TERKINI :

Sunday, August 9, 2015

Setiba di KLIA ayat yang keluar dari Bos SPRM ialah "Tak selamat di sini"

Tak selamat di sini, kata bos SPRM

 
  Kepulangan yang ditunggu, namun hanya dua ayat sempat dipetik daripada Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull malam ini - "Terima kasih" dan "Di sini tidak selamat".

Beliau 'diserbu' pemberita sejurus selepas tiba dari Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya mengulangi ucapan itu dan tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada wartawan yang menantinya.

Dikelilingi kira-kira 10 pengawal Shukri cuba dirapati untuk mendapatkan komennya mengenai tindakan kerajaan memindahkan serta-merta dua pengarah SPRM pada Jumaat lalu, Shukri hanya menjawab:  "Terima kasih. Terima kasih. Nanti I jumpa you. "

Beliau juga berkata keadaan "tidak selamat" di situ.

"Biar saya selesaikan dulu," katanya.

Turut kelihatan hadir di KLIA ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan dan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Lagu Nyanyian "Tak Seindah Wajah" dari #Mukhriz 'lain macam' aja bunyinya..!!

Cabang seni sekali lagi menjadi pilihan pemimpin Umno menyampaikan mesej kepada orang ramai secara berlapik.

Selepas Umno Parit Sulong memainkan klip video Gus Mus bersajak semalam, hari ini Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula menyanyi ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Subang.

Memilih lagu Tan Sri S M Salim, Menteri Besar Kedah itu mendapat tepukan dan siulan daripada perwakilan.



Lagu dinyanyikan Mukhriz berjudul Tak Seindah Wajah.

DAP sambut cabaran Najib dedah dana parti

 
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini berkata parti itu menerima cabaran Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bagi mendedahkan maklumat mengenai dana politik masing-masing.

Bercakap di satu majlis di Tanjung Bungah di Pulau Pinang, Lim menyebabkan hadirin ketawa apabika berkata, Najib mungkin berfikir parti itu sedang bermain guli dan melontarkan cabaran kepada DAP.

"(Najib berkata) Kamu tunjukkan kepada saya kamu punya dulu, kemudian saya akan tunjukkan saya punya? Apa jenis perdana menteri macam ni?" kata Lim disusuli gelak ketawa orang ramai.

Najib ketika menepis tuduhan salah laku dana awam sebelum ini mengaku menerima dana RM2.6 bilion dari luar ke akaun persendiriannya.

Mendakwa ia adalah untuk kegunaan parti, perdana menteri kemudian berkata, Umno boleh mendedahkan maklumat kewangan sumbangan dananya dengan syarat parti pembangkang melakukan perkara sama.

Perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang ‘lesu’ bila Najib berucap

 Sebahagian perwakilan yang menghadiri mesyuarat Umno Pasir Gudang di Dewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor, yang dirasmikan Datuk Seri Najib Razak, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 9 Ogos, 2015.
Lebih 700 perwakilan Umno Bahagian Pasir Gudang kelihatan lesu apabila Datuk Seri Najib Razak mula berucap merasmikan mesyuarat perwakilan pagi tadi.

Nada berbeza perwakilan yang bersemangat ketika Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Khaled Nordin berucap sebelum itu seakan luntur apabila seakan tidak memberikan tumpuan semasa ucapan Najib, lebih-lebih lagi ketika beliau menyentuh isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Malah semasa menyentuh isu BR1M, perwakilan di dalam dewan juga seakan tidak memberikan tumpuan penuh kepada ucapannya.

"Tuan-tuan nak BR1M lagi ke tidak," katanya dan disahut:"Tidak" oleh sebahagian perwakilan.
"Kalau tidak saya batalkan BR1M, ada cara lain ke lebih baik?" soal Najib kepada perwakilan dalam ucapannya.

Malah, ketika menyentuh isu membabitkan skandal-skandal oleh pentadbiran kerajaan terdahulu, perwakilan turut mendesaknya mendedahkan skandal-skandal tersebut, namun Najib tidak mendedahkannya.

Adik perdana menteri beri sokongan kepada SPRM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Nazir Razak menerusi akaun instagram memuat naik imej empat individu penting Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Empat individu terbabit adalah Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Timbalan Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Mohd Shukri Abdul; Pengarah Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik, Datuk Rohaizad Yaakob.

