TERKINI :

Tuesday, July 14, 2015

Info : 8 Perkara berkenaan Gerakan #HarapanBaru

8 PERKARA BERKENAAN GERAKAN HARAPAN BARU (HARAPAN BARU)



www.harapanbaru.net

SIAPA HARAPAN BARU?

1. HARAPAN BARU lahir dari desakan kehendak rakyat yang resah dengan kemelut serta kepincangan negara khasnya NGO-NGO Islam serta anak muda dan pimpinan mahasiswa agar Politik Islam terus diperkukuhkan bagi memegang AMANAH membuat perubahan dalam ruang lingkup Perlembagaan Malaysia dan sistem demokrasi yang diamalkan.

2. HARAPAN BARU disertai aktivis pelbagai latar belakang, ras dan agama dari kalangan aktivis, profesional dan agamawan dengan membuka ruang dan peluang kepada bakat muda untuk diketengahkan – selagi mana kesemuanya berpayung kepada Nilai-nilai Teras HARAPAN BARU.

3. HARAPAN BARU memelihara Hak Asasi Manusia (Huquq al-Insan) berteraskan Kemuliaan Insan (Karamah Insaniyah) yang diiktiraf Allah (Human Dignity), sekaligus menyatukan warga besar rakyat dalam anjuran Persaudaraan Insan (Brotherhood of Man) serentak menolak pelbagai amalan perkauman dan rasisme.

Cakaplah apa sahaja, #HarapanBaru sedia mendengarnya...!!!!


1. Macam macam yang dikatakan ke atas Gerakan Harapan Baru. Ada yang mengaitkan dengan golongan Islam liberal. Ada yang mengatakan ia akan hanya bertahan dua tahun sahaja . Ada yang menyamakannya dengan pertubuhan pertubuhan politik serpihan daripada Pas seperti Hamim yang tidak akan bertahan lama.Ada yang mengaitkan ia pertubuhan orang orang kecewa kerana kalah dalam pemilihan Pas dan banyak lagi tuduhan tuduhan nakal dan liar ke atas #HarapanBaru.

2. Sebagai pertubuhan yang meraikan kebebasan bersuara maka #HarapanBaru mengucapkan terima kasih kepada semua golongan yang memberikan pendapat mereka mengenai #HarapanBaru. Pendapat pendapat yang diberikan tersebut bukan sahaja perlu dihormati malahan perlu juga diambil kira oleh #HarapanBaru. Tidak rugi mendengar pendapat yang berbeza seperti mana tidak untung mengangap kepelbagaian pendapat satu masalah. Teruslah bercakap kami (#HarapanBaru) sedia mendengar !!!

3. Memandangkan wujudnya pelbagai tuduhan ke atas #HarapanBaru maka tidak salah untuk #HarapanBaru membuat serba sedikit klarifikasi, bukan bertujuan memuaskan hati mana mana pihak jauh sekali semua orang, sebaliknya ianya lebih kepada menjelaskan serba sedikit kekaburan yang menjejaskan pandangan setengah pihak tentang #HarapanBaru. 

4. Jika kekecewaan yang dikatakan mencetuskan wujudnya #HarapanBaru ia tuduhan yang betul dan salah dalam nafas yang sama. Majoriti penggerak #HarapanBaru adalah mereka yang terlibat dalam Pas sebagai pemimpin utama sama ada di peringkat nasional atau negeri khususnya. Sayang dan cinta mereka kepada Islam tidak pernah padam dulu, kini dan selamanya insyaAllah. Ironinya jika mereka bersama dengan Pas sebelum ini kerana Islam , jika #HarapanBaru ditakdirkan menubuhkan wadah siyasah yang baru, insyaAllah Islam juga penyebab kepada keputusan penubuhan wadah siyasah tersebut.

#HarapanBaru tidak mengharapkan penghijrahan ahli PAS tapi jika nak sertai ahlan wasahlan pintu dibuka...


Jumlah pengundi di Malaysia pada pru13 adalah dianggarkan 10juta.... BN dapat 47% undi PR dapat 53% undi tapi BN berkuasa memerintah negara..

Berbalik pada PR dari 53% bersamaan 5.3 juta manakala ahli parti pula...

