TERKINI :

Thursday, July 30, 2015

Artikal HarakahDaily suruh bunuh golongan yang nak buat Parti Islam Dasar Islam juga sudah dipadamkan..!!


KATA BERSAMBUT.

Saya menerima satu artikel yang disebarkan dalam alam maya yang berjudul "TEGAS TANGANI ANASIR DALAM JAMAAH" ditulis oleh Izwan Abdul Halim (Exco Pemuda Pas Malaysia).

Saya amat terkejut apabila membaca artikel yang menyimpulkan hukuman bunuh terhadap "kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga" yang dinisbahkan kalam tersebut kepada seorang tokoh agama di negeri Kedah.

Saya MENGANGGAP bahawa kenyataan ini amat bahaya, bahkan memasarkan kembali pemikiran takfiri di kalangan masyarakat.

Di sini saya turunkan petikan tersebut beserta ulasan secara point dari kenyataan tersebut.

" Nabi suruh bunuh kumpulan yang datang bawa mari Parti Islam dasar Islam juga, dia mari ajak kita sokong, maka kumpulan baru itu untuk memecah belah, akan hilangkan kekuatan jamaah, nabi suruh bunuh, jangan taruh".

"Kalau ada kuasa bunuh, tak ada kuasa kita halang jangan biar dia merebak, ini hadith sohih Muslim, saya bacakan depan pimpinan tu, tapi orang yang tak percaya Hadis dan Quran payah kira, orang ni tak sah untuk lantik sebagai pimpinan" tegasnya menyandarkan ketegasan hukum berdalilkan ayat 105 surah an Nisa. [ARTIKAL PENUH DI BAWAH]

#Mukhriz pula 'goyang' selepas ziarah Muhyiddin semalam..!!

Tindakan saya ziarah Muhyiddin selepas dipecat tidak salah - Mukhriz Mahathir

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir tidak merasakan tindakannya menziarahi Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas dipecat sebagai sesuatu yang salah tetapi sedia menerima sebarang kemungkinan politik akibat daripada apa yang dilakukannya itu.

Katanya, beliau mengunjungi Muhyiddin atas kapasiti Menteri Besar Kedah untuk mengucapkan terima kepada bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Pelajaran itu atas bantuan yang diberikan kepada Kedah.

Jelas Mukhriz, kunjungan itu adalah perkara biasa kerana semasa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pun beliau menziarahi keluarga Allahyarham dan tidak ada apa-apa perkara yang berbangkit.

"Saya tak nampak pula apa yang saya lakukan itu satu kesalahan dan saya tak ... saya ingat elok jangan tanya saya soalan itu, tanya orang lainlah... adakah patut tindakan diambil terhadap saya kerana saya pergi melawat seorang bekas pemimpin untuk mengucapkan terima kasih kepada dia. Saya ingat itu tak salah," katanya ketika ditemui pada majlis Aidilfitri UMNO Bahagian Jerlun di Alor Setar hari ini.

Bongkar | Dikatakan Gani sudah draf pendakwaan terhadap Najib, sebab itu beliau disingkirkan..!!

Ini Kertas Pendakwaan Terhadap Najib Atas Isu Rasuah - Punca Gani Patail Kena Tendang Secara Tiba2 Dedah Sarawak Report.


Laporan terbaru dari Sarawak Report mendedahkan punca kenapa bekas peguam negara Gani Patail ditendang keluar dari jawatannya secara mengejut pada isnin lepas.

Difahamkan Sarawak Report telah menerima beberapa bukti salinan dokumentasi yang menunjukkan Gani Patail sedang merangka pendakwaan ke atas Najib Razak atas pertuduhan rasuah sebelum ditamatkan jawatannya.

Salinan tersebut menurut Sarawak Report telah disahkan kesahihannya sebelum dipaparkan kepada umum untuk tujuan penyebaran.

