TERKINI :

Saturday, August 1, 2015

Selama ini Hanya 3 Pesawat Boeing 777 Yang Pernah Terhempas Di Dunia termasuk #MH370

 
PETALING JAYA: Rekod sejarah penerbangan pesawat Boeing menunjukkan hanya tiga buah pesawat dari model 777 yang pernah terhempas di dunia dan MH370 adalah satu-satunya yang hilang di Lautan India tahun lalu.

Dua lagi pesawat dari model berkenaan yang pernah terhempas ialah MH17 juga milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang ditembak jatuh di Ukraine tahun lalu dan pesawat milik Asiana Airlines yang terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pada 2013.

Ini dengan sendirinya meletakkan kebarangkalian cebisan dari bahagian sayap yang ditemui di pantai Pulau Reunion berhampiran Pulau Madagascar Rabu lalu milik MH370 adalah sangat besar dan hampir pasti.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi pada Jumaat mengesahkan yang cebisan dari badan pesawat yang ditemui itu adalah milik model Boeing 777 berasaskan nombor siri '657-BB' yang tertera padanya. Maklumat itu telah dimaklumkan oleh MAS kepadanya.

Benarkah Rakyat Malaysia Semakin Gelisah dengan isu 1MDB?

RAKYAT MALAYSIA GELISAH


Seingat aku, belum pernah berlaku lagi dalam sejarah di Malaysia rakyatnya dalam keadaan yang amat gelisah, tertekan, ‘kacau-kena’ ( meminjam loghat orang Perak) sepertimana yang dialami kini. Tentulah agak keterlaluan aku membuat kesimpulan yang sebegini dengan tidak mendasarkan hujah aku kepada kajian dan fakta-fakta yang konkrit. Namun aku merasakan bahawa dengan melihat dan memerhati keadaan ‘pergolakan’ dalam masyarakat kini maka dapat dibuatkan kesimpulan sedemikian.

Dimana-mana saja akan kedengaran rakyat mengeluh dan mempersoalkan tentang ‘arah tuju negara Malaysia’. Mereka tertanya-tanya ke mana agaknya negara hendak dibawa oleh para pemimpin negara kini. Apakah para pemimpin negara kini memikirkan tentang keamanan dan kesejahteraan rakyat dan negara ataupun hanya memikirkan tentang usaha untuk menyelamatkan diri dan hanya mementingkan diri dan keluarga.

Rakyat Malaysia ‘gelisah’ mengenangkan video yang memaparkan tentang kenyataan TS Muhyiddin Yassin yang menjelaskan tentang perbualannya dengan DS Najib yang mengakui bahawa wang sebanyak RM 2.6 billion telah dimasukkan ke dalam akaun beliau. Dan kisah ‘tayangan video’ itu telah merebak seperti api yang membakar hutan di kawasan hutan Yosemeti di California. Bukan sepertimana kebakaran yang merebak di bangunan milik Polis di Bukit Aman. Lebih dari itu. Rakyat hanya mampu ‘gelisah’ dan menunggu apakah tindakan seterusnya yang sepatutnya dilakukan oleh pihak berwajib.

Diantara pelapik-pelapik baru dengan pelapik-pelapik pencen

oleh Aspan Alias


Sekali fikir apa yang dialami oleh Muhyiddin sekarang adalah disebabkan sikap dan tindakan beliau yang membenarkan dirinya dipergunakan untuk kepentingan orang lain. Akhirnya beliau terhumban ketepi juga kerana memberikan sokongan dan sanggup dirinya dipermainkan oleh orang lain juga. Setengah pemikiran politik yang saya dengar bercakap Muhyiddin terbuang disebabkan oleh orang yang sama juga.

Beliau adalah orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan Abdullah Badawi. Beliau menolak Abdullah Badawi dengan berhempas pulas bukan kerana Abdullah Badawi melakukan kesalahan kepada beliau, tetapi kerana Dr Mahathir tidak mahu melihat Abdullah terus mentadbir negara. Justeru Muhyiddin telah digunakan oleh bekas Perdana Menteri Mahathir semasa itu untuk menurunkan Abdullah untuk menaikkan Najib sebagai pengganti kepada Abdullah.

Mahathir mahukan dirinya dibawa berunding di dalam semua hal pentadbiran negara setelah beliau meletakkan jawatan dan bersara setelah menjadi PM selama lebih dari dua dekad. Mahathir kecewa dengan sikap Abdullah seolah-olah tidak memahami yang beliau dinaikkan oleh Mahathir untuk menjadi proxi kepada beliau. Mahathir tidak tahan rasa kesunyian dalam persaraan.

