membuatkan seorang artis tampil membela pasukan kesayangannya.

Penyanyi terkenal tanah air, Faizal Tahir nampaknya begitu marah dengan kenyataan Khairy walaupun ia mungkin hanya gurauan.

Dalam tulisan di akaun Instagramnya, Faizal mengaku seorang penyokong Liverpool.

"Serius KJ? Lawak yang sangat buruk. Sebetulnya saya hilang hormat kepada lelaki ini. Saya penyokong sejati Liverpool, berdarah merah Liverpool.

"Saya sokong mereka ketika turun dan naik.

"Saya tahu Manchester United (Man U) satu pasukan hebat dan saya menghormati mereka sebagai kelab terbesar di dunia.

"Tetapi ini? Kebodohan menghancurkannya. Saya pasti peminat Man U tidak begitu bodoh kerana ini," kata Faizal.

Astro Awani semalam memuat naik sebuah video bertajuk "sokong Liverpool sama seperti sokong PAS - KJ" yang mendapat perhatian ramai khususnya peminat bola sepak.

Sementara itu tambah Faizal, jika menyokong Liverpool seperti menyokong PAS, tidak salah dia katakan menyokong Man U juga seperti menyokong BN.

"Mungkin KJ hanya menjawab (soalan) mengenai Liverpool sekadar berjenaka. Jadi tiada persoalan, jika dia boleh bergurau saya pun bergurau juga," katanya yang turut memuat naik video kenyataan Khairy tersebut.

PM #Najib tolong jelaskan "DONATION" atau "PAYMENT"..??

Kenyataan Media.
PM NAJIB TOLONG JELASKAN "DONATION" ATAU "PAYMENT".


1. Isu pemindahan wang ke dalam akaun peribadi PM Najib yang berjumlah RM 2.67 bilion terus menarik perhatian semua pihak dalam atau luar negara.

Ulasan dan penjelasan pemimpin politik Umno Bn termasuk PM Najib makin mengelirukan dan menjadi bahan lawak jenaka di kalangan rakyat. Saya percaya jika ia dijadikan skrip atau bahan utama lawak untuk Pertandingan Maharaja Lawak sudah pasti akan dinobatkan sebagai lawak terbaik musim ini.

2. Apa yang diperlukan ialah penjelasan yang sejujurnya daripada PM Najib, apakah status sebenar wang yang dimasukan ke dalam akaun peribadi beliau. Sumbangan derma (donation) atau bayaran (payment) yang diterima beliau daripada pengirim? Mustahil beliau tidak mengetahui siapa pengirim dan apa tujuan kiriman wang tersebut ke dalam akaun beliau?

3. Berdasarkan pendedahan terbaru oleh Sarawak Report seperti borang pemindahan wang MT 103 yang disyaratkan untuk diisi oleh pengirim jelas menunjukan perkataan di bahagian "remittance information" ialah "Partial Payment" (separa bayaran) bagi borang yang pertama untuk kiriman pertama bertarikh 21 march 2013 dan bagi borang yang kedua di bahagian yang sama tercatit perkataan "Second Part For Final Payment" (bayaran akhir) untuk kiriman bertarikh 25 march 2013 ke akaun persendirian milik PM Najib di Aam Islamic Bank.

Mat Sabu: Jika kawan Umno, anda kena keluar

 
Gerakan Harapan Baru (GHB) tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana anggota gerakan itu yang berkawan atau menyokong seteru politiknya Umno, kata pengerusi jawatankuasa penajanya,  Mohamad Sabu.

Ia juga dilihat sebagai satu peringatan tersirat kepada pemimpin PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang kini dilihat selesa dengan Umno.

"Sesiapa yang berkawan dengan Umno, anda kena keluar," kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, disambut tepukan gemuruh di majlis makan malam Aidilfitri bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Seberang Jaya, malam tadi.

Mat Sabu berkata GHB, yang terdiri daripada bekas progresif dari PAS, dituduh mahu hidup senang apabila mereka mengambil keputusan untuk menubuhkan kumpulan serpihan PAS itu.

Mahathir: Derma Arab RM2.6 bilion 'bullshit'


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak penjelasan bahawa dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah wang derma.

“Siapa dalam dunia ini akan dermakan  AS$700 juta kepada perdana menteri Malaysia?