Berikut salinan yang dinyatakan ;



Sekali Lagi VIDEO curi "menembak" NAJIB, Muhyiddin Perlu Segera Disiasat




https://lh5.ggpht.com/vm0qSecYYX6aHexKt5477sVAFWFVai5LZNTVsG_FoczrHqusu7oKDoiH1nt84l714OPUk6KIMUfCLUq_seo

Sekali lagi video rakaman curi "menembak" Najib Razak tersebar dengan meluas. Dan sekali lagi juga ia berkaitan dengan Muhyiddin Yassin, cuma mungkin yang merakamnya saja orang yang berbeza.

Beberapa bulan sebelum ini telah tersebar rakaman video mengenai ucapan Muhyiddin di sebuah program tertutup UMNO di Janda Baik di mana beliau "memuntahkan peluru" dengan mahukan Najib memecat Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, menyiasat CEOnya serta membenarkan polis masuk menjalankan siasatan terhadap syarikat pelaburan kerajaan yang bermasalah dan sarat hutang itu.

Rakaman itu telah menggegarkan negara buat seketika dan ia menunjukkan perbezaan pendirian yang ketara antara Muhyiddin dan Najib. Sementara Najib dilihat banyak berlengah dan bermain dengan masa dalam menangani isu 1MDB, Muhyiddin jelas lebih terbuka dan objektif mengenainya.

Video di Janda Baik itu kononnya dirakam curi oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Segambut, Kapten Azri Mohd Zain. Heboh ketika itu siasatan sudah dijalankan, termasuk kenyataan oleh Ahmad Zahid Hamid yang merupakan penganjur program tersebut dan kini sudah dilantik Timbalan Perdana Menteri, yang mengatakan "tiada maaf" bagi perakam video tersebut.

Haruskah Umno memecat presidennya, Datuk Seri Najib Razak atau timb. presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Wang RM2.6b: Umno belum cukup hairan?

 
  Haruskah Umno memecat presidennya, Datuk Seri Najib Razak atau timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Soalan ini dibangkitkan sejak Mei lalu, selepas Muhyiddin berkongsi kebimbangannya bersama pemimpin Umno dalam satu pertemuan tertutup di Janda Baik, Pahang.

Antara yang hadir dalam pertemuan itu ialah naib presiden Umno ketika itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan anggota majlis tertinggi, Datuk Ahmad Maslan.

Dalam video itu, Ahmad Zahid ketawa besar apabila Muhyiddin menyebut mengenai pemimpin Umno yang “tunjuk tahu tapi tidak tahu” dan “macam pandai tapi tak pandai”.



Para hadirin juga ketawa berdekah-dekah tetapi Ahmad Maslan hanya mampu tunduk dan tersenyum simpul sambil meneguk air botol apabila Muhyiddin berkata demikian.

Namun apapun cerita di sebaliknya, Ahmad Maslan dan Ahmad Zahid masih berada dalam kabinet. Lebih untung, Ahmad Zahid, yang kini menggantikan Muhyiddin di jawatan timbalan perdana menteri.

Ahmad Maslan, MP Pontian itu pula menjadi timbalan kepada Datuk Seri Mustapa Mohamed di kementerian perdagangan antarabangsa dan industri selepas serangan hendap Najib, Selasa lalu ke atas Muhyiddin.

Wanita potong bayi 8 bahagian dipenjara 12 bulan

Mahkamah Majistret Jitra, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang wanita kerana menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan cara memotongnya kepada 8 bahagian, awal bulan ini.

Majistret Nurshahida Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu selepas Farihah Abd Aziz, 31, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan cara memotongnya kepada 8 bahagian dan membuangnya ke dalam lubang tandas.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara 1 tengah hari hingga 3 petang pada 6 Julai lepas di dalam bilik mandi di sebuah rumah di Kampung Manggol, Mukim Malau Jitra, Kubang Pasu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengundi Melayu Sikar Berubah, mana sokong UMNO akan kekal disitu

PENGUNDI MELAYU SUKAR BERUBAH


Kami ditanya oleh banyak pihak mengenai trend dan pola pengundi Melayu. Adakah pengundi Melayu akan berganjak dari menyokong Umno/BN selepas isu pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pelbagai skandal besar negara kepada mengundi pembangkang, atau bagaimana?

