TERKINI :

Sunday, August 2, 2015

Walaupun dimaklumkan bahawa orang Besut gedebe, namun mereka terima kedatangan GHB dengan hati terbuka

Harapan Baru Tembusi Terengganu

Sekalipun menerima perlbagai dugaan dan ancaman di negeri Terengganu namun, ngo itu tetap menerima sambutan hangat dan luar dugaan apabila program roadshow di Besut berjaya disempurnakan pada 31 Julai kelmarin.

Sebelum ini seorang doktor gigi yang bernama Dr. Azman Ibrahim didalam statusnya telah mengundang kontroversi di laman sosial apabila membuat ugutan agar Harapan Baru tidak datang ke Besut.


Status itu khabarnya telah dibuang daripada lamannya apabila menghidu ada pihak mahu membuat aduan kepada pihak polis kerana ternyata tulisannya itu berbaur hasutan dan berunsur jenayah.

Apa yang berlaku pada malam itu, Harapan Baru berjaya menembusi tembok halangan dan roadshow itu berjaya diadakan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Syabas dan tahniah Ahli Parlimen Kuala Terengganu, seorang akitek professionnal yang telah dinamakan sebagai Pengerusi Harapan Baru Terengganu.

Jika RM2.6B untuk dana pilihanraya, kenapa akaun bank Najib ditutup



Shahbudin Husin,

 Siapa bodoh? Siapa diperbodohkan? Dan siapa merelakan dirinya dibodohkan?

Jawapan kepada semua persoalan itu mungkin akan diketahui oleh kita semua tidak berapa lama lagi.

Tetapi ketika itu adakah yang berani menunjalkan seseorang sebagai bodoh atau lebih rela memperbodohkan diri sendiri sebagai bodoh sekali lagi?

Ketika mula-mula The Wall Street Journal atau WSJ membuat dakwaan mengenai wang RM2.6 bilion yang dikatakan mengalir masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Najib Razak, sementara ramai mahu tahu kebenaran dakwaan itu, kumpulan pro beliau pantas mengatakan ia adalah fitnah dan dusta.

Pelbagai hujah dan alasan dicari, termasuk ejaan nama Najib pada slip bank yang dikatakan tidak betul juga diambil kira untuk mengukuhkan dakwaan itu tidak benar belaka.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan pantas menafikan dakwaan WSJ itu dengan mengatakan Perdana Menteri tidak begitu bodoh untuk berbuat demikian

Sebagaimana yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, beliau berkata, "Perdana Menteri bodoh mana yang akan mengambil RM2.67 bilion daripada dana kerajaan untuk dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

"Ia tidak munasabah langsung. Jika benar, ia adalah kebebalan yang terlalu amat sangat," katanya lagi.

Badi Mahathir kini sudah terkena Najib


DARI BINGKAI MATA


Segala tindakan Najib Razak termasuk tindakan secara pejam mata (berani) memecat timbalannya Muhyiddin Yassin, serta tindakan susulan oleh PDRM tentunya atas arahan Zahid Hamdi yang baru menerima ghanimah jawatan TPM dari Najib, menahan beberapa individu tertentu tidak akan menyelesaikan masalah Najib.

Bahkan segala tindakan itu memberi alasan dan hujah baharu kepada penentang Perdana Menteri itu agar berundur. Tindakan itu menimbulkan kemarahan dan kebencian baharu kepadanya. Kalau dahulu orang di luar Umno yang serabut dan benci dengan Najib tetapi tindakan terbaru mengundang kemarahan dari dalam Umno.

Mereka yang bersimpati dengan Muhyiddin kini sudah lantang menyuarakan kemarahan dan kebencian kepada Najib. Senario ini akan kelihatan di sepanjang Umno di semua peringkat mengadakan mesyuarat peringkat bahagian yang sudah pun bermula kini. Keadaan menunjukkan Umno terbelah dua akan terpamer dari sikap dan tindak tanduk ahli ekoran tragedi itu.

Najib dalam menghadapi saat-saat genting gagal mengurangkan musuh tetapi ralik menambahkan musuhnya.

Nasib diterima Dr Mahathir Mohamad tahun 1998 ekoran memecat timbalannya Anwar Ibrahim, dimana Mahathir didesak dan diasak agar melepaskan jawatan kini sudah berjangkit, badi Mahathir sudah terkena kepada Najib. Walaupun tidak ada bangkitan segera daripada Umno tetapi momentum ke arah itu sudah bergerak.

