TERKINI :

Friday, July 24, 2015

Walaupun bai'ah talak 3 diakui ada oleh Timb. Mursyidul Am tapi MSU nafi itu bukan keputusan mereka

Bai'ah talak tiga bukan keputusan Majlis Syura

SHAH ALAM - Ekoran timbulnya isu mengenai bai’ah talak tiga yang hangat diperkatakan kini, Majlis Syura Ulama Pas, selaku badan tertinggi dalam parti itu tampil menjelaskan mengenai kandungan sebenar taat sumpah berkenaan.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, ba’iah talak tiga tiada dalam bai’ah yang diluluskan oleh parti dan Majlis Syura sepertimana yang digembar-gemburkan sebelum ini.

“Memang tak ada... itu bukan keputusan Majlis Syura… tidak pernah, itu tidak betul dalam bai’ah kita tidak ada (bai’ah talak tiga) , “ Katanya ketika dihubungi Sinar Online hari ini.

Sementara itu ketika ditanya mengenai kandungan bai’ah tersebut, Muhammad berkata, ia melibatkan perjanjian manusia dengan ALLAH.

“Antara kandungan nya adalah ‘ Kalau saya melanggar ba’iah ini saya akan dilaknat oleh ALLAH, Rasul, Malaikat dan sekalian makhluk…kemudian segala harta benda yang diperolehi daripada atas nama Pas, kalau saya khianati akan dilaknat’…..semua benda itu tidak bolehlah…tapi yang cerai talak tiga itu tidak diluluskan oleh Majlis Syura Ulama,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian memetik Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob yang mengesahkan adanya sumpah bai’ah talak tiga yang perlu dilafazkan wakil rakyat Pas Kelantan sekiranya meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.

Menurutnya, akuan sumpah itu diguna pakai sejak 2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat Pas Kelantan yang mahu meninggalkan parti tersebut.

“Bai’ah itu memang betul. Seperti yang dinyatakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan (Datuk Daud Muhammad), perkara ini bukan main-main,” katanya.

Hadi melepaskan peluang keemasan untuk jadi PM...

Mat Alishah

Result pru13 menunjukkan cuma lagi 2% untuk menumbangkan BN.....

Seandainya Hadi dan pimpinan Pas Kelantan tidak gopoh dengan hudud mereka sudah pasti pru14 nanti Hadi lah yg akan jadi calon pilihan dalam PR ini disebabkan Anwar ada dalam 'sana'.

Jadi bayangkan semasa pru14 nanti Pas menambahkan kerusi parlimen sehingga 60 kerusi....Dap 50 pkr 60.......mmmmm kenapa anda tak yakin....

Pada saya ia tak mustahil dlm keadaan BN yg nazak dgn pelbagai isu dan kadar kehidupan yg semakin tertekan dlm kos kehidupan...

Jadi selepas ada kuasa dan siap jadi PM lagi dok tunggu apa lagi... kuasa sudah ada ditangan...buat laa apa yg dihajati tuu...siap boleh guna tv radio lagi sebab kita yg memerintah skrg....

Namun hakikatnya semua sudah tinggal menjadi kenangan....

Hadi dan Najib sama-sama terdesak untuk pagar diri

SUSUPAN PETANG                                                                                          

  https://lh3.googleusercontent.com/LRZgivlfsWU7i_UHRdrlbw4CxDBnOD3NveuPEsWkx0ZW323dqvtIvB9TEzLIDjDyk7f7W-2oXxWM00FEVJM
Serupa tetapi tidak sama Najib Razak dan Abdul Hadi Awang dalam usaha untuk mengekalkan kedudukan dan menjaga wibawa parti mereka mengambil tindakan tergesa-gesa yang tidak popular. Najib yang terhimpit dengan isu 1MDB sudah terdesak sehingga sanggup menggunakan berberapa akta termasuk Akta Hasutan 1948 untuk menutup kebusukannya dari terus beruap.

