TERKINI :

Friday, July 10, 2015

Berubah atau sedia dengan pemain baharu politik

Oleh Amir Abd Hadi


"Kami sudah muak dan bosan", adalah kata-kata terbaik bagi menzahirkan perasaan kami anak muda ketika ini. Saya percaya hampir keseluruhan anak muda, khususnya yang bebas partisan, bersetuju dengan kenyataan ini.

Penyelewengan demi penyelewengan dana negara yang didedahkan saban hari, dengan kos sara hidup yang tidak pernah menurun, serta gaji yang tidak naik-naik, seperti saja menampar-nampar muka setiap rakyat.

Darah terasa panas, kepala terasa menggelegak, tetapi dipendam saja dalam-dalam.

Ahli politik yang oportunis cuba mengambil kesempatan atas situasi ini, mengintai ruang kalau-kalau mereka punya peluang untuk naik ke atas merampas takhta. Bukan diendahkan pun keperitan rakyat, mereka tak merasa perit jerih hidup seorang rakyat biasa. Nak isi minyak kereta pun ada elaun, apa mereka kisah jika harga petrol naik? Gaji sering saja diumum naik, jadi apa masalah jika kos sara hidup meningkat?

Secara mudah kita boleh melihat parti politik ini seperti sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan. Sebuah syarikat akan maju sekiranya diurus tadbir dengan baik. Jika 'bos' syarikat seorang yang boros, kuat berbelanja, mengguna dana syarikat dengan sewenang-wenangnya, sudah tentu syarikat tersebut akan menuju ke arah kehancuran. Jadi apa yang boleh dilakukan bagi menyelamatkan syarikat yang sedang menuju kegagalan? Maksimumkan keuntungan!

SEMACAM ‘WALL STREET JOURNAL’ DAN ‘SARAWAK REPORT’ TEMPAT MENGADU


http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/06/Najib_sarawak-report_600.jpg 
http://www.crashonline.gr/wp-content/uploads/2014/02/wsj.jpg
Pastinya rakyat Malaysia bergembira membaca tentang kesediaan Tun Musa Hitam untuk bersama-sama dengan rakyat memecah kebuntuan yang dihadapi oleh negara ketika ini, terutama yang berkaitan dengan IMDB yang mengaitkannya dengan DS Mohd Najib Tun Razak. “"I have been under pressure from friends and foes to offer my views although I am out politics," katanya melalui artikel berjodol,’Going on leave best of 3 options for Najib, says Musa Hitam” Malaysian Insider 10 Julai 2015.

Rakyat Malaysia sebenarnya agak buntu dengan perkembangan yang berlaku dalam negara kini dan persoalan yang dihadapi oleh rakyat ialah bagaimana untuk menyelesaikan kebuntuan itu. Puncanya ialah rakyat semacam bingung tentang tidak ada tempat untuk ‘mengadu’. Rakyat semacam tidak yakin dengan jentera kerajaan yang ada walaupun sepatutnya berperanan untuk menjaga dan memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Namun persepsi rakyat Malaysia, kebanyakannya sudah betul-betul hilang keyakinan tentang setengah jentera kerajaan yang ditubuhkan sehinggakan apa saja yang dilakukan oleh jentera kerajaan akan pastinya mendapat cemuhan dan kritikan yang pedas.

Seeingat aku, ini merupakan satu perkembangan dalam negara yang tidak pernah aku lalui dimana pegawai kerajaan yang bertanggungjawab untuk memelihara keamanan negara dan rakyat langsung tidak dipedulikan tetapi sebaliknya dikutuk dan dicemuh. Sehinggakan rakyat semacam hilang keyakinan langsung terhadap perana Pasukan Petugas Khas yang terdiri daripada Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara dan MACC. Sepatutnya rakyat boleh meletakkan harapan dan tanggungjawab kepada Pasukan Petugas Khas ini, namun yang menyedihkan semacam rakyat langsung tidak memberi keyakinan kepada dapatan yang mereka telah perolehi.

