Saturday, July 11, 2015
PAS Perak mungkin bertanding 59 Kerusi DUN termasuk kawasan DAP & PKR dalam PRU14
Kata MSU tertinggi, kenapa pula Pas Selangor serah kepada AJKPP pula...berbelit aih hangpa nie!!
PAS Selangor tunggu arahan Pusat
SHAH ALAM, 12 JUL: PAS Selangor akan meneruskan hubungan dan kerjasama dengan DAP demi amanah rakyat yang diterima pada Pilihanraya Umum Ke 13 lalu.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad berkata hubungan dan kerjasama itu termasuk Exco, Adun, Ahli Majlis dan Ketua Kampung.
"Kami juga ingin menjelaskan bahawa hubungan dan kerjasama di dalam kerajaan adalah berdasarkan jawatan-jawatan kerajaan seperti Exco, Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis dan Ketua Kg maka akan diteruskan demi menjaga amanah rakyat yang diterima pada PRU13," katanya dalam kenyataan kepada SelangorKini.
Beliau berkata pihaknya dimaklumkan bahawa Majlis Syura Ulamak (MSU) sudah memutuskan agar hubungan tahaluf siasi dengan DAP dibatalkan.
"Kami juga dimaklumkan bahawa pelaksanaan keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP) menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa," katanya.
Sehubungan itu katanya, PAS Selangor meneruskan kerjasama dan hubungan sehingga menerima arahan rasmi daripada JKPP.
Kelmarin, PAS mendapat kelulusan daripada Majlis Syura Ulamanya (MSU) untuk memutuskan hubungan dengan DAP -sambil kekal meneruskan keadaan sedia ada dengan PKR.
Setiausaha MSU Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata majlis itu mengadakan perbincangan mengenai isu itu kelmarin.
Katanya, keputusan diambil MSU akan diserahkan kepada Jawatankuasa Pusat PAS untuk tindakan selanjutnya.
Apa beza perjanjian penstrukturan air antara Azmin dan Khalid?

Demo di Hari Raya, satu handbill provokasi memburukkan PKR & PR sedang disebarkan
SEBAB BUAT DEMO HARI RAYA....
SO FAR SARAF MEREKA BERJAYA UNTUK MEMBURUKKAN PKR & PR
Cadangan tubuh parti baru mungkin ditangguhkan kata Salahuddin Ayub
Tabik Dua Belah Tangan, Rosmah Terbukti Lebih 'Jantan' Berbanding Najib
Shahbudin Husin,
ETS KL-Padang Besar berhenti di 15 stesen dengan tambang RM80