PAS = 800 ribu
PKR = 500 ribu
DAP = 200 ribu
Total : 1.5 juta
*ini kadar ahli semasa pru13

Jadi jika ditolak undi yg diberikan kpd PR jumlah lebihan pengundi ialah 3.8 juta yang berada di luar kotak ahli parti dalam PR yang memberikan sokongan sewaktu PRU13 dahulu...

Maka disinilah target ‪#‎HARAPANBARU‬ untuk mengembangkan sokongan mereka kepada PR bukannya mengharap penghijrahan ahli PAS kpd mereka..........

Keahlian tidak penting...yang dikehendaki ialah 1 UNDI kepada PR itu sudah memadai untuk memberikan harapan baru menumbangkan UMNO BN diatas bumi Malaysia......

AGK...
#AnakGunungKeriang
SUMBER - KLIK SINI

Mokhzani didakwa miliki 18 kereta bernilai lebih RM36 juta

Mokhzani
KUALA LUMPUR: Anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Mokhzani didakwa memiliki kekayaan luar biasa dalam tempoh singkat sehingga mampu memiliki koleksi kereta bernilai RM36.2 juta.

Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, Mokhzani, anak kedua Dr Mahathir, memiliki 18 koleksi kereta pelbagai jenama.

Sehubungan itu, katanya, Dr Mahathir juga perlu tampil menjelaskan sumber yang diperolehi anaknya itu yang dilihat di luar kemampuan sebenar.

“Dr Mahathir perlu tampil memperjelas tentang dana modal anaknya. Malah, Mokhzani juga perlu tampil menjelaskan segera,” katanya dalam sidang media pada Selasa.

Katanya, pendedahan yang dibuat hari ini hanyalah melibatkan harga kereta yang dimiliki Mohkzani tidak termasuk termasuk rumah dan aset lain.

“Saya belum dedahkan lagi kekayaan anak-anak Dr Mahathir yang lain termasuk Mukhriz,” katanya.

Polis tahan Ali Tinju berhubung ucapan perkauman di Plaza Low Yat


Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Ali Tinju ditahan polis sebentar tadi mengikut Akta Hasutan berhubung ucapan berbaur perkaumannya di depan Plaza Low Yat, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan penahanan itu kepada The Malaysian Insider.

Ali, yang juga seorang aktivis ditahan di balai polis Dang Wangi kira-kira jam 11.30 pagi tadi di mana beliau dipanggil untuk beri keterangan.

Beliau ditahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Tengah hari tadi ketika bercakap kepada The Malaysian Insider, Ali atau nama sebenarnya Mohd Ali Baharom, 44, memberikan bayangan beliau mungkin "akan beraya di sebalik tirai besi".

Ali bagaimanapun menafikan ucapannya pada malam itu berbaur hasutan kerana beliau sendiri pulang ke rumah sebaik selesai memberi ucapan, bagi membantu isterinya memasang langsir sempena Aidilfitri.

Gaduh Low Yat : Orang Melayu Lindungi Saya - Wartawan Media Cina

 
PETALING JAYA: Seorang wartawan yang dipukul semasa membuat liputan insiden kekecohan di Plaza Low Yat pada Ahad berkongsi cerita disebalik detik hitam peristiwa itu.

Menurut wartawan jenayah Sin Chew Daily, Chan Woei Loon, apa yang berlaku pada hujung minggu lalu tiada kaitan dengan isu perkauman seperti yang dibuktikan individu yang menyelamatkannya daripada dipukul.

"Selepas dipukul dengan teruk, terdapat beberapa wartawan Melayu cuba membantunya. Terdapat juga beberapa anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang membawa saya ke hospital.

"Doktor yang merawat saya juga Melayu. Kejadian ini tiada kaitan dengan isu perkauman.

"Tidak kira apa bangsa anda, jika ada yang di dalam kesusahan, kita ada untuk membantu," katanya dalam entri berbahasa Cina di laman Facebooknya yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.

Chan berkata punca utama kejadian itu bukan melibatkan bangsa tetapi kebodohan.

Mufti: Api perkauman ditiup dari PRU lalu


Menulis di Facebook, Asri berkata, demi masa depan Malaysia, ahli politik yang suka menjadikan isu kaum sebagai senjata membangkitkan kebencian hendaklah ditentang semua pihak.

Ketegangan berpunca daripada pergaduhan pada Sabtu berhubung pertikaian mengenai sebuah telefon bimbit di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.

Polis menolak dakwaan ia mempunyai kaitan kena mengena dengan pergaduhan kaum.

