TERKINI :

Tuesday, August 4, 2015

Isu #Derma RM2.6B - Tak semena-mena ZAHID ada harapan jadi PM ganti NAJIB

ISU DERMA RM2.6B MAMPU LONJAKKAN ZAHID LEBIH CEPAT JADI PM


Derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib Razak sedang menjadi isu besar dalam negara sekarang ini. Walaupun SPRM seolah-olah sudah membersihkan Perdana Menteri dengan mengatakan ia adalah sumbangan penderma dan boleh terlepas daripada tindakan undang-undang, hukuman persepsi sedang memasuki fasa yang lebih berat lagi.

Secara umumnya, baik rakyat biasa mahupun ahli UMNO, malah sesiapa saja yang berakal waras, tetap sukar menerima pemberian wang sebesar itu sebagai derma semata-mata.

Lebih ramai yang mengaitkannya dengan penyonglapan, berkaitan rasuah atau penggubahan wang haram. Lagi pula peraturan untuk penjawat awam kerajaan dari segi menerima sumbangan, hamper dan sebagainya sudah cukup jelas mengenainya.

Ikut logik akal, kalau nama Najib Razak itu sekadar seorang ofis boy atau despatch dan bukannya Perdana Menteri, tentulah tiada sesiapa mahu menderma sebesar itu kepadanya.

Dalam hal ini, Najib harus mendedahkan siapakah penderma, bagaimana wang itu dibelanjakan, berapa lebihannya dan mengapa akaun banknya yang menerima kemasukan RM2.6 bilion itu sudah ditutup?

Video | Apabila #NAJIB sembang bab RASUAH POLITIK suatu ketika dahulu..!!

ini dikatakan cakap tak serupa bikin...NAJIB ohh NAJIB..kekadang tu kesian kami lihatnya...BY HAND = RASUAHBANK IN = #DERMAMore LIKE >> NAJIB sila letak Jawatan

Posted by NAJIB sila letak Jawatan on Tuesday, August 4, 2015

SPRM patut dedahkan identiti "penderma" ke akaun PM - Husam


KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan senarai penderma dan jumlah yang diderma daripada RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor berkata setiap daripada mereka perlu disiasat dan tujuan didermakan dengan jumlah yang begitu besar disalurkan.

"Ini adalah kerana menjadi kesalahan bagi Perdana Menteri menerima wang secara peribadi tanpa sebarang balasan jika penderma mempunyai hubungan atau kepentingan dengan tugas rasmi Perdana Menteri menurut seksyen 165 Kanun Keseksaan.

"Siapakah yang sanggup menderma jumlah sebanyak itu jika tidak berharap sebarang balasan?" katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman facebooknya di sini, hari ini.

Husam berkata, persoalan asas akaun tersebut adalah akaun persendirian Perdana Menteri masih gagal dinafikan.

Kerajaan Kelantan disaman syarikat dari Korea

LAPORAN LEWAT

Khabarnya kerajaan Kelantan berhadapan dengan saman oleh sebuah syarikat kontraktor dari Korea ekoran pembatalan perjanjian membina Lebuh Raya Rakyat Kelantan (LRRK) yang ditanda tangani oleh kerajaan Kelantan dengan syarikat berkenaan tiga tahun lalu.
Plak menandakan perasmian projeki LRRK.

Permulaan bicara saman itu dikatakan sudah bermula apabila mahkamah telah memanggil kedua-dua pihak untuk urusan perbicaraan.

Beberapa orang termasuk mereka yang terlibat dalam pemberian projek pembinaan projek itu juga telah disapina untuk menjadi saksi.

Kontrakator dari Korea itu sebelum ini diberi kebenaran untuk membina LRRK sepanjang kira-kira 60 km dari Kota Bharu - Machang.

Satu masa syarikat berkenaan telah pun memula kerja-kerja awal membersih kawasan dan jentera pembinaan juga sudah dibawa masuk ke kawasan. Projek itu telah pun diletak batu asas oleh bekas MB Kelantan Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat pada28 Mei 2012 dalam satu majlis penuh meriah di Kampung Mek Nab Machang Kelantan.

