TERKINI :

Wednesday, August 5, 2015

'Demi Allah, saya akan cari dalang ke lubang cacing'

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin hari ini bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.

"Saya bersumpah dengan nama Allah saya akan mencari dalang yang mengarahkan ini.

"Kami bekerja siang malam sepanjang bulan puasa dan ini, berlanjutan sepanjang hari raya baru ini.

"Kami tiada masa berpolitik tapi kami menjalankan tugas kami seperti yang diamanahkan dan diharap oleh rakyat.

“Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing," beliau berkata.

Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.

“Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini.

Bahri berkata demikian ketika diminta mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Difahamkan, individu yang disiasat termasuk orang nombor tiga dalam operasi khas SPRM, Roslan Che Amat, serta menyerbu pejabat mereka di Putrajaya, dipercayai berkaitan kertas pendakwaan bocor terhadap perdana menteri.

Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan bagi kegiatan yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Polis setakat ini sudah menyiasat beberapa pegawai SPRM dalam operasi yang bermula awal pagi Sabtu lalu dengan penahanan timbalan pendakwa raya suruhanjaya itu, Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

Kesemua penahanan itu dibuat ketika ketua peseuruhjayanya, Datuk Abu Kassim Mohamed dan timbalannya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sedang bercuti.

Bahri turut disiasat pada Isnin lalu.

Jika RM2.6 bilion untuk UMNO, kenapa Muhyiddin tidak tahu?

PETALING JAYA: Mengapa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak tahu sumbangan RM2.6 bilion disumbang ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak jika ia digunakan untuk UMNO, kata Rafizi Ramli.

Naib Presiden PKR itu merujuk kepada penjelasan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam wawancara di RTM1 pada Selasa yang memberitahu wang itu digunakan untuk menampung perbelanjaan parti untuk pilihan raya.

“Dalam wawancara dengan TV1 semalam, beliau (Rahman Dahlan) menggunakan alasan bahawa Selangor berada di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang menyebabkan Najib memerlukan sumbangan sehingga RM2.6 bilion untuk menampung perbelanjaan.

“Bagaimanakah dengan perbelanjaan kempen sebegitu besar BN masih gagal memenangi kembali Selangor?

“Malah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Najib bukan sahaja kalah besar di Selangor, BN turut kalah besar di Pulau Pinang dan gagal merampas Kelantan.

“Kerusi Parlimen BN juga turut susut,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, sekiranya setiap calon BN dalam PRU13 telah membelanjakan sumbangan itu, ini bermakna setiap calon BN telah melanggar peraturan pilihan raya dan kerusi mereka telah dimenangi secara tidak sah.

Sehubungan itu, Rafizi menyifatkan penjelasan Rahman dalam wawancara itu tidak masuk akal.

Dia menyarankan Najib berterus terang kerana semakin banyak penjelasan dibuat semakin membuka ruang kontroversi.

Calon DHPP diletak di kawasan ditandingi DAP

KUALA KRAI: Lembaga Disiplin PAS sehingga kini menerima beberapa laporan daripada PAS cawangan terhadap pembabitan pemimpin parti itu dalam Gerakan Harapan Baru.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, laporan tersebut sedang diteliti oleh pihak terbabit sebelum diambil tindakan lanjut.

“Setakat ini belum lagi diambil apa-apa tindakan disiplin terhadap pemimpin PAS yang terbabit Harapan Baru.

“Tindakan yang bakal diambil bukan semata-mata berdasar kritikan mereka terhadap kepemimpinan PAS yang ada sekarang.

“PAS mengamalkan dasar terbuka sesiapa sahaja boleh menegur pemimpin. Namun kita lebih lihat jawatan yang dipegang mereka dalam wadah baru tersebut,” katanya selepas ceramah isu semasa di Markas PAS Sungai Durian di sini malam tadi.

DAP undang Rahman Dahlan makan malam kenal pendana DAP



DAP hari ini mengundang pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional ke majlis makan malam bagi meraih dana parti itu pada 12 Ogos depan jika kerajaan benar-benar berminat mengetahui sumber kewangan mereka.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata, Datuk Abdul Rahman Dahlan boleh membeli tiket meja makan malam pada harga RM750 dan berpeluang mengenali orang awam yang mendanai operasi DAP selama ini.

"Kami menjemput beliau ke majlis makan malam kami supaya beliau sendiri dapat kenal orang awam yang menyokong DAP ini," kata Lim kepada pemberita di selepas menyerahkan satu surat kepada Bank Negara Malaysia, pagi ini.

