TERKINI :

Saturday, July 18, 2015

Kemelut PAS & #HarapanBaru : Biduk berlalu, kiambang bertaut semula?

– Ahmad Shahir Abdul Aziz

Sebelum muktamar PAS berlangsung, pelbagai isu dan krisis berlaku. Akhlak yang tidak Islami dipraktikkan baik daripada golongan agamawan mahupun profesional. Tuduh-menuduh, label-melabel, kecam-mengecam bahkan fitnah-memfitnah semacam tidak dapat diselindung lagi.

Ungkapan "Mencegah lebih baik dari mengubati" gagal dihayati sepenuhnya. Malah langkah penyelesaian yang diambil khususnya untuk mendamaikan kedua-dua pihak ini hanya bersifat ala kadar ibarat menyapu dan menyembunyikan kotoran di bawah karpet menyebabkan ianya kekal kotor dan semakin parah.

Lebih menyedihkan, kudis yang menanah-busuk itu dibawa untuk disebar-jangkitkan sepanjang muktamar berlangsung.

Akhirnya sebelah pihak berjaya mengekalkan kuasa dan cengkaman mereka manakala sebelah pihak lagi tersungkur menyembah bumi termasuk golongan atas pagar yang tidak menyertai mana-mana kem.

Sudah pasti, yang menang akan mendabik dada mangatakan "Allah bersama pejuang-pejuang yang benar" dan yang tewas pula akan kecewa dan menyalahkan sistem pemilihan.

Krisis yang dianggap akan berakhir dengan berakhirnya pemilihan kini menjadi semakin meruncing.

Jika dahulunya “cakap-cakap” mengatakan perbalahan yang berlaku ini hanya diibaratkan seperti "retak mananti belah", namun situasi yang berlaku kini umpama "arang menjadi abu".

Pada 13 Julai 2015, Gerakan Harapan Baru ditubuhkan. Penubuhannya membawa maksud untuk mengasaskan penubuhan sebuah parti politik baru berteraskan Islam.

Bagaimanapun suatu fakta yang perlu diketahui, pendokong-pendokong gerakan ini masih dan sedang menunggu kelulusan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menjadikan pertubuhan tersebut sebagai parti politik.

Ini bermakna, mereka masih merupakan ahli PAS & bai'ah mereka masih sah dan tidak terbatal.

Sehubungan dengan itu masih ada harapan untuk melihat kiambang bertaut semula walaupun peluang tersebut hanya sipi dan ibarat telur di hujung tanduk.

Kecaman-kecaman melampau seperti “pengkhianat”, “pengaruh bisikan syaitan”, “pendokong Islam liberal”, “perjuangan songsang” dan lain-lain ungkapan yang tidak berakhlak perlu segera dihentikan.

Sebaliknya "Majlis Tahkim" perlu segera ditubuhkan sebelum jalan cerita drama ini ditamatkan musuh serta-merta. Dalam hal ini Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Datuk Mahfuz Omar, Datuk Husam Musa dan Subky Latif adalah antara tokoh yang difikirkan layak untuk menjadi perunding atau pendamai kepada pihak yang bertelagah sepertimana peranan yang dimainkan oleh Abu Musa al-Asy’ari r.a dan Amru bin al-As r.a dalam peperangan Shiffin.

Ini sahajalah langkah terakhir yang ada untuk menyatukan semula kedua-dua pihak.

Jika tidak, besar kemungkinan undi kepada parti Islam akan berpecah teruk pada PRU14 kelak apabila kedua-dua parti ini bertembung antara satu sama lain.

Bagaimanapun, jika langkah ini juga gagal membuahkan hasil, maka tiadalah daya penulis untuk membantu menyatukan semula mereka melainkan hanya berharap dan berdoa agar perpecahan ini akan membawa rahmah dan hikmah kepada Islam dan bukannya mudarah dan musibah.

Rahmah dan hikmah ini terbukti berlaku melalui penubuhan AKP di Turki di bawah pimpinan Abdullah Gul dan Reccep Tayyip Erdogan yang bertekad untuk berpisah daripada Parti Saadat pimpinan Necmettin Erbakan.