Kami menjawab berdasarkan dapatan kajian. Sepanjang kami terlibat dalam kajian lapangan, pola pengundi Melayu cukup unik. Orang Melayu sukar membuat perubahan politik. Antara rumusan pola pengundi Melayu adalah seperti berikut:

1) Pilihan politik atas asas parti. Biasanya turun temurun. Jika ada anak ada cucu yang berlawanan arus, mereka memilih untuk berdiam diri. Faktor pilihan atas calon dan isu terlalu minima.

2) Berfikiran selapis. Mudah. Tidak suka memikirkan perkara besar, rumit dan berbelit-belit. Isu dengan angka besar milion dan bilion, sukar dihadam oleh pengundi Melayu.

3) Lokaliti yang berada di pedalaman, jauh dari sumber maklumat primer menambah kelebihan kepada Umno/BN. Sebab itu majoriti kerusi Parlimen pedalaman milik Umno/BN.

Batal mesyuarat MT, Najib tak seberani Dr Mahathir

 Tindakan Datuk Seri Najib Razak membatalkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang sepatutnya berlangsung esok dilihat sebagai tidak berani mengambil risiko walaupun pasti sebahagian besar anggota MT menyokongnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Julai, 2015.
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin membidas tindakan Datuk Seri Najib Razak membatalkan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang sepatutnya berlangsung esok susulan pemecatan timbalan presiden serta naib presiden parti daripada jawatan kerajaan.

Menurutnya, ia berbeza dengan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu yang tetap meneruskan mesyuarat walaupun tidak pasti akan sokongan ahli MT terhadapnya sewaktu memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Walaupun (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan (Datuk Seri) Shafie Afdal yang menjadi mangsa pemecatan tidak berpotensi untuk menimbulkan kekacauan tetapi kenyataan mereka untuk hadir di MT sudah cukup mengancam perasaan Najib.

"Ini berbeza dengan Dr Mahathir yang walaupun tidak pasti sokongan terhadapnya tetapi memanggil mesyuarat MT sebaik sahaja memecat Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri.

Setakad ini Najib selamat sebagai PM tapi bukan sebagai presiden Umno


Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin meramalkan Datuk Seri Najib Razak bakal berhadapan gelora dalam Umno susulan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan perdana menteri.

Zainuddin yang dikenali sebagai Zam menyifatkan Najib "tersalah hitung" dalam tindakannya dan pilihan yang sedia ada sekarang adalah meneruskan langkah "autoritariannya".

"Penyingkiran Muhyiddin mungkin akan memanjangkan hayat kedudukan Najib sebagai perdana menteri tetapi beliau tidak akan dapat menyekat cabaran-cabaran besar yang akan dihadapi dari dalam parti akibat tindakannya yang tergesa-gesa.

"Tidak ada jalan lain lagi bagi Najib untuk menyelamatkan dirinya kecuali dengan menambahkan tindakan-tindakan yang bersifat authoritarian," tulis Zam di blognya, hari ini.

Kenyataan itu selari dengan kenyataan Zainuddin sebelum ini yang menggesa Najib bertindak memecat Muhyiddin daripada jawatan timbalan presiden Umno.

"Langkah pertama yang Najib akan ambil adalah pecat Muhyiddin daripada timbalan presiden Umno," kata Zainuddin kepada The Malaysian Insider.

Pemuda Umno Labis mahu Najib berehat

 
Pemuda Umno Labis menuntut Datuk Seri Najib Razak mengambil cuti rehat sehingga siasatan berhubung skandal 1MDB diselesaikan.

Ketuanya, Mohd Shahir Huddin Ali berkata tindakan itu dirasakan perlu kerana ia dapat melicinkan proses siasatan yang sedang dijalankan pihak berkenaan.