Dua buah akhbar The Edge dan The Edge Financial digantung permit penerbitan selama tiga bulan. Sebelum itu SKMM telah bertindak menyekat portal Sarawak Report dan memberi ugutan kepada mana-mana pihak yang menyiarkan maklumat mengenai 1MDB akan dikenakan tindakan.

The Edge dan The Edge Financial Daily
The Edge dan The Edge Financial Daily
The Edge dan The Edge Financial Daily
Beberapa orang (yang sebenarnya) dijadikan kambing hitam disebalik pendedahan penyalahgunaan wang 1MDB juga telah ditangkap dan disiasat dibawah akta hasutan. Mereka juga dihalang untuk bergerak bebas ke dalam negeri dan dan juga diluar negara. Antara mereka yang disekat perjalanan ke luar negeri ialah Pengerusi DAP Selangor Tony Phua dan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Bekas ketua pembangkan Anwar Ibrahim lebih awal disekat dengan cara lebih kejam lagi menerusi penjara selama lima tahun.

"Keluar Parti Tercerai Isteri Talak Tiga, Kekal Pula Mungkin Kena Madu Tiga"

oleh Shahbudin Husin, 


Pas tentunya ketika ini sedang terpukul berikutan wujudnya sebuah parti baru dalam proses penubuhan yang dinamakan Gerakan Harapan Baru atau GHB yang ditunjangi oleh kumpulan profesional dan progresif yang selama ini menjadikan parti itu lebih diterima ramai oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Dengan terpisahnya golongan profesional dan progresif daripada parti itu, Pas yang didominasi oleh kumpulan pro ulama sejak pemilihan yang lalu, akan menjadi parti yang lebih tertutup dan semakin dijauhi, bukan  saja oleh pengundi bukan Islam tetapi juga oleh masyarakat Melayu sendiri.

Dengan semata-mata berjuang atas nama hukum tetapi mengabaikan keperluan rakyat dan isu-isu semasa yang menggugat kepentingan negara, tiada sesiapa yang meminati lagi Pas selepas ini.

GHB yang bakal bergabung bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat 2.0 berserta NGO-NGO adalah harapan baru kepada rakyat yang mahukan perubahan dan kebaikan dalam bernegara lantaran sejak bertahun-tahun kebelakangan ini sikap kepedulian itu memang menjadi teras perjuangan mereka.

Menghadapi ancaman dan kedudukan mereka yang semakin terpinggir itu, pelbagai usaha dilakukan oleh Pas untuk menggagalkan penubuhan GHB. Selain melabelkan pendokong-pendokong GHB sebagai pengkhianat, proksi DAP, tidak mungkin mampu bertahan lebih dua tahun, mengingatkan tentang sejarah Berjasa serta Hamim dan sebagainya, terbaru ini isu bai'ah atau sumpah kesetiaan pula dimunculkan.

Tiga kali gabungan hancur isu agama, ada parti perlu beralah

Tiga kali gabungan hancur isu agama, ada parti  perlu beralah
Minggu lalu, parti dalam Pakatan Rakyat (PR) mengumumkan pakatan pembangkang itu tidak lagi wujud – selepas hampir setahun melalui satu hubungan yang berantakan.

PAS boleh dikatakan memulakan segalanya apabila memutuskan ikatan dengan DAP menerusi usul yang diluluskan tanpa bahas dalam muktamar tahunan parti yang menyaksikan jawatan dalam pemilihan disapu bersih golongan konservatif.

DAP bertindak balas dan mengumumkan hubungan kerjasama 7 tahun antara mereka sudah berakhir.

Keesokan harinya, PKR yang tiada pilihan lain, kemudiannya mengatakan PR “tidak lagi berfungsi secara rasmi”.

Tetapi Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tegas menyatakan PR tidak mati.

Ketika rakyat Malaysia memikirkan apa yang mungkin berlaku – PR dilihat sangat hampir (paling hampir dalam sejarah) mengakhiri pemerintahan Barisan Nasional (BN) – tetapi keadaan itu bagaimanapun bukan kali pertama berlaku.

