TERKINI :

Sunday, July 12, 2015

Benarkah Plaza Low Yat lubuk menipu pelanggan?

Pembeli luah pernah terkena di Plaza Low Yat

INSIDEN pergaduhan yang membabitkan tujuh lelaki dengan beberapa pekerja kedai telefon bimbit di Plaza Low Yat semalam menggemparkan negara ketika umat Islam di Malaysia bakal menyambut Syawal beberapa hari sahaja lagi.

Kejadian itu bertambah 'panas' apabila ia turut mendapat perhatian netizen di media sosial yang turut memuat naik video dan juga gambar pergaduhan beserta komen termasuk yang berunsur perkauman.

Tinjuan Sinar Online di Facebook rakan-rakan kami juga mendapati ia menjadi trending dan perbualan, malah ada yang meluahkan pernah terkena kerana membeli gajet yang dijual Plaza Low Yat.

Antaranya Syahrin Abdul Aziz yang berkongsi pernah menjadi mangsa penipuan penjual telefon bimbit di sana beberapa tahun lalu.

“Saya pun salah satu mangsa tipu kedai telefon bimbit di Low Yat berapa tahun lalu. Beli Samsung Note2. Kata barang original (Malaysia). Boleh tukar satu kepada satu kalau rosak.

“Nak jadikan cerita, telefon bimbit saya rosak. Pergi hantar Samsung Service Centre (pusat khidmat Samsung), Samsung Service Centre cakap ini bukan 'local warranty'. Set dari Thailand. Samsung Malaysia tak nak terima sebab berlainan no IMEI,” ujarnya.

Pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama Iskandar pula menyarankan agar orang ramai melengkapkan dengan ilmu secukupnya sebelum membeli apa-apa barangan di Plaza Low Yat.

“Hendak pergi Low yat beli barang computer, sila sediakan ilmu betul-betul, apa spesifikasinya, ... berapa anggaran harga,” tulisnya di laman mikro Twitter.

Sementara menurut Mohammad Afandi, dia sudah lama berhenti daripada membeli gajet di sana.

“Saya sudah lama berhenti membeli barangan di Low Yat, sebab sudah tidak mempercayainya lagi,” tulisnya.

Insiden yang berlaku jam 7.50 malam semalam menyebabkan beberapa pekerja kedai telefon di plaza berkenaan dibelasah oleh kumpulan tersebut. Mereka turut merosakkan peralatan dan barangan di dalam kedai yang menyebabkan kerugian dianggarkan hingga RM70,000.

Pergaduhan dikatakan berpunca apabila salah seorang daripada tujuh lelaki berkenaan ingin menukar telefon yang didakwa bukan dari set tulen lantas menimbulkan perbalahan dengan pekerja kedai terbabit.

Gobind: Buka semula kes bunuh bos Ambank

Peguam Gobind Singh Deo mahu peguam negara membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussain Najadi yang dibunuh pada 2013.

MP Puchong dari DAP itu berkata dakwaan anak Hussain, Pascal Najadi bahawa siasatan kes itu tidak lengkap, menimbulkan keraguan serius terhadap kredibiliti polis Malaysia dan Pejabat Peguam Negara.

"Ia juga mencetuskan keraguan terhadap maklum balas ketua polis negara tiga hari lalu, bahawa kes itu telah selesai.

“Ini adalah perkara yang sangat serius. Ini bukan kali pertama kita mendengar kes di mana terdapat aduan berkaitan perkara ini,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

“Kita ada, antara lain, kes Teoh Beng Hock walaupun penemuan jelas dan syor Mahkamah Rayuan, tiada apa yang berlaku (tindakan) dan kes Altantuuya Shaariibuu sehingga kini, persoalan yang masih kekal siapa yang mengarahkan pembunuhan beliau dan mengapa," katanya lagi.

Semalam, Pascal mendakwa suspek dalam kes itu, Lim Yuen Soo sudah kembali ke negara ini menggunakan nama samaran dan mempunyai hubungan dengan seorang isteri ahli politik kanan di Malaysia..

Beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh satu sumber yang enggan didedahkan ketika bercakap kepada Malaysiakini dari Russia melalui Skype.

Amuk Low Yat : Versi tokey kedai

'Serah kepada polis'

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Pemilik kedai telefon di Plaza Low Yat di sini, tampil menceritakan kejadian sebenar insiden pergaduhan yang berlaku di plaza terbabit.

See Ming Ho, 28, mendakwa seorang lelaki yang juga pelanggannya telah bersetuju untuk membeli sebuah telefon bimbit jenis Lenovo.

Menurutnya, lelaki terbabit terus menghilangkan diri ketika dia leka hendak memberi hadiah percuma dan membawa bersama telefon bimbit yang belum dibayar itu.

"Kejadian terbabit menyebabkan saya menjerit dan meminta bantuan daripada peniaga lain, sebelum berjaya mengesan lelaki berkenaan di tingkat bawah.

"Lelaki terbabit kemudian berjaya ditangkap oleh tiga jurujual sebelum menyerahkan kepada pengawal keselamatan dan pihak polis," katanya.

Ming Ho berkata, tiga jam kemudian tujuh lelaki dipercayai rakan lelaki terbabit datang kerana tidak berpuas hati sebelum bertindak memukul ketiga-tiga jurujual yang menangkapnya.

"Kami serahkan kepada pihak polis bagi melakukan siasatan lanjut," katanya selepas membuat laporan polis di Balai Polis Tun HS Lee, petang tadi.

Tahniah Najib hutang negara meningkat....Amaran sejak 2012 tidak di dengar...


Pada tahun 2012 hutang negara berada pada paras RM456.1 bilion di mana bersamaan 53.5 – 54 peratus daripada Kadar Dalam Negara Kasar daripada had yang telah ditetapkan Kementerian kewangan (MOF) setakat itu iaitu pada paras 55%.

Walaubagaimanapun jawatan balas Timbalan Menteri Kewangan ketika itu (Datuk Seri Awang Adek) di Dewan Rakyat menasihatkan rakyat Malaysia tidak perlu risau.

Tahap hutang negara yang tinggi untuk tempoh yang berterusan, sebenarnya boleh memberikan kesan ekonomi dan kewangan negara dalam tempoh jangka panjang.

Keadaan ini akan bertambah buruk jika wang yang telah dipinjam dibazirkan untuk tujuan projek-projek mega yang sebenarnya tidak perlu pada masa sekarang, tetapi diperuntukkan semata-mata untuk “mengenyangkan” suku-sakat dan kroni.

Jika kerajaan tidak melakukan pelan pengurangan fiskal yang mampu memberikan keyakinan kepada semua, implikasi yang jarang-jarang kita diajar dan dididik di kaca televisyen dan di akhbar arus perdana, di mana Malaysia bakal menghadapi risiko penurunan gred penarafan kredit.

MB Selangor - Julang demokrasi, wibawa pemimpin bersih

 
Kita telah sampai kepada hari-hari penghujung Ramadan yang mulia. Kita telah bersama-sama melaksanakan Jihad Al-Akbar seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat tatkala pulang dari perang Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan:

“Kamu pulang dari Jihad Al-Asghar, jihad kecil, kepada Jihad Al-Akbar, jihad yang lebih besar.” Sahabat-sahabat baginda bertanya: “Apakah itu Jihad Al-Akbar?” Jawab baginda: “Jihad melawan hawa nafsu.”

Nafsu amarah, nafsu serakah, egoisme adalah penyakit yang menghinggapi manusia, individu mahupun kolektif. Nafsu amarah mencipta sengketa, perbalahan, peperangan dan pertumpahan darah dan penindasan di sana sini.

Akibat dari nafsu serakah, dunia dan kelangsungan manusia diancam oleh perubahan iklim. Negara berada dijurang kemuflisan kerana segelintir manusia menjadi hamba nafsu serakah.

Wang rakyat dijadikan wang sendiri. Dan egoisme menyempitkan dada manusia dari melihat kebajikan rakyat yang lebih utama dan luas.

