TERKINI :

Tuesday, July 21, 2015

Jangan Jadi Mangsa Permainan Politik - TMJ

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor (TMJ) pada Selasa menasihatkan rakyat supaya tidak menjadi mangsa permainan politik.

Sehubungan itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, setiap kenyataan dan mutiara kata yang dikeluarkan dari semasa ke semasa bukan bertujuan untuk menimbulkan ketegangan tetapi bagi mendidik rakyat supaya tidak menjadi mangsa permainan politik tanpa mengira aliran mana sekalipun.

"Bahasa politik diolah supaya perkara yang dusta kedengaran seakan benar, dan perkara terkutuk seperti membunuh pun boleh kelihatan

"Perkara yang paling bahaya dan menakutkan adalah apabila manusia sanggup bermuka-muka demi mengejar kuasa dan kepentingan peribadi.

"Rakyat harus bijak menilainya. Johor tidak boleh dibenarkan untuk terperangkap dalam kekusutan dan mainan politik," katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun Facebook, Johor Southern Tigers pada Selasa.

Menurut Tunku Ismail, beliau sebagai Tunku Mahkota Johor bertanggungjawab untuk memastikan kedaulatan negeri dan bangsa Johor supaya tidak dimanipulasi oleh kepentingan dan cita-cita politik orang lain.

"Kita perlu bersatu demi mempertahankan kedaulatan dan hak mutlak negeri, serta kesejahteraan rakyat Johor," katanya.

Madah pujangga untuk tatapan Timb. Presiden Pas

Secebis ingatan buat TITM dan PAS yang semakin jauh meninggalkan perjuangan dan akhlak Islam.

Kpd: Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
Dpd: Madah Pujangga

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB. Kerana merekalah lah PAS dikenali umum.

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB. Kerana pada merekalah ahli-ahli parti  melihat contoh golongan yg ditarbiyah berkorban dan  memahami perjuangan Islam.

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB ini, kerana merekalah inilah PAS diberi sokongan bila  bertanding dan memenangi di kerusi-kerusi yg PAS tidak pernah menangi.

Jangan melampau menghina  tokoh - tokoh GHB
kerana ramai di antara mereka yg banyak berkorban masuk keluar penjara sedangkan golongan ustaz hanya bersilat dipentas ceramah dan menjual air liur serta menikmati elaun, gaji dan pencen.

Jangan melampau menghina tokoh GHB ini kerana bukanlah hak kepimpinan ulama mempersoalkan keikhlasan berjuang dan golongan ulama sendiri belum pernah diuji seperti yg telah mereka lalui

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB ini,
kerana ukhuwwah dan akhlak Islam tidak mengizinkan kita mencaci, mencerca dan memfitnah mereka kerana kita tidak tahu siapa lebih mulia di sisi Allah.

Jangan melampau menghina tokoh - tokoh GHB ini  hanya semata-mata kamu sudah tidak berkenan kepada mereka.

Namun gunalah gaji, elaun dan pencenmu. Semoga setiap kali kamu menerimanya, kamu akan ingat bahawa tokoh - tokoh GHB ini sama - sama menyumbang hasil jerik perit untuk menolong PAS sebelum ini tetapi kini
kamu mengelabah dgn kekuatan mereka. Ada di antara mereka telah berada di medan perjuangan ketika sebahagian pemimpin PAS masih di sekolah lagi.

Jangan melampau membenci tokoh - tokoh GHB ini, kerana rakyat sedang menilai bagaimana sikap, akhlak dan keterbukaan serta kematangan kita, dan bagaimana kesudahan hidup kita di dunia ini.

Senyum melihat gelagat manusia. Hebatnya pengajaran Ilahi. Jangan lupa hisab diri sendiri.

The Edge Sedia Ke Mahkamah Pertahan Dakwaan 1MDB, Jho Low

PETALING JAYA: The Edge Financial Daily kini bersedia ke mahkamah untuk mempertahankan artikelnya berhubung firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

"Kami ingin mengulangi apa yang telah dinyatakan sebelum ini bahawa kami bersedia mempertahankan apa yang disiarkan berkaitan Jho Low dan 1MDB," kata akhbar kewangan itu dalam catatan editorialnya pada Selasa.

Malahan, The Edge turut menawarkan untuk menyediakan dokumen berkaitan kepada penyiasat kerajaan.

Catatan itu disiarkan bersama maklum balas 1MDB berkaitan pendedahan empat mukasurat The Edge Financial Daily mengenai Jho Low, PetroSaudi dan dana 1MDB.

Sebelum ini, 1MDB menyelar The Edge kerana didakwa menyiarkan 'laporan yang tidak bertanggungjawab.

Pada 29 Jun, Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada The Edge berhubung laporannya mengenai 1MDB.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong perlu bertanggungjawab berhubung laporan tidak tepat berkaitan 1MDB.

Rafizi cabar Najib sekat blog Dr Mahathir

Seorang ahli parlimen pembangkang mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk menyekat blog bekas mentornya yang bertukar penyeksa, Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu chedet.cc.

Menurut Rafizi Ramli, ketegasan untuk menyekat akses kepada chedet.cc dianggap sebagai ujian litmus sama ada Najib mempunyai keberanian untuk mendiamkan pengkritik utama beliau itu iaitu Mahathir sendiri.

Naib presiden PKR itu berkata demikian sebagai respons terhadap tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyekat akses laman web pemberi maklumat Sarawak Report.

SKMM mendakwa laman web, menerbitkan laporan buruk berkaitan 1MDB, yang boleh mengganggu gugat kestabilan politik.