Seorang lelaki yang dituduh mencuri telefon bimbit di pusat jualan barangan elektronik itu, Shahrul Anwar Abdul Aziz, 22,  didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

Beliau pada mulanya mengaku bersalah atas tuduhan itu sebelum menukar pengakuan selepas dinasihati peguam ketika pertuduhan dibacakan buat kali kedua.

Siapa sebenarnya yang persendakan Hukum Hudud..?????

Oleh Che Ibrahim Mohamad


Jika ditinjau dari sudut politik, undang-undang jenayah islam ini mendapat layanan dan sikap yg berbeza2 antara parti2 politik dominan di negara ini. UMNO sbg sebuah parti politik orang melayu Islam yg terbesar di Msia dan menjadi tonggak parti pemerintah semenjak merdeka atas nama Perikatan dan BN, berkali2 menegaskan hudud tidak ada dlm agenda mereka, bahkan mereka akan mempastikan undang-undang hudud tidak dilaksanakan di negara ini, wpun akhir2 ini ada beberapa orang pemimpin umno menyatakan sokongan utk membantu Kerajaan Pas Kelantan melaksanakan hudud di Kelantan, namun UMNO sendiri sbg sebuah parti tidak pernah menyatakan sokongan tersebut.

PAS sbg sebuah parti yg menjadikan Islam sbg dasar perjuangannya pun tidak pernah konsisten dlm isu pelaksanaan hukum hudud, mereka sendiri mengambil pendirian yg berbeza2 ketika memerintah Terengganu dan Kedah, bahkan apa yg dilakukan oleh Kerajaan Kelantan skrg berbeza dgn pendirian TGNA semasa menjadi MB Kelantan lebih drp 23 thn.

PKR walaupun tidak menolak hukum hudud, namun mereka mengambil pendirian yg berbeza di segi kewajipan pelaksanaan dan kesesuaian semasa. DAP pula dgn tegas menolak hukum hudud sbg bercanggah dgn Perlembagaan Negara dan masyarakat majmuk.

Kerinduan Pas kepada Umno persis rindunya penagih kepada dadah - MSO



SUSUPAN TENGAHARI                                                                                                           

Pimpinan Pas yang baharu menolak keras andaian mengatakan mereka akan membawa parti itu bergabung dengan Umno. (Diramalkan penggabungan ini paling lewat akan berlangsung dalam menghadapi pilihan raya akan datang). Dakwaan itu ditolak pagi dan petang walaupun gelagat dan sikap yang ditunjuk mencerminkan yang Pas kini lebih mesra dengan Umno berbanding dengan PKR. DAP sudah pun dihalau jauh.

Saya tidak tahu apakah kenyataan dan pendirian yang dibuat oleh ketua parti itu yang mempertahankan Najib Razak dalam beberapa isu termasuk isu 1MDB, atau seruan-seruan agar Najib diberi peluang dan berdoa untuk kesejahteraanya, bukan satu indikator positif ke arah membawa Pas untuk berkerja sama dengan Umno.

Saya mungkin naif dalam menilai gerak geri fizikal politik Pas ini, apa lagi merasai apa yang tertunjang dalam sanubari mereka. Misalnya situasi yang terpamer di Kelantan sangat menjelaskan kemungkinan itu. MB Kelantan yang mengganti Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ahmad Yaakub sudah lebih dua kali berjumpa secara rasmi dengan perdana menteri, Najib Razak.

Tidak cukup dengan aksi itu, perubahan sikap media massa seperti telivesyen dan akhbar "PB", yang sebelum ini menghentam dan menyerang Pas dan kerajaan Kelantan, malam siang tiba-tiba berubah angin dan perangai memberi ruang istimewa kepada pemimpin Pas. Menjadi mesra dan baik dengan kerajaan Kelantan. Mereka tidak lagi loket untuk memberi ruang kepada berita-berita positif mengenai Pas dan kerajaan Kelantan.

Apabila PENGERUSI MARA buat U-Turn dalam masa 2 hari..!!

KANTOI !!!.. Tiba2 Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa hari ini buat "U-turn" apabila mengatakan pembelian hartanah di Australia tidak diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pemimpin UMNO dikenali dgn satu identiti iaitu.. PEMBELIT ...!! MENIPU ITU SATU KEMESTIAN !!!