Pertelingkahan PAS-DAP dilihat sebagai pertembungan antara Islam dan ideologi sekular – perjuangan sama dilalui Malaysia, sebagai sebuah negara, dalam arena politik selama berdekad lamanya.

PR ialah pembangkang peringkat persekutuan yang ke-4 terkubur sejak kemerdekaan. The Malaysian Insider melihat kepada gabungan lain sebelum PR dan sejauh mana kejayaan mereka

Sekat atau tidak, Tun M tetap sasar 1MDB

 
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau akan tetap menulis tentang isu 1MDB walaupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyekat Sarawak Report.

"Saya tetap akan menulis (mengenai 1MDB)," kata bekas perdana menteri itu ketika ditemui pemberita di lobi sebuah hotel di ibu negara hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai reaksinya terhadap kritikan yang dibuat kepada 1MDB selepas akses laman sesawang yang aktif membuat pendedahan mengenai agensi itu, Sarawak Report, disekat SKMM.

Sarawak Report telah disekat oleh SKMM di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 setelah menerima aduan dan maklumat daripada orang awam.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perjumpaan SKMM dengan pengarang portal berita semalam, Dr Mahathir berkata perkara tersebut membuktikan bahawa tapisan terhadap media memang wujud di negara ini.

"Ada tapisan terhadap media. Secara efektifnya, ada tapisan terhadap media," katanya ringkas.

Haram wakil rakyat PAS sertai GHB nikmati elaun, gaji, kata Haron Din

 Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din menasihatkan wakil rakyat PAS yang berbaiah supaya merenung sedalam-dalamnya kehendak baiah kerana ia turut menyebut soal elaun dan gaji. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Julai, 2015.
Wakil rakyat PAS yang mendukung perjuangan Gerakan Harapan Baru (GHB) haram menikmati gaji dan elaun mereka kerana kerusi yang dimenangi adalah berdasarkan tiket parti Islam itu, kata Datuk Dr Haron Din.

Mursyidul am PAS itu berkata, ini kerana semua wakil rakyat dan calon yang dipilih bertanding dalam pilihan raya sudah berikrar untuk setia dalam perjuangan dan tidak khianat kepada parti.

"Saya menasihatkan pihak yang berbaiah supaya merenung sedalam-dalamnya kehendak baiah itu kerana mereka berbaiah dengan Allah.

"Jika berlaku khianat, mereka khianat dengan Allah. Lebih-lebih lagi dalam baiah yang menyebut soal elaun dan gaji kerana ia haram dimakan jika berlaku pelanggaran baiah," katanya seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.

Semalam, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yaakob mengesahkan kewujudan akuan bersumpah bai'ah talak 3 yang perlu dilafazkan setiap wakil rakyat Kelantan sekiranya menyertai parti lain.

Dahulu DAP lah bintang pujaan hatiku, selepas bercerai segalanya dah jadi taik bintang..!!

ULASAN GreenBoc



Hairan kita. 

Sebelum ini tak timbul soal wali soal ketua di dalam Pakatan Rakyat. Tiba-tiba bila dah ada GHB, macam-macam "fatwa" dikeluarkan untuk menghalang ahli untuk menyertainya. Dia buat semua boleh, orang lain tak boleh.

Malah sebelum ini Haji Hadi sendiri yang memuji-muji DAP dan membuat kenyataan berikut:



Bila dah berseteru, sekarang hanya nampak yang buruk, yang baik semua sudah dihanyirkan.

Penyertaan wakil-wakil PAS di dalam kerajaan PR Pulau Pinang dan Selangor itu dikira bagaimana pula? Tidakkah wajar PAS mengarahkan wakil-wakil dan ahli-ahlinya untuk letak jawatan?

Pinjam balik syair itu, biar anjing dan serigala menyalak, kabilah GHB berjalan terus ke Putrajaya bersama Pakatan baharu yang bakal ditubuhkan!

p.s. kami tak sebut pun siapa anjing dan serigala itu... ia berbalik kepada tuan yang awal menyebutnya... demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan...

sumber 

Rafizi saman balas Najib dan Rosmah

rafizi-saman

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata dia telahpun memfailkan saman balas terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya, saman balas itu bagi mendidik rakyat supaya tidak takut dengan ugutan dan tindakan saman yang menjadi senjata utama Najib.