Perpisahan ini berlaku dek kerana perbezaan pendekatan yang sangat ketara antara kedua-dua pihak (tradisional vs kontemporari).

Perpisahan ini juga ternyata membawa kebaikan apabila AKP berjaya menubuhkan kerajaan di Turki pada tahun 2002 untuk “mengIslamkan” sistem pemerintahan secara berperingkat dan sekaligus melebarkan dakwah mereka ke seluruh pelusok negara.

Namun, mudarah dan musibah juga terbukti berlaku hasil daripada perpisahan.

Tindakan Parti Salafi An-Nur yang mengisytihar untuk "mufaraqah" dengan parti FJP pimpinan Ikhwanul Muslimin di Mesir pada tahun 2012 menyebabkan jatuhnya kerajaan Islam pimpinan Mohamad Morsi dan kejatuhannya tidak mampu lagi dipulihkan sehingga ke hari ini.

"Sesungguhnya kebenaran yang tidak sistematik akan dikalahkan oleh kebatilan yang sistematik".

Sekadar pandangan untuk muhasabah kita bersama. Fikir-fikirkan, renung-renungkan dan bertindaklah segera.

Coretan ini ditulis tidak lebih hanya sekadar nasihat dan pandangan peribadi dari seorang hamba yang fakir lagi hina.

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. – 18 Julai, 2015.

* Ahmad Shahir Abdul Aziz pembaca The Malaysian Insider.

Naluri keibuan dan perwatakan Sirul menyakinkan Ibunya bahawa anaknya tidak membunuh Altantuya Shaariibuu

mahathir_sirul_600

PETALING JAYA: Berdasarkan naluri, perwatakan dan hubungan yang rapat antara anak dan ibu, Piah Ahmad yakin anaknya tidak bersalah membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Jelasnya, perkara yang sama turut diakui mereka yang rapat dengan anaknya, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pertemuannya sebelum ini, Dr Mahathir menzahirkan perkara itu kerana cukup mengenali Sirul yang pernah bertugas sebagai salah seoranng pengawal peribadinya.

"Tun beritahu, dia (Sirul) budak baik. Dia duduk kerja dengan Mahathir banyak tahun. Tun kata, takkan dia (Sirul) nak buat orang macam ini, walaupun setelah menerima arahan," kata Mak Piah," katanya ketika ditemu ramah wartawan FMT.

Ulasnya lagi yang dikenali sebagai Mak Long Piah oleh masyarakat setempat, dalam pertemuan dengannya di Australia beberapa bulan lalu, berkali-kali Sirul menafikan melakukan perbuatan itu.

Meskipun Mahkamah Persekutuan pada Januari lalu memutuskan anaknya bersalah atas tuduhan membunuh dan dikenakan hukuman mati namun, dia yakin dengan nalurinya sebagai seorang ibu, bahawa Sirul terainaya.

Bahkan katanya yang kini menginjak usia 73 tahun, sejak anaknya dituduh, kawan-kawan rapat dan teman setugas dengan Sirul juga mempunyai tanggapan yang sama.

"Mak Piah yakinlah, sebab apabila ditanya, dia pun tidak mengaku bahawa dia buat (bunuh Altantuya). Malah, kawan dia yang bekerja sebagai pegawai polis juga tidak percaya," katanya.

Pengasas bersama Kelab Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chow umum putus hubungan dengan PAS


Hu Pang Chow, pengasas bersama Kelab Penyokong PAS, yang kemudiannya dinaik taraf menjadi sayap keempat dalam PAS, telah memutuskan hubungan dengan parti itu.

Ketika dihubungi, Hu mengesahkannya, dengan alasan telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan baru PAS.

Katanya, beliau sedih kerana selepas PAS berjuang keras untuk sampai ke mana ia berada hari ini - selepas pilihan raya umum ke-12 dan ke-13 di mana ia membuktikan boleh mendapatkan sokongan bukan Islam - para ulama melepaskan peluang itu dan didakwa memusnahkan parti itu sendiri.

Hu membantu menubuhkan Kelab Penyokong PAS pada 2004, dan kemudiannya menjadi Kongres Penyokong PAS pada 2010 atas gesaan pemimpin progresif dalam parti itu untuk membuat PAS lebih inklusif.

