TERKINI :

Sunday, July 26, 2015

PAS tidak halau ahli tinggalkan parti

SHAH ALAM: Dewan Ulamak PAS Selangor menyahut seruan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Dr Mahfoz Mohammed agar menganjurkan program solat hajat dan munajat kepada Allah memohon diberikan kesejahteraan kepada PAS dalam menghadapi situasi yang sedang berlaku sekarang.

SHAH ALAM: Dewan Ulamak PAS Selangor menyahut seruan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Datuk Dr Mahfoz Mohammed agar menganjurkan program solat hajat dan munajat kepada Allah memohon diberikan kesejahteraan kepada PAS dalam menghadapi situasi yang sedang berlaku sekarang.

Program itu berlangsung di Kompleks Darul Thibbun Nabawi, Seksyen 8 di sini malam tadi dengan anggaran kehadiran 300 orang dari kalangan Exco Dewan Ulamak PAS Selangor dan orang ramai memenuhi ruang solat di dataran kompleks.

Program dimulai dengan solat Maghrib berjamaah yang diimami oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Selangor, Ustaz Rizuan Rahmat.

Selepas Sarawak Report Dan The Edge, Siapa Mangsa Seterusnya?

Shahbudin Husin,




Secara umumnya ramai yang tidak setuju dengan tindakan kerajaan menggantung permit penerbitan akhbar The Edge selama tiga bulan hanya semata-mata kerana laporan yang disiarkannya mengenai 1MDB.

Tindakan itu menggambarkan kerajaan sedang mengambil langkah ke belakang dari segi kebebasan rakyat memperolehi maklumat, tidak sedia dikritik dan memalukan dirinya sendiri lantaran tidak upaya memberi penjelasan mengenai apa yang disiarkan oleh akhbar tersebut, lalu menggunakan kuasa yang ada sebagai pelindung.

Tambahan lagi, beberapa hari lalu, sebaik menyiarkan laporan mengenai urusniaga 1MDB dengan PetroSaudi International yang didakwanya sebagai helah oleh Jho Low untuk menipu wang negara sebanyak AS$1.83 bilion, akhbar kewangan itu juga tampil dengan kesedian untuk ke mahkamah bagi mempertahan laporan yang dibuatnya.

Ia mengatakan, laporan itu dibuat berdasarkan maklumat daripada dokumen dan ribuan email yang diyakininya sebagai benar dan sedia untuk berhujah mempertahankannya di mercu keadilan yang diiktiraf oleh perlembagaan.

PAS ketandusan pelapis yang berwibawa...lagi-lagi selepas wujudnya kumpulan GHB.


 

Salam, sy bukan lah sesiapa pun. Tapi sy ada suatu pandangan yg nk diberikan. Jangan emosi. Baca sampai habis dan fahamkan. Salah silap mohon teguran membina.

PAS ketandusan pelapis yg berwibawa. Lagi2 lepas wujud kumpulan GHB.

PAS sepatutnya cemburu dgn rakan2 kompenannya dlm Pakatan Rakyat. Mungkin sesuai "bekas rakan komponen Pakatan Rakyat", DAP & PKR mempunyai ramai anak muda drpd kalangan ilmuan & teknokrat yg menyertai parti tersebut. Diorg tak tertarik menyertai PAS. Setakat artis menyertai PAS? Tak hairan. Mintak maaf cakap, setakat mana kelulusan akademik Abby Abadi? Maybe artis2 ni popular tapi apa idea mrk yg boleh kita aplikasikan utk menyelesaikan masalah negara? Setakat hari ni, ramai profesional berduyun-duyun menyertai DAP. Mengapa DAP?