Katanya, pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pelantikan empat anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyertai barisan jemaah menteri baru adalah tidak wajar.

Mohd Shahir Huddin berkata anggota PAC tersebut sedang terlibat dalam penyiasatan satu kes besar peringkat nasional - kenyataan merujuk kepada skandal 1MDB.

"Perdana menteri pasti mengetahui rakyat tidak akan mempercayai apa jua keputusan siasatan dijalankan semua jawatankuasa atau task force (pasukan petugas khas) yang diwujudkan masih tertakluk kepada Najib sebagai ketua eksekutif negara," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kelmarin Najib mengumumkan rombakan kabinet dengan menggugurkan Muhyiddin daripada jawatan timbalan perdana menteri.

Tahniah TPM "Baru" - Akhirnya pusat judi terbesar negara iaitu CASINO GENTING akan ditutup..!!

M.A. Shah



Tiada pihak yang akan terlepas jika memberikan perlindungan kepada premis perjudian. Demikian amanat pertama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas bergelar timbalan perdana menteri.

Zahid yang juga menteri dalam negeri turut mengingatkan ketua polis di setiap negeri agar memastikan premis judi di kawasan mereka dihapuskan 100% berkuatkuasa semalam.

"Saya ingin memberitahu bukan sekadar amaran.

"Mana-mana pegawai dan anggota polis, individu sama ada mewakili organisasi bukan kerajaan (NGO) atau kumpulan tertentu, memberikan perlindungan kepada rumah judi ini, mereka tidak akan pernah terlepas daripada tindakan yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai meletak jawatan dalam parti


  
MAKLUMAN PERLETAKAN JAWATAN PIMPINAN TERTINGGI DEWAN PEMUDA PAS LEMBAH PANTAI (DPPLP) SESI 2015/ 2017

Adalah dimaklumkan bahawa kami, kepimpinan tertinggi di peringkat Dewan Pemuda PAS Kawasan Lembah Pantai telah mengambil keputusan untuk meletakkan seluruh jawatan parti yang disandang berkuatkuasa serta-merta.

Keputusan perletakan jawatan ini dibuat setelah mengambilkira faktor perkembangan politik semasa serta kekecewaan kami atas krisis yang melanda kepimpinan tertinggi parti di peringkat pusat dan negeri serta konflik dalaman yang gagal ditangani sebaiknya sehingga kini.

Bagaimanapun, pihak kami akan terus komited dan bertekad untuk meneruskan agenda perjuangan kebajikan rakyat berteraskan prinsip Islam khususnya untuk rakyat di kawasan Parlimen Lembah Pantai.

VIDEO | Rakaman Audio MB Negeri Sembilan Mahu Polis Tangkap Najib

komen tok mad 

Seremban – Rakaman audio yang di katakan kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tersebar sejak malam tadi.

Melalui rakaman tersebut Mohamad dikatakan menggesa pihak polis menangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang dikatakan terlibat dalam skandal 1DMB.

“Soalan (Tan Sri) Muhyiddin di Cheras, kenapa tidak tangkap orang yang bersalah (dan) orang yang di syaki, tapi orang yang tak bersalah ditangkap?

” Benda ini (isu 1MDB) orang kata yang buat onar Najib, (jadi) tangkap dan siasata Najib” ujar rakaman suara tersebut yang disebarkan melalui applikasi Whatsapp. [Klik Read More Untuk Tonton Video]

Kabinet Baru Najib adalah komplot untuk lindungi beliau..

Kenyataan Media.

KABINET BARU, KOMPLOT LINDUNGI NAJIB.
 
1. Rombakan Kabinet menyaksikan penyingkiran Tan Sri Muhyidin Yassin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan anggota kabinet. Walaupun ianya merupakan kuasa prerogatif Perdana Menteri tetapi tindakan tersebut telah menimbulkan ketidaksetabilannya politik dan ekonomi negara disebabkan tiadanya alasan yang munasabah diberikan Perdana Menteri atas penyingkiran tersebut.

