TERKINI :

Thursday, August 6, 2015

Rakyat makin sangsi, jangan halang SPRM jalankan tugas

Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM Tan Sri Johan Jaaffar berkata SPRM perlu dibenarkan menjalankan tugasnya sebagai sebuah badan yang bebas, telus dan profesional sebagaimana termaktub dalam Akta SPRM 2009. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Ogos, 2015.
Situasi semasa yang dipenuhi kesangsian awam terhadap pihak berkuasa akibat perkembangan terbaru membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), hanya boleh dikurangkan jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibenarkan melaksanakan tugas mereka tanpa halangan, kata salah satu panel yang memantau SPRM.

Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) SPRM Tan Sri Johan Jaaffar berkata beliau memandang serius dan kecewa dengan tindakan yang diambil ke atas pegawai yang terlibat dalam siasatan yang sedang dikendalikan badan anti rasuah itu ketika ini.

Beliau berkata, SPRM perlu dibenarkan menjalankan tugasnya sebagai sebuah badan yang bebas, telus dan profesional sebagaimana termaktub dalam Akta SPRM 2009.

"Situasi terkini yang menyaksikan kehilangan kepercayaan dan keraguan masyarakat terhadap SPRM hanya boleh diatasi dengan memberi peluang kepada SPRM untuk menjalankan tugas tanpa rasa takut atau gentar.

"Persepsi orang ramai yang pegawai-pegawai penyiasat SPRM kini sedang disiasat perlu ditangani dalam apa jua cara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"PPPR juga berpendapat semua pihak yang diberi kepercayaan untuk membuat siasatan perlu bekerjasama demi mencari kebenaran," kata Johan yang juga Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif Media Prima Berhad.

Setakat hari ini, 7 pegawai SPRM ditahan untuk disoal siasat sejak hujung minggu lalu, ketika polis memberi tumpuan kepada maklumat bocor mengenai 1MDB, yang ketika ini disiasat berhubung dakwaan penyelewengan kewangan.

Tindakan polis susulan laporan The Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu memetik dokumen daripada penyiasat Malaysia yang menunjukkan AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib menafikan mengambil dana 1MDB untuk kegunaan peribadi, tetapi tidak pernah menyentuh secara langsung mengenai pemindahan dana itu.

Minggu ini, SPRM mengesahkan kewujudan jumlah yang besar, tetapi katanya ia datang dari seorang penderma di Timur Tengah, dan bukan dari 1MDB.

SPRM tidak mendedahkan identiti penderma itu, tetapi berkata ia akan meminta Najib memberikan penjelasan mengenai sumbangan itu.

Terdahulu hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low mengkritik polis kerana bertindak dengan cara yang melampau dalam melakukan serbuan dan tangkapan terhadap pegawai SPRM mereka.

Low, yang bertanggungjawab hal ehwal tadbir urus dan integriti berkata, tindakan itu akan memberi kesan negatif kepada negara ini, baik di dalam mahu pun di luar negara. "Polis menangani isu ini dengan cara yang 'high-handed' (tidak berperikemanusiaan).

"Penting supaya institusi ini (SPRM) dibenarkan membuat apa yang mereka perlu lakukan, kerana rakyat menjangkakan siasatan itu lengkap dengan kesimpulan yang memuaskan," katanya pada satu program di Kuala Lumpur pagi ini.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak berniat mengganggu tugas dan tanggungjawab SPRM sebaliknya hanya menjalankan tugasnya.

Beliau juga menafikan polis bertindak atas tekanan atau arahan dari mana-mana pihak dalam mengambil tindakan terhadap pegawai SPRM.

"PDRM jelas dalam halatuju siasatannya ke atas kes di mana dokumen rasmi kerajaan dan perbankan yang dibocorkan, dimanipulasi pihak tertentu untuk tujuan mengganggu gugat kestabilan negara," Khalid berkata dalam satu kenyataan.

KPN berkata, umum harus faham setiap agensi kerajaan mempunyai tugas dan tanggungjawab tersendiri dalam menjalankan sesuatu siasatan, namun ia tetap selari dengan tujuan asalnya iaitu untuk mencari kebenaran.

