TERKINI :

Monday, July 13, 2015

Selesaikan dahulu isu Low Yat, isu 1MDB takan kemana - Rafizi

Terdapat keperluan lebih mendesak untuk pihak berkuasa menyelesaikan ketegangan kaum yang terjadi susulan insiden di Plaza Low Yat dan bukannya menumpukan hanya sekitar skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Rafizi Ramli hari ini.

Setiausaha agung PKR yang merupakan antara pengkritik tegar 1MDB berkata, ini kerana hubungan kaum di Malaysia sangat sensitif dan wujud keperluan supaya kerajaan menangani perkara itu dengan segera.

"Pada pendapat saya, yang mungkin sangat berbeza dengan fikiran ahli Parlimen lain, jika kita perlu mengalihkan perhatian kita kepada isu ini bagi menyelesaikannya, buatlah begitu.

"Kita sepatutnya selesaikan masalah ini terlebih dulu," kata ahli Parlimen Pandan itu kepada pemberita selepas beliau dan ahli Parlimen pembangkang lain melawat Plaza Low Yat petang ini.

Bagaimanapun, katanya, ini tidak bermakna Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh melepaskan diri daripada isu 1MDB, kata naib presiden PKR itu.

"Jadi, jika Najib merasakan apa yang berlaku di Low Yat akan mengalihkan perhatian daripada 1MDB, ia tidak akan berlaku.

"Saya tidak bimbang rakyat akan dipesongkan daripada isu 1MDB dengan adanya kes ini. Kerana, bukti dan kontroversi sekitar 1MDB bertimbun, dan ia akan datang kembali menghantui Najib," katanya.

Beliau berkata walaupun tiada bukti menunjukkan insiden Low Yat itu digunakan bagi mengalih perhatian daripada tuduhan rasuah terhadap Najib, sejarah menunjukkan taktik yang sama digunakan apabila terdapat isu nasional lain yang perlu ditangani.

"Kami tidak nampak bukti ia dibuat satu kumpulan yang terancang.

"Tetapi jelas sekali, kegagalan meredakan perkara ini dengan cepat dan mengemukakan fakta yang betul dalam kes ini, jika ia bertukar menjadi isu hubungan kaum yang lebih rumit, jelas ia berpotensi mengalihkan perhatian dari kes 1MDB.

"Dalam tempoh empat atau lima tahun lalu, apabila sesuatu isu menjadi isu nasional, kita mungkin mempunyai gangguan sementara, tetapi tumpuan akan kembali semula kepada isu itu.

"Saya akan pastikan isu 1MDB akan datang kembali walau apa cara pun," katanya.

Semalam, pergaduhan tercetus di antara dua kumpulan, hanya beberapa jam selepas polis sebelum itu mengarahkan perhimpunan besar di luar Plaza Low Yat bersurai.

Insiden Plaza Low Yat bukan isu perkauman - Najib

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kejadian pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat perlu dilihat sebagai perbuatan jenayah dan bukannya satu masalah perkauman.

Beliau menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang menggunakan media sosial untuk menghangatkan unsur perkauman dalam kejadian itu sebagai tidak bertanggungjawab dan memberi perspektif tidak tepat tentang perkara sebenar yang berlaku.

Najib berkata beliau telah meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan berkesan untuk mengelakkan kejadian seperti yang berlaku malam tadi daripada berulang.

"Ini satu perkara yang perlu diserah kepada polis untuk lakukan siasatan rapi. Mereka yang langgar undang-undang, tindakan akan diambil.

"Saya nak tegaskan dalam perkara seperti ini, kelazimannya ialah untuk melihat sesuatu dari perspektif kaum. Satu perbuatan jenayah akhirnya dijadikan pertimbangan yang berunsur perkauman. Ini tidak seharusnya berlaku dalam negara kita," katanya. - Bernama

KPDNKK tak boleh raya, kata Rani Kulup

Aktivis popular Abdul Rani Kulup Abdullah hari ini menyalahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) susulan insiden pergaduhan Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.

Justeru, kata pengerusi Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) itu, dakwaan kegagalan KPDNKK menyiasat perkara berkaitan akan mengganggu urusan berhari raya pihak lain.

Rani mahu KPDNKK menyiasat dakwaan di Internet bahawa pergaduhan di Low Yat pada Sabtu dan Ahad berpunca daripada penipuan penjual telefon bimbit.

