TERKINI :

Thursday, July 9, 2015

MP PKR - Tolong Bezakan KERAJAAN PERPADUAN dengan KERAJAAN SEMENTARA


Saya ingin menjelaskan bahawa kerajaan perpaduan saya disebut dalam sidang akhbar semalam, 8 Julai 2015 adalah sebuah kerajaan sementara bi-partisan untuk maksud memastikan pilihan raya yang bebas dan adil yang akan diadakan secepat mungkin.

Saya ingin menegaskan sekali lagi berdasarkan fakta-fakta yang dinyatakan di dalam Wall Street Journal bahawa dana yang didepositkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13, kenyataan Perdana Menteri itu yang telah sejak berulang, wang bukan untuk kegunaan peribadi, hanya kesimpulan yang munasabah yang boleh diambil adalah wang yang digunakan oleh Barisan Nasional untuk pilihan raya.

Akibatnya, perkara itu bukan sahaja Perdana Menteri, ia juga memberi kesan kepada kesahihan Kerajaan Barisan Nasional. Isu kekurangan kesahihan Kerajaan sekarang tidak dapat dibetulkan dengan memanggil Najib Tun Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan melantik Timbalan Perdana Menteri untuk mengambil alih.

Mahfuz - Ketua Polis Negara Menambahkan Lagi Kerosakan Imej Negara.

BismillahirRahmanirRahim


Kenyataan media.

1.Ada lah sangat dikesali kenyataan ketua Polis negara yang menyatakan PDRM akan menyiasat siapa dan bagaimana kebocoran maklumat yang besertakan dokumen yang di perolihi Wall street journal(WSJ).kenyataan KPN tidak membantu memulihkan imej Malaysia.

2.kenyataan tersebut menambahkan lagi rasa tak percaya masyarakat antarabangsa kepada Malaysia apabila institiusi (PDRM) yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat dan negara dilihat cuba untuk melindungi jenayah yang dilakukan olih pembesar negara.kenyataan KPN sebenarnya mempunyai unsur sabotaj ekonomi negara.

3.sikap KPN telah menyebab timbul keraguan rakyat Malaysia terhadap ketelusan Pasukkan khas penyiasatan kes 1MDB dan laporan WSJ.apakah kesudahan lakonan dan drama yang sedang di lakonkan mereka.

4.Bagi menjamin integriti Pasukan khas penyiasat serta nama baik negara saya mendesak dikeluarkan Tan Seri Khalid Abu Bakar (KPN) dari pasukkan khas penyiasat dan dilucutkan jawatan beliau sebagai Ketua Polis Negara.

WR Hj 'Mahfuz Omar (Dato)
Ahli Parlimen Pokok Sena.
9 july 2015

Peniaga Up-Town Stadium Darulaman hilang sabar bila tenaga elektrik oleh MBAS sentiasa bermasalah

Dengaq habaq peniaga Up-Town Stadium Darul Aman sudah hilang sabar akan penyedian tenaga elektrik untuk gerai peniaga yang sentiasa ada masalah dan sentiasa bergelap.

Dengan kadar sewa yang tinggi iaitu RM3500 dan perjanjian untuk menyediakan tenaga elektrik tapi bila datang waktu meniaga elektrik pula sentiasa ada masalah.

Isu ini sudah berlarutan lama namun tindakan dari MBAS macam tak ada dan dibiarkan masalah ini berlarutan sebegitu sahaja...sehingga memaksa peniaga mengeluarkan kos tambahan untuk membeli generator sendiri....

Abdul Ra'uf Jelapang Bundle added 2 new photos.

Kami peniaga uptown stadium dah letih dngn keadaan elektrik... mlm ni bergelap lg... sabaq dah x larat. Jngan sampai kmi jd budak kurang ajaq.... MBAS mana perkhidmatan yg setimpal dngan tapak hargs rm3500 tmsuk deposit... mana pihak yg perlu bertanggung jwab... kmi dah marah tahap gila dah ni. Nk raya lg seminggu elektrik x selesai2 lg... mana DATO BANDAR????? Mkn gaji buta... hantaq mai org hang pbaik elektrik la woiiii.....

Dedah dokumen perbincangan jika penstrukturan semula air gagal, kata Azmin

 Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata kandungan dokumen perjanjian akan didedahkan sekiranya kerajaan persekutuan tidak menunjukkan komitmen dan gagal memuktamadkan perjanjian air itu dalam tempoh terdekat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Julai, 2015.
Kerajaan Selangor menyediakan notis penjelasan dan surat perbincangan dengan kerajaan persekutuan berkaitan proses memuktamadkan perjanjian utama penstrukturan semula industri perkhidmatan air di negeri ini untuk didedahkan kepada umum.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata kandungan dokumen itu akan didedahkan sekiranya kerajaan persekutuan tidak menunjukkan komitmen dan gagal memuktamadkan perjanjian air itu dalam tempoh terdekat.