Matlamat parti Islam baharu lebih besar daripada hudud, kata Mujahid

Kit Siang: Maaf atas kematian Pakatan
Lim Kit Siang memohon maaf kepada orang ramai atas kegagalan Pakatan Rakyat bertahan lebih lama seperti diharapkan.
Berucap di majlis berbuka puasa di Shah Alam malam tadi, Lim berkata, di sebalik "kematian" Pakatan, DAP akan meneruskan perjuangan seperti dipersetujui dalam Dasar Bersama Pakatan.
Kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu, matlamat mereka ialah mencapai matlamat negara yang bersatu, inklusif, progresif dan adil.
"(Dasar Bersama Pakatan) akan terus hidup dan menjadi asas kepada perjuangan DAP untuk mencapai Malaysia baru sehingga tertubuh kerajaan baru di Putrajaya," katanya.
Melihat kepada realiti politik di Malaysia, Lim berkata, tiada mana-mana parti tunggal boleh memerintah.
Justeru, katanya, semua pemimpin politik "progresif dan patriotik" - termasuk dalam BN - perlu bekerjasama menyelamatkan Malaysia.
"Tidak adakah seorang ahli parlimen dari BN atau Umno yang tidak berasa kecewa dengan rasuah, salah guna kuasa, ketidakadilan sosioekonomi dan runtuhnnya urus tadbir baik yang berleluasa ketika ini?
"Saya tidak fikir begitu," katanya.
GST: Surat terbuka pelajar sekolah untuk PM viral di laman sosial
KUALA LUMPUR: Usia yang masih muda dan masih berada di bangku sekolah bukan alasan untuk tidak mengambil tahu isu yang berbangkit dalam negara.
Itu yang dibuktikan oleh surat ini yang tersebar di laman sosial ini.
Maklumat di Facebook menyatakan ia ditulis oleh seorang pelajar sebuah sekolah menengah.
Difahamkan, ia pada mulanya dimuat naik ke sebuah closed group untuk guru-guru di Facebook sebagai contoh jawapan.
Namun isi kandungan surat berkenaan yang jujur dan menyentuh hati pantas menjadikan ia viral.
Surat berkenaan merupakan satu tugasan daripada guru subjek Bahasa Inggeris, dengan arahannya berbunyi, "Tulis satu mesej ringkas untuk Perdana Menteri tentang GST".
Dalam surat tersebut, pelajar bernama Norfatihah Rahimee itu memaklumkan dia merupakan anak yatim, berasal daripada keluarga yang susah serta punya adik beradik yang ramai.
Kata Fatihah, dia dapat merasakan beban yang ditanggung keluarganya selepas GST dilaksanakan.
Dia juga menaruh harapan agar kerajaan dapat melakukan sesuatu untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat.
Cukai Barang dan Perkhidmatan, GST pada kadar enam peratus mula dilaksanakan 1 April lepas bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (CJP) yang berkadar keseluruhan 16 peratus.
Seluruh dunia dapat teka individu yang dimaksudkan Siti Hasmah

DAP gesa Najib jawab tiga soalan mudah isu 1MDB

PANAS | Perlantikan AJK Badan Perhubungan PAS Melaka Tidak Sah dan Tidak Ikut Perlembagaan