“Kepada KPDNKK anda tidak menjalankan tugas dengan kemas untuk membantu pembeli.

“Banyak pembeli teraniaya dan tertipu. Bila jadi macam ini polis yang susah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) patut boleh raya, (tetapi) tiga hari lagi nak raya tak boleh raya.

“KPDNKK kamu yang salah kamu yang tidak boleh raya, polis boleh beraya,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi.

Dalam versi lain, pergaduhan dikatakan berpunca daripada kes kecurian telefon bimbit.

Sementara itu, Rani hari ini membuat laporan polis yang mendakwa terdapat penjual menjual barangan tiruan di Low Yat.

Teliti sebelum beli

Beliau mahu PDRM dan KPDNKK bertindak segera dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan.

Sementara itu, beliau turut memberi amaran kepada pengguna agar meneliti telefon bimbit pintar sebelum dibeli terlebih dahulu supaya perkara sama tidak berulang.

Beliau bagaimanapun menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar berhenti dari menyebarkan maklumat tidak tepat yang boleh menyebabkan salah faham dan menyentuh sensitiviti kaum.

Selepas pergaduhan sekumpulan lelaki di plaza itu pada Sabtu, kira-kira 200 orang menyerbu pusat jualan barangan elektronik itu semalam.

Komen-komen di Internet menimbulkan kebimbangan ia menjurus ke arah pergaduhan kaum walaupun polis menafikan perkara itu.

Video dan gambar meluas disebar meluas di Internet.

Rani terkenal kerana cara berpakaian seragam seperti pasukan keselamatan, berkaca mata hitam dan kenyataannya yang dilihat mencuit hari pelbagai pihak.

Beliau kini antara 'personaliti' Internet yang paling banyak menjadi mangsa persendaan.

Pasukan khas cuba lindungi, bukan siasat 1MDB, kata GHB

Gerakan Harapan Baru (GHB) yang dilancarkan hari ini menyatakan kekecewaan mereka terhadap Barisan Nasional (BN), yang didakwanya cuba melindungi perkara sebenar mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusinya Mohamad Sabu berkata, gerakan itu meragui cara penyiasatan yang dilakukan pasukan petugas khas yang diterajui 4 Tan Sri, iaitu Tan Sri Abdul Gani Patail, Tan Sri Zeti Akthar Aziz, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

"Ini bukan siasatan, ini cuba melindungi. Kita tidak percaya keempat-empat Tan Sri ini. Tidak ada cara lain selain menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja," katanya pada sidang media pelancaran entiti itu di Kuala Lumpur hari ini. – 13 Julai, 2015.

Rusuhan di Plaza Low Yat: Kami Tidak Terlibat - Pekida

PETALING JAYA: Kumpulan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Se-Malaysia (Pekida) telah menafikan penglibatan mereka dalam rusuhan yang berlaku pada lewat malam Ahad.

"Bagi Pekida, sebelum mengadakan sebarang perhimpunan, kita mesti menerima arahan. Dalam kes ini, tiada arahan diberikan," kata wakil kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu pada Isnin.

Beliau berkata pihaknya menyerahkan kepada polis untuk menyiasat dalang sebenar yang terlibat dengan insiden yang berlaku di Plaza Low Yat.

"Buat masa ini, kami tidak menerima sebarang laporan mengenai insiden berkenaan. Kami sedang cuba menghubungi pihak berkuasa untuk fakta sebenar mengenai apa sebenarnya yang berlaku.

"Dengan siasatan yang telus, adil dan menyeluruh, saya yakin perkara ini dapat diselesaikan, sebarang isu perkauman dan elemen yang boleh menghancurkan keharmonian kaum di negara ini dapat dielakkan," katanya.

'Gerakan Harapan Baru' dilihat satu bentuk kerjasama politik parti pembangkang yang baru iaitu PAKATAN RAKYAT 2.0

Mohamad Sabu berkata Gerakan Harapan Baru adalah wadah menggerakkan semula kerjasama parti politik pembangkang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Julai, 2015.
Gerakan Harapan Baru (GHB) secara rasmi dilancarkan hari ini, dibarisi pemimpin progresif dari PAS yang sebelum ini tersingkir semasa pemilihan parti pada muktamar bulan lalu.

Pengerusinya Mohamad Sabu berkata, GHB dilihat sebagai wadah atau entiti menggerakkan semula kerjasama parti politik.