1MBD: Siasatan perlu bebas, pulihkan integriti negara

HARAKAHDAILY | 11 Julai 2015.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa persoalan 1MDB yang berlarutan hingga tercetus satu lagi kontroversi yang berkaitan dengan dakwaan Wall Street Journal wujudnya pemindahan sejumlah wang yang sangat besar ke dalam akaun yang didakwa milik peribadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu segera diatasi.

Lebih lama isu ini berlarutan, kedudukan negara lebih parah bukan sahaja dari sudut ekonomi namun juga dari sisi imej negara di kaca mata dunia. Kami kesal kerana berbanding jika kontroversi ini berlaku keatas pihak pembangkang, sudah pasti tindakan pantas diambil walaupun hanya berupa spekulasi.

Imej Malaysia dengan pelbagai kontroversi ekonomi dan politik yang berlaku kebelakangan ini sedang berada pada tahap yang meruncing. Kerajaan menghadapi krisis keyakinan yang serius bukan sahaja dikalangan para pelabur dan pengusaha dalam dan luar negara, malah dalam kalangan institusi kewangan, ahli profesional, rakyat akar umbi dan ahli politik.

Exco : Mangsa Ribut yang kenderaan kena hempap pokok di Alor Setar boleh claim insurans dengan MBAS

Ribut: Boleh tuntut insurans


KUALA NERANG - Pemilik kenderaan yang rosak akibat dihempap pokok dalam kejadian ribut kelmarin boleh membuat tuntutan insurans daripada Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, ini kerana MBAS mempunyai insurans khas bagi membiayai kos baik pulih kenderaan yang rosak selepas dihempap pokok di bawah seliaan mereka.

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Bandar MBAS, Datuk Mat Noh Ahmad iaitu pemilik kenderaan yang rosak akan diberi insurans tersebut mengikut jenis kerosakan kenderaan mereka.

“Mereka boleh ke pejabat MBAS bagi mendapatkan penjelasan dengan lebih lanjut mengenai perkara itu,” katanya.

Sementara itu, beliau turut meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu melakukan tindakan segera dengan memangkas dahan pokok yang berada di tepi jalan.

PAS hipokrit jika kekal dalam kerajaan Selangor, Pulau Pinang

PAS hipokrit jika masih kekal dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang, kata bekas ketua penerangan parti Islam itu Datuk Mahfuz Omar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Julai, 2015.
Datuk Mahfuz Omar menyifatkan PAS akan dilihat hipokrit jika masih kekal dalam kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang pada ketika parti itu sudah memutuskan hubungan dengan DAP, sekutu mereka sebelum ini dalam Pakatan Rakyat (PR).

Bekas ketua penerangan PAS itu mengulas mengenai keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) PAS yang memuktamadkan untuk memutuskan kerjasamanya dengan DAP pada satu mesyuarat kelmarin.

"Apabila PAS sudah mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan DAP, maka PAS seharusnya tidak bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan Pulau Pinang dan Selangor.

"Jika tidak, rakyat akan melihat PAS sebagai hipokrit kerana masih terus dilihat mempunyai hubungan dalam pemerintahan Selangor dan Pulau Pinang," kata Mahfuz yang dipetik dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Kontroversi isu putus hubungan PAS dan DAP tercetus sejak muktamar tahunan parti itu menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama tersebut awal bulan lalu.

Kenapa NAJIB RAZAK layak dianugerah PM paling teruk dalam sejarah negara


SEBARKAN !


 
1. bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam.

2. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh.

3. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh.

4. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.

5. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan.

Selepas ada kes mengamuk baru KPDNKK nak terjah Plaza Low Yat

Gaduh Low Yat: KPDNKK mulakan siasatan, akan bekerjasama dengan pemilik hak cipta


KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur akan memulakan siasatan berhubung dakwaan kononnya satu insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat pada malam Sabtu berpunca akibat penipuan oleh peniaga.

Bagaimanapun, Pengarahnya, Muez Abdul Aziz berkata pihaknya masih menunggu laporan rasmi daripada suspek yang kini ditahan polis.

