TERKINI :

Wednesday, July 29, 2015

Pemecatan TPM: Perhimpunan Agong Khas UMNO dan BN perlu diadakan

oleh Aspan Alias


Mesyuarat Majlis Tertinggi yang sepatutnya diadakan pada hari Jumaat ini telah dibatalkan. Begitu juga perjumpaan tertutup diantara President parti dan pimpinan Bahagian yang juga sepatutnya diadakan di Dewan Tun Hussein Onn pada hari yang sama dibatalkan. Setiausaha Agong UMNO T Adnan Mansor tidak pula memberitahu apakah sebabnya perjumpaan-perjumpaan itu dibatalkan.

Pembatalan itu dikatakan kena mengena dengan pemecatan Muhyiddin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dua hari lepas. Apa kaitan dengan pemecatan itu sama-sama kita buat perspsi masing-masing.

Tetapi seperkara yang wajar di fahami, yang dipecat itu adalah pemimpin nombor dua negara dan mesyuarat itu tidak sepatutnya dibatalkan. Malahan Najib sepatutnya memanggil perhimpunan Agong khas UMNO kerana yang terlibat itu adalah pemimpin besar dalam parti dan kerajaan. Moralnya perhimpunan Agong khas parti wajar dipanggil serta merta bagi mendapatkan pandangan perwakilan dari seluruh negara.

Lebih dari itu Najib sebagai pengerusi BN sepatutnya memanggil mesyuarat majlis tertinggi BN kerana ia melibatkan Timbalan pengerusi kepada BN. Najib tidak boleh memecat seperti membunuh nyamuk sahaja. Yang beliau pecat itu adalah Timbalan Perdana Menteri bukannya timbalan pengerusi JKKK.

Jika Najib benar-benar bermoral manusianya kedua-dua perhimpunan Agong Khas UMNO serta perhimpunan Majlis BN wajar diadakan kerana itu sahaja caranya bagi Najib mendapat sokongan secara legitimasi dari pimpinan BN dan perhimpunan agong UMNO.

PKR sedia menerima GERAKAN HARAPAN BARU

PKR menyatakan kesediaannya untuk menerima usaha mana-mana kumpulan termasuk gerakan Harapan Baru yang ingin bergerak sebagai sebuah parti politik.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, pendirian tersebut jelas menunjukkan sikap keterbukaan parti itu selagi kumpulan terbabit boleh mendukung agenda reformasi yang menjadi teras penubuhan PKR.

"Kita boleh sama-sama dalam satu muafakat. Perkara ini akan terus berkembang. Sekarang kita ada tiga anggota (dalam PR) dan mungkin bertambah menjadi lima atau enam.

"Asalkan mereka boleh komited dengan agenda reformasi," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Invest Selangor, di sini hari ini. 

Invest Selangor merupakan sebuah agensi kerajaan negeri yang menyediakan maklumat dan khidmat nasihat kepada bakal pelabur di Selangor.

Ketika ditanya mengenai laporan bahawa Harapan Baru sedang mengenal pasti sama ada untuk bergerak melalui Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) atau  Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sebagai platform alternatif kepada Pas, Mohamed Azmin menyatakan beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Namun jelasnya, jika usaha gerakan itu wujud, polisi parti yang terlibat mestilah komited dengan prinsip yang diguna pakai Pakatan Rakyat sebagaimana yang dipersetujui oleh PKR dan DAP. 

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Selangor itu menafikan khabar angin yang mendakwa beliau akan melakukan rombakan barisan Exco kerajaan negeriberikutan kemelut hubungan antara Pas dan DAP.

Mohamed Azmin enggan mengulas lanjut mengenainya; sekadar menjawab ringkas, "Tiada rombakan".

Baru-baru ini, Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menyatakan parti itu bersedia menamatkan hubungan dengan PKR jika parti itu bersetuju menyertai DAP dan Harapan Baru untuk membentuk satu pakatan pembangkang yang baharu. - Bernama

Sudah ada cawangan Umno bangkit buat undi tak percaya kepada Presiden

Gugur TPM: Cawangan Umno tidak sokong Presiden

Muhyiddin JOHOR BAHRU - Keputusan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam senarai kabinet sebagai Timbalan Perdana Menteri mengundang rasa tidak percaya di kalangan akar umbi terhadap kepimpinan Presiden Umno.

Ia membuatkan Umno Cawangan Kampung Pok yang berada dalam Bahagian Gelang Patah mengadakan satu mesyuarat tergempar semalam.

