TERKINI :

Friday, July 17, 2015

Malaysia Baru Adalah Harapan Bersama

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

"MALAYSIA BARU ADALAH HARAPAN BERSAMA"

1. Di kesempatan hari baik dan bulan yang baik ini saya ingin mengajak kepada seluruh umat Islam untuk menunjukan adab,akhlak dan perlakuan Islam yang mencerminkan keindahan Islam dan menjadi contoh kepada seluruh umat.

2. Kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama untuk bersama mengambil semangat aidil fitri bagi memberi Harapan Baru kepada Malaysia dan generasinya.  Perpaduan, amanah dan kejujuran adalah dituntut untuk saya dan seluruh rakyat Malaysia menterjemahkan dalam usaha bersama membina dan membangunkan semula Malaysia yang tercinta.

3. Moga sinar aidil fitri akan memberi Harapan Baru untuk kita semua menghayun langkah ke hadapan dengan mewarnai perubahan untuk sebuah Malaysia yang baru mendepani zaman.

4. Saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat dalam Parlimen Pokok Sena atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen Malaysia. Anda semua di hati ku dan Malaysia Baru adalah harapan bersama.

Salam Aidilfitri,
Mohon maaf zahir batin.

DATO' MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena.
1 Syawal 1436H
17 Julai 2015.

PM tidak menjawab soalan media berkaitan 1MDB

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini tidak menjawab soalan media mengenai dakwaan bahawa RM2.6 bilion dana 1MDB masuk ke dalam akaun bank peribadinya dan digunakan untuk tujuan pilihan raya umum.

Ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka Hari Raya di Putrajaya, beliau tidak mahu menjawab soalan berhubung dengan 1MDB.

Beliau diminta mengulas laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa wang 1MDB itu dikesan masuk ke dalam dua akaun simpanan AmBank di bawah namanya. Akaun-akaun itu telah pun ditutup.

Najib hanya merenung wartawan berkenaan dan diam.

Sebelum ini, perdana menteri telah menafi mengambil wang rakyat untuk kepentingan peribadi tetapi tidak secara khusus menjawab sama ada wang itu telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Begitu juga dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut menghadiri rumah terbuka itu, juga enggan mengulas mengenai perkara itu.

"Jangan tanya soalan," katanya, sambil melambai ke arah pemberita.

Sebuah pasukan petugas khas untuk dibentuk untuk menyiasat perkara itu.

Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada perdana menteri, juga membisu mengenai dakwaan RM2 juta dalam bentuk wang tunai yang dilaporkan disalurkan ke dalam akaun bank peribadinya awal tahun ini.

Beliau diminta mengulas gesaan pelbagai pihak yang meminta beliau mendedahkan sumber wang itu dan tujuannya.

Malaysiakini tidak dibenarkan masuk ke Seri Perdana untuk membuat liputan rumah terbuka Najib.

Wartawan berkenaan terpaksa beratur dengan orang ramai untuk bersalam dengan Najib dan isterinya di lobi kediamannya. Soalan-soalan itu diajukan kepada mereka di sana.

#HarapanBaru : Tidak mengapalah PAS, semoga perjuangan kita bertemu di puncak bersama keredhaan Allah

ULASAN GB


http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/07/harapan-baru_600.jpg

Setelah difitnah, dimaki, dihalau.... tiba-tiba kini memohon maaf dan meminta jangan tinggalkan parti...

Kalau tak der apa-apa masakan tempua bersarang rendah! Apakah sudah sampai ke telinga Tuan Ibrahim bahawa gelombang besar-besaran ahli-ahli PAS akan meninggal parti di seluruh negara pada Syawal ini?


Tuan presiden baru kata, parti baharu tidak akan kekal lama. Cuma dua tahun katanya. Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi menuduh Gerakan Harapan Baru sebagai pengkhianat. Zaharuddin Mohammad, menantu Presiden pula menyelar Rafizi yang menyokong GHB sebagai kurang ajar... kini Tuan Ibrahim merayu jangan tinggalkan PAS. Untuk apa Tuan? Untuk kumpulan ulama terus mencaci maki kami?