Siapa yg menyertai DAP? Penganalisis politik Ong Kian Ming. Lulusan LSE. Dlm dunia, MIT & LSE telah terbukti menghasilkan manusia2 yg super pintar. Menariknya lagi, DAP terus menyediakan jawatan khas utk beliau berperanan. Blogger Jeff Ooi dulu pun mcm tu jugak. Masuk DAP terus dapat jawatan. Zairil Khir Johari masuk DAP juga terus diberi jawatan menjadi Setiausaha Politik kpd Lim Guan Eng. Saing yg masuk DAP sekali dgn Kian Ming, Bee Ying pun turut diberi ruang utk berperanan sbg jurukempen media sosial DAP. Mereka2 yg cerdik menyertai DAP tidak disia-siakan keupayaan serta kebolehan mereka dlm bidang masing2. 

DHPP Perak umum keluar PAS sertai Gabungan #HarapanBaru

 

DHPP perak di bubarkan hari ini 26.07.15.

Posted by DPedas fm on Sunday, 26 July 2015

Status terakhir ambo tentang Isu Perlaksanaan Hudud di Kelantan

Oleh : Ustaz Che Ibrahim Mohamad


Ambo dgn ini bersumpah dan berbai'ah dgn diri ambo utk tidak lagi menulis tentang isu ini dlm fb selepas status terakhir ini, sbg penutupnya ambo ingin jelaskan:

1. Ambo adalah orang yg bertanggungjawab memulakan kerja2 awal penggubalan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 melalui satu Jkuasa Pindaan Enakmen Mahkamah Syariah Kelantan yg dipengerusikan oleh YB Dato Hj Ab Halim Mohammad, TMB Kelantan di mana ambo adalah setiausahanya.

2. Sebagai seorang Islam, ambo tetap yakin kpd undang-undang jenayah islam yg mengandungi kesalahan Hudud, Qisas dan Takzir adalah undang-undang ciptaan Allah yg wajib dilaksanakan sebagaiamana perintah2 Allah yg lain spt Solat, puasa, zakat, haji, akhlak , muamalat, perkahwinan dll, namun pelaksanaannya sbgmana pelaksanaan kpd perintah2 Allah yg lain ada syarat dan kaedahnya.

3. Sebagai seorang bekas hakim Mahkamah Syariah dan seorang Peguam Syarei, alhamdulillah ambo ada pengalaman dan maklumat tentang isu ini yg ambo yakin melebihi sedikit drp maklumat yg diperolehi oleh rakan2 fb yg lain, Dato Jamil Khir Bahrom adalah rakan sekuliah ambo, sebahagian besar pegawai2 syariah seluruh negara spt Ketua Hakim Syarei, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Ketua Pendakwa Syarei, Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah bahkan termasuk mufti adalah pernah menjadi rakan setugas ambo yg sehingga hari ini masih berhubung antara satu sama lain.

Warkah raya buat PJ PAS Selangor - Tengok sama apa sudah jadi kepada PAK LAH selepas menang besar 2004

Oleh Riesya H.

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/abdullah_ahmad_badawi-pak_lah-180813-nazir_sufari-12.jpg
Selamat hari raya .Eid Mubarak. Taqabalallahu Minna Wa Minkum. Ditujukan kepada semua. Terutama sekali tuan pesuruhjaya negeri tempat saya menumpang mencari rezeki dan bermastautin, negeri Selangor. Pesuruhjaya parti yang saya undi pada PRU13, parti Pas. Tetapi tidak mungkin untuk PRU14.

Moga tuan pesuruhjaya Pas Selangor sentiasa di dalam peliharaan Allah hendaknya. Apa khabar tuan PJ? Apa khabar negeri Selangor tercinta? Diharap tuan dapat beraya sakan sebagai PJ Selangor, makmur negerinya tetapi kabur politiknya.

Tuan Pesuruhjaya,

Syabas kerana menang besar pada PRU13. Lonjakan hamper sekali ganda, dari 8 kerusi pada PRU12, melonjak kepada 15 kerusi pada PRU13. Satu pencapaian cemerlang, berbanding DAP yang menambah cuma 2 kerusi, manakala PKR pula merosot1 kerusi. Umno mampu ucapkan sekalung terima kasih kepada Din Ayam, yang membantu memberi laluan kerusi Kota Damansara. Tuan layaknya boleh berbangga dengan pencapaian Pas.