"Harapan Baru akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baharu yang berteraskan Islam bagi mencapai matlamat tersebut.

"Harapan Baru akan mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan inklusif, progresif dan peduli rakyat," kata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Antara pemimpin yang turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah anak bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil, bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib, bekas calon presiden PAS Ahmad Awang, bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub.

Menteri: RM2 juta dalam akaun Rosmah sah

 
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz mempertahankan RM2 juta yang dilaporkan didepositkan ke dalam akaun bank Datin Seri Rosmah Mansor sebagai 'telus dan sah di segi undang-undang'.

Jumlah wang yang didepositkan itu mempunyai rekod bank berkomputer untuk semakan, dan oleh itu ia adalah telus, mengikut undang-undang dan bukan menyalahgunakan kuasa, kata Nazri.

Dalam respons kepada Sin Chew Daily di Kuala Kangsar semalam, Nazri berkata ia tidak sepatutnya memeranjatkan jika Rosmah, sebagai isteri perdana menteri, mempunyai RM2 juta dalam akaun bank beliau.

Sebaliknya, kata menteri itu, ia hanya memeranjatkan jika akaun itu hanya ada RM5,000.

Rosmah juga sering menyumbang kepada kumpulan yang kurang bernasib baik, atas nama isteri perdana menteri untuk membantu mereka yang memerlukan.

"Inilah ketelusan yang rakyat mahu," katanya sambil menambah beliau berharap rakyat tidak keliru apabila ada ketelusan dan fikir ia rasuah.

Polis tidak tolak kemungkinan konspirasi guling Najib


KUALA LUMPUR: Pihak polis tidak menolak kemungkinan konspirasi untuk mencemar proses demokrasi Malaysia seterusnya menggulingkan Perdana Menteri melalui perbuatan jenayah membocorkan dokumen sulit kepada orang asing.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perbuatan jenayah tersebut adalah serius dan telah menimbulkan kesan di peringkat nasional.

“Pihak PDRM juga telah menerima laporan mengenai perkara ini. Kami akan menjalankan siasatan penuh dan bebas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Khalid, arahan untuk melaksanakan siasatan menyeluruh tentang kebocoran dokumen sulit itu telah disampaikan oleh Peguam Negara.

Maklumat itu dipercayai dibocorkan daripada siasatan kerajaan Malaysia dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jangan tiup semangat perkauman - IKRAM

 
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti peristiwa terkini berkaitan pergaduhan di Plaza Low Yat.

IKRAM sebagai sebuah badan tarbiah, dakwah dan kebajikan mengajak semua masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama supaya bertenang dan jangan meletakkan emosi menguasai diri.

IKRAM menyeru agar semua pihak berhati-hati membuat tindakan atau komentar dan tidak harus menjadikan isu ini sebagai isu perkauman yang boleh menjejaskan keharmornian dan keamanan negara ini.

IKRAM meminta semua pihak agar tidak memanjangkan lagi isu ini dalam konteks perkauman dan juga berharap tidak ada mana-mana pihak cuba mengambil kesempatan atas isu ini.

Sebagai sebuah badan NGO yang menjunjung asas perlembagaan negara untuk memastikan keharmornian rakyat Malaysia, IKRAM mengharapkan semua pihak memainkan peranan penting agar tidak ada langsung isu perkauman ditiupkan oleh pihak tidak bertanggungjawab samada melalui media, kelakuan dan percakapan.

NGO Ini Sahkan Akaun Najib Di Ambank, Perlu Disiasat Oleh Pasukan Petugas Khas

Shahbudin Husin, 

Sebuah NGO baru dan kurang dikenali, Citizens For Accountable Governance Malaysia atau CAGM tampil dengan dakwaan yang mengejutkan berkaitan Najib Razak yang didakwa menerima wang berkaitan 1MDB ke dalam akaun peribadinya.

Berdasarkah dokumen mahkamah yang didakwa ada dalam simpanan mereka, NGO itu mendakwa berjuta-juta ringgit telah disalurkan daripada akaun bank milik Perdana Menteri itu kepada parti-parti komponen BN menjelang PRU 13 yang lalu.

Dakwaan ini seakan mengesahkan lagi bahawa akuan bank Najib Razak di Ambank sebagaimana yang didakwa oleh The Wall Street Journal adalah benar- benar wujud.

