TERKINI :

Friday, August 7, 2015

Pegawai SPRM dipindah, tindakan ‘tunjuk kuasa’, kata pemimpin Umno

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah menyifatkan langkah memindahkan 2 pegawai SPRM sebagai tindakan menunjuk kuasa secara terang-terangan sekali gus menunjukkan yang ada yang tidak berpuas hati dengan usaha agensi anti-rasuah itu mencari kebenaran. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Ogos, 2015.
Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah membidas pemindahan dua pegawai utama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Jabatan Perdana Menteri, menyifatkannya satu tindakan "tunjuk kuasa terang-terangan".

Terdahulu hari ini, Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob dipindahkan kerana "isu disiplin" berkuat kuasa serta merta.

"Ini ialah tindakan menunjuk kuasa secara terang-terangan dan menunjukkan yang ada orang yang tidak berpuas hati dengan usaha SPRM mencari kebenaran," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider hari ini mengulas perkara itu.

Pemindahan mereka dibuat tidak lama selepas tujuh pegawai SPRM disoal siasat, pejabatnya diserbu dua kali dan dua daripada pegawainya ditahan semalaman oleh polis dalam tempoh seminggu.

Pembangkang kesal pegawai SPRM dikeluarkan

 

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang menyatakan kekesalannya terhadap penyingkiran pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas menerima kunjungan pembangkang semalam.

“Saya kesal kerana pegawai itu disingkirkan selepas bertemu anggota parlimen dan ahli politik pembangkang,” katanya kepada Malaysiakini.

Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob hari ini dipindahkan keluar daripada suruhanjaya itu ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Rohaizad semalam menerima rombongan pemimpin-pemimpin pembangkang yang memberikan sokongan kepada badan yang sedang menjadi sasaran siasatan, serbuan dan tangkap polis.

Anggotanya disiasat susulan dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

'Polis jangan campur tangan dalam SPRM' - Muhyiddin

 
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata polis tidak sepatutnya campur tangan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas SRC International.

Katanya, polis sepatutnya bertindak dengan berhemah sekiranya mahu menyiasat mengenai dakwaan kebocoran maklumat SPRM.

“Jumpalah bos, bincang sahaja. Siasat cara tertib berhemah, jangan sampai terang-terang,” katanya

“Setiap agensi ada tugas masing-masing. Mesti diberi sepenuh kebebasan pada SPRM, polis, Bank Negara Malaysia, Peguam Negara.

“Jangan campur tangan. Apa hasil dari kerja mereka, sama ada baik atau tidak baik kita hendak tahu,” katanya.

Muhyiddin dipercayai dilucutkan jawatan dalam Kabinet disebabkan kritikannya ke atas 1MDB.

'Bos SPRM tuntut kembali pegawainya, tawar diri sendiri'

 
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull menuntut kembali dua pegawai kanannnya dipulangkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Beliau malah menawarkan dirinya sebagai ganti kerana mereka cuma bertindak atas arahan.

“Segera pulangkan kembali kedua-dua pegawai saya dan ambil saya sebagai ganti.

"Pegawai saya bertindak atas arahan saya,” katanya kepada Malaysiakini daripada luar negara.

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dan pengarah komunikasi strategik badan Datuk Rohaizad Yaakob dipindah keluar ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

SPRM kian yakin sengaja diganggu

 
Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semakin yakin polis sengaja mahu mengganggu siasatan mereka terhadap SRC International Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak.

Sumber SPRM berkata, agensi antirasuah itu mempunyai sasaran atau tarikh akhir melengkapkan siasatan kes berprofil sangat tinggi itu.

Justeru, katanya, mereka yang ditugaskan bekerja siang malam pada Ramadan lalu, malah sesetengahnya bersahur di pejabat.

"Ramai saksi kami ditahan polis di balai atau Bukit Aman apabila mereka disasarkan terlebih awal, namun apabila penyiasat SPRM berjaya menemui saksi utama, polis menahannya.

Pegawai terima kunjungan pembangkang pun terkeluar

 
Seorang lagi pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipindahkan keluar daripada suruhanjaya itu.

Datuk Rohaizad Yaakob, pengarah komunikasi strategik badan antirasuah itu turut dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Rohaizad semalam menerima rombongan pemimpin-pemimpin pembangkang yang memberikan sokongan kepada badan yang sedang menjadi sasaran siasatan, serbuan dan tangkap polis.