Video | Patutlah #Najib sayang kat KM Melaka, wala' sampai menjilat jari



' Semangat SOLIDARITI dalam parti ' Ogos 1, 2015 - Majlis Perasmian Perwakilan Bahagian Kota Melaka 2015, Hotel Equatorial Melaka.
Posted by Idris Haron on Tuesday, 4 August 2015

Selepas pengesahan RM2.6 bilion, anak MB Johor minta lebih penjelasan

Senarai soalan Akmal Saufi Mohd Khaled disiarkan di laman blog Apanama yang mendesak Datuk Seri Najib Razak menjelaskan status sebenar wang RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya. – Gambar apanama.my, 4 Ogos, 2015.
Akmal Saufi Mohd Khaled, anak menteri besar Johor, hari ini mendesak Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan berhubung RM2.6 bilion yang disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masuk ke akaun peribadi perdana menteri sebagai sumbangan derma.

Beliau yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang Dan Integriti Parlimen Belia Malaysia mengajukan 15 soalan berhubung wang itu dalam satu kenyataan hari ini.

"Ketika menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah anda sedia maklum sejumlah wang memasuki akaun anda?

"Apakah bukti duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan 1MDB?" soalnya.

Senarai soalan Akmal itu disiarkan di laman blog Apanama (www.apanama.my) dengan nota berbunyi: "Saya harap semua mengambil maklum sebarang kenyataan yang dikeluarkan saya mengelilingi isu 1MDB dan derma adalah kenyataan saya sendiri".

Semalam, SPRM mengesahkan wang RM2.6 bilion tersebut bukan disalurkan ke akaun Najib daripada 1MDB, tetapi sebaliknya adalah wang derma.

Isu Derma RM2.6 Bilion : ABIM berasa terhina dengan penjelasan SPRM

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berasa terhina dengan penjelasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dana besar dimasukkan ke akaun Datuk Seri Najib Razak.

Presidennya Amidi Abd Manan berkata, penjelasan bahawa dana RM2.6 bilion itu dari penderma dan bukan 1MDB “memperbodoh rakyat secara terang-terangan”.

“Kenyataan seperti ini adalah satu kenyataan yang mengkhianati rakyat Malaysia,” katanya ketua NGO Islam terkenal itu.

“Khianat terhadap kepercayaan rakyat yang mengamanahkan tugas untuk terus menjaga integriti dan kredibiliti institusi kerajaan.”

Amidi (gambar) berhujah, semua rakyat tahu bahawa jumlah derma yang begitu besar hampir mustahil untuk berlaku dalam dunia hari ini.

Tambahan, katanya, ia berlaku secara tersembunyi dan boleh mengundang fitnah besar.

“Pelbagai soalan yang membeliti tubuh badan Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi semakin busuk dengan kenyataan seperti ini,” katanya.

“Persoalannya, siapakah penderma? Ke mana dibelanjakan?Apakah tujuan sumbangan? Adakah ia melibatkan sebarang perjanjian? Terus menghitamkan imej beliau selaku perdana menteri Malaysia,” katanya.

ABIM turut mengulangi gesaan popular pengkritiknya supaya Najib bercuti daripada tugasnya sebagai perdana menteri memandangkan pelbagai dakwaan terhadapnya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menjelaskan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Najib adalah sumbangan penderma.

Ia, kata suruhanjaya itu lagi, bukan berpunca daripada dana syarikat pelaburan negara 1MDB.

Mufti, aktivis dan netizen sindir isu derma RM2.6 bilion

PETALING JAYA: Laman sosial seperti Facebook dan Twitter dipenuhi dengan pelbagai sindiran yang mengajak orang ramai saling menderma wang ke dalam akaun peribadi masing-masing.

Ia ekoran pengesahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai sumbangan derma.

Individu berpengaruh seperti Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin misalnya memuatnaik status Facebook menyatakan semakin ramai rakyat Malaysia ingin menderma.

“Baca media sosial jelas semangat rakyat Malaysia hendak menderma dengan jumlah yang luar biasa…tahniah semua !!!,” tulisnya.

