TERKINI :

Saturday, July 25, 2015

Mampukah Najib menghimpun penyokongnya berarak ke Mesjid Negara seperti yang dilakukan Anwar Ibrahim?


http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/07/najibwsj1.jpg
Najib menuduh Wall Street Journal mempunyai niat jahat dengan didokong dan disokong oleh pihak tertentu dalam negara bagi tujuan memaksa beliau melepaskan jawatan perdana menteri dan presiden Umno.

Susulan dari kenyataan itu Tokoh Wartawan Negara menyangkal tuduhan itu. Zam Maidin di dalam blognya NAFAS TERAKHIR UMNO Menyatakan:

"Saya  tidak dapat membaca ajenda tersembunyi media asing yang paling berpengaruh WSJ  menyokong usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang dijuarai oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir yang dulunya dianggap Barat sebagai " The enemy of the state." Saya berkongsi dengan kebimbangan seorang kawan dalam hal ini. Dengan pendedahan berasas yang terus menerus dilakukan oleh WSJ maka rakyat semakin dapat melihat kebenaran Tun dalam alasan tindakannya untuk menyelamatkan UMNO dan Negara".

Zam Maidin bukan calang-calang wartawan di dalam peperangan psywar propaganda. Beliau mendapat latihan di Berlin Institute of Journalism, Berlin Barat. Ketajaman hidung Zam menghidu bau busuk agenda tersirat dan tersurat sesebuah media ibarat "nose of the hunting dogs".

Zam juga bukan seorang tokoh yang senang menerima bulat-bulat kenyataan media barat tetapi kenyataan WSJ ini ternyata hidung Zam tumpul untuk menghidu jika ada agenda tersembunyi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Najib Razak.

Zam yang rapat dengan bapa Najib, Tun Razak masa kan sampai hati merentap turun takhta Najib jika Najib tidak melakukan penderhakaan yang parah terhadap orang Melayu, UMNO dan Islam.

Najib sebenarnya mengaplikasikan taktik yang sama seperti Anwar Ibrahim dengan cuba mengalih fakta untuk menyalahi orang lain kerana pongong sudah terpalit najis. Samalah seperti Anwar Ibrahim yang tidak habis-habis menuduh konspirasi demi konspirasi demi konspirasi.

Bagaimana akhir politik Najib? Mampukah Najib menghimpun penyokongnya berarak ke Mesjid Negara seperti yang dilakukan Anwar Ibrahim? Sama-samalah kita tunggu episod seterusnya.

SELAMAT TINGGAL NAJIB.

Wallahuaklam.

Mummy Rokiah

SUMBER

ISU BAIA'H : Satu Penjelasan

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/07/baiah-pas.jpg

MUQADDIMAH

Kertas ini merujuk kepada tulisan asal Dr Zaharudin Abdul Rahman dari Murshid yang bersusah payah menyediakan pencerahan bagi isu Baiah dan yang bersangkutan dengannya.

Kertas bertajuk Kefahaman Erti Jamaah dari Hadis & Isu Bai'ah cuba dirungkaikan permasalhannya dalam konteks lafaz taat setia semua calon pilihanraya dan khusunya yang menjadi MP dan Adun dari PAS. 

Saya merakamkan ucapan terimakasih kepada Al Fadhil Dr Zaharudin Abdul Rahman dan telah meringkaskan dengan sedikit penambahan untuk tujuan pembentangan kepada MP dan Adun PAS yang inginkan penjelasan.

RINGKASAN TAJUK -TAJUK

Asas perbincangan isu Bai'ah ialah untuk menjawab beberapa persoalan

1. Pengertian Baia'h dan aplikasinya pada Jamaah PAS

2. Lafaz Baia'h dan Bersumpah dalam PAS

3. Pelanggaran sumpah dan cara menebusnya

BAIA'H

Perkataan bai'ah adalah dari bahasa Arab ب ا ع  بيعة yang bermakna menghulurkan tangan untuk menerima sesuatu janji kerana orang Arab akan membuat sesuatu janji dengan menghulur tangan masing-masing sebagai tanda setia kepada janji yang dibuat.

