TERKINI :

Monday, July 27, 2015

Blog pro UMNO & NAJIB mula serang MUHYIDDIN, siap suruh undur lagi sebagai TPM

Laman pro Umno desak Muhyiddin undur kalau tak setuju dengan PM

Blog pro Umno mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sekiranya tidak bersetuju dengan perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Julai, 2015.
Blog pro Umno MyKMU.net hari ini mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya beliau tidak bersetuju dengan perdana menteri, beliau yang harus berundur.

Ia berkata demikian mengulas beberapa kenyataan pedas dibuat timbalan perdana menteri itu semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Cheras di Kuala Lumpur malam tadi.

Antara lain beliau mengatakan, Barisan Nasional (BN) akan kalah sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dilakukan dalam tempoh terdekat ini.

"Kebenarannya begini sajalah Tan Sri, pahit dan susah juga nak sebut tapi kita perlu sebutkan juga, Tan Sri juga yang ajar ni.

"Kalau tak yakin nak memastikan kemenangan Umno/Barisan Nasional, kalau tak boleh nak beri persepsi baik kepada Umno/BN dan paling penting, kalau tak boleh nak jadi timbalan yang setia, ikut macam nasihat di bawah," tulis pengarang blog itu.

Apabila Awie mengulas insiden pergaduhan di Plaza Low Yat

Low Yat pengajaran terbaik hubungan sesama kaum, kata Awie
Penyanyi dan pelakon popular Awie menyifatkan insiden pergaduhan di Plaza Low Yat sebagai contoh terbaik bagi semua kaum di Malaysia menghindarkan dari perbuatan cabar mencabar sesama kaum.

Vokalis kumpulan Wings itu berkata insiden pergaduhan di Plaza Low Yat harus diinsafi kerana rakyat Malaysia tidak mahu peristiwa seumpama itu berulang lagi.

"Bagus benda itu berlaku juga sebab kita dah berapa kali dicabar nak tunjukkan 13 Mei. Kita tak nak benda itu berlaku.

"Kita rakyat biasa tak nak dicabar benda macam ini. Soal isu perkauman dan sebagainya. Jadi jangan dicabar lagi. Jangan berlaku lagi," katanya ketika ditemui media di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur petang ini.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman berkata setiap orang atau kaum tertentu mempunyai kelebihan masing-masing maka penting isu seperti yang tercetus di Plaza Low Yat tidak dipolitikkan.

Katanya, apa yang berlaku di Plaza Low Yat bukanlah tercetus atas dasar perkauman tetapi penipuan yang boleh berlaku kepada mana-mana kaum.

"Di mana-mana pun akan berlaku pergaduhan, Melayu dengan Melayu pun akan berlaku pergaduhan juga jika ada benda yang tak kena.

"Contohnya kalau soal menipu, Melayu dengan Melayu pun bergaduh. Bukan saja Melayu dengan Cina. Ini bukan isu rasis.

PKR Perak umum sokong Harapan Baru

MUHAMAD ADZHAR TAJUDDIN & RIDAUDDIN DAUD
26 Julai 2015


IPOH - PKR Perak menyokong pembentukan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) sebagai sebuah parti politik yang sah di Malaysia.

Timbalan Pengerusinya, Dr Lee Boon Chye berkata, sokongan itu disuarakan kerana Harapan Baru dilihat satu platform yang mampu menambah kekuatan kepada PKR dan DAP dalam menghadapi BN pada PRU14 nanti.

“Saya menyokong Harapan Baru ini kerana kita bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang bersedia untuk bangkit menentang Umno serta BN.

“Bagi kami, hanya sokongan itu mampu memberi tonik kekuatan dalam menumbangkan Umno dan BN pada PRU14 nanti,” katanya ketika berucap pada sesi Dialog #harapanbaru bersama Pimpinan Harapan Baru, di sini, hari ini.

Beliau percaya, sebahagian besar rakyat menyokong kewujudan Harapan Baru sebagai sebuah parti politik berdasarkan sambutan yang diterima oleh gerakan itu dalam beberapa siri jelajah, sebelum ini.