Sementara itu, bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad pula meyindir supaya lembaga zakat berusaha lebih keras untuk mengutip derma lebih RM1 bilion.

“Lembaga Zakat seluruh negara perlu berkerja lebih gigih supaya dapat menebus malu mereka.

“Rukun Islam yang wajib pun belum dapat dikutip melebihi RM1 bilion. Orang lain boleh kutip derma hingga RM2.6 bilion. Tak malu ke?,” sindirnya di Facebook.

Manakala anak kepada bekas Perdana Menteri Tun. Dr. Mahathir Mohamad, Marina Mahathir pula berkongsi sebuah pautan statistik yang mendedahkan jumlah sumbangan derma yang dikutip oleh parti politik di United Kingdom pada suku pertama tahun 2015 yang hanya mencecah RM182 juta.

“Pada kadar nilai hari ini, jumlah derma kepada semua parti politik di UK pada suku pertama 2015 (hanya beberapa lama sebelum mereka menghadapi pilihanraya umum) mencecah RM182 juta. Parti Conservative sahaja memperoleh kira-kira RM92 juta. Agaknya our contacts are better kot?,” sindirnya.

Pautan yang dikongsi iaitu electoralcommission.org.uk mendedahkan secara terperinci jumlah derma yang diterima sejak tahun 2001.

Di samping itu, tinjauan FMT juga mendapati kebanyakan netizen yang tidak percaya dana itu sebagai sumbangan derma meluahkan perasaan tidak puas hati dengan kata-kata sindiran yang berbentuk kutukan dan lucu selain mempersoal identiti penderma itu.

“Maybank Acc: 564548128148. Untung-untung bangun pagi nanti dah ada RM2.6 bilion dalam akaun sumbangan dari penderma rahsia. Selamat malam!,” tulis Oh Media.

“Pergh derma ja RM2.6 bilion. Siapa-siapa yang nak tolong aku dermakan dekat akaun maybank aku 164557144444. Aku layak trima zakat kerana banyak hutang dan selalu bermusafir,” tulis Nizam Kedai Buku pula.

“Kalau penderma rahsia..macam mana dia boleh tahu no akaun Najib..ishh3…,” tulis Insan Yang Hina. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Isnin mengesahkan RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun Najib adalah sumbangan perderma dan bukan daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Netizen guna #derma sindir isu RM2.6 bilion


ISU berkaitan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sahaja menjadi perbualan hangat di kedai-kedai kopi bahkan ada yang menjadikannya bahan 'troll' di media sosial.

Menggunakan #derma, pengguna di laman mikro Twitter dan Facebook yang nyata tidak berpuas hati dengan dapatan siasatan berkaitan dana itu meluahkan perasaan tidak senang di laman sosial masing-masing.

"Ada ke orang #derma dekat aku ni #2.6 bilion. Bank hadkan pengeluaran," tulis pengguna Twitter menggunakan akaun Jyundoo.

Seorang lagi pemilik akaun Twitter menggunakan nama Ira Fazir Ishak mencatat, "patut la dekat Malaysia ramai yang suka minta derma. PM Malaysia suka pun terima #derma".

Pemilik akaun johortilldeath pula secara sinis menulis, "trending minggu ni #derma... derma pada masjid, surau, anak yatim, ibu tunggal, orang miskin, OKU lebih berkat dan afdal..".

Di laman sosial Facebook pula, netizen menyifatkan dana RM2.6 bilion itu sebagai derma dan tiada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai 'lawak'.

Malah ramai berkongsi gambar seorang lelaki menyerupai seorang pengemis yang berada di mesin juruwang automatik (ATM) dengan dialog, "Ya ALLAH! Siapa derma RM2.6 bilion ni? Terima kasih".

PAC cadang umum laporan ringkas 1MDB kepada rakyat



Timbalan Pengerusi PAC Dr Tan Seng Giaw bercakap pada sidang media di Parlimen, hari ini, berhubung PAC akan keluar laporan ringkas mengenai 1MDB selepas prosiding tangguh hingga Oktober. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 4 Ogos, 2015.
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mungkin akan mengeluarkan laporan ringkas berhubung syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), susulan tekanan daripada orang ramai, kata Dr Tan Seng Giaw.