Semua sudah pun bersiap sedia, talipinggang keselamatan sudah pun berikat... hanya menunggu semboyan berbunyi untuk kenderaan baharu kami bergerak ke hadapan...

Jika ada sekelumit kejujuran dan keikhlasan di dalam perjuangan PAS, insyaAllah kita akan bertemu di puncak kebenaran dan keadilan... kerana kami Harapan Baharu ada di sana dan menuju ke Putrajaya bersama sahabat setia kami di dalam Pakatan 2.0.SUMBER

Dr Mahathir pelawa Najib gembirakan rakyat dengan menangkapnya

Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan serangan terhadap perdana menteri dan berkata penangkapannya akan menggembirakan hati orang ramai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Julai, 2015.Kehadiran Syawal yang disambut umat Islam sebagai bulan bermaaf-maafan nampaknya tidak menghalang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad daripada meneruskan serangannya terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Dalam tulisan terbaru di blognya lewat malam tadi bertajuk "Tunai adalah raja", bekas perdana menteri itu secara sinis mempelawa Najib menangkapnya bagi menggembirakan hati orang ramai.

Pelawaan itu dibuat sebagai maklum balas kepada kenyataan bekas senator DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ismail yang mendakwa Dr Mahathir kehilangan lebih RM600 juta sewaktu mentadbir negara.

"Jika terdapat bukti bahawa wang itu masuk ke dalam akaun saya, sila dakwa dan tangkap saya. Ini tidak terlalu lewat.

"Tawaran saya ini tidak bertujuan untuk memesongkan perhatian daripada penyiasatan semasa ke atas akaun Najib. Saya hanya mahu membuat orang gembira," tulis beliau dalam blog popularnya chedet.cc.

Tawaran itu juga dibuat Dr Mahathir sewaktu sokongan orang ramai terhadap tindakannya mengkritik Najib dilihat semakin meningkat kerana orang ramai merasa kesan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), penyusutan nilai mata wang ringgit di pasaran antarabangsa serta kenaikan harga barangan.

Tunku Abdul Aziz yang merupakan bekas pengerusi Transparency International-Malaysia dan kini pengerusi lembaga penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kolum New Straits Times beliau pada 4 Mei lalu mengungkit sejarah Bank Bumiputera sewaktu pentadbiran Dr Mahathir.

"Bank itu (Bank Bumiputera) memindahkan jumlah wang yang besar kepada anak syarikat milik sepenuhnya, Bumiputera Malaysia Finance Limited (BMF), yang dipinjamkan hampir AS$1 bilion kepada sebuah syarikat bernama Plessey Investment dan Carrian Investment Limited. Carrian kemudian muflis dan 'berbilion hilang entah ke mana'," tulis Tunku Abdul Aziz.

Menurutnya, satu jawatankuasa ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu namun sehingga kini tiada tindakan diambil.

Katanya, ia berbeza dengan Najib yang sudah pun mengarahkan siasatan dibuat ke atas 1MDB.

Dr Mahathir sebelum ini menggesa Tunku Abdul Aziz memohon maaf kepadanya jika tiada bukti beliau menggelapkan wang sewaktu mentafbir negara. – 17 Julai, 2015.

Polis Thai: Ahli Umno beli dokumen curi PetroSaudi


Seorang ahli Umno adalah antara 10 orang yang dikatakan telah membei dibeli data PetroSaudi International yang didakwa dicuri oleh bekas pengarahnya,  Xavier Andre Justo, demikian menurut laporan Straits Times Singapura.

Jurucakap polis Thai, Prawuth Thavornsiri berkata Justo mendakwa dia telah menjual maklumat itu kepada mereka selepas dia gagal memeras ugut PetroSaudi untuk mendapatkan 2.5 juta franc Swiss sebagai pertukaran untuk tidak mendedahkannya.