Haji Hadi belum selamat, isu pil kuda akan bergegar lagi ..


Usaha Mohd Shamsul untuk membersihkan namanya tetap diteruskannya. Shamsul calon PKR Dun Bukit Besi , Terengganu yang mendakwa Tok Guru Haji Hadi menuduh beliau mengedar pil kuda.

Beliau masih mahu menuntut namanya dibersihkan. Rayuan kes saman fitnah RM2 juta yang dikemukakan Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul, telah difailkan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, rayuan Mohd Shamsul di Mahkamah Rayuan akan didengari pada 27 Julai ini, 9 pagi.

Dalam pada itu peguam TG Haji Hadi semasa kes semakan semula kehakiman di Mahkamah Tinggi , Kuala Terengganu dahulu, Haji Asmuni Awi dan Mohd Fitri Asmuni didakwa tidak berminat lagi untuk mewakili Tok Guru Haji Hadi.

Hikmah disebalik ALLAH panjangkan usia Tun M

Tuhan, Panjangkanlah Usia Mahathir....


Membaca posting terbaru Tun Mahathir Mohamad di blog chedet.cc yang ditulis dalam bentuk sajak bertajuk "Malaysia Tanahairku",  barangkali ramai yang tersentuh hati dan sebak dada ketika menghayatinya.

Ia bukan saja kerana luahannya mengenai nasib bangsa dan negara yang tidak jauh berbeza ketika berkuasa dulu, tetapi yang lebih mengharukan apabila bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu mengakhiri sajaknya dengan bait-bait..."biarlah aku pergi, mata terpejam rapat, nafas perlahan berhenti...."

Dalam rangkap sebelumnya pula, beliau menulis, "aku akan pergi tidak lama lagi, dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir."

Mungkin ramai yang bertanya, apakah maksud bait-bait tersebut itu?

Apakah "pergi" itu bukan saja bermakna kematian yang merupakan kepastian bagi setiap manusia tetapi bermaksud ingin menjauhkan diri daripada kemelut politik yang sedang berlaku sekarang lantaran kecewa kerana Najib Razak yang ditegur dan diasaknya agar berhenti demi masa depan UMNO dan negara, tetapi terus juga ingin bertahan dengan kuasanya tanpa memperdulikan bangsa dan negara akan rosak binasa?

Penganggur mengaku tidak bersalah tuduhan curi telefon bimbit di Plaza Low Yat


KUALA LUMPUR: Suspek yang ditangkap kerana mencuri telefon bimbit di Plaza Low Yat pada Sabtu lalu, hari ini mengaku tidak bersalah selepas dibacakan pertuduhan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Jalan Duta, sebentar tadi.

Tertuduh, Shahrul Anuar Abdul Aziz berusia 22 tahun yang juga merupakan seorang penganggur turut dibenar diikat jamin berjumlah RM3,000 dengan seorang penjamin oleh Majistret.

Majistret, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor kemudiannya menetapkan 14 Ogos untuk perbicaraan.

Selain suspek, 18 lagi suspek yang terbabit dalam insiden pergaduhan dan rusuhan di Plaza Low Yat masih ditahan reman.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sudah membuka empat kertas siasatan berhubung insiden rusuhan berkenaan.

Kes disiasat mengikut seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan seksyen 148 kanun sama kerana merusuh menggunakan senjata.

Pemimpin tamak kejar kuasa, musnahkan bangsa, kata Dr Mahathir

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tulis pulisi mengenai kebimbangannya terhadap bangsa Melayu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Julai, 2015.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melahirkan kebimbangannya mengenai masa depan bangsa Melayu jika mereka "kembali dijajah" kerana sikap pemimpinnya dan permainan politik yang tidak lagi membela bangsanya sendiri.

Dr Mahathir yang genap usianya 90 tahun Jumaat lalu, menulis sebuah puisi di blognya, mendakwa politik yang satu masa dulu menjadi penyelamat bangsa kini menghancurkan bangsa itu sendiri.

Malah, beliau turut membidas sikap pemimpin negara yang tamak mengejar kuasa dan kedudukan yang tinggi sehingga katanya, memperalatkan nama Allah dan menghalalkan perbuatan yang haram bagi kepentingan peribadi.