"Saya sudah siapkan nota penjelasan yang akan kami edarkan pada masa yang sesuai termasuk surat yang menyatakan persetujuan kedua-dua pihak berhubung isu ini.

"Sekiranya tiada komitmen oleh kerajaan persekutuan saya terpaksa mendedahkan apa-apa perkara yang diputuskan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor di Shah Alam hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri serius untuk memuktamadkan perjanjian itu dan pihaknya tidak pernah mengubah prinsip perjanjian itu.

"Jangan salahkan kerajaan negeri, kami setuju dan bagi komitmen untuk memuktamadkan perjanjian ini.

Duit RM2juta dalam akaun Rosmah pulak...

S’wak Report: RM2 juta dideposit ke akaun 'Rosmah Binti Mansor'

Laman pembocor maklumat Sarawak Report mendakwa RM2 juta dideposit ke dalam akaun bank yang dikatakan milik Rosmah Mansor.

Laporan itu mendakwa laporannya berasas maklumat diterima berkaitan sebuah akaun dengan Affin Bank Berhad.

Ia mendakwa sejumlah besar wang dideposit ke dalam akaun itu dalam tempoh dua bulan bermula pada awal tahun ini.

Memetik dokumen didakwa berkaitan siasatan 1MDB, Sarawak Report mendakwa seorang individu bernama “Roslan Sohari” antara 10 Februari dan 23 April tahun ini memasuki sebuah cawangan bank itu di Kuala Lumpur sebanyak lapan kali.

“Dalam kunjungan-kunjungan ini beliau mendeposit keseluruhan RM2,000,000 ke dalam akaun bernombor 1000 xxxx xxxx, yang mana para penyiasat melaporkan ia milik “Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)”.

Dihubungi Malaysiakini, pembantu Rosmah, Rizal Mansor, berkata beliau tidak dapat mengulas perkara itu pada masa laporan ini ditulis kerana sedang berada dalam sebuah majlis berbuka puasa.

Bekas setiausaha agung PKR dedah Anwar dihina ketika krisis Selangor


 Bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari semasa berjumpa dengan presiden PAS untuk membincang krisis menteri besar Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Julai, 2015.
Bekas setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari individu dipercayai presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mahu membincangkan kemelut menteri besar Selangor tahun lalu.

Walaupun tidak menyatakan identiti Hadi secara langsung, Saifuddin mengimbas peristiwa ketika dirinya menemani ketua umum PKR berjumpa dengan individu terbabit untuk mengadakan perbincangan.

"Masih ingat saat aku menemani Datuk Seri Anwar berjumpa dengannya. Bagaimana Datuk Seri Anwar diaibkan dengan bahasa yang cukup kasar," katanya dalam status Facebook hari ini.‎

Perbincangan itu dipercayai merujuk kepada ‎pertemuan singkat Anwar dengan Hadi di Terengganu untuk menukar jawatan menteri besar Selangor yang ketika itu disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Soalan lazim mengenai pendedahan #WSJ

 
Pada 3 Julai, The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan kepada warga Malaysia bahawa wang berjumlah hampir AS$700 juta masuk ke dalam akaun didakwa dimiliki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Memandangkan isu ini rumit, Malaysiakini merangkum soalan daripada pembaca dan dari bilik berita dan cuba mencari jawapannya.

1. Apa sebenarnya yang dilaporkan oleh WSJ?

Laporan itu mendakwa satu siasatan daripada penyiasat Malaysia mengesan hampir RM2.6 bilion dipindahkan kepada akaun yang dipercayai mereka sebagai akaun peribadi Najib.

2. Adakah akaun tersebut benar-benar dimiliki oleh Najib?

Laporan WSJ tidak menyatakan perkara ini secara pasti. Mereka menyatakan bahawa dokumen pemindahan wang itu menunjukkan nombor akaun, tetapi tidak menamakan Najib.

Bagaimanapun, mereka memperolehi cara alir, yang didakwa diperolehi daripada penyiasat Malaysia, yang mendakwa akaun tersebut dimiliki Najib.

Laman Sarawak Report yang menerbitkan laporan sama dengan WSJ mendakwa akaun tersebut – dengan nama AmPrivate Banking-1MY, AmPrivate Banking-MY and AmPrivate Banking-MR – sememangnya milik Najib.