“Malah Obama juga tak dapat kumpulkan jumlah ini ketika mengintai jawatan presiden.

"Dicadangkan ia daripada Arab. Arab memang pemurah, tetapi tak semurah itu,” katanya.

Mahathir berkata dakwaan itu disifatkan orang ramai sebagai "hogwash or bullshit" (mengarut atau tak masuk akal).

Katanya, perkara itu sudah menjadi bahan ketawa orang ramai.
 

Sepatutnya POLIS siasat #NAJIB - Tun #Mahathir

Dr M: Demokrasi sudah mati


  Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa meluat kerana Datuk Seri Najib Razak sanggup melumpuhkan siasatan ke atas 1MDB dan juga kes wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri itu.

Tindak-tanduk perdana itu menyebabkan demokrasi kini mati, kata Mahathir lagi dalam tulisan di blog chedet.cc.

Tambahnya, pasukan polis sepatutnya menyiasat penggantinya, Datuk Seri Najib Razak dan bukannya mengganggu penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Demokrasi sudah mati. Ia mati kerana pemimpin yang dipilih memilih untuk menjatuhkan maruah institusi kerajaan dan menjadikannya sebagai alat untuk mengekalkan kuasanya.

“Tiada lagi demokrasi yang boleh dirosakkan. Tentulah, bercakap mengenai 1MDB tidak akan menjejaskan perkara yang tidak lagi wujud.

“Jika ada pihak yang patut disiasat oleh polis, orangnya ialah Najib,” kata Mahathir dalam tulisannya di blog chedet.cc.

Penyokong #GHB halau murid PASTI guna Dewan Markas Bakri Bt.3.. ini penjelasannya..!!


Arahan pindah 2 pegawai SPRM dibatalkan


Setelah bantahan keras daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), perpindahan dua pegawai kanannya ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Jumaat lalu, dibatalkan hari ini.

Keputusan itu dibuat selepas pertemuan dengan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal hari ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa dalam kenyataannya sebentar tadi mengesahkan perkara itu.

Ali berkata beliau telah bertemu sendiri denagn Pengarah Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM.

“Kedua-dua pegawai telah memberikan penjelasan mengenai tindakan mereka mengeluarkan kenyataan media.

Susulan penjelasan tersebut, saya telah membuat keputusan membatalkan pertukaran kedua-dua pegawai ke JPM dan kembali ke jawatan asal masing-masing berkuat kuasata pada 10 Ogos 2015 (hari ini),” katanya. 


Haram menubuhkan PARTI ISLAM lain..????

HARAM MENUBUHKAN PARTI ISLAM LAIN ?


Dr Yusof Al-Qadhawi dalam bukunya yang bertajuk "Min Fiqh Ad-Daulah Fil Islam", Terbitan Dar As-Syuruq, Cetakan Tahun 1997, muka surat 151-154 menjelaskan seperti berikut:

1. Adalah harus menubuhkan pelbagai parti Islam dalam sesebuah negara islam, yang setiap satunya memiliki ciri-ciri pemikiran, metodologi dan pendekatan politik yang berbeza-beza. Setiap parti islam mestilah disokong dengan hujjah-hujjah dan riwayat-riwayat yang sahih dalam tindakan mereka. Oleh itu sesiapa sahaja boleh menyokong mana-mana parti islam yang telah ditubuhkan mengikut keyakinan mereka masing-masing. Sesiapa pun boleh menolak jika didapati ada parti lain yang lebih baik.

2. Pelbagai parti dalam bidang politik adalah sama seperti pelbagainya mazhab dalam bidang fekah. Perbezaan pelbagai mazhab tidak boleh dielak disebabkan setiap madrasah pemikirannya memiliki dasar-dasarnya yang khusus di dalam memahami syariat dan mempunyai perbezaan cara mengeluarkan hukum daripada dalil-dalilnya yang komprehensif. Oleh kerana parti politik islam juga mengambil daripada pelbagai mazhab yang berbeza aliran pemikirannya ini, maka cara, pendekatan dan metodologinya juga tidak sama. Maka wajar berlakunya kepelbagian parti politik.