WSJ: Bila PDRM dan SPRM mahu siasat Najib?

 SALMIYAH HARUN | 09 Julai 2015.


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) perlu dilihat lebih berintegriti apabila mengendalikan sesuatu kes berprofil tinggi yang melibatkan Pegawai Tinggi Kerajaan dan tidak hanya bersungguh-sungguh membuat siasatan apabila ia melibatkan pihak pembangkang, demikian tegas Ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Datuk Kamarul Bahrin.

Dalam isu pendedahan The Wall Street Journal (WSJ), beliau melihat berlaku sikap pilih kasih di dalam siasatan yang dijalankan oleh PDRM dan juga kenyataan yang dibuat apabila ia melibatkan individu tertentu yang mana di dalam kes ini adalah merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Gesaan supaya siasatan dibuat ke atas Datuk Seri Najib Razak juga pernah disuarakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang menyifatkan beliau pernah berbohong mengenai status wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikatakan disimpan di BSI Bank di Singapura.

"Bukti-bukti dalam bentuk dokumen yang dikemukakan oleh WSJ dan Sarawak Report perlu dipandang serius oleh SPRM dan PDRM memandangkan ia melibatkan maruah negara dan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara yang seterusnya akan memberi impak besar kepada rakyat Malaysia," katanya.

' You jaga i, i jaga you...pemimpin Umno sudah tiada perjuangan

' You jaga i, i jaga you...pemimpin Umno sudah tiada perjuangan. Bertanding untuk jadi pemimpin, bila menang jaga diri sendiri'...

Antara kata kata Tengku Razaleigh Hamzah kepada rombongan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan yang menghadiri majlis berbuka puasa di kediaman beliau malam ini.

Pemimpin negara sedang berkecamuk dengan isu IMDB, GST, kos sara hidup dan tekanan ekonomi yang teruk. Apa manfaatnya dari FGV buat peneroka jika hanya memperolehi dividen beberapa sen setahun. Walhal, pemimpin dan kroni UMNO yang sapu keliling.

Bila saham jatuh teruk, pelabur luar boleh ambil kesempatan beli dengan harga rendah dan mereka kuasai FGV. Tanah FGV seluas 360,000 hektar boleh tergadai. Itulah kesan buruk dari kegagalan penyenaraian FGV di Bursa Malaysia.

' Dalam keadaan begini, adakah Kerajaan ambil tahu hal Felda?

Musa Hitam turut nasihat Najib

Letak jawatan, bercuti atau kekal pegang jawatan, seru Musa Hitam kepada Najib
KUALA LUMPUR: Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam hari ini memberi tiga pilihan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menangkis dakwaan terhadapnya mengenai pemindahan wang AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dipindahkan ke akaun peribadinya.

Menurut laporan The Malaysian Insider, tiga pilihan yang disyorkan oleh Musa itu adalah kekal memegang jawatannya dan berhadapan tuduhan itu, meletak jawatan, atau bercuti bagi memberi laluan kepada siasatan sedang berlangsung.

“Namun, saya dengan rendah diri mengesyorkan Najib melaksanakan pilihan ketiga iaitu bercuti buat sementara waktu bagi memudah cara siasatan terbuka yang sedang berlangsung.

"Ini pilihan terbaik yang akan mempamerkan kepimpinan Najib, karakter, serta personaliti yang selari dengan prinsip demokrasi berparlimen," katanya kepada The Malaysian Insider.

Namun, beliau juga berkata Najib boleh meletakkan jawapan untuk member peluang kepada pimpinan baru dalam UMNO.

Akaun Bank Najib Dan Rosmah Suatu Kebanggaan Baru Negara

Shahbudin Husin,


Dua hari lalu, para penyokong dan pentaksub Najib Razak nampak begitu gembira apabila Peguam Negara, Gani Patail menafikan ada akaun bank milik Perdana Menteri turut termasuk dalam enam akaun yang dibekukan oleh pasukan petugas khas pada 5 Julai lalu.

