TERKINI :

Tuesday, July 28, 2015

Hadi harap Kabinet baharu Najib adil, telus




KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berharap barisan Kabinet baharu dapat terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan telus.

Beliau berkata adalah terlalu awal bagi PAS untuk menyatakan pendapat berhubung barisan Kabinet itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

"Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan Kabinet baharu)...kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat harian Jawatankuasa PAS Pusat di ibu pejabat PAS di sini.

Najib hari ini mengumumkan Kabinet baharunya dengan melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan.

"Jika Pendirian Saya Tak Selari Dengan PM Itu Hak Beliau" - Shafie Apdal


PETALING JAYA: Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah yang dipecat, Datuk Seri Shafie Apdal menegaskan, beliau telah melakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara dan jika pandangan dan pendiriannya tidak selari dengan perdana menteri, itu adalah hak beliau (Datuk Seri Najib) untuk menguggurkannya dari senarai jemaah menteri.

Nama Shafie yang juga naib presiden Umno tidak tersenarai dalam barisan kabinet baru Datuk Seri Najib Tun Razak yang diumumkan secara langsung dari Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya tengah hari tadi.

Dalam reaksi segera yang dikeluarkannya 45 minit selepas pengumuman itu dibuat, Shafie menegaskan; "Selama ini saya telah memperjuangkan kepentingan rakyat dan sentimen akar umbi.

Muhyiddin dedah persoalan esok, manakala Mukhriz tiba di kediaman beliau

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjawab segala persoalan dan pertanyaan susulan penggugurannya sebagai timbalan perdana menteri menerusi satu sidang media pada pagi Rabu.

Beliau berkata, sidang media itu akan diadakan di kediamannya di Bukit Damansara pada pukul 11 pagi Rabu.

"Saya telah pun mengeluarkan kenyataan saya pada hari ini dan media pun telah melaporkan tentang apa yang berlaku dan bagaimana kenyataan yang saya keluarkan petang tadi dan saya tidak akan memberi kenyataan baru.

"Saya akan maklumkan esok jam 11 pagi. Saya jemput semua media untuk datang sini. Dan di situ nanti saya akan perjelaskan apa-apa pertanyaan dan persoalan yang hendak dikemukakan oleh media tempatan mahupun antarabangsa," katanya kepada pemberita secara ringkas di luar kediamannya di Bukit Damansara di sini, malam Selasa.

Pecat Muhyiddin, Gani Patail untuk Najib elak disiasat, kata Azmin

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengkritik pemecatan peguam negara dan timbalan perdana menteri semasa 1MDB disiasat hebat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Julai, 2015.
Tindakan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara memberikan gambaran Datuk Seri Najib Razak, bertindak mempertahankan kedudukan dan regimnya daripada disiasat panel bebas atas pelbagai salahguna kuasa dan rasuah yang melibatkan berbilion ringgit, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Azmin berkata, Malaysia terjerumus ke dalam gaung krisis yang makin parah dengan penyingkiran Muhyiddin daripada Kabinet selepas beberapa hari selepas beliau memberi kenyataan perdana menteri perlu memberikan jawapan kepada skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Negara memerlukan reformasi menyeluruh untuk memulihkan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa demi menyelamatkan ekonomi negara dan menjamin kesejahteraan rakyat," kata timbalan presiden PKR itu dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu menggesa agar ahli-ahli Parlimen tanpa mengira parti perlu bersatu padu untuk menyelamatkan Malaysia.

Muhyiddin digamit untuk 'kerajaan peralihan'

 
Sekumpulan anggota parlimen pembangkang cuba meraih sokongan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan sebagai timbalan perdana menteri untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Sudah sampai masanya beliau (Muhyiddin) dan kumpulan beliau serta ahli-ahli parlimen BN yang lain yang cintakan negara menyokong satu usaha menubuhkan kerajaan peralihan melalui satu undi tidak percaya kepada Najib,” kata mereka.

Dalam kenyataan bersama 16 anggota parlimen pembangkang, termasuk bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, mereka mencadangkan penubuhan sebuah 'kerajaan peralihan' setelah undi tidak percaya dibuat.

Mereka berkata tindakan itu perlu diambil memandangkan pelbagai desas-desus pergolakan politik dalaman Umno, termasuk isu 1MDB dan pengguguran Muhyiddin daripada jawatannya.

“Kedegilan Najib untuk terus berkuasa akan mengheret negara dengan ketidaktentuan selagi ia tidak diselesaikan segera,” kata pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan Gerakan Harapan Baru (GBH) itu.