3. Terdapatnya parti politik yang berpendapat bahawa Syura itu bersifat mulzimah (wajib dipatuhi keputusannya) dan terdapat juga yang berpendapat Syura itu hanya sekadar Mu'limah(hanya sekadar memaklumkan pendapat masing-masing dan ketua tidak wajib mengikut) . Sudah pasti pertembungan ini memberikan keputusan yang berbeza dalam mengambil tindakan politik.

Shafie Apdal bakal rasmi mesyuarat #Umno bahagian MB #Kedah


Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijangka merasmikan mesyuarat bahagian Jerlun, kawasan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, 22 Ogos ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Ogos, 2015.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang disingkirkan daripada Kabinet dijemput merasmikan mesyuarat Bahagian Jerlun, kawasan Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika spekulasi kedudukannya sebagai menteri besar Kedah sedang terancam.

The Malaysian Insider difahamkan daripada seorang pegawai Mukhriz, Shafie akan merasmikan mesyuarat tersebut pada 22 Ogos di tempat di mana anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu menjadi ahli Parlimen.

Shafie bersama-sama Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini disingkirkan daripada Kabinet Datuk Seri Najib Razak kerana kritikan terbuka dalam isu melibatkan syarikat sarat hutang, 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, Shafie dan Muhyiddin masih lagi sah memegang jawatan dalam Umno walaupun tidak ada lagi jawatan dalam kerajaan.

Sumber rapat dengan Shafie juga mengesahkan naib presiden Umno itu sudah menerima jemputan tersebut dan akan menghadirinya.

#Malaysia menuju kediktatoran, kata Mujahid

https://lh6.ggpht.com/K-LWs78USKA06T13B_zGuNrpqCuMVFoNVEwNd1xR97t89pTWH7KfE03HM_3O3wKzJuuQrsGM2EthNoxVvwXw 

Pengerusi Pro Tem Gerakan Harapan Baru (GHB) Pulau Pinang Datuk Dr Mujahid Rawa memberi amaran Malaysia semakin menuju kediktatoran, melihat kepada cara institusi penguatkuasaan yang digunakan kerajaan memerintah.

Beliau berkata pentadbiran Barisan Nasional (BN) melakukan pelanggaran jelas apabila agensi penguatkuasaan digunakan untuk menyiasat satu sama lain supaya dapat menutup kesalahan.

"Kita tidak pernah melihat bagaimana polis menyiasat agensi penguatkuasaan yang lain, seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"SPRM sedang menyiasat kes yang membabitkan dakwaan terhadap perdana menteri, polis yang di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri, yang kini dijadikan timbalan perdana menteri, menyiasat SPRM, dan kini SPRM menyiasat pihak polis.

"Kita akan kelam kabut. PM menyingkirkan Peguam Negara dan kemudian datang dakwaan yang Peguam Negara menulis deraf dakwaan untuk menahan perdana menteri... semua ini menunjukkan yang kita bukan sahaja menuju ke arah negara yang gagal, tetapi juga satu kediktatoran," katanya pada satu rumah terbuka yang dianjurkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Seberang Jaya malam ini. – 9 Ogos, 2015.TMI

Hapuskan kuasa VETO di PBB & Pada Pemimpin Parti...!

Hapuskan kuasa veto!



SEWAJARNYA sistem kuasa veto Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah lama dirombak dan digantikan dengan sistem yang lebih demokratik. Ini kerana tidak ada alasan kenapa lima kuasa besar; Amerika Syarikat (AS), Rusia, China, Britain dan Perancis diberi kuasa veto.

Sebenarnya amalan kuasa veto ini dimulakan selepas Perang Dunia Kedua dulu. Ternyata sistem ini memperlihatkan struktur yang sudah tidak relevan dengan keadaan semasa. Malah telah disalahgunakan seperti dalam isu serangan AS ke atas Iraq dan Israel menyerang Palestin.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah membangkitkan isu sistem kuasa veto badan dunia itu ketika menghadiri Perhimpunan Agung PBB pada September 2003 dulu.

Kelantangan Dr. Mahathir pada persidangan itu membuktikan kewibawaan PBB perlu dipulihkan dengan segera dan jangan membiarkan sesebuah negara mendominasi badan dunia itu untuk kepentingan tertentu. Caranya ialah menghapuskan sistem kuasa veto dan digantikan dengan sistem lain yang lebih adil.