2. Alasan yang diberikan oleh PM Najib bahawa Tan Sri Muhyidin telah meluahkan perbezaan pendapat pada forum terbuka sehingga menjejaskan pandangan umum terhadap Kerajaan. Semua mengetahui perbezaan pendapat yang dimaksudkan oleh PM ialah luahan Tan Sri Muhyidin berkaitan isu yang berkaitan 1MDB dan kemasukan wang RM 2.67 bilion ke dalam akaun peribadi Najib.

3. Semua mengetahui Tan Sri Muhyidin menyatakan semua itu di dalam program dalaman umno dan yang terakhir pada Ucapan Perasmian Mesyuarat Agong Umno Bahagian Cheras atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden Umno.

Imbas kembali 13 Julai 2015 - 6 Tan Sri terlibat usaha singkirkan Najib?

~ Imbas kembali 13 Julai 2015


Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed antara yang dinamakan Raja Petra Kamaruddin dalam kumpulan 6 orang bergelar ‘Tan Sri’ mahu menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak. – Gambar TMI Seorang penulis blog yang sebelum ini pernah didakwa memfitnah Datuk Seri Najib Razak kini menyenaraikan nama pegawai kerajaan dalam usaha menyingkirkan perdana menteri menerusi satu siri “rampasan kuasa”.

Raja Petra Kamaruddin yang hidup dalam buangan di Manchester, United Kingdom, menulis malam tadi, pasukan petugas khas yang menyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan sebahagian plot besar membabitkan 6 Tan Sri, antara pangkat tertinggi di peringkat persekutuan yang diberikan kepada pegawai kerajaan dan ahli perniagaan “Jika gerakan anti perdana menteri berjaya menumbangkan Najib, ini akan menjadi rampasan kuasa pertama dalam sejarah Malaysia, 50 tahun selepas apa yang berlaku di Indonesia.

“Sejarah mungkin akan mengingatinya sebagai hari enam Tan Sri – empat dalam kenyataan media di atas dan dua lagi saya pasti anda tahu siapa mereka,” katanya menerusi entri di blognya, malaysia-today.net.

Skandal 1MDB : Gabenor Bank Negara, Pegawainya & Pasukan Petugas Khas Pula Jadi Sasaran

KENYATAAN MEDIA


SELEPAS TIMBALAN PERDANA MENTERI DAN PEGUAM NEGARA DIPECAT, GABENOR BANK NEGARA, PEGAWAINYA DAN PASUKAN PETUGAS KHAS PULA JADI SASARAN

1. Sehari selepas pemecatan Timbalan Perdana Menteri dan Peguam Negara, telah sampai ke pengetahuan saya bahawa sasaran seterusnya untuk dimangsakan dan dianiaya ialah mereka yang dikatakan terlibat di dalam Pasukan Petugas Khas menyiasat Skandal 1MDB dan kes penyaluran wang RM2.67 bilion ke dalam akaun peribadi yang dikatakan milik Perdana Menteri. Teratas di dalam senarai sasaran tersebut ialah Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Timbalan Gabenor Bank Negara, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato’ Sri Shukri Abdul dan beberapa orang lagi Pegawai-Pegawai Kanan Bank Negara dan SPRM.

2. Saya juga mendapat maklumat, pelantikan Ketua Cawangan Khas (SB) PDRM yang baru yang diumumkan kelmarin adalah juga berkaitan dengan perkembangan terbaru ini. Kesemua Pegawai Bank Negara dan SPRM yang dijadikan sasaran ini dipercayai terlibat secara langsung di dalam proses penyiasatan Pasukan Petugas Khas tersebut.