Timbalan Ketua Cawangannya, Azman Abdul Rahman yang membawa usul berkenaan turut disokong kira-kira 200 ahli parti cawangan berkenaan.

"Kami bukan mahu keluar dari parti ..dan masih setia dengan Umno, tetapi keputusan menggugurkan Muhyiddin menyebabkan kami hilang kepercayaan terhadap Presiden (najib).

"Rombakan kabinet dengan menggugurkan Muhyiddin adalah tidak sesuai dengan keadaan semasa..sepatutnya presiden lebih menumpukan kekuatan parti untuk mendapat sokongan rakyat," katanya.

Shafie Apdal : Dari Kereta Kebal Ke Kereta Sorong Sekelip Mata

Oleh: NORFATIMAH AHMAD

PETALING JAYA: Inilah harga perjuangan selama berpuluh tahun dalam parti, sekelip mata semua sumbangannya dilupakan, demikian luahan pegawai kepada bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang digugurkan daripada Kabinet.

Bagi pegawai berkenaan, lebih menyedihkan apabila penamat khidmat Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dalam kerajaan kerana beliau menyuarakan pandangan dan mempertahankan kepentingan rakyat.

Pegawai kanan yang lebih 15 tahun berkhidmat kepada Naib Presiden Umno itu, bagaimanapun berkata, kelebihan bosnya - walau apa juga 'hukuman' yang dikenakan terhadapnya, kesetiaannya kepada parti tetap

"Sememangnya beliau sudah bersedia untuk menghadapi situasi ini, pengumuman yang dibuat secara tidak langsung mengesahkan pelbagai maklumat dan spekulasi yang telah disampaikan kepadanya.

"Malahan, di kalangan pegawainya juga sedia menghadapi semua

"Jika timbalan dan naib presiden boleh digugur, apa lagi kami di kalangan pegawai bawahan," katanya ketika ditemui mStar Online pada Selasa

Ditanya apakah antara isu yang diketengahkan hingga mengakibatkan Shafie digugur, kata pegawai itu: "Tentu sekali berkaitan 1MDB, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), isu Felda dan MAS."

Selama berkhidmat dengan Shafie, kata pegawai itu lagi, tindakan mempertahankan ketua parti dan memperjuangkan rakyat menjadi amalan Ahli Parlimen Semporna itu.

Berikutan itu juga Shafie diberi jolokan sebagai 'kereta kebal' Umno oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada Selasa, Perdana Menteri mengumumkan selain Shafie, beliau turut menggugurkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Ewon Ebin.

Kenapa gugur Muhyiddin? Rakyat tanya Najib

Muhyiddin Gugur

SHAH ALAM – Pengumuman rombakan barisan Kabinet yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggugurkan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menimbulkan tanda tanya rakyat meskipun ada yang menjangka perkara itu akan berlaku.

Sinar Online mendapatkan reaksi orang ramai sejurus pengumuman dibuat, hari ini.

Menurut Arman Putera Asmuni, 42, Najib perlu menyatakan alasan menggugurkan Muhyiddin kepada rakyat supaya rakyat dapat menerima keputusannya itu.

“Mudah sahaja. Kenapa (gugur Muhyiddin)? Jika dia (Najib) boleh jawab kenapa, kita boleh terimalah rasionalnya keperluan menukar timbalan perdana menteri. Sebab (Muhyiddin) tidak sakit atau masalah kesihatan dan tidak ada kes besar yang dilaporkan secara rasmi terhadapnya, jadi, soalan saya, kenapa?

“Yang lain-lain juga kenapa ditukar portfolio dan digugurkan? Jika beliau boleh tampil dan jelaskan ‘saya gugurkan pemimpin yang ini kerana alasan ini’, rakyat boleh terima,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Gugur Muhyiddin: Pandangan Presiden PAS jauh ke depan



Saya sebagai seorang rakyat Malaysia, walaupun saya bukan seorang ahli Umno dan tidak pernah menyokong Umno, ingin melahirkan simpati saya kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, dan juga Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas pengguguran beliau dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Manakala Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dari jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (saya sebutkan dua jawatan penting ini sahaja).

Sebagai seorang Islam, walaupun itu adalah tindakan dari pihak musuh, namun, Islam tidak membenarkan kezaliman berlaku kepada sesiapapun, oleh kerana Islam mengajarkannya, maka saya mengutarakan simpati saya.

Jika kedudukan yang kedua tertinggi dan jawatan menteri itu yang penting itu, mendapat layanan sebegini, maka apa lagi yang tinggal kepada rakyat bawahan.