Cabaran itu dilontarkan Lim kepada Rahman selepas DAP dicabar mendedahkan sumber kewangannya jika parti itu berminat mengetahui sumber derma politik RM2.6 bilion yang diterima terus ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Pasukan khas 1MDB 'bersara' bersama Gani?

Pasukan khas pelbagai agensi yang menyiasat syarikat pelaburan negara 1MDB seperti terhenti tiba-tiba selepas penyingkiran Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara minggu lepas.

Sebelum ini, pasukan itu sentiasa mengemas kini perkembangan siasatan mereka selepas muncul berita menggemparkan terdapat RM2.6 bilion wang dimasukkan ke akaun Datuk Seri Najib Razak.

Ini diikuti dengan penangkapan berprofil tinggi melibatkan syarikat yang dikaitkan dengan aliran wang itu. Muncul juga spekulasi seperti ada reaksi balas berlaku setelah itu.

Pasukan itu diisi nama-nama besar termasuk Gani, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu bakar, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Bagaimanapun, selepas Gani digantikan dengan peguam negara yang baru pada 27 Julai, tiada lagi kemas kini daripada mereka.

Di pihak SPRM pula, Abu Kassim kini sedang bercuti manakala timbalannya Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berada di luar negara untuk tugas rasmi.

Difahamkan Shukri akan pulang minggu depan tetapi sumber memberitahu beliau akan menyambung dengan cuti selepas itu.

Membalas Rahman Dahlan yang mengatakan isu RM2.6B itu hal remeh temeh

Pertama saya ucap terima kasih atas respon Dato Abdul Rahman Dahlan terhadap soalan 'remeh' yang saya kemukakan.

Sekurang-kurangnya ada maklum balas. Perdana Menteri masih berdiam diri meskipun rakyat sudah menanti lebih sebulan sehingga Tun Mahathir Mohamad pun naik angin.

Padahal bukan payah sangat untuk PM menjelaskan bahawa: "Ini sumbangan derma dari penderma perihatin." Peliknya mengapa PM tidak menjawab sedemikian ketika WSJ melakukan tuduhan ke atasnya. Mengapa PM menjawab ‘Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri’ dan bukannya terus menempelak WSJ dan berkata duit itu duit derma?

Setelah sebulan, akhirnya yang membuat kenyataan itu ialah SPRM.

Apakah kini PM yakin rakyat akan percaya wang itu dari sumbangan derma hanya kerana SPRM mengumumkan sedemikian?

Rakyat nak tahu ke mana hutang RM42 billion yang kini menjadi liabiliti kepada 1MDB dibelanjakan. Itu pun kerana yang menjamin hutang tersebut ialah rakyat. Kalau yang menjamin ialah besan PM di Kazathstan tak apalah pula.

Awas!! ada orang 'gila' dok lontar batu dari atas jejantas selepas Tol Hutan Kampung


PAS seru cari formula baru satukan pembangkang

 
PAS menyeru supaya semua parti pembangkang bersatu di tengah-tengah skandal bahawa RM2.6 bilion telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

PAS telah secara rasmi memutuskan hubungan dengan DAP pada 11 Julai, dan secara rasmi juga menguburkan Pakatan Rakyat.

"Kini, masa yang paling penting semua parti pembangkang bersatu," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Inilah masa parti politik pembangkang duduk mencari titik persamaan dan mengecilkan titik perbezaan.

"Banyak formula baru boleh dicari," katanya dalam satu kenyataan.

Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Malaysia (SPRM) berkata RM2.6 bilion yang dikatakan didepositkan ke dalam bank akaun peribadi Najib adalah sumbangan penderma dan bukan dari dana 1MDB.

Mufti haramkan vapor, isu rokok sudah selesai

 
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad tampil menjelaskan kenapa beliau tidak menyentuh soal hukum merokok ketika mengharamkan penggunaan vapor atau rokok elektronik.

Tampil membetulkan salah faham itu, pentadbir Facebook beliau menjelaskan, mufti tidak menyentuh “hukum rokok atas faktor politik (isu cukai rokok)” kerana ia telah dijelaskan secara mendalam.

Kata pentadbir itu, Zulkifli telah menulisnya secara mendaalam dan boleh dirujuk dalam bab “Bayan Linnas Siri ke-18” di web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

 

Pas mesyuarat Sabtu ini tentu tindakan

Harapan Baru
KOTA BHARU - Pas Pusat akan bermesyuarat pada Sabtu ini bagi membincangkan tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap anggota parti itu yang bergiat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Harapan Baru.

Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kepimpinan tertinggi parti telah menerima laporan daripada setiap badan perhubungan negeri berhubung penglibatan anggotanya dalam gerakan itu.

"Kita telah kumpulkan maklumat daripada negeri-negeri dan boleh kata semua negeri telah menghantar laporan secara agak 'terperinci' tentang perkembangan Harapan Baru di negeri masing-masing.

Akan ada keputusan (terhadap anggota parti terlibat Harapan Baru) selepas mesyuarat Pas Pusat 8 haribulan ini," katanya ketika ditemui permberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra di Balai Islam  Lundang di sini, hari ini.

Ditanya mengenai sejauh mana aktiviti Harapan Baru yang cuba melebarkan pengaruhnya di negeri ini, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata ia masih tidak serius.

Hudud : Itu Yang Dikata, Ini Jawapannya.

Oleh Ridzwan Abu Bakar


1. Sejak bulan september 2014 yang lalu selepas berlangsungnya Muktamar Pas ke 61, antara tajuk popular yang dibahaskan ketika bercakap berkaitan isu dalaman Pas adalah berkaitan 'ada juga orang Pas yang anti dan tak sokong hudud'. Kempen dan dakwaan yang seumpama ini boleh kita dapati dalam pelbagai media sosial dan juga melalui beberapa pentas yang direka khusus bagi menghadapi pemilihan parti dalam muktamar ke 61 yang lalu.

2. Bahkan, sebahagian 'orang PAS' yang anti dan tak sukakan hudud itu dikenalpasti seperti Dr Dzul, YB Hanifa, YB Khalid Samad dan beberapa nama yang lain lagi.

3. Saya rasakan bahawa selepas pemilihan yang diadakan pada 4/6 yang lalu, isu 'ada orang Pas yang tolak hudud' akan berakhir, rupa rupanya tidak, angin 'konon'nya nama nama yang disebutkan itu menolak hudud terus bertiup kencang, sementelah pula mereka berhasrat bersama GHB yang diuar uarkan akan mengganti kedudukan Pas di dalam PR 2.0, dari kerana itu, dakwaan penolakan hudud itu lebih kencang dipalu untuk mengambarkan bahawa mereka sememangnya tidak layak diikuti kerana mereka memusuhi hukum Allah SWT.

Kenapa hanya Tuan Ibrahim bersuara dalam PAS

Oleh Ibnu Yusuf al-Samari

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/MUKTAMAR_PAS_61ST_060615_TMINAZIRSUFARI_35.jpg
100 hari semakin hampir bagi usia Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Dr Idris Ahmad dan Datuk Iskandar Abdul Samad memegang jawatan baharu mereka. 100 hari yang ditetapkan ulama sains sosial bagi mengesan prestasi seseorang politikus menjelaskan visi, misi dan strategi peribadi masing-masing dalam menjayakan visi, misi dan strategi parti.

Serius, mereka masih gagal jika sayalah yang menjadi juru nilai dan ukur mereka. Cuba Dr Mohd Zuhdi Marzuki melakukan survey sendiri, atau berbisik tanya sahaja kepada UMCedel.

Saya belum berminat menilai Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana adanya beliau di posisinya selepas pemilihan lalu, tidak menambah apa-apa kepada PAS. Orang luar kata, mungkin hanya terus membebankan parti. Bagi saya, tidaklah begitu kerana sayakan ahli parti, angguk sahaja kehendak pengundi dan juru kempen, termasuk menantu beliau.

Saya bertanya di atas, pada tajuk tulisan ini, masih tidurkah naib presiden PAS? Kerana, sehingga fajar hari ini, hanya Tuan Ibrahim sahaja yang galak mengulas dan mencuit isu-isu negara melibatkan kepenringan rakyat melata jelata. Apakah PAS hanya membenarkan Tuan Ibrahim sahaja mengulas? Ohh salah cara, jika begitu. Beliau boleh diangkat sebagai juru bicara rasmi bagi menjelaskan pendirian rasmi parti, tetapi jangan menghalang naib presiden mengulas, sekurangnya dengan bahasa sendiri, lenggok sendiri, pendekatan sendiri tetapi berisikan pendirian parti.

Benarkah | "Sesiapa yang meninggalkan jamaah Islam maka layak dibunuh"

BismillahirRahmanirRahim


CATATAN DIALOG DI PEKAN BALING, KEDAH

Ada hadis yang bemaksud

"Sesiapa yang meninggalkan jamaah Islam, jika ia mati, matinya dikira mati dalam jahiliyyiah"

Dan satu lagi hadis yang bermaksud.