Dari sudut istilah ia adalah persetujuan antara umat dan pemerintahan Islam yang mempunyai implikasi timbal balik antara keduanya dari sudut hak. Baia'h ada berbagai bentuk antaranya

1. Baiah masuk Islam
جاء الناس الكبار و الصغار و الرجال و النساء فبايعهم على الاسلام والشهادة
 (riwayat Al Baghawi dan Hakim)

keluarnya dari baiah  shahadah ini bermakna murtad

2. Baia'h kepimpinan utama Khalifah Islam berpandukan hadis
من مات و ليس في عنقه بيعة مات ميتة جاهلية (رواه مسلم)

Baia'h ini hari ini dirujuk kepada kepimpinan negara Islam yang ada kuasa legaslatif dan eksekutif serta bertungsi sebagai kerajaan yang sah mengikut undang-undang di negara masing-masing. Kesetiaan kepada kepimpinan terikat dengan perlembagaan negara dengan hak untuk menegur kerajaan malah boleh ditukar kerajaan yang lebih baik dengan cara yang sah.

3. Baia'h untuk kerja Islam dalam suasana tiadanya Khalifah dan umat Islam berpecah kepada negara bangsa di mana wujudnya Jamaah-jamaah Islam samada politik mahupun kebajikan ataupun dakwah. Bezanya baiah ini ialah pelanggarannya tidak membawa kepada kekufuran, murtad mahupun mati jahiliyah. Jamaah ini tidak boleh mendakwa Imamah sehingga semua orang menerimanya sedangkan ia hanyalah satu Jamaah dari berbagai Jamaah Muslimin yang beroperasi di negaranya mahupun yang berselerak di seluruh dunia.

ابو عبد الله (الامام احمد) سئل عن حديث النبي :من مات و ليس له امام
الخ...ما معناه؟ قال تدري ما الامام؟ الامام الذي يجمع المسلمون عليه
كلهم يقول هذا امام( نقل من fatwa Islamweb.net 111159)

RUMUSAN BAIA'H

Jelaslah bahawa Baia'ah dengan Pas termasuk dalam kategori ke 3, iaitu
untuk kerja Islam dalam bidang Siyasah dan Dakwah dan pelanggarannya atas apa juga sebab tidak membawa kepada pembatalan syahadah atau mati Jahiliyah sebagaimana terpakai kepada Baia'h Syahadah atau Baia'h Khalifah.

LAFAZ BAI'AH BERSUMPAH

Baia'ah pada asalnya ialah persetujuan taat setia dengan memenuhi hak
dari yang memberi dan yang menerima Baia'ah. Ia timbal balik antara keduanya dan bukanlah satu cek kosong. Lafaz Baia'h bagi calon Pas yang bertanding dalam pilihanraya mewajibkan bersumpah bahawa ia tidak mengkhianati Parti. Jika berlaku pengkhianatan ancaman laknat akan terkena pada yang mengangkat sumpah.

Mengkhususkan laknat Allah malaikah dan pelaknat memerlukan dalil khusus. Hanya Allah yang berhak melaknati seseorang atas perbuatan tertentu dan bukan lafaz umum dalam sumpah taat setia. Yang khusus hanyalah untuk

1. Orang kafir Al Baqarah 161
2. Menyembunyikan kebenaran Al Baqarah 159
3. Penipu dalam Mubahalah Ali Imaran 61 dll (rujuk kertas Kefahaman
Erti Jamaah dari Hadis dan Isu Baiah oleh Dr Zaharudin Abdul Rahman)

PERSOALANNYA

Apakah makna mengkhianati? Bagaimana kalau ahli dikhianati dengan
fitnah dan pelabelan untuk menjatuhkan mereka apakah reaksi kepada ini
semua dianggap khianat?

Apakah khianat itu lari dari perjuangan Islam ataukah hanya pandangan berbeza yang diizinkan dalam Islam?

Pengkhianatan tidak boleh dipermudahkan untuk mewajarkan ancaman sumpah yang dibuat apatah lagi sumpah laknat.

Imam Abdul Qahir Ibn Tahir Al Asfarainiy (mngal 429 H) menyebut dalam kitab Al Farqu Baina Al Firaq dalam komentarnya tentang hadis berpecahnya umat Islam Muhammad kepada 73 golongan bahawa:

فصح تاءويل الحديث المروى في افتراق الامة ...الى هذا النوع من الاختلاف،
دون الانواع التي اختلفت فيها اءئمته الفقه من فروع الاحكام في ابواب
الحلال و الحرام و ليس فيما بينهم تكفير ولا تضليل فيما اختلفو فيه من
احكام الفروع
( ms 13, darul taufiqiyah lil turath 2010)

"Maka tepatlah hadith yg diriwayatkan dalam hal berpecahnya umat...bermaksud bentuk sebegini (keluar dari Islam) dan bukan jenis yang para pemuka fuqaha berbeza pandangan dalam soal furu' hukum hakam dalam bab halal dan haram dan tidak ada dalam perbezaan ini hak untuk
mentakfirkan atau menyesatkan mereka dalam hukum hakam furu'"

Bagaimana pula sesetengah negeri bersumpah lafaz talak 3 isteri jika 'khianati' parti dan perjuangan parti?

