TERKINI :

Monday, July 20, 2015

Usaha Gulingkan Najib 'Diketahui Semua Orang' -Tun M

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menolak untuk bercakap mengenai konspirasi berhubung usahanya bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya secara terbuka menggesa beliau untuk meletakkan jawatan. Tiada konspirasi. Ia hanyalah pengakuan terbuka kepada seluruh negara bahawa saya mahu melihat Najib tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

"Semuanya adalah secara terbuka. Tiada keperluan untuk berkomplot. Terdapat usaha secara terbuka untuk menggesa beliau meletakkan jawatan Perdana Menteri," kata bekas perdana menteri itu menerusi blognya, Chedet.cc pada Isnin.

Dr Mahathir berkata, tiada keperluan untuk menggesa siasatan dilakukan, atau menghubungi penyiasat atau ejen khas bagi membongkarkan sebarang konspirasi kerana gesaan untuk Najib supaya berundur "diketahui semua orang".

Azmin yakin PAS mampu selesaikan masalahnya


Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata parti-parti Pakatan Rakyat perlu bersatu dalam memastikan kepercayaan rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Enggan mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Samad bahawa Gerakan Harapan Baru (GHB) hanya akan menguntungkan BN, Azmin percaya parti Islam itu akan dapat menyelesaikan masalahnya.

Katanya, beliau tidak mahu campur tangan dalam hal ehwal dalaman PAS.

Beliau percaya kepimpinan PAS mampu menyelesaikan masalahnya supaya rakyat akan yakin bahawa Pakatan akan membawa perubahan dalam pilihan raya umum ke-14.

Azmin memberitahu pemberita demikian di majlis rumah terbuka negeri di Shah Alam hari ini.

GHB ditubuhkan oleh beberapa ahli progresif PAS yang disingkirkan dalam pemilihan semasa muktamar parti itu baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan semalam, Iskandar berkata tumpuan GHB ialah untuk mengukuhkan kedudukannya di kalangan ahli PAS dan bukannya mensasarkan Umno dan BN.

Sementara itu Azmin juga menegaskan bahawa PKR masih belum membuat pendirian mengenai GBH, walaupun Setiausaha Agung parti itu, Rafizi Ramli telah menyatakan sokongan kepada gerakan itu minggu lepas.

Beliau berkata ia akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis kepimpinan pusat parti itu, yang mengikut jadualnya, pada hari Khamis depan.

Tempoh tamat, tiada berita siasatan akaun Rosmah


Peguam kepada isteri perdana menteri Rosmah Mansor enggan mengulas perkembangan permintaan mereka kepada Bank Negara untuk menyiasat bagaimana butiran akaun bank beliau bocor, seminggu selepas tarikh akhir berakhir.

Ditanya sama ada Bank Negara telah memenuhi permintaan mereka, peguam Noorharjan Mohd Noor tidak menjawab secara langsung.

"Sekiranya terdapat perkara yang boleh dinyatakan kepada umum, ia akan dilakukan melalui kenyataan media," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada 9 Julai, laman web pembocor maklumat Sarawak Report menyiarkan dokumen yang didakwa dibocorkan oleh penyiasat Malaysia yang mendakwa sejumlah RM2juta telah didepositkan ke akaun yang dikatakan milik Rosmah daripada 10 Februari hingga 23 April melibatkan lapan transaksi.

Laman web itu tidak pasti mengenai sumber wang tersebut tetapi individu yang membuat deposit itu dikenali Roslan Sohari, yang dikatakan kakitangan Pejabat Perdana Menteri.

Husam: 'Kampung Report' boleh ganti S'wak Report

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mahu maklumat mengenai skandal 1MDB disampaikan kepada semua peringkat, maka beliau mencadangkan satu tabung khas ditubuhkan bagi membiayai percetakan sebaran mengenai isu itu.

Sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak takut skandal firma pelaburan itu diketahui rakyat, beliau berkata penggerak perubahan wajar melipatgandakan pennyampaian maklumat itu kepada semua lapisan masyarakat.

Husam yang juga bekas exco kanan kerajaan Kelantan turut menjelaskan terdapat sebilangan rakyat yang belum terdedah kepada internet memerlukan sebaran untuk pengetahun dan renungan mereka.

"Usaha mencetak dan mengedar sebanyak mungkin semua info skandal 1MDB hendaklah dimulakan. Ini memerlukan perbelanjaan yang tidak kecil tetapi peralatan info adalah kunci untuk kebangkitan rakyat yang menyuruh.