Muhyiddin di pecat selepas pemimpin Umno berbincang di Telegram

Rombakan Kabinet Dibuat Selepas Pemimpin Umno Berbincang Di Telegram


KUALA LUMPUR: Rombakan Kabinet dilakukan selepas lebih 150 ketua Umno bahagian melahirkan sokongan mereka kepada perdana menteri untuk melakukan demikian.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, kepimpinan tertinggi parti itu telah berbincang isu berkenaan melalui aplikasi Telegram selepas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap mengenai 1MDB secara terbuka pada Ahad.

"Dalam tujuh jam (pada Isnin), seramai 154 ketua bahagian telah bersetuju dan menyokong presiden untuk melakukan rombakan Kabinet.

"Dan kami dalam majlis tertinggi turut bersama memberi mandat kepada presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk merombak Kabinet," kata timbalan menteri pengangkutan itu ketika merasmikan mesyuarat agung perwakilan Umno Bahagian Lembah Pantai di sini pada Sabtu.

Aziz memberitahu, Muhyiddin juga perlu dihadapkan ke panel disiplin parti berikutan tindakannya menentang Najib seperti yang didedahkan melalui video yang dirakam di rumah bekas timbalan perdana menteri berkenaan.

GHB vs PAS @ GHB dan PAS..!!!!

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera..


GHB dan PAS

Saya sengaja tidak menggunakan tajuk GHB vs PAS,sebab realitinya memang bukan PAS musuh GHB.

Melihat serta mendengar hujah kedua-dua pihak saya berharap ada persefahaman yang boleh dicapai. Setidak-tidaknya belajar untuk menyerang musuh utama iaitu UmnoBN. Disaat rakyat semakin sengsara ada dikalangan kita yang terus berpolimek dalam hal permasalahan rakyat. Ada yang lantang menyerang GHB, dan lunak dengan yang dulu dikatakan musuh utama politik mereka.

Dasar GHB adalah memperjuangkan Islam yang syumul yang benar-benar membawa maksud sebenar Rahmatan Lil Alamin. Jadi mengapa ada keperluan ianya ditentang hingga ada yang mengeluarkan kenyataan menghalalkan darah mereka.

Disaat ucapan wakil-wakil tertinggi GHB cuba untuk tidak membakar sentimen yang ditinggalkan dalam muktamar lepas,pimpinan tertinggi PAS seolah-olah terus memainkan isu kecewa,tunduk pada DAP, umpama tiada isu lain yang lebih besar untuk dilaungkan.

Umno perlu selesai 3 isu besar sebelum PRU14, kata Shafie

 Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal berkata, 3 isu besar yang perlu diselesaikan untuk memenangi pilihan raya umum ialah skandal 1MDB, GST dan Felda. Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Kamal Ariffin, 1 Ogos, 2015.
Umno perlu menyelesaikan 3 isu besar jika ia berharap untuk memenangi pilihan raya umum akan datang (PRU14), kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, dalam komen secara terbuka pertama dibuat beliau selepas digugurkan daripada Kabinet empat hari lalu.

Tiga isu itu ialah skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Felda, katanya ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Hulu Selangor di Kuala Kubu Baru hari ini.

"PRU14 akan menjadi sukar dan Umno mesti sangat bersatu dalam jenteranya untuk menghadapinya.

"1MDB, GST dan Felda merupakan isu yang mesti kita tangani," Shafie memberitahu hadirin.

Ia merupakan majlis rasmi pertama Shafie sejak beliau digugurkan daripada Kabinet pada 28 Julai, bersama bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Shafie, bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah, adalah salah seorang daripada beberapa menteri yang secara terbuka mempersoalkan pengendalian skandal 1MDB oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Saya Buang Anwar Bukan Sebab Dia Tak Sokong Saya" - Tun M

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri ketika zaman pentadbiran beliau bukan disebabkan tidak mendapat sokongan daripada individu berkenaan.

Menurut beliau, situasi itu juga berbeza dengan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dibuat pada Selasa.

"Saya tak pecat timbalan saya (Anwar) kerana dia tak sokong saya. Tun Musa Hitam pun dengan sendirinya letak jawatan, saya tak suruh dia letak jawatan.

