TERKINI :

Thursday, July 16, 2015

Menantu Hj Hadi kata Rafizi kurang ajar...

Ahli Jawatankuasa PAS Zaharudin Mohamad (gambar, bawah) menyifatkan Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli sebagai kurang ajar kerana mencampuri urusan dalaman parti Islam itu.

Menantu kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu marah kerana Rafizi menyokong Gerakan Harapan Baru (GHB) walaupun majoritinya masih ahli parti Islam itu.

"Rafizi jangan campur urusan PAS. Nampak Rafizi ni gelojoh seperti orang terkencing sebelum sampai tandas,” katanya.

“Selagi Gerakan Harapan Baru belum keluar PAS dan belum bercerai rasmi, maka kenyataan Rafizi saya anggap campur tangan dan kurang ajar," kata Zaharudin.

Menantu kepada Hadi itu juga merupakan ketua unit hal ehwal agama Kumpulan Perangsang Selangor, sebuah syarikat kerajaan negeri.

Menurutnya, jika GHB sedang tarik ahli PKR menyertainya, tiada masalah untuk Rafizi membuat kenyataan terbuka seperti itu.

"Tetapi sekarang GHB sedang giat tarik ahli PAS menyertainya bukan PKR atau Umno," kata Zaharudin melalui Facebook beliau.

Beliau mengulas kenyataan Rafizi yang menyokong GHB dan akan menyertai jelajah seluruh negara.

Zaharudin juga cuba memecahkan PKR dengan berkata pandangan Rafizi itu berbeza dengan pandangan timbalan presiden PKR yang juga Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

"Berdasarkan Kajang Move, saya tidak nampak ini keputusan PKR atau Rafizi sendiri kerana itu adalah game kumpulan Rafizi yang di’mastermind’kan dan diwarnai Rahim Ghouse, seorang tegar IRC.

"Sebab itu kenyataan mereka sering tidak sehaluan dengan Azmin dan lain-lain," tulis Zaharudin.

Selepas ini, katanya, beliau akan mengulas beberapa isu lagi berkenaan grand design IRC dan modus operandi mereka.

IRC adalah merujuk kepada kumpulan Islamic Representative Council (IRC) yang ditubuhkan di United Kingdom oleh pelajar Malaysia di sana yang berbeza pandangan dengan PAS.

Ia dilabelkan sebagai kumpulan yang cuba memasuki PAS dan lain-lain pertubuhan politik termasuk Umno dan menguasainya dari dalam.

Teori ini menjadi pegangan sesetengah pihak sehingga ketengangan sentiasa berlaku dalam parti itu apabila wujudnya 'siege mentaliti' seolah-olah kumpulan Islam lain cuba menguasai PAS di kalangan mereka.

Menjelang pemilihan lalu, ramai pemimpin PAS dilabelkan sebagai 'orang IRC' dan meminta perwakilan 'menghalau' mereka termasuklah Dr Dzulkefly Ahmad, Dr Mohd Hatta Ramli dan ramai lagi pemimpin kumpulan progresif.

"Saya sedang cari kenyataan rasmi Hasanudin (timbalan presiden Ikram) atas nama Ikram yang senada dengan Rafizi," kata Zaharudin lagi cuba mengaitkan Rafizi dan Rahim sebagai kader IRC untuk menghancurkan PAS.

Ikram adalah kesinambungan dari IRC yang ditubuhkan selepas Jamaah Islah Malaysia (JIM) sebelum ini. – 16 Julai, 2015.

Ketua Penerangan Pas anggap G18 sebagai pengkhianat

PETALING JAYA: Penubuhan Gerakan Harapan Baharu (GHB) oleh 18 bekas pemimpin Pas yang kalah teruk dalam muktamar parti itu bulan lalu, disifatkan sebagai pengkhianat.

Ketua Penerangan Pas, Pusat Nasrudin Hassan turut menganggap mereka tidak bermaruah kerana masih enggan keluar parti walaupun telah membuat pengumuman untuk menubuh parti baru.

“Golongan ini merupakan pengkhianat dan penjahat kepada jemaah Islam kerana masih ahli Pas tetapi bertindak merosak parti dari dalam dengan menghasut ahli agar menyertai parti baharu yang mereka bakal tubuh nanti,” katanya yang dipetik daripada Utusan Malaysia.

Ahli Parlimen Temerloh itu turut mendakwa kumpulan berkenaan hanya menjadikan Pas hanya batu loncatan untuk mencapai cita-cita politik mereka.

Mengulas mengenai penubuhan parti itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, menyifatkannya seperti bisikan syaitan.