"Ramai, kira-kira 10 orang, dari media dan dari kalangan politik, malah dari parti yang sama dengan perdana menteri (Malaysia)," Prawuth dipetik memberitahu akhbar harian Singapura itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak juga adalah 
presiden Umno.

Menurut laporan itu, Prawuth enggan menyatakan 10 orang berkenaan tetapi berkata rundingan untuk membeli maklumat dari Justo itu berlangsung di Singapura dan Thailand.

Prawuth berkata menurut apa yang ditemui dalam transkrip WhatsApp Justo, sebaik sahaja kumpulan itu mengesahkan fail Justo mengandungi maklumat yang mereka mahu, mereka membincangkan cara untuk membayarnya.

"Mereka bercakap dengan satu sama lain banyak kali melalui WhatsApp, kami ada buktinya, mereka bercakap tentang membayar seperti ini dan itu, untuk berpura-pura mahu membeli dan menjual," beliau dipetik berkata.

Beliau berkata kaedah pembayaran adalah sama dengan teknik pengubahan wang haram yang digunakan oleh geng-geng.

Prawuth dilaporkan menawar untuk berkongsi maklumat yang pihak polis Thai miliki dengan pihak berkuasa Malaysia dan Singapura.

Maklumat PetroSaudi yang dijual oleh Justo termasuk komunikasi emel antara PetroSaudi dan 1MDB.

Maklumat dalam emel adalah salah satu bahan yang digunakan oleh laman web pemberi maklumat Sarawak Report untuk mendakwa dana 1MDB yang dimaksudkan untuk usahasama dengan PetroSaudi, telah disalurkan kepada syarikat yang dikuasai oleh jutawan Jho Low, yang rapat dengan keluarga Najib.

Prawuth enggan menyatakan sama ada Sarawak Report adalah antara 10 pihak yang membeli maklumat dari Justo.

Bagaimanapun, beliau berkata sebuah blog berita yang dikendalikan oleh seorang warga British kelahiran Malaysia terlibat dan mendakwa portal itu telah mengubahsuai maklumat tersebut.

Sarawak Report mempertahankan laporannya  dan mencabar pengkritik menyamannya.

Ulama Muda dalam PAS dikatakan lebih sudu dari kuah


http://2.bp.blogspot.com/-ATO6n5u0E2Q/VabRLZq3PNI/AAAAAAAAer8/ASvWgKbaHxo/s400/2015-07-16_053055.jpg
Berikut merupakan keluhan seorang veteran PAS, Dr Fauzi Zakaria mengenai perkembangan PAS hari ini...

Para ex-activists Pemuda sejak awal 1980an seperti Mad Sabu, Khalid Samad dan Husam Musa tlh terbukti pengorbanan dan kecintaan mereka kpd Jamaah (PAS). Berjuang sejak drp zaman kelam. Menginfaqkan tenaga, masa muda dan harta yg tak seberapa.

 Tetapi mereka inilah yg berjuang sejak zaman kelam, sejak umum Masyarakat Malaysia tak faham sangat apa itu Islam. Sejak zaman masyarakat umum Islam tak mengenali taraf Ulama melainkan hanya sebagai tukang2 baca Doa selamat.Para ex-aktivist PEMUDA inilah yg berjuang menegakan politik Islam,mereka inilah yg memperjuangkan kedudukan Ulama sehingga kepimpinan Ulama diterima sebagai kepimpinan tertinggi dlm Jamaah. Kini nama2 mereka ini di jaja oleh sekumpulan Ulama muda pendatang baru dlm Jamaah, sebagai munafiq Jamaah.

 Apakah saudara ahli2 PAS boleh melabel sahabat dgn label begitu?

Ana sezaman dgn Husam zaman tidur-bangun di Pej PAS Jln Dato Pati. Husam baru grad UM (1984). Ana pelajar UM Nilam Puri. Kami pernah sama2 menerbitkan GEMA PEMUDA sebelum adanya akhbar Harakah. Setelah zaman berlalu (sejak era 2000 berlalu) Sejak 2003-2008 kami sekeluarga dijemput Allah menjadi jiran-Nya di Mekkah/Madinah.

