TERKINI :

Thursday, July 23, 2015

Jangan anggap DAP seperti wali - Hadi Awang

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mengingatkan anggota parti itu tidak menjadikan DAP sebagai "wali" atau ketua.

Beliau berkata hanya anggota parti yang sedar mengenai perjuangan Islam bersama fadilatnya dapat membezakan antara kawan dan wali.

"(Mereka) boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya, tetapi tidak boleh berwalikan DAP kerana tidak beriman dan budiman," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan (perjuangan Islam) tersebut, sanggup hidup dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya, kerana tidak membezakan di antara kawan dan wali," katanya dalam kenyataan media bertajuk "Kepada sesiapa yang berkenaan PAS sahaja."

Kenyataan Abdul Hadi itu sebagai reaksi kepada tindakan sekumpulan pemimpin PAS yang diketuai oleh bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang telah menubuhkan parti serpihan, Gerakan Harapan Baharu (GHB) yang diuar-uarkan akan menggantikan PAS dalam gabungan parti pembangkang.

GHB dijadual ditubuhkan pada 14 September depan.

Beliau juga turut memuji anggota PAS yang tidak 'merajuk' dan terus beristiqamah atau taat menjalankan sesuatu urusan walaupun tidak terpilih dalam muktamar PAS atau tidak tercalon dalam pilihan raya dan 'tidak mendapat projek dan balak'.

"Mereka yang merasakan dirinya sangat bijak tanpa hubungan erat dengan Allah pasti tidak selamat dengan rasa bijaknya sahaja, tetapi tidak mampu mengubah dasar, mengalih matlamat kerana ingin mencapai cita-citanya yang segera menggunakan PAS.

"Sesiapa yang terkeliru tidak mengikuti PAS daripada awal dan pula hanya memintas di tengah jalan, hanya meramal untuk menang dunia sahaja," katanya.

Abdul Hadi berkata sesiapa yang tidak istiqamah atas aqidah, dasar dan matlamat pasti akan berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar dari jemaah.

"Sesiapa yang hanya ingin berlakon, Allah Maha Mengetahui dia hanya pelakon dan dikeluarkan tanpa diduga dan disangka, bersama pelakon tambahannya," katanya.

Dr Ismail terajui Harapan Baru Kedah

ALOR SETAR - Bekas Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah penggal lalu (2013-2015), Datuk Dr Ismail Salleh menerajui Harapan Baru di Kedah apabila dilantik sebagai Pengerusi gerakan itu.

Dr Ismail yang juga bekas Adun Alor Mengkudu dan bekas Yang Dipertua Pas kawasan Alor Setar mengesahkan, lantikan dibuat sebulan lalu oleh Harapan Baru walaupun masih di peringkat penaja.

“Kami masih menyusun gerak kerja sebelum adakan pelancaran secara rasmi pada 22 Ogos sempena Gelombang Harapan Baru Kedah, yang akan diadakan di Sungai Lalang, Sungai Petani,” katanya kepada Sinar harian.

Pelantikan itu bagaikan tamparan hebat buat Pas Kedah, apabila bekas Exco kerajaan negeri PR itu secara terang-terangan mengisytiharkan diri sebagai penggerak utama Harapan Baru di Kedah.

Dr Ismail sebelum ini terpalit dengan krisis Exco 2012 bersama Datuk Phahrolrazi Zawawi yang kini Presiden Pasma, yang secara terbuka menyatakan tidak sehaluan dengan bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak ekoran perbezaan pendapat dalam menangani isu-isu dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Kedua-dua pemimpin itu kini tidak lagi memegang jawatan penting dalam barisan kabinet Pas Kedah, sebaliknya masih kekal sebagai ahli Pas.

Biarpun kini beralih arah, Dr Ismail yakin maklum balas terhadap gerakan baru ini memberangsangkan.

“Gelombang positif yang diterima di Perlis dan Kelantan baru-baru ini akan sampai ke Kedah. Sasaran kita bukan fokus pada ahli Pas semata-mata, kita sasarkan orang ramai yang mahu bersama dalam perjuangan kami,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan akan ada ahli Pas Kedah keluar parti beramai-ramai dan menyatakan sokongan kepada Harapan Baru, Dr Ismail berkata, sekiranya dakwaan itu benar, ia berlaku secara sukarela dan bukan paksaan.