Beliau mengambil keputusan itu di tengah-tengah rancangan pemimpin progresif PAS yang disingkirkan daripada kepimpinan parti itu oleh pemimpin tegar konservatif dalam muktamar parti itu bulan lalu, untuk menubuhkan sebuah parti baru.

Hu berkata setelah penyokong PAS selama 16 tahun, fundamental parti itu tidak berubah tetapi halatujunya telah menyimpang dari slogan parti itu ''PAS untuk semua'.

"Masalahnya ialah ulama muda (yang mengambil alih parti). Parti itu telah menyimpang dari jalannya dan memusnahkan segala yang telah dicapai," kata Hu.

Ditanya sama ada Hu akan menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB), sebuah gerakan yang dibentuk oleh pemimpin progresif PAS, ke arah menubuhkan sebuah parti baru, katanya tunggulah sama ada beliau akan hadir di jelajah GHB di Kota Bharu, Kelantan.

Hu bertanding di bawah tiket PAS di Ayer Hitam menentang Datuk Wee Ka Siong dari MCA dalam pilihan raya umum lalu tetapi kalah.

Dia berhenti menjadi Ketua Kongres Penyokong PAS pada tahun 2014 selepas menjadi semakin kritikal terhadap peningkatan elemen konservatif dalam parti itu.

Kebangkitan golongan muda konservatif sampai ke kemuncaknya dengan penyingkiran barisan progresif daripada kepimpinan PAS pada bulan Jun, diikuti PAS memutuskan hubungan dengan DAP, langkah yang membawa kepada berkuburkan Pakatan Rakyat.

Benarkah Polis Thailand keluar waran soal siasat Mahathir?

Tun Dr. Mahathir dan Clare Rewcastle Brown antara tujuh individu yang akan didakwa di mahkamah Thailand

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pengendali Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown antara individu yang disenaraikan akan disiasat oleh polis Thailand.

Sumber berkata, waran tangkap akan dikeluarkan mahkamah Thailand untuk membawa dua individu ini bersama lima yang lain bagi tujuan pendakwaan.

Lima individu yang turut tersenarai akan didakwa ialah hartawan media, Tong Kooi Ong; Penerbit Kumpulan Media The Edge, Ho Kay Tat; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utama, Tony Pua; Pegawai Khas Tun Mahathir, Sufi Yusof dan Kamal Sadiqque.

Menurut Pesuruhjaya Polis Diraja Thailand, Lt. Jen. Prawut Thavornsiri pada sidang media di Bangkok petang semalam, melaporkan pihaknya mempunyai beberapa bukti kukuh untuk mendakwa tujuh individu berkenaan bagi siasatan berkaitan 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Penangkapan dan siasatan terhadap individu berkenaan dibuat setelah pasukan penyiasat menjalankan siasatan terhadap bekas eksekutif PetroSaudi, Xavier Andre Justo yang ditangkap di Thailand baru-baru ini atas kesalahan ugutan.

"Sementara itu, semalam, seorang individu yang pernah bekerja Sarawak Report telah membuat kenyataan yang direkodkan oleh Polis Malaysia di Kuching. Pendedahan beliau turut bersama bukti kukuh.

"Berdasarkan kepada semua bukti tersebut, maka wujud satu konspirasi yang sangat kompleks untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya melalui 1MDB, yang jelas merupakan satu tuduhan palsu," lapor portal Malaysia Today.

Lt. Jen. Prawut turut dilaporkan berkata, Justo telah mengakui ada bermesyuarat bersama "orang yang sangat penting daripada pihak pembangkang Malaysia". --MalaysiaGazette

Bagaimanapun, di bawah undang-undang Thailand, nama orang-orang ini tidak akan didedahkan sehingga beliau ditangkap dan didakwa di Mahkamah. SUMBER


Mat Sabu wakili Harapan Baru minta maaf kepada Pas

http://2.bp.blogspot.com/-6V-O88FNiOU/VaYdLk4tMKI/AAAAAAAAYjM/Giv34w8MYA4/s640/ghb.jpg

Dengan penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB), serangan dan sindiran banyak yang keluar dari Haji Hadi dan beberapa pemimpin lain. khianat, kapal akan tenggelam, tak bertahan lama dan lain-lain. Malah diumpamakan juga dengan anjing dan serigala....