“Lihat sahaja pada hari ini (semalam) di sini, di mana ramai yang saya dilihat dalam kalangan rakyat dan NGO bersama-sama bagi menyatakan sokongan dan kerjasama kepada Harapan Baru,” katanya.

#HarapanBaru - Mat Sabu Ulas berkenaan GHB berwalikan DAP

http://media.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2015/04/mat-sabu.jpg

Pejabat PM 'sound' TPM supaya tutup mulut..!!

PMO: TPM perlu tunggu siasatan 1MDB

 
Semua pihak lebih-lebih lagi anggota pentadbiran termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hendaklah menunggu hasil siasatan berkaitan 1MDB, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

Muhyiddin dilaporkan menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan permasalahan negara terutama isu skandal 1MDB.
Jika tidak, isu itu akan menjadi beban kepada Umno sebagai parti yang mendukung kerajaan, kata beliau yang juga timbalan presiden Umno ketika berucap merasmikan penutupan mesyuarat agung Umno bahagian Cheras malam tadi.
Dalam satu kenyataan lewat petang ini, PMO berkata: "Sewajarnya kita mengelak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepimpinan negara serta kerajaan dan Umno.

"Insya-Allah, jika kita tenang dan terus bersatu padu, kita akan dapat menangani cabaran ini dan mempertahankan sokongan rakyat kepada kerajaan dan parti.

"Sokongan rakyat terhadap kerajaan dan parti akan terhakis jika kita berbalah sesama sendiri," kata PMO lagi.

Ringgit paling rendah sejak 17 tahun

 
Nilai ringgit hari ini mencatatkan kemerosotan paling rendah sejak 17 tahun dalam pasaran antarabangsa ekoran kebimbangan terhadap eksport yang lembap.

Ringgit dilaporkan jatuh 0.1 peratus kepada 3.8110 berbanding satu dolar Amerika Syarikat.

Ia angka paling lemah sejak September 1998, lapor Reuters.

Mata wang ini pernah diikat pada RM3.8 untuk sedolar Amerika Syarikat daripada tahun 1998 hingga 2005.

Mungkinkah Pas akan kembali ke zaman silamnya..??


PAS KEMBALI KE ZAMAN SILAM?


Akhirnya PAS akan bersendirian. Itulah jangkaan banyak pihak yang diketahui Umum walaupun hingga kini parti itu masih mendakwa bersama Pakatan Rakyat.

Pembentukan satu gabungan parti pembangkang yang dijangka akan mengwujudkan Pakatan Rakya Baru, dianggotai PKR, DAP dan Harapan Baru. PAS tersisih daripada gabungan itu.

Apa hendak dikatakan lagi bila PAS tersisih dari gabungan pembangkang, tidakkah akhirnya Pas berpisah dengan PKR dan DAP? Tempat Pas akan diisi oleh parti baru nanti.

Apa yang hendak dikatakan oleh pemimpin pemimpin Pas. Berpisah jua akhirnya. Namun Pas sedari awal telah mendendangkan lagunya, `Pas kuat bila bersendirian'.

Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datok Harun Din yang menyatakan Pas bersedia meninggalkan PKR sekiranya parti itu menyertai pakatan pembangkang baharu, yang disertai PKR,

DAP dan Gerakan Harapan Baru saperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan hari ini sedikit pun tidak mengejutkan rakyat negara ini.

Video | Mat Sabu Sembang Bab Hak Melayu dan Islam serta kuda DAP dalam #HarapanBaru


http://4.bp.blogspot.com/-twZgsy4Xrsg/VbXJCI6ubEI/AAAAAAAApl8/fTdYFvJjG5o/s1600/20150726_172950.jpg

Pengerusi Harapan Baru, Hj Mohamad Sabu sewaktu dalam sesi dialog bersama orang ramai di Symphony Suites Hotel, Ipoh petang kelmarin telah mengambil kesempatan menjelaskan beberapa perkara yang telah ditimbulkan oleh hadirin di majlis itu.