Jika sebelum ini pasukan petugas khas hanya mengesahkan akaun bank tersebut wujud, cuma sudah ditutup, NGO ini lebih ke depan dengan mendakwa turut menyiimpan dokumen mahkamah yang membuktikan bagaimana sebahagian wang daripada akaun Najib itu dibelanjakan.

Dengan ini, NGO yang baru-baru ini turut menawarkan ganjaran RM1 juta kepada sesiapa yang dapat memberikan maklumat mengenai kehilangan wang negara ketika era pentadbiran Tun Mahathir, sewajarnya turut disiasat oleh pasukan petugas khas terbabit.

Siasatan 1MDB : Marilah semua kita percaya mereka itu siasat dengan telus, bebas & profesional

 

macam lagu CT NURHALIZA lah pulak...

Gerakan Harapan Baru dilancarkan oleh G18

KENYATAAN AKHBAR SEMPENA PELANCARAN GERAKAN HARAPAN BARU (HARAPAN BARU)

Tarikh : 13 Julai 2015
Tempat : Hotel Vistana, Kuala Lumpur


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

1. Perkembangan mutakhir negara sangat meresahkan. Kenaikan harga barang akibat cukai GST serta kejatuhan nilai ringgit terus menekan dan menghimpit kehidupan rakyat. Pada masa yang sama kedudukan ekonomi dunia yang tidak menentu, ketepuan daya-saing negara serta ramalan harga minyak mentah yang terus menjunam bakal mengancam penarafan negara sekaligus menjadikan Malaysia tidak berdaya-saing sebagai destinasi pelaburan. Skandal penyelewengan urusniaga serta hutang 1-MDB dan terkini pembabitan Perdana Menteri dengan 'embezzlement' atau 'salahguna dana awam' berbilion ringgit meletakkan Malaysia menghampiri kedudukan liga "Negara Gagal" atau 'A Failed State'.

2. UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak lagi berupaya memimpin dan menjamin kesejahteraan rakyat dalam negara ini. Gelombang kebangkitan rakyat menuntut perubahan semakin memuncak. Tuntutan perubahan ini merentasi semua kaum, jantina, bandar dan luar bandar, golongan miskin dan sederhana, muda dan tua, yang berkerja mahu pun mahasiswa. Anak-anak muda semakin lantang dan menonjol lantas bangkit mewakili suara hati-nurani rakyat. Negara sangat mendambakan perubahan untuk mempastikan masa depan rakyat yang lebih terjamin, makmur, sejahtera dan aman.

Kes Gaduh Lowyat dan Nasihat dari Ust Zaharuddin

KES GADUH DI LOWYAT DAN NASIHAT
OLEH : DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
PRESIDEN MURSHID

Saya menyeru mereka yang terlibat dan ingin rasa ingin terlibat dalam pergaduhan di Low Yat tidak lagi meneruskan dendam dan pergaduhan, khususnya di bulan Ramadhan yang merupakan bulan penuh kesabaran. Nabi mengingatkan :-

ﻦﻴﺗﺮﻣ مﺎﻴﺼﻟا ﺔﻨﺟ ﻼﻓ ﺚﻓﺮﻳ ﻻو ﻞﻬﺠﻳ نإو ؤﺮﻣا ﻪﻠﺗﺎﻗ وأ ﻪﻤﺗﺎﺷ ﻞﻘﻴﻠﻓ ﻲﻧإ ﻢﺋﺎﺻ Ertinya : Puasa itu benteng, justeru jangan seseorang berkata buruk dan melakukan perbuatan orang jahil lagi bodoh, dan sekiranya ada yang mencari gaduh, mencercanya, lalu katalah: Aku berpuasa, sebanyak dua kali. (Riwayat Al-Bukhari)

Saya pernah ditipu malah bernilai puluhan ribu ringgit disebabkan pembeli & penjual menipu, mereka dari pelbagai bangsa, justeru saya sangat faham perasaan kemarahan apabila ditipu. PUN BEGITU, KES LOWYAT SAMA ADA DISEBABKAN OLEH TIPU ATAU CURI, namun berkumpul ramai dan tindakan menyerbu Low Yat semalam adalah TIDAK WAJAR malah berpotensi membawa MUDARAT AWAM khususnya melibatkan 'ketegangan antara kaum'. Dibimbangi hal ini jika berpanjangan, boleh mencetus sesuatu yang lebih buruk dan merebak kepada individu & kedai yang tidak terlibat, akhirnya terjebak sehingga boleh menjadi antara kaum. Sedangkan ini SEPATUTNYA bukan hal KAUM tetapi adalah kakitangan SEBUAH KEDAI dan PELANGGANNYA sahaja. Selesaikanlah secara spesifik dan terhad bukan merebak kepada yang lain.