 Sebagai "org Mekkah" ana mendapat maklumat sebebasnya mengenai perkembangan Politik-Jamaah di Malaysia hatta dpt berbincang dgn sebebasnya dgn bekas pimpinan UMNO.

 Ana mendengar kenaikan Maqam Husam di dlm Jamaah.

 Di Satu Majlis Hariraya di Konsulat Malaysia Jeddah,saya berbicara dgn Tan Sri Sanusi Joned pasal masa depan politik Malaysia sampai subuh. ( 3.00 pg waktu Saudi).

 Beliau nampak potensi pimpinan masa dpn politik Melayu Islam dlm barisan muda PAS. Antara yg kerap di sebutnya, Husam Musa.Sepulang saya ke Malaysia 2008, saya join semula dunia akademik di UM. Sejak itu saya lbh jadi pemerhati akademik. Sekali sekala jumpa (Dato) Husam di majlis2 akademik di kampus2.

 Memang zaman semesra sama2 melepak di Pej PAS Jln Dato Pati dulu sukar sudah nak wujudkan kembali. Sukar saya nak panggil dia Dato' sukarnya dia nak panggil saya Doktor....

 Namun jauh di sudut hati barangkali kami saling mendoakan kejayaan sahabat2 lama ini. Sebagai org akademik yg tidak ada kepentingan politik, melihatkan karismanya..hati saya semacam mengesahkan apa yg pernah di sebut oleh Tan Sri Sanusi Joned 2008 di Jeddah dulu..

 Namun org akademik berhadapan dgn realiti hanya blh berharap dan mengimpikan.Apabila ada perwakilan suruh keluar Pas dlm muktamar.....

Tidak ada sapa2 berhak menghalau sapa2 dari Jamaah ini. Allah dan Rasulnya yg meminta umat ini bersatu dlm Jamaah. Maka sesiapa berjamaah kerana Allah sesungguhnya dia telah menyahut seruan ALLAH.Siapa kita yg boleh berasa org lain blh berambus dr jamaah yg kita syangi bersama.

 Kenapa sehari dua ni pimpinan Ulama kita menggesa ahli2 bawahan menghormati Ulama. Rasanya ada sesuatu yg Allah swt nak tegur ni.Ana dan Pimpinan Tarbiyyah kampus UM memang pernah menangguhkan Wala' kpd Mad Sabu yg menaiki TK DPPP. Kami bantah kerana kempennya menaikkan Allahyarham Ust Dato Abu Bakar Chik dgn menjatuhkan kepimpinan Ust Ab Halim Arsyad.

 Kami satu rombongan dtg ke Rusila menemui Timb Presiden (TGHH) menyatakan stand kami. TGHH menasihatkan kami bersabar dan tidak menentang Jamaah. Kami terima.

Bila program Tarbiyyah kami hanya jemput pimpinan Ulama seperti alMarhum Ust Haron dan Ust Yahya Uthman. Memang kami tak jemput Mad Sabu dan Pimpinan Pemuda bagi pengisian.Selama ni sejak lbh setengah abad PAS meredah Perjuangan Siyaasah Islamiyyah. Pendokong bawahan sememangnya mendokong dan menjunjung tinggi kedudukan Ulama tanpa dipinta2.

 Masa tu rasanya tak ada anak menantu pimpinan Ulama turut nak membolot persada kuasa. Namun kini setelah adanya fitnah penglibatan anak menantu bersama. Rakyat dan ahli bawahan berhak utk berkata-kata. Kepatuhan membuta tuli atas apa2 nama yg agak rasmi blh diminta. Namun Penghormatan yg hakiki tidak boleh di paksa2Namun apabila Mat Sabu bertanding di Kelantan PRU 1991 kami buat kerja bagi nak mati memenangkanya.