"Atas dasar ini, PDRM tidak sesekali mengganggu siasatan atau mencampuri tugas dan tanggungjawab SPRM, atau bertindak dalam apa jua cara yang boleh menjejaskan hubungan kerja antara agensi-agensi yang terbabit," katanya.

Beliau juga mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh dilihat seperti "menangguk di air yang keruh".

"Berilah ruang dan peluang untuk agensi-agensi terbabit menjalankan tugas mereka tanpa sebarang campur tangan dari mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri ataupun agenda tersirat," kata Khalid. – 6 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/rakyat-makin-sangsi-jangan-halang-sprm-jalankan-tugas-kata-panel#sthash.Xpojx2PE.dpuf

Ringgit jatuh ke paras terendah RM3.91 sedolar

Ringgit jatuh ke paras terendah setelah tidak lagi diikat pada kadar RM3.80 untuk sedolar Amerika Syarikat (AS) pada 2005.

Setakat jam 4.30 petang ini, ringgit dinilai pada 3.9083 berbanding satu dolar AS.

Matawang Malaysia itu jatuh banyak dalam bulan-bulan terakhir ini berbanding RM3.20 sedolar tahun lalu.

Kejatuhan itu antaranya berpunca daripada kewangan yang melemah, termasuk kejatuhan harga minyak dunia serta keadaan politik yang tidak stabil.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diasak susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

SAMA SEPERTI MH370, WANG RM2.6B JUGA JADI MISTERI BUAT KITA

Shahbudin Husin,


Selepas 515 hari, Perdana Menteri Najib Razak malam tadi mengumumkan bahawa serpihan yang ditemui di Pulau Reunion, berhampiran Madagascar adalah sah milik pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014 lalu.

Katanya, dengan pakar-pakar antarabangsa telah mengesahkan hakikat itu, ia setidak-tidaknya dapat memberi kepastian kepada keluarga mangsa seramai 239 orang yang berada dalam pesawat tersebut.

Dalam masa yang sama, Najib memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus berusaha mencari kebenaran di sebalik tragedi yang menyayat hati itu.

Meskipun serpihan itu disahkan milik MH370, beberapa misteri kekal menyelubungi kita semua. Antaranya:-

- kenapa pesawat yang dipandu dari Kuala Lumpur ke arah Beijing itu dilencongkan ke arah lain?

- di mana lokasi sebenar MH370 terhempas masih lagi tidak diketahui, yang ditemui hanyalah serpihan sayap kapalterbang itu yang mungkin hanyut lalu akhirnya berlabuh di Pulau Reunion.

Pelik bin Ajaib : Ketua penyiasat disuruh bercuti, orang disiasat boleh relax jee,,!

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed sah bercuti

Astro Awani | Ogos 05, 2015 11:20 MYT

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed disahkan bercuti.

Sumber mengesahkan kepada Astro AWANI, Abu Kassim akan bercuti sehingga minggu depan.

Berikutan ketiadaan Abu Kassim, menurut sumber itu, tugas Abu Kassim akan dipangku oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali.

Sebelum ini, akhbar The Star dipetik sebagai berkata, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Mohd Shukri Abdul menafikan, beliau diarah untuk bercuti, sebaliknya berada di luar negara atas urusan kerja.

Suruhanjaya itu kini sedang menyiasat dakwaan kemasukan dana ke akaun Najib dan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB melibatkan dana RM4 bilion.

Setakat ini, beberapa pegawai SPRM telah ditahan dan diambil keterangan berhubung kes kebocoran maklumat siasatan terhadap skandal 1MDB.

Terbaru, Pengarah Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Forensik Datuk IG Chandran dan pegawai SPRM, Tuan Roslan Tuan Mat diambil keterangan pada Isnin.

Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairy dan bekas ahli Lembaga Penasihat SPRM, Tan Sri Rashpal Singh ditahan pada Sabtu.

BACA: Apa yang kita tahu tentang siasatan PAC ke atas 1MDB?

Semalam, kira-kira 100 kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyertai Majlis Solat Hajat Perdana bagi memohon agar institusi itu diberi kekuatan untuk terus kukuh dalam menyelamatkan negara daripada gejala rasuah.