Anak kepada pengerusi Ambank hari ini menolak penjelasan polis

Penafian tiada kaitan kes Najadi, 1MDB ditolak

Anak kepada Hussein Ahmad Najadi hari ini menolak penjelasan polis bahawa kes pembunuhan pengasas AmBank itu tiada kaitan dengan isu sekitar 1MDB.

“Macam mana mereka boleh kata macam itu sedangkan tiada siasatan,” soal Pascal di Facebook yang ditulis daripada Saint Petersburg, Russia.

Beliau juga berkata dengan penafian mudah berkaitan perkara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebenarnya menarik lebih banyak perhatian kepada anggota keluarga mangsa dan orang awam.

Pascal juga menggesa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail campur tangan dalam kes itu.

“Ini bukan bidang kecekapan beliau (Khalid).

PAS Perlis tak halang ahli sertai himpunan G18

 
PAS Perlis tidak akan menghalang ahlinya untuk menghadiri perhimpunan kumpulan progresif yang digelar Gerakan Harapan Baru di negeri itu pada hari raya ketiga nanti.

Pesuruhjayanya Mohd Shukri Ramli (kanan) berkata, beliau terbuka menerima kehadiran kumpulan tersebut dan tidak menghalang sekiranya terdapat ahlinya yang ingin menghadiri perhimpunan itu.

"Kita terbuka. Ini demokrasi. Kita tak akan halang, ahli boleh pergi. Tak ada masalah.

"Buatlah (perhimpunan), kita tak ada halangan dan tak akan larang ahli untuk hadir," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ditanya sama ada beliau tidak bimbang sekiranya terdapat ahli yang mungkin akan mengikut gerakan itu, ADUN Sangkang itu berkata, perkara itu tidak menjadi masalah memandangkan rakyat kini cerdik dan boleh berfikir.

"Rakyat sekarang dah cerdik, mereka boleh fikir," katanya ringkas.

Ditanya sama ada beliau akan hadir pada perhimpunan itu, Shukri berkata: "Tengok keadaan," katanya sambil ketawa kecil.

Semalam, kumpulan Gerakan Harapan Baru bersama rakan dalam DAP dan PKR merancang mengadakan perhimpunan besar-besaran di Perlis pada hari raya ketiga untuk memulakan momentum ke arah entiti pembangkang baru.

Isu 1MDB: Najib tersilap langkah lagi

HARAKAHDAILY | 09 Julai 2015.


KUALA LUMPUR: PAS sekali lagi menegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu bercuti segera agar siasatan berhubung tuduhan penyaluran dana kepada akaun bank dikatakan milik beliau dilihat bersih.

"Jika tidak, Najib akan kelihatan bermasalah meskipun pasukan siasatan mendapati dakwaan ke atas beliau tidak benar," ujar Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini tersilap langkah lagi apabila beliau sendiri yang menerangkan skop siasatan Pasukan Petugas Khas yang sedang menyiasat dakwaan mengenai penyaluran dana kepada akaun-akaun bank yang didakwa dimiliki beliau.

“Siasatan sedang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa saya telah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak. Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut.” (Kenyataan PM pada 8 Julai 2015)

Kenyataan di atas mengundang persepsi bahawa Pasukan Petugas Khas tidak bebas, sedang menerima arahan, atau melaporkan penyiasatan kepada Najib, selaku orang yang sedang dituduh di dalam kes ini. Ini tidak betul dan tidak baik untuk usaha Najib membersihkan namanya.

Siapa bocor maklumat siasatan kepada WSJ?


Siapa bocor maklumat siasatan kepada WSJ?KUALA LUMPUR: Persoalan siapa bocor maklumat siasatan kepada Wall Street Journal (WSJ) dilihat akan terjawab selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan supaya siasatan penuh dibuat.

Misteri itu juga akan terjawab apabila gesaan Abdul Gani itu turut disokong Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Siasatan dijalankan selepas laporan yang mendakwa kira-kira RM2.6 bilion dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib tersebar minggu lepas.

Isunya jika diteliti mungkin remeh selepas awal-awal lagi 1MDB sendiri sudah menafikan pernah menyalurkan dana ke akaun milik Najib.

Namun, persoalannya tetap berlegar di fikiran rakyat negara ini apabila Najib seolah-olah tidak dibiarkan tidur 'lena' oleh WSJ dan portal Sarawak Report yang berterusan menyerangnya dengan pelbagai dakwaan serta tuduhan yang 'dilihat' sahih.

Dakwaan WSJ terhadap Najib menguji badan kehakiman Malaysia



KUALA LUMPUR: Blogger terkenal Datuk A. Kadir Jasin berkata kontroversi laporan The Wall Street Journal (WSJ) minggu lepas yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, merupakan ujian tekanan ke atas badan kehakiman negara.

