TERKINI :

Wednesday, July 15, 2015

IKRAM - Selamat Berjuang Buat Gerakan #HarapanBaru

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
15 Julai 2015 bersamaan 28 Ramadan 1436H


Selamat Berjuang Buat Gerakan Harapan Baru

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) konsisten menyokong kepelbagaian parti-parti politik yang bakal hadir ke Parlimen Malaysia dari masa ke masa. Konsep dwiparti yang mewujudkan semak dan imbang akan benar-benar menguntungkan negara dan rakyat Malaysia.

IKRAM merasakan semua NGO yang diwujudkan, selagi mana memelihara dan menghormati Perlembagaan Malaysia, Rukun Negara dan Perjanjian Malaysia dengan objektif dan aktiviti yang tersendiri, tentunya sedikit sebanyak boleh memberikan keuntungan yang sama.

IKRAM akan kekal mengadakan 'engagement' dengan pelbagai pihak termasuk PAS, UMNO, PKR, DAP dan pelbagai parti politik dan NGO lain.

IKRAM bersama ahli-ahlinya yang terlatih dan berpengalaman, serta berbekalkan dengan ilmu Islam dan ilmu-ilmu lainnya akan cuba mengurus sebarang perbezaan ketika berinteraksi dengan mereka.

Kita Tahu Apa Najib Buat Minggu Lalu

Sakmongkol AK47, 


Saya bercadang bercakap mengenai Najib, Felda dan FGV. Sesudah memusnahkan Felda, Najib mahu terus memperlekehkan warga Felda.

Sebelum itu, izinkan saya komen sedikit mengenai siasatan pasukan khas keatas skendel akaun Najib di Ambank.

Saya harap pasukan khas ini lakukan apa terbaik untuk kepentingan negara- bukan kepentingan Najib. Objektif kita ialah selamatkan negara- bukan selamatkan Najib dan UMNO. 

Negara tidak hancur lebur jika Najib tidak lagi PM. Yang menghancur leburkan negara ialah kepimpinan yang korap dan incompetent.Kita tidak boleh biarkan negara ditadbir oleh crooks.

Najib boleh lari, tapi dia tidak boleh sembunyi selamanya.

Para pembaca budiman tentu sudah membaca kenyataan Najib bahawa dia yakin pasukan penyiasat khas akan membersihkan nama nya. Ini diikuti oleh kenyataan sokongan dari TPM dan beberapa menteri lain.

Kita semua tahu, ini semua kenyataan untuk menghiburkan diri sendiri. Jika pasukan penyiasat khas terdiri dari 4 Tan Sri yang duduk dibawah Najib membersihkan nama Najib, rakyat akan menghukum Najib dan 4 orang ini.

Sehingga hari ni- majority rakyat percaya itu adalah akaun Najib. Najib pun tidak menafikan nya- dia hanya kata duit itu tidak digunakan untuk dirinya. Lain disebut, lain dijawab. Ini tipikal Najib. Orang ini tidak pernah boleh menjawab terus terang.

Jika demikian, nyatakan bagaimana duit itu digunakan?

Kabinet Dan MT UMNO Yang Baik Hati - Skandal lagi...!!!!

Shahbudin Husin, 

Skandal lagi...


Belum pun kita tahu apa kesudahannya dengan skandal yang didedahkan oleh The Wall Street Journal atau WSJ berkenaan pengaliran wang masuk berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadi Perdana Menteri, kini satu lagi pendedahan dibuat oleh media asing.

Kali ini Sydney Morning Herald (SMH) mendedahkan bagaimana Putrajaya menolak untuk  memberi kerjasama berhubung maklumat yang diperlukan Jabatan Peguam Negara Komanwel berkaitan orang tengah yang dipercayai terlibat dengan rasuah dalam urusan percetakan wang kertas polimer yang dilakukan di Australia.