"Politik yang menyelamat

Menjadi politik yang menghancur

Pemimpin semakin tamak

Untuk tempat dan kedudukan tinggi

Perbuatan yang haram dihalalkan

Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia," katanya dalam puisi Malaysia Tanahair-Ku yang disiarkan melalui blog chedet.cc.

Gerakan Harapan Baru akan meneruskan legasi perjuangan pemimpin-pemimpin Pas terdahulu


MOHAMAD SABU (tengah) bersama beberapa bekas pemimpin kanan Pas dan bekas Menteri Besar Selangor, Ta
MOHAMAD SABU (tengah) bersama beberapa bekas pemimpin kanan Pas dan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib (dua dari kiri) sempena pelancaran Gerakan Harapan Baru di Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA

KUALA LUMPUR 13 Julai - Pas bakal berdepan persaingan sengit daripada beberapa bekas pemimpinnya sendiri sebaik sahaja mereka berjaya menubuhkan sebuah parti politik Islam baharu dalam kerangka pakatan pembangkang.

Parti politik tersebut akan ditubuhkan melalui inisiatif Gerakan Harapan Baru yang dipengerusikan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Gerakan itu turut dianggotai bekas Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Husam Musa; bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Khalid Abdul Samad, Mohamed Hanipa Maidin dan Dr. Mohd. Hatta Ramli serta bekas Ketua Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat.

Mereka merupakan sebahagian daripada 18 bekas pemimpin Pas yang gagal mempertahankan jawatan masing-masing dalam pemilihan parti pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-61 di Kuala Selangor awal bulan lalu.

Politik negara gelap boleh hancurkan negara

Oleh RAYUSA

http://cdn3.coconutsmedia.com/styles/article_header/s3/field/image/najib_razak_8_2.jpg
KEBURUKAN pentadbiran negara yang dibawa oleh Dato’ Seri Najib Razak kini tidak disenangi hampir semua orang, termasuk adiknya sendiri, Dato’ Seri Nazir. Pengerusi CIMB, kumpulan perbankan kedua terbesar di negara kita itu menyifatkan situasi politik Malaysia kini sebagai “masa gelap politik.”

Dalam satu posting di Instagramnya, Nazir meletakkan gambar Tugu Negara. Katanya, mereka (merujuk patung anggota tentera pada tugu itu walaupun lebih mirip wajah bukan Malaysia) berkorban supaya kita boleh membina sebuah negara.

Dalam masa gelap politik ini, tambah Nazir, kita mesti ingat untuk mendahulukan negara dan rakyat, bukan kepentingan peribadi atau kesetiaan peribadi, malah politik parti.

Gambaran yang diberikan oleh Nazir berhubung senario politik itu dibuat di tengah-tengah dakwaan bahawa hampir AS$700 juta telah disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ), 4 Julai lalu, sebahagian besar daripada dana itu telah dipindahkan pada Mac 2013, dengan bakinya dipindahkan antara Disember 2014 dengan Mac 2015. Najib didakwa menggunakan wang itu untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-13 Umno-BN.

"Kami masih ahli PAS dan bergerak dalam masyarakat sebagai ahli PAS."

Itu reaksi yang diberikan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad apabila ditanya mengenai status keahliannya bersama beberapa pemimpin PAS lain yang mengumumkan penubuhan parti Gerakan Harapan Baru pada Isnin.

Menerusi temu bual dalam program Analisis Awani, Khalid berpendapat selagi parti baru itu belum tertubuh dan menyertainya, mereka yang digelar 'Kelompok 18' tidak melalui tindakan yang bertentangan dengan perlembagaan parti PAS.

Jelas beliau, buat masa ini tidak perlu dipertikaian mengenai keahlian mereka yang terlibat dengan idea Parti Gerakan Harapan Baru.
Sebelum itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mana-mana ahli PAS yang bertindak mempromosi pembentukan parti lain atau berusaha untuk menarik ahli PAS lain untuk keluar dari parti akan digugurkan keahliannya secara automatik.

Jawatankuasa Disiplin PAS juga akan menyiasat perkara tersebut sekiranya ada aduan perkara itu berlaku.

Afidavit bukti aliran wang dari akaun Najib ke parti BN, kata CAGM


Akaun bersumpah akan didedahkan minggu ini menunjukkan jutaan ringgit disalurkan daripada akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Barisan Nasional semasa PRU13. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Julai, 2015.
Afidavit bersumpah akan didedahkan kepada umum minggu ini bagi menjelaskan bagaimana jutaan ringgit disalurkan kepada Barisan Nasional (BN) daripada akaun peribadi perdana menteri untuk digunakan semasa Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13), kata badan bukan kerajaan Citizens For Accountable Governance Malaysia (CAGM).