Bagaimanapun, Rafizi berhujah kawalan ketat pada Sarawak Report tidak lebih daripada percubaan untuk menimbulkan kesangsian maklumat mengenai 1MDB, dan bukannya percubaan serius yang sebenar untuk menyekat akses.

"Sudah pasti Umno sedar bahawa satu lagi laman web berpengaruh yang terus menyebarkan maklumat mengenai 1MDB adalah chedet.cc. Blog ini menerima mungkin bilangan yang sama pelawat setiap hari.

"Oleh itu, jika Umno serius mengenai ketiadaan laporan berita mengenai 1MDB, Putrajaya tidak boleh mengamalkan double standard dan harus menyekat akses kepada chedet.cc juga.

"Hanya Putrajaya boleh menjadi alasannya baik bahawa ia tidak bertolak ansur dengan berita palsu yang dikeluarkan oleh Sarawak Report kerana chedet.cc meningkatkan serangan peribadi dan politik kepada Najib," katanya kepada Malaysiakini.

The Edge sedia pertahan laporan tentang 1MDB, Jadi samanlah mereka.

The Edge sedia mempertahankan artikelnya berhubung firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di mahkamah walaupun ia masih belum disaman.

"Kami bersedia ke mahkamah untuk mempertahankan apa yang kami siarkan, tetapi sehingga sekarang tiada seorang pun yang mengheret kami ke mahkamah.

"Kami mempertahankan apa yang kami siarkan. Kami mahu mengulangi apa yang kami katakan sebelum ini dan bahawa kami berdiri teguh dengan semua artikel yang kami siarkan berkaitan Jho Low dan 1MDB," kata akhbar kewangan itu dalam nota editorial hari ini.

Nota tersebut turut disertai cerita mengenai kenyataan 1MDB semalam, yang menyelar The Edge kerana didakwa 'laporan yang tidak bertanggungjawab.

Semalam The Edge Financial Daily menyiarkan pendedahan secara terperinci dalam empat muka surat yang mendakwa bahawa Jho Low dan PetroSaudi International menyalurkan RM1.83 bilion daripada 1MDB melalui syarikat kerjasama 1MDB-PetroSaudi.

Sementara 1MDB menafikan dakwaan yang dibuat dalam laporan tersebut sebafai tidak berasas dan dakwaan yang dikitar semula.

Nik Abduh dedah rahsia kenapa beliau kurang bercakap banyak menulis..!

Alhamdulillah..akhirnya baru kita tahu kenapa selama ini beliau kurang bercakap di parlimen dan banyak menulis di fb....

#HarapanBaru - Selepas dicaci, hina, gertak, perli dan mohon maaf... Kini bermadah pula nampaknya

Secebis ingatan buat sahabat yang semakin jauh meninggalkan bahatera perjuangan PAS.

Oleh : Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS

Jangan melampau menghina PAS, Kerana PAS lah kamu dikenali umum.

Jangan melampau menghina PAS, Kerana parti inilah membesar dan mentarbiyah sehingga kita memahami perjuangan Islam dan berjuang bersamanya.

Jangan melampau menghina parti ini, kerana atas parti inilah kita diberi tempat bertanding dan memenangi pelbagai gelaraan dan jawatan.

Jangan melampau menghina parti ini, kerana atas nama parti PAS lah kamu menjadi YB dan menikmati elaun, gaji dan pencen.

Jangan melampau menghina parti ini kerana ribuan ahli yang ikhlas berjuang tanpa mendapat kesenangan sebagaimana yang kamu kecapi.

Jangan melampau menghina parti ini, kerana dengan parti inilah kamu mengecapi erti ukuhwah dalam berjamaah.

Jangan melampau menghina parti ini, hanya semata-mata kamu sudah tidak berkenan kepadanya.

Namun gunalah gaji, elaun dan pencenmu. Semoga setiap kali kamu menerimanya, kamu akan ingat bahawa inilah hasil jerik perit ahli parti yang kamu cerca ini berkorban bagi memenangimu.

Jangan melampau membenci parti ini, kerana rakyat sedang menilai bagaimana sikap kita, dan bagaimana kesudahan hidup kita di dunia ini.

Senyum melihat gelagat manusia. Hebatnya pengajaran Ilahi.

Dr M dakwa duit dalam akaun peribadi untuk p'raya

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Umno diberitahu bahawa wang yang didepositkan ke dalam satu akaun bank peribadi digunakan dalam pilihan raya umum lalu.

"Tidak ada penafian wang itu telah didepositkan ke dalam akaun peribadi. Penjelasan kepada Umno bahawa ia untuk pilihan raya itu. Umno seolah-olah berpuas hati.

"Tidakkah mereka tahu bahawa duit kerajaan tidak boleh digunakan untuk membantu parti politik menang pilihan raya?" kata Dr Mahathir dalam tulisan dalam blognya hari ini.

"Tetapi duit itu daripada sumbangan. Siapa yang sumbang duit RM2 bilion itu? Tak ada jawapan," katanya lagi.

Walaupun negarawan itu tidak menyatakan akaun mana yang beliau maksudkan, ia dipercayai bahawa kenyataaan itu ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Sebelum ini, terdapat spekulasi bahawa sejak calon pihak pemerintah masing-masing menerima satu bahagian untuk kempen mereka, Umno tidak mampu untuk memberontak terhadap Najib.

Berikutan itu, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz berkata, The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa Najib menggunakan dana 1MDB untuk kempen pilihan raya BN, jika terbukti benar, akan mengesahkan wang firma itu tidak hilang seperti yang dihujahkan oleh musuh.

WSJ mendakwa bahawa dana 1MDB telah mengalir melalui Kumpulan Genting pada 2012 yang menderma RM31 juta kepada Yayasan Rakyat 1Malaysia yang dikawal oleh Najib.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...