Anggotanya disiasat susulan dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.

Rohaizad enggan mengulas ketika berjalan keluar daripada bangunan SPRM di Putrajaya.

Beliau bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada media yang berada di situ.

Sumber berkata perpindahan keluar itu menggunakan alasan masalah disiplin.

Bos operasi khas SPRM dikeluarkan serta-merta daripada bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu

 
Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dipindahkan keluar daripada bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu.

Difahamkan pegawai kanan yang lantang menentang “gangguan” polis terhadap suruhanjaya itu dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ketika dihubungi Malaysiakini, Bahri enggan mengulas perkara itu.

“Saya tak hendak komen banyak, nanti (dipindahkan) entah ke mana pula,” katanya.

Perpindahan keluar Bahri dilihat bakal menimbulkan tanggapan ia dibuat susulan kenyataan lantangnya yang tidak senang dengan langkah polis.

Bahri pada Rabu lalu bersumpah dengan nama Allah untuk memburu dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu sampai ke lubang cacing.

Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.

“Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini.

Ada kambing hitam bakal mengaku jadi penderma Najib, kata veteran Umno

 Bekas menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid berkata seorang kambing hitam dijangka akan mengaku menderma kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dan pasti ia seorang warga asing. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Ogos, 2015.
Seorang veteran Umno menyifatkan kenyataan pihak berkuasa mengesahkan wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun perdana menteri adalah ehsan derma tidak mengejutkan dan sudah diduga.

Malah, beliau mendakwa, sudah dapat dijangkakan bakal ada individu yang "menjadi kambing hitam" yang akan mengaku mendermakan wang tersebut untuk menjernihkan keadaan.

Tetapi, bekas menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid berkata, beliau berpendapat wang itu bukan disumbangkan ahli Umno atau warga Malaysia, tetapi pasti dibuat warga asing di luar negara.

"Ia sudah dijangka dan bukan satu kejutan, saya pasti mereka akan mencari individu yang kaya mengakui mendermanya," kata Sanusi melalui satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Beliau turut mengatakan, tidak mungkin hanya seorang sahaja yang menderma wang sebanyak itu.

"Yang jelas ialah, kalau rakyat Malaysia yang derma, tidak mungkin seorang sahaja. Yang ada berbilion pun tidak mampu menderma sebanyak itu," kata bekas menteri yang berkhidmat di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Fikrah ‘Holier than thou’ yang meresahkan

 Ahmad Zhafri Md Noor 

Pasca Muktamar PAS 2015 yang lalu begitu meresahkan saya, dan mungkin menyebabkan sebahagian daripada pemuda dan anggota masyarakat di Malaysia ini tidak senang duduk. Keresahan ini bukan bermula daripada penyingkiran sebahagian kumpulan dan menggantikan kumpulan tersebut dengan kumpulan yang lain. Keresahan ini juga bukan berakibatkan daripada merajuknya golongan tersingkir daripada jawatan parti yang akhirnya membawa kepada penubuhan NGO baru – Gerakan Harapan Baru.

Dan saya fikir, keresahan ini bukan sekadar pembunuhan karekter (character assassination) secara berkala yang dilakukan dalam majlis-majlis rasmi parti dan tertutup yang dilakukan bertahun-tahun. Istilah barua, pengkhianat, parasit , munafiq haraki dan pelbagai lagi tohmahan diberikan daripada satu kelompok kepada kelompok yang lain sehinggakan fenomena ini pernah ditegur Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) N Balasubramaniam yang menyatakan rasa terkejutnya melihat amalan fitnah memfitnah dan saling melabel yang berlaku dalam parti Islam itu.

Keresahan saya adalah disebabkan kewujudkan segelintir anggota masyarakat yang melihat perbezaan ijtihad politik ini sebagaimana perbezaan antara Islam tulen dengan Islam tak tulen, antara pihak yang tuhan ‘meletakkan tanganNya’ kepada jemaahnya (organisasinya) dengan pihak yang menentang kebenaran, antara para “mujahidin ” yang menegakkan hukum Allah dengan golongan tali barut Zionis antarabangsa. Bahkan boleh dikatakan segelintir daripada mereka mentafsirkan kelompok mereka sendiri secara jazm (tuntas) sebagai kelompok yang disebut sebagai “jamaatul Muslimin” (jemaah orang Islam), ghuraba’ (kelompok asing dan sedikit) dan juga firqatun najiyah (kelompok yang selamat).