Imej itu disertakan kapsyen yang menarik perhatian pengikut Instagram adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.

"Beberapa lelaki yang baik. Lindungi institusi mereka, SPRM. Benarkan dan dorong mereka melaksanakan tugas tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya yang juga Pengerusi Kumpulan CIMB Nazir dalam ulasan instagramnya hari ini.

Muhyiddin mula bersuara.. kenapa beliau digugurkan..!!!

Tak hentak meja, beri pandangan berhemah, kenapa gugurkan saya, soal Muhyiddin

Timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ciri-ciri yang dimahukan Datuk Seri Najib Razak ada padanya, tetapi kerana terlalu banyak mempersoalkan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau digugurkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2015.
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempersoalkan tindakan Datuk Seri Najib Razak menggugurkannya sebagai timbalan perdana menteri kerana segala teguran yang diberikan kepada perdana menteri dilakukan secara berhemah.

Timbalan presiden Umno itu berkata ciri-ciri yang dimahukan Najib ada padanya namun kerana terlalu banyak mempersoalkan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau digugurkan.

"Kalau sesiapa pun boleh mengemukakan pandangan, berentap meja pun boleh. Cuba tanya presiden parti, pernah tidak saya berentap meja di hadapan beliau. Saya ini kan berhemah, gaya pun macam bodoh je.

"Mana ada hentak meja, mengangkat suara pun tidak ada. Beri pandangan secara berhemah. Salah? Habis kenapa gugurkan saya?

"Tidak apa prerogatif perdana menteri. Dia tidak suka tidak apa. Kita hormat," katanya sewaktu berucap merasmikan mesyuarat pemuda Umno Petaling Jaya Utara petang ini.

Muhyiddin berkata sepanjang berada dalam Umno dan kerajaan, sudah menjadi tradisinya mempersoalkan kepincangan yang berlaku maka tidak perlu mana-mana pihak memberi amaran kepadanya agar berhati-hati.

Pindah pegawai SPRM serta-merta kuasa siapa?


SEREMBAN - “Siapa sebenarnya yang ada kuasa untuk pindahkan dua pegawai kanan SPRM ini dalam keadaan serta merta?,” soal Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.

Anthony berkata demikian berhubung pertukaran Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob, secara mengejut.

Menurutnya, bukan beliau saja yang tertanya-tanya, bahkan seluruh masyarakat turut memikirkan mengapa pertukaran itu dilakukan secara mengejut, sedangkan kedua-dua pegawai kanan tersebut sedang menyiasat kes berprofil tinggi.

“Alasan mereka pegawai itu ada masalah disiplin memang tidak masuk akal langsung. Memindahkan pegawai yang sedang menjalankan siasatan hanya merosakkan imej SPRM serta memberi gambaran seolah-olah ada agenda tertentu untuk menakut-nakutkan agensi berkenaan.

PRN S'wak: Pas rancang tanding lebih 10 kerusi

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
KUCHING - Pas merancang untuk bertanding di lebih 10 kawasan pada pilihan raya negeri Sarawak (PRN) akan datang, dengan enam daripadanya sudah dikenal pasti manakala selebihnya masih dalam perbincangan antara parti itu dengan sekutunya PKR Sarawak.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, enam kawasan itu terdiri daripada Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro dan Belawei.

Beliau berkata jumlah kerusi yang ditandingi Pas nanti lebih besar berbanding PRN sebelum ini kerana parti itu yakin dengan sokongan ramai terhadap mereka, walaupun sedar Pas bakal berhadapan cabaran besar ekoran perpecahan dalam Pakatan Rakyat dan kemunculan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Bercakap pada persidangan media selepas melancarkan jentera pilihan raya Negeri Sarawak Dewan Pemuda Pas di sini lewat malam tadi, Nik Abduh berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan parti itu di Sarawak, pembangkang dilihat bakal menghadapi cabaran besar pada pilihan raya negeri Sarawak kelak.

'Jemputan sendiri' bawa Najib ke Pasir Gudang

 
Umno Pasir Gudang hari ini mendedahkan, mesyuarat tahunan perwakilan bahagian itu kali ini 'bertuah' kerana dirasmikan oleh presiden mereka sendiri, Datuk Seri Najib Razak.