CUKUPLAH dengan apa yang telah berlaku dan berhentilah dari terus ingin 'menyerbu' Low Yat. Malah jika benar mereka kerap menipu, BOIKOTLAH sahaja. Bagi mangsa penipuan, laporlah kepada polis dan buat tuntutan di Tuntutan Tribunal Malaysia jika nilainya di bawah RM 25,000. Insha Allah, keadilan di pihak mangsa mampu dicapai. Saya pernah menggunakan Tribunal Malaysia dan hak saya berjaya diperolehi kembali.

Juga ingin ditegaskan, bagi mereka yang bergaduh di mana-mana sahaja, JANGANLAH sewenangnya melaungkan lafaz takbir sewaktu nafsu amarah itu sedang dilayani. Pergaduhan & kebencian akibat disebabkan hal DUNIAWI semata-mata yang tidak pula syarie TIDAK LAYAK dilaungkan lafaz mulia itu malah boleh merosakkan imej Islam.

Polis tutup laluan ke Plaza Low Yat, 4 individu ditahan

Abdul Hakim Rahman dan Hafiz Marzukhi, Astro Awani

KUALA LUMPUR: Pihak polis telah menahan empat individu kerana kesalahan mencuri dan merusuh berhubung insiden pergaduhan di Plaza Low Yat pada Sabtu.

Setakat ini, polis telah membuka dua kertas siasatan melibatkan Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan merusuh dan mencuri, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa.

"Kami memberi jaminan akan menjalankan siasatan dengan telus dan adil melibatkan kedua-dua pihak.

"Beri masa polis melengkapkan siasatan sebelum membuat apa-apa kesimpulan," katanya ketika ditemui di Plaza Low Yat malam Ahad.

Sehubungan itu, beliau meminta rakyat agar tidak percaya khabar angin yang disebarkan di media sosial.

Mengulas mengenai insiden kekecohan berhampiran Plaza Low Yat awal malam tadi, beliau berkata sekumpulan lelaki berkumpul di hadapan pintu besar pusat membeli-belah tersebut pada sekitar jam 8.30 malam.

"Seorang suspek ditahan hari ini kerana cuba memprovokasi kumpulan terbabit," kata Tajuddin.

Saksi berdekatan memberitahu bahawa kumpuan terbabit mula berkumpul sejak jam 6 petang dan bergerak ke arah pintu hadapan Plaza Low Yat pada sekitar jam 8.30 malam.

Polis tiba pada sekitar jam 9 malam untuk mententeramkan keadaan dengan menutup beberapa laluan masuk ke tempat terbabit.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman Twitter berkata tiada pergaduhan atau rusuhan di Plaza Low Yat pada malam Ahad.

Low Yat - @PDRMsia sahkan bahawa keadaan tenang dan terkawal. Tiada pergaduhan atau rusuhan. Jgn percaya khabar angin. Polis berkawal. 10:36 PM - 12 Jul 2015

235 52

Khalid Abu Bakar @KBAB51 Follow

Beliau juga meminta pengguna laman sosial untuk tidak mempercayai khabar angin.

Low Yat- @PDRMsia telah tangkap sebhgian mrk yg terlibat bergaduh semalam dan sedang kesan yg lain. Biar Polis ambil tindakan. 10:39 PM - 12 Jul 2015

189 51

Khalid Abu Bakar @KBAB51 Follow

Tambahnya, insiden ini tidak melibatkan pergaduhan antara kaum, cuma dua pihak yang bertelagah.

Low Yat - @PDRMsia akan ambil tindakan terhadap kedua dua pihak yg bergaduh. Ini tiada kena mengena dgn kaum. Cuma dua pihak yg bergaduh! 10:45 PM - 12 Jul 2015

340 77

Khalid Abu Bakar @KBAB51 Follow

"PDRM akan ambil tindakan terhadap kedua-dua pihak yang bergaduh. Ini tiada kena mengena dengan kaum. Cuma dua pihak yang bergaduh!" tweet beliau.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...