“Oleh itu, saya telah menyaman kembali Najib dan Rosmah dalam tuntutan balas kerana tindakan saman yang dibawa terhadap saya itu adalah percubaan untuk menutup mulut saya daripada terus membawa isu rakyat yang tidak disegani oleh Perdana Menteri.

“Saya berpendapat memandangkan rakyat tidak pernah berhadapan dengan seorang Perdana Menteri yang menggunakan tindakan saman untuk menjawab kritikan pembangkang, rakyat juga perlu tahu bahawa hujah-hujah pembelaan dan tuntutan balas di mahkamah mempunyai asas yang kukuh dan bersifat kepentingan awam,” jelasnya.

Hadi berhak sokong Najib, tapi PAS perlu henti fitnah DAP

SUFI9589
KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhak untuk menyokong dan memberi talian hayat kepada Perdana Menteri yang dilanda skandal 1MDB. Tetapi tiada tolak ansur apabila PAS terus memfitnah dan menyerang DAP.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, terpulang kepada Presiden PAS untuk mengutuk Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak, walaupun sebelum ini Hadi membisu apabila Mahathir menyerang Tun Abdullah Ahmad Badawi sejak 2008.

Namun, katanya, PAS perlu sedar bahawa DAP tidak boleh berdiam diri apabila pemimpinnya seperti Datuk Mustafa Ali meneruskan serangan dan fitnah terhadap parti sosial demokrasi itu, seperti tuduhan yang dibuatnya di Kuala Terengganu semalam.

“Mustafa mengulangi tuduhan palsu kononnya pemimpin DAP angkuh, dan menuduh DAP memasang perangkap terhadap pemimpin progresif PAS untuk menjadikan Gerakan Harapan Baru (GHB) sebagai proksi DAP,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, jika DAP angkuh bagaimana ia boleh melayan tuntutan Hadi yang mahu duduk di kerusi kedua di sebelah Ketua Pembangkang Parlimen, walaupun perwakilan PAS adalah minoriti dalam barisan pembangkang, iaitu PAS hanya ada 21 Ahli Parlimen berbanding DAP 38 dan PKR 30.

Ahli PAS perlu ISLAHKAN pemikiran yang bersifat EKTREMISME


 Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Pemikiran yang bersifat ekstremisme bukan hanya ada pada sebilangan ahli PAS, bahkan setiap komuniti, setiap organisasi politik, setiap kumpulan ideologi dan setiap penganut agama, ada sebilangan mereka yang ekstrim.

2) Ekstremisme ini berpunca daripada kurang ilmu psikologi, ilmu tasawuf, kurang bergaul dengan orang yang pelbagai, ujub dengan pendapat sendiri, ego tak bertempat, kurang rasionaliti, taksub secara sedar atau tidak, dan memandang rendah orang lain.

3) Dalam PAS ada golongan ini. Dalam PKR ada, dalam DAP juga ada. Bahkan dalam GHB juga sudah pun ada, walaupun masih diperingkat penubuhan. Dalam UMNO usah biara, berlambak - bukan lagi bilangan yang kecil.

4) Golongan ini akan cenderung memanipulasi apa jua fakta yang diterima, menafsir apajua maklumat yang sampai serta membuat kesimpulan yang ekstrim terhadap analisis sendiri berdasarkan fakta dan maklumat yang diperoleh bagi menjustifikasi keujuban diri, ketaksuban terhadap orang tertentu dan memaksa orang lain menerima pendapatnya.