Umi Hafilda ke rumah Muhyiddin, keluar Umno

 
Saksi kes liwat pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Umi Hafilda Ali mengumumkan keluar Umno kerana tidak puas hati dengan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.

Beliau malah mengumumkan perkara itu kepada media di rumah Muhyiddin di Bukit Damansara hari ini, yang menyaksikan penyokongnya mula berkumpul.

"Atas apa yang berlaku terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini, saya Umi Hafilda Ali yang pernah menjadi saksi pertama kepada kerajaan dalam kes Anwar Ibrahim mengisytiharkan saya keluar dari Umno,” katanya.

Umi Hafilda berkata beliau seorang anggota Umno bahagian Gombak.

Kabinet dirombak, Peguam Negara diganti, siasatan PAC jadi tanda tanya


KUALA LUMPUR: Beberapa kejutan yang berlaku hari ini menimbulkan pelbagai persoalan dan reaksi.

Ia bermula dengan paparan muka hadapan akhbar lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia yang memaparkan tajuk ‘Semua diminta bertenang’. Berbeza dengan saranan tajuk berkenaan, ia sebenarnya mempunyai kesan psikologi berbalik bagi banyak pihak sejak awal pagi.

Kontrak Peguam Negara ditamatkan awal

Masih hangat dengan spekulasi rombakan Kabinet akan berlaku, kejutan besar terbit dari Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa yang mengumumkan bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah ditamatkan perkhidmatannya dalam jawatan itu atas ‘sebab-sebab kesihatan’.

Umum mengetahui, Abdul Gani sebelum ini mengetuai pasukan petugas khas pelbagai agensi dalam siasatan berkaitan isu penyalahgunaan dana dan 1MDB.

Jawatan Peguam Negara kini disandang bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Sementara itu, Abdul Gani memberitahu sebuah portal berita bahawa beliau langsung tidak tahu mengenai keputusan penamatan khidmatnya sebagai Peguam Negara, dan enggan mengulas lanjut.

Panas | Pemecatan Peguam Negara melanggar Perlembagaan Persekutuan

KENYATAAN MEDIA


PEMECATAN PEGUAM NEGARA MELANGGAR PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN : ADAKAH IANYA BERKAITAN DENGAN SIASATAN KES 1MDB DAN AKAUN MISTERI PERDANA MENTERI?

1. Hari ini Malaysia digemparkan dengan rombakan kabinet yang menyaksikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yasin dan beberapa orang lagi Menteri digugurkan. Selain itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail juga telah ditamatkan perkhidmatannya pada hari ini atas alasan kesihatan. Saya akan mengulas berkaitan rombakan kabinet ini pada kesempatan yang lain. Sebagaimana yang kita maklum, pengguguran atau pelantikan mana-mana Menteri adalah bidang kuasa prerogatif seorang Perdana Menteri sebagaimana yang digariskan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Bagi saya, peristiwa pemecatan Gani Patail sebagai Peguam Negara adalah lebih serius dan memerlukan perhatian daripada seluruh rakyat Malaysia memandangkan ianya dibuat secara tergesa-gesa dan terbukti melanggar Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, jawatan Peguam Negara adalah setaraf kedudukannya dengan Hakim Mahkamah Persekutuan. Seorang Peguam Negara, walaupun memegang jawatan atas perkenan Yang Dipertuan Agong, hanya boleh diberhentikan dengan menggunakan cara yang sama untuk menamatkan perkhidmatan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan. Hal ini jelas dinyatakan di dalam Perkara 145(6) Perlembagaan Persekutuan.

Luahan pertama MUHYIDDIN selepas digugurkan - Demi hak Rakyat & 1MDB

Saya reda digugur demi hak rakyat, 1MDB
FATHIN ATHIRAH HASLI


SHAH ALAM - Dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha,” demikian reaksi bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Meluahkan rasa terbuka terhadap keputusan yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi, jelas Muhyiddin menerusi laman Facebooknya, beliau menerima keputusan tersebut serta menghormati kuasa prerogatif Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

“Saya menerima keputusan Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada Kabinet dengan hati yang terbuka.

“Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah.

“Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Diatas kebijaksanaan Presiden PAS Pertahankan NAJIB, UMNO Hancur

PERTAHAN NAJIB, UMNO HANCUR: PANDANGAN PRESIDEN PAS TEPAT


Geng Ustaz terkejut mendengar rombakan kabinet terbaru yang berlaku, di mana ia kelihatan untuk memperkukuhkan kedudukan politik Najib Razak setelah mulai hilang sokongan daripada kabinet sendiri.