Memang benar Muhyiddin bukan dibuang parti, cuma digugurkan dari kabinet. Pelbagai alasan yang diberikan bagi menjustifikasikan pengguguran itu, namun dalam Islam, kesalahan mesti dibuktikan terlebih dahulu sebelum sesuatu hukuman dijalankan.

Dan persoalannya, apakah kesalahan Muhyiddin? Sedangkan Muhyiddin dan Tun Dr Mahathirlah orang yang membantu Najib naik menggantikan Pak Lah dahulu.

Mungkin menyedari akan kebolehan Muhyiddin, maka Najib mengambil langkah awal, jasa dan budi Muhyiddin tidak dikenang. Maka menanggung aiblah Muhyiddin.

BERSIH 4 kembali 29 Ogos nanti..

 


BERSIH 2.0 hari ini mengumumkan himpunan keempat yang akan diadakan pada 29 Ogos hingga 30 Ogos secara serentak di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.

Himpunan ini akan bermula pada pukul 2 petang hari 29 Ogos dan berlanjut sehingga tengah malam 30 Ogos.

BERSIH mengajak orang ramai turun ke himpunan untuk menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selain menghentikan segala amalan rasuah dalam kerajaan.

Antara empat tuntutan BERSIH 2.0 dalam himpunan ini ialah membersihkan pilihan raya, kerajaan, menyelamatkan ekonomi dan menyatakan hak membantah.

Shafie Apdal aka "Kereta Kebal Sabah" gugur.. adakah juga berpunca dari bertanya soalan #1MDB

 

Tokoh penting yang bertanggungjawab membawa Umno masuk ke Sabah dan pernah digelar "kereta kebal" oleh Datuk Seri Najib Razak akhirnya kini diketepikan, gara-gara mainan politik sesetengah pemimpin negeri itu.

Dilucutkan jawatan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal bagaimanapun dilaporkan tetap tabah serta reda.

Namun di sebalik ketenangan itu beliau dan pegawainya tetap bimbang kerana tempoh pilihan raya umum akan tiba tidak terlalu lama lagi.

Seorang pegawai kanan Shafie di Kuala Lumpur hari ini memberitahu Malaysiakini, Naib Presiden Umno itu adalah antara orang yang banyak mempertahankan kerajaan dan Najib daripada serangan pihak lain selama ini.

Namun ketika mesyuarat tertutup Majlis Tertinggi Umno Shafie terpaksa bertanyakan beberapa isu sensitif yang didapati merunsingkan rakyat.

"Antara isu utama dibincangkan rakyat ialah 1MDB, pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan serta Felda," katanya yang enggan didedahkan identitinya.

"Saya tahu lebih sikit tentang #1MDB" - #Muhyiddin

 

Susulan kelantangannya dalam isu 1MDB, ramai tertanya-tanya sejauh mana Tan Sri Muhyiddin Yassin tahu berkaitan kontroversi melanda  1MDB, syarikat cetusan ilham perdana menteri.

Diajukan soalan itu oleh pemberita hari ini, beliau tidak menyatakan secara langsung tetapi berkata ia lebih sedikit daripada pihak media.

"Saya tahu (mengenai 1MDB)  dari apa yang dikatakan dan bahan yang diberi.

“Dan apa yang saudara (pemberita) tahu  tentang 1MDB mungkin saya tahu lebih," katanya dalam sidang media di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin hari ini mengadakan sidang media pertama selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri semalam.

'Saya hanya tahu digugur sejam sebelum umum' - #Muhyiddin

 
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau hanya mengetahui berhubung penggugurannya sebagai timbalan perdana menteri pada 12.15 tengah hari semalam, kira-kira sejam sebelum pengumuman perdana menteri.

Katanya, beliau dimaklumkan untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada jam 11.30 pagi.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata, memandangkan beliau pada ketika itu berada di Sendayan Negeri Sembilan, beliau hanya bertemu Najib pada jam 12.15 tengah hari.

"Dia jemput saya dan selepas perbincangan saya beri pendapat saya dan beliau jelaskan apa yang patut dijelaskan.

"Dan saya tanya tujuan dijemput, adakah berkaitan rombakan. Dan dia angguk. Saya tanya adakah you nak bercakap apa-apa dengan saya.

"Dia (Najib) cakap dia susah nak cakap. Kemudian saya tanya adakah saya tak tersenarai, dia angguk dan ucapkan terima kasih," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di kediamannya hari ini.