“Harapan Baru diwujudkan untuk menjadi penyambung kepada PR 2.0 berikutan PR sedia ada sudah berkubur sebaik sahaja Pas memutuskan usul putus hubungan dengan DAP pada muktamar lalu. Kami bersedia ambil alih tempat Pas dalam PR, sebab Pas yang menolak kerjasama itu,” katanya.

Menurutnya, undi yang diberikan rakyat kepada PR pada PRU lalu sebanyak 52 peratus tidak wajar disia-siakan, namun harapan itu musnah apabila PR berkecai.

“Jambatan baru iaitu PR 2.0 mesti dibina semula untuk tidak menghampakan rakyat dan Harapan Baru adalah satu daripada tiang baru PR 2.0. Penubuhan parti baru berasaskan gerakan ini adalah tuntutan majoriti rakyat,” katanya.

Ditanya sama ada beliau bersedia dikecam gara-gara menyertai gerakan ini, selepas terpalit kontroversi sebelum ini, katanya, pihak luar yang memberi gelaran itu.

“Saya tidak melabel diri saya pencetus kontroversi. Apa yang berlaku sebelum ini adalah pertembungan dua pemikiran yang berbeza dalam parti, seterusnya menyaksikan kami ‘dihalau’ apabila tidak terpilih dalam pemilihan parti, sedangkan kami masih diterima rakyat,” katanya.

Menurutnya, beliau akan meneruskan perjuangan politik bersama Harapan Baru kerana mahu mengubah lanskap politik yang perlukan pembaharuan.

“Saya tidak akan bersara dari dunia politik kerana jiwa saya orang politik.

Saya sekadar ubah haluan dan teruskan perjuangan bersama Harapan Baru,” kata ahli Pas seumur hidup kawasan Alor Setar ini.

Mengulas mengenai keahliannya dalam Pas, katanya, beliau tidak akan keluar parti sebaliknya membiarkan keahlian gugur secara automatik apabila secara sah menyertai parti baru 14 september depan.

Hati-Hati, Rakyat Sedang Cuba Dikelirukan Daripada Isu Pokok RM2.6 Bilion




Untuk mereka yang mungkin sudah terlupa, sengaja lupa atau buat-buat lupa, isu pokok yang sedang dihadapi negara ketika ini ialah berkenaan pengaliran wang sejumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Razak.

Isu ini yang didedahkan oleh The Wall Street Journal (WSJ) sangat memerlukan penyelesaian segera ia kerana ia menjejaskan nama Perdana Menteri dan juga imej negara di mata dunia.

Rakyat juga ingin benar mengetahui kebenarannya supaya boleh menentukan sama ada mahu mengekalkan Perdana Menteri yang sama atau menukarnya dengan pemimpin lain.

Oleh kerana jawapan Najib masih kabur mengenai wang tersebut,  orang kampung dan makcik-makcik Felda mula menyoal, "apa nak dibuat dengan duit sebanyak itu?"

Sementara Najib tidak menafikan secara jelas berkenaan kemasukan wang tersebut, sebaliknya hanya berkata, "saya tidak ambil wang 1MDB untuk kegunaan peribadi", tetapi pasukan petugas khas  yang diketuai oleh Peguam Negara mengesahkan akaun bank yang didedahkan itu adalah miliknya dan sudah ditutup.

Mukhriz MB paling sempoi kata Siti Nurhaliza

 
Selepas memuji - dan mengagumi - bapanya Datuk Siti Nurhaliza menunjukkan sikap mesra dengan si anak, iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dalam kemas kini di Instagram dan Twitter, penyanyi Percayalah itu bergambar bersama Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah.

Turut bergambar ialah suami Siti, Datuk Khalid Mohd Jiwa dan isteri Mukhriz Datik Seri Norzieta Zakaria.

Mengiringi gambar itu ialah pujian spontan Siti: Hehehe..MB paling sempoii.