Tetapi satu perkara yang tuan perlu ingat, pencapaian itu bukan hasil titik peluh tuan sendiri. Masa PRU13 tuan Cuma sekadar macai, bukan numerouno. Yang jadi pesuruhjaya masa PRU13 ialah Rani. Yang layak menuntut jadi hero ialah tuan Rani, bukan tuan. Tuan Cuma mewarisi harta pencarian YB Rani. Itu saja. Mungkin rezeki tuan terlebih sedikit dari orang lain. Mungkin angkara terlebih ampu tuan presiden. Ataupun terlebih mesra dengan istana. Tidakpun, terikut cara tok guru yang nak berbaik dengan Umno. Mungkin.

Maneuver Baru Politik Berteras Islam Di Malaysia

Oleh Aris Awang


Saya selaku Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kuala Kedah berpendapat gerakan yang dilakukan oleh bekas pemimpin saya dalam Harapan Baru adalah satu maneuver politik Islam yang baik dan positif.

Selama ini kita mungkin tidak sedar gerakan non-partisan yang digerakkan oleh NGO Islam telah wujud dalam berbagai versi dan jenama yang telah memberi banyak manfaat kepada kepesatan pengembangam dan pengamalan Islam dalam diri keluarga dan masyarakat dinegara ini.

Malangnya tugas mereka hanya setakat Pertubuhan Bukan Kerajaan yang tidak terbabit secara langsung dalam menentukan halatuju politik negara di Dewan Parlimen sebagai penggubal dasar dan menentang salahguna kuasa pemerintah secara vokal seperti pemimpin parti politik serta dilihat masih tidak berkesan melangkah masuk kesempadan antara agama dan kaum.

Oleh itu, tindakan menubuh sebuah lagi parti Islam yang hanya berbeza dari sudut pendekatam amat diperlukan buat masa sekarang dalam keadaan pemimpin UMNO/Barisan Nasional semakin jahat dalam mengurus negara.serta keperluan politik Islam benar-benar menawarkan solusi terbaik sebagai Islam Rahmatan Lil 'Alameen dalam negara Malaysia yang kita cintai ini berdasarkan waqi' semasa dan kemajmukan agama serta kaum yang tidak boleh lagi dimainkan dengan sentimen agama dan kaum yang sempit serta dangkal.

PAS sedang mengalami "krisis organisasi"...


Tiada manusia yang boleh menafikan bahwa PAS masih bergelumang dalam krisis.

Kita panggil ini "krisis organisasi".

Apa masalah utama dalam organisasi PAS?

Saya berani nyatakan masalah paling utama adalah halatuju politik PAS yang kabur.

Saya tidak bercakap tentang matlamat PAS, matlamat PAS tetap Islam.

Sejak pasca PRU-12 lagi (2008), PAS berdepan dengan dua pandangan politik yang berbeza - pertama membentuk pakatan politik bersama PKR dan DAP atau pilihan kedua membentuk kerajaan bersama UMNO/BN.

Ramai ahli PAS percaya isu ini telah selesai bila PAS telah membuat keputusan bersama Pakatan Rakyat. Ya, ia selesai tetapi ia tidak mati disitu.

Setelah melalui pengalaman berkerajaan bersama PKR dan DAP, wujud desakan untuk PAS berundur dan mengkaji semula kerjasama ini.

Maka, timbul semula persoalan tentang model kolisi politik mana yang lebih baik untuk Islam dan Melayu - Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional.