1. sekali lagi istilah 'khianat' terlalu umum untuk dijadikan alasan kepada terkena sumpah yang dibuat.

2. Apakah hukum lafaz menceraikan isteri talak 3 jika mengkhianati?

Lafaz cerai talak 3 dalam sumpah yang diangkat dengan sebab 'khianat'
yang kurang jelas melanggar satu rukun penting kehidupan iaitu
berumahtangga. Allah menjadikan ianya sebagai tanda kebesaran Allah dalam surah al Rum. Ruang untuk cerai juga dilakukan dengan begitu berhati-hati supaya kerukunan rumah tangga terpelihara.

Memenuhi sesuatu yang melanggar perintah Allah adalah perbuatan sia-sia walaupun dengan tujuan yang baik. Di qiyaskan dengan hukum bernazar Nabi s.a.w bersabda dari Aisyah bahawa:

من نذر ان يطع الله فليطعه ومن نذر ان يعصيه فلا يعصيه (روا ه بخاري و غيره)

Seolah ianya perbuatan sia-sia sedangkan hukum lafaz baiah itu sudah cukup dengan mengatakan janji setia dengan kitabullah dan sunnah Nabinya tanpa perlu menambah lafaz ta'liq sumpah dalam baiah itu.


PELANGGARAN SUMPAH

Dalam Al Maidah 89 ada menyebut tentang Yamin atau Aiman yang diberi
ruang untuk menebusnya jika berlaku pelanggaran. Hukumnya ialah

1. Berikan makan untuk 10 miskin dari apa yang kita makan

2. Bebaskan hamba (tiada hari ini)

3. Puasa 3 hari

Dari sudut janji yang kita buat ia tetap dianggap satu dosa kerana melanggar janji dan kerana itu Kaffarah adalah untuk denda dan
selebihnya bertaubat dan istighfar atas pelanggaran janji. Namun Nabi bersabda ;

فقد روى الإمام مسلم في صحيحه من حديث أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول
الله صلى الله عليه وسلم قال: " من حلف على يمين فرأى غيرها خيراً منها
فليأت الذي هو خير وليكفر عن يمينه"

'Barang siapa yang berjanji bersumpah sesuatu lalu ia melihat ada yang lebih baik dari janjinya yang diangkat maka datangilah yang lebih baik itu dan hendaklah ia membayar denda kaffarah'

PENUTUP

Diharapkan kertas ringkas ini boleh dijadikan bahan untuk perbincangan dalam menggarap persoalan baiah yang menghantui MP dan Adun PAS kerana telah berbuat janji dengan parti yang diwakilinya.

MUJAHID YUSOF RAWA
23/07/2015

Lebih baik jika PAS bersama dengan GHB menumbangkan Umno BN daripada terus bercakaran

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/07/PAS-GHB.jpg

Gerakan Harapan Baru (GHB) menafikan pertubuhan itu menjadikan DAP sebagai 'wali', seperti didakwa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Pengerusi Jawatankuasa Interim GHB Pulau Pinang itu berkata, Hadi tidak sepatutnya menyalahkan DAP kerana punca utama kemelut terjadi adalah disebabkan kelemahannya sendiri memimpin PAS.

"Saya tak tahu dalam konteks apa dia cakap. Ini sebenarnya masalah (dalaman) PAS dan kelemahan dia sendiri dengan PAS.

"Tetapi nak alihkan isu dan salahkan DAP," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, penubuhan GHB sebaliknya berkaitan isu kebangkitan rakyat akibat masalah yang dilalui dalam PAS sendiri.

"Ini soal kebangkitan rakyat, kerana PAS yang bermasalah. Tidak ada kaitan dengan DAP," katanya.

Hadi dalam kenyataannya 23 Julai lalu mengingatkan ahli GHB agar tidak menjadikan DAP sebagai wali atau ketua.

Dalam kenyataannya yang bertajuk 'Kepada sesiapa yang berkenaan PAS sahaja', Hadi berkata hanya ahli parti yang sedar mengenai perjuangan Islam bersama fadilatnya dapat membezakan antara kawan dan wali.