Dakwaan HARAM menubuhkan PARTI ISLAM selain PAS adalah PALSU

DAKWAAN HARAM MENUBUHKAN PARTI ISLAM SELAIN PAS ADALAH PALSU


Dr Yusof Al-Qadhawi dalam bukunya yang bertajuk "Min Fiqh Ad-Daulah Fil Islam", Terbitan Dar As-Syuruq, Cetakan Tahun 1997, muka surat 151-154 menjelaskan seperti berikut:

1. Adalah harus menubuhkan pelbagai parti Islam dalam sesebuah negara islam, yang setiap satunya memiliki ciri-ciri pemikiran, metodologi dan pendekatan politik yang berbeza-beza.

Setiap parti islam mestilah disokong dengan hujjah-hujjah dan riwayat-riwayat yang sahih dalam tindakan mereka. Oleh itu sesiapa sahaja boleh menyokong mana-mana parti islam yang telah ditubuhkan mengikut keyakinan mereka masing-masing. Sesiapa pun boleh menolak jika didapati ada parti lain yang lebih baik.

2. Pelbagai parti dalam bidang politik adalah sama seperti pelbagainya mazhab dalam bidang fekah. Perbezaan pelbagai mazhab tidak boleh dielak disebabkan setiap madrasah pemikirannya memiliki dasar-dasarnya yang khusus di dalam memahami syariat dan mempunyai perbezaan cara mengeluarkan hukum daripada dalil-dalilnya yang komprehensif.

Oleh kerana parti politik islam juga mengambil hukum dan nas daripada pelbagai mazhab yang berbeza aliran pemikirannya ini, maka cara, pendekatan dan metodologi politiknya juga tidak sama. Maka wajar berlakunya kepelbagian parti politik.

Ustaz muda pengaruhi Hadi tumpu perjuangan hanya Hudud

Ustaz muda pengaruhi Hadi tumpu perjuangan hanya Hudud
Kemasukan kumpulan ustaz muda ke dalam PAS mengubah sikap Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi lebih tertutup kata anak lelaki bekas presiden PAS Muhammad Faiz Fadzil.

Kata Faiz, golongan tersebut menyertai dan aktif dalam PAS selepas wujud kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

Mereka, katanya, kemudian memencilkan perjuangan Islam PAS hanya kepada isu hudud sahaja.

“Kebiasaannya mereka memegang jawatan dalam PAS dan mula menyingkir golongan profesional dengan melancarkan pelbagai isu, seperti menolak DAP dan pada masa sama, mengabaikan slogan PAS for All (PAS untuk semua).

“Golongan ini melihat islam terhad kepada hudud saja semata-mata dan manu pecahkan pakatan rakyat,” katanya di forum anjuran Dewan Perhimpunan Cina Negeri Sembilan semalam.

Cerita santai tak sangkut paut perang sudara antara #HarapanBaru & #PAS

CERITA ONE PIECE
Oleh: Dr Tanaka Mustafa


"Keluar kamu dari kapal ini, pengkhianat!" sergah salah seorang Pembantu Nakhoda Kapal.

"Baiklah" jawab Jurutera pembuat kapal.

Sang Jurutera beredar dan menemui para penumpang kapal.

"Sesiapa yang tidak selesa lagi berada di atas kapal ini, mari ikut aku dan rakan-rakanku, kita bina kapal baru!" laung sang Jurutera pembuat kapal itu.

Gegak gempita dibuatnya kapal itu apabila laungan sang Jurutera disambut ribuan penumpang yang ada di atas kapal.

"Kami sedia mengikut kamu!" jerit mereka penuh bersemangat.

Kapal besar yang mempunya beberapa tingkat penempatan itu bergegar dengan riuh rendah di tingkat paling atas.

Satu persatu ketua-ketua cluster di tingkat paling atas keluar menyatakan sokongan untuk mengikut Jurutera itu menubuh kapal baru. Kapal yang sedang mereka naiki ini sangat perlahan pergerakannya.

Puas mereka bertanya Nakhoda, namun nakhoda hanya berdiam diri. Malah kata-kata nakhoda meminta sesiapa yang mahu lebih laju, buat kapal sendiri. Cabaran ini membuatkan mereka yang mahu cepat ke destinasi, bertambah bersemangat untuk bersama kapal baru.