Antara persoalan menarik ialah mengenai isu ‘Melayu akan hilang kuasa’ disebabkan munculnya parti baru yang kononnya akan menambah kepada perpecahan ummat Melayu di Malaysia dan Negara nanti akan dikuasai oleh orang bukan Melayu.

Mat Sabu telah berjaya menampilkan hujah-hujah yang mudah dan ringkas untuk menangkis momokan yang selama ini dimainkan oleh Umno/BN dan baruanya.

“Bank Bumiputra hilang yg tugasnya dulu utk membantu bumiputra dalam bidang perniagaan usahawan kecil,sampai sekarang jadi CIMB – Cina, India , Melayu. Benggali! Siapa yg bertanggungjawab yang menghilangkan Bank Bumi itu? Umno atau DAP?” Tanya Mat Sabu.

Beliau seterusnya menggasak beberapa pertanyaan-pertanyaan berikut:

“Tanah reserve Melayu yang hilang dekat separuh sekarang ini, adakah DAP yg memerintah Malaysia selama ini?

“Wang MARA, tak cukup curi dalam negeri, curi di Australia! DAPkah yg buat tu?"

Itulah antara persoalan-persoalan yang Mat Sabu kemukakan untuk mengajak orang Melayu yang sayangkan bangsanya supaya memikirkannya bersama.

Sediakah PM gugurkan timbalannya?

Mengkritik dan dikritik adalah perkara biasa dalam dunia politik hari ini.

Namun untuk bertindak  menggugurkan seseorang pemimpin yang bersuara lantang bukanlah perkara yang mudah, lebih-lebih lagi tanpa mengundang tindak balas negatif.

Menurut penganalisis politik, Prof James Chin adalah mustahil untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui rombakan kabinetk.

Malah menurut Pengarah Institut Asia di Universiti Tasmania itu, bukanlah tugas mudah untuk menggantikan timbalan presiden Umno itu yang sudah menjadi menteri kabinet selama dua dekad.

Sebaliknya James meminta perdana menteri berhati-berhati-hati dalam membuat sebarang tindakan berhubung langkah tersebut, dengan membangkitkan kes Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

"Apabila Mahathir mahu menggugurkan (timbalan perdana menteri ketika itu Tun) Musa Hitam dan (Tun) Ghafar Baba, mereka sedia pergi.

"Bagaimanapun, apabila dia memecat (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, Mahathir hampir hilang kawalan parti. Oleh itu, ia tidak mudah, jika Najib mahu menggantikan Muhyiddin, "katanya kepada Malaysiakini.

Ujar James lagi, Najib mesti mendapatkan calon pengganti yang lebih berwibawa sekali gus dapat mengawal penyokong Muhyiddin.

Siapa pula nombor 2?

Awas..!! | Page "PALSU" atas nama "PASMA Malaysia" sedang menabur fitnah kepada PasMa & GHB

Sebenarnya musuh ada dimana-mana unntuk melakukan adu domba supaya kesepakatan kita berpecah... so far kerja buat mereka sudahpun berjaya tapi mereka tidak berpuas hati mereka terus menurus melakukan perkara tersebut kerana itu memang makanan mereka...

Tapi yang sedihnya ahli & penyokong dibawah pulak lebih bersemangat mempercayai adu domba musuh tanpa mengambil usul periksa....akhir kita sesama kita bergaduh dan bermasam muka....

Lihatlah apa sedang mereka lakukan sekarang... mereka wujudkan satu akaun PALSU - PASMA Malaysia yang mana seolah2 mereka adalah saluran Media Rasmi PASMA untuk menyalurkan maklumat..sedangkan apa yg disalurkan ada racun supaya kita terus mampos....

Jadi nasihat saya berhati2lah menerima maklumat yg di salurkan


Mufti : 'Tidak wajar cagar isteri' apabila berbai'ah

Harussani Zakaria
Harussani Zakaria
 
IPOH - Tidak wajar cagar isteri untuk kepentingan politik, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.
 
Menurutnya, Dewan Ulama Pas sepatutnya lebih maklum tentang berbai’ah atau bersumpah taat setia kepada parti kerana keanggotaan ramai ulama di dalamnya.
 