ISU IMDB: SEBENARNYA SUDAH PUN ‘DITERTAWAKAN’

Antara Isu 1MDB
Seorang anggota Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa,"Secara peribadi bagi saya, keseluruhan penyiasatan perlu dipercepatkan dalam apa jua….Kita bermain dengan kepercayaan dan sentimen rakyat sekarang ini. Saya bimbang bahawa rakyat akan ketawa cara kita menangani sesuatu perkara,"

Sebenarnya apa saja kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak yang bertanggungjawab berkaitan dengan IMDB atau Tabung Haji atau MARA atau FELDA sedang ditertawakan oleh sebahagian besar rakyat. Jikalau dulu mungkin hanya 51% (rakyat Malaysia yang mengundi pembangkang dalam PRU 13 )yang ‘ketawa berdekah-dekah’ diatas tindakan pihak-pihak tertentu berkaitan dengan isu-isu di atas tetapi kini jumlah yang ‘ketawa’ mungkin sudah meningkat kepada 90% rakyat Malaysia yang berbuat demikian. Hanya 10% sahaja yang masih ‘yakin’ dengan apa yang diperkatakan oleh akhbar milik kerjaan BN. Dan yang 10% itu adalah terdiri daripada kumpulan Pak Menteri dan keluarga, Ketua-Ketua Bahagian UMNO dan mungkin juga seorang dua Ketua Cawangan UMNO yang terlalu ‘kekenyangan’ sehingga tidak sanggup lagi ‘membuka mata’ disebabkan terlalu ‘mengantuk’ dan tidak dapat berfikir secara rasional.

Semakin hari semakin luntur kepercayaan rakyat kepada kerajaan yang memerintah. Ini merupakan persepsi rakyat kini terutamanya selepas berlakunya ‘sunami balik kampung’ untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Jelas kelihatan dimana-mana sahaja tidak ada topik lain yang dibincangkan ketika menjamu selera hari raya selain daripada isu IMDB, Tabung Haji, MARA, FELDA. Di sana IMDB. Di situ Tabung Haji. Di surau isu Tabung Haji. Di pasar isu MARA. Di rumah Mak Ngah hal IMDB. Di rumah Pak Long di FELDA dibincangkan hal-hal yang berkaitand dengan FELDA. Pendek kata hanya di alam bilik air saja isu IMDB,Tabung Haji, MARA dan FELDA tidak dibincangkan. Mungkin juga sedang difikirkan. Mungkin.

Siapakah watak utama dalam 1MDB yang Anwar suruh tangkap..!!??

'Tangkap 'watak utama' 1MDB demi pulih keyakinan'

 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya pihak berkuasa bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi memastikan 'watak utama' bagi skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangkap.

Bekas ketua pembangkang yang dipenjara itu berkata, tindakan tegas terhadap pihak terbabit perlu diambil bagi mengembalikan keyakinan rakyat dan para pelabur memandangkan nilai mata wang ringgit kini merudum.

"Walaupun beberapa tangkapan telah dilakukan, tidak salah untuk terus berasa curiga sehinggalah tindakan diambil terhadap 'watak utama' skandal ini.

"Pihak berkuasa mesti bekerjasama dengan badan-badan antarabangsa seperti Polis Antarabangsa (Interpol) kerana beberapa 'watak utama' atau saksi kini berada di luar negara.

"Tindakan tegas mesti diambil untuk mengembalikan keyakinan rakyat dan para pelabur. Tiada sesiapa yang bersalah, tidak kira betapa tinggi kedudukannya, patut terlepas," kata Anwar dalam perutusan yang disampaikan melalui peguamnya.

Dilaporkan akhbar Wall Street Journal (WSJ) mendakwa hampir AS$700 juta dana 1MDB disalurkan ke akaun persendirian Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sejak 2008 mereka berkawan semuanya manis, mai dah tak suka nie semuanya hodoh belaka..!!

Kenapa PAS berkawan dengan DAP sebelum ini, soal Khalid Samad


Gesaan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada ahli-ahli PAS agar tidak menganggap DAP sebagai “wali” lewat petang semalam, tidak disenangi Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Menurut Khalid, seruan presiden PAS itu menimbulkan tanda tanya kepada sikap parti Islam itu yang sejak 2008 bersama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Apa yang berlaku dari 2008 sehingga sekarang ini, kita tertipulah dengan pimpinan yang selama ini cakap (berulang kali) kukuhkan PR, kukuhkan PR; tetapi kini dah mula menyerang DAP, kata DAP cauvinis, anti-Islam.