‘I'm not yes man’, tegas Muhyiddin

MUAR - "I'm not yes man". Itu pendirian tegas yang dinyatakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Pagoh 2015, hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau berani untuk bercakap benar meskipun kebenaran itu terlalu pahit untuk dirasai dan pada masa ini ramai yang tidak berani berbuat sedemikian.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggugurkan Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri dari barisan Kabinet baharunya.

Kedudukan Muhyiddin digantikan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selain Muhyiddin, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga digugurkan dari barisan Kabinet.

Muhyiddin tak akan lepas jawatan dalam Umno

MUAR - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan beliau tidak akan melepaskan jawatan Timbalan Presiden Umno kerana apa yang dilakukan selama ini tidak pernah melanggar perlembagaan parti.

"Saya tidak akan meletak jawatan (sebagai Timbalan Presiden Umno) kerana saya tidak pernah melakukan kesalahan dalam parti.

"Saya tidak pernah menjadi ancaman kepada negara. Saya juga tidak pernah cakap yang boleh melanggar perlembagaan parti. Kalau ada tunjukkan bukti," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di sini, hari ini.

Turut hadir isterinya, Puan Sri Nooraini Abdul Rahman, Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh Ismail Mohamed, Ketua Wanita Umno Bahagian Pagoh Senator Datuk Noriah Mahat, Ketua Pemuda Umno Bahagian Pagoh Zaid Abdul Rahman dan Ketua Puteri Umno Bahagian Pagoh Rohaizah Ahmad.

Semalam, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Selangor Datuk Jamal Yunus dilaporkan meminta Muhyiddin agar berehat dan melepaskan jawatan sebagai timbalan presiden Umno.

Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan kabinet pada 28 Julai.

Apabila PJ PAS Perak fitnah ANWAR & Kata Wang DERMA RM2.6 bilion pada NAJIB tak salah..!!

Oleh M.A Shah

Hari nie saya terjumpa satu posting di fb PESURUHJAYA PAS PERAK berkenaan isu LIWAT ANWAR & DERMA RM2.6 bilion kepada NAJIB...

Sebelum saya ULAS anda lihatlah apa yg dikatakan oleh beliau..

SUMBER

Isu PERTAMA : BAB AIR MANI DALAM DUBUR yang tersimpan selama 3 hari... bab nie sebenarnya bukan AIR MANI yang tersimpan tapi DNA Anwar yang ada dalam dubur Saiful dimana mengikut laporan perubatan dubur Saiful tiada tusukan benda keras masuk dan specimen yang ada dalam dubur 3 hari itu disanggah oleh Karpal Singh mengatakan adakah Saiful tak buang air besar selama 3 hari dan adalah Saiful tidak mandi wajib untuk pergi solat fardu dan jumaat. Namun mahkamah tetap menerima specimen DNA sebagai bukti rujukan ada kejadian liwat dan ANWAR dipenjara 5 tahun...ini kes sebenarnya... OK bila jatuh hukuman maka hormatilah mahkamah...

Ini sedikit kupasan dari Peguam Anwar di komen fb tersebut


Isu KEDUA : Duit derma Rm2.6bilion itu beliau katakan tiada kesalahan...macamana seorang yang pernah bekerja dengan pegawai kerajaan yg berpangkat pula tak reti nak rujuk akta SPRM dimana mengatakan sebarang DERMA ia juga disifatkan sebagai SUAPAN....

Majlis Perbandaran Kangar larang iklan arak & rokok

DrMAZA.com


Beberapa wartawan menghubungi saya bertanya tentang tindakan MPK (Majlis Perbandaran Kangar) melarang iklan arak dan rokok. Saya ingin menegaskan bahawa tiada agama ataupun pemikiran yang waras yang menganggap minuman keras dan rokok memberikan kebaikan pembinaan sesebuah masyarakat yang berdisiplin dan mempunyai nilai murni. Dua bahan itu merosakkan keluarga dan masyarakat persekitaran. Apatah lagi diri yang terbabit secara langsung.