"Saya (pecat Anwar) setelah mendapati dia telah melakukan sesuatu yang saya tidak dapat terima," katanya pada sidang media selepas melancarkan buku ‘Mahathir Bukan Kawan Saya’ di sini, Sabtu.

Dr Mahathir berkata demikian ketika ditanya tentang tindakan Najib memecat Muhyiddin yang dikatakan mengikut jejak langkah beliau yang juga pernah memecat timbalannya sebelum ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Muhyiddin mungkin telah melakukan satu kesalahan besar sehingga menyebabkan beliau dipecat.

Katanya, bagaimanapun keputusan untuk merombak Kabinet atau memecat mana-mana menteri adalah hak Najib sebagai perdana menteri.

"Saya rasa Muhyiddin mesti telah melakukan satu jenayah besar, jadi dia patut disingkir…semua yang lakukan jenayah patut disingkir.

"Kita tak mahu penjenayah memerintah negara ini," jelas beliau dalam nada menyindir.

Muhyiddin, Shafie akan rasmi mesyuarat perwakilan di Kedah – Mukhriz

FMT Reporters

Langkah membatalkan jemputan terhadap kedua-dua pemimpin parti itu hanya menunjukkan satu tindakan kurang manis.

mukriz,muhyiddin,shafie

PETALING JAYA: Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah digesa agar tidak membatalkan jemputan terhadap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bagi merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian di negeri itu.

Gesaan itu dibuat oleh Pengerusinya yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang memberitahu mesej mengenai perkara itu telah disampaikan kepada semua Ketua Bahagian UMNO negeri itu.

Menurut beliau, sekiranya langkah membatalkan jemputan terhadap kedua-dua pemimpin parti itu diambil ia hanya menunjukkan satu tindakan yang kurang manis.

“Kita sudah menjemput perasmi-perasmi ini atas jawatan mereka dalam parti dan bukan di dalam kerajaan, jadi biarlah kita tidak tukar jemputan itu kerana ia kurang manis,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Jerlun, pada Jumaat.

Blog UMNO ramal Mukhriz, Adnan digugur Menteri Besar

FMT Reporters

Zambry Kadir pula dijangka kekal Menteri Besar Perak tetapi Pengerusi UMNO negeri diambil alih Zahid Hamidi.

mukriz,adnan

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dijangka digugurkan, lapor blog pro UMNO, MYKMU.Net.

Mukhriz dijangka digantikan Senator Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah yang menjadi ADUN Bakar Bata sejak 1999.

Namun dua nama lagi yang mungkin menjadi calon mengejut ialah ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Haji Ahmad Zaini Zapar.

Sementara itu di Pahang, dua ADUN yang merupakan orang kepercayaan Perdana Menteri disebut-sebut sebagai Menteri Besar Pahang yang baharu.

Calon utama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri yang merupakan ADUN Lanchang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin.

Seorang lagi calon Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri yang juga ADUN Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin.

Malaysia sedang menghadapi satu PERJANJIAN PERKONGSIAN yang akan menjahanamkan negara..!!

Mohammad Agus Yusoff


SAYA menerima banyak permintaan dari sahabat supaya menulis tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement yang akan ditandatangani pada Oktober nanti. Pada mulanya saya tidak mahu menulis tentang isu ini kerana mahu serahkan kepada pakar ekonomi untuk menulis mengenainya. Tetapi apabila tidak ada ulasan yang saya harapkan, maka saya menulis juga untuk memberi pencerahan kepada kawan-kawan supaya kita semua tahu tentang inti Perjanjian ini dan kesannya kepada kita.

TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.

Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan.

Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar. Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia?

Selepas Mat Despatch kena tangkap, kini Tan Sri pula yang kena..!!

Tan Sri, pegawai Pejabat AG ditangkap

 
Seorang lelaki berpangkat Tan Sri yang juga bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjadi individu terbaru ditangkap dalam siasatan berhubung skandal 1MDB.

Turut ditahan, seorang pegawai yang berkhidmat di Pejabat Peguam Negara (AG).

The Star hari ini melaporkan penahanan itu dibuat ada kaitan dengan siasatan dibuat pasukan petugas khas yang dipertanggungjawabkan meneliti isu 1MDB dan dikaitkan dengan perdana menteri.

Pasukan petugas khas itu dianggotai pegawai dari SPRM, Bank Negara Malaysia dan diselaraskan oleh Pejabat Peguam Negara.