"(Mereka) boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak beriman dan budiman.

"Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan (perjuangan Islam) tersebut, sanggup hidup dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya, kerana tidak membezakan di antara kawan dan wali," katanya.

Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad ketika dihubungi berkata, hubungan dengan DAP adalah sebagai rakan pembangkang yang bercita-cita untuk meneruskan kembali tahaluf siyasi yang terkubur dan bakal menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Tidak ada siapa dari ahli kami Harapan Baru yang 'berwalikan' DAP.

"Dulu, yang kerap membuat tuduhan PAS diperkudakan dan menggadaikan prinsip perjuangan demi mencapai kemenangan politik, ialah Umno. 

"Kini nampaknya giliran PAS pula membuat tuduhan terhadap kami," katanya.

Bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, lebih baik jika PAS bersama dengan GHB menumbangkan Umno daripada terus bercakaran sesama sendiri.

"Adalah lebih baik kalau kita sama-sama 'berlumba-lumba' menumbangkan Umno bagi menamatkan kebobrokan tadbir urus parti pemerintah yang sarat dengan kemungkaran rasuah, salah guna kuasa, kerakusan, pembolotan, pembaziran, ketidakadilan dan kezaliman, daripada mengulangi fitnah Umno," katanya.

Hadi dalam kenyataan sama berkata, sesiapa yang tidak istiqamah atas akidah, dasar dan matlamat, pasti akan berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar jemaah.

"Sesiapa yang hanya ingin berlakon, Allah maha mengetahui dia hanya pelakon dan dikeluarkan tanpa diduga dan disangka, bersama pelakon tambahannya," katanya. – 25 Julai, 2015.

Pas tak tergugat dengan Harapan Baru

Harapan Baru

GEORGETOWN - Pas tidak pernah berasa tergugat dengan tindakan anggotanya keluar parti dan menyertai Gerakan Harapan Baharu yang bakal ditubuhkan beberapa bekas pemimpin parti itu.
 
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Fauzi Mohd Yusof berkata Pas telah biasa melalui perkara itu dan terpulang kepada anggota parti membuat pilihan sama ada keluar parti atau terus bersama kepimpinan Pas sekarang.
 
"Pas tidak pernah rasa tergugat, kami berjuang kerana ALLAH bukan kerana manusia...mengapa kita perlu rasa tergugat?," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
 
Beliau berkata, bagaimanapun pihaknya sentiasa memberi nasihat dan penerangan secara berterusan kepada anggota parti berhubung perkara itu.
 
"Apa yang berlaku seperti kekalahan pada pemilihan baru-baru ini, bukan depa saja kalah, orang lain pun kalah juga, jadi kenapa depa nak keluar parti beramai-ramai, apa sebabnya? jadi kita akan terus bagi nasihat," katanya.
 
Pada 13 Julai lalu, beberapa pemimpin kanan Pas daripada kumpulan progresif parti itu yang tewas dalam pemilihan parti mengumum akan menubuhkan Harapan Baru bertujuan menyatukan semula parti politik pembangkang.
 
Gerakan itu dipengerusikan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu manakala antara ahli jawatankuasa interimnya ialah bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, bekas Setiausaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar dan bekas Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.
 
Sementara itu, Setiausaha Pas Pulau Pinang Iszuree Ibrahim menyuarakan kehairanannya berhubung keyakinan Harapan Baru untuk mengumpulkan anggotanya sehingga menjangkau 70 peratus daripada kalangan ahli Pas.
 
Iszuree berkata, bagaimana kumpulan yang tidak mendapat sokongan semasa pemilihan parti pada Muktamar Tahunan Pas Pusat kali ke-61 baru-baru ini dapat memperoleh sehingga 70 peratus pengikut.
 
Iszuree yang ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi berhubung kes pemecatannya dalam MPPP di sini, berkata beliau akan tetap setia bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Pada pemilihan parti itu, 4 Jun lepas, Abdul Hadi mempertahankan jawatannya dengan memperoleh 928 undi menewaskan Naib Presiden Ahmad Awang yang meraih 233 undi. - Bernama  

PAS perlu ubat 'cirit-birit mulut' kata Mahfuz

Ketika tahap sokongan pengundi bukan Melayu - terutamanya komuniti Tionghua - semakin merosot, PAS tidak bertindak bijak sebaliknya menghamburkan "cirit-birit mulut" yang belum terubat.

Bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS wajar menumpukan usaha mengawal pengundi teras - iaitu Melayu Islam - agar tidak hilang atau merosot menjelang pilihan raya umum ke-14.

Pada masa sama, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, PAS berusaha memulihkan kepercayaan pengundi bukan Melayu Islam khususnya masyarakat Tionghua.

"Tetapi apa yang berlaku kesan di sebalik setiap perkataan yang dihamburkan ialah ia seumpama cirit-birit mulut yang perlu dicari ubat bagi segera menghentikannya," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dalam kenyataan sama Mahfuz menjangkakan PAS bakal kehilangan undi yang ketara sama ada daripada masyarakat Melayu atau bukan Melayu ekoran kemelut dihadapi bersama Pakatan Rakyat.

Katanya, apa yang penting ketika ini ialah langkah pimpinan PAS memperbaiki keadaan.

"Sehingga sekarang saya belum nampak sesuatu yang dilakukan. Malah apa yang saya lihat ialah beberapa tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh Pimpinan PAS bakal mengundang kemerosotan sokongan pengundi Islam Melayu itu sendiri.

"Respon PAS terhadap Gerakan Harapan Baru (GHB) memperlihatkan kerisauan, kebimbangan dan ketakutan PAS terhadap kemunculan kumpulan tersebut. Kenyataan mengecam GHB dan pimpinannya membuka ruang untuk ahli PAS memberikan respon yang baik terhadap gerakan itu," katanya.

Tambah beliau, kenyataan di kalangan pimpinan PAS yang disiarkan akhbar Harakah hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Mahfuz merujuk kepada tulisan disiar akhbar rasmi PAS yang menuduh ahli serta pimpinan dari latar belakang kumpulan lain - seperti Jemaah Islah Malaysia dan Ikram - sebagai perosak parti.

"Semua harus mengakui sedikit sebanyak kekuatan yang ada pada IKRAM yang mempunyai rangkaian di pelbagai peringkat akan menjejaskan kekuatan PAS," katanya.

Harapan Baru (HB) Sedia Berbincang Dengan Semua Pihak Demi Kepentingan Rakyat.

Kenyataan Media.

www.harapanbaru.net

1. Gerakan Harapan Baru (HB) bersedia untuk   mengadakan perbincangan  dengan semua pihak dalam usaha mendepani isu-isu kepentingan rakyat dan negara.

2. Situasi politik, ekonomi dan sosial negara sekarang ini sangat kritikal dan memerlukan komitmen semua pihak untuk menyelamatkan rakyat yang semakin terkesan kehidupan seharian mereka.

3. HB telah dan akan terus menemui NGOs, parti-parti politik serta individu-individu berpengaruh serta institusi-institusi penting dalam masyarakat bagi memperkukuhkan lagi iltizam bersama memperjuangkan isu-isu rakyat.

4. Berdasarkan senario terkini politik tanah air, HB tidak menolak kemungkinan akan berlakunya ketidakpastian politik, sekaligus membawa kepada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lebih awal.

5. Adalah sangat penting bagi semua pihak bersedia untuk duduk semeja pada saat yang cukup kritikal ini.

6. HB sentiasa bersedia memberikan apa saja sumbangan yang terbaik untuk memastikan hasrat dan cita-cita perjuangan rakyat dapat dilaksanakan dengan seutuhnya.

SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Pengerusi
Harapan Baru (HB)
25 Julai 2015/ 8 Syawal 1436H

'Hodohnya politik mencagar rumahtangga'

 
Politik kepartian boleh menjadi begitu hodoh jika cagaran untuk kemenangan sesebuah kumpulan itu adalah rumahtangga.

Mufti Perlis, Datuk Seri Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, berpolitik sepatutnya dibangunkan untuk membina masyarakat dan negara yang lebih baik.

Dengan 'mainan' politik kepartian, kata bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia itu, seseorang isteri kononnya boleh tertalak tiga gara-gara tindakan si suami.

"Justeru, teraniayalah isteri dan anak-anak di rumah hanya kerana perbuatan si suami dalam parti," katanya.

Kenyataan umum itu dibuat Mohd Asri dipercayai mengulas polemik antara kumpulan dalam PAS ketika ini yang berselisih pendapat mengenai bai'ah dilafaz wakil rakyat parti berkenaan.

Sesetengah bai'ah itu dikatakan turut 'mencagarkan' isteri seseorang calon pilihan raya apabila ia dikaitkan dengan talak.