"Kami akan berkerjasama dengan polis di mana siasatan akan dimulakan sejurus laporan rasmi dibuat pengguna tersebut.

"KPDNKK juga akan bekerjasama dengan pemilik hak cipta yang juga pengeluar telefon bimbit berkenaan untuk mengenalpasti sama ada telefon bimbit itu asli atau tiruan," ujar Muez ketika dihubungi Astro AWANI pada Ahad.

Muez turut mengakui ada menerima laporan berkenaan dakwaan penipuan jual beli telefon bimbit serta gajet di Plaza Low Yat.

Gaduh Low Yat : Polis Tampil Memberikan Penjelasan


Berikutan pergaduhan yang berlaku di Plaza Lowyat semalam, pihak polis akhirnya tampil memberi penjelasan menjelaskan apa yang berlaku di sebalik kejadian.

Sejak dari tercetusnya pergaduhan kira-kira jam 7.50 malam semalam, orang ramai mula tertanya-tanya apa punca kejadian.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, salah seorang dari tujuh lelaki yang terbabit sudah ditahan polis dan mendakwa mereka ditipu oleh peniaga di Lowyat.

"Siasatan juga akan dilihat dari segi produk dan proses jual beli kerana mereka (yang mengamuk) mendakwa ditipu oleh peniaga."

Selain itu, pihaknya juga akan meminta KPDNKK agar menyiasat dakwaan terbabit.

"Jadi bila menyebabkan penipuan kepada pengguna ini, kita minta KPDNKK untuk bersama menyiasat perkara ini," memetik laporan dari Astro Awani.

G18 'samurai' baharu PR, kata penganalisis


ALOR SETAR - Parti baharu yang bakal ditubuhkan hasil cetusan idea gabungan Pasma dan kumpulan bekas pimpinan Pas, G18 diibaratkan sebagai samurai baharu kepada politik pembangkang.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, istilah itu diberikan kerana pemimpin berkenaan mempunyai semangat ‘kamikaze’ iaitu sanggup mati dalam Pas, asalkan hidup bersama PR.

“Penubuhan parti baru memang diperlukan pada masa ini. Pas semestinya tidak berapa gemar kelompok yang tewas terus popular dalam parti itu.

“Jadi penubuhan parti baru hasil gabungan Pasma dan G18 cukup relevan dan platform bagi mereka terus aktif mewarnai demokrasi Malaysia,” katanya.

Menurutnya, tindakan itu membolehkan kumpulan yang tewas tidak terus pencen dan boleh melontar pandangan termasuk kritikan bernas terhadap Pas.

“Pas harus berlapang dada kerana saya yakin Pasma dan G18 mampu memberi impak besar kepada politik pembangkang dan negara.

'Saya tak jejak M'sia kecuali ada k'jaan baru' - Anak lelaki kepada pengasas Ambank

 
Pascal Najadi, anak lelaki kepada pengasas Ambank Hussain Najadi, berkata beliau tidak sesekali akan pulang ke Malaysia kecuali terdapat kerajaan baru yang berkuasa.

Perkara itu dinyatakan selepas beliau kecewa dengan kerajaan dan polis Malaysia ke atas kegagalan untuk menangkap orang yang mengarahkan pembunuhan bapanya pada 29 Julai 2013.

Dalam wawancaranya dengan melalui Skype dari Rusia dengan Malaysiakini, beliau berkata pihaknya tidak mempercayai kerajaan dan khidmat keselamatan yang ada sekarang.

"Kerajaan Malaysia perlu ditukar. Kerajaan yang ada sekarang - saya berhenti untuk memanggil penjenayah - tetapi mereka tidak serius," katanya.

Pascal berang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengumumkan kes tersebut telah selesai selepas polis menangkap penembak Kong Swee Kuan yang dijatuhi hukuman tahun lalu.