Ternyata Umno kini tidak dapat bertahan lagi, dan terpaksa menghadapi kehancuran terutama apabila Muhyidin Yasin dijangka membuat gerakan bersama Dr Mahathir untuk menjatuhkan Najib. GU tidak menolak kemungkinan gerakan 'reformasi' yang pernah dibuat oleh Tengku Razaliegh pada 1988 dan Anwar Ibrahim pada 1998 akan berulang. Muhyidin mungkin boleh membentuk GHB versi Umno selepas ini.

Ternyata kesan buruk yg dialami oleh Umno ini adalah akibat tindakan Pas mempertahankan supaya Najib terus menjadi PM, ketika sebahagian pemimpin PR mendesak Najib digantikan oleh Muhyidin. Pandangan Presiden Pas yg ditentang oleh golongan GHB ternyata lebih tepat dalam mempercepatkan keruntuhan Umno.

GU menjangkakan politik Melayu akan berubah dgn petkembangan ini. Orang2 melayu yang kecewa dengan umno sekarang akan beralih kepada Pas setelah Dap tidak lagi menjadi sekutunya. Sebelum ini, orang Melayu bimbang peranan Dap dalam meruntuhkan pengaruh politik Melayu.

Politik Jalanan : Awas GHB.. Besut kawasan 'gedebe' nanti balik ada telur atas dahi

POLITIK JALANAN


Politik samseng, budaya mengugut ialah gejala pemikiran jalanan yang sudah ketinggalan zaman. Masih adakah di kalangan rakyat Malaysia yang masih bersifat ortodoks sehingga sukar untuk memahami tentang hak-hak DEMOKRASI dan kehidupan berPELEMBAGAAN..?

Malang jika masih ada orang yang terpelajar seperti Dr Azman Ibrahim tetapi masih mengamalkan budaya Melayu kuno. Sekarang bukannya zaman Hang Tuah yang berpegang kepada tagline.." Nyawa terletak di hujung keris ataupun siapa kuat dialah yang berkuasa..".

Negara yang mempunyai pelbagai AKTA dan penguatkuasaan keselamatan dalam negeri yang di jalankan oleh pihak polis dan badan kehakiman tentunya tidak semudah Posting Facebook beliau untuk pihak lain mengenakan sebarang tindakan samseng kepada orang yang berlainan fahaman politik.

Sepatutnya pandangan Almarhum Ustaz Fadzil Noor harus menjadi pegangan, "Hujah lawan hujah, ceramah lawan ceramah.." Gunakan akal yang bijaksana untuk membentuk sebuah negara maju di atas pola pemikiran yang berbeza untuk bersaing di pentas politik. Bukannya kekerasan dan ancaman di jadikan modal untuk menundukkan lawan.

"Tinggalkan Budaya Politik Jalanan"
~Admin Ustaz Ahmad Awang Supporters

Kejutan yang di luar dugaan oleh Najib dalam penamatan jawatan peguam negara

Pembentukan pasukan khas yang dianggotai oleh empat orang individu penting instrumen demokrasi dan pentadbiran negara bagi menyiasat skandal 1MDB telah sedikit sebanyak meredakan kegusaran rakyat akan tuduhan penyelewengan dana awam oleh Perdana Menteri.

Namun penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Ghani Patail sebagai peguam negara berkuatkuasa serta merta kelmarin sebelum tamatnya tempoh kontrak perkhidmatan beliau adalah pelanggaran undang-undang keadilan asasi dan Perkara 145(6) Perlembagaan Persekutuan yang menghendaki sebuah tribunal ditubuhkan. Amat malang lagi keputusan tersebut dibuat tanpa kelulusan kabinet menunjukkan negara kini menuju pemerintahan autokratik, ala diktator dan babaric.

Tahniah di atas perlantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara terbaru. Semoga keadilan dan kesaksamaan pelaksanaan undang-undang dapat dikembalikan dan siasatan menyeluruh, adil dan bersih dalam skandal 1MDB dapat dilengkapkan dengan segera supaya pihak yang bersalah dalam skandal penyelewengan 1MDB dapat dibawa ke muka pengadilan. Usahlah perompak bebas meratah tetapi mangsa seksa disebat.

~Faiz Fadzil~
Setiausaha Harapan Baru Negeri Sembilan
28 Julai 2015

Gani - 'Saya tak mahu kata apa-apa'

 
  "Saya tak mahu kata apa-apa," kata Tan Sri Abdul Gani Patail ketika ditanya mengenai penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara hari ini.

Dihubungi Malaysiakini, Abdul Gani yang berkhidmat sebagai Peguam Negara sejak 11 tahun lalu - sehingga diberhentikan hari ini - dilaporkan tidak tahu menahu mengenai keputusan kerajaan.