Akhbar tersebut mendakwa, Putrajaya enggan memberi kerjasama itu kerana ia dianggap sensitif lantaran orang tengah yang didakwa terlibat dengan rasuah itu didakwa mempunyai hubungan rapat dengan Najib Razak serta Perdana Menteri terdahulu, Tun Abdullah Badawi.

Siapakah agaknya orang tengah terbabit dan kenapa Putrajaya seolah-olah memilih untuk melindunginya daripada memberi kerjasama untuk sama-sama membanteras antara amalan paling keji dalam dunia itu?

Pendedahan SMH ini tentunya sekali lagi memalukan nama Malaysia di mata dunia kerana pemimpin kita bukan saja dipalitkan dengan skandal yang belum ada penjelasan meyakinkan sehingga kini, tetapi juga cuba menutup skandal yang lain pula.

Jika dikira dengan pendedahan Sarawak Report bagaimana isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor mendepositkan wang berjumlah RM2 juta ke dalam akaun peribadi hanya dalam tempoh tidak sampai tiga bulan, bermakna sudah ada tiga "penanda aras" yang mencemarkan nama Najib dibuat oleh media asing dalam waktu terdekat ini.

Surat terbuka buat Mat Sabu, Harapan Baru

 
Saudara Mohamad  Sabu,

Terlebih dahulu, izinkan saya gunakan gelaran Mat Sabu untuk berinteraksi sepanjang surat terbuka ini.

Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada saudara Mat Sabu dan pemimpin-pemimpin yang menjayakan pembentukan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Kami di badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) menyanjung tinggi keazaman saudara dan pimpinan GHB untuk meneruskan perjuangan yang dapat membawa perubahan baru dalam konteks negara, masyarakat dan politik semasa Malaysia.

Tujuan saya menulis surat terbuka ini adalah untuk menarik perhatian saudara dan pimpinan GHB supaya mempertimbangkan cadangan peribadi seorang penyelidik yang selama ini mengikuti secara dekat perkembangan politik dan ekonomi Malaysia termasuk dinamik PAS dan gerak-geri masyarakat madani.

Malaysia sedang bergelumang dengan skandal dan krisis yang membimbangkan segenap rakyat Malaysia dan pelbagai pihak yang mengikuti perkembangan semasa secara dekat. Perkembangan semasa melibatkan dinamik politik, kewangan negara, tekanan hidup masyarakat secara umum dan ekonomi yang tidak menentu, telah mencorakkan topik perbualan rakyat pelbagai lapisan.

Dalam konteks semasa, 52 peratus rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat semasa PRU-13 pada 5 Mei 2013, merasa terkilan dengan perbezaan dan perkembangan sebelum dan selepas 5 Mei 2013.

Inilah antara puncanya G18 lahirkan #HarapanBaru


Ada org boleh tolong jawab soalan yg ditnyakan oleh DHPP ini... DHPP pon sedar fitnah dan label melabel. 

Kerana itulah tertubuhnya GHB bukannya sbb G18 kecewa tewas tp kecewa difitnah SYIAH , ANWARIS , BARUA DAP ,JEBON ,MUNAFIK, SYAITAN Dan byk lagi.

Sampai sekarang tidak ada penafian dan jawapan dari pimpinan berkenaan persoalan yang di tanya oleh sahabat DHPP nie..

Rafizi : Muafakat baru menumbangkan Umno-BN


Saya menyambut baik pengumuman dan pelancaran Gerakan Harapan Baru yang mengumpulkan ahli-ahli Parlimen, ADUN dan aktivis yang mempunyai rekod teruji menentang Umno/Barisan Nasional.

Gerakan yang diketuai oleh YBhg Tuan Haji Mohamad Sabu dan dipimpin oleh tokoh-tokoh yang telah lama berjuang menentang Umno/Barisan Nasional ini adalah satu perkembangan baik pada kala rakyat mencari-cari jawapan kepada pelbagai kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda negara sekarang.

Saya kenal rapat dengan tokoh-tokoh ini dan telah bersama-sama mereka memperjuangkan isu rakyat selama ini. Malah, rekod mereka berjuang untuk membawa perubahan di dalam negara adalah berkali ganda lebih lama dari saya dan pimpinan muda yang lain.