Selain di Putrajaya, beberapa cawangan SPRM negeri turut bersama menganjurkan solat hajat.

SPRM pertahan siasatan pada akaun PM

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dana SRC International Sdn Bhd yang didakwa ditemui dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak  adalah berlandaskan kepada undang-undang.

"Tanpa adanya sebarang niat jahat," kata sumber yang rapat dengan siasatan SPRM.

"Berdasarkan seksyen 72 Akta SPRM 2009, pegawai kami diberi kekebalan dari sebarang tindakan undang-undang dalam menjalankan siasatan berkaitan kesalahan di bawah Akta ini memandangkan siasatan yang dijalankan adalah dengan suci hati."

Seksyen 72 Akta SPRM adalah satu klausa yang panjang, antaranya menyatakan, "tiada tindakan, guaman, pendakwaan atau apa juga prosiding lain boleh diambil, dibawa, dimulakan, atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa terhadap kerajaan Malaysia, mana-mana pegawai SPRM, mana-mana anggota lembaga penasihat atau jawatankuasa khas SPRM atau mana-mana orang yang dengan sah bertindak bagi pihak suruhanjaya itu, dengan syarat perbuatan atau pernyataan itu dilakukan atau dibuat dengan suci hati."

Peruntukan ini dipercayai digunakan dalam mempertahankan SPRM daripada tindakan undang-undang dyang difailkan oleh keluarga Teoh Beng Hock keluarga yang ditemui meninggal dunia pada 2009 di luar pejabat SPRM selepas dia disoal siasat oleh pegawai SPRM.
 

BN langgar undang-undang pilihan raya jika belanja RM2.6 bilion, kata Rafizi


Barisan Nasional (BN) melanggar undang-undang pilihan raya sekiranya ia membelanjakan RM2.6 bilion untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 2013, kata Rafizi Ramli.

Setiausaha agung PKR itu juga bertanya bagaimana dengan perbelanjaan kempen sebegitu besar BN masih gagal memenangi kembali Selangor, kalah besar di Pulau Pinang dan gagal merampas Kelantan.

“Jika RM2.6 bilion ini diagihkan kepada calon dan dibelanjakan sebagai kempen pilihan raya, perbelanjaan calon BN sudah tentu melanggar had perbelanjaan RM200,000 yang ditetapkan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, jika separuh daripada jumlah itu dibelanjakan untuk kempen pilihan raya bagi kerusi Parlimen, setiap calon BN membelanjakan sekitar RM5.8 juta dalam PRU13.

Ini bermakna, mereka melanggar peraturan pilihan raya dan kerusi mereka dimenangi secara tidak sah, kata Rafizi.

Secebis kisah media mesra Umno - Antara Najib & Zahid

Oleh Mohsin Abdullah


Beberapa bulan lalu, rangkaian berita pro Umno , Media Prima khususnya TV3 didakwa menghentikan liputan aktiviti membabitkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.Dalam erti kata lain, Zahid kena “black out” oleh Media Prima. Demikian dakwa satu sumber yang rapat dengan naib presiden Umno paling popular itu.

Dakwa sumber itu lagi, ketika itu presiden parti Datuk Seri Najib Razak dikatakan “sudah tidak berkenan” dengan Zahid dan lebih “mengutamakan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga naib presiden Umno.

Maksudnya Zahid ketika itu “was out of favour”.

Sumber yang rapat dengan Zahid bagaimanapun tidak pasti sama ada “tindakan” Media Prima terhadap Zahid itu satu keputusan sendiri atau atas arahan mana-mana pihak.

Dua pengarang kanan Media Prima ketika diajukan dakwaan itu menafikan rangkaian berita mereka “memboikot” Zahid.

Sama ada benar atau tidak, itu semua hanya “academic” sekarang. Sudah jadi cerita lama.

Cerita baharu ialah media yang dituduh memboikot Zahid sedang memberi liputan luas terhadap pemimpin Umno itu dan sibuk merangka jadual liputan lebih meluas.

Siapa ganti #Mukhriz sebagai MB #Kedah?