"Saya mencadangkan satu tabung khas cetakan bahan 1MDB ditubuhkan dan sumbangan semua pihak yang prihatin untuk perubahan boleh dilakukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi merealisasikan cadangannya itu, Husam menyarankan agar kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB) memulakan inisiatif tersebut dan beliau mahu menjadi penyumbang pertama jika ia terlaksana.

"Sarawak Report dihalang, kita gantikan dengan Kampung Report untuk seluruh rakyat yang cintakan Negara," katanya yang juga ADUN Salor.

Ekoran tindakan kerajaan menyekat akses kepada Sarawak Report semalam, Husam berkata kerajaan BN yang dipimpin Najib akhirnya "angkat bendera putih" kepada laman web pemberi maklumat itu.

"Kegagalan Najib menjawab/menafikan secara berfakta laporan Sarawak Report menyaksikan pahlawan Bugis terpaksa menggunakan kuasanya untuk menghalang laluan rakyat Malaysia kepada laporan Sarawak Report berkait 1MDB," katanya.

Pemimpin sayap penyokong PAS Perak rancang umumkan peletakan jawatan Ahad ini

http://1.bp.blogspot.com/-CeRm36QSPZY/UXnl_ApQqAI/AAAAAAAAA4g/GA91bXR1ExU/s1600/12519_567665209921815_616164515_n.jpg

Susulan perkembangan terkini dalam PAS, di mana kepimpinannya kini dikuasai golongan konservatif atau ulama, sayap penyokong parti itu di Perak kini merancang untuk menghentikan operasi.

Richard Wong, pemimpin sayap itu berkata, mereka sedang memikirkan untuk bubar pada Ahad ini.

"Ahad ini kami akan umumkan peletakan jawatan kami di Manjoi, Ipoh.

"Kami kena 'sau thong' (tutup kedai dalam bahasa Kantonis)," katanya kepada The Malaysian Insider pada ceramah Gerakan Harapan Baru (GHB) di Kangar, Perlis malam tadi.

Wong merupakan salah seorang penceramah pada majlis itu yang menarik kunjungan ratusan orang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan juga Perak.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau melahirkan rasa terkejut mengenai perubahan dalam PAS kini di mana pemimpin progresif diserang dengan pelbagai label kerana pendekatan sederhana mereka.

Beliau juga melahirkan kekecewaan kerana PAS kini berpecah dua. – 20 Julai, 2015.

Harapan bertukar menjadi gelombang, di Kota Baru, Kangar malam tadi

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/GHB_ROADSHOW_TALK_190715_TMIMUKHRIZ_05_sabu.jpg
Ia kini bukan lagi satu harapan baharu, tetapi gelombang yang akan melanda negara, kata para pemerhati terhadap 2 majlis perhimpunan Gerakan Harapan Baru (GHB) yang pertama di Kota Baru, Kelantan dan Kangar, Perlis malam tadi.

Dewan Himpunan Cina Kota Baru dilimpahi hingga ke luar, begitu juga Dataran Paduka Sena, Kangar. Orang ramai memenuhi kedua-dua himpunan pertama itu selepas GHB dibentuk dengan rasminya Isnin 13 Julai lalu.

Mengulas perkara itu, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata:"Suatu ombak kini bermula. Ombak ini kian membesar."

"Kepimpinan Mohamad Sabu dan seluruh pendukungnya dalam GHB dilihat bergerak sebagai satu pasukan dan tahu membaca gerak hati rakyat Malaysia yang kini amat dahaga kepada kepimpinan yang baik serta beramanah sesuai dengan ajaran Islam," kata pemimpin PAS yang pernah menjadi menteri besar Selangor itu.

Bagaimanapun, pemimpin PAS lain dalam komen spontan mereka berkata, program pusingan pertama ini memang dijangka akan mendapat sambutan baik kerana orang ramai ingin tahu mengenainya.

Namun, mereka percaya, ia akan mula kehilangan tarikan selepas itu.

Perhimpunan di Kota Baru diketuai Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa mengutus ucapan bertulis kerana beliau masih tidak sihat untuk menyertai himpunan itu.

Turut serta bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim yang turut memberikan ucapan sebagai bekas ahli Parlimen Kota Baru.

Di Kangar pula, himpunan dipimpin sendiri Mohamad Sabu, pengerusi GHB, platform yang dibentuk kumpulan progresif dalam PAS yang dipinggirkan parti Islam itu dalam pemilihan awal Jun lalu.

Turut serta ialah Ahli Parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof yang menjadi antara tokoh penting gerakan ini di samping Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifudin Nasution Ismail.

Mohamad yang lebih dikenali Mat Sabu ketika memberikan ucapan di Kangar berkata GHB tidak mempunyai pemimpin utama kerana mereka semua pemimpin.