PAS dikatakan mewajibkan semua bakal calon melafazkan ikrar itu sebelum dinamakan dalam mana-mana pilihan raya.

Penggantungan The Edge serangan terkini Putrajaya terhadap kebebasan media, kata PKR

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Serangan terkini terhadap akhbar mingguan The Edge dan harian The Edge Financial Daily merupakan rentetan dari banyak lagi serangan ke atas media di Malaysia dan wartawan yang ditangkap serta disiasat di bawah Akta Hasutan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Julai, 2015.
Serangan terkini terhadap akhbar mingguan The Edge dan harian The Edge Financial Daily merupakan sebahagian daripada tindakan keras yang lebih besar oleh Putrajaya terhadap kebebasan bersuara, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata hari ini.

Penggantungan tiga bulan berkuat kuasa 27 Julai ke atas The Edge berhubung liputan mengenai skandal yang didakwa melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), adalah kesinambungan dari banyak lagi serangan terhadap media, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Serangan terkini ini adalah rentetan dari banyak lagi serangan ke atas media di Malaysia; stesen radio dan laman berita online diberi amaran, dan wartawan juga ditangkap dan disiasat di bawah Akta Hasutan.

"Jangan kita lupa betapa ramai lagi ahli politik, aktivis, malah juga kartunis yang sedang dihadap ke mahkamah dibawah Akta Hasutan hanya kerana mereka berani bersuara," katanya.

Soalnya, kata Dr Wan Azizah, adakah Malaysia kini berada di "tepi jurang" yang terbina akibat "keangkuhan" selama berdekad lama.

Mukhriz risau amalan 'payung' dalam Umno

 
  Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bimbang Umno menjadi tidak relevan jika dicemari dengan sistem 'payung' atau naungan (patronage).

Berucap di majlis perasmian persidangan tahunan pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno Cheras di Kuala Lumpur hari ini, Mukhriz berkata amalan memayungi pihak tertentu dalam parti itu bukan saja berlaku di peringkat atasan saja, malah terjadi di bawah.

"Kita kena faham bahwa ada sesetengah (orang) di luar sana menyatakan Umno ini sebuah parti mengamalkan patronage, maksudnya parti yang berteraskan kepada naungan.

"Di sinilah kita dituntut untuk fikirkan, apakah sebab kita berparti.

"Adakah kita berparti kerana nak bela nasib agama, bangsa dan tanah air seperti kita selalu laungkan dalam ucapan,  ataupun ada juga sifat-sifat naungan ini kerana kadangkala kita tak dapat elak ada ahli bertanya:  Kalau nak saya terlibat dalam Umno apa untungnya kepada saya," katanya.

PAS bakal kehilangan sokongan pengundi MELAYU & CINA

Kenyataan Media.

Lakukan Sesuatu Jika Tidak PAS Bakal Kehilangan Sokongan Pengundi Melayu dan Cina Pada PRU 14.

 

1. Saya bukan lah nujum politik yang mampu membuat telahan tentang masa depan politik sesebuah parti apatah lagi membabitkan parti yang saya dukung iaitu parti PAS. Saya yakin sesuatu yang berkaitan masa depan ianya dalam Ilmu Allah. Cuma dalam politik pilihan raya kita boleh membuat analisa dan unjuran melalui "survey" dan cula undi. Inilah yang telah sebati dalam jentera gerakerja pilihan raya PAS sejak 13 kali menghadapi Pilihan Raya Umum dan berpuluh kali menghadapi Pilihan Raya Kecil.

2. Sejak berlarutan krisis dalam PR hingga kini boleh dikatakan banyak pihak menyatakan PAS akan menerima kesan kemerosotan pengundi bukan Islam dan bukan Melayu pada PRU 14 akan datang. Tidak perlu saya membariskan insiden-insiden yang telah berlaku membabitkan PAS dan rakan rakan PR yang mendorong menjadi penyumbang kepada kemerosotan undi tersebut.

3. Apa yang penting untuk dipersoalkan ialah apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh pimpinan PAS untuk memperbaiki keadaan dalam membendung kemerosotan undi bukan melayu khususnya pengundi cina pada PRU 14 akan datang. Sehingga sekarang saya masih belum nampak sesuatu telah dilakukan. Malah apa yang saya lihat ialah beberapa tindakan dan kenyataan yang dibuat oleh Pimpinan PAS bakal mengundang kemerosotan sokongan pengundi Islam Melayu itu sendiri.