Nik Abduh : Nantikan kehadiran kami pemuda PAS... Selamat membina Malaysia yang lebih baik

Oleh Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

https://lh3.googleusercontent.com/xsviaGgJOtBJqRoVkG6irfQpq-kv7sQ-HSR7_ed7_uGNghG_VZ7p9lTYqkmTbk_TQ-m6AS3p9exuwirq9hlU
Dewan Pemuda PAS kini bersiap sedia mengerahkan jenteranya di seluruh negara bagi memulakan gerak kerja kepemudaannya yang lebih menyeluruh sebaik selesai program Ramadhan yang telah berakhir dengan sambutan Hari Raya Idil Fitri minggu lepas.

Justeru saya mengingatkan dan mengarahkan seluruh jentera pemuda PAS untuk menumpukan 5 peratus daripada kekuatannya untuk menjawab persoalan-persoalan yang berkait kekalutan dalaman yang tercetus pasca muktamar PAS baru-baru ini.

Begitu juga, 15 peratus daripada kekuatan pemuda PAS hendaklah ditumpukan kepada program pemerkasaan semula jentera pemuda akibat krisis yang melanda Pakatan Rakyat yang berakhir dengan terbatalnya hubungan tahaluf siyasi dengan DAP.

Manakala 80 peratus daripada kekuatan jentera Dewan Pemuda PAS di seluruh negara hendaklah digembeling dan dikerah untuk terus melaksanakan gerak kerja 'core business' pemuda PAS membina Malaysia melalui santunan terhadap isu-isu rakyat dan negara.

Saya berharap sehingga hujung 2015 nanti, Dewan Pemuda PAS sudah mampu menyerap segala isu dalamannya dan mengerahkan 100 peratus kekuatannya untuk berdenyut nadi bersama rakyat dan anak muda negara.

Outdoor Aircond pun depa balas dah la nie.... takpa Malaysia masih aman...!!

Kejadian kecurian Outdoor Aircond
Tarikh: 26/7/2015 (Ahad)
Waktu : 7.22 pagi
Lokasi : Bangunan Kedai, Taman Ria
Suspek : 2 orang
Bangsa : Tidak dikenal pasti
Saksi : Jika ada sila tampilkan diri ye tq



Lucut dan turunkan pangkat ketua polis negara

Oleh Datuk Mahfuz Omar

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/KHALID_ABU_BAKAR_140913_TMINAJJUA_06.jpg
Saya terkejut dengan tindak tanduk Tan Sri Khalid Abu Bakar yang tidak memperlihatkan profesionalisme sebagai seorang ketua polis negara.

Tindakan beliau yang membawa bersamanya 4 pegawai penyiasat dari Bukit Aman ke Thailand untuk menemui Xavier Andre Justo bagi menyoal siasat kes yang dikatakan pemalsuan dokumen berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sesungguhnya suatu yang sangat memalukan.

Apalah malang nasib Malaysia mempunyai ketua polis negara seperti beliau yang hanya selayaknya menjadi ketua Balai Polis Keroh Perak sahaja.

Persoalannya, Khalid menghabiskan wang negara sedangkan hakikatnya mereka tidak pun berjaya berjumpa Justo.

Sepatutnya Khalid boleh berhubung melalui telefon terlebih dahulu dengan pihak polis Thailand untuk mendapatkan kepastian apakah mereka bersedia memberi laluan kepada polis Malaysia berjumpa dan menyoal siasat Justo.

Anak pengasas Ambank yang dibunuh upah peguam lihat semula kes ayahnya

http://suarainsan.net/wp-content/uploads/2015/07/Hussain-Ahmad-Najadi-Dibunuh.png
Pascal Najadi, anak kepada pengasas Ambank yang dibunuh, Hussain Ahmad Najadi, mengupah peguam Gobind Singh Deo untuk melihat ke dalam siasatan polis ke atas kematian bapanya.

Najadi ditembak mati pada Julai 2013 di tempat letak kereta di hadapan sebuah kuil Cina di Kuala Lumpur. Isterinya, Cheong Mei Kuen, 51, turut ditembak tetapi hanya cedera di tangan dan paha.

Pasangan itu ketika itu sedang berjalan ke arah kereta mereka yang diletakkan di Lorong Ceylon apabila seorang lelaki bersenjata mendekati mereka dan melepaskan beberapa das tembakan.