Ada atau tidak Haji Hadi minta maaf kepada pemimpin progresif dalam PAS? Haji Hadi sedar atau tidak kesilapan mereka? Atau memang selamanya mengaku benar dan maksum?

Tahniah Mat Sabu, kerana anda telah menunjukkan sedikit pengajaran kepada golongan ulama yang sangat suci bersih...

Islam mengharamkan umatnya memutuskan silaturahim, kata Pengerusi Jawatankuasa Sementara Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu. Sehubungan itu, beliau yang mewakili seluruh keluarga besar Harapan Baru meminta maaf atas segala salah silap sepanjang persahabatan termasuk kepada pimpinan Pas. Beliau juga katanya, secara peribadi memaafkan semua pihak. "Islam adalah agama Rahmatan Lil 'Alamin iaitu rahmat untuk sekalian alam.

Justeru, ianya mesti dibumikan oleh setiap penganutnya bukan sekadar disyarahkan di mimbar masjid dan kuliah agama, tetapi mesti dihayati dalam setiap denyut nadi masyarakat keseluruhannya, sama ada yang Islam dan bukan Islam," katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri hari ini.

Mat Sabu, bekas Timbalan Presiden Pas bersama kumpulan progresif dalam parti itu telah menubuhkan parti baru yang dinamakan Harapan Baru dan kini menunggu kelulusan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS). Pelancaran Harapan Baru yang kini berstatus jawatankuasa sementara itu diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Isnin lalu dengan bekas Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub turut bersama menyertainya.

Mat Sabu menjelaskan, Islam sebagai agama rahmat untuk sekalian alam telah dicemari akibat terpisahnya akidah dan akhlak dalam kalangan pemimpin serta umat Islam sendiri. "Sempena menyambut Aidilfitri yang penuh barokah ini, kita mengharapkan semoga sebuah Harapan Baru dapat dijelmakan agar umat Islam dapat bergerak seiring akidah dan akhlaknya dalam segenap corak kehidupan bermasyarakat serta bernegara. "Aidilfitri juga mencetuskan semangat politik yang baru.

Menilai setiap isu yang berlaku dari sudut gambaran besar dan keluar dari sektarian sempit yang merugikan ummah," katanya

Mohamad Sabu

Pengarah Komunikasi Strategik BN Yang Memalukan Najib


http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2014/12/23/010270777.ashx/

Selama ini kita hanya tahu PKR saja yang ada jawatan Pengarah Strategik dan Pengarah Komunikasi. Kedua-kedua jawatan itu sebelum ini begitu popular dengan pelbagai pendedahan salah laku dalam kerajaan serta program bercorak komunikasi dengan rakyat sewaktu ia disandang oleh Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.

Selepas kedua-duanya naik pangkat dengan Rafizi menjadi Ahli Parlimen Pandan, Naib Presiden dan Setiausaha Agung PKR manakala Nik Nazmi menjadi Ketua Angkatan Muda serta Exco Kerajaan Negeri Selangor, jawatan itu kini disandang pula oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Lim Tze Tzin dan Fahmi Fadzil.

Tetapi kita tidak pernah tahu rupa-rupanya BN juga ada jawatan yang hampir sama yang kini dipegang oleh Abdul Rahman Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sejak bila beliau dilantik memegang jawatan itu barangkali ramai yang tidak mengetahuinya.

Tetapi nama jawatannya tampak lebih gah dan gempak iaitu Pengarah  Komunikasi Strategik BN - gabungan dua jawatan yang pernah dipegang oleh Rafizi dan Nik Nazmi.

Namun,  pendedahan yang barangkali pertama kali dibuat oleh Abdul Rahman dalam skop tugasnya itu, bukan saja tidak menggemparkan, bahkan jelas mengecewakan.

Hanya setelah beberapa jam beliau mengadakan sidang akhbar mendedahkan suatu laporan polis terhadap Sarawak Report kerana didakwa memalsukan dokumen berhubung 1MDB serta bersekongkol dengan parti pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri,  segala-galanya seperti serba tidak menjadi akhirnya.