Lebih menarik, kedatangan Najib itu adalah atas 'undangan' beliau sendiri dan bukan kehendak bahagian berkenaan.

Mengumumkan perkara itu sebelum ketibaan Najib, ketua bahagian berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menjelaskan, dua bulan lalu Presiden Umno berkenaan - melalui sekretariat parti - memaklumkan akan hadir untuk merasmikan mesyuarat agung tahunan mereka.

Sejak beberapa minggu lalu Najib menghadiri mesyuarat perwakilan Umno bahagian sambil mempertahankn dirinya daripada dakwaan menyalahgunakan dana 1MDB.

Malah dalam ucapannya semalam, Najib sendiri 'membersihkan' dirinya dengan mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membebaskan beliau daripada sebarang amalan rasuah.

Dalam ucapannya, Khaled memberitahu perwakilan supaya bertenang serta menjaga adab ketika menyambut kedatangan presiden mereka.

Pemadam perlukan sukarelawan muda

Pemadam
SUNGAI PETANI - Setiausaha Agong Persatuan Mencegah Dadah (Pemadam) Kebangsaan, Datuk Suhaimi Abdullah menggesa usaha perlu dilakukan untuk menarik golongan muda sebagai aktivis dan sukaralewan Pemadam.

"Kita perlu mendekati golongan profesional untuk ambil bahagian bukan hanya dalam aktiviti yang dianjurkan, malah memegang jawatan di peringkat Unit, daerah dan negeri. Ini bersesuaian kerana golongan sasar adalah para remaja termasuk pelajar sekolah yang mudah terpengaruh dengan gejalan penyalahgunaan dadah.

"Kita berhadapan cabaran getir kerana peruntukan yang diberikan untuk memerangi gejala ini agak terhad. Namun ini tidak bermakna kita perlu mengalah," jelasnya ketika menutup Seminar Pemantapan Pemimpin Pemimpin Pemadam daerah seluruh Kedah di Pantai Merdeka Resort.

Naib presiden Umno persoal langkah pindahkan pegawai SPRM

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempersoalkan mengapa kerajaan tidak boleh menunggu siasatan 1Malaysia Development Berhad selesai sebelum membuat keputusan memindahkan 2 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke jabatan lain. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2015.
Tindakan memindahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada ketika siasatan terhadap syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedang berjalan adalah tidak wajar, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Shafie berkata, mengapa kerajaan tidak boleh menunggu siasatan sehingga selesai sebelum membuat keputusan tersebut.

"Mengapa tiba-tiba 2 pegawai SPRM ditukar ketika siasatan 1MDB masih dijalankan?" soal Shafie dalam satu kenyataan hari ini.

"Tidak boleh kah tunggu sehingga selesai siasatan? Adakah kerajaan sendiri tidak mahu kebenaran tertegak?" kata Shafie yang digugurkan sebagai menteri Kabinet baru-baru ini.

Shafie, yang juga bekas menteri luar bandar yang lantang membangkitkan isu 1MDB berkata tindakan tersebut memberikan persepsi umum tidak baik kepada kerajaan.

"Tindakan memindahkan pegawai SPRM ke Jabatan Perdana Menteri memberikan persepsi umum tidak baik kepada sebuah kerajaan yang mengamalkan ketelusan dan berintegriti," katanya.

Kerajaan perlu memberi penjelasan mengenai pemindahan pegawai SPRM tersebut, kata Shafie.

Bersatulah Demi Rakyat Dan Malaysia Tercinta.

Kenyataan Media


Bersatulah Demi Rakyat Dan Malaysia Tercinta.

1. Saya menyambut baik saranan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PAS Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyarankan agar Parti-Parti Pembangkang kembali duduk semeja untuk mencari titik persamaan dan mengurangkan titik perbezaan.

2. Gesaan supaya Parti Pembangkang kembali bersatu tentunya dinantikan oleh rakyat Malaysia yang mengharapkan perubahan politik negara yang sedang berdepan dengan krisis kepercayaan terhadap kerajaan Umno Bn yang gagal melindungi kepentingan negara dan rakyat.