Dalam satu kenyataan semalam, Pascal berkata, beliau mengupah khidmat Gobind dan peguam jenayah Israel Nick Kaufman untuk mengkaji semula kecukupan siasatan polis itu dalam keadaan di sekeliling kes pembunuhan bapanya.

Gobind ketika dihubungi hari ini mengesahkan perkara itu dan berkata beliau diupah untuk menjadi peguam pemerhati bagi pihak Pascal dalam kes rayuan itu pembunuh upahan itu, penarik kereta Koong Swee Kwan yang didakwa dalam pembunuhan Najadi itu.

Koong, juga dikenali sebagai "Empat Mata", dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 5 September 2014 berhubung pembunuhan itu.

Pagar sempadan dua negara usang, macamana 'penyeludup' tak bolos..!!

Pagar sempadan dua negara usang
Azlan bersama exco kerajaan negeri sebelum ini pernah dibawa pihak keselamatan melihat keadaan pagar yang usang termasuk mempunyai kesan dipotong sanasini.

PADANG BESAR - Pagar sempadan Malaysia-Thailand yang dibina sejak 1979 sepanjang 32 kilometer (km) dari Padang Besar Perlis hingga Bukit Kayu Hitam, Kedah, didapati tidak sesuai lagi untuk mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati) memandangkan keadaannya yang sudah usang dan mudah dibolosi oleh Pati.

Kenyataan ini turut diakui oleh Komander Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Perlis, Deputi Superintendan Syed Basri Syed Ali yang mengatakan pagar sempadan itu mudah dirosakkan sama ada dipotong atau dipanjat oleh Pati.
 
Akibat keadaan itu, Perlis menjadi antara negeri yang sentiasa 'dikunjungi' Pati tanpa mengira waktu.
 
Penemuan paling tragik sepanjang tempoh itu apabila pihak polis menemui 139 kubur pelbagai saiz dan 28 kem transit di sepanjang 11km antara tangga 100 sempadan Malaysia- Thailand sehingga ke Wang Kelian pada 25 Mei lalu.
 
Ia sekali gus mengejutkan negara-negara Asean termasuk seluruh dunia betapa seriusnya keadaan itu membabitkan sindiket yang sentiasa mengambil peluang menyeludup Pati melalui pagar sempadan.
 
Ribuan Pati ditahan setiap tahun

Sebelum ini, sepanjang tahun 2013 dan 2014 pihak UPP Perlis menahan seramai 2,359 Pati dari pelbagai negara yang rata-ratanya berjaya membolos diri melalui pagar sempadan berbanding jalan laut.
 
Jumlah itu belum termasuk Pati yang ditahan oleh agensi utama di pagar sempadan iaitu Pasukan Gerakan Am (PGA) yang turut berjaya menahan Pati di pagar sempadan yang sudah terlalu usang.
 
Tekong kerap tukar modus operandi

Melalui penahanan Pati sebelum ini oleh pihak UPP sering mendapati tekong yang membawa Pati ini menukar modus operandi mereka untuk menyeludup Pati masuk di pagar sempadan.
 
Syed Basri berkata, antaranya adalah dengan menukar waktu sama ada pada awal pagi mahupun pada awal malam kerana menyangka anggota keselamatan akan leka mengawal sempadan ketika itu.
 
"Ketika Ramadan pula Pati ini dihantar masuk oleh tekong pada waktu berbuka mahupun waktu bersahur, namun pergerakan mereka masih dapat dihidu oleh pihak berkuasa.
 
"Pagar-pagar sempadan ini tidak dirosakkan Pati tapi perbuatan itu selalu dilakukan oleh tekong dengan menggunakan alatan tajam," katanya.
 
Sementara itu, pada Disember 2013 pernah dilaporkan sindiket mengubah modus operandi mereka dengan mengarahkan Pati memanjat tembok konkrit sempadan setinggi hampir 2.4 meter dari sebelah Thailand.
 