“Tidak perlu terpedaya dengan bisikan syaitan yang mengajak keluar daripada perjuangan Pas yang berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah, ijma’ dan qiyas dengan pelbagai janji palsu, sama ada oleh syaitan dalam kalangan jin mahupun manusia,” katanya.

Isnin lalu, 18 bekas pemimpin Pas yang diketuai Mohamad Sabu mengumumkan inisiatif penubuhan parti baharu untuk bergerak dalam pakatan pembangkang.

Timb. Presiden PAS seru ahli supaya jangan tinggalkan parti dan memohon maaf atas apa yang berlaku.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memohon maaf kepada semua ahli PAS atas krisis yang sedang dihadapi parti itu sekarang ini dan memujuk mereka agar tidak meninggalkan parti.

Timbalan presiden PAS itu berkata, ahli-ahli tidak perlu meninggalkan parti kerana pemimpin yang tidak mereka sukai akan pergi juga satu hari nanti.

"Kepada ahli-ahli parti, saya mewakili barisan kepimpinan PAS Pusat yang baharu dan lama memohon maaf atas krisis yang sedang dihadapi parti pada masa ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Pemimpin datang dan pergi. Yang ada hari ini akan pergi jua satu hari nanti."

Kumpulan yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menubuhkan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) – medium sementara sebelum Pendaftar Pertubuhan (RoS) meluluskan sebuah parti baharu .

Tuan Ibrahim dalam ucapan sempena hari raya itu berkata, hari raya tahun ini berbeza dengan yang sudah-sudah.

"Hari Raya ini cukup berbeza kerana negara hari ini berada di dalam persimpangan dan rakyat pula terjerut di tengah-tengahnya. Hari ini Malaysia berdepan dengan pelbagai masalah."

Menurut Tuan Ibrahim yang berada dalam "cai" kumpulan konservatif dalam pemilihan PAS lalu, negara berdepan dengan kelemahan nilai ringgit dan ketidakyakinan pelabur kesan daripada kemelut politik.

Kepimpinan negara pula, katanya, menghadapi masalah integriti, tuduhan rasuah dan tidak amanah dalam kontroversi yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tabung Haji dan lain-lain.

"Institusi-institusi kerajaan berdepan dengan masalah defisit kepercayaan rakyat dan kredibiliti, termasuklah Bank Negara, hanya kerana kemelut 1MDB. Tugas mereka umpama kertas membalut api."

Di tengah-tengah kemelut ini, katanya, terjadilah pula insiden Low Yat yang cuba diambil kesempatan sesetengah pihak untuk menghidupkan api perkauman yang dahsyat.

"Khazanah negara termahal iaitu kepelbagaian dan keharmonian rakyatnya cuba diroboh sekadar cuba mengalihkan pandangan rakyat daripada isu sebenar yang sedang melanda negara."

Menurut Tuan Ibrahim, ketika Barisan Nasional berada dalam keadaan lemah, parti-parti pembangkang turut berpecah.

Mejar Zaidi: Dari PAS ke Harapan Baru

Bekas tentera udara Zaidi Ahmad, yang dipecat berkaitan isu dakwat kekal dalam pilihan raya, kini memilih Gerakan Harapan Baru (GHB) selepas percaya PAS menyimpang daripada prinsipnya.

Zaidi yang baru setahun menyertai PAS berkata, PAS kini mundur ke belakang dalam perjuangannya, terutama selepas muktamarnya bulan lalu.

Dalam muktamar itu, PAS meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP selepas tidak sehaluan dalam isu pelaksanaan hudud di Kelantan.

Zaidi berkata demikian ketika ditemui Malaysiakini selepas pelancaran jawatankuasa penaja GBH oleh ketuanya di peringkat negeri Mujahid Yusof Rawa di Butterworth.

Zaidi turut menjadi salah seorang anggota jawatankuasa penaja GBH Pulau Pinang.

Beliau juga berkata PAS kini lebih berminat mempromosikan kumpulan tertentu sahaja dan justeru menjadikannya tidak inklusif lagi.

Katanya, kesemua kumpulan sama ada ulama atau progresif patut bekerjasama dalam PAS tetapi muktamar lepas tidak berlaku.

Sudahlah mengungkit, kata Khalid Samad

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamad tidak perlu mengungkit sumbangan memenangkan kumpulan progresif parti itu sebelum ini.

Ini kerana, kata bekas anggota jawatankuasa pusat PAS itu, kumpulan progresif juga turut menyumbang tenaga untuk calon-calon mereka di kawasan lain.