3. Saya percaya saranan Dato' Ustaz Tuan Ibrahim tidak lah bercanggah dengan keputusan Muktamar PAS yang ke 61 serta keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah memutuskan hubungan dengan parti pembangkang iaitu DAP serta perang mulut di media antara pimpinan PAS dengan PKR dan DAP dan Kenyataan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Harun Din yang PAS sedia memutuskan hubungan dengan PKR jika PKR bersama DAP dan GHB membentuk Pakatan baru PR 2.0.

Siapa pula hendak siasat polis?

Oleh Ustaz Idris Ahmad

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/08/sprm_polis_1mdb_src_600.jpg
Jikalau pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun kena disiasat oleh polis atas tuduhan kerana membocor maklumat kes yang SPRM sedang menyiasat. Kalau begitu siapa pula hendak siasat polis jikalau dilaporkan terlibat dalam rasuah.

Bukankah kedua-dua agensi ini mempunyai bidang tugas yang tersendiri? Jika ini berlaku ke manakah rakyat hendak mendapat keadilan untuk negara membanteras masalah rasuah.

Apakah maklumat yang dibocorkan itu?

Sudah tentu SPRM perlu mencari bukti yang kukuh sebelum hendak membawa kes itu ke mahkamah. Apa akan terjadi jika bukti tidak kukuh, apabila disoal oleh peguam bela.

Pihak polis setakat ini menyiasat tujuh orang pegawai SPRM dan dua individu berhubung kes kebocoran maklumat siasatan 1MDB.

Tidak pernah berlaku di dalam sejarah, ketika SPRM sedang menyiasat diganggu oleh pihak polis. Tunggulah sehingga kes ini selesai disiasat.

Apa penyakit Lim Guan Eng?

Oleh DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

http://assets.bwbx.io/images/iZ4xrBGyYkMc/v1/628x-1.jpg
Kenyataan pimpinan DAP khususnya Lim Guan Eng (LGE) yang berterusan melakukan provokasi terhadap Presiden PAS menggambarkan akhlak rendah yang dimiliki oleh mereka.

Ia mengesahkan lagi kebenaran tindakan PAS memutuskan hubungan politik dengan DAP. DAP bukanlah pimpinan harapan rakyat Malaysia.

Terakhir, kenyataan tidak berasas oleh LGE dilaporkan oleh

Bagi saya, sememangnya LGE sedang berhadapan dengan penyakit politik yang serius iaitu penyakit "gatal mulut".

Rakyat Malaysia tidak lagi boleh bergantung harap terhadap Umno dan BN yang telah mencetuskan krisis kepimpinan politik dan ekonomi negara.

Namun dalam masa yang sama DAP juga bukan harapan rakyat. Menggantungkan harapan negara dipimpin oleh parti seumpama DAP bakal meletakkan negara ke lembah kehancuran.

Pemimpin akar umbi PAS tunggu dan lihat sebelum sertai parti baharu

 OLEH ZULKIFLI SULONG

 http://www.niknasri.com/wp-content/uploads/2015/06/muktamar.jpg
Ketika PAS berpecah 2 dengan terbentuknya Gerakan Harapan Baru (GHB) yang bakal menjadi sebuah parti politik Islam baharu, lebih 50% para pemimpin akar umbi khasnya di peringkat cawangan mengambil sikap tunggu dan lihat.

Mereka masih menunggu parti baharu dibentuk, apa perlembagaannya dan siapakah bakal pemimpin sebelum membuat apa-apa keputusan sama ada kekal dalam PAS atau menyertainya.

Bagaimanapun, kebanyakan penggerak akar umbi PAS di peringkat pusat iaitu Unit Amal dan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) sudah menyatakan sikap masing-masing.

Bekas Ketua Pengarah Unit Amal, Juhari Osman serta ramai ahli jawatankuasanya mengambil sikap meninggalkan PAS dan aktif dalam GHB. Beliau sedang menubuhkan Unit Amal versi GHB yang dinamakan Amal Relief atau nama ringkasnya Arif. Selain Juhari, turut bersama beliau ke dalam GHB adalah Timbalan Ketua Pengarah 1 Unit Amal, Jahid Zaini (Johor) dan Timbalan Ketua Pengarah 4 Azwan Ismail (Perak) dan Bendahari Mohamad Supian Ibrahim (Negeri Sembilan).

Sebagaimana PAS di peringkat cawangan, kata Johari kebanyakan anggota badan penggerak unit kebajikan dalam PAS ini mengambil sikap tunggu dan lihat.