Dipercayai dapatan hasil penyiasatan yang dijalankan mereka tersebut amat menakutkan pihak-pihak tertentu hingga menyebabkan berlaku pemecatan ke atas Peguam Negara dan sekarang ini giliran Pegawai-Pegawai Bank Negara dan SPRM pula untuk diganggu, dipaksa, diugut dan ditakut-takutkan terutamanya dengan pendakwaan jenayah seperti di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Najib boleh dipanggil kerana halang siasatan 1MDB, kata peguam

Tindakan Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail boleh dianggap menghalang kakitangan awam menjalankan tugas di bawah akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan boleh dipanggil untuk disoal siasat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Julai, 2015.
Datuk Seri Najib Razak boleh dipanggil pasukan petugas khas kerana menyebabkan siasatan tergendala apabila secara tiba-tiba menggugurkan Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar, kanan) sebagai peguam negara, ahli utama dalam pasukan itu, kata peguam hari ini.

Mereka berkata, peruntukan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh digunakan untuk memanggil Najib kerana menghalang kakitangan awam menjalankan tugasnya.

Peguam berkata, Seksyen 48(h) Akta SPRM menyatakan sesiapa yang campur tangan dengan siasatan adalah melakukan kesalahan sementara Seksyen 69 menetapkan mereka yang disabitkan bersalah atas kesalahan itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum 2 tahun, atau kedua-duanya.

Gani ialah ahli penting dalam pasukan petugas khas menyiasat dakwaan AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri dan salah pengurusan kewangan di syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Turut berada dalam pasukan itu ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pengerusi SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Dakwaan pembabitan Najib dalam skandal 1MDB semakin memuncak semalam selepas satu klip video dimuat naik ke Internet menunjukkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu tetamunya Najib mengaku RM2.6 bilion itu dimasukkan ke akaunnya.

Walaupun Muhyiddin masih lagi Timb. Presiden Umno proses "menyejuk bekukan" sedang berjalan

Satu lagi bahagian batal jemput Muhyiddin

 
Sebuah lagi bahagian Umno telah menarik balik jemputannya kepada bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merasmikan mesyuarat perwakilannya.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Jamal Md Yunos dipetik oleh portal SuaraTV sebagai berkata dia bimbang Muhyiddin akan mengulangi perkara yang sama semasa merasmikan penutupan mesyuarat perwakilan Umno Cheras Ahad lalu.

Muhyiddin antara lain berkata Umno akan kalah jika pilihan raya umum diadakan tidak lama lagi.

Jamal dipetik berkata, Umno Sungai Besar amat gembira apabila Muhyiddin bersetuju untuk merasmikan mesyuarat bahagian itu, yang dijadualkan pada 30 Ogos, dan pihaknya telah membuat persiapan.

Bagaimanapun, mereka bimbang jika apa yang berlaku di bahagian Umno Cheras akan berlaku lagi, Jamal dipetik sebagai berkata.

M'sia akan sahkan sama ada serpihan dari #MH370

 
  Malaysia berkata ia telah menghantar satu pasukan ke Reunion Island di luar pantai timur Afrika untuk menentukan sama ada serpihan bangkai kapal terbang yang ditemui, mungkin dari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dipercayai terhempas di Lautan India tahun lepas.

Eric Chesneau, seorang pegawai dalam polis pengangkutan udara Perancis wilayah Lautan Hindi Reunion, memberitahu Reuters bahawa "ia lebih berkemungkinan merupakan serpihan kapal terbang" yang dihanyutkan, tetapi pemeriksaan lanjut diperlukan.

Tiada kesan pesawat Boeing 777 itu ditemui, selepas hilang pada Mac tahun lalu bersama 239 penumpang dan anak kapal semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur, menuju ke Beijing.

Sebahagian besar penumpang adalah warga China.

"Saya telah menghantar satu pasukan untuk mengesahkan serpihan itu... kami berharap ia dapat mengenal pasti (serpihan) itu secepat mungkin," kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai Malaysia (gambar) semasa lawatan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

MH370 hilang dari skrin radar tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur.

Penyiasat percaya ia diterbangkan beribu batu (kilometer) terkeluar dari haluannya sebelum terhempas.

Kehilangan pesawat menjadi salah satu misteri terbesar dalam sejarah penerbangan.
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...