TERKINI :

Saturday, August 8, 2015

Desak dua pegawai SPRM ditukar kembali ke tugas asal

PPPR desak dua pegawai SPRM ditukar kembali ke tugas asal

KUALA LUMPUR: Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), salah satu panel yang memantau perjalanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menuntut agar dua pegawai SPRM yang ditukarkan tugas ke Jabatan Perdana Menteri, dikembalikan semula dengan serta-merta.

Pengerusi PPPR, Tan Sri Johan Jaafar berkata ini adalah supaya dua pegawai tersebut – Pengarah Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin, dan Pengarah Komunikasi Strategik Datuk Rohaizad Yaakob – dapat meneruskan tugas masing-masing di SPRM.

Dalam pada itu, Johan berkata PPPR memuji pendirian Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang menawarkan diri sebagai pengganti pertukaran kepada kedua-dua pegawai kanan terbabit yang hanya bertindak atas arahannya.

"Meskipun PPPR berpendapat bahawa pendirian Datul Seri Shukri ini sesuatu yang terhormat, tetapi tidak perlu sama sekali," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata PPPR terkejut dengan tindakan menukar dua pegawai kanan SPRM pada hari Jumaat.

Beliau percaya pertukaran tersebut pasti akan meningkatkan suasana tegang yang disaksikan sekarang.

"Malah, pertukaran ini akan mencetuskan lebih banyak persoalan berbanding jawapan dan ia akan mewujudkan lebih banyak syak wasangka dan teori konspirasi," katanya.

Tambahnya, PPPR menyokong saranan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang mahu sebarang bentuk 'intimidasi' dan tindakan terhadap pegawai-pegawai kanan SPRM dihentikan.

Bahri dan Rohaizad sebelum ini antara pegawai yang menyiasat akaun syarikat SRC International Sdn Bhd, sebuah entiti yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Difahamkan, kedua-dua mereka telah melaporkan diri di JPM petang semalam setelah mendapat surat pertukaran daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurut sumber, surat daripada JPA itu memaklumkan bahawa kedua-dua mereka dikenakan tindakan tatatertib dan dipindahkan.

Shafie Apdal dedah formula nak jadi menteri

Shafie: Kata yes saja, confirm menteri

Nampaknya ada formula mudah untuk menjadi menteri ketika ini.

Sekurang-kurangnya itu dibayangkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Kata bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah itu, apa yang diperlukan seseorang untuk menjadi anggota kabinet hanyalah menjadi pak turut.

Kata beliau dengan bersikap pak turut, seseorang itu "confirm" boleh menjadi menteri.

Namun ahli politik Sabah itu berkata, bukanlah menjadi kesalahan untuk seseorang mengiyakan kata-kata pemimpin atasan.

"Bukan tak boleh yes. Yes kalau tempat yg baik," katanya di mesyuarat agung tahunan Umno Parit Sulong hari ini.

Mohd Shafie berkata, pada ketika yang perlu beliau akan berkata "tidak".

Tiada cadangan berundur

Semuanya itu, kata Mohd Shafie, dilakukan kerana beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk dipertahankan.

Sebaliknya, kata beliau, jika memiliki kepentingan tertentu adalah lebih wajar untuknya berdiam diri saja.

Mohd Shafie digugurkan daripada jawatan menteri dalam rombakan kabinet Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

Turut digugurkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua-dua mereka mempunyai satu persamaan -mempersoalkan cara Najib menguruskan isu 1MDB secara terbuka.

Ketika ini Mohd Shafie masih menjadi naib presiden dan tidak mempunyai sebarang cadangan berundur.

Sementara itu dalam sidang media selepas perasmian mesyuarat, Mohd Shafie berkata beliau dan Majlis Tertinggi Umno tidak pernah diberi taklimat mengenai "derma" bernilai RM2.6 bilion diterima Najib.

"Sepanjang yang saya tahu, mesyuarat yang saya hadiri, kami tidak dimaklumkan. Namun kabinet diberitahu baru-baru ini dalam mesyuarat terakhir saya," katanya.