"Kita mahu kuasa rakyat yang menjadi kuasa menurunkan kerajaan Barisan Nasional. Kalau esok lusa pakatan yang akan ditubuhkan menjadi zalim pula, kita mahu kuasa rakyat ini pula yang turunkan kami," kata Mat Sabu.

Mujahid dalam ucapannya di Kangar berkata, pakatan baharu yang mereka tubuhkan nanti tidak berhasrat mahu menukar Datuk Seri Najib Razak saja sebagai perdana menteri, tetapi mahu menukar kerajaan Umno yang zalim.

"Kita bukan mahu tukar Najib dengan perdana menteri Umno yang lain," katanya disambut sorakan orang ramai.

Husam, yang sepatutnya menjadi penceramah utama di Kota Baru, dalam surat yang diutusnya, memohon maaf kepada semua yang hadir kerana masih belum sihat sepenuhnya.

"Derita rakyat adalah derita kita bersama, harapan rakyat adalah harapan kita bersama," katanya dalam kenyataannya.

Selepas Kota Baru dan Kangar, mereka akan ke Perak pula pada 26 Julai ini dalam program jelajah seluruh negara gerakan ini. – 20 Julai, 2015.

Rahman Dahlan "Si Hujung Tombak"...

http://2.bp.blogspot.com/-RJfx8_tkZX0/VaaLPAyCH6I/AAAAAAABMxc/iaoD6TIv7eU/s640/Datuk%2BAbdul%2BRahman%2BDahlan.jpg
Dalam risik-risik di kalangan pimpinan UMNO dan kerajaan, ramai yang yang masih tidak jelas bilakah Abdul Rahman Dahlan yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, mula dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Strategik BN dan apakah fungsi sebenar jawatan tersebut?

Apakah ia bermakna selepas ini semua perkara mengenai BN, hanya beliau saja yang lebih layak bercakap kepada pihak media?

Ramai yang mengatakan mereka hanya mengetahui perlantikan dan kewujudan jawatan tersebut apabila Abdul Rahman sendiri menyebut beliau memegang jawatan itu dalam kenyataan akhbarnya mengenai Sarawak Report, baru-baru ini.

Susulannya, kebelakangan ini Abdul Rahman turut lebih banyak bercakap mengenai 1MDB dan mempertahankan Perdana Menteri, Najib Razak daripada pelbagai serangan mengenai syarikat pelaburan kerajaan yang bermasalah dan sarat dengan hutang itu.

Tun M cuba sabotaj perniagaan 1MDB?

mahathir
PETALING JAYA: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menuduh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa pemimpin politik lain menggunakan pelbagai cara untuk mensabotaj perniagaannya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkaan, ia mendakwa perbuatan itu memberi kesan kepada perniagaan 1MDB, termasuk cadangan IPO Edra Global Energy.

“Pihak-pihak ini bukan saja membuat fitnah terhadap 1MDB, tetapi menggunakan pelbagai cara untuk mensabotaj perniagaan harian yang memberi kesan antara lain kepada cadangan IPO Edra Global Energy,” petik kenyataan itu.

Syarikat milik penuh kerajaan itu turut menegaskan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya termasuk kehilangan dana RM42 bilion adalah tidak berasas.

Mujahid anggap sertai GHB keputusan paling sukar dalam hidup


Ahli Parlimen PAS, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menganggap keputusannya melancarkan Gerakan Harapan Baru (GHB) bersama pemimpin progresif lain dari parti itu awal minggu ini sebagai paling sukar dalam hidupnya.

Titik perubahan dalam dunia politiknya itu mungkin menyaksikan beliau meninggalkan parti Islam itu dan menjadi anggota pengasas sebuah pertubuhan politik baharu bersama rakan-rakan yang "dipinggirkan".

"Ia keputusan yang paling sukar dalam hidup saya. Saya dilahirkan dan dibesarkan dalam politik PAS. Ibu saya mengandungkan saya apabila bapa saya berkempen di Perlis pada tahun 1964.

"Apabila saya dilahirkan pada 25 Oktober tahun itu, bapa saya terpaksa mencari nama yang mencerminkan cabaran yang beliau lalui. Sebab itu saya dinamakan Mujahid, maksudnya seorang pejuang yang tidak berputus asa.

"Saya mesti menghidupkan nama saya dengan kesukaran yang saya hadapi. Ia membentuk diri saya sekarang," katanya kepada The Malaysian Insider.

Guan Eng jawab berkenaan Geng #HarapanBaru & Salleh Man

GHB Bukan Proksi DAP -Guan Eng

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan dakwaan bahawa Gerakan Harapan Baru (GHB) yang ditubuhkan minggu lalu adalah proksi parti berkenaan.