Oleh itu, saya mengalu-alukan iltizam mereka untuk terus berjuang menentang Umno/Barisan Nasional.

Hudud : Gerakan #HarapanBaru guna pendekatan lebih bijak berbanding Pas


PETALING JAYA: Parti baru yang akan ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) bakal menggunakan pendekatan berbeza dalam memperjuangkan hukum hudud.

Penolong Setiausaha GHB, Suhaizan Kaiat berkata, berbeza dengan Pas, parti baru itu akan mengunakan pendekatan kebijaksanaan dalam memperjuangkan hudud terutamanya ketika penerangan kepada pihak lain.

“Kebijaksanaan Harapan Baru ini dari segi syariat, kita perlu memahami ruang dan peluang yang ada bukannya kita buat tanpa memikirkan dengan bijaksana.

“Kita juga akan menggunakan kebijaksanaan dari segi perbincangan dengan semua pihak bukan sahaja DAP, sebelum hudud dirancang untuk dilaksanakan,” katanya kepada FMT.

Suhaizan yang juga bekas Ketua Pemuda Pas berkata, tindakan Pas untuk melaksanakan hudud adalah terlalu tergesa-gesa tanpa memikirnya secara mendalam.

#HarapanBaru : Antara bimbang dan sedih

 - Nazril Laharadi


Manusia hidup dalam keadaan salah satu antara dua perasaan gembira atau sedih. Sedih adalah apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku, gembira pula adalah sebaliknya. Jadi manusia sentiasa hidup dalam keadaan bimbang, iaitu takut menjadi sedih dan tidak gembira.

Harapan adalah kata berlawan bagi bimbang. Sedih dan bimbang adalah menyakitkan. Harapan memberikan ruang kepada manusia untuk melegakan perasaan bimbang. Ia tidak hilang, namun manusia perlukan harapan untuk terus hidup. Tanpa harapan, manusia menjadi sedih sebelum sepatutnya menjadi sedih.

Menurut al-Quran antara nikmat syurga ialah tidak wujud perasaan bimbang dan sedih. Dalam surah al-A'raf 7:49 Allah berfirman: "Masuklah ke dalam syurga kamu tidak akan merasa takut dan sedih".

Apabila adam dan hawa diturunkan dari syurga, Allah memaklumkan mereka akan mendapat perasaan bimbang dan sedih di dunia. Hanya dengan petunjukNya perasaan bimbang dan sedih ini dapat dihilangkan (rujuk al-Baqarah ayat 38).

Rakyat kini rata-rata berada dalam keadaan sedih. Kenaikan harga barang, tekanan cukai barang dan perkhidmatan (GST), subsidi yang ditarik balik, tuduhan-tuduhan korupsi pemerintah, ketegangan antara kaum, menyebabkan rakyat menjadi hiba. Mereka bimbang, perkara yang lebih buruk akan berlaku, dan rakyat akan bertambah sedih.

Mat Sabu : Dari #ABIM dan sertai #PAS kini ke Gerakan #HarapanBaru

MENELAAH INSAN YANG BERNAMA MOHAMAD SABU YANG SERBA SEDERHANA SEJAK SERTAI PAS SEHINGGA KINI MENGGERAKKAN #‎HARAPANBARU‬


Tuan Hj Mohamad Sabu, atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu, bukanlah nama yang begitu besar dalam arena politik tanahair, tetapi dia punya keistimewaan sendiri di kalangan peminat politik. Beliau seorang tokoh yang sederhana, hidupnya sederhana, sikapnya sederhana, dan profil politiknya juga sederhana. Beliau aktif bersama ABIM sebelum menyertai PAS. Dia menyertai PAS setelah PAS kalah di Kelantan tahun 1978. Waktu itu, PAS berada dalam keadaan yang sangat lemah. Waktu PAS dalam keadaan yang lemah itulah, Mat Sabu menyertai PAS. Dia bukan menyertai PAS ketika PAS kuat. Dia menyertai PAS setelah PAS baru saja hilang kuasa kerajaan negeri di Kelantan. Dia punya visi untuk menguatkan PAS dan mengembalikan PAS ke arus perdana politik tanahair.