Timbalan pengerusi PAC itu berkata, laporan ringkas itu akan didedahkan bagi memaklumkan kepada orang ramai tahap siasatan PAC, susulan penangguhan prosiding sehingga Oktober.

"Dengan tekanan orang awam, PAC mungkin terpaksa mengeluarkan laporan ringkas, bagi memberitahu orang ramai setakat mana siasatan dibuat sebelum prosiding ditangguhkan selama hampir 3 bulan," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, PAC masih sedang mempertimbangkan perkara itu memandangkan mereka khuatir sekiranya tindakan berkenaan melanggar mana-mana undang-undang.

"Kita sedang mempertimbangkan kerana kita mesti ambil kira undang-undang, apakah maklumat yang kita boleh beri tanpa melibatkan undang-undang.

"Kita mesti mendaulatkan undang-undang, sebab itu kita mesti mempertimbangkan semasak-masaknya," katanya.

Beliau berkata, rakyat membangkitkan isu berhubung 1MDB di media sosial dan mereka ingin mengetahui hakikat sebenar isu tersebut.

Guan Eng menang saman RM300,000 kes tapak warisan Pulau Pinang


Dr Jimmy Lim (kanan) daripada Chant bersama peguamnya dilihat keluar daripada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, George Town, Pulau Pinang hari ini selepas kalah dalam saman difailkan Ketua Menteri Lim Guan Eng. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 4 Ogos, 2015.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menang saman fitnah terhadap sebuah portal berita, bekas wartawan portal tersebut dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung satu laporan yang mendakwa beliau membenarkan kemusnahan banyak warisan sejarah dan strukturnya.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Datuk Nordin Hassan dalam keputusannya hari ini berkata, plaintif berjaya membuktikan kesnya terhadap portal Free Malaysia Today (FMT), bekas wartawannya Athi Shankar, atau nama sebenarnya S Karunakaran, dan penasihat Penang Citizens Awareness Chant Group (Chant) Dr Jimmy Lim Cheok Siang.

Beliau memerintahkan defendan membayar sejumlah RM300,000 ganti rugi kepada plaintif dengan 5% faedah, dan kos sebanyak RM30,000.

Beliau juga mengarahkan portal itu dan wartawan tersebut menarik balik artikel itu.

Pemberian luar biasa kerana kedudukan adalah rasuah, kata mufti Perlis

Pemberian luar biasa kepada seorang penguasa atau pegawai boleh dianggap rasuah jika tujuannya adalah kerana kedudukannya, kata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Ogos, 2015.
Jumlah atau nilai pemberian yang luar biasa kepada seorang penguasa atau pegawai boleh dianggap rasuah jika tujuannya adalah kerana kedudukannya, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Mufti Perlis itu berkata, seseorang penguasa, pegawai atau petugas hendaklah merenung dirinya, pemberian yang diberikan kepadanya itu mempunyai kaitan dengan jawatan dipegangnya atau tidak.

"Jika ada kaitan yang akan mempengaruhi tindakannya atau akan mengganggu keadilan atau amanahnya, maka itu rasuah. Kesan itu sama ada secara langsung atau tidak langsung," katanya dalam kenyataan Facebook, hari ini.

Asri berkata, sebaliknya jika pemberian itu atas dasar sahabat dan kenalan, ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa, dan tiada ruang untuk penyalahgunaan kuasa maka ia dinamakan hadiah.

Katanya, situasi itu seperti memberikan hadiah kepada sahabat walaupun penerimanya adalah seorang pegawai besar dalam sesuatu urusan.

"Namun pemberian itu bukan kerana kedudukan atau untuk penyalahgunaan kuasa maka itu dianggap hadiah," katanya.

'Derma' Juga Adalah 'Suapan' Dalam Kamus SPRM - Netizen

Gambar viral di laman sosial
Susulan kenyataan media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyatakan bahawa RM2.6 bilion adalah disumbangkan dari penderma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, netizen pula memuat naik istilah 'Suapan' berdasarkan kamus undang-undang SPRM.