Dana itu didakwa datang daripada penderma di Timur Tengah.

Najib 'sumbat' duit untuk Umno dibawah back-up dia

Dah dapat duit jangan senyap, kata Najib

Presiden Umno berharap ahli parti itu tidak mendiamkan diri apabila pemimpin mereka diserang, malah sesetengahnya bertindak seolah-olah menuang minyak ke api menyala.

Bercakap di mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Bandar Tun Razak hari ini, Datuk Seri Najib Razak berkata, ahli perlu mempertahankan parti itu kerana apa yang dilakukannya bukan untuk kepentingan diri sendiri.

"Sebagai presiden parti, apa yang saya buat, sama ada kutip dana atau apa-apa, semata-mata untuk kepentingan parti, bukan untuk lain.

"Zaman saya banyak pertolongan (disalurkan) kepada bahagian, banyak kerja amal dibuat, ramai orang naik haji, banyak bahagian dapat sumbangan setiap bulan.

"(Tetapi) janganlah apabila (sudah) dapat, semua senyap. Apabila saya diserang, kita tambah lagi, tuang minyak," katanya.

Pada masa sama Najib yang dibayangi tuduhan menyalahgunakan dana awam mempertikaikan sama ada pembangkang benar-benar baik.

Kata perdana menteri, pembangkang yang mempersoalkan dana yang dimasukkan ke akaun persendiriannya juga menerima bantuan dari luar.

Katanya, beliau sanggup menjelaskan sumber serta perbelanjaan dana Umno kepada parti pembangkang - dengan syarat pembangkang bersetuju melakukan perkara sama.

Menurut Najib, orang ramai juga tidak wajar menuduhnya menjual negara kerana beliau adlaah perdana menteri yang bertanggungjawab.

Walaupun menerima dana luar, katanya, ia bukan kerana pihak penderma diberikan sebarang kontrak daripada kerajaan.

"Sebab tu SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dah kata, (duit RM2.6 bilion) itu bukan rasuah, bukan duit 1MDB.

"Ia dah selesai, dah selesai," katanya.

Najib hilang kredibiliti dengan pertukaran pegawai SPRM, kata Azmin

 Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan menukar 2 pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia jelas sebagai satu usaha merencatkan siasatan badan anti-rasuah itu dalam melaksanakan tugas mereka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Ogos, 2015.
Mohamed Azmin Ali berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hilang kredibiliti dalam mentadbir negara dan perlu meletak jawatan apabila bertindak menukar 2 pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri.

Timbalan presiden PKR itu berkata, tindakan Najib jelas sebagai satu usaha merencatkan siasatan badan anti-rasuah itu dalam melaksanakan tugas mereka.

"Perdana menteri bertanggungjawab kerana tindakan memburu pegawai kerajaan seperti ini tidak pernah berlaku dalam negara kita.

"Mengapa satu badan bebas seperti SPRM menjadi mangsa kepada Barisan Nasional (BN)?

"Mengapa mereka ditekan dan diugut dalam usaha mereka mencari kebenaran?

"Beliau harus meletak jawatan kerana kredibilitinya musnah sama sekali dalam hal ini dan Putrajaya harus bertanggungjawab terhadap situasi ekonomi hari ini," kata Azmin kepada pemberita sewaktu ditemui di Batu Caves, Selangor pagi ini. – 8 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-hilang-kredibiliti-dengan-pertukaran-pegawai-sprm-kata-azmin#sthash.PJSovkp5.dpuf

Dua majalah 'bungkus' kerana GST

 
Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sekali lagi ‘memakan korban’ apabila dua majalah kartun terpaksa ditutup apabila kos operasinya semakin meningkat.

Selepas kira-kira 22 tahun majalah bercetak Apo? dan Ujang ditamatkan penerbitannya kelmarin.

Selain GST, kejatuhan nilai ringgit dan kenaikan harga kertas turut memburukkan lagi keadaan.