PAS kawasan Bukit Katil mempertikaikan pengumuman lantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) Perhubungan PAS negeri atas alasan ia tidak memenuhi syarat yang termaktub dalam perlembagaan parti.
Yang Dipertua (YDP) Mohd Sofi Abdul Wahab mendakwa, beliau tidak dipanggil pesuruhjaya PAS negeri bagi menghadiri mesyuarat pertama membincangkan pelantikan AJK seperti termaktub dalam Fasal 40 ceraian 5 perlembagaan parti.
"Saya sebagai YDP PAS kawasan Bukit Katil ingin menegaskan, pelantikan AJK Badan Perhubungan Negeri Melaka yang disiarkan dalam media beberapa hari lepas tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan parti sendiri.
"Untuk makluman, sehingga kini saya sebagai Yang Dipertua PAS kawasan Bukit Katil dan setiausaha PAS kawasan Bukit Katil tidak pernah menghadiri mana-mana mesyuarat perhubungan negeri sebelum ini.
"Sepatutnya pesuruhjaya PAS negeri mesti memanggil mesyuarat pertama perhubungan dengan kehadiran semua YDP dan setiausaha PAS kawasan serta ketua dan setiausaha Dewan bagi membincangkan pelantikan AJK seperti dalam fasal 40 tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, beliau ada menghubungi pesuruhjaya PAS negeri bagi membincangkan perkara itu tetapi sehingga kini tidak mendapat jawapan mengenainya.
"Apa yang menghairankan, bagaimana pesuruhjaya PAS negeri boleh membelakangkan YDP PAS Kawasan, ketua Dewan dan setiausaha masing-masing dalam hal pelantikan ini.
"Saya menghubungi beliau beberapa hari lalu dengan menyatakan isu ini, tetapi sehingga hari ini beliau tidak membuat sebarang tindakan menyelesaikannya," katanya.
Justeru, Sofi menggesa agar pelantikan itu ditarik balik.
"Saya mencadangkan kepada pesuruhjaya PAS Melaka supaya menarik balik kenyataan akhbar tentang pelantikan tersebut serta memohon maaf kepada semua YDP dan setiausaha kawasan serta ketua dan setiausaha Dewan yang dibelakangkan," katanya. – 11 Julai, 2015.
GMR desak Najib letak jawatan, contohi perdana menteri Korea Selatan
Ketengahkan Asri sebagai calon perdana menteri
Dua orang atasan 1MDB letak jawatan
Dua pengarah 1MDB meletak jawatan sebagai langkah protes selepas mengetahui dana berni;lai AS$700 juta (RM2.6 bilion) untuk projek kerjasama dengan PetroSaudi dipindahkan ke syarikat lain pada 2009.
Maklumat itu, lapor The Star, diperoleh daripada penyiasat yang meneliti dakwaan salah laku terhadap dana 1MDB.
Laporan itu juga menyebut Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Tan Sri Azlan Mohd Zainol membuat keputusan meletak jawatan kerana marah apabila tuntutan mereka supaya wang berkenaan diserah semula, diabaikan.
"Ahli lembaga pengarah tidak berpuas hati apabila perjanjian ditandatangani tanpa banyak pertimbangan dan AS$700 bilion (RM2.6 bilion) yang diperuntukkan bagi projek kerjasama dipindahkan ke syarikat lain tanpa kebenaran mereka," lapor akhbar itu.
Tidak dapat dipastikan pihak mana yang mengetepikan Ahli Lembaga Pengarah 1MDB untuk melakukan pindahan berkenaan serta enggan mengikut arahan supaya wang terbabit dipulangkan.
Azmin lulus hadapi ujian air di Selangor
Penstrukturan semula industeri air di Lembah Kelang yang dimuktamadkan hari ini sekaligus memberi gambaran kemampuan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dalam menyelesaikan kemelut yang bertele-tele itu yang selama ini mencengkam perasaan rakyat.
![]() |
Azmin lulus. |
Perjanjian persefahaman itu ditanda tangani hari ini di Putra di antara kerajaan Selangor dan kerajaan Persekutuan itu yang mana ianya diketua oleh diketuai Ketua Setiusaha KeTTHA, Loo Took Gee dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohammad Khusrin Munawi.
Azmin bersama barisan Exco dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menyaksikan perjanjian bersejarah itu.
Perjanjian yang ditandatangi hari ini melibatkan beberapa syarat tambahan yang lebih kondusif daripada perjanjian yang telah ditandatangani bekas MB Abdul Khalid Ibrahim.
Masalah air yang turut sama mendapat perhatian Sultan Selangor merupakan cabaran utama kepada Azmin. Pihak pembangkang juga telah menjadilkan isu air di Selangor sebagai modal untuk menggertak dan mengoyang kerajaan pimpinannya.
Malaysia terima laporan nahas MH17 dari Belanda

Perjumpaan wakil-wakil parti baharu dapat sambutan luar biasa di Perak
MSU : Hubungan dengan DAP terbatal
Keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak Di Dalam Isu Hubungan Dengan DAP
Pas terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum. Oleh kerana itu, PAS konsisten meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi hubungan tahaluf siasi bersama parti politik dan NGO bukan Islam.
Dalam masa yang sama Pas tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak.
Namun Majlis Syura Ulamak kesal dengan tindakan-tindakan provokasi berterusan dan keputusan DAP yang mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat, serta campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat PAS. Oleh itu, Majlis Syura Ulamak memutuskan bahawa hubungan tahaluf siasi dengan DAP terbatal. Dalam masa yang sama, PAS mengekalkan tahaluf siasi bersama PKR.
Keputusan ini diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dilaksanakan menurut kesesuaian dan keperluan politik semasa.
Dato' Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh
Setiausaha Majlis Syura Ulamak,
24 Ramadhan 1436 / 10 Julai 2015
Alor Setar : Pemandu nyaris maut kereta dihempap pokok