Oleh Zulkifli Yahaya

SEJURUS selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri (TPM), beliau dikunjungi oleh Menteri Besar Kedah, Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir. Di kala timbalan perdana menteri baharu, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dihurung para pengampu politik, Mukhriz memilih Muhyiddin. Katanya, untuk berterima kasih kepada bekas TPM itu yang banyak membantu menyalurkan bantuan kewangan untuk Kedah.

Pemecatan Muhyiddin sebagai TPM adalah tindakan paling nekad Najib. Turut dipecat bersama Muhyiddin dari kabinet adalah beberapa pemimpin Umno yang dikatakan merancang konspirasi menjatuhkan perdana menteri. Mengejutkan juga apabila peguam negara yang menunggu masa saja untuk bersara turut dipecat.

Jika orang nombor dua dalam kerajaan Malaysia begitu mudah sahaja dipecat, maka menjadi perkara yang sangat kecil untuk perdana menteri itu memecat seorang menteri besar yang bapanya begitu istiqamah menyerang beliau dalam pelbagai perkara. Hal itu tentu sangat mudah difahami oleh Mukhriz, justeru beliau tiada masalah untuk bertemu seorang tokoh besar Umno yang dipecat oleh perdana menteri.

Sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad agresif menyerang Najib sejak setahun lalu, Mukhriz tidak pernah berpihak kepada Najib. Sikap itu betul sebagai anak salih yang tidak menderhakai si bapa. Tetapi dalam politik dan kepimpinan kerajaan, kesetiaan terhadap pemimpin adalah perkara paling utama. Sikap berdiam diri Mukhriz itu menyebabkan dicabar oleh Dato’ Mahfuz Omar (pesuruhjaya PAS Kedah ketika itu) supaya Mukhriz nyatakan pendirian. Sokong Najib atau bapanya.

Siapa percaya lagi janji Najib?

Oleh Subky Latif

http://static.sportskeeda.com/wp-content/uploads/2015/03/najib-razak-1427725805.jpg
PERDANA Menteri Najib menyelar dan menempelak sekalian orang yang tidak sabar menunggu janjinya untuk menyelesaikan semua hutang 1MDB hujung tahun ini. Mungkin orang itu termasuk TPM Muhyiddin Yassin yang digugurkannya 28 Julai lalu.

TS Muhyiddin dan Tun Dr. Mahahtir bukan lagi dikira tidak sabar, bahkan tidak percaya lagi dengan janji Perdana Menteri.

Yang terbaru Najib dan pengerusi Tabung Haji berkata sudah banyak yang mahu membeli tanah yang Tabung Haji beli daripada 1MDB degan harga yang amat tinggi itu. Pihak yang hendak membelinya sedia membelinya dengan harga yang lebih tinggi. Tabung Haji dikatakan akan beroleh untung banyak pula.

Tetapi sudah berapa bulan sekarang, tanah itu masih belum terjual. Dan mungkin tidak ada yang sedia membelinya?

Jika janji ia hendak dijual masih belum terjual, maka bagaimana orang hendak mempercayai semua hutang 1MDB itu dapat diselesaikan hujung tahun ini? Jika hutang itu dapat diselesaikan dalam masa kurang daripada enam bulan, maka selama lebih daripada lima tahun jadi Perdana Menteri hutang negara yang berlambak itu tidak nampak dapat diselesaikan, bahkan bertambah dan bertambah.

Asmuni : Masa kita dalam PAS, halau kita keluar...bila keluar, mereka kata pecahkan jamaah..!!


Asmuni pula berkata, beliau menyifatkan tindak balas PAS terhadap penubuhan GHB sebagai 'pelik' kerana sebelum ini mereka meminta pihak yang tidak sependapat dengan presiden meninggalkan parti.

"Mereka nak apa sebenarnya? Masa kita dalam PAS, mereka kata kita sekular, liberal dan sebagainya, serta menghalau kita keluar.

"Apabila kita keluar, mereka kata kita tinggalkan jamaah, pecahkan jamaah," kata penyelaras GHB Perak itu.

Katanya, istilah yang lebih tepat sebenarnya adalah, PAS berpecah dua bukannya penyokong GHB meninggalkan parti atau keluar jemaah sebagaimana yang sedang didoktrinkan sesetengah pemimpin parti Islam itu sekarang. – 5 Ogos, 2015.