Rata-rata peminat kartun sedih dengan berakhirnya riwayat majalah berkenaan.

Adakah dana RM2.6b dari Isrel?

 
Datuk Seri Najib Tun Razak harus menyatakan dengan jelas mengenai derma RM2.6 billion ke dalam akaun persendiriannya dan tidak memadai sekadar menyatakan ia berasal dari Timur Tengah.

Penganalisis politik dan pensyarah, Dr Maszlee Malik berkata, selain negara Arab, Israel juga termasuk dalam rantau Timur Tengah.

“Kalau cakap dari Timur Tengah, sekarang kita tak tahu dari mana derma itu. Boleh jadi Israel kerana perdana menteri cakap dari middle east.

“Kalau bukan dari Israel, nyatakanlah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Padas 5 Ogos lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan bahawa wang itu disumbangkan oleh pihak tertentu “dari Timur Tengah”.

Bagaimanapun SPRM berkata mereka tidak boleh mendedahkan identiti “penderma” tersebut.

Perkara sama turut diakui Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Sudahlah tak bercuti, kini rosakkan parti

 
Seorang pemimpin Umno yang sepatut bercuti, sebaliknya dilihat mahu menguburkan parti sendiri, kata perwakilan di mesyuarat agung tahunan Umno Johor hari ini.

“Kami sedih pemimpin ini mahu menghancurkan Umno padahal bapa dan ibunya berjuang demi parti.

“Pemimpin ini patut bercuti, berundur. Kami tidak mahu melihat parti yang dibina oleh nenek moyang kami dikuburkan,” kata Ismail Mohamed, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh.

Bercakap di perhimpinan peringkat bahagian itu, Ismail memasang harapan pemimpin yang dimaksudkannya itu sedar bahawa akar umbi parti tidak mahu melihat parti mereka hancur.

Walaupun beliau tidak menyebut sebarang nama, Ismail berkata, pemimpin terbabit adalah orang yang bertanggungjawab memindahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Beranikah ahli UMNO bersuara dengan apa yang berlaku sekarang ini?

BERANIKAH AHLI UMNO BERSUARA?


Kecuali TS Muhyiddin Yassin dan DS Shafie Afdal dan beberapa ‘kerat’ yang lain, kebanyakan ahli UMNO mengambil sikap mendiamkan diri. Membisu seribu bahasa. Taku setakut-takutnya. Gentar segentar-gentarnya. Bimbang sebimbang-bimbangnya kalau-kalau ‘habuan’ yang sentiasa ‘luruh dari langit’ itu akan terhenti sekiranya mereka bersuara terutama yang berkaitan dengan IMDB dan RM 2.6 billion milik pemimpin kesayangan mereka DS Najib Tun Abdul Razak.

Diwar-warkan bahawa ahli UMNO peringkat akar umbi boleh menyuarakan pandangan mereka tentang apa saja yang berkaitan dengan isu “IMDB dan “RM 2.6 billion”. Dari Perlis dikatakan bahawa ahli UMNO disana boleh menyuarakan hasrat mereka. Dari Johor tempat kelahiran UMNO juga dikatakan bahawa ahli UMNO disana bebas menyuarakan apa yang ‘terasa’ di hati. Dan sekurang-kurangnya dari Johor muncul anak muda yang berani menyatakan apa yang dirasakan tidak kena berlaku dalam negara kini.

Selain dari itu kelihatan UMNO semacam parti yang sudah ‘mati pucuk’ yang langsung tidak berani bersuara selain dari menjadi ‘tukang angguk’ walaupun atas isu-isu yang dirasakan amat merugikan negara dan bangsa. Rakyat seluruh Malaysia merasakan bahawa ada yang tidak kena yang berkaitan dengan isu ‘IMDB dan RM 2.6 billion’. Bukan sahaja sebahagian besar rakyat Malaysia merasakan begitu tetapi komen-komen dari masyarakat dunia juga memberikan komentar yang sedemikian. Merasakan bahawa ada sesuatu yang ‘tidak kena’ mengenai perlaksanaan IMDB dan akaun peribadi milik DS Najib yang mengandungi RM 2.6 billion itu.