Siasatan dijalankan apabila timbul dakwaan berlaku pengaliran dana 1MDB ke akauan persendirian milik Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun siasatan dilihat tergendala apabila Tan Sri Abdul Gani Patail digugurkan daripada jawatannya sebagai Peguam Negara.

Selepas dinaikkan semula oleh Najib jadi menteri, bukan main 'bodek' tomboy nie..!!

Jemput Muhyiddin Bakal Cetus Gaduh Besar dalam UMNO - Azalina


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berpendapat tindakan beberapa bahagian UMNO membatalkan jemputan Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan mesyuarat bahagian selepas Timbalan Presiden UMNO itu digugurkan dalam kabinet kerana bimbang ia menjadi punca berlaku 'pergaduhan besar' dalam parti.

“Saya pun ketua bahagian. Itu hak saya nak jemput siapa. Sebagai pemimpin di bahagian, saya ada tanggungjawab. Dan saya yakin ramai yang batal kehadiran timbalan presiden kerana ramai yang tidak gemar dengan perangai beliau.

“Tak kan nak jemput Timbalan Presiden yang hari-hari asyik maki presiden parti. Nanti jadi gaduh besar antara ahli pula,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Media Bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) di sini hari ini.

Bagaimanapun, Azalina memberitahu, ia terpulang kepada budi bicara bahagian-bahagian UMNO untuk menjemput Muhyiddin untuk merasmikan mesyuarat bahagian parti masing-masing kerana ia bukan satu halangan.

Aziz Kaprawi: Serpihan sah milik Boeing 777

Aziz Kaprawi: Serpihan sah milik Boeing 777
SHAH ALAM - Serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Lautan Hindi disahkan sebagai salah satu dari bahagian pesawat jenis Boeing 777.

Namun Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi yang mengesahkan perkara itu berkata, bahagian sayap atau ‘flaperon’ itu belum dipastikan milik pesawat MAS, MH370 yang hilang pada Mac 2014.

“Ya, MAS memberitahu saya bahagian sayap yang menunjukkan nombor itu adalah Boeing 777 tapi tak bermakna itu milik MH370. Ia sahkan sayap itu milik (Boeing) 777,” katanya yang dipetik dari laporan The Star.

Pasukan penyiasat dari Malaysia dijangka tiba esok untuk siasatan lanjut.

“Mereka mahu ke lokasi penemuan serpihan itu. Selain itu, mereka juga akan memeriksa beg-beg yang ditemui di pulau dan membuat siasatan di sekitar pulau,” katanya.

Sayap yang ditemui Khamis semalam itu dijangka akan disiasat oleh penyiasat dari Malaysia dan Perancis di makmal yang diiktiraf di Toulouse.

Video | 25 minit bersama Ust Hasrizal (SaifulIslam.com) sembang bab #HarapanBaru

http://1.bp.blogspot.com/-kFcUzRHwQdQ/T4yHH7MXrGI/AAAAAAAABtw/abkjAuqmz0g/s1600/Ustaz%2BHasrizal%2BAbd%2BJamil.jpg 
25 Minit Temubual Ali Abu dengan USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL (SaifulIslam.com). Berbaloi download Video ini.. Kita pakat-pakat sebar.

Antara Soalan ditanya:

1. Siapa calon PM Harapan Baru?

2. Isu Mat Sabu & Syiah.

3. Isu DAP & Harapan Baru

4. Isu title Yb PAS yg mahu ke Harapan Baru

5. Pertembungan/pertandingan 3 penjuru Vs 1 lawan 1

6. Isu bai'ah cerai isteri talak 3

7. Isu hudud & Harapan Baru

8. Pandangan mengenai isu krisis MB Selangor tahun 2014

9. Anwar Ibrahim & Harapan Baru

10. Pakatan Rakyat & Harapan Baru

11. Tun Mahathir & Harapan Baru

Ust Hasrizal Abdul Jamil sekali lagi kono tol buek kali keduo dan kali ini beliau di'tol' di hadapan kediamannya di Bandar Seri Putra pada tarikh 30hb Julai 2015. Den amat berterima kasih kpd beliau krn beliau berbesar hati untuk di'tol' buek kali kedua tanpo prejudis. Terima kasih sekali lagi Ustaz.



Gerakan Harapan Baru sedia ambil alih KITA

OLEH ZULKIFLI SULONG


Gerakan Harapan Baru (GHB) menyasarkan untuk mengambil alih parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) dan melancarkan ia semula pada Hari Merdeka sebagai alternatif kepada PAS.