Seolah-olah dapat menyuci dan membebaskan Najib daripada segala dakwaan yang dibuat oleh The Wall Street Journal atau WSJ sebelum ini, penafian itu disambut baik, malah mereka yang menyebarkannya segera dianggap mempunyai niat jahat terhadap Perdana Menteri.

Belum pun lama bergembira, tiba-tiba mereka "tersedak" apabila Gani muncul lagi semalam menjelaskan bahawa dua akaun bank milik Najib yang didedahkan oleh WSJ tidak tersenarai dalam pembekuan itu kerana ia sudah pun ditutup pada 30 Ogos 2013 dan 9 Mac 2015 lalu.

Dengan penjelasan ini bermakna akaun bank milik Najib di Ambank yang didakwa oleh WSJ adalah destinasi terakhir pengaliran masuk wang berjumlah hampir RM2.6 bilion adalah benar-benar wujud.

Maka yang mahu ditunggu-tunggu daripada pasukan petugas khas selepas ini ialah apakah benar berlaku kemasukan wang sebagaimana yang didakwa oleh WSJ itu?

Menjadi penantian juga untuk diketahui ialah mengapakah akaun kepunyaan Najib itu ditutup? Adakah ia ditutup untuk mengelakkan agar tidak dapat dikesan lagi?

Adakah ia ditutup kerana wangnya telah dipindahkan ke akaun lain, dilaburkan, sudah habis dibelanjakan atau disimpan dalam bentuk tunai di mana-mana?

Tinjauan Rakyat : Najib mesti cuti

 
Kabinet merasakan perdana menteri tidak perlu bercuti ketika disiasat atas dakwaan pengaliran dana 1MDB RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Bagaimanapun pendirian itu mungkin tidak dikongsi dengan rakyat biasa.

Dalam tinjauan rawak Malaysiakini semalam, 18 daripada 20 responden menggesa Datuk Seri Najib Razak bercuti segera sementara menunggu siasatan pasukan khas pelbagai agensi yang dibentuk.

Kebanyakan responden juga menyatakan keraguan terhadap keupayaan pasukan itu bertindak secara bebas.

Empat belas daripada responden berkata mereka tidak percaya bahawa badan itu akan menjalankan tanggungjawab tanpa memihak.

Badan berprofil tinggi itu melibatkan Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Responden mempunyai pelbagai latar belakang daripada pelajar sehingga pekerja profesional dan berumur antara 20 hingga 55 tahun.

Mereka ditanya dua soalan iaitu sama ada mereka percaya kepada pasukan petugas siasatan dan sama ada Najib patut bercuti ketika siasatan dibuat.

Isaac, 29, pengurus: Ketua pasukan khas dilihat ada hubungan dengan PM. Ia lebih kurang macam wayang kulit. Saya tak percaya pada mereka.

Joyce Lim, 35, pengurus jualan: Saya tidak percaya dan suruhanjaya atau pasukan khas baru harus dibentuk.

Fatin, 25, graduan: Sukar dipercayai. Empat anggotanya semua memegang jawatan tinggi dan dilihat sekutu PM dan akan lindungi dia. Najib patut bercuti daripada kabinet untuk elakkan sebarang salah guna kuasa dan menstabilkan polemik semasa dalam negara ini.

DAP terlalu beria-ia berjoget atas kubur Pakatan

Oleh Hazlan Zakaria

Bagi sebuah parti yang pernah bersenandung lagu cinta terhadap Pakatan Rakyat seperti Romeo dengan gitar di luar anjung Juliet, DAP kini ironinya beria-ia mahu berjoget di atas kubur pakatan pembangkang persekutuan itu, yang kini tidak berfungsi lagi.

Namun saya merasakan dalam kes DAP, gitar yang mereka gunakan adalah serupa dengan gitar yang digunakan oleh el Mariachi, watak pembunuh upahan Antonio Banderas dalam filem Desperado. Satu peralatan yang lebih membawa maut dan bukannya mewujudkan rasa cinta populis.