#GHB - Belum ada maklum balas daripada ROS


SHAH ALAM - Permohonan Harapan Baru untuk mendaftar sebagai parti politik masih belum ada sebarang perkembangan.

Setiausaha Harapan Baru, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga kini tiada maklum balas diterima daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkenaan perkara itu.

“Tiada (perkembangan), saya minta maaf kerana tidak dapat bercakap mengenai perkara ini,” katanya semalam.

Ketika ditanya sama ada terdapat masalah dalam proses pendaftaran tersebut, Dzulkefly bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini, anggota jawatankuasa Harapan Baru, Khalid Samad berkata, gerakan itu akan menjadi sebuah parti politik dengan nama baharu dan didaftarkan 14 September ini.

Katanya, Harapan Baru akan mengadakan konvensyen pertamanya pada 16 September di Kuala Lumpur.

Manakala, penyelaras Harapan Baru Perak, Asmuni Awi dilaporkan berkata, Harapan Baru yakin ROS akan meluluskan permohonan menjadi parti politik kerana pertubuhan itu tidak pernah melakukan kesalahan sejak 13 Julai lalu.

SPRM ditekan lagi..apakah SHUKRI bakal mangsa seterusnya??

Shahbudin Husin, 

 
SPRM diganggu, diancam, digugat dan dilemahkan lagi.

Jika sebelum ini SPRM ditekan dengan penahanan beberapa pegawainya di ketika tugas mereka belum selesai dalam menjalankan siasatan berhubung kemungkinan wujud elemen rasuah berkaitan SRC International Sdn Bhd, kini agensi itu terus dijadikan mangsa.

Kali ini Pengarah Operasi Khasnya, Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategiknya, Rohaizad Yaakob ditukarkan serta merta ke Jabatan Perdana Menteri yang berupa suatu tindakan disiplin terhadap mereka.

Bahri adalah pegawai SPRM yang lantang mengkritik penahanan beberapa pegawainya oleh pihak polis untuk disiasat berkaitan kebocoran maklumat sehingga menyifatkannya sebagai "kerja gila"  dan percaya ada tangan ghaib di belakangnya.

Beliau juga bersumpah dengan nama Allah untuk mencari dalang tersebut sehingga ke lubang cacing sambil mengingatkan kuasa yang mereka ada cuma sedikit saja.

Rohaizad pula adalah pegawai SPRM yang menerima kunjungan pemimpin pembangkang yang hadir beramai-ramai untuk memberikan sokongan moral kepada badan itu yang sedang menjadi sasaran siasatan, serbuan dan tangkapan oleh pihak polis.

Khalid Al-Walid tak tinggal jamaah walaupun di pecat oleh Umar Al-Khatab..tapi...!!!

ANDA TAHU RASANYA HUJAH NIE DITUJUKAN KEPADA SIAPA ?


Watak dalam seerah ialah Umar bin al-Khattab, Khalid bin al-Walid dan Abu Ubaidah al-Jarrah.
Kalau benar sekali pun ingin berhujah dengan tokoh dan seerah, tolonglah jangan sembrono. Bukan saja ceritanya tak sama, watak dan latarbelakangnya juga berbeza.

Khalid akur dengan pemecatannya kerana dia tahu nilai diri Umar di sisi Allah dan rasul dan kedudukan Umar dalam struktur daulah dan masyarakat ketika itu.

Umar adalah Amir al-Mukminin (bukan presiden parti), umat Islam ketika itu adalah jamaah al-muslimin (bukan ahli parti politik) dan keputusan yg dibuat Umar atas kedudukan sebagai pemimpin utama daulah dan masyarakat.

Parti Islam itu bukan daulah, presidennya bukan Amir al-Mukminin dan ahli parti Islam itu bukan warga kepada daulah.

Melawan presiden parti Islam itu bukan melawan Amir al-Mukminin, keluar parti Islam itu bukan derhaka kepada daulah (bughah).