40 tahun bersama Umno, jangan panggil saya pengkhianat, kata Muhyiddin

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata golongan yang melemparkan tuduhan berkenaan masih muda dan tidak memahami sejarah panjang perjuangan pemimpin yang bersusah payah untuk meneruskan perjuangan parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2015.
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan agar tidak melabelkannya sebagai pengkhianat Umno kerana bukan sedikit jasa yang disumbangkan sepanjang 40 tahun bergiat aktif dalam parti Melayu itu.

Timbalan presiden Umno itu berkata, golongan yang melemparkan tuduhan berkenaan masih muda dan tidak memahami sejarah panjang perjuangan pemimpin yang bersusah payah untuk meneruskan perjuangan parti.

“Saya sudah berada dalam parti hampir 40 tahun waktu mana saudara belum lahir pun. Jangan perbodohkan saya (gelar) pengkhianat. Siapa pengkhianat? Ada orang tuduh saya pengkhianat. Waktu itu dia masih lagi berhingus.

“Takkanlah saya buat macam ini dah jadi pengkhianat. Pasal saya tidak diletak dalam jemaah menteri sudah digelar pengkhianat.

“Sebelum itu semua tabik saya. Mesti adil. Kita sedang berdepan zaman susah. Bukan zaman kegemilangan,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya Utara petang ini.

2 pegawai SPRM jumpa KP JPA, KSN hari ini

 
Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) dua hari lepas akan menemui Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini bagi membincangkan pertukaran mereka.

Sehubungan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim meminta semua pihak bertenang kerana isu pertukaran kedua-dua pegawai itu akan diselesaikan dengan cara terbaik.

"Saya yakin walaupun isu ini urusan pentadbiran, kerajaan akan menanganinya dengan baik. Kita tidak mahu orang ramai hilang kepercayaan kepada agensi-agensi penguatkuasaan," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat perhubungan Umno negeri Perlis di Padang Besar semalami.

Shahidan mengulas isu pertukaran dua pegawai SPRM tersebut, Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin; dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob.

Sampai kot KODIANG pun dah ada gejala sosial, janganlah diceritakan Aloq Setaq & KL

Remaja dirogol adik rakan 

 Rogol
KODIANG - Seorang remaja dirogol oleh adik rakannya yang baru mencecah usia 15 tahun ketika berkunjung ke rumah rakannya itu bulan lalu.

Mangsa yang berusia 17 tahun, dari sebuah kampung dekat sini, mengaku dirogol dalam bilik adik rakannya, Salsabila (bukan nama sebenar).

Ketika kejadian bulan lalu, mangsa ke rumah Salsabila di kampung berdekatan, kedua-duanya kemudian keluar untuk mengutip daun ketum di kawasan berhampiran.

Selesai mengutip daun ketum sekitar jam 4 petang, mangsa mengikut Salsabila pulang ke rumahnya untuk berehat dan minum air dalam bilik tidur adik rakannya.

Bagaimanapun, adik lelaki Salsabila, dikenali sebagai Megat (bukan nama sebenar) masuk ke dalam bilik itu dan pada ketika itu, Salsabila keluar sebentar.

Alor Setar - Adik dipercayai bunuh abang masih diburu

Adik dipercayai bunuh abang masih diburu
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan menunjukkan gambar suspek yang sedang diburu polis pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Ahad. - Foto Bernama
  
ALOR SETAR - Seorang adik yang dipercayai telah membunuh abangnya Jumaat lalu di Kampung Bukit Lada, Pokok Sena dekat sini, masih diburu.

Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, suspek yang berumur 24 tahun yang melarikan diri selepas kejadian itu dipercayai masih berada di sekitar negeri di utara.

Beliau berkata orang ramai yang mengetahui di mana suspek berada diminta menghubungi Asisten Superintendan T Segeran di talian 019-5400260.

Dalam kejadian itu, mangsa Mohd Yusoff Gozali, 35, meninggal dunia dipercayai akibat dibaling dengan objek besi oleh adiknya itu selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.

Si adik melarikan diri selepas menghantar abangnya ke hospital.

Sementara Adzaman berkata, anak bongsu kepada Amnah Omar, 49, telah ditahan berhubung kematian ibunya di rumah mereka di Taman Sentosa, Simpang Kuala dekat sini, semalam.

Pemuda berusia 27 tahun itu melaporkan telah menemui mayat ibunya selepas dia pulang ke rumah. - Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...