Ini ditekankan sekali lagi hari ini dengan pengisytiharan oleh kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai oleh parti demokrasi sosialis itu, bahawa ia tidak seharusnya lagi dirujuk sebagai kerajaan negeri Pakatan.

"... ia kini dikenali sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang, dan bukan lagi kerajaan negeri PR Pulau Pinang," setiausaha agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan menjelaskan dalam satu kenyataan.

Kisah Dua Pemimpin Mahathir Dan Soeharto di kala negara mengalami krisis kewangan

Oleh Mohammad Agus Yusoff


Semasa mata krisis kewangan melanda Malaysia dan Indonesia pada tahun 1997, Dr Mahathir mengatasi krisis ini dengan menurunkan kadar faedah pinjaman, menjaga perut rakyat, menolak pakej bantuan IMF dan lainnya. Akibatnya, rakyat yang terkesan dengan krisis ini berasa agak selesa dengan kehidupan.

Di Indonesia, Soeharto mengambil langkah dengan menerima pakej bantuan IMF. Akibatnya, langkah tersebut menyebabkan harga barang melambung tinggi, kadar faedah bank melonjak naik dan kehidupan rakyat menjadi susah.

Krisis kewangan ini menyebabkan rakyat di kedua-dua negara mengadakan demontrasi jalanan kerana membantah amalan rasuah dan nepotisme, serta keborosan dan penyalahgunaan kuasa kerajaaan.

Di Malaysia, Dr Mahathir mengambil tindakan keras kepada mereka yang terlibat. ISA dijadikan senjata utama. Media juga digunakan untuk menyampaikan dakyah kerajaan semahunya.

Di Indonesia juga begitu. Soeharto menggunakan tentera kawalannya untuk meredam kepembangkangan rakyat.

Mampukah ‘kawan-kawan’ siasat Najib, bukan Suruhanjaya Diraja?

 Mampukah ‘kawan-kawan’ siasat Najib, bukan Suruhanjaya Diraja?
Pakatan pembangkang hari ini mempersoalkan kredibiliti siasatan pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian (PKR), Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (PAS), dan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng (DAP) berkata pasukan berkenaan hanyalah ‘pegawai bawahan’ kepada ‘ketua’ mereka yang kini sedang disiasat.

“Kemampuan pasukan siasatan khas yang ingin menyiasat dakwaan laporan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang syarikat bermasalah milik negara, 1MDB yang didakwa terus masuk ke akaun peribadi Najib, sewajarnya dicurigai.

“Ini kerana 4 Tan Sri yang mengetuai siasatan ini merupakan ‘pegawai bawahan’ kepada pihak yang sedang mereka siasat, ‘ketua’ mereka, iaitu perdana menteri,” kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

DAP lebih fokus, konsisten dalam strategi politik – Zulhazmi Shariff

DAP lebih fokus, konsisten dalam strategi politik – Zulhazmi Shariff
Gelombang penghijrahan pemimpin muda PAS ke dalam DAP sering ditohmah sebagai mengkhianati perjuangan Islam dan mempunyai agenda kepentingan peribadi.

Bagi bekas peguam muda PAS yang menyertai DAP baru-baru ini, Zulhazmi Shariff, beliau menyertai parti berbilang kaum itu atas dasar kesedaran sendiri bukannya atas desakan mana-mana pihak yang ‘meminta’ beliau menyertai parti terbabit.

Zulhazmi yang menyerahkan borang permohonan keahlian DAP di Majlis Berbuka Puasa di Sunway Putra anjuran Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng selepas mengumumkan keluar PAS pada 15 Jun lalu berkata, penyertaannya kelak ke dalam parti baharu itu adalah untuk membuang tanggapan orang Melayu kononnya DAP parti perkauman Cina.