Bagaimanapun 32 Pati warga Myanmar itu ditahan selepas anggota PGA mengesan tapak kaki manusia di lereng bukit berhampiran tembok sempadan negara di Padang Besar.
 
Mohon tembok baharu

Dalam pada itu, kerajaan negeri pernah memohon agar kerajaan pusat dapat membina tembok baharu bagi menggantikan pagar sempadan Malaysia-Thailand yang telah usang selain mudah dibolosi oleh pati serta penyeludup.

Menurut Menteri Besar Perlis, Azlan Man, pagar sempadan yang dibina lebih 30 tahun sudah terlalu lama dan berkarat sehingga senang dipotong oleh pihak tidak bertanggungjawab.
 
Selepas negara digemparkan dengan penemuan kubur tersebut, Kementerian Dalam Negeri kini sedang menimbang beberapa kertas cadangan pembinaan tembok di sempadan negara kerana ia merupakan keperluan bagi mengekang kejadian jenayah penyeludupan manusia secara lebih berkesan.

Namun sebelum tembok itu dibina, pihak keselamatan perlu bekerja keras menjaga sempadan negara.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Shafei Ismail berkata, sempadan di Bukit Wang Burma Wang Kelian kini dikawal ketat oleh PGA bagi memastikan kawasan itu tidak dicerobohi.
 
Syed Basri pula akan memastikan hanya 10 peratus anggotanya dibenarkan bercuti semasa musim perayaan dan 90 peratus akan tetap setia menjaga sempadan 24 jam sehari. 

Kerajaan dok nak ligan geng "rokok elektronik" pula..!!

Masukkan sekali e-rokok dalam akta baharu

Masukkan sekali e-rokok dalam akta baharu
KUALA LUMPUR - Badan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik usaha Kementerian Kesihatan menggubal akta baharu khusus untuk perokok dan hasil produk tembakau yang turut merangkumi rokok elektronik (e-rokok).
 
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Yusof Abdul Rahman berkata, beliau menyokong cadangan untuk memasukkan e-rokok di bawah peraturan akta baharu tersebut.
 
E-rokok adalah satu alat elektronik yang mensimulasi atau menyerupai cara merokok dan setiap kali disedut, cip komputer elektronik yang dikuasakan oleh bateri akan mengidupkan atomizer yang kemudian akan memanaskan cecair yang akan menghasilkan wap.
 
"Hal ini perlu diambil serius walaupun akan ada bantahan dari pengguna dan pengedar kerana penggunaan e-rokok adalah sama bahaya dengan rokok biasa dan penguatkuasaan yang sama perlu diambil. 
 
"Definisi rokok juga perlu diperluaskan lagi, tidak hanya pada rokok yang mengandungi tembakau, malah termasuk rokok tanpa tembakau dan shisha," katanya di sini, hari ini. 
 
Beliau mengulas cadangan kementerian menggubal akta baharu berdasarkan akta sedia ada iaitu Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mengikut Akta Makanan 1983.
 
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata Kementerian Kesihatan perlu mengeluarkan garis panduan mengenai takrif e-rokok. 
 
"Kementerian perlu membuat kajian segera merangkumi kepenggunaan dan apa yang diamalkan oleh rakyat negara ini bagi menetapkan tahap bahaya penggunaan e-rokok. 
 
"Takrif dan garis panduan bagi e-rokok penting untuk orang ramai mengetahui klasifikasi rokok tersebut sama ada ia di bawah kategori rokok atau makanan bahaya," katanya. 
 
E-rokok mengandungi cecair nikotin dan perisa tambahan yang dipanggil e-juice serta bahan pelarut "propylene glycol" yang membawa kepada risiko pelbagai penyakit antaranya penyakit jantung dan saluran darah. - Bernama  

Bayar balik wang GST kepada peniaga

http://2.bp.blogspot.com/-BTWCsrIyU3U/U1hwqN-5kZI/AAAAAAAAADQ/yuJBCXp2MGo/s1600/GST.jpg
GEORGETOWN - Kerajaan diminta membayar balik 36 peratus wang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada peniaga atau pembekal yang sepatutnya dilunaskan bulan lalu.
 