Guan Eng berkata, adalah tidak adil untuk melabel pihak yang menentang Barisan Nasional itu bersama DAP.

"Semua ini adalah cakap-cakap di kalangan Umno dan pihak yang menyokongnya. GHB sememangnya bukan proksi DAP.

"Kami menyambut baik sebarang usaha ke arah politik progresif kerana kami menghargai dan mahu pergerakan politik yang menyumbang untuk negara," katanya ketika merasmikan Seni Jalanan Transformers yang pertama di Asia.

Ditanya mengenai Datuk Salleh Man yang kekal sebagai wakil PAS tunggal dalam pentadbiran negeri iaitu Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Guan Eng berkata: " Sallah menyatakan pendiriannya membabitkan tiga perkara - tidak bersetuju dengan usul Ulama PAS untuk menamatkan hubungan dengan DAP; bersetuju Pakatan Rakyat tidak lagi wujud dan menyokong kerajaan Pulau Pinang."

Bahaya trend menaip mesej ketika memandu

http://malaysiaaktif.my/v2/media/k2/items/cache/75dbe0dc60612ad0db89b109bd60fed3_XL.jpg
ALOR SETAR - Satu kajian soal selidik dilakukan bagi mengumpul maklumat terperinci penggunaan telefon pintar ketika memandu kenderaan hingga boleh menyebabkan kemalangan.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kedah, Nik Ahmad Syazwan Nik Azman berkata, mereka mengambil inisiatif untuk melakukan kajian itu kerana menyedari trend menaip mesej pada telefon semakin popular dalam kalangan masyarakat dan jika tidak dibendung boleh mengundang padah.

Menurutnya, jika sebelum ini orang menggunakan telefon untuk berkomunikasi namun masih ada alternatif sama ada memasang alat pembesar suara atau alat bebas tangan.

“Kewujudan trend menaip mesej pelbagai aplikasi sebagai contoh WhatsApp boleh menghilangkan tumpuan terhadap pemanduan sama ada kereta atau motosikal sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

“Kajian ini juga turut memberi fokus terhadap peringkat umur antara 16 hingga 25 tahun kerana golongan itu antara jumlah paling tinggi terlibat dengan kemalangan sama ada maut atau cedera parah,” katanya kepada media sempena Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kedah, di sini, kelmarin.

Raya dolu-dolu vs raya sekarang!

Raya dolu-dolu vs raya sekarang!
Gambar hiasan. - Sumber foto internet
 
"PERJALANAN jauh tak ku rasa, kerna hati ku melonjak sama, ingin berjumpa sanak saudara, yang selalu bermain di mata...
 
"Nun menghijau gunung ladang dan rimba, langit nan tinggi bertambah birunya, deru angin turut sama berlagu, semuanya bagaikan turut gembira....
 
"Ho ho hooo balik kampung....".
 
Asyik sungguh mendengar dendangan lagu raya, tak sedar separuh perjalanan sudah dilalui. 
 
Jalan yang sesak langsung tak terasa, bukan sebab lagu raya tetapi terujanya nak balik kampung!
 
Tapi raya sekarang dah tak semeriah dahulu. Ingat lagi, masa zaman kecil-kecil, rayalah hari paling seronok di dunia!
 
Kita selalu mengimbau memori lalu dan terbayangkan, zaman kita kecil dolu-dolu, itu lah momen paling syok masa sambut hari raya.
 

Sila Saman bukannya Halang Akses Sarawak Report wahai kerajaan Malaysia

KENYATAAN MEDIA


SAMAN, BUKAN HALANG AKSES SARAWAK REPORT

Halangan akses kepada laman web Sarawak Report oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini amat dikesali dan cukup membimbangkan bagi pengamal media, aktivis hak asasi manusia, dan rakyat Malaysia. Walaupun laman tersebut kini memaparkan mesej "Laman sesawang ini tidak dapat diakses di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang-undang negara", kemungkinan besar salah satu sebab utama Sarawak Report dihalang bagi pengguna internet di Malaysia kerana rencana-rencana menggempar mengenai isu 1MDB.

Kerajaan Malaysia sepatutnya tidak menggunakan langkah-langkah kukubesi seperti ini - ada pelbagai cara untuk mengatasi halangan akses, malah sesiapa sahaja yang tahu mengguna Google boleh mencari jalan penyelesaian - dan hadapi isu dengan berlaku jujur terhadap rakyat Malaysia mengenai isu 1MDB yang dibawa bukan sahaja Sarawak Report malah media antarabangsa lain seperti Wall Street Journal, atau dengan memfail saman terhadap pengendali laman web Sarawak Report dan bawa mereka ke mahkamah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...