“Mereka (Dewan Ulamak) dalam kalangan ulama takkan tidak faham tentang bai’ah tersebut. Sumpah atau bai’ah boleh dilakukan tetapi sumpah untuk taat setia kepada parti sahaja.
 
“Tidak sewajarnya mengaitkan isteri sebagai cagaran untuk kepentingan politik. Apa kena mengena dengan isteri sedangkan suami yang ingin kekal dalam kerjaya politiknya,” katanya, semalam.
 
Menurutnya, Dewan Ulama Pas juga perlu memperjelaskan bai’ah yang dilakukan agar menepis tanggapan negatif sesetengah pihak terhadap perjuangan parti tersebut.  
 
Harussani berkata, walaupun begitu sumpah berkenaan boleh dibatalkan dengan memberi makan 10 fakir miskin atau memerdekakan seorang hamba. 
 

Muhyiddin : Pengundi sudah lebih daripada meluat

Muhyiddin: Pengundi sudah lebih daripada meluat
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Cheras semalam. - Foto Bernama
 
SHAH ALAM - Mengakui agak 'takut' selepas video pertama kenyataannya berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi viral baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin malam tadi berkata, beliau harus berpegang kepada kata-kata, 'berkata benar biar pun pahit'. 
 
Kenyataan terbaharu itu merujuk kepada andaian sekiranya Parlimen dibubarkan pada masa ini, Barisan Nasional katanya tidak akan menang berlandaskan senario politik hari ini.
 
"Kalau ikut kata hati saya, kalau esok pilihan raya, kita tak mungkin boleh menang. Sudah ada asas-asas kajian yang dibuat banyak pihak yang menunjukkan adalah amat sukar untuk Barisan Nasional menang pada PRU  akan datang.
 
"... Tetapi kalau dikata kalah, tetapi masih tak kalah, betul tak? Bagi saya satu hikmah yang ALLAH  beri kepada kita selepas PRU  lalu tahun 2008 Pak lah pimpin parti, kita dapat undi yang lebih rendah dan jumlah 140 kerusi (saya tak berapa ingat) tetapi saya bimbang ia berterusan bukan nak ulang cerita lama.

PM perlu jawab tuduhan duit masuk akaun peribadinya, kata Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Cheras di Kuala Lumpur mengakui begitu banyak persoalan mengenai dakwaan media antarabangsa yang masih tidak jelas dan ini menimbulkan kebimbangan kerana ianya bukan melibatkan jumlah kecil tapi  hingga beratus juta dolar. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 26 Julai, 2015.
Tan Sri Muhyiddin Yassin melihat laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai sejumlah wang disalurkan ke dalam akuan peribadi Datuk Seri Najib Razak adalah satu perkara serius yang perlu dijelaskan.

Timbalan perdana menteri yang pertama kali mengulas isu tersebut mengakui begitu banyak persoalan mengenai dakwaan media antarabangsa yang masih tidak jelas dan ini menimbulkan kebimbangan kerana ianya bukan melibatkan jumlah kecil tapi hingga beratus juta dolar.

"Pada awal berita itu, saya teks beliau, saya panggi 'sir' (panggilan hormat) saya kata pada dia ini merupakan tuduhan serius anda kena nafi, kemudian beliau jawab terima kasih dan kata sudah nafi.

"Namun walau sudah nafi yang buat itu adalah daripada Jabatan Perdana Menteri, saya kata balik beliau yang kena nafikan sendiri sebab tuduhan itu merujuk kepadanya, dan lepas itu baru ada penafian," katanya semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Cheras di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga mendedahkan membangkitkan perkara tersebut berapa kali dalam mesyuarat majlis tertinggi Umno dan mesyuarat Kabinet kerana merasakan tanggungjawabnya sebagai timbalan perdana menteri menyuarakan hal berkenaan.

Jika PRU esok, BN akan kalah - Muhyiddin Yassin


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sekiranya pilihan raya umum diadakan esok, Barisan Nasional akan kalah.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menyatakan kebimbangan itu berdasarkan kepada maklum balas masyarakat di peringkat akar umbi.