Penaung dan jurucakap kumpulan tersebut, peguam Md Zainal Abidin memberitahu The Malaysian Insider, dokumen itu apabila didedahkan, akan menunjukkan kesalahan yang dilakukan pentadbiran kini.

"Apabila didedahkan, ia akan menunjukkan bagaimana wang tersebut masuk dan keluar dari akaun PM, dan bagaimana keseluruhan proses itu berjalan.

"Ia akan menyambung semua titik dan menyelesaikan teka-teki selama ini," katanya.

CAGM mendakwa pada Ahad, jutaan ringgit dari akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur disalurkan kepada parti komponen BN menjelang PRU13 yang diadakan pada Mei, 2 tahun lalu.

Zainal memberitahu The Malaysian Insider semalam, afidavit bersumpah tersebut sebahagian daripada dokumen mahkamah yang difailkan seseorang daripada industri perbankan dalam saman terhadap perkara lain di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau berkata sudah mendapatkan kebenaran plaintif untuk mendedahkan dokumen bersumpah tersebut.

Harapan saya biarlah PAS & GBH berjumpa di pintu syurga

Oleh Mohd Sayuti Omar


Kebimbangan dan ingatan saya agar tiada perbalahan dalam Pas, serta seruan saya supaya tidak ada orang mengucapkan selamat tinggal kepada Pas selepas muktamar ke-61 di Kuala Selangor awal Jun lalu, tampaknya akan menjadi kenang-kenangan sahaja. Rasa bimbang dan seruan itu tidak dipedulikan, dan peringatan saya tidak membawa apa-apa makna.

Hari ini kumpulan yang kalah dalam perebutan jawatan dalam muktamar itu kemudian disingkirkan terus dari kepimpinan parti telah melancarkan wadah baharu untuk mereka meneruskan perjuangan yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GBH). Perlancaran GHB itu dilihat ke arah penubuhan parti baharu bagi kumpulan berkenaan. Ia akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

Saya yakin dan percaya kesungguhan kumpulan ini dengan usaha mereka itu. Sekiranya proses mendaftar parti baharu menghadapi masalah dengan RoS, mungkin kaedah yang pernah diguna pakai oleh Parti Keadilan Rakyat semasa menubuhkan Parti Keadilan Nasional dulu diguna pakai. PKR pun asalnya dari sebuah parti yang tidak aktif kemudian ditukarkan nama menjadi Parti Keadilan Nasional kemudian bertukar pula menjadi PKR, dengan penggabungan PRM.

Maksudnya sebuah parti akan diconvertkan menjadi parti baharu mendokong GHB itu. Sekurang-kurangnya ada dua parti yang berkemungkinan akan digunapakai ataupun diambil alih bagi merealisasikan kewujudan GBH itu. Biarlah namanya dirahsiakan dahulu dan diumumkan oleh pihak GHB.

Hidangan tradisi hari raya baik untuk kesihatan

Lemang

KUALA LUMPUR - Menjadi kelaziman setiap kali hari raya pelbagai hidangan makanan tradisi antaranya lemang, dodol, wajik dan rendang, pasti menjadi pilihan setiap lapisan masyarakat.
 
Jika diamati, kebanyakan penyediaan makanan tradisi mengandungi santan dan minyak kelapa sekali gus membuatkan ramai bimbang untuk menikmatinya kerana dikatakan berlemak yang menyumbang kepada pelbagai penyakit.
 
Menurut Konsultan Perubatan Estetik Penuaan Sihat dan Perubatan Regeneratif, Dr Norman Mohd Norawi berkata, santan atau minyak kelapa selama ini disalahertikan sebagai minyak yang menyebabkan penyakit kerana mengandungi kandungan lemak tepu tinggi dan dikaitkan dengan masalah kolesterol.
 
"Minyak tepu jenis Medium Chain Triglyceride (MCT) seperti minyak kelapa atau santan sebenarnya dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.
 
"Kajian terbaru menunjukkan bukan semua lemak tepu adalah sama dan berbahaya, lemak tepu mempunyai banyak pecahan dan jenisnya," katanya kepada Bernama.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...