Lebih ramai sokong Pas dengan apa yang berlaku kepada Umno sekarang

KUALA TERENGGANU - Lebih ramai pengundi Melayu dan Islam akan memberi sokongan kepada Pas.

Penolong Setiausaha Pas Terengganu, Zakaria Dagang berkata, jangkaan itu berdasarkan kepada perkembangan politik semasa yang memperlihatkan perpecahan dalaman Umno di samping pelbagai isu yang melingkari Umno dan BN ketika ini.

Menurutnya, walaupun Pas sebelum ini dilihat bergolak ekoran tindakan beberapa ahli Pas berhasrat menubuhkan parti baharu, namun katanya, isu rombakan Kabinet lebih menzahirkan pergolakan dalaman Umno.

“Isu dalam Pas akan kendur kerana rombakan Kabinet dan ia sedikit sebanyak memberi keuntungan kepada Pas,” katanya.

Mengulas mengenai usaha pihak tertentu dalam Pas sendiri yang cuba melemahkan parti itu, beliau memberitahu, kesemua pemimpin dari peringkat negeri hingga cawangan memberi sokongan penuh kepada parti itu.

Sehubungan itu katanya, penubuhan Harapan Baru bukanlah isu besar yang boleh menjejaskan kesepaduan dalam parti.

Jelasnya, walaupun pihak terlibat menunjukkan kesungguhan untuk mencari pengikut, namun ia tidak memberi kebimbangan kepada pihaknya.

“Secara umum, kalau lihat pemimpin Pas yang pegang jawatan daripada peringkat negeri, kawasan, Dun dan cawangan, tiada satu pun yang terpengaruh dengan pihak terlibat,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memberitahu ada arahan supaya parti membuat laporan mengenai pergerakan harapan baru di peringkat masing-masing.

Beliau menjelaskan, walaupun berlaku pergerakan Harapan Baru di negeri ini, namun ia tidak melibatkan mereka yang memegang jawatan dalam parti.

“Apa yang boleh kita katakan adalah pemimpin Terengganu bersih daripada sebarang aktiviti Harapan Baru,” katanya.

Usul Altantuya, 1MDB dalam AGM Umno Kluang

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima sambutan hangat ketika hadir ke mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Kluang, berbeza dengan mood di Seremban dan Kota Melaka semalam.

Muhyiddin, yang digugurkan sebagai timbalan presiden Umno dipercayai kritikan berhubung isu 1MDB, dijadual berucap kepada 400 orang perwakilan.

Mesyuarat pula dijangka panas apabila terdapat usul menuntut penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan dakwaan skandal terhadapnya, termasuk isu 1MDB dan pembunuhan Altantuya Shaariibu.

Muhyiddin selar Ahmad Maslan bab kenyataan 'esok bukan pilihan raya'

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan anggota kabinet Datuk Ahmad Maslan sebagai sombong susulan ulasannya berkaitan peluang BN dalam pilihan raya.

Ahmad dilapor berkata tidak perlu menjawab berhubung peluang BN dalam pilihan raya kerana 'esok' tiada lagi pilihan raya.

Muhyiddin menyamakan kenyataan Ahmad itu dengan budak kecil yang tidak mahu apa-apa apabila dewasa atas alasan masih lagi kecil.

Kenyataan Muhyiddin itu disambut dengan gelak ketawa oleh 400 perwakilan Umno bahagian Kluang yang mengadakan mesyuarat tahunan mereka.

Muhyiddin sebelum digugurkan sebagai timbalan perdana menteri sebelum ini berkata, sekiranya pilihan raya umum diadakan esok, BN akan kalah.

'Bagi ruang sikit pada kawan-kawan PAS'

Umno Lembah Pantai menyokong penuh kerjasama antara Umno dengan PAS.

Ketuanya, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata ini kerana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri yakin dengan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najub Razak.

Beliau berkata demikian ekoran kenyataan Abdul Hadi dan Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din yang mahu presiden Umno itu kekal mentadbir negara.

"Dua hari lepas presiden ada sebut walaupun ada orang Umno yang suruh dia letak jawatan tetapi jelas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS mengatakan mahu Najib kekal sebagai PM.

"Ini menunjukkan ada keterbukaan pihak PAS untuk bekerjasama," katanya ketika berucap dalam Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lembah Pantai hari ini.