“Saya menaruh harapan penuh agar lebih ramai aktivis Melayu menyertai DAP kerana selama ini parti itu telah berusaha kuat membuang persepi masyarakat bahawa DAP adalah parti cauvinis Cina,” katanya dalam satu kenyataan teks kepada Suarapakatandaily.

Pemimpin tertinggi PAS bertelagah pendapat sokong Najib


Pemimpin tertinggi PAS bertelagah pendapat sokong Najib
Semakin jelas beberapa perkara yang tidak kena dengan PAS. Berbeza dengan zaman Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat dan pentadbiran Presiden Fadzil Noor pada era Reformasi dahulu, PAS kini bukan sahaja mengenepikan pendapat golongan profesional dalam parti itu tetapi sesama ulama juga berbeza pendirian.

Isu akhbar Wall Street Journal (WSJ) mendakwa PM Najib Razak menyelewengkan dana 1MDB menyerlahkan ulama Pas tidak sekata dalam menyatakan pendirian. Mursyidul Am Dr Haron Din dengan tegas membela Najib dan menganggap tuduhan PM itu memindahkan wang awam ke dalam akaun peribadi adalah tidak masuk akal.

Sedangkan pada zaman Nik Aziz, Mursyidul Am tidak akan ditanya oleh wartawan media arus perdana pendirian beliau ke atas dakwaan jenayah pemimpin Umno, kerana telah jelas butir-butir kritikan yang akan dilontarkan. Jika ditanya pun, pasti Nik Aziz mengingatkan hukuman Allah kepada pemimpin yang mencuri wang rakyat dan menggesa pihak berwajib melakukan siasatan segera.

Enam cadangan untuk Kabinet menyelamatkan Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 JULAI: Kabinet perlu meminta Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kepada umum, sama ada benar atau tidak, sejumlah wang RM2.6 bilion (USD700 juta) telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Perdana Menteri juga perlu menjelaskan sama ada beliau mempunyai akaun-akaun peribadi atas namanya sendiri di Ambank, dan jika ada, mendedahkan identiti akaun-akaun tersebut.

Gesaan itu dibuat oleh Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, kepada Kabinet dengan menggariskan enam cadangan untuk membuktikan mereka adalah patriot yang mahu menyelamatkan negara.

Katanya, Najib juga perlu menjelaskan peranan beliau dalam skandal 1MDB kerana ia memang tugas dan tanggungjawabnya sebagai orang yang mempunyai kuasa meluluskan urusniaga 1MDB, bukan saja sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, tetapi juga atas bidang kuasa di bawah Artikel 117 Memorandum Pertubuhan (M&A) 1MDB.

Sebagai cadangan kedua, beliau meminta Najib menjelaskan sama ada Perdana Menteri sedar atau tidak bahawa laporan media Wall Street Journal yang bertajuk “Investigators Believe Money Flowed to Malaysian Leaders’ Accounts Amid 1MDB Probe” adalah berdasarkan kepada siasatan kerajaan Malaysia terhadap 1MDB oleh Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis dan Peguam Negara.

Sehubungan itu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, mahu Najib menyatakan bila waktunya siasatan kerajaan itu menemui hampir RM2.6 bilion dari dana 1MDB yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, telah dilaporkan kepada Perdana Menteri, dan apa tindakan yang telah beliau ambil.

Ketiga, pemimpin veteran DAP itu meminta Kabinet mendedahkan kepada umum laporan awal Ketua Audit Negara terhadap 1MDB yang akan dibawa kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam Parlimen esok.

Keempat, beliau mahu Kabinet meluluskan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dengan kuasa yang luas untuk menyiasat segala aspek 1MDB, dan membuktikan bahawa kerajaan dan Perdana Menteri tidak ada apa-apa untuk disembunyikan daripada rakyat.

Katanya, pengkritik tegas amalan niaga 1MDB boleh dilantik sebagai Pesuruhjaya, antaranya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi dan Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara Tony Pua dan Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli sebagai ahli suruhanjaya.