Penyertaan beliau di dalam PAS dibuat bukan kepalang. Merengkok dalam ISA dan dibuang daerah. Ditangkap puluhan kali. Didakwa atas pelbagai tuduhan. Mengalami kecederaan semasa demonstrasi.

Itulah sikap Mat Sabu. Ketika beliau dalam ABIM, beliau berikan 100% komitmen pada ABIM. Ketika beliau bersama PAS, dia berikan seluruh hidupnya dan kesetiaannya kepada perjuangan PAS. Dia bukan jenis manusia mencari kepentingan. Bukan jenis manusia kepalang tanggung. Dia Mat Sabu. Dia tidak pandai berpura-pura. Ibarat kata Datuk Zaid Ibrahim, "In Mat Sabu, what you see is what you get. There is nothing artificial about him". Dalam kata lain, dia punya sosok peribadi yang transparen.

SUA PAS akan minta penjelasan Selangor

 
  Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan berkata beliau akan mendapatkan penjelasan dari PAS Selangor berhubung kenyataan yang dilihat bercanggah mengenai status keahlian kumpulan progresif dalam parti itu.

Isnin lalu, kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan PAS bulan lepas mengumumkan penubuhan GHB untuk mengasaskan penubuhan satu parti politik baru berteraskan Islam.

Berikutan itu, PAS Selangor berkata pendukung usaha menubuhkan parti Islam baru jatuh keahlian secara automatik, menurut peruntukan dalam perlembagaan parti.

Berikutan itu, PAS Selangor sudah menyiapkan pemangku bagi jawatan yang disandang kumpulan GHB.

Manakala Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan pula berkata tindakan tidak boleh diambil sehingga parti baru itu didaftarkan secara rasmi bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Saya tak boleh komen lagi, saya nak dapatkan penjelasan dari (setiausaha PAS Selangor Mohd) Khairuddin (Othman), saya tak boleh komen berdasarkan laporan media sahaja.

SaifulIslam.com : Kenapa saya koyak sijil keahlian PAS dan kini bersama #HarapanBaru

SETIA DENGAN KEBENARAN 
Mu'arrikhūn

Jawapan UHAJ terhadap tuduhan Dr Zuhdi kepada GHB di sini - KLIK SINI

Bismillah.

Saya bukan ahli politik. Pembabitan saya di dalam PAS banyak berkisar di daerah perkaderan. Saya memilih untuk berada di ruang perkaderan kerana saya suka dengan anak muda. Bagi saya, untuk melihat perubahan, ia boleh dibuat di semua peringkat, tetapi mengusahakannya di peringkat anak muda adalah yang terbaik.

Namun usaha ini kena sabar sebab hasilnya perlu menunggu mungkin sekitar 5 ke 10 tahun. Saya memilih untuk berada di perkaderan supaya kedudukan saya di dalam PAS tidak terlalu bawah sehingga pendapat saya tidak berharga, dan tidak naik ke atas sehingga saya perlu berpolitik. Saya tiada bakat politik, dan sentiasa mengelak daripada sampai ke daerah PAS sebagai parti politik.

Namun itu tidak bermakna saya naif dengan politik.

Dalam urusan perkaderan, subjek paling berharga ialah (i) pemikiran (ii) karakter (iii) wacana bersifat futuristik

Ketika memegang jawatan kecil di dalam sebuah unit di bawah DPPP bermula daripada sekitar tahun 2005, agenda saya dan rakan-rakan ketika itu adalah menyuntik perubahan kepada pemikiran dan pendekatan dakwah PAS, khususnya di peringkat kampus. Dari segi pemikiran, agenda ketika itu ialah menautkan kembali Sunnatullah dan Syariatullah. Ia akan menyentuh tentang sinergi antara sains dan agama, 'profesional' dan agamawan, kepentingan asbab dan ketinggian tawakkal dan doa, yang menjadikan siapa sahaja di dalam PAS sama penting kerana saling lengkap melengkapkan.