Tabung Haji: Dulu satu minggu, sekarang dua bulan


KUALA LUMPUR: PAS mendesak Pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH) menjelaskan mengapa plot tanah di TRX yang dibeli dengan harga RM188.5 juta itu masih belum terjual sehingga hari ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata pada 9 Mei yang lalu, Pengerusi LTH mendakwa sudah terdapat tiga pihak yang telah bersedia untuk membeli tanah berkenaan dan proses jual beli tersebut akan dilaksanakan seminggu selepas itu.

"Hari ini, sudah dua bulan tanah kontroversi tersebut masih belum terjual," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Malah, katanya berdasarkan ucapan-ucapan Ahli Parlimen BN di Dewan Rakyat ketika sidang yang lalu, kerajaan seolah-olah belum membuat keputusan muktamad untuk menjual tanah itu.

Ini, ujar beliau menimbulkan pelbagai spekulasi terhadap transaksi jualan antara LTH dan 1MDB.

"Adakah proses jual beli tanah tersebut benar-benar berlaku atau sebaliknya?" tanya beliau.

Hanya Umno, Parlimen saja bisa singkir PM

TAN SRI ABDULLAH AHMAD


OLEH kerana saga kemelut politik berterusan ramai bertanya, sungguhpun saya bukan seorang pakar dan peguam constitutional law, bagaimana seorang perdana menteri boleh dilucutkan jawatannya? Pendapat saya, tanpa banyak fikir, ada tujuh cara.

Parti pemerintah, dalam kes ini Barisan Nasional pimpinan Umno melalui Majlis Tertingginya mengundi tidak percaya terhadap perdana menteri, pemberontakan dalam Kabinet, Parlimen meluluskan usul tidak yakin lagi atau a vote of no confidence terhadap perdana menteri.

Semasa artikel ini di dictatekan, seperti kata Speaking, none has happened nor is likely to happen soon, yakni satu pun apa dikata di atas belum berlaku dan kemungkinannya berlaku saat ini tidak cerah.

Keempat, perdana menteri dengan sukarela meletak jawatan, satu perkara yang tidak akan berlaku dalam situasi sekarang, bahkan dalam budaya kita penjawat jawatan apa pun lazimnya akan hang on to the job!

Kelima, rampasan kuasa oleh tentera - kita bukan Thailand lagipun tentera kita, setakat ini, non political dan menerima Perlembagaan negara; keenam, perdana menteri dijatuhi hukum oleh mahkamah melebihi dua tahun penjara atau denda melebihi RM2,000. Dalam kes Perdana Menteri Najib, beliau hanya menghadapi tuduhan dan beliau telah mengambil tindakan undang-undang terhadap penuduh, iaitu The World Street Journal (WSJ). Proses undang-undang mengambil masa yang panjang.

PAS Shah Alam langgar keputusan MSU dengan meneruskan kerjasama dengan DAP & PKR

"PAS SHAH ALAM TERUSKAN KERJASAMA DENGAN PKR DAN DAP"

PAS Shah Alam memaklumi bahawa Mesyuarat Majlis Syura Ulamak (MSU) memutuskan hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.

PAS Shah Alam juga memaklumi keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.

Sementara itu, PAS Shah Alam menyedari keterlibatan kepimpinan, ahli dan jentera di semua peringkat di dalam merancana, melaksana dan menggalas amanah rakyat Negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada Pakatan Rakyat di dalam PRU ke-13 yang lalu.

PAS Shah Alam juga menyedari bahawa Pakatan Rakyat Selangor yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP telah dapat bekerjasama dengan baik; menyelesaikan isu dan perbezaan dengan harmoni; dan menerajui Kerajaan Negeri, PBT dan semua institusi di bawah kerajaaan Negeri Selangor dengan mantap dan jaya.

Nombor akaun yang bercerita

Adam A Kadir
 
DALAM ruangan ini pada minggu lepas, Menteri Luar Negeri Datuk Seri Anifah Aman disebutkan berkata bahawa Tun Dr Mahathir melakukan ‘penggugatan’ (undermine), ‘tipu dan muslihat’ (lies and distortions), ‘tuntutan peribadi’ (personal demands), ‘cuai dan tidak berasas’ (reckless and baseless), melalui suratnya kepada New York Times (NYT), akhbar dunia yang berwibawa.