“Tidak patut ungkit mengungkit, habis pahala saja,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Khalid berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mahfodz yang mengingatkan pemimpin progresif parti yang berhasrat meninggalkan PAS agar tidak lupa pada sokongan anggota yang bekerja keras dan menyumbangkan wang ringgit bagi memenangkan mereka dalam pilihan raya.

Mahfodz turut mengingatkan bahawa kemenangan kumpulan progresif bukan dari hasil titik peluh mereka sendiri sebaliknya daripada sokongan semua pihak, termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu, ADUN Hulu Kelang Saari Sungib berkata anggota PAS seolah-olah terperangkap di dalam satu “doktrin ulama sentiasa benar” dalam membuat keputusan dan kenyataan.

Malah katanya tidak timbul soal ungkit mengungkit yang dibangkitkan oleh Mahfodz kerana katanya dalam pilihanraya umum lalu, beliau turut menyumbangkan wang simpanan peribadinya dalam kempen rakan-rakan dan dirinya.

“Memang dalam pilihanraya ada orang beri sumbangan nasi bungkus, pasang bendera… tetapi dalam DUN memerlukan RM100,000 sejak pilihanr aya umum lalu, bagaimana mahu dapatkan duit, sayalah, duit simpanan sikit, kawan-kawan dari NGO.

“Kita (anggota PAS) terperangkap di dalam satu doktrin ulama seolah-olah di bawah kepimpinan ulama semua betul,” katanya.

Hadi ramal #HarapanBaru tak akan lebih 2 tahun

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak melihat parti Islam baru yang sedang ditubuhkan oleh bekas pemimpinnya akan mempunyai hayat panjang.

“Pengalaman kami, semua kumpulan serpihan ini tidak akan lebih daripada dua tahun,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Channel NewsAsia pada Selasa.

Sekumpulan pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu sebelum ini mengumumkan menggerakkan sebuah kumpalan dinamakan Gerakan Harapan Baru Baru.

Ia antaranya bertujuan merintis usaha penubuhan parti Islam baru yang lebih terbuka serta membentuk gabungan pembangkang Pakatan Rakyat 2.0.

Pakatan Rakyat kini berpecah susulan pertelingkahan berterusan PAS-DAP, terutamanya dalam isu hudud.

Muktamar PAS sebelum ini membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP, sebuah parti berasaskan fahaman sekular.

Hadi bagaimanapun tidak melihat gerakan baru itu sebagai ancaman.

Katanya, berdasarkan sokongan dalam pemilihan lalu, mereka cuma disokong oleh 20 peratus perwakilan.

“Mereka telah ditolak oleh parti dan akan juga hilang sokongan rakyat,” kata Hadi.

Peristiwa di Low Yat : Bukan budaya masyarakat Malaysia kini..!!

http://2.bp.blogspot.com/-8P9mR8Nx7_c/VaGkENQxHqI/AAAAAAAAH9I/aHnNlJTPm9A/s1600/Gaduh%2BDi%2BPlaza%2BLowyat.jpg
Peristiwa yang berlaku di plaza Low Yat baru-baru ini sepatutnya tidak berlaku. Persitiwa sedemikian bukan lagi merupakan budaya rakyat Malaysia. Maksud aku bukan lagi merupakan budaya yang diamalkan oleh kaum Melayu atau pun kaum Cina atau pun India yang betul-betul menggelarkan diri mereka sebagai bangsa Malaysia.

Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa,’Ini tidak harus berlaku walau berbeza agama, walau ada perasaan marah, cara penyelesaian bukanlah dengan cara merusuh, negara akan menjadi sebuah negara yang tidak aman dan tidak menarik untuk sesiapa pun," katanya ketika berucap di Majlis Iftar Ramadan dan Sentuhan Kasih Badan Amal Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat dan Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah (Bidara) 2015 di Seri Mentaloon di Alor Setar.

Tentulah amat memalukan peristiwa sekecil ‘mencuri telipon bimbit’ boleh menjadi isu perkauman yang cuba diperbesar-besarkan. Sepatutnya boleh diselesaikan sekiranya diambil pendekatan yang rasional dan bijak. Malangnya ada pula pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk ‘menghangatkan’ keadaan sedemikian sehingga menjadi ‘peristiwa besar’ yang sekiranya tidak ditangani dengan bijak mungkin juga akan mencetuskan perselisihan kaum.

Kenapa PAS perlu nak marahkan #HarapanBaru?

KENAPA PAS PERLU NAK MARAH HARAPAN BARU?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diumum baru-baru ini membuatkan mereka menjadi sasaran tembakan peluru-peluru PAS. Pimpinan PAS menyerang mereka bertubi-tubi samada dalam ceramah, mahupun blog dan media sosial.