Kelima, Kit Siang mahu Kabinet meminta Najib bercuti sebagai Perdana Menteri selama tiga bulan untuk memberi masa kepada RCI untuk menyiasat, membentang dan mengumumkan hasil siasatan kepada rakyat.

“Jika Kabinet gagal melaksanakan kelima-lima cadangan ini, maka para menteri yang terhormat dan patriotik hanya ada satu pilihan saja lagi, iaitu meletak jawatan beramai-ramai,” ujar beliau.

Menurutnya, ini adalah caranya untuk Kabinet mengelakkan diri daripada dikaitkan dengan salah urus dana awam yang tidak bertanggungjawab, tidak telus dan tidak akauntabel.

Tambah beliau, ia juga penting bagi Kabinet untuk meletak jawatan kerana ia akan menjadi teladan tahap keyakinan, integriti dan pentadbiran baik yang tinggi kepada pemegang jawatan awam pada masa ini dan masa depan. – Roketkini.com

Perjuangan Melayu Pas – Umno dimanakah penghujungnya?

 Perjuangan Melayu Pas – Umno dimanakah penghujungnya?
Konsep The Greater Malay atau Melayu Terulung kini menjadi dasar perjuangan dua parti Melayu terbesar, Umno dan Pas.

Suatu ketika dahulu hanya Umno yang terkenal memperjuangkan konsep Ketuanan Melayu. Konsep ini meletakkan Melayu sebagai bangsa kelas satu dan selain Melayu adalah bangsa kelas kedua. Sebagai bangsa kelas satu, Melayu diperuntukkan pelbagai kuota.

Daripada peluang pekerjaan sehinggalah kuota memiliki lot perniagaan di bandar-bandar besar. Umno memperjuangkan pendidikan orang Melayu. Dengan cara itu banyak anak Melayu berjaya menjejakkan kaki ke universiti.

Kapitalis Melayu

Namun hanya dalam dekad 1950 – 1970an Umno jujur melaksanakan agenda perjuangan Melayu. Mulai tahun 1980an, apabila Dr Mahathir menjadi perdana menteri, perjuangan Melayu terpesong jauh. Mahathir melahirkan golongan kapitalis Melayu.

Para pemodal ini kebanyakannya adalah pemimpin Umno dan kaum kerabat mereka yang diberi laluan mudah menguasai ekonomi. Mereka mendapat pink form iaitu saham bernilai tinggi secara kuota. Untuk membeli saham pula diberi pinjaman mudah.

Anak arwah Ust Fadhil dedah kenapa beliau bangun melawan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas

 Anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor, Faiz Fadzil mempersoalkan tindakan pengerusi muktamar tahunan PAS baru-baru ini yang menafikan hak perwakilan membahaskan topik begitu penting iaitu usul memutuskan hubungan dengan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Julai, 2015.
Apabila Muktamar Tahunan meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas, ketidakadilan keputusan itu menyebabkan anak bekas presiden PAS Datuk Fadzil Noor, Faiz Fadzil, 38, mula bersuara.

Faiz, seorang peguam, pada hari itu mempersoalkan pengerusi muktamar tentang alasan PAS - parti yang disebut-sebut memperjuangkan idea Islam - menafikan hak perwakilan membahaskan topik begitu penting.

"Saya marah pada hari itu. Sebagai peguam dan anak yang dibesarkan dengan berpegang kepada prinsip-prinsip Islam, saya tak dapat terima mereka menafikan hak asasi kami untuk bersuara.

"Jadi saya lawan mereka, mereka yang mendakwa berjuang melawan kerajaan yang menentang demokrasi, tetapi melakukan perkara yang sama," kata Faiz dalam wawancara bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.

Namun gesaannya tidak didengari, usul diluluskan dan selepas sebulan, seluruh negara menyaksikan parti terbesar Islam negara itu mula berantakan.