"Lalu yang selama ini kita berkawan dengan DAP, memerintah sejak 2008 ini, apa cerita? Jadi, mana logiknya?" kata Khalid kepada The Malaysian Insider di pejabatnya di Shah Alam, semalam.

Hadi semalam mengingatkan ahli parti itu tidak menjadikan DAP sebagai ketua kerana mereka "tidak beriman".

Alor Setar - Wang terkeluar secara tiba-tiba dari mesin ATM

Wang terkeluar secara tiba-tiba
Wan Mohd Assamudin menunjuk wang yang diterimanya dari ATM BSN di Jalan Tun Razak Alor Setar.

KUALA NERANG - Seorang peniaga terkejut apabila mesin juruwang automatik (ATM) tiba-tiba mengeluarkan wang sebanyak RM500 sebelum dia memasukkan kad pintar miliknya di Alor Setar, baru-baru ini.

Wan Mohd Assamudin Ahmad, 50, berkata, semasa mahu mengeluarkan wang simpanannya di Bank Simpanan Nasional (BSN), Jalan Tun Razak, Alor Setar, pada 31 Mac lalu, dia gagal memasukkan kad pintarnya di dalam ATM di situ.

Menurutnya, selepas itu dia cuba menekan beberapa butang di mesin itu dan tiba-tiba satu kad pintar telah keluar dari mesin itu, kemudiannya wang sebanyak RM500 turut keluar dari mesin berkenaan.

"Bimbang dengan duit itu yang tidak tahu hak milik sesiapa saya terus mengambilnya untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.
"Apabila pulang ke rumah saya tertinggal kad pintar yang terkeluar dari ATM di mesin itu, selepas pergi semula ke mesin berkenaan saya mendapati kad pintar itu sudah tiada dan saya pulang semula," katanya.

Wan Mohd Assamudin berkata, akibat bimbang wang itu ditangannya, dia telah berjumpa dengan pengurus BSN di situ untuk diserahkan wang berkenaan kepada pihak bank.

Bagaimanapun, menurutnya, pihak bank menasihatkannya supaya memegang duit itu dan akan memaklumkan kepadanya jika ada pihak datang untuk menuntut wang tersebut.

"Sehingga hari ini saya difahamkan belum ada pihak datang ke BSN untuk menuntut wang berkenaan dan ini sangat merisaukan saya.

"Selepas beberapa hari saya juga turut menerima penyata akaun dari bank dan mendapati wang saya tidak terjejas," katanya.

Wan Mohd Assamudin merayu kepada  pihak yang mengeluarkan wang mereka pada hari itu tetapi gagal, hubungi dirinya menerusi talian 0164166676.

Kasut bundle dan mentaliti jumud perkauman

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2014/01/Kasut-Bundle.jpg
Saya ke kedai bundle membeli sepasang kasut. Semasa penjual mempromosi kasut tersebut, seribu satu kebaikan dinyatakan kepada saya tentang kasut itu. Akhirnya saya tertarik dan menyambar terus kasut tersebut dengan harga RM100.

Buat pertama kali saya memakainya, saya travel dari Johor ke Kuala Lumpur. Malangnya, sekembali saya dari KL, kasut tersebut tertanggal dan terkoyak disana sini. Ulangan; baru sekali saya mengenakannya!

Saya rasa kecewa. Ia tidak seindah apa yang diceritakan oleh penjual tempoh hari. Kata orang, indah khabar dari rupa. Bahkan harganya RM100! Saya dengan penuh kesal lantas membayangkan; "kalau aku beli kasut baharu yang tidak berjenama di kedai-kedai biasa, setidak-tidaknya bolehlah bertahan untuk beberapa bulan kalaupun bukan setahun!

Saya ambil keputusan ke kedai bundle itu semula dan memohon jasa baik dari tuan kedai untuk buat sedikit 'repair' - gam dan jahit serba sikit mana-mana yang perlu.