'Penyiasat 1MDB bertindak kerana gugup'

 
Kempen mempertikaikan siasatan kes 1MDB mendorong pasukan bertindak khas bergegas membuat tindakan dan melakukan tangkapan, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Kata Kadir, ada sumber memberitahu tangkapan berkenaan sebahagiannya dibuat kesan kempen dilakukan jentera propaganda Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menulis dalam blognya, bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd itu berkata, jentera propaganda Najib yang diketuai Datuk Abdul Rahman Dahlan meningkatkan usaha mempertikaikan pengkritik perdana menteri serta menimbulkan keraguan terhadap siasatan - rasmi dan tidak rasmi - 1MDB.

"Pihak terkini yang dibabitkan dalam kempen ini ialah wartawan Sarawak yang kurang dikenali bernama Lester Melanyi dan mengaku mengetahui mengenai pemalsuan dan pengubahsuaian dokumen 1MDB oleh Sarawak Report - dakwaan yang dinafikan mereka," tulis beliau.

PAS lancar kempen kibarkan bendera parti

Lajnah Penerangan PAS Pusat mengisytiharkan bulan Syawal sebagai bulan mengibarkan bendera PAS mengambil semangat bulan kemenangan Islam selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata menjadi tangungjawab setiap ahli parti untuk menyampaikan mesej perjuangan Islam kepada masyarakat dengan mengibar serta menjulang panji perjuangan dengan bangga dan yakin.

Jelasnya, mesej perjuangan tidak seharusnya terhad dengan memberi ceramah dan tazkirah sebaliknya perlu menggunakan pelbagai cara termasuk menonjolkan imej seperti mengibar bendera parti.

“Antara pendekatan berkesan untuk menghantar isyarat kebangkitan, menyemarakkan semangat perjuangan dan memugar jiwa pejuang ialah dengan mengibarkan bendera jemaah.

Harapan Baru sambut baik muafakat baharu politik


Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu menyambut baik pengumuman dua personaliti PKR dan DAP berhubung penubuhan gabungan baharu pembangkang.

Menurut Mohamad, pengumuman Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli politik veteran DAP, Lim Kit Siang secocok dengan hasrat GHB yang mahu melihat jalinan di antara parti politik, badan bukan kerajaan serta rakyat lebih kukuh.

"Kenyataan kedua-dua pemimpin itu selari dengan hasrat Harapan Baru yang mahu menghidupkan semula gerakan kerjasama parti-parti politik, NGO dan rakyat dengan lebih utuh selepas Pakatan Rakyat terkubur.

"Seperti ditegaskan Harapan Baru pada majlis pelancaran 13 Julai lalu, negara berada dalam kedudukan yang sangat meresahkan.

"Maka, bagi Harapan Baru, pembentukan muafakat baru seperti yang dinyatakan, sangat kritikal pada waktu ini, untuk memimpin kebangkitan rakyat dan anak muda dalam misi 'Menyelamatkan Malaysia' dari bencana kemusnahan hasil dari kegagalan pentadbiran Umno Barisan Nasional," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mufti Penang pula kata Sumpah "Ta'liq Talak Isteri" yang PAS lakukan tidak sah..!!

SUMPAH TA'LIQ TALAK ISTERI AHLI PAS TIDAK SAH


Jabatan Mufti Neger Pulau Pinang menerima banyak pertayaan daripada orang ramai mengenai sumpah bai'ah (kesetiaan) yang dilafazkan oleh ahli DUN dan Parlimen Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan tertalaknya isteri dengan talak 3 sekiranya keluar parti atau melompat ke parti lain.

Pertama sekali saya selaku Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menyatakan rasa kesal terhadap sikap memandang ringan dan memudah-mudahkan terhadap lafaz talaq semata2 untuk mencapai kepentingan diri atsu kumpulan sendiri, sedangkan talaq atau perceraian antara pasangan suami isteri adalah perkara yang paling dibenci Allah walaupun ianya diharuskan di dalam syari'at dalam keadaan yg terpaksa dilakukan kerana mempertimbangkan kemudaratan yang lebih besar skiranya hubungan antara pasangan diteruskan.