"Kalau ikut kata hati saya, kalau esok pilihan raya, kita tak mungkin boleh menang. Sudah ada asas-asas kajian yang dibuat banyak pihak yang menunjukkan adalah amat sukar untuk Barisan Nasional menang.

"Saya tanya bagaimana kalau perdana menteri bubar Parlimen adakah kita akan menang atau tidak, tidak ada seorang pun yang menjawab yakin untuk menang," kata Muhyiddin semasa berucap pada majlis penutup mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.

Henti cara politik lama sampai pertaruh isteri - Dr Maszlee

Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik
 
SHAH ALAM – Pengamalan politik lama yang dipenuhi sentimen dan penggunaan retorik agama, penggunaan isu perkauman, wang serta 'patronage' perlu diberikan titik noktah.

Penganalisis politik, Dr Maszlee Malik berpendapat, negara masa kini memerlukan nafas segar politik baru berteraskan polisi yang baik, pertandingan idea yang matang bagi meneruskan pembelaan terhadap keadilan dan kesaksamaan.

“Politik negara perlu digantikan dengan politik yang berintegriti, amanah, bebas rasuah, berakauntabiliti dan berteraskan amanah.

“Politik dunia ketiga yang mewarnai ruang atmosfera politik Malaysia perlu dihentikan dan rakyat juga perlu dihargai akal mereka agar mereka sedar akan hak sebagai warga dan bukan hanya sebagai penerima gula-gula dari ahli politik,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Dr Maszlee turut mengulas mengenai isu bai'ah yang terjadi dalam Pas.

TPM pun masih keliru akan isu 1MDB, mana satu yang betul pun beliau sudah tidak tahu..!!

Tolong bagi tahu saya apa yang betul – Muhyiddin
Faiz Zainudin
| July 27, 2015

Pihak kerajaan seharusnya mengeluarkan satu kenyataan yang jelas berhubung isu 1MDB supaya tidak berlakunya pencanggahan pendapat.

muhyiddin_the-age_1mdb_600
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mangakui beliau terpaksa menjadikan akhbar The Edge untuk mendapatkan maklumat mengenai kemelut yang berlaku melibatkan anak syarikat kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat tidak mempunyai pilihan lain selain mempercayai pendedahan yang dibuat The Edge walaupun sumbernya dikatakan tidak boleh dipercayai.

“Saya sendiri sukar nak faham isu 1MDB, sehingga saya terpaksa membaca banyak bahan dan saya tak nafi terpaksa baca The Edge.

“Ada orang tegur saya dalam Kabinet, laporan The Edge tak betul, jadi tolong bagi tahu saya apa yang betul, tapi tidak bagi tahu sampai sekarang,” Katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras di Berjaya Times Square pada Ahad.

Salleh Man : 'Saya setia bersama Pas dan akui Pas Penang tiada bai'ah'

Salleh Man: 'Saya setia bersama Pas'
Azmin turut hadir ke rumah terbuka Parlimen Permatang Pauh, hari ini.- Foto Sinar Harian
 
PERMATANG PAUH - Adun Permatang Pasir, Datuk Salleh Man Mat Aji menegaskan masih bersama Pas dan sesekali tidak akan meninggalkannya.

Beliau berkata, kehadirannya dalam majlis rumah terbuka Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) di Komtar beberapa hari lalu sekadar memenuhi jemputan dan kapasitinya sebagai pegawai dalam kerajaan negeri.

"Saya hadir majlis itu dan ini tidak bermakna saya menjadi ahli Harapan Baru. Mereka jemput saya dan saya datang sebagai seorang pegawai kerajaan negeri.

"Dalam soal ini, sehingga hari ini saya masih ahli Pas dan tidak akan meninggalkan parti ini," katanya kepada media selepas menghadiri Rumah Terbuka Anjuran Parlimen Permatang Pauh di Permatang Pasir, hari ini.

Turut hadir Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali.

Kerajaan BN cuba tadbir negara ala kuku besi - Wan Azizah

wan_azizah
PETALING JAYA: Kerajaan dikatakan sedang menyekat hak kebebasan rakyat untuk bersuara dengan mentadbir negara ala kuku besi.