 Puas hati dgn prestasi nya sebagai ahli Parlimen. Sebagai wakil rakyat PAS beliau beraksi bagaikan Singa di Parlimen. Beliau menjadi kebanggaan Jamaah.

Beliau hidup sederhana, sepanjang 2 penggal sebagai Ahli Parlimen beliau tidak beli walaupun sebuah kereta buruk. Elaun ahli parlimen memang dihabiskan bersama petugas Jamaah di Kelantan. Kehidupan keluarganya di Shah Alam di pikul sepenuhnya oleh isterinya Puan Normah. Masuk ISA berkali2 kerana perjuangan.Begitu hebat pengorbanannya dlm perjuangan. Saya cabar adik2 baru dlm Pemuda yg duk kutuk Mat Sabu. Kamu yg hidup dgn imej kehidupan mewah dgn kereta2 mewah, sanggup kamu kutuk org yg tidak pernah berkereta sepanjang jadi Ahli Parlimen, Kamu diangkat ke pentas2 ceramah/kuliah berbayar RM Ratusan sejam, sanggup kamu kutuk org yg berceramah dgn dibayar dgn harga ISA.

 Silakah berMUHASABAH.

Ahli, pimpinan PAS tak perlu bimbang dan marah kepada #HarapanBaru

Penubuhan wadah baru sudah tidak dapat dielakkan. Ianya merupakan natijah daripada kemelut dalaman PAS yang tidak diurus dan ditangani secara bertanggungjawab.

Tiada siapa boleh memusing jarum jam untuk kembali ke masa yang telah berlalu.

Kepada yang kekal dalam Pas, anggaplah parti anda berada dalam keadaan selamat sekarang. Tiada lagi ancaman pengaruh fikrah luar yang mengganggu asholah perjuangan Pas. Tiada lagi pengkhianat. Tiada lagi golongan tak jelas fikrah. Parti anda sangat suci dan bersih sekarang. Bergembiralah dan bersyukurlah.

Anda tidak perlu bimbang dan marah. Presiden anda sangat pasti, wadah baru hanya boleh bertahan paling lama 2 tahun. Tempoh itu tidak lama. Anda tidak perlu risau apa-apa. Yakinlah dengan telahan Presiden anda. Dia tidak buat sebarang salah dan silap sebelum ini. Semuanya benar belaka.

Bagi yang memilih wadah baru, ketahuilah anda telah memilih jalan yang sangat sukar. Maka, pilihlah dengan ilmu dan kesedaran. Bukan kerana marah. Bukan kerana kecewa. Anda perlu memilih jalan ini kerana keyakinan dan harapan yang tinggi. Anda perlu memilih jalan ini kerana anda yakin anda benar. Jangan ada sebab lain.

Peluang untuk berjaya ada, tetapi laluannya tidak mudah. Kalau anda sudah biasa berkorban sebelum ini, ada perlu lebih banyak berkorban kali ini.

Kalau anda biasa dengan celaan dan kata nista sebelum ini, anda akan mendengar lebih banyak lagi kali ini. Pertingkatkan kesabaran kalian.

Kalau anda biasa bangun malam bermunajat kepada Allah sebelum ini, anda perlu lebih banyak mendekatkan diri dengan Allah kali ini.

Ujiannya pasti lebih getir. Celaan pasti lebih pedih. Kepayahan pasti lebih sukar.

Selamat berjuang. Seeru alaa barakatillah.

Abu Mubarak
Bandar Tasik Kesuma

Bermaafan jangan sekadar di facebook

Bermaafan jangan sekadar di facebook
Aidilfitri merupakan masa yang amat sesuai untuk saling
menziarahi dan bermaaf-maafan antara satu sama lain

KUALA TERENGGANU - Aidilfitri merupakan hari yang ditunggu oleh seluruh umat Islam. Kehadirannya dianggap suatu kemenangan, setelah sebulan berpuasa bagi umat Islam yang baligh dan berakal selesai dilaksanakan.