Oleh yang demikian ikatan perkahwinan adalah tidak wajar sama sekali dileraikan semata-mata untuk memaksa kesetiaan seorang Muslim kepada sebuah parti politik atau apa jua pertubuhan yang berkepentingan.

Selepas mengulas berkenaan #HarapanBaru kini Agus ulas bab Bai'ah PAS pula..!!

Mohammad Agus Yusoff


WAJARKAH BAIAH TALAK TIGA PAS?

Bagi pendokong PAS, mereka kata wajar atas hujah berikut:

i. supaya pemimpin yang dipilih atas tiket parti PAS tidak mengkhianati perjuangan, apatah lagi perjuangan Islam PAS.
ii. sebelum baiah ini dibuat, pemimpin ini tidak bantah pun baiah tersebut.

Mufti Kelantan telahpun menyatakan baiah ini sah. Bermakna apabila pemimpin PAS tersebut keluar dari PAS, maka jatuhlah talak tiga ke atas isterinya. Jika ada pertikaian, rujuklah ke Mahkamah Syariah untuk keputusan autoritatifnya.

Bagi bukan pendokong PAS, mereka menyatakan tidak wajar atas hujah berikut:
i. Cerai perlu dibuat secara sukarela, bukan paksa.
ii. Cerai adalah perbuatan yang paling Allah tegah dan tidak boleh dibuat main-main.
iii. Baiah setia itu hanya pada Allah, bukan pada parti dan pemimpin.

Meneliti kedua-dua hujah, saya tidak berupaya untuk mengulas sah atau tidak sahnya baiah ini.

Tetapi sebagai pelajar politik, komen saya sederhana sahaja: saya terkejut isteri pun boleh dicagar sebagai syarat untuk setia pada parti bagi menjadi calon dalam pilihan raya. Bertanya saya dalam hati, apakah Islam membenarkan perbuatan sebegini?

Merenung seterusnya, jika betullah ada baiah cerai talak tiga jika keluar dari parti PAS, ini adalah sekarut-karut tindakan!

Jangan salahkan Ustaz Azhar Idrus, pesanan dia pasal pemilihan tu memang betul cuma tanyalah dia balik...!!!

Usin UG Ceroi 



Tok tak salahkan ustaz azhar. Org tanya secara umum, dia pun jawab secara umum. Mmg la, kalau secara umum kalah pemilihan dlm parti tak elok keluar parti. Tapi, cuba tanya ostat azhar soalan2 ini;

1. Parti komunis Lenin dulu waktu pemilihan ada guna "chai" tak?

2. Parti komunis lenin tu bkempen dlm pmilihan ada label melabel...tuduh menuduh...kmudian yg dituduh tak pula disiasat, contohnya geng "hawai five 0" tu...mana siasatan? Parti komunis ada bkempen camtu?

3. Lenin tu rajin ke malas dtg mesyuarat? Lenin tu dia guna kputusan mesyuarat ke atau kuasa veto dia?

4. Lenin pernah fitnah kawan sendiri edar pil kuda tanpa bukti dan saksi tak?

Byk lagi beza parti tok dgn parti komunis yg menunjukkan kehebatan parti tok berbanding parti komunis.

Ada ustaz azhar idrus tahu semua kisah ini? Jadi...nak tanya ustaz azhar jgn tanya bab politik dalaman sbb dia tak duduk dlm kancah politik.

Dia umpama ustaz yg tahu hukum haid dan nipas, tapi dia tak pernah alami haid dan nipas.

Najib tiada pilihan kecuali saman WSJ, kata peguam

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak ada banyak pilihan kecuali saman fitnah selepas The Wall Street Journal (WSJ) berpegang teguh kepada laporannya yang mendakwa AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun bank peribadinya, kata peguam.

Kelewatan perdana menteri mengambil tindakan undang-undang akan menyebabkan akhbar itu dilihat memberi laporan tepat dalam artikel disiarkan pada 2 dan 6 Julai itu, yang dikatakan berdasarkan dokumen daripada penyiasat Malaysia.