Maka, apa sahaja iklan ataupun seruan ke arah arak dan rokok merupakan kempen kepada nilai-nilai yang tidak sihat dan merosakkan. Justeru, tindakan MPK adalah tindakan yang wajar dalam mengukuhkan nilai dan budaya yang baik dalam masyarakat. Saya menyokong penuh tindakan MPK dalam menjadi Kangar bandar yang menerapkan nilai-nilai mulia.

Ini salinan surat sebenar :

Kajian pakar mendapati Rokok Elektronik 95% 'lebih selamat' berbanding rokok biasa

KUALA LUMPUR: Persoalan adakah penggunaan rokok elektronik membahayakan kesihatan atau benar-benar dapat membantu mereka yang ingin meninggalkan rokok tembakau masih menjadi perdebatan para saintis dan pakar perubatan sedunia.

Namun beberapa kajian perubatan terbaharu mula menunjukkan kesan positif penggunaan rokok elektronik atau lebih dikenali sebagai 'vaping.'

Kajian dikendalikan pakar kardiologi Dr Konstantinos Farsalinos yang melihat dengan lebih dekat bagaimana alat gantian tembakau yang semakin popular itu digunakan dalam situasi sebenar.

Hasil kajian yang diterbitkan di dalam jurnal dalam talian pada Mei 2015 bertajuk "Addiction" mendapati e-rokok generasi ketiga (peranti dengan penggunaan kuasa bateri yang boleh dilaras) mampu menghasilkan formaldehid yang boleh menyebabkan kanser, namun ia hanya berlaku dalam keadaan "ekstrem".

Secara umumnya, kandungan cecair e-rokok terdiri daripada propilena glikol, gliserol, atau kedua-duanya, ditambah dengan nikotin dan bahan kimia perisa.

Formaldehid terbentuk hasil daripada tindak balas propilena glikol dan gliserol ketika pengewapan.

Kajian Farsalinos mendapati apabila peranti itu menggunakan kuasa terlalu tinggi, ia akan menghasilkan wap kering atau "dry puff."

"Namun wap kering itu akan menyebabkan rasa kurang menyenangkan dalam mulut perokok, sekali gus menyebabkan mereka enggan menghisap 'vape' dalam keadaan berkenaan," katanya.

Ketua UMNO nasihatkan Muhyiddin 'berehat' daripada dunia politik dan letak jawatan Timb. Presiden UMNO

Pendiriannya Muhyiddin Yassin berbeza dengan Presiden parti dan boleh mendatangkan perpecahan dalam UMNO.
Jamal-Yunos_Muhyiddin_umno_600

PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos menasihatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin berehat daripada dunia politik dan meletak jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Katanya, Muhyiddin patut berundur dan memberi peluang kepada pemimpin lain meneruskan agenda dan perjuangan parti.

Katanya, mana-mana pemimpin yang tidak sehaluan dengan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu berundur untuk tidak menjejaskan sokongan ahli lain dan rakyat terhadap UMNO.

“Beliau telah memberi kenyataan berbeza dengan pendirian Presiden dalam isu 1MDB.

“Kritikan Muhyiddin terhadap Najib telah membuka peluang kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan dan 1MDB.

“Jika Muhyiddin ikhlas membantu parti, beliau perlu berusaha untuk menguatkan parti bukan menimbulkan perpecahan,” katanya dalam kenyataan media.

Anak Muda Usah Ulangi Kepercayaan Khurafat UMNO BN

Oleh Muhammad Faiz Fadzil


Khurafat yang sering ditanam dalam pemikiran orang tua dahulu adalah hanya UMNO sahaja yang boleh membela nasib bangsa Melayu. Mereka terus menerus memilih UMNO BN walaupun kezaliman, penyelewengan dan ketirisan dana awam berlaku sejak dahulu lagi. Hutang negara yang mencecah RM700 bilion bukan dikumpul sekelip mata tetapi berdekad sepanjang pemerintahan UMNO BN.

Kini anak muda harus sedar akan kesilapan ini. Anak muda yang berilmu dan berpengetahuan tidak boleh lagi percaya kepada perkara-perkara khurafat seperti ini.

Sedarlah anak muda bahawa 'Aku janji' UMNO BN untuk membina 30% ekuiti Melayu dalam ekonomi negara masih jauh untuk ditunaikan walau telah dijanjikan puluhan tahun dahulu. Ya, memang kelihatan ramai melayu memiliki banglo besar dan memandu kereta mewah, tetapi golongan ini hanya segelintir sahaja yang mana sebahagian daripada mereka mendapat manfaat daripada hubungan projek-projek kerajaan.