RM jatuh sukar pembeli tawar harga




NARATHIWAT: Kejatuhan mata wang Malaysia menyebabkan orang ramai yang datang ke Pekan Mundok terpaksa membayar lebih untuk setiap barangan dibeli.

Sebelum ini RM100 bersamaan 1,000 baht, namun sekarang sekitar 895.60 baht.

Kejatuhan nilai RM menyamai apa yang berlaku ketika krisis ekonomi pada 1997 sehingga menyebabkan kerajaan menambat nilai RM.

Biar pun RM jatuh teruk namun tidak menghalang orang ramai datang ke pekan ini bagi membeli kelengkapan hari raya memandangkan harganya ditawarkan jauh lebih murah.

Misalnya tudung berjenama Fareeda yang dijual harga beratus ringgit di Kota Bharu, boleh didapati pada harga RM30 hingga RM45 di Pekan Mundok.

Begitu juga harga tudung biasa ada serendah RM10 mengikut reka bentuk.

Trajedi Plaza Low Yat - Gengsterisme pendorong utama rusuhan

rentetan gambar (kiri ke kanan) rakaman video insiden pergaduhan
KUALA LUMPUR 14 Julai - Isu kecurian dipercayai bukan satu-satunya penyumbang di sebalik insiden rusuhan di Plaza Low Yat, tetapi kewujudan elemen gengsterisme yang telah sekian lama bertapak di premis perniagaan itu turut menjadi pendorong utama.

Malah, jika gagal ditangani secara berkesan, tidak mustahil elemen gengsterisme di plaza berkenaan boleh bertukar menjadi ‘bom jangka’ yang hanya menanti masa untuk meledak dengan kesan lebih kronik kepada perpaduan negara.

Sehubungan itu, pelbagai pihak mendesak Kementerian Dalam Negeri serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneliti secara terperinci hingga ke akar umbi punca insiden rusuhan terbabit dan bukannya hanya memberi fokus kepada aspek kecurian semata-mata.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kejadian rusuhan itu mungkin boleh dielakkan jika suspek yang didakwa mencuri diserahkan kepada pihak berkuasa untuk diadili, dan bukannya dipukul dengan sesuka hati.

“Yang bersalah tetap bersalah tetapi jangan kita tutup mata kepada persoalan gengsterisme di Plaza Low Yat. Jika suspek yang mencuri didakwa, bagaimana pula dengan tindakan undang-undang ke atas kumpulan yang memukul suspek? Perbuatan itu juga salah.

Enggan Letak Jawatan, PAS Selangor "Khianat" Dengan MSU...

ULASAN GB
 

Kenyataan dan tindakan PAS Selangor yang enggan meletak jawatannya di dalam kerajaan negeri Selangor AMAT JELAS membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama.

Ini kerana Majlis Syura Ulama telah memutuskan hubungan tahaluf siyasi dengan DAP.

Bererti secara automatik tiada lagi kerajaan Pakatan Rakyat di negeri berkenaan. Justeru itu adalah tidak bermaruah dan tidak wajar bagi PAS Selangor untuk terus duduk di dalam kerajaan negeri Selangor apabila MSU telahg membuat keputusan sedemikian.

Sekalipun MSU mengekalkan tahaluf siyasi bersama PKR (walaupun sebelum ini PAS menghentam PKR dan DSAI di dalam isu Langkah Kajang) namun ia tidak sekali-kali menjadikan sebab kepada pewujudan Pakatan Rakyat lagi kerana keputusan MSU menganggap DAP sudah dianggap tiada lagi.

Dan sayugia diingatkan bahawa semasa PRU13 yang lalu, rakyat mengundi PAS berdasarkan kepada fakta bahawa PAS adalah rakan komponen PR.