Warkah Ramadhan buat Abdul Hadi Awang - Tuan, berundurlah demi kebaikan PAS

Tuan, berundurlah demi kebaikan PAS
 
Tuan surat saya bahagian yang ke-4 ini adalah surat panjang Ramadhan terakhir buat Tuan. Sebagai mengakhiri surat ini saya dengan sukacita dan penuh insaf setelah meneliti dan mengkaji segala perkembangan mutakhir dalam PAS, mencadangkan agar Tuan berundur daripada memimpin PAS. Usah prejudis dengan cadangan dan gesaan ini. Ia dibuat untuk kemaslahatan semua.

Saya jamin Tuan kalau Tuan mengambil tanggungjawab dan amanah ini Tuan tidak akan dipaluti dosa bahkan Tuan akan dialu-alu dan disanjung tinggi.

Sesuatu yang Tuan kena sedar dan insaf kemenangan besar yang diraih dalam muktmar lalu bukan lesen untuk Tuan terus berada di situ. Megah untuk jadi presiden. Kemenangan itu bukan segala-galanya. Tuan pun tahu kemenangan itu bukan dibuat seccara adil dan tepat berdasarkan pencapaian dan keupayaan (prestasi) Tuan sebagai presiden PAS selama ini. Dalam erti kata lain kemenangan itu bukan suatu pengikhtirafan tulen atas kemampuan Tuan.

Pengangkatan Tuan ialah kerana rasa taksub dan takjub ahli kepada Tuan oleh ahli yang sudah diternak dengan diberi makanan dan umpan subur bernama Islam yang Tuan tafsirkan. Tuan sendiri tanpa disedari telah dijadikan modal dan alat oleh golongan yang ingin menguasai PAS, membawa PAS kepada hala tersendiri yang telah dirancangkan demikian rupa.

Berhentilah Memberi Jawapan "Saya Tak Pernah Guna Dana 1MDB Untuk Peribadi"

Shahbudin Husin,


Tulisan kali ini hanyalah coretan ringan dan santai saja. Tak perlu terlalu banyak berfikir, malah boleh dibaca sambil baring-baring atau ketika berbual dengan kawan-kawan.

Menulisnya pun ketika mata sukar nak tidur dan mungkin terus berjaga sehingga sahur nanti.

Sejak The Wall Street Journal atau WSJ menulis laporan mengenai pengaliran masuk wang 1MDB berjumlah kira-kira AS$700 juta ke dalam peribadi Najib Razak pada Jumaat lalu, apa yang menimbulkan persoalan ialah mengapa tiada jawapan atau penjelasan yang tepat diberikan mengenai dakwaan itu sehingga ini?

Jawapan Najib hanyalah, "saya tak pernah guna wang 1MDB untuk kepentingan peribadi", "saya tidak akan khianati amanah rakyat", "kalau saya nak menyamun, takkanlah saya guna akaun peribadi" atau ayat lain ala-ala memikat jiwa yang seumpama dengannya.

Semalam, ketika peguam Najib menulis surat kepada penerbit WSJ, Najib sekali lagi menulis di blognya mengulangi perkataan, "saya tak pernah ambil wang 1MDB untuk diri sendiri".

Kenapa diulang-ulang lagi jawapan syahdu sebegitu rupa?

Laporan awal siasatan 1MDB cacat- PAC

 Datuk-Nur-Jazlan_jan_1mdb_600
KUALA LUMPUR: Laporan awal Jabatan Audit Negara terhadap syarikat 1MDB dianggap cacat susulan syarikat pelaburan milik kerajaan itu tidak memberi kerja sama penuh untuk memberi dokumen.

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan berkata, perkara itu dimaklumkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam pembentangan laporan tersebut pada pagi Khamis.

“Jabatan Audit Negara masih belum mendapat kerja sama yang baik daripada 1MDB dalam memberi dokumentasi untuk mereka menjalankan audit.

” Kita minta pihak pengurusan 1MDB tolong bagi kerjasama kepada Jabatan Audit Negara untuk memberi segala dokumentasi dan maklumat yang diperlukan untuk mereka meneruskan audit supaya segala laporan dapat dimuktamadkan pada akhir tahun ini,” katanya dalam sidang media pembentangan Laporan Interim terhadap pengauditan 1MDB dan sesi taklimat bersama PAC di Parlimen.