DAP klon UMNO

Saya melihat mutakhir ini, DAP aktif memberikan kritikan-kritikan tajam dan salah terhadap PAS dalam banyak kenyataan mereka ketika mengkritik Umno. Sangat terang dan jelas kritikan-kritikan mereka seperti ditujukan kepada Umno, tapi dalam masa yang sama kritikan yang lebih hebat pula ditujukan kepada PAS. Ibarat ada udang di sebalik batu, atau mungkin juga sesuai dikatakan telunjuk lurus, kelingking berkait. Mengapa saya meletakkan tajuk DAP klon Umno sedangkan kelihatannya mereka seperti melawan Umno? Ambil sedikit masa anda bagi memahami maksud disebalik tajuk yang saya bincangkan ini.

Diantara laporan yang dijadikan asas kepada kenyataan LGE dalam The Malaysian Insider (TMI) kali ini ialah memahami secara salah kenyataan DS TG Hadi Awang iaitu perlunya ada empat orang saksi terhadap kes wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, DS Najib Razak, sama seperti kes DS Anwar Ibrahim. Sedangkan maksud kepada kenyataan itu seperti yang telah diterangkan ialah sebagaimana tegasnya PAS mempertahankan Anwar yang dikatakan telah dituduh secara salah oleh pihak pendakwa iaitu tanpa melalui mahkamah syariah yang pastinya akan menggugurkan kes itu kerana kekurangan saksi, maka begitu juga keadilan mesti diberikan kepad DS Najib dengan menggunakan kaedah-kaedah Islam yang sepatutnya dan bukannya hanya mendengar, lihat dan terus menghukum sedangkan siasatan masih berjalan dan pendakwaan masih belum bermula. Inilah keadilan yang diamalkan oleh Islam yang teguh dipertahankan oleh PAS. Sayangnya “Umar Abdul Aziz” olok-olok ini, tidak memahami fiqh Islam secara betul. Sama seperti Umno perangai LGE ini. Ambil berita secara salah, kemudian proses buat fitnah mengikut acuan kepalanya. Tidak tahulah saya jika DAP memerintah Malaysia, maka segala pertuduhan hanya diambil asasnya dari laporan-laporan tertentu dan terus disabitkan kesalahan tanpa proses perbicaraan. Kalau begitu apa beza DAP dengan Umno?

Mengapa DAP Dijadikan Sasaran Permusuhan..?


Sejak tewasnya BN dalam memenangi 2/3 kerusi Parlimen di Dewan Rakyat, berlaku kekecohan khususnya di kalangan Bani Melayu bahawa kononnya Ahli Parlimen Malaysia kini ramai yang Bukan Melayu. Untuk lebih menakutkan, kononnya DAP sudah mula menguasai segalanya! Aduhai sayang aduhai...

Adakah kita mengalami kerosakan minda yang semakin parah? DAP bertanding di kawasan Cina menghampiri majoriti dan lawannya adalah MCA, MIC dan Gerakan.

Jika DAP kalah sekalipun Melayu tidak akan bertambah dalam Parlimen sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malahan, kemenangan Pakatan Rakyat ini menyebabkan Melayu bertambah kerusi dalam Parlimen dan DUN.

Saya bagi FAKTA berikut :
(7 Kerusi Parlimen PR)

1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN

2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA

3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK

4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT

5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB

6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG

7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA

KESIMPULANNYA?

Menang Pakatan Rakyat, bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 Ahli Parlimen Melayu.

KJ tak boleh terima pegawai SPRM ditukar

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melahirkan rasa kecewa terhadap pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

"Jangan kerana ada agenda, kita sanggup meruntuhkan apa sahaja institusi yang ada.

"Saya tidak sanggup membenarkan dan membiarkan keadaan seperti itu (berlaku)," kata Khairy.

Ahli Parlimen Rembau itu mengulas pertukaran Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikaso Strategik mereka, Datuk Rohaizad Yaakob, secara mengejut.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...