Pada hari pertama Syawal umat Islam diharamkan berpuasa, malah diarahkan bergembira, dengan memakai pakaian yang indah, menggunakan haruman yang semerbak wanginya dan diperintahkan berkumpul dengan mengingati ALLAH dengan takbir, tahmid dan tahlilnya sebagai mensyukuri pengembalian kepada fitrah secara beramai-ramai. 

Imam  Besar Negeri Terengganu, Ustaz Aizi Saidi Abd Aziz berkata, kerana kalimah 'fitri' itu sendiri bermaksud fitrah, iaitu dengan kejayaan seorang Muslim selama sebulan menempuh Ramadan yang akhirnya mengembalikan dirinya kepada fitrah sebenar, di mana fitrah asal sebenarnya adalah suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada noda dan dosa. 

"Fitrah yang membawa pengertian akan kejernihan hati, selepas sebulan membersihkannya daripada dosa dan mazmumah kemudian menyuburkannya dengan amalan-amalan rohani.  

"Maka sesungguhnyalah Aidilfitri adalah hari di mana ganjaran bagi mereka yang benar-benar beramal di bulan Ramadan," katanya.

Menurutnya, Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana itulah tanda bahawa perjuangan melawan hawa nafsu pada Ramadan telah berjaya, namun bukan bererti perjuangan tersebut berhenti setakat itu sahaja, sebaliknya amalan-amalan baik yang dilakukan sepanjang Ramadan wajar diteruskan dan amalan yang haram adalah ditegah. 

Namun dalam keghairahan dan kegembiraan menyambut hari raya yang mulia, umat Islam diingatkan agar jangan melampaui lunas-lunas dan batasan yang telah ditetapkan oleh Islam.  

Bimbang bertukar jadi hari kumpul dosa

"Ini kerana dibimbangi, hari raya yang dijadikan oleh ALLAH SWT sebagai anugerah kerana kejayaan hambanya beribadah dan berjuang melawan hawa nafsu selama sebulan, bertukar menjadi hari untuk menghimpunkan dosa-dosa yang tidak dapat dilakukan sepanjang Ramadan," katanya.

Aizi Saidi berkata, ketika sedang gembira berhari raya, jangan dilupa pada golongan memerlukan, dan amalan bersedekah merupakan cara terbaik sebagai tanda kesyukuran di atas segala nikmat serta rezeki dikurniakan ALLAH. 

Selain itu, dalam kesibukan membuat persiapan menghadapi hari raya, perlu dielakkan campur aduk antara amalan-amalan yang baik dengan perkara yang ditegah. Di antaranya pembaziran dalam penyediaan makanan dan minuman. 

Selain itu, percampuran di antara lelaki dan perempuan secara bebas di dalam sesuatu majlis perlu dielakkan daripada berlaku, dan perkara-perkara maksiat yang ditegah mestilah dijauhi dan janganlah melakukan perlanggaran batas-batas agama.

"Umat Islam juga perlulah menjaga adab sopan ketika ziarah menziarahi sanak saudara. Di antaranya ialah dengan memilih waktu yang sesuai untuk berziarah.  

"Apa yang diharapkan, hari raya bukan semata-mata hari untuk bergembira, tetapi yang lebih penting dan utama ialah mendapat keredhaan ALLAH SWT," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa kegusaran berhubung amalan ziarah-menziarahi yang semakin berkurangan kini, sedangkan pada waktu inilah masa yang sesuai untuk saling bermaaf-maafan antara satu sama lain, sama ada jiran tetangga, mahupun sanak-saudara yang dekat mahupun jauh.

"Tetapi generasi hari ini bermaaf-maafan menggunakan laman sosial sama ada WhatsApp dan juga Facebook.

"Sebab itu, di hari raya masing-masing sibuk dengan telefon di tangan juga. Sedangkan amalan bermaaf-maafan adalah dengan sentuhan 'spritual' dalaman," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...