Dalam pendedahannya, Abdul Rahman juga mengatakan suatu klip video pengakuan bekas editor Sarawak Report mengenai perkara tersebut turut diberikan kepada pihak polis.

Beliau pada mulanya enggan mendedahkan siapa yang membuat laporan polis itu, tetapi hanya mengatakan ia dibuat di sebuah balai polis di Petaling Jaya, Selangor.

Pada peringkat awal ternampak seolah-olah pendedahannya itu amat mengejutkan dan bakal memberi impak besar kepada isu 1MDB yang semakin menekan kedudukan Najib Razak sekarang ini.

Bukan saja Rafizi yang dikaitkan dengan dakwaan tersebut menafikan dakwaan Abdul Rahman itu dan sedang menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang, bahkan Sarawak Report juga tampil mendedahkan bahawa editor yang didakwa membuat pengakuan itu tidak pernah pun bekerja dan menulis walau sepatah perkataan dengan laman pembocor maklumat itu.

Sebaliknya, Lester Melanyi, editor yang membuat pengakuan itu dikatakan bekerja di sayap lain iaitu Radio Free Sarawak dan bekas pengarang Sarawak Tribune yang digantung penerbitannya kerana menerbitkan karikatur kontroversi berkenaan Nabi Muhammad SAW pada 2006 dan kemudiannya meletakkan jawatan.

Lebih memalukan ialah report polis itu sebenarnya dibuat oleh Ramesh Rao Krishnan Naidu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, sebuah NGO mesra BN yang memang selalu tampil sama ada membuat laporan polis, mengadakan tunjuk perasaan kecil-kecilan dan membuat kenyataan untuk mempromosi dirinya.

Nampaknya hanya bersandarkan laporan polis Ramesh Rao dan tidak mengkaji dengan mendalam identiti individu yang membuat pengakuan melalui klip video tersebut, Pengarah Komunikasi Strategik BN itu sanggup mengadakan sidang akhbar khas seolah-olah pendedahannya mampu memulihkan imej Perdana Menteri.

Setelah dinafikan oleh Rafizi dan diancam tindakan saman, Abdul Rahman kemudiannya mengatakannya beliau hanya mahukan pihak polis menjalankan siasatan terhadap laporan tersebut dan dirinya sebagai penyampai maklumat tidak harus "ditembak" terlebih dahulu.

Jadi, apa sebenarnya nilai pendedahan yang dibuat oleh Abdul Rahman itu?

Sepertimana 1MDB yang dikenali sebagai syarikat pelaburan strategik kerajaan tetapi akhirnya hanya mampu meniaga tanah pemberian kerajaan sebelum dipecah-pecahkan dan membeli IPP yang hampir tamat tempoh dengan harga mahal, Pengarah  Komunikasi  Strategik BN ini juga tidak ketahuan sejauh mana komunikasi dan mantapnya strategi melalui apa yang didedahkannya itu.

Isi pendedahan, sumber maklumat dan matlamat yang mahu dicapai langsung tidak kesampaian. Pendedahannya tidak menyentuh hati rakyat, sejuk sebelum tengahari, tiada kajian mendalam dan langsung tiada kelas.

Lebih buruk ialah bagaimana Abdul Rahman sebagai seorang Islam boleh meyakini pengakuan seorang yang pernah menghina Nabi Muhammad SAW dan menjadikannya untuk membela Najib, tentu saja menghairan dan memalukan dirinya.

Ia sama ada beliau tidak mengetahuinya atau tidak membuat "kerja rumah" berkenaan dengannya. Tetapi ia jelas menggambarkan kelemahan dalam seni komunikasi dan kerja yang tidak berstrategi.

Dengan jawatan yang begitu gah, ditambah berkedudukan sebagai menteri, setidak-tidaknya nilai pendedahan yang didedahkan itu biarlah berpadanan dan mampu memberi impak yang besar.

Bukan saja pemimpin UMNO dan kerajaan yang tidak menyambut apa yang didedahkannya, malah Najib Razak yang diharap dapat digembirakan dengan pendedahannya juga barangkali  berasa malu dengan kualiti Pengarah Komunikasi Strategik BN ini. (SH 17/07/2015)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...