"Saya rasa kita boleh mula bekerjasama dengan persempadanan semula yang perlu diadakan sudah lebih 10 tahun.

"Apa yang berlaku dalam PAS hari ini adalah sebagai permulaan untuk kita bekerjasama," katanya.

Bagaimanapun, Raja Nong Chik berkata rakan komponen parti itu MCA dan MIC agar tidak gusar dengan kerjasama tersebut.

"Rakan-rakan komponen jangan takut...pada saya kalau orang Melayu-Islam bersatu negara kita akan lebih kuat dan tuan-tuan tidak akan pening kepala bila Melayu-Islam bersatu,"jelasnya.

Raja Nong Chik juga berkata Umno perlu memberi ruang kepada PAS untuk terus bergerak ke hadapan sekali gus memenangi hati pengundi.

"Pada saya mungkin pihak Umno... kita kena ubah sikit bagi ruang kepada kawan-kawan kita daripada PAS yang mungkin kita untuk bergerak ke hadapan," katanya.

Ramai Ahli UMNO Baru kenal Apa Itu Kezaliman..!!

RAMAI AHLI UMNO BARU KENAL APA ITU KEZALIMAN 

 http://2.bp.blogspot.com/-LGeu98vMT44/VSbrnxUfpOI/AAAAAAAAAzw/1RU7TalZf8U/s1600/Wanita%2BUmno%2BSokong%2BPenuh%2BKepimpinan%2BPerdana%2BMenteri.jpg
SEBAIK saja mantan TPM, Muhyidin Yassin terus bercakap secara terbuka tentang skandal 1MDB sewaktu beliau merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Cheras baru-baru ini, dalam tempoh 24 jam beliau terpecat. Rata-rata ahli Umno amat kecewa kerana pemimpin mereka masih gagal di dalam melakukan perubahan. Najib yang memperkenalkan transformasi di dalam pentadbiran kerajaan, ternyata beliau gagal merealisasikan di dalam partinya sendiri. Kezaliman terus berlaku dan Umno terus kekal dengan corak pemerintahan di era Mahathir. 

Di zaman Mahathir, Musa Hitam menjadi mangsa. Kemudiannya DS Anwar pula yang memecah rekod Timbalan Perdana Menteri yang dipecat dari kerajaan dan parti malah lebih zalim lagi terus difitnah seterusnya terpenjara. Rekod beliau ini belum ada yang mengatasinya. 

Jika Musa Hitam keluar dengan sendirinya, Muhyiddin pula dipecat, bezanya beliau tidak diaibkan atau difitnah. Ternyata umno semakin parah dan hilang kredibiliti untuk menjadi tunjang kerajaan yang memerintah. Bagaimana Umno mahu menunjukkan contoh kepada rakan-rakannya di dalam Bn yang sedang berkrisis seperti MIC, jika Umno lebih parah dari MIC? 

Umno kini ditertawakan oleh MIC. Waktu ini menjadi ahli Umno adalah amat memalukan. Sering kita sebut, ramai ahli Umno yang selama ini tidak peka kepada kezaliman seperti yang telah berlaku kepada DS Anwar, tetapi apabila berlaku atas batang hidung mereka sendiri, baru mereka kenal apa itu kezaliman. Masih adakah yang berminat untuk terus dikenali sebagai orang Umno? 

Tidak malukah sesiapa atau mana-mana parti yang ingin bersama umno? Di mana muka pemimpin parti politik yang selama ini setuju Najib terus berkuasa sehingga PRU14 ini hendak menyorokkan muka mereka?

Kembalikan jawatan Muhyiddin, kata Pemuda Umno Kluang

 Pemuda Umno Kluang mendakwa tindakan Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet adalah membelakangkan 145,000 suara yang memilih Muhyiddin ketika pemilihan Umno sebelum ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Ogos, 2015.
Pemuda Umno Kluang mendesak presiden parti Melayu itu, Datuk Seri Najib Razak mengembalikan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri kerana secara konvensyen, pemegang jawatan berkenaan adalah timbalan presiden Umno.

Ketua Pemuda Umno Cawangan Bandar Bahagian Kluang, Azizul Ali berkata tindakan Najib menggugurkan Muhyiddin daripada Kabinetnya dalam rombakan pada Selasa membelakangkan 145,000 suara yang memilih Muhyiddin ketika pemilihan Umno sebelum ini.