Peguam yang ditemubual juga berkata Najib, yang menyambut hari jadi ke-62 hari ini, ada pilihan memfailkan saman di Malaysia atau di tempat lain di mana laporan itu diterbitkan.

Peguam Datuk Bastian Pius Vendargon berkata, langkah seterusnya ialah Najib perlu menamakan wartawan dan penerbit, Dow Jones & Company sebagai defendan untuk memulakan tindakan sivil kerana reputasi yang terjejas.

“Saya tidak fikir perlu peguam Najib menghantar notis tuntutan meminta penerbit itu menarik balik laporan dan minta maaf kerana mereka tegas dengan pendirian artikel yang disiarkan,” katanya.

Aidilfitri: KL 'ditawan' warga asing

Aidilfitri: KL 'ditawan' warga asing
Sebahagian warga asing berkumpul di perkarangan Menara Berkembar Petronas (KLCC) selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Dalam keceriaan umat Islam  meninggalkan ibu kota bagi menyambut 1 Syawal di kampung halaman mereka, bandaraya Kuala Lumpur menjadi 'milik' warga asing sempena Aidilfitri pertama hari ini.
    
Walaupun bukan lagi satu fenomena baharu saban tahun, namun lambakan warga asing sentiasa menimbulkan rasa kurang menyenangkan dalam kalangan warga kota dengan sikap kurang menjaga kebersihan kawasan sekitar.
    
Berdasarkan pemerhatian rambang oleh Bernama, puluhan ribuan warga asing dari Bangladesh, Indonesia, India, Nepal, Myanmar dan Vietnam mengambil kesempatan cuti umum untuk menyerbu beberapa kawasan tumpuan ramai.
    
Antara lokasi 'panas' kebanjiran warga asing ialah pusat beli-belah Kuala Lumpur City Centre (KLCC), Kota Raya, Pasar Seni dan kawasan sekitar Bukit Bintang.
    
Bagaimanapun, kebanjiran warga asing turut menimbulkan masalah kebersihan apabila tindakan mencemari kawasan sekitar merimaskan oleh mereka yang melepak secara berkumpulan.
    
Seorang rakyat Malaysia, Nur Habib Hasinuddin, 42, berkata warga asing terlalu ramai yang berkunjung ke ibu kota sehingga masyarakat tempatan pula khuatir untuk bersiar-siar.
    
"Kita pula yang takut untuk keluar kerana mereka (warga asing) lebih ramai daripada kita," kata juruteknik kilang itu ketika ditemui di KLCC.
    
Beliau, yang bersama keluarganya datang dari Segamat, Johor bagi menyambut Aidilfitri di ibu kota bagi kali pertama, berkata tidak pernah membayangkan ibu negara yang dipenuhi dengan warga asing.
    
Sementara itu, bagi G.Arivalagan, 39, tindakan warga asing mengotorkan bandar raya dengan antaranya meludah dan membuang sampah dan puntung rokok di merata tempat mencacatkan pemandangan dan status Kuala Lumpur sebagai ibu negara yang moden.
    
Kakitangan kerajaan itu berkata senario tersebut tidak harus berlaku kerana ia boleh menyebabkan imej Malaysia tercalar di kaca mata pelancong asing yang datang ke negara ini.
    
Beliau berharap pihak berkuasa memastikan warga asing yang datang ke bandar raya sentiasa menghormati peraturan dan budaya tempatan.
    
Namun, bagi warga asing, cuti raya ini adalah masa terbaik bagi mereka untuk bersiar-siar di ibu kota bersama rakan-rakan senegara berikutan tidak mudah memperolehi cuti panjang.
    
Hudnar Nizjar, 27, berkata warga asing selalunya akan bertemu dengan rakan senegara di ibu kota kerana ia merupakan destinasi yang mudah dilawati dengan menggunakan pengangkutan awam. - Bernama

Warga emas rayu anak datang melawat

Warga emas rayu anak datang melawat
Setiap kali Syawal tiba, anak-anak paling dirindukan oleh warga emas ini.

SUNGAI PETANI – Sudah tiga tahun menjadi penghuni pusat jagaan orang tua, seorang warga emas mengakui sangat merindukan anak-anaknya setiap kali menjelang Aidilfitri.