'Suapan' ertinya -

(a) wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harga, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu...

Bagi netizen, pengertian suapan itu juga melabelkan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib juga adalah berunsurkan rasuah.

Menurut sumber, sumbangan yang dikatakan sebagai 'derma' itu juga tetap menyalahi dan melanggar the Foreign Exchange Notices Regulations (BNM) dan ia tetap menyalahi Anti Money Laundering Act (AMLA) kerana ia adalah dana parti yang tidak dilaporkan kepada Majlis Tertinggi dan tidak dinyatakan kepada Ahli UMNO dan tidak dinyatakan juga di dalam penyata kewangan yang diberikan kepada ROS bagi tahun kewangan 2013-2014.

"Kalau tidak kerana pendedahan Wall Street Journal (WSJ), maka seluruh MT dan ahli UMNO tidak tahu pun berkenaan dengan dana RM2.6 bilion dalam akaun presiden," kata sumber.

Pandangan sahabat berkenaan reaksi orang UMNO BN berkenaan isu derma RM2.6Bilion

Mohd Monier

Ish, lama aih tak seriously menulis bab politik ini. Baru2 nie bila saya kongsi dua tiga posting bab politik, bila tengok komen dan juga pm mesej yg kwn2 hantar mai, rupa2nya ramai gak follower blog mindapolitik saya kat dlm my personal fb ini.

Utk kwn2 hat tertunggu ulasan seterusnya, ini yg utk kali ini.

Dlm ulasan yg sebelum ini ada saya tulis lebih kurangnya "Jika pun benar tuduhan yg mengatakan ada jumlah wang sekian sekian masuk ke akaun orang sekian sekian, ianya tidak akan memberi kesan kpd penyokong2 parti berkenaan jika sekiranya wang itu adalah utk tujuan p.raya kerana semua parti tak kira parti apa matlamat utama ialah p.raya".

Maka itu, dlm hiruk pikuk kwn2 dlm FB memuatkan status marah2, sedih, sinis dan rasa tak puas hati yg amat semangat dgn kes duit RM2.6 Billion ini masuk ke akaun peribadi PM, saya cuba monitor FB status sekurang2nya lima orang kwn2 saya dlm FB ini yg terang2 dan sah2 hardcore UMNO, namun tiada seorang pun yg kata apa.

Cuma ada seorang saja yg bersuara - dia mengulas dan memetik kata2 PM dan pemimpin2 UMNO yg mencabar pembangkang supaya mendedahkan sumber dana parti masing2 sekiranya berani !!

Dengan kata lain isu duit derma masuk ke akaun PM ini tidak memberi bekas kpd org2 UMNO kerana mereka sesama mereka TST tau sama tau apa maknanya apabila duit itu dikatakan sebagai duit DERMA.

Malaysia dan politik sosok peribadi

Oleh Nomy Nozwir

https://i0.wp.com/www.theantdaily.com/Documents/Article/29605/Will-Najib-emulate-Mahathir-to-do-an-Anwar-on-Muhyiddin_EN_1024x576.jpg
Minggu ini, perdana menteri dari parti yang dilantik oleh 47% rakyat Malaysia menggugurkan timbalan perdana menteri dan beberapa menteri yang lain, dan menggantikan dengan beberapa muka lama dan muka baru dalam rombakan Kabinet.

Jika saya menggunakan perkataan “pecat” sudah pasti itu satu perkataan yang keras, sama keras seperti peristiwa pada 1998 di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri.

Pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatannya ini dikatakan kerana kritikan keras beliau terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta isu-isu yang dibangkitkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika peristiwa ini berlaku, ramai di kalangan kawan saya berseloroh, pada satu lagi “parallel universe” yang berasingan, Muhyiddin sedang merancang untuk membuat demonstrasi dengan mengumpulkan 100,000 penyokong di hadapan Masjid Negara selepas solat Jumaat.