Pindah pegawai #SPRM langkah terdesak selamatkan #PM



Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyifatkan langkah menukarkan Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin ke Jabatan Perdana Menteri serta merta hari ini merupakan satu langkah terdesak untuk menyelamatkan Perdana Menteri dari dakwaan salah laku.

Ini ekoran pegawai tersebut dilihat lantang menentang campurtangan pihak polis yang memberikan tekanan terhadap siasatan SPRM dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sekalipun diakui bahawa pertukaran pegawai boleh dilakukan bila-bila masa sahaja, namun pertukaran yang berlaku di akhir minggu pertama bulan seperti ini dan secara serta merta pula adalah merupakan satu perkara yang jarang berlaku di dalam amalan perkhidmatan awam. Tidak dapat dinafikan lagi, ia bakal menyuburkan persepsi bahawa ada 'sesuatu' sedang disembunyikan dari pengetahuan rakyat.

Dua menteri bantah isu Pengarah SPRM ditukarkan ke JPM

Shahbudin Husin,

Selepas Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull menuntut agar dua pengarahnya, Bahri Mohamad Zin dan Rohaizad Yaakob yang ditukarkan secara serta merta ke Jabatan Perdana Menteri dikembalikan ke agensi itu dan menawarkan dirinya sebagai pengganti, sokongan terhadap badan itu boleh dirasai di mana-mana.

Sama ada secara senyap mahupun terbuka, rata-rata mahu sebarang gangguan atau ancaman terhadap SPRM segera dihentikan bagi memastikan badan itu benar-benar bebas dalam menjalankan tanggungjawabnya memerangi rasuah tanpa mengira siapa pun yang terlibat atau disiasat.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menjadi anggota kabinet pertama yang tidak bersetuju dengan pertukaran tersebut dengan menganggapnya sebagai tidak wajar sama sekali.

Kata Menteri Belia dan Sukan itu, beliau berpegang dengan pendirian bahawa institusi pencegah rasuah itu perlu dilindungi dalam menjalankan peranannya serta berdasarkan kepercayaannya selama ini  bahawa kebenaran mestilah dipertahankan.

"Saya akan tanya Ketua Setiausaha Negara, kenapa ini berlaku? Adakah sesuai membuat pertukaran dalam situasi sekarang?" tanyanya lagi.

Macam budak-budak #Najib nie, lain orang tanya lain yang dia riuhkan..!!

Sebenarnya Najib ni faham atau tidak faham ataupun pura-pura tak faham dengan apa yang majoriti rakyat Malaysia mahukan sekarang berkenaan dengan 'derma RM2.6 Billion' tu..

Lain yang diminta.. lain pulak yang nak dibuatnya.. Rakyat minta dia dedahkan akaun peribadinya tapi dia nak dedah akaun UMNO pulakdah..

Ramai yang mahu tahu kemana telah dihabiskannya wang dari 'derma RM2.6 Billion' tu.. bukannya nak tahu berapa Billion ada dalam akaun UMNO!

Akaun Najib!.. bukannya akaun UMNO!.. lainlah kalau akaun UMNO tu akaun Najib, akaun Najib tu akaun Najib..

Macam budak-budaklah dia ni..
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedia membentangkan akaun UMNO kepada masyarakat umum dengan syarat parti pembangkang juga turut melakukan tindakan yang sama.

Perdana Menteri berkata, tindakan ini demi kebaikan parti selain mengelak daripada masalah lain terjadi.

Jelasnya, pihak pembangkang juga mempunyai punca kewangan yang tidak diketahui sumbernya.

KJ tak takut hilang jawatan demi pertahankan SPRM


Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, beliau rela menerima nasib sama seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin jika tindakannya mempertikaikan pertukaran pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak disenangi kerajaan.

Menurut beliau, berdasarkan pendirian sesuatu yang benar mesti dipertahankan.

Tambahan pula, katanya, pertukaran dua pegawai kanan agensi pencegahan rasuah itu berlaku tanpa pengetahuan kabinet.

Ahli Parlimen Rembau berkata, pertukaran itu berlaku selepas mesyuarat kabinet.

"Jadi mana kita tahu. Kita pun tak tahu," kata Khairy di sidang media selepas merasmikan mesyuarat perwakilan pergerakan wanita, pemuda dan puteri Umno bahagian Klang, hari ini.