Penghuni pusat jagaan di salah sebuah lokasi di negeri ini yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Limah, 70-an berkata, anak-anaknya ada datang menjenguk setiap kali tibanya Syawal, namun dia sangat rindukan saat-saat bersama mereka, menantu dan cucu.

Bagaimanapun, apabila memikirkan layanan anak-anak terhadap dirinya yang sudah tua, dia lebih rela tinggal di pusat jagaan yang kini menjadi perlindungan buatnya berbanding bersama mereka yang sering bergaduh sesama sendiri apabila terpaksa menjaga dirinya.

Menceritakan kisah silam, Mak Limah mendakwa, dia pernah berkahwin sebanyak tiga kali namun tidak pernah kekal.

Menurutnya, dia tidak sanggup untuk terus berkongsi kerana ada antara suaminya seorang kaki pukul, pernah mencederakannya sehingga kini serik untuk berkahwin lagi.

"Mak Limah ada tujuh anak, empat anak lelaki dan tiga anak perempuan.

"Sejak Mak Limah disahkan menghidap kencing manis pada 2008 sehingga terpaksa menjalani pembedahan dan ditempatkan di hospital, anak-anak rasa terbeban kerana terpaksa membantu pergerakan sepenuh masa.

"Selepas penyakit merebak, doktor menasihatkan agar kaki kanan dibuang sementara penglihatan pula sedikit demi sedikit mula menunjukkan tanda-tanda sehingga kini menjadi kabur," katanya yang kini menggunakan kerusi roda sepanjang masa.

Anak tak terima selepas keluar hospital

Dakwa Mak Limah, sejak sekian lama menjalani rawatan di hospital akibat penyakitnya itu, dia akhirnya dibenarkan pulang apabila tahap kesihatan semakin stabil.

Namun, apabila pihak hospital menghubungi waris, kesemua anak-anaknya mula menunjukkan sikap endah tak endah.

"Mak Limah dimarahi kakitangan hospital kerana memberikan nombor telefon palsu sedangkan ia adalah nombor telefon anak sendiri.

"Apabila dihubungi, orang di talian mengesahkan tidak mengenali Mak Limah dan menjelaskan tersilap nombor.

"Mak Limah sedih dan menghubungi semula anak-anak dan bertanya mengapa mereka berbohong sedangkan Mak Limah tahu itu nombor anak-anak," katanya.

Akhirnya pihak hospital terpaksa menyerahkan warga emas terbabit ke pusat jagaan memandangkan tiada waris yang datang menuntutnya di hospital.

Mak Limah bagaimanapun reda dengan ketentuan Allah terhadap dirinya dan kini banyak menghabiskan masa bersama rakan penghuni lain di samping mendekatkan diri dengan Sang Pencipta.

Rayu anak datang melawat

Seperti rakan penghuni lain, warga emas itu berharap agar ada antara anak-anak yang mengingatinya serta meluangkan masa menziarahinya di pusat jagaan berkenaan sempena Aidilfitri.

Katanya, semasa masih muda, dia antara yang paling gembira menyambut hari raya dengan menyediakan pelbagai juadah untuk meraikan tetamu yang bertandang ke rumah.

"Namun, itu semua hanya tinggal kenangan dan kini hanya berkesempatan menyambut Aidilfitri bersama kakitangan dan rakan penghuni lain secara ala kadar.

"Sempena hari raya yang mulia, Mak Limah mohon ampun dan maaf sekiranya ada kesilapan yang pernah dilakukan terhadap anak-anak, namun Mak Limah merayu agar jenguk ke sini kerana amat merindui mereka," jelasnya dengan linangan air mata.

Dia bagaimanapun mengakui selesa berada di pusat jagaan berkenaan kerana diberi layanan, makanan, pakaian serta keperluan lain mengikut kesesuaian.

Selain menghabiskan masa bermuhasabah diri, Mak Limah lebih banyak bersendiri mengingati anak-anaknya di samping bersama rakan-rakan menghabiskan sisa-sisa hidup di pusat jagaan berkenaan sehingga ke penghujung usia.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...