Satu sumber memberitahu The Malaysian Insider, jawatankuasa protem GHB mempertimbangkan dua pendekatan ke arah menjadi sebuah parti politik – mendaftar sebuah parti baharu dan mengambil alih parti yang sedia ada.

"Kami menjalankan kedua-dua pendekatan pada masa yang sama dan nampaknya cara kedua adalah pilihan terbaik yang sudah menampakkan hasil," katanya merujuk kepada pengambilalihan semula Kita.

Menurut sumber, terdapat dua parti tidak aktif dikenal pasti GHB yang boleh diambil alih: Kita yang dimiliki Datuk Zaid Ibrahim dan Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) di bawah bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Ikatan Datuk Seri Dr Mustapa Kamal Maulut berkata partinya tidak sesuai untuk GHB, yang didorong oleh agenda Islam.

Tuhan itu wujud


alam semesta
HASIL penemuan kajian sains membuktikan segala yang terkandung dalam al-Quran adalah tepat dan benar belaka.

Al-Quran antara kalam ALLAH SWT terdahulu menjelaskan segala yang baru ditemui oleh pakar sains sejak 1500 tahun lalu apabila Dia menurunkan wahyu kepada junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.

Setiap sudut cabang ilmu sains yang diterokai sudahpun terjawab dalam al-Quran. Persoalannya di sini, siapakah yang memberitahu Baginda SAW rahsia ini? Jika akal yang waras pasti dapat memikirkan mengenai kewujudan ALLAH SWT.

Pakar sains Barat dalam kajiannya menyatakan bahawa galaksi ada penciptanya. Sedangkan dalam al-Quran banyak ayat yang menjelaskan perihal kebesaran ALLAH.

Kemudian, hasil kajian sains dalam pelbagai bidang seperti astronomi, fizik dan perubatan telah menemui penemuan yang sama seperti yang dinyatakan dalam al-Quran.

Terbukti al-Quran itu datangnya daripada ALLAH, Tuhan Pencipta Alam.

Dalam bidang astronomi, universe semakin berkembang, bermula dari satu kemudian semakin berpecah, daripada cecair kemudian kepada pepejal.

Umno Tanjung Malim batal hasrat jemput Mukhriz

 
Umno Tanjung Malim memutuskan untuk membatalkan hasrat menjemput Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir untuk merasmikan serentak mesyuarat tahunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian itu, esok.

Ketua bahagian tersebut, Datuk Khusairi Abdul Talib memberitahu SuaraTV, ia bagi memastikan suasana politik di peringkat bahagian itu kekal aman.

Katanya, beliau telah berbincang dengan ketua-ketua sayap terbabit dan mereka sepakat membatalkan hasrat menjemput Mukhriz dan digantikan dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir untuk merasmikan mesyuarat berkenaan.

”Keputusan ini dibuat bagi menjaga suasana aman politik di Tanjung Malim agar tiada sebarang masalah kerana kami tidak mahu unsur-unsur yang boleh memecah belahkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak” katanya kepada SuaraTV.

SUNGAI PETANI - 3 pelajar Raudhatut Tahfiz melecur

 3 pelajar Raudhatut Tahfiz melecur
Antara mangsa yang melecur pada kepala, badan dan tangan dalam kejadian kebakaran asrama sementara Raudhatut Tahfiz, awal pagi semalam

SUNGAI PETANI - Tiga pelajar Sekolah Agama Raudhatut Tahfiz, Gunung Jerai, di sini, cedera apabila asrama berkenaan terbakar, awal pagi semalam.

Dua mangsa, Muhammad Amir Shaharuddin, 10, dan Ahmad Luqman Suhaimi, 15, melecur pada kepala, belakang badan hingga pinggang dan tangan kanan serta kiri dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

Manakala, seorang lagi mangsa, Muhammad Ikhmal Hakim Iswan, 10, yang melecur pada kaki kanan dan kiri dibenarkan pulang selepas dirawat di Hospital Yan.

Mangsa bersama 44 pelajar asrama terbabit tidur sebelum menyedari premis tempat mereka menginap terbakar kira-kira jam 3 pagi.

Abang Muhammad Amir, Munzir, 15, berkata, dia terjaga disebabkan bunyi bising sebelum menyedari asrama berkenaan terbakar.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...