Mujahid nasihat Haron Din Supaya Hati-hati 'berfatwa'..!!

 
Walaupun bergelar ulama dan berstatus Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din tetap perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan, termasuk memberikan 'fatwa' haram kepada wakil rakyat tertentu yang menyertai Gerakan Harapan Baru.

Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, wang yang diperolehi sebagai wakil rakyat sebahagiannya digunakan untuk membiayai keluarganya.

Kata anak bekas Yang Dipertua Agung PAS itu berkata mengapa Haron beranggapan elaun diperolehinya haram apabila membuat pendirian menyokong Pakatan Rakyat.

"Saya ingin bertanya semula kepada beliau (Haron), ada wakil rakyat dalam PAS yang tidak mesra kepada Pakatan dan kadang-kadang menyerang Pakatan. Bagaimana (hukum) pendapatan mereka?

"Adakah ia sah? Adakah mereka memenangi kerusi itu atas tiket Pakatan atau PAS semata-mata? Jawapannya, mereka menang atas tiket Pakatan," kata Mujahid yang juga Pengerusi Penaja GHB Pulau Pinang.

Tun M tak gentar seandainya dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa

Nak gentar apa… – Tun M
FMT Reporters
| July 24, 2015

Beliau tidak takut dikenakan tindakan kerana kritikan terhadap Najib dibuat secara terbuka.

mahathir-najib

PETALING JAYA : Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan beliau tidak takut kemungkinan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa kerana kritikan dan ‘serangannya’ terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas Perdana Menteri juga menafikan mempunyai kaitan dengan taktik pembangkang yang kini didakwa melancarkan konspirasi untuk menjatuhkan Najib.

Dr Mahathir berkata, kritikan yang dibuatnya adalah secara terbuka dan beliau turut berpendapat Najib sewajarnya berhenti menjadi Perdana Menteri.

“Ini bukan konspirasi (serangan dibuatnya terhadap Perdana Menteri), tetapi saya buat secara bersemuka dan saya fikir patutlah dia (Najib) berhenti (jadi Perdana Menteri).

“Nak gentar apa, ..kalau baca dalam Twitter atau dalam blog semua orang minta dia (Najib) berhenti, ..kalau dia (Najib) baca dalam itu pun dia tau la orang suruh dia berhenti,” katanya, lapor Berita Harian.

Berani saman Harakahdaily, tapi tak berani saman WSJ

Khairil Ashraf
| July 24, 2015

Pas membandingkan reaksi Perdana Menteri yang pantas menyaman Harakahdaily tetapi masih belum membuat apa-apa keputusan terhadap WSJ yang membawa impak lebih besar.

najib
PETALING JAYA : Pas mempersoal tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih berdolak-dalih untuk menyaman Wall Street Journal (WSJ) yang melaporkan RM2.6 bilion disalurkan ke akauan peribadinya.

Tindakan melengah-lengahkan Najib berbeza dengan tindakan pantasnya menyaman media pembangkang, Harakahdaily.

Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kesan laporan WSJ yang disiarkan dalam bahasa Inggeris boleh dibaca oleh seluruh dunia berbanding laporan Harakahdaily dalam Bahasa Melayu yang hanya dibaca oleh segelintir rakyat Malaysia.

“Malah, artikel di WSJ bukan sahaja mencemar imej Najib, malah negara kerana kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

“Atau sebenarnya tindakan memohon penjelasan daripada WSJ hanya sekadar membeli masa untuk menimbulkan isu sensasi yang baru seperti bagi mengalih rakyat daripada apa yang ditimbulkan WSJ?

Aduhai.. 2X KPN gagal menemui Andre Xavier Justo di Thailand

KPN, jangan ‘kantoi’ dan malukan Malaysia di Thailand, pesan DAP

Pengerusi Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo berkata, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sepatutnya sedia maklum akan prosedur bagi bertemu bekas pengarah PetroSaudi International itu yang kini ditahan di Thailand atas tuduhan cuba memeras ugut majikannya, berhubung dokumen sulit berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Julai, 2015.
Pengerusi Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo menyeru Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar agar tidak terus memalukan Malaysia di mata dunia apabila gagal bertemu Andre Xavier Justo di Thailand buat kali kedua.