Tersentak sungguh. Tuan kedai naik berang dan memarahi saya!

"Biasalah... kasut bundle. Kalau awak pergi kedai Cina jual kasut baru sekalipun, jangan harap dia nak bagi muka. Once sold, considered no claim tau! Cina takkan bagi muka punya awak tahu!"

Saya tak tertahan juga. Dalam hati saya membebel. Tuan kedai ni yang tiba-tiba nak marah-marah ni kenapa? Saya cuma minta repair sikit mana yang boleh. Saya bukan ambil free kasut ni dari tuan kedai. Saya beli. Berilah muka sikit. Kalau tak mahu tolong pun, apa cakap pakai bahasa elok-elok tak boleh? Kata 'customer is always right'!

Dia masih terus marah-marah. Bikin saya panas!

Saya pun buka mulut.

"Abang ni boleh tolong repair ke tidak? Yang abang duk kata Cina kalau jual kasut tak bagi muka tu, yang abg ni pula macam mana? Yang masa jual kasut ni dekat saya hari tu sambil janji macam-macam duk kata kasut ni bagus, baru sekali saya pakai dah 'out', abang menipu saya ke? Melayu tipu Melayu ke? Cina tu jual kasut baru, abg jual kasut 'second hand', nak bagi muka ke tidak? Nak tolong repair ke tidak?"

Muka tuan kedai tadi naik merah. Dia balas pendek saja. "Dah dah dah... mai sini kasut tu aku bikin..."

Saya tak beri kasut tu. Saya pusing, ucap tarima kasih, saya repair lain kali saja. Saya pun balik.

Baik Melayu, Cina, India atau apa bangsa anda sekalipun, Tuhan ciptakan kita berbeza-beza lita'arafu. Untuk saling mengenal. Untuk sebarkan kebaikan dan persaudaraan.

Bukan untuk menindas, nak tunjuk siapa kuat atau berkomplot menjatuh antara satu sama lain atas sentimen sempit asobiyah perkauman.

Jangan jatuhkan karamah insaniyah sesama manusia hanya kerana bangsanya beza.

Memang ada Cina jahat. Tapi Melayu juga ada yang jahat, India juga ada yang jahat!

Melayu memang ada yang baik. Tetapi apa kurangnya ada juga Cina dan India yang baik.

*Sheikh Omar Ali merupakan pegawai khas kepada Ahli Parlimen Kluang/Pengerusi DAP Johor; Liew Chin Tong.


Hentikan serang menyerang sesama kita, musuh kita sebenarnya BN yang sedang merosakan negara

Oleh Mazlan Aliman

http://cdn.kisahmuslim.com/wp-content/uploads/2015/07/17-Ramadhan-Perang-Badar.jpg

Samada kita PAS, PKR, DAP, GHB atau NGO, hentikan serang menyerang sesama kita. Syawal yang disambut dengan bermaaf maafan, kunjung mengunjung eratkan silaturrahim; jangan dirosakkan atas tuturkata dan tindak tanduk kita yang melampau.

Apa medan dan wadah yang digunakan adalah untuk kepentingan rakyat. Tingkatkan daya intelek dan segarkan idea baru. Pendidikan politik khususnya penduduk luar bandar sangat penting kerana kadar celik politik mereka masih rendah.

Sekadar menuding jari mencari aib dan kesalahan mana mana pihak adalah amalan lapuk. Memperlekeh dan merendahkan seseorang, menyebarkan cerita silam dengan tujuan menjatuhkan nama baik individu tertentu adalah tercela. Kita mesti bergerak ke hadapan dengan gagasan besar bagi menyelamatkan negara dari kerosakan dan kehancuran.

Samada kita berslogan Istiqamah sehingga kemenangan atau membawa Harapan Baru, buktikan dengan iltizam melalui contoh tauladan yang baik. Ini cerminan yang diperhatikan masyarakat.

Moga usaha kita diberkati dan dirahmati Allah.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...