HUDUD - Perlu kebijaksanaan menentukan keutamaan

Oleh abuamar


Dalam menjalani kehidupan ini,satu perkara yg mesti kita sedar dan ingat ialah TIDAK SEMUA PERKARA YG WAJIB ITU MAMPU KITA LAKSANAKAN. Kita mestilah bijak dalam menentukan yg mana satu yg mesti diutamakan dan yg mana pula yg terpaksa KIV.Perkara yg wajib, dan kita pula mampu melaksanakan nya,kita mestilah bersegera melaksanakannya. Manakala perkara yg juga wajib,TAPI kita belum mampu utk melaksanakan nya, MAKA KITA TERPAKSALAH KIV perkara tersebut.

Sebagai contoh, haji itu wajib, maka jika kita mampu, kita mesti segera menunaikannya.Tapi jika kita hanya ada wang sekadarnya shj,dan wang itu pula sgt penting utk kita gunakan utk membuat sebuah rumah bagi kediaman keluarga dan membeli buku utk anak2 belajar, maka keutamaan nya adalah membena rumah dan pelajaran. Haji kita terpaksa KIV dulu.

Begitu juga dari sudut melaksanakan Dasar Islam dlm pemerintahan umpamanya, kita mesti bertindak bijak menyusun program berdasarkan keutamaan dan kemampuan kita.Melindungi rakyat,membantu mereka, memberi pendidikan dan rawatan kesihatan adalah wajib, Maka pemerintah mesti bersegera melaksanakannya.

Najib ‘bunuh diri’ biarkan Muhyiddin, Shafie kekal dalam Umno

Oleh Amin Iskandar

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2011/march/27/umno0810.jpg
Selepas membuat keputusan berani menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet pada Selasa, Datuk Seri Najib Razak dijangkakan akan memecat bekas timbalan perdana menteri itu daripada jawatan timbalan presiden Umno.

Selain Muhyiddin, Datuk Seri Shafie Apdal yang turut digugurkan daripada Kabinet dijangka akan dipecat sebagai naib presiden Umno.

Akan tetapi ianya masih belum berlaku malahan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada Jumaat yang dikatakan seharusnya menjadi medan memecat Muhyiddin dan Shafie terpaksa ditangguhkan.

Ternyata Najib masih belum selesai dengan Umno sebelum menyingkirkan Muhyiddin dan Shafie daripada Kabinet.

Sebaliknya Najib terpaksa memanggil pengerusi badan perhubungan Umno negeri dari seluruh negara untuk menjelaskan tindakannya menggugurkan Muhyiddin dan Shafie.

Abaikan GHB, bangunkan Jemaah – Ustaz Nasrudin

https://pemudapenang.files.wordpress.com/2011/02/nasrudin-tantawi.jpg
MUKTAKHIR ini heboh media melaporkan tentang kewujudakn parti atau gerakan baharu yang muncul selepas Muktamar PAS ke- 61. Kewujudan kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Gerakan Harapan Baharu (GHB) ini dilihat sebagai satu gerakan yang menghimpunkan bekas pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan Muktamar PAS ke-61. Berikutan itu dikatakan mereka kini sedang giat berhimpun dan berceramah seluruh negara bagi menerangkan gerakan mereka.

Mengulas perkembangan ini, Pengarang Berita Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB menemubual Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi pada 27 Julai lalu bagi menjawab beberapa persoalan yang dilontarkan pemerhati, ahli dan media massa mutakhir ini. Ikuti wawancara ringkas bersama Ustaz Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh

WARTAWAN: Ada pihak yang menganggap PAS sedang berdepan dengan krisis dalaman. Akhirnya membawa kepada penubuhan satu gerakan yang dikenali sebagai GHB. Bagaimana ustaz melihat perkembangan ini ?

USTAZ NASRUDIN: Sebagai sebuah parti, krisis atau pergolakan adalah cabaran yang perlu didepani.

Ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja malah ia juga adalah sunnah perjuangan. Apa yang penting ialah bagaimana parti menanganinya.

Alhamdulillah, usia PAS yang sarat dengan pengalaman menghadapi krisis dalaman ini meletakkan PAS tidaklah terjejas teruk dengan apa yang berlaku.