Menurutnya, Khalid sepatutnya sedia maklum akan prosedur bagi bertemu bekas pengarah PetroSaudi International itu yang kini ditahan di Thailand atas tuduhan cuba memeras ugut majikannya, berhubung dokumen sulit berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Ia amat memalukan bagi kita membaca dalam akhbar yang ketua polis kita gagal buat kali kedua dalam percubaannya bertemu Justo.

"Ia lebih memalukan apabila membaca yang polis Thai menggesanya 'menggunakan saluran sesuai', antaranya Kementerian Luar Negeri," kata ahli Parlimen Puchong itu, dalam kenyataannya hari ini.

Menurut Gobind, Khalid perlu patuh kepada undang-undang seperti orang lain kerana beliau bukanlah berada di atas undang-undang.

"Maka beliau perlu bertindak dalam kerangka undang-undang atau bersedia menghadapi tindakan seperti kebiasannya di sini," kata Gobind.

Tiba sudah masanya #NAJIB memikirkan untuk berundur..


Walaupun tidak terdapat bukti jelas menunjukkan yang beliau bersalah, namun berdasarkan kepada pemerhatian dan persepsi rakyat terbanyak di negara ini menunjukkan bahawa agak sudah sampai masanya DS Najib memikirkan untuk berundur. Mungkin buat sementara menunggu siasatan oleh ‘task force’ selesai melakukan tugas dan tanggungjawab mereka. Dengan berbuat demikian, DS Najib akan dilihat sebagai ‘wira’ yang berpegang kepada prinsip ‘berani kerana benar dan takut kerana salah’.

Sudah agak lama juga nama DS Najib diheret dan terheret dalam kemelut IMDB. Rakyat Malaysia begitu gusar dengan peristiwa sebegini. Walaupun rakyat Malaysia tidak mudah melimparkan sebarang tuduhan dan seboleh-bolehnya mahu terus menafikan yang DS Najib tidak terlibat dalam kemelut ini namun apabila mengenangkan tentang terlalu banyak ‘bukti’ yang ditunjukkan oleh pihak-pihak tertentu menyebabkan rakyat ‘terpaksa’ mempercayainya juga walaupun belum dibuktikan dengan sahih. Kata orang tua-tua, ‘ jikalau tidak ada angin takkanlah pokok bergoyang’ sentiasa ‘bermain dibenak-benak rakyat Malaysia. Dan bagi mereka yang sentiasa menggunakan bahasa Inggeris pula tentu tidak lari dari memikirkan bahawa ‘ there is no smoke without fire’.

DS Najib seolah-olah ‘bergantung nyawa’ kepada ‘sokongan’ yang diberikan oleh segelintir, samada yang berada ‘disekeliling’ beliau ataupun daripada penyokong yang memberikan sokongan membuta tuli dengan tidak tahu menahu apa sebenarnya ‘biji buah’ yang membolehkan mereka memberikan sokongan. Mungkin agak keterlaluuan sekiranya dikatakan bahawa sokongan yang diperolehi oleh DS Najib daripada ‘penyokong-penyokong’ itu semacam tidak ikhlas. Apatah lagi sekiranya ‘sokongan’ itu dikaitkan dengan sumbangan material. Dan berkemungkinan juga bahawa yang memberikan ‘sokongan’ itu mengharapkan sesuatu daripada DS Najib. Lantas mereka ‘bermati-matian’ memberikan sokongan. Ikhlas tidaknya sokongan sedemikian akan dapat dilihat apabila DS Najib sudah tidak terdaya memberikan ‘habuan’ yang diperlukan oleh mereka.

Nazir: Kalau salah, betulkan atau samanlah

 
Adik perdana menteri Datuk Seri Nazir Razak tidak terkecuali menyatakan rasa tidak senang dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri mengenakan tindakan ke atas The Edge Media Group hari ini.

Nazir yang juga Pengerusi CIMB Group - salah satu rangkaian perbankan terbesar di Malaysia - berpendapat penggantungan permit bukan langkah yang betul untuk diambil.

"Saya mengutuk penggantung (permit akhbar) dan bersimpati dengan kakitangan yang terjejas.

"Laporan 1MDB baru-baru ini kelihatan luar biasa tetapi jika ada kecacatan maka perbetulkan ia atau ambil tindakan undang-undang," kata beliau melalui akaun Instagram hari ini.

Nazir merujuk kepada penggantungan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan mulai 27 Julai ini.

Kata Nazir, The Edge adalah penerbitan penting di kalangan komuniti perniagaan dengan memainkan peranan menyalurkan maklumat secara jujur dan berdaya saing.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...