2) Dalam banyak-banyak serangan, saya simpulkan bahawa peluru yang digunakan adalah berupa serangan psikologi dengan menggelar GHB ini sebagai kumpulan orang kecewa kalah pemilihan.

3) Serangan psikologi ini diasak dan disalut dengan dalil-dalil yang sedap didengar, tajam menikam, panas berapi - membuatkan ahli-ahli dari ceruk kampung tidak akan mendekati kumpulan ini.

4) Apa sebenarnya yang pimpinan PAS mahu? Sebenarnya tak perlu sindir, tak perlu serang. Biarlah GHB tubuh parti baru. Tak perlu pecat, mereka akan gugur keahlian dengan sendiri jika menubuh parti baru.

Pemandu Kedah ramai tiada lesen... apakah puncanya..????

JPJ
GURUN - Tiada lesen memandu dikesan sebagai kesalahan paling banyak dilakukan pengguna jalan raya di negeri ini bagi tempoh empat hari pertama Ops Hari Raya Aidilfitri 2015.
 
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Amir Onn Mustapha berkata sebanyak 150 saman dikeluarkan kepada pemandu yang memandu kenderaan tanpa lesen.
 
"Daripada jumlah itu, 107 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal manakala selebihnya melibatkan pemandu kenderaan lain.
 
"Saya nak nyatakan jumlah mereka yang menggunakan kenderaan tanpa lesen adalah tinggi di Kedah. Kita tidak tahu apa alasannya tetapi mereka berani menggunakan kenderaan walaupun tidak ada lesen," katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Advokasi Kempen Keselamatan Jalan Raya JPJ Kedah sempena Ops Hari Raya Aidilfitri 2015, di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Gurun arah utara, di sini, hari ini. - Bernama

Majlis Daerah Yan charge saman parking RM500, sedangkan lot paking buat tapak jual kueh raya

Memang mereka terdesak kutip wang... bila tempat parking dibuat tempat niaga di mana org nak parking kereta? wajarkah jumlah rm500 saman dikenakan. Salah MDY juga kerana tidak menyediakan tempat parking.


Festival Daging Raya jual lebih murah

Mukhriz Tun Dr Mahathir
Mukhriz Tun Dr Mahathir
 
ALOR SETAR - Bermula hari ini hingga esok, rakyat di  Kedah boleh mendapatkan daging lembu antara RM19 hingga RM22 sekilo pada Festival Daging Raya di pekarangan stadium Darul Aman dan beberapa pusat jualan lain.
 
Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, harga tersebut lebih murah berbanding di tempat lain yang dijual antara RM27 hingga RM30 sekilo.

Beliau berkata, ia bertujuan membantu mengurangkan perbelanjaan rakyat bagi  menyambut Aidilfitri.

"Hari ini kita sembelih 30 ekor lembu, esok 40 ekor yang harganya lebih murah berbanding di luar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan festival itu yang menyaksikan sambutan daripada lebih 2,000 orang pembeli.
 

'Gua' tak puasa di Low Yat!

XIFU NASER
XIFU NASER
 
PERGADUHAN di Low Yat dikatakan bermula apabila Muslim  berasa dirinya tertipu kerana telah membeli telefon bimbit yang tidak original di Low Yat. Ini perspektif pihak pembeli.

“Xifu, dia patut mengamuk sebagai pembeli!” sahabat saya membela pembeli itu. Saya ingatkan sahabat saya bahawa Nabi SAW telah mengajar mereka yang berpuasa untuk mengawal nafsu marahnya. Katakan pada diri sendiri, “ana saa’im” yang bermaksud “Saya berpuasa”  apabila rasa nak marah!

Tetapi sahabat saya senyum dan berkata, “Amuk pada kaafiruun takpe untuk “tunjuk ajar”! Perang Badar di bulan Ramadan maa!”

Tapi ini bukan kali pertama amuk dalam bulan ini. Dalam bulan Ramadan yang mulia ini juga, hampir 100 Muslim yang berpuasa serang beberapa wakil rakyat DAP. DAP tak buat apa-apa. Mereka tidak menghasut. Tiba-tiba dikasari secara fizikal. Apa yang ditunjuk ajarkan pula?

Mungkin sahabat saya akan kata bahawa DAP terdiri daripada kafir harbi pula!

 Bagaimana dengan ‘amuk mental’ apabila sebahagian mengamuk di sosial media bahawa seekor babi dipakaikan songkok dan baju Melayu?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...