Khairy menambah, sekiranya berpeluang beliau akan membawa sendiri isu itu kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamza selepas ini.

"Saya akan tanya dia (Ali Hamza), kenapa ini berlaku? Adakah sesuai untuk membuat pertukaran ini dalam situasi sekarang?" katanya.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno itu menegaskan SPRM mesti diberi kebebasan untuk menjalankan tugas tanpa sebarang sekatan atau ugutan.

Apa itu NUNJI'15 yang dianjurkan oleh #GHB

Dr Mujahid Yusof Rawa
KENYATAAN MEDIA

HARAPAN BARU ANJUR NADWAH ULAMAK NAHDHAH JADIDAH 2015 (NUNJI'15)


1. Bagi memposisikan diri sebagai sebuah parti Islam baru dalam politik negara ini, Harapan Baru akan menganjurkan satu seminar yang dipanggil Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015 (NUNJI'15) pada 15 Ogos ini.

2. Dinamakan sebagai Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah, sebagi merujuk kepada 'Kebangkitan Baru' dari sudut pemikiran Islam yang Inklusif.

3. Kami memilih tema "Islam dan Kenegaraan" bagi merungkaikan masalah perlaksanaan Islam dalam kerangka sebuah negara serta perundangan yang ada.

4. Ia antara lain akan membincangkan tajuk penetapan kaedah fiqh dalam operasi setempat dan lokal. Ia juga akan melihat aspek cabaran menyediakan suasana perlaksanaan syariah serta bagaimana perpindahan konsep kewarganegaraan dari kerangka fiqh klasik kepada realiti konsep warganegara dapat dilakukan.

5. Slogan untuk NUNJI'15 ini ialah "Al- Islam Rahmatan Lil Alamin" (Islam Rahmat Untuk Semua), berpandukan kepada surah Al Anbiya ayat 107. Seminar ini akan berusaha untuk membumikannya dalam bentuk dasar-dasar negara.

Bermulanya acara sukan di tengah KL yang tidak berfaedah, menyusahkan rakyat!


ORANG ramai melihat jentera perlumbaan yang dipamerkan sempena
ORANG ramai melihat jentera perlumbaan yang dipamerkan sempena KL City Grand Prix di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/ RUSHDI SALLEH

SELAMA INI demonstrasi haram yang diadakan pada hujung minggu sudah dianggap cukup menyusahkan kehidupan seharian warga kota. Kesesakan jalan raya berlaku di mana-mana. Susur ma­suk ke Kuala Lumpur sesak, susur keluar pun sesak. Keadaan jalan raya di dalam bandar lagi sesak. Semuanya kerana banyak jalan ditutup ‘secara terpaksa’.

Semalam bermula satu acara sukan tidak berfaedah yang menambahkan stres dan kemarahan penduduk kota. Perlumbaan kereta di tengah bandar. Acara itu berlangsung selama tiga hari, semalam, hari ini dan esok. Acara itu konon­nya sangat hebat sehingga digembar-gemburkan akan mencatat ‘sejarah nasional.’ Ya, memang sejarah akan tercatat sebagai perlumbaan kereta di tengah bandar yang paling menyusahkan hidup hampir dua juta warga Kuala Lumpur!

Sejak seminggu lalu warga kota sudah memberi reaksi negatif terha­dap penganjuran acara ini. Bacalah Facebook, Twitter dan media sosial lain, semuanya penuh de­ngan maki hamun terhadap peng­anjur acara ini. Jangan salahkan mereka. Warga kota ada sebab yang berasas untuk ‘naik angin’. Mereka berhak merasa marah. Jalan raya di tengah ibu kota yang tak pernah merasa sesaat pun tanpa kesesakan dijadikan litar lumba. Idea tidak siuman siapakah ini?

Kenapa perlu diadakan di te­ngah-tengah bandar sedangkan Malaysia sudah mempunyai litar lumba kereta terhebat di dunia ia­itu Litar F1 Sepang. Kalau penganjur ‘perasan’ mahu menjadikan perlumbaan ini seperti di Litar Monte Carlo, lupakanlah! Jalan raya di te­ngah-tengah bandar Kuala Lumpur tidak mencapai standard minimum untuk dijadikan litar lumba.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...