Teknik mana akan menang?

Oleh Timmy Say

https://ec.europa.eu/digital-agenda/sites/digital-agenda/files/EU%20Media%20Futures%20Forum%20pic_0.jpg
Dahulu kalanya, televisyen dan surat khabar menjadi medium rujukan rakyat yang utama. Apa yang dicanangkan di TV dan surat khabar menjadi sumber kebenaran.Kemudian, televisyen digelar TV-tiga suku. Surat khabar mendapat nama lidah kerajaan selepas kemunculan Internet. Surat khabar pembangkang menjadi laris sebagai lidah alternatif. Laman web seperti MahaFiraun menjadi rujukan sensasi.

Kemunculan media sosial hari ini mengubah segalanya. Media online pula menjadi sumber utama. Surat khabar tidak lagi laris. Maklumat bergerak dengan terlalu pantas hari ini. Sebar dulu, semak kemudian – itulah kaedah penyebaran maklumat hari ini.

Bagi ahli politik yang tersilap taip atau cakap, itulah maklumat yang akan disebarkan di seluruh pelosok negara. Ia lebih rancak jika kesilapan itu disensasikan. Cuma yang malangnya, penafian yang dibuat selepas itu tidak akan disensasikan dan disebarkan pada skala yang sama. Malah, penyebaran maklumat yang silap akan menjadi lebih mudarat jika penafian lambat dibuat.

'Saya akan terus cakap isu 1MDB' - Tan Sri Muhyiddin

'Saya akan terus cakap isu 1MDB'
KLUANG - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui terdapat ‘bisik-bisik’ daripada pelbagai rakan politik yang memberi amaran kepada beliau supaya berhati-hati dalam sebarang tindakan dan percakapan bagi mengelakkan karier politik beliau terkubur.
 
Menurut beliau, pesanan dan amaran untuk tidak bercakap itu termasuk juga membabitkan isu 1MDB yang dikatakan menjadi punca beliau digugurkan daripada Kabinet.
 
Namun tegas Timbalan Presiden Umno itu, beliau tidak akan membisu atau mendiamkan diri daripada bercakap hal-hal melibatkan kepentingan rakyat termasuk isu 1MDB.

“Sahabat-sahabat politik saya bagi nasihat...Tan Sri sebagai Timbalan Presiden Umno cakap ‘baik-baik’..saya tanya kenapa? Jawapan mereka...manalah tahu selepas tinggalkan kerajaan ada yang cari salah supaya jawatan saya tergugat.

“Sekarang saya sudah ada masa untuk isteri dan anak-anak, namun, saya akan kekal bercakap soal kepentingan rakyat termasuklah perkara 1MDB,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kluang, di Pekan Rabu, semalam.

Hadi : Tukar pemimpin tidak selesai masalah

 Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan masalah sama tetap akan berulang dalam pemerintahan negara meskipun pemimpinnya ditukar jika corak pemerintahannya tidak berlandaskan Islam.

Menurutnya, di negara ini apabila pemimpin negara menimbulkan masalah mereka akan ditukar namun penyelewengan sama tetap berlaku selepas itu.

“Sudah banyak masalah yang kita alami sebelum ini tapi memang kita ini betul ‘Melayu mudah lupa’. Kita ingat yang baharu sahaja. Bila mari (datang) masalah, tukar perdana menteri, mari masalah pecat timbalan perdana menteri. Lepas satu satu. Masalah tak selesai.

“Lantik yang baharu, masalahnya itu juga (berulang). Sebabnya kita tak kembali kepada Islam. (Sepatutnya) selesaikan masalah dengan Islam,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan Pas Wilayah Persekutuan (Pihak 4.0), di sini, malam tadi.

Pas turut bersedia menyokong pemerintah sekarang sekiranya mereka kembali kepada Islam.