Nur Jazlan mula cuci tangan dalam isu 1MDB

Jawapan Nur Jazlan tidak bertanggungjawab - Yusmadi

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/NUR_JAZLAN_PAC_20150525_TMIKAMAL_ARIFFIN_02.jpg 
KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf kecewa dengan sikap Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mengelak daripada menjawab pertanyaan wartawan mengenai isu wang derma berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya fikir jawapan dia tidak bertanggungjawab. Saya kecewa," katanya kepada Astro AWANI.

Katanya, sebagai bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Nur Jazlan sepatutnya memikirkan jawapan lebih sesuai daripada memberikan alasan enggan mengulas kerana sudah tidak lagi menganggotai PAC.

"Beliau (Nur Jazlan) perlu tahu memberi jawapan yang lebih bijak daripada mengelak menjawab pertanyaan para wartawan.

"Sebagai bekas Pengerusi PAC, kita ingin mendengar cadangan bernas daripadanya," ujar Yusmadi.

Yusmadi juga turut mempersoalkan tindakan Nur Jazlan yang disifatkan seperti 'cuci tangan' selepas ditawarkan jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri yang baharu.

GHB sambut baik saranan PAS dalam isu 'bersatu' Selamatkan Malaysia

KENYATAAN MEDIA
www.harapanbaru.net

1. Dua minggu lalu saya telah membuat kenyataan bahawa Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak dalam usaha menyelamatkan negara.

2. Ketika ini, situasi politik, ekonomi dan sosial negara dalam keadaan sangat kritikal dan memerlukan komitmen semua pihak untuk menyelamatkan rakyat yang semakin terkesan dengan kehidupan seharian mereka.

3. Hari ini, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menzahirkan harapan sama, agar semua parti pembangkang bersatu untuk tujuan sama. Beliau mahu parti politik pembangkang duduk mencari titik persamaan dan mengecilkan titik perbezaan.

4. Mewakili Harapan Baru, saya menyambut baik cadangan yang dilontarkan beliau itu, yang senada dengan apa yang telah kami suarakan sebelum ini.

Kedah 'berkorban' sediakan tanah luas untuk tujuan bekalan makanan negara

 Kedah 'berkorban' sediakan tanah luas
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah telah lama berkorban dengan memperuntukkan sebahagian besar tanahnya untuk tujuan bekalan makanan negara dan mahu kerajaan persekutuan memberi perhatian tentang 'pengorbanan' itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, negeri dikenali sebagai 'Jelapang Padi Malaysia' itu menyediakan tanah yang luas mencecah 240,000 hektar untuk tujuan bekalan makanan seluruh negara.

"Keluasan 240,000 hektar tanah adalah besar, yang boleh digunakan untuk aktiviti produktiviti tinggi yang menjana pendapatan bagi negeri dan pengusaha, tetapi di atas dasar menjamin bekalan makanan, Kedah berkorban," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri di sini, yang turut dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.    

Mukhriz berkata kerajaan persekutuan memberi perhatian terhadap perkara itu dan telah memberi sedikit keutamaan kepada Kedah dalam beberapa hal.  

Disaran ubah strategi pencarian pesawat MH370


MH370
SKUDAI - Pasukan pencari pesawat MH370 disaran mengubah strategi dengan mengambil kira penemuan serpihan flaperon di Pulau Reunion yang telah disahkan sebagai sebahagian pesawat berkenaan.

Pensyarah kanan Hydrografik Fakulti Geoinformasi dan Hartanah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Ahmad Shahlan Mardi berkata, penemuan itu sekaligus memberi petunjuk bahawa kemungkinan besar serpihan bahagian lain turut berada di sekitar kawasan itu.

“Dengan mengambil kira tempoh penemuan serpihan flaperon dalam masa lebih setahun, kemungkinan terdapat serpihan lain di sekitar kawasan itu. Mungkin juga ada yang telah hanyut ke kawasan lebih tinggi,” katanya di sini, semalam.

Ahmad Shahlan berkata, pasukan pencari perlu mengambil kira beberapa elemen yang mempengaruhi arah pergerakan serpihan pesawat termasuk topografi lautan, ketumpatan air, atmosfera serta pergerakan bumi.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...