Dakwaan itu dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang kecewa dengan penggantungan akhbar The Edge.

Jelasnya, tindakan itu bukan sahaja menunjukkan kerajaan takut kepada kebenaran malah kepada rakyat yang mempersoalkan kewibawaannya.

Dalam kenyataannya, beliau menjelaskan tindakan itu telah menghalang media daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

“Sudah menjadi kebiasaan untuk saya membaca akhbar The Edge Weekly. Rencana-rencana mengenai perniagaan, ekonomi dan politik di Malaysia amat teliti dan ditulis dengan cermat.

Rencananya menyumbang kepada suatu perbincangan yang ilmiah bagi memastikan demokrasi di Malaysia diamalkan secara sihat,” kata Presiden Pakatan Rakyat (PKR) itu.

Najib tak dengar nasihat saya letak jawatan dalam 1MDB, kata Muhyiddin


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Cheras, Kuala Lumpur berkata, saranannya tidak bermaksud mempunyai niat jahat tapi tidak mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikaitkan dengan skandal berterusan 1MDB yang boleh menjejaskan nama baiknya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 26 Julai, 2015.
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan beliau ada meminta Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan sebagai pengerusi kepada lembaga penasihat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan tetapi tidak diendahkan perdana menteri.

Timbalan perdana menteri itu berkata, saranannya tidak bermaksud mempunyai niat jahat tapi tidak mahu Najib dikaitkan dengan skandal berterusan 1MDB yang boleh menjejaskan nama baiknya.

"Saya beritahu beliau untuk lepaskan jawatannya dalam 1MDB, saya bimbang seolah beliau (dilihat) terlibat. Tapi beliau tidak setuju.

"Saya tidak punyai niat jahat, niat saya baik untuk tolong beliau. Apa faedah yang saya dapat tapi saya kena cakap benar," katanya semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Cheras di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau yang juga menteri pendidikan berkata masalah 1MDB merupakan isu pokok yang tidak boleh diabaikan dan perlu dicari penyelesaiannya.

Kronologi isu Hudud di Kelantan - ada rahsia besar didedahkan...!!

KRONOLOGI ISU HUDUD DI KELANTAN.

http://www.therocket.com.my/en/wp-content/uploads/2015/03/Hudud-Kelantan-Copy-650x400.jpg 

1. Selepas menang pd 21/10/1990, Kerajaan Pas Kelantan telah menubuhkan Jkuasa Pindaan Enakmen-Enakmen Mahkamah Syariah Kelantan utk mengkaji semua enakmen2 yg sedang berkuatkuasa sebelumnya iaitu:

i . Enakmen Keluarga Islam 1984,
ii . Kanun Jenayah Syariah 1985,
iii . Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1982.

Jkuasa tersebut terdiri drp:

1. Dato Abd Halim Ab Rahman (TMB kelantan)
2. Ahli Jkuasa
- Hj Idris Othman
( Penasihat U2 Kelantan)
- Dato Daud Muhammad
( Qadhi Besar Kelantan)
- Ust Ismail Noh
- ust Husin Ibrahim
- ust Mohd Daud
Al Iraqy
- Wan Mutallib Embong
- Ust Harun Taib
- Syed Ibrahim Syed Mohamad
- Tun Salleh Abas
- Tan Sri Ahmad Ibrahim
- Dato Dr Mahmud Saedon
- Che Ibrahim Mohamed
( Setiausaha)

2. Sekitar thn 1992, Dr Mahadhir dlm ucapannya di satu program rasmi di Kuala Terengganu telah mencabar Kerajaan Kelantan menjalankan hukum hudud, lalu Jkuasa yg sedang bermesyuarat pd hari tersebut bersetuju menyahut cabaran berkenaan dan menukar agenda perbincangan kpd menggubal enakmen berkaitan hukum hudud.

3. Pada 24/11/1993 Kerajaan Kelantan telah meluluskan enakmen Kanun Jenayah Syariah ii 1993.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...