Beliau bagaimanapun enggan membuat sebarang spekulasi mengenai penamatan perkhidmatan itu.

Ditanya sama ada ia ada kena mengena dengan siasatan isu 1MDB, Abdul Gani juga enggan mengulas.

Never mind. I don’ t want to say a word (Tak apa. Saya tak mahu cakap apa-apa). Nanti saya cakap ni banyaklah,” katanya.

Pagi tadi Bernama melaporkan kerajaan menamatkan perkhidmatan Abdul Gani dan diganti dengan Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang pernah bertugas sebagai hakim Mahkamah Persekutuan.

GHB sedang melawan ketuanan ulama

XIFU NASER


“ADAKAH kamu seorang ulama?” Cuba tanya soalan ini kepada sesiapa yang dikenali sebagai ulama. Apakah respons yang kamu jangka daripada seorang ulama sejati berbanding dengan seorang “ulama chai” iaitu ulama yang dipilih berdasarkan ketuanan “siku dan lutut” , bukan kepimpinan akal dan hikmah.

“Kita rayu sungguh-sungguh jangan cabar kesabaran kami,” kata Nasruddin Hassan. “Walaupun kami daripada Dewan Ulama rata-ratanya berkopiah dan berjubah, namun dalam jubah kami masih ada siku dan lutut yang boleh digunakan.”

Kita lihat bagaimana kesabaran “pencuri” dan sekumpulan rakyat di cabar di Low Yat sehingga berakhir dengan siku dan lutut serta takbir “Allahuakbar”. Adakah cara ini umat kita bersaing dalam masyarakat multikultural? Adakah ini ketuanan papagomo-papagomo, atau kepimpinan? Adakah ulama-ulama chai juga melihat diri mereka sebagai “tuan”, dan bukan sebagai “pemimpin”?

Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mengaitkan perkataan “progresif” GHB dengan pergerakan gay Muslim di Amerika. Tetapi beliau tidak pula merujuk kepada buku-buku Dr Mujahid sebagai justifikasi ilmiah. Adakah ini penyelidikan lutut dan siku atau ilmu dan akal?

Digugur Tak Sampai 24jam terus ada kes diserahkan kepada SPRM untuk siasat bekas TPM


PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini digesa mengambil cuti rehat hingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap projek 1BestariNet selesai.

Penasihat Ekonomi Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) Suud Ridzuan berkata pihak mereka telah membuat aduan kepada SRPM pada kira-kira 11.40 pagi tadi untuk menyiasat kegagalan projek runding terus 1BestariNet yang bernilai RM663 juta yang diluluskan Muhyiddin selaku Menteri Pendidikan.

"Tan Sri Muhyiddin, bercutilah. Berehatlah buat sementara siasatan 1BestariNet ini selesai. Kami amat prihatin bahawa RM663 juta sudah dibelanjakan adalah wang rakyat. Ini adalah satu jumlah yang sangat besar.

"Menurut laporan PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang), projek ini adalah satu kegagalan. Mengapakah jumlah yang begitu besar dibelanjakan untuk program ini? Saya mohon SPRM siasat," tambah Suud kepada pemberita di pekarangan pejabat SPRM, di sini hari ini.

Muhyiddin gugur, Zahid Hamidi jadi TPM

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi timbalannya, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib mengumumkan demikian di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dalam ucapan pengumumannya, Najib berkata beliau sememangnya bersikap terbuka dalam menerima kritikan.

"Namun sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka.

"Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama," katanya, mengulas keputusan untuk menggugurkan Muhyiddin.

Berikut antara perubahan baru yang diumumkan Najib:

Wan Junaidi – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Reezal Merican – Timbalan Menteri Luar
Shabery Cheek – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Sementara Siasatan, Hanya Pujian Kepada Najib Dianggap "Halal"

Shahbudin Husin, 
 

Susulan ucapan Muhyiddin Yassin di mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Cheras Ahad lalu yang menyentuh banyak perkara mengenai Perdana Menteri dan 1MDB, ia kini merebak pula kepada usaha menekan kedudukan Timbalan Perdana Menteri itu.

Selain sudah digelar pengkhianat kepada Najib dan didesak berundur daripada jawatannya, beliau juga turut disekat daripada terus bercakap mengenai 1MDB dan unsur-unsur tidak baik tentang Perdana Menteri.

Laman sosial, blog pro Najib dan petugas Jabatan Hal Ehwal Khas atau Jasa, secara lantang dan terbuka menyerang dan melabelkan Timbalan Presiden UMNO itu sebagai pengkhianat dan menyusahkan parti memenangi pilihanraya akan datang.