“Najib patut tahu apa lebih penting – 1MDB atau kelangsungan Umno." - Timb Pengerusi Tetap Umno

https://lh3.ggpht.com/GeekqpQ3umOnaHHaziqhTlt0exAkl0Zg5wYFcN7GMoqLd6cr4ukuUZ3Uaq8VSr-0wVrfNoVbqo8BxAf-UAOo
Keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet akan menghancurkan parti tidak lama lagi, kata timbalan pengerusi tetap parti Tan Sri Mohamad Aziz.

Beliau memberitahu The Star, Najib sewajarnya dipersalahkan sekiranya Umno jatuh, kerana beliau bertanggungjawab menyingkirkan Muhyiddin dan naib presiden parti Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinet.

Speaker Dewan Undangan Negeri Johor itu mengingatkan Najib yang beliau memerintah parti itu kerana adanya sokongan daripada akar umbi, sama seperti Muhyiddin dan Shafie.

"Semua ini tidak baik untuk Umno di mana tindakannya (Najib) akan memusnahkan parti tidak lama lagi. Kalau ia terjadi, kita tahu siapa hendak dipersalahkan.

"Saya tak tahu apa jenis nasihat yang diterima Najib, tetapi sekarang beliau kena terima akibat daripada apa yang dilakukannya," Mohamad dipetik berkata.

Katanya, satu kesilapan apabila Najib memecat Muhyiddin dan Shafie, walaupun kedua-duanya sebelum ini mempersoalkan syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dilanda skandal. – 29 Julai, 2015.

Mampukah rombakan Kabinet selamatkan Najib, soal penganalisis

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berharap rombakan Kabinet akan memberikannya ruang menangani kebimbangan mengenai ekonomi yang melingkari kebanyakan pengundi dengan harapan mendapatkan semula sokongan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2015.
Walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membersihkan Kabinet daripada penentangnya seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin, masih tidak jelas sama ada beliau akan dapat menutup mulut pengkritik lain dalam Umno dan mendapatkan semula sokongan orang ramai yang semakin merosot.

Dari satu segi, Kabinet yang teguh di belakangnya akan memberikan perdana menteri ruang menangani kebimbangan mengenai ekonomi - kebimbangan nombor satu kebanyakan pengundi mengikut kaji selidik dibuat - dengan harapan mendapatkan semula sokongan rakyat.

Dari sudut lain, keadaan dan masa rombakan itu menimbulkan keraguan mengenai integriti siasatan Putrajaya ke atas skandal pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang diilhamkan Najib.

Penyingkiran Muhyiddin selepas membuat kritikan terbuka terhadap cara Putrajaya mengendalikan 1MDB dibuat ketika siasatan berada di puncak terhadap dakwaan dana daripada entiti berkaitan 1MDB disalurkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri.

Tetapi di kalangan majoriti rakyat Malaysia, menurut kaji selidik, isu 1MDB tidak menjadi kebimbangan utama walaupun integriti negara menjadi taruhan, dan begitu juga imej perdana menteri.

Bekas Bendahari UMNO Kelantan dilantik menjadi PEGUAM NEGARA


 Hafiz Yatim


Peguam negara yang baru dilantik, Tan Sri Mohamad Apandi Ali, 65, merupakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan dan pernah berkhidmat sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) di Terengganu dan Kelantan pada tahun 1977 hingga 1990.

Pelantikan itu menjadikan beliau sebagai peguam negara kesembilan selepas Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mohamed Apandi merupakan graduan lulusan bidang perundangan di University of London, Iner Temple London serta di Institute of Advanced Ligel Studies, London.

Sebaik tamat pengajian, beliau pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai majistret dari tahun 1973 hingga 1975.

Di samping memegang jawatan kerjaya perundangan, beliau juga pernah dilantik sebagai pengarah biro perundangan bantuan guaman di Kota Bharu pada 1980.

Siasatan PAC terhadap 1MDB terjejas dengan pelantikan Nur Jazlan sebagai Timb. Menteri Dalam Negeri

NUR JAZLAN MOHAMED
NUR JAZLAN MOHAMED

BANGI, Selasa – Berikutan rombakan Kabinet yang melibatkan pelantikan Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri, siasatan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) terhadap skandal kewangan syarikat pelaburan 1MDB akan terjejas seketika.

Hal ini kerana Datuk Nur Jazlan dan beberapa lagi yang terlibat akan meletakkan jawatan daripada jawatankuasa itu.

Datuk Nur Jazlan ketika dihubungi media hari ini berkata, beliau akan meletakkan jawatan dan menyebabkan siasatan terhadap 1MDB terjejas.