Kepimpinan ulama kukuhkan posisi PAS - Dr Nawab

Wartawan Harakah, IZWAN ABDUL HALIM meneroka pandangan luar terhadap PAS khususnya berkait komposisi PAS dalam politik semasa Malaysia dan antarabangsa serta isu-isu disekitarnya. Ikuti temubual beliau bersama Koordinator Malaysian Studies Program, Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University of Singapore, Prof Dr Nawab Osman dalam kunjungannya ke Singapura pada 2 Ogos lalu. Prof Nawab banyak membuat kajian politik termasuk berkaitan Malaysia.

Prof, daripada pengalaman, pengamatan dan kajian yang telah anda buat, bagaimana Prof kedudukan PAS dalam politik Malaysia. Adakah dalam usia 64 tahun sekarang ini, momentum gerakannya semakin kuat atau melemah?

Saya lihat dari tahun 2008, masalah dalaman PAS semakin ketara dan begitu mendominasi landskap politik pembangkang di Malaysia dan politik Malaysia untuk seluruhnya. Beberapa bulan lepas di mana selepas Muktamar PAS, saya lihat PAS ini telah sendiri secara ideologinya telah kembali kepada ideologi kepimpinan ulama umpama yang selalu  diuar-uarkan dari tahun 1981. Dari satu segi, ada besar kemungkinan bahawa PAS akan kalah di beberapa kawasan yang pada pilihan raya lepas PAS telah memenangi kerana sokongan oleh orang-orang bukan Islam. Tetapi di kawasan-kawasan yang lebih didominasi orang Melayu atau orang Melayu lebih banyak majoritinya, ada besar kemungkinan momentum di kawasan-kawasan ini lebih kuat umpamanya di Kedah, Terengganu, Kelantan dan sebagainya, juga di kawasan-kawasan luar bandar, di Selangor, mungkin Johor dan beberapa kawasan lain.
 

'Rakyat M'sia digesa berdiri teguh di belakang SPRM'

Seruan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meneruskan siasatan terhadap RM2.6 bilion yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkemundang di sebuah forum di Kuala Lumpur malam tadi.

Forum bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, yang menarik kira-kira 1,000 orang dan membariskan pemimpin dari parti-parti pembangkang, masyarakat sivil dan seorang bekas timbalan menteri Umno, merayu kepada rakyat Malaysia supaya memberi sokongan penuh kepada SPRM.

Bercakap di forum tersebut, ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang (gambar) dibacakan penuh laporan berita komen pengarah operasi khas SPRM, Bahri Mohamad Zin, yang berkata beliau akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.

Lim juga mengakui bahawa beliau adalah seorang pengkritik SPRM, tetapi merasakan ia menjadi tanggungjawab rakyat untuk melindungi institusi itu daripada Najib dan Lim mengumumkan beliau akan pergi ke ibu pejabat SPRM hari ini untuk memberikan sokongan kepada para pegawainya.

Lim berkata, beliau sering merasakan SPRM hanya mengejar ikan bilis, bukan ikan yu, tetapi apabila ia diserang, maka "menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankannya".

Kakitangan SPRM telah mengadakan solat hajat pada hari Selasa, untuk memohon kepada Allah supaya mereka diberi kekuatan untuk "melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin".

Serpihan di Pulau Reunion sah dari MH370

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan yang ditemui di Pulau Reunion daripada pesawat MH370 yang hilang.

“Hari ini, 515 hari sejak hilangnya pesawat, dengan berat hati saya harus maklumkan bahawa pasukan pakar antarabangsa dengan muktamad mengesahkan bahawa serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion daripada MH370.

“Kita sekarang mempunyai bukti fizikal, seperti saya umumkan tahun lalu bahawa pesawat MH370 dengan tragisnya berakhir di selatan Lautan Hindi,” katanya.

Walaupun mungkin berat dan memilukan, Najib berharap ia dapat memberikan kepastian kepada anggota keluarga kepada 239 orang yang berada di dalam pesawat itu.

Beliau memberi jaminan Malaysia akan melakukan apa yang boleh untuk mencari kebenaran di sebalik tragedi itu.

MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...