Rakyat mahu tahu di manakah letaknya penyifatan-penyifatan itu pada dakwaan Dr M tentang 1MDB dan segala yang berkaitan dengannya.

Untuk itu, saya perturunkan dengan bahasa jelas kenyataan Dr M yang dibuat pada 29 Jun lepas. Sehingga tulisan ini dibuat, jawapan daripada Anifah belum saya terima untuk diberikan layanan sama dalam ruangan ini seperti diberikan kepada Dr M pada minggu lepas, demi kepentingan awam.

Satu hal yang kita patut bersikap wajar ialah apabila kita menulis kepada sebuah akhbar seperti NYT, kita tidak patut menganggapnya seperti mana-mana akhbar di negara kita, lebih-lebih lagi akhbar-akhbar yang dipanggil arus perdana yang rata-rata dimiliki oleh parti-parti komponen kerajaan.

Alor Setar - Bunyi ribut macam mesin berputar

Bunyi ribut macam mesin berputar
Suhaila (kiri) melihat keadaan kediamannya bersama Kok Yew.
 
ALOR SETAR - Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila angin ribut melanda kediaman mereka di Taman Nuri, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi tersebut, Suhaila Raden Ahmad, 35, berkata, dia berada dalam rumah bersama tiga anaknya.

“Tiba-tiba, kami empat beranak dikejutkan bunyi kuat seakan-akan mesin sedang berputar sebelum terdengar bunyi bumbung jatuh dipukul angin.

“Disebabkan kejadian itu, beberapa barangan termasuk tilam basah terkena angin dan tempias hujan," katanya.

Sementara itu, Adun Derga, Tan Kok Yew berkata, dia menerima maklumat ada kira-kira 20 kediaman mengalami kerosakan di sekitar taman perumahan terbabit.

PKR - Tiada demo diadakan pada Hari Raya nanti, semua itu fitnah

KENYATAAN MEDIA


GRAFIK PALSU DIEDAR, KEADILAN TIADA KAITAN

Saya difahamkan satu grafik sedang diedar melalui laman media sosial dan aplikasi WhatsApp yang berkata kononnya KEADILAN akan menganjur satu himpunan pada 1 Syawal mendesak DS Najib Razak untuk berundur. 

Ini adalah satu fitnah dan provokasi murahan. KEADILAN tidak menganjur program ini.

Harap maklum.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
11 Julai 2015

Rezeki Yang Dirosakkan : Antara Wire Microphone & Duit Loteri

ABD GHANI HARON : REZEKI YANG DIROSAKKAN


Ini kisah sebenar.Semasa saya menjadi setiausaha masjid dulu,saya pernah berusaha memungut sumbangan bagi membina semula masjid yg sangat uzur.Berbagai usaha dan kaedah sumbangan dibuat.Bila masjid siap,pihak masjid masih memerlukan beberapa microphone untuk azan dan kuliah.Seorang anak qariah yg berniaga, suatu hari menemui saya ketika saya ke pekan membeli ikan dan menyerahkan wang RM5000.00,katanya utk menampung pembelian mic dan apa saja yg perlu.Saya pun terima dg berbesar hati.Petang itu juga saya ke Sg Petani mencari microphone yg terbaik.Malam itu mic berkenaan telah berfungsi dg baik.

Esok pagi,seperti biasa saya datang lebih awal kerana seorang jemaah masjid suka bertarhim sebelum subuh.Bila ke tempat PA system,saya terkejut kerana mendapati getah yg membalut wayar mic semuanya seperti dimakan sesuatu,yg tinggal hanya wayar tembaganya dari mic hingga ke pembesar suara.Pagi itu mic tersebut tak boleh digunakan.Selepas subuh saya bercerita kepada beberapa jemaah hal tersebut.Seorang jemaah bertanya,siapa penderma.Saya menyatakan tanpa syak.Dia terkejut dan berbisik dg saya dan menyatakan orang itu baru kena loteri 4 no ekor Rm70000.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...