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, 64 peratus atau RM1.2 bilion iaitu RM994 juta sudah dibayar kepada peniaga manakala RM108 juta baharu diluluskan dan akan dibayar pada minggu ini.
 
Beliau berkata, jumlah itu disahkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong dalam sebuah akhbar berbahasa Cina.
 
"Persoalannya mengapa kerajaan pusat bayar lewat tidak dikenakan tindakan tetapi peniaga yang kenakan harga tinggi kerana GST didenda sehingga RM50,000.
 
"Itu janji kerajaan pusat untuk membayar mengikut jadual tetapi mengapa baki 36 peratus masih belum dibayar. Ini tidak bertanggungjawab dan tidak profesional," katanya kepada media.
 
Menurutnya, kerajaan juga berjanji akan membayar semula wang cukai itu dalam tempoh dua minggu selepas penyerahan permohonan melalui dalam talian oleh pembekal atau peniaga.
 
"Ia melibatkan peniaga yang mempunyai pendapatan melebihi RM5 juta setiap tahun. Untuk permohonan melalui penyerahan terus di kaunter (manual), kerajaan berjanji akan bayar dalam tempoh 28 hari. Tetapi apa yang berlaku sekarang, tidak sama seperti yang dijanjikan," katanya.
 
Guan Eng turut mempersoalkan sama ada faktor kelewatan itu ada hubung kait dengan masalah kewangan yang dihadapi negara pada masa kini.
 
"Saya ingin bertanya, adakah kelewatan ini menunjukkan kerajaan pusat tidak ada wang," katanya.

Pas 'selesa' situasi politik Kedah


Antara ahli jawatankuasa Pas Kedah yang hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kedah. - Foto Sinar Harian

SUNGAI PETANI - Pas dilihat seolah-olah berada dalam zon 'selesa' dengan situasi politik di Kedah yang lebih cenderung kepada politik Melayu.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata, pelbagai isu timbul di peringkat pusat mengenai hubungan tegang antara parti itu dengan PKR serta DAP namun di peringkat negeri lawan utama mereka masih kepada BN dan Umno.

Beliau yakin segala isu yang tercetus itu tidak akan memberi impak terhadap penyokong untuk terus setia bersama Pas.

"Kita tidak mahu campur (keputusan) yang dibuat pimpinan peringkat pusat sebaliknya memberi lebih tumpuan kepada negeri," katanya kepada media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kedah di sini, hari ini.

Dianggarkan kira-kira 10,000 orang menghadiri majlis rumah terbuka itu.

Menurutnya, hubungan Pas Kedah dengan rakan pakatan masih berjalan dengan baik.

"Mungkin dari sudut organisasi dengan DAP ada hadnya tetapi hubungan baik barisan pembangkang secara peribadi masih berterusan.

Ini bukan tahaluf siyasi (kerjasama politik) dan difahamkan Pengerusi DAP Kedah turut hadir ke majlis hari raya anjuran Pas di Padang Terap," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, dalam Islam memang ada bai'ah yang akan mengikat sesuatu perjanjian dengan pihak membuat perjanjian.

"Pas diyakini masih relevan kerana mempunyai asas prinsip parti yang kukuh untuk diperjuangkan," katanya.

Mengenai bekas Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah penggal lalu (2013-2015), Datuk Dr Ismail Salleh menerajui Harapan Baru di Kedah, Ahmad Fakhruddin berkata, beliau (Ismail) masih ahli Pas seumur hidup kerana parti baharu belum ditubuhkan.

"Setakat ini kita tidak nampak lagi (tokoh Pas Kedah) lain yang akan mengikut jejak langkahnya," katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...