Speaker DUN Sabah, Salleh Tun Said Keruak pula  secara terbuka meminta Muhyiddin mencontohi apa yang pernah dilakukan oleh Musa Hitam dahulu lantaran sikapnya yang dianggap tidak sebulu dan hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri.

Tidak mustahil langkah Salleh ini akan dituruti oleh beberapa pihak lain sebagai strategi masing-masing untuk menonjolkan diri, menambat hati dan memperolehi apa-apa yang dihajati daripada Perdana Menteri.

Inilah sejarah yang tercatat dalam PAS - Ustaz Idris Ahmad

KUALA LUMPUR: Islam marah kepada orang yang melampau dalam tindakan kerana Islam suka kepada kesederhanaan.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, sikap melampau nafasnya tidak panjang di dalam perjuangan.

Menurutnya, apabila cita-citanya tidak tercapai akhirnya kembali ke pangkuan parti yang mereka musuhi selama ini.

"Inilah sejarah yang tercatat di dalam PAS," ujarnya.

Menerusi tulisan di facebook, beliau menyatakan sememangnya kita lupa apa yang dinasihatkan kepada orang lain.

"Memang kita lupa apa yang kita nasihat kepada orang lain. Tetapi orang lain ingat apa yang kita ungkapkan.

"Marilah kita melatih diri kita supaya bercakap dari keluhuran hati, baru ia memberi bekas kepada diri kita dan juga kepada pendengar," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Bagaimanapun, beliau mengakui memang sukar untuk berbuat demikian.

"Saya akur memang susah, tetapi ini satu kewajipan kepada kita," ujar beliau seterusnya. - HARAKAHDAILY 28/7/2015

Kesan positif & negatif penubuhan GHB terhadap 'Dakwah Islamiyah'

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


KESAN POSITIF:

1) Dapat meneruskan kerjasama politik dengan parti-parti politik pembangkang dengan penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 kelak. Fokus terhadap menewaskan Umno/BN akan menjadi lebih rancak dan diberi keutamaan.

2) Dakwah Islamiyah dapat diperluas kepada orang-orang bukan Islam, dan damage view terhadap umat Islam akibat 'pengkhianatan PAS' dapat diubati. Kemesraan dengan masyarakat bukan Islam akan kembali.

3) Agenda untuk menawan Putrajaya dapat diteruskan tanpa halangan. Apabila mendapat Putrajaya, insha Allah, sistem yang adil dapat ditegakkan, dan dakwah Islam dapat dikembang dengan lebih baik.

4) Memperkenalkan budaya politik progresif seiring dengan Islam sebagai sebuah agama yang dinamik, progresif dan universal yang mendahulukan kehendak rakyat dalam kerangka sistem demokrasi sesuai dengan tuntutan syarak.

6) PAS dan GHB akan berlumba-lumba dalam erti kata fastabiqul khairat. Berlumba-lumba membuat kebaikan. Masing-masing akan lakukan yang terbaik untuk memenangi hati rakyat, seterusnya dakwah Islamiyah akan berkembang positif.

Corat Coret pergerakan & perjalanan NAJIB & MUHYIDDIN 2,3 hari ini..!!

Hanya satu hari boleh ubah segala-galanya

Hanya dalam satu hari boleh mengubah segala-galanya dalam kehidupan - dan begitu juga yang mungkin boleh dikatakan mengenai dua pemimpin tertinggi negara ini.
Pada petang Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Putrajaya.
Abdullah menyambut kedua-duanya dan mereka berbual sambil melemparkan senyuman kepada tetamu lain. Muhyiddin beredar agak sedikit awal, dan Najib dan semua tetamu VVIP yang lain membisu apabila ditanya mengenai kemelut 1MDB.
Bagaimanapun adik Najib, Datuk Nazir Abdul Razak yang turut hadir di majlis itu, memberitahu pemberita bahawa beliau tidak bersetuju dengan tindakan menggantung dua penerbitan The Edge Media Group.
Kemudian pada malam itu, Muhyiddin memberi ucapan lantang yang menjadi virus di YouTube, media sosial, dan dalam laporan oleh media yang tiada kaitan dengan Umno pada hari berikutnya.

Tan Sri Abdul Gani Patail ditamatkan sebagai Peguam Negara


  Perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara tamat semalam.

Menurut Bernama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa mengumumkan bahawa perkhidmatan Abdul Gani ditamat atas sebab kesihatan

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik menggantikan Abdul Gani, katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...