“Kita kena menunggu sehingga sidang Parlimen berikutnya untuk memutuskan siapakah yang akan mengetuai PAC,” katanya lagi.

Cerita pelik 5 pengumuman serentak berlaku di Putrajaya... Apakah kebetulan atau konspirasi?

artikel

KETIKA Perdana Menteri Malaysia Ke-6 sedang menarik perhatian dunia berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), persoalan wang dalam akaun peribadi, aset anak isterinya dan tindakan sesetengah pemimpin Umno yang mempersoal kepemimpinannya, Datuk Seri Najib Razak hari ini menampakkan ‘belang’.

Menduduki kerusi Perdana Menteri pada 2009 selepas ‘turut memberi tekanan’ kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi supaya meninggalkan Putrajaya, Najib hari ini mengumumkan ‘pemecatan’ beberapa menteri kanan, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkuat-kuasa esok.

Namun yang pelik, menghairankan dan amat jarang berlaku sebelum ini adalah pengumuman rombakan Kabinet itu berlaku hampir serentak dengan empat berita mengejutkan lain pagi tadi yang diandaikan mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Empat berita lain yang diumumkan hari ini serentak dengan rombakan Kabinet ialah:

1. Penamatan khidmat Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara;
2. Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia mengenai 1BestariNet di bawah Muhyiddin;
3. Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri; dan
4. Pelantikan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman yang baru.

Hikmah disebalik rombakan kabinet Najib, HUDUD PAS ada harapan nak dilaksanakan di Kelantan

Pas dah putuskan hubungan dengan DAP. Menteri agama adalah Jamil Khir, dan Timbalan Menteri pula Dr Asyraf Wajdi.

Dr Asyraf, orang terawal cadangkan PAS bentang Draf di Parlimen. Jadi, hudud ada harapan nak dilaksanakan di Kelantan.

 

Trajedi 2 TPM - 1998 Mahathir pecat ANWAR, 2015 Najib pecat MUHYIDDIN

Menggamit memori 1998 di Bukit Damansara
Keadaan perkarangan rumah Muhyiddin selepas digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
 
KUALA LUMPUR - Peristiwa tahun 1998 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menggugurkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali berulang di Bukit Damansara semalam.

Rombakan Kabinet yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak nyata mengejutkan ramai pihak apabila memecat timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Susulan tindakan itu, kediaman bekas Timbalan Perdana Menteri dipenuhi penyokong beliau yang mahu menyatakan solidariti terhadapnya.

Sebaik pengumuman Kabinet baru dibuat perdana menteri, bermula sekitar 3 petang kediaman Muhyiddin mula didatangi orang ramai.

Sehingga jam 8 malam kediaman beliau tidak putus-putus menerima kunjungan beberapa pemimpin tempatan dan luar.

Anak beliau, Najwa kelihatan setia menanti di hadapan pintu rumahnya bagi menyambut tetamu yang datang.

HARI GELAP BUAT MALAYSIA - Adakah 1MDB punya angkara?

Shahbudin Husin, 

Hari ini dianggap hari hitam buat Malaysia. Semuanya kerana satu sebab saja iaitu1MDB. Hanya dalam beberapa jam saja dalam hari ini, tindakan yang diambil Najib Razak untuk menyelamatkan karier dan masa depan politiknya telah menyebabkan suasana negara akan terus menjadi kelam dan gelap yang entah bila akan tiba waktu cerahnya.

Ia bukan saja berkaitan pemecatan Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran, tetapi bersekali dengan Shafie Apdal, Naib Presiden UMNO yang disingkirkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Pemecatan menteri yang lain seperti Hasan Malek dan G Palanivel memang tidak menghairankan dan tiada kena mengena dengan 1MDB tetapi nasib yang menimpa Muhyiddin dan Shafie jelas kerana pendirian mereka mengenai syarikat tersebut.

Dalam apa yang dilakukan Najib hari ini, ia mencatat sejarah di mana Timbalan Presiden dan Naib Presiden UMNO telah dimangsakan hanya kerana berani menyatakan kebenaran serta mahukan ianya ditegakkan berkaitan 1MDB.

Mukhriz Mahathir tiba di rumah Muhyiddin...kenapa..???

 
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir baru saja hadir ke kediaman bekas timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin kira-kira jam 8.35 malam tadi.

Beliau kemudiannya terus memasuki rumah berkenaan tanpa berkata apa-apa kepada wakil media yang telah menunggu di situ sejak petang tadi lagi.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...