Pendakwah digesa akui kesilapan

Harussani Zakaria
IPOH – “Seorang pendakwah harus berani mengakui kesilapan dan jika sudah berbuat silap, tarik balik kenyataan dan minta maaf kerana setiap manusia akan melakukan kesilapan,” kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau mengulas kontroversi antara Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin dan penceramah popular, Datuk Mohamad Kazim Elias berhubung hadis 'roti jala dicelup kuah kari'.

Menurutnya, jika melihat kepada sirah baginda, Nabi Muhammad SAW tidak pernah pun membuat kenduri dengan hidangan roti jala.

“Kalau betul la ada disebut Nabi Muhammad SAW mengadakan kenduri dengan roti jala, nabi tak pernah buat kerana orang Arab tak reti buat pun roti jala.

“Kalau ada roti pun itu ialah wahah ataupun roti kosong dan nabi jika ada dijemput makan akan makan buah tamar, kambing bakar ataupun wahah atau roti tadi, tak ada roti jala cicah kari,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di pejabatnya, kelmarin.

Kedah 'Darul Sampah' kini antara negeri terbersih

MukhrizALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahatir melahirkan kegembiraan apabila Kedah Darul Aman, yang dahulunya pernah dikenali sebagai 'Darul Sampah', kini berubah wajah menjadi antara negeri terbersih di Malaysia.   

Malahan, katanya, perkara ini diakui sendiri oleh rakan-rakan sejawatannya yang datang melawat ke negeri ini.

"Mereka (rakan-rakan Menteri Besar) maklum kepada saya apabila berjumpa atau hantar teks mereka ucap tahniah kerana mereka melihat yang pertamanya  bandaraya Alor Setar sangat bersih berbanding dahulu, dan kawasan-kawasan lain di sekitar negeri Kedah," katanya ketika berucap merasmikan Wisma Idaman di sini hari ini.

Mukhriz berkata, pencapaian tersebut banyak disumbangkan pihak syarikat pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Kedah dan Perlis, Environmental Idaman Sdn Bhd (E-Idaman).

"Sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai Menteri Besar, saya berpuas hati dengan prestasi dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh E-Idaman, bukan  sahaja dari aspek menjaga kebersihan, malahan merangkumi kerja kebajikan," katanya.

Penentuan sama ada MH370 atau tidak Rabu ini

Liow Tiong LaiKUALA LUMPUR - Proses menentukan sama ada flaperon yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi adalah daripada pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 akan dilakukan di Toulouse, Perancis, Rabu ini.

Ia akan dijalankan oleh wakil pakar dari Malaysia, China, Amerika Syarikat, Perancis dan Boeing, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Kami akan membuat pengumuman sebaik sahaja proses pengesahan itu selesai (We will make an announcement once the verification process has been completed)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Bukit Serdang di sini hari ini.

Sementara itu, beliau menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai sirpihan itu.

Sebarang spekulasi mengenainya akan memberi tekanan kepada waris penumpang dan masyarakat yang ingin tahu mengenai penemuan tersebut, kata Tiong Lai.

1MDB: 5 sebab perlu diadakan sidang khas parlimen


KUALA LUMPUR: Ini adalah masa yang terbaik bagi Perdana Menteri untuk memanggil persidangan khas Dewan Rakyat untuk merungkai pelbagai kemelut skandal 1MDB pasca penstrukturan kabinet kerajaan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan menyenarakan lima justifikasi untuk memanggil sidang khas tersebut.

- Ia adalah selaras dengan peruntukan Perkara 11 (3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang memberikan kuasa khas kepada Perdana Menteri dengan hanya memaklumkan kepada Tuan Yang Dipertua untuk memanggil mesyuarat khas sebelum jadual rutin yang ditetapkan. Mesyuarat ketiga penggal ketiga akan diadakan pada 19 Oktober 2015.

- Isu skandal kewangan 1MDB memenuhi kriteria yang mengharuskan sidang khas diadakan iaitu ia adalah perkara yang mustahak dan melibatkan kepentingan orang ramai (rakyat). Ini dapat dilihat apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas beliau mempertikaikan isu 1MDB ini. Ia bukan hanya melibatkan sebuah syarikat sahaja malah merangkumi kepentingan rakyat dan keyakinan terhadap kerajaan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...