"Sesiapa yang meninggalkan jamaah Islam maka layak dibunuh"

Ulasan:

Apakah maksud jammah Islam ?

1. Jamaah Islam yang dimaksudkan adalah sebuah Kerajaan Islam yang mempunyai khalifah dan kuasa. Buat masa ini tiada lagi jamaah Islam seperti itu.

2. PAS bukanlah jamaah Islam yang dimaksudkan oleh hadis di atas. Jika dikatakan PAS jamaah Islam seperti maksud hadis, mengapakah perlembagaan PAS membenarkan seseorang ahli PAS meminta berhenti menjadi ahli PAS, dan juga perlembagaan PAS membenarkan PAS dimansuhkan. Apakah ahli PAS yang meminta berhenti atau dipecat akan dihukum bunuh. Sudah tentu tidak kerana PAS bukanlah berstatus jamaah yang dimaksudkan hadis di atas.

Ringgit purata hingga RM3.90


KUALA LUMPUR: Nilai ringgit diramal berada secara purata antara RM3.80 hingga RM3.90 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sehingga hujung tahun ini.

Menurut Pakar Ekonomi dan Ketua Penyelidikan RAM Ratings, Kristina Fong, kedudukan semasa ringgit hanya dipengaruhi sentimen bukan asas seperti kemungkinan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat.

Menurut Kristina, faktor asas seperti lebihan akaun semasa, inflasi yang sederhana serta prospek pertumbuhan mampan sepatutnya menyokong ringgit untuk tidak mencapai nilai RM4 berbanding dolar AS.

"Saya rasa prospek pertumbuhan masih baik untuk Malaysia bagi 2016, kadar inflasi masih sederhana dengan kadar lebih kurang sama tahun ini. Secara asas ia tidak nampak akan cecah angka RM4 (berbanding dolar AS)," katanya pada Majlis Pembentangan Unjuran Malaysia dan Ketidaktentuan ringgit di ibu negara hari ini.

Menurut Kristina, meskipun harga komoditi mencatakan kejatuhan namun pertumbuhan tahunan negara masih dijangka berada sekitar 5.0 peratus tahun ini disokong permintaan domestik.

Langkawi - Exco mohon Bot, kapal patuhi had laju

Bot, kapal diminta patuhi had laju

Bot, kapal diminta patuhi had laju
ALOR SETAR - Pengusaha dan persatuan bot pelancong sekitar Langkawi diminta memberi kerjasama dalam memastikan bot dan kapal milik mereka tidak bergerak pada kelajuan tinggi sehingga menjadi ancaman kepada pulau itu.

Exco Pelancongan, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, langkah itu dibuat bagi mengekalkan status Geopark yang dianugerahkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco).

Menurutnya, pihaknya sudah membuat teguran itu kepada pihak terlibat dan memohon mereka mematuhi had laju dibenarkan.

“Kita masih mencari jalan untuk memantau perkara ini selain memberi teguran kepada pemilik bot, namun perkara itu di luar kawalan.

"Apabila pelancong ramai, pengusaha akan bawa dengan laju hingga menjejaskan hutan bakau. Kita harap mereka juga peka terhadap alam sekitar di samping mengejar keuntungan,” katanya selepas menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) antara Yayasan Pembangunan Insan Langkawi (YPIL) selaku Pengerusinya dengan Telekom Malaysia Berhad (TM) bagi membangunkan Aplikasi Pelancongan Pintar di Langkawi, kelmarin.

Lagi objek dipercayai ada kaitan MH370 ditemui

Lagi objek dipercayai ada kaitan MH370 ditemui
LA REUNION - PERANCIS - Pasukan penyiasat dilaporkan menemui beberapa objek yang dipercayai milik pesawat MH370 yang hilang Mac tahun lalu.

Memetik laporan Channel News Asia, seorang pegawai kumpulan penyiasat Malaysia yang tidak dinamakan mengesahkan pasukannya menemui beberapa objek yang ditemui di pesisiran pantai Saint Andre dan diserahkan kepada pakar Perancis.

Pegawai menemui beberapa objek kecil berwarna putih di kawasan yang sama beberapa penduduk menemui sayap pesawat Boeing 777 Khamis lepas. 

“Kami berjalan di pantai untuk mencari apa-apa yang berkemungkinan boleh membantu dalam penyiasatan itu.

"Kita tidak tahu sama ada ia mempunyai kaitan dengan pesawat MH370,"  kata pegawai tersebut.

Pasukan Malaysia telah berada di pulau itu sejak Sabtu dan terus melaporkan kepada pihak berkuasa Perancis.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...