Jangan lupa, sewaktu isu Langkah Kajang dulu, dua ADUN PAS telah digantung kerana kononnya mereka gagal mematuhi keputusan MSU.

Isu Penubuhan Jamaah Islam baru dan hukum baiah ahli keluar dari jamaah Islam sedia ada

MEMAHAMI ISU TUBUH JEMAAH ISLAM BARU, DAN KELUAR DARI JEMAAH ISLAM SEDIA ADA



Perbincangan hangat berkenaan penubuhan jamaah baru dan bagaimana dengan baiah mereka dengan jamaah yang sedia ada?

Maklum bagi mereka yang mendalami ilmu fiqh bahawa baiah yang wujud di dalam hadis atau yang meninggalkan jamaah ia berkaitan dengan baiah dengan kerajaan maka orang yang memutuskan baiah tersebut dan keluar daripada kerajaan Islam itu adalah haram. Tetapi berbaiah dengan parti atau jamaah tidak termasuk di dalam hadis ini.

Baiah parti dikategorikan sebagai ta'ahud dan sekiranya seseorang keluar daripada parti cukup dengan membayar kaffarah sumpah. Segala taklid taklid yang berccanggah dengan maqasid syarie taklid itu dianggap batil.

Cuma permasalahnnya adakah wajar menubuh jamaah baru sedangkan dah ada jamaah lama?

Isu Parking : Apabila Melayu tipu Melayu tak ada siapa nak mengamuk macam Low Yat ka????

Muhammad Farid Wajdi Bin Hanif


Tadi aku pergi satu Uptown kat area KL. Baru je sampai, dah dapat satu parking baik. Dekat sangat dengan gerai-gerai. Masa ni dah happy sebab jarang dapat peluang parking mudah macam ni.

Tapi aku keluar je kereta, datang sorang mamat ni jumpa aku.

"Bang, RM5."

"Dah kenapa?" Aku tanya.

"Kalau parking sini kena bayar bang. RM5."

3 tahun aku lepak kat sini, dah dekat beratus kali aku datang, ini first time orang mintak bayar parking.

"Dah. Aku tak nak bayar." Aku pun hidupkan semula enjin dan keluar dari parking.

Aku parking jauh sikit daripada Uptown. Dekat 500 meter juga. Depan rumah kosong. Keluar je kereta, datang sorang lagi mamat.

"Bang, parking sini kena bayar RM5."

Ini celaka.

Penduduk Bandar Baru Beris Jaya - Pengurusan Koperasi ada perkara tak kena???

'Seolah-olah bertuah tapi tak untung'

 'Seolah-olah bertuah tapi tak untung'
Hassan (kanan) meninjau keadaan kaunter agihan wang hasil ladang
SIK – Penduduk yang terlibat dengan penempatan semula di Bandar Baru Beris Jaya, Sungai Pau, di sini menyifatkan perpindahan mereka bertuah tapi tidak menguntungkan.

Masing-masing berpindah pada 2002 ke tapak Sungai Pau bagi memberi laluan kepada kerja pembinaan Empangan Beris di tapak asal kediaman mereka yang terletak kira-kira 20 kilometer. 

Wakil Penduduk, Hassan Md Rejab, 77, berkata, seramai 552 penduduk yang terlibat dalam perpindahan itu turut dijanjikan agihan tanah lot di tapak baru sebagai ganti rugi.

“Penduduk Beris ini seolah-olah bertuah tapi tak untung, sebab tuahnya kerajaan negeri beri sepenuh perhatian sehingga kami dapat pelbagai kemudahan dan sebagainya. 

“Malah kami juga tidak perlu bayar apa-apa. Ini menunjukkan kerajaan negeri prihatin kepada rakyat setelah mengambil tanah penduduk untuk projek kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis penyampaian dividen wang hasil ladang di Dewan Masjid Bandar Baru Beris Jaya, di sini, kelmarin. 

Ketua Pemuda PAS Shah Alam umum letak jawatan

LINK SUMBER

LINK SUMBER FB





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...