Doktor-Doktor kita alami masalah 'tertidur' sewaktu balik on-call bertugas..fikirkanlah untuk atasinya..!!

Doktor, petugas kesihatan luah perasaan di FB
Salinan paparan perkongsian Mahyuddin Mohamed di laman sosial Facebook.
 
SUSULAN sebuah kemalangan maut yang melibatkan seorang pegawai perubatan dari Hospital Sungai Buloh semalam, seorang pelayar laman sosial bangkit meluahkan perasaan dan pendapat terhadap situasi yang dialami oleh kebanyakan doktor-doktor dan petugas keselamatan di Malaysia.

"Kami para doktor dan petugas kesihatan dikejutkan dengan berita kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian seorang pegawai Perubatan Bius dari Hospital Sungai Buloh petang semalam.

"Mengikut siasatan awal jabatan beliau, beliau memandu pulang setelah Oncall hari sebelumnya. Dimaklumkan bahawa Oncall beliau agak sibuk dengan pelbagai kes kecemasan.

"Kami bukan sahaja berkongsi kesedihan dgn keluarga arwah, namun dihati kami turut terpendam rasa geram dan marah dengan sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia sejak sekian lama," kata Mahyuddin Mohamed di laman sosial Facebook.

Awas!! Fitnah 1MDB boleh didenda RM50,000 dan penjara

skmm,sebar
PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiarkan notis amaran kepada orang ramai supaya berhenti menyebarkan maklumat palsu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

11666033_1154900167869771_2972025164554257786_n
SKMM menegaskan, denda tidak melebihi RM50,000 dan atau penjara tidak lebih setahun akan dikenakan jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai dinasihatkan supaya berhenti menyebarkan gambar-gambar yang telah diubahsuai, berita-berita yang tidak sahih atau sebarang spekulasi mengenai siasatan ke atas 1MDB menerusi laman sosial termasuk aplikasi ‘whatsapp’,” tulis SKMM di laman Facebook rasminya.

Amaran yang dikeluarkan SKMM itu mendapat reaksi negatif apabila komen-komen pengguna laman sosial yang mengecam SKMM.

“Ini satu bentuk ugutan pd rakyat..,” tulis Ummu Raisa di Facebook.

Harapan Syawal si gelandangan di sekitar Alor Setar

Harapan Syawal si gelandangan
Seorang gelandangan khusyuk menjamah makanan diberikan.
 
ALOR SETAR - Kedatangan Aidilfitri pastinya dinantikan oleh seluruh umat Islam di dunia, namun ia dianggap berbeza ataupun langsung tidak memiliki keistimewaan buat golongan gelandangan.

Apakan daya, ada gelandangan hanya tinggal sebatang kara menumpang teduh di tepi jalan, tanpa bantal sebagai alas mahupun selimut untuk menutupi badan dari sejuk.

Bagi mereka, sesuap nasi untuk mengenyangkan perut, tempat tidur demi melelapkan mata dan hari-hari bakal dilalui lebih penting dari hari raya sekali setahun.

Sinar Harian berkesempatan menyelami harapan sekumpulan gelandangan pada program Jejak Cinta Ramadan anjuran Puspanita di sekitar bandaraya Alor Setar, kelmarin.

Baju raya hanya angan-angan

Warga emas, Johari, 60, berkata, dia menjalani kehidupan sebagai golongan gelandangan sejak keluar dari rumahnya di Jeniang ketika berusia awal 20-an.

"Pakcik keluar merantau ke merata-rata tempat mencari pekerjaan demi sesuap nasi dan tidak pernah pulang ke kampung halaman sejak itu.

"Pakcik ada empat adik beradik, namun kini semua ahli keluarga pakcik termasuklah ibu dan ayah sudah tiada. Tinggallah pakcik sebatang kara sebgini," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...