"Ahli-ahli parti sentiasa mahukan supaya parti yang menguasai kerajaan. Perkara ini selalu disebut dalam Perhimpunan Agung Umno.

"Tetapi Najib nampaknya secara terang terangan mengabaikan suara ini dengan menggugurkan Muhyiddin daripada senarai Kabinet baharu.

"Dalam tradisi Umno, timbalan presiden adalah timbalan perdana menteri. Maknanya, orang yang diletakkan menjadi timbalan perdana menteri adalah timbalan presiden yang dipilih oleh ahli-ahli parti," katanya.

Dah nak Genap 2 Tahun Mukhriz @ BN perintah Kedah apa yang berubahnya..???

Apa Yang Sudah Berubah Di Kedah Sejak Kemenangan Slogan Berani Berubah?

Beranikah Berubah? Pasti??
Lama Herotamil tak menulis, saja dok diam dan menjadi pemerhati.  Lebih mudah melihat dalam senyap dan tidak dikenali kerana itu memberi peluang bertemu realiti.
Dalam tak sedar, bulan depan lengkaplah dua tahun pentadbiran kerajaan negeri Kedah bertukar tangan daripada PAS kepada BN dibawah pimpinan DS Mukhriz Mahathir.
Rakyat Kedah telah memberi mandat kepada anak bekas Perdana Menteri Keempat dengan slogan yang dibawanya.. Berani Berubah..
Setelah dua tahun berlalu, marilah kita kaji dan lihat adakah Berani Berubah adalah slogan semata-mata atau benar-benar ada yang telah berubah?
Cuba kita bertanya..adakah pentadbiran kerajaan negeri telah berubah dari segi kecekapan dan penyampaian, atau sekadar diubah pemegang jawatan? Setakat yang dilihat dari luaran, memang tiada perubahan langsung dari segi kecekapan dan penyampaian. Nak tukar geran tanah, nak mohon lesen itu dan ini, sama saja dengan kerajaan dulu. Yang berubah adalah kadar sewa tapak niaga yang semakin naik. Yang berubah lagi adalah perniagaan orang Melayu dibunuh dengan membawa masuk peniaga Kemboja.

Hebat Alor Setar.. ada premis cakap nak urut tapak kaki tapi bila diserbu lain yang diurutnya

Berselindung di sebalik rumah urut
ALOR SETAR - Taktik pemilik premis yang menjalankan kegiatan tidak bermoral di sebalik pusat urut tradisional di Mergong, di sini tidak berjaya mengaburi mata pihak berkuasa apabila pusat itu diserbu dalam Ops Sayang, kelmarin.

Bertindak atas maklumat, Penolong Pengarah Imigresen Kedah, Nar Azaman Ibrahim mengetuai operasi itu bermula jam 5 petang disertai lapan pegawainya.

Ketika serbuan, ada pendatang asing tanpa izin (Pati) cuba melarikan diri menggunakan tali diikat pada beranda, namun gagal memandangkan kawasan berkenaan sudah dikepung penguatkuasa.

Pengarah Imigresen Kedah, Mohamad Yusri Hashim berkata, 13 Pati dan dua warga tempatan ditahan dalam pemeriksaan di lima pusat refleksologi.

“Dalam operasi di premis pertama, seramai empat wanita Thailand ditahan manakala selebihnya pula ditahan di empat lokasi berbeza.

Umno Kedah Berlaga Dah | Mat Bashah kata terpulang, Mukhriz pula nasihat kekalkan jemputan

Terpulang hendak terus atau batal undangan 

 Ahmad Bashah Md Hanipah
ALOR SETAR - Ketua-ketua bahagian Umno di Kedah berhak menentukan sama ada ingin menerus atau membatalkan undangan kepada pemimpin Umno bagi merasmikan mesyuarat perwakilan masing-masing. 

Menegaskan demikian Timbalan Pengerusi Umno negeri itu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sebagai ketua bahagian beliau mempunyai hak untuk menentukan suasana di dalam bahagiannya berada dalam keadaan baik. 

"Kalau saya sendiri pun saya tidak mahu orang lain tentukan, tapi itu cadangan. Sebagai ketua bahagian, saya mempunyai hak untuk menjemput sesiapa yang saya  rasa boleh membantu. 

"Hak ketua bahagian kita harus hormati," kata Ahmad Bashah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)  kepada pemberita di Majlis Hari Raya Aidilfitri KPDNKK di sini hari ini. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...