"Kita mungkin boleh anggapkan ini adalah "Stress Test" untuk sistem yang sedia ada sama ada prinsip 'Nobody is above the law' (tiada siapa mengatasi undang-undang) benar-benar berfungsi di negara (kita)," tulis beliau dalam blognya pada Rabu.

Katanya sejak zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra lagi berlaku kes pecah amanah, rasuah serta salah guna kuasa melibatkan orang kanan politik namun mereka akhirnya meletakkan jawatan.

Menurut Kadir, antara kes tersebut melibatkan bekas menteri kabinet Abdul Rahman Talib, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris, dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang merupakan contoh orang-orang yang berkuasa yang telah dibawa ke mahkamah.

Katanya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mempunyai tugas yang jelas iaitu menangani dakwaan yang dibuat WSJ itu.

Petua Siti Hasmah: Isteri PM jangan bersaing dengan suami

hasmah
PETALING JAYA: Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berkongsi petua dan pengalaman sepanjang berada di Seri Perdana, selama 22 tahun.

Perwatakan yang lembut dengan penuh keibuan menjarakkan beliau daripada sebarang kontroversi meskipun pernah difitnah.

Siti Hasmah merupakan antara doktor perubatan wanita terawal di negara ini menjelaskan tugas yang disandang sebagai isteri Perdana Menteri Keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan mudah.

Beberapa pengalaman dan petuaa dikongsi dengan portal berita Malaysiakini.

Katanya, pengalaman beliau sebagai doktor di Kedah memberikan pendedahan dan pengajaran ketika berdepan dengan pelbagai kelompok masyarakat yang mana ketika itu rata-rata hidup dalam keadaan miskin.

“Kamu mungkin doktor atau mungkin juga isteri MP (anggota parlimen), tetapi jika kamu sombong, mereka (rakyat) tidak akan terima kamu,” katanya yang dipetik daripada portal itu.

Siasat Juga Najib Razak: SPRM & PDRM Jangan Pilih Kasih

Saya selaku Ahli Parlimen Kuala Terengganu mengharapkan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar tidak bersikap pilih kasih di dalam menjalankan siasatan berhubung dengan dakwaan yang dikemukakan oleh Wall Street Journal (WSJ) berhubung dengan dana sebanyak AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang telah dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Pada hari ini portal berita Malaysiakini melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (KPN) berkata WSJ akan disiasat bawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 berhubung dengan dakwaan yang dibuat.

Saya melihat kepada setiap kenyataan yang dibuat oleh KPN dan tidak menemui sebarang kenyataan yang menunjukkan bahawa beliau akan turut sama menyiasat Datuk Seri Najib Razak sebagaimana dakwaan yang dikemukakan oleh WSJ bagi memastikan kesahihannya. Sehingga ke hari ini tidak ada sebarang siasatan yang telah dijalankan ke atas Datuk Seri Najib Razak oleh pihak PDRM berhubung dengan dakwaan yang dikemukakan oleh WSJ tersebut.

Berlawanan dengan aduan yang diterima oleh PDRM berhubung dengan laporan-laporan yang dibuat ke atas Ahli Parlimen pembangkang sepertimana sebelum ini, pihak PDRM dilihat lebih ‘cergas’ dan tidak akan mengambil masa yang lama untuk memanggil Ahli Parlimen berkenaan bagi disoal siasat. Malahan, Ahli Parlimen Batu pernah pada bulan Mei 2015 yang lalu ditahan secara tergesa-gesa dan dilayan seperti seorang penjenayah gara-gara didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan anti-GST di Kuala Lumpur.

Artis yang jadi 'macai' UMNO BN pun dah mula merungut bab GST, sokonglah lagi..!!

 
  Lagi rungutan mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Presiden Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi mengakui pelaksanaan sistem cukai GST sejak 1 April lalu memberi kesan besar kepada golongan seniman di negara ini.

Menurutnya kebanyakan artis merasai keperitan akibat kelembapan ekonomi dan ia diburukkan lagi dengan GST yang dianggap membebankan.

"Ekoran pekerjaan sebagai artis tidaklah begitu membantu dari segi kewangan, ada segelintir mereka mencari ikhtiar hidup dengan menjalankan perniagaan, namun dengan adanya GST, ia memburukkan keadaan," katanya.

Zed berpendapat dengan keadaan ekonomi yang meruncing, tidak semua artis boleh menjana pendapatan dengan hanya lakonan atau menyanyi semata-mata.

“Jika GST itu baik, apa yang dapat ia berikan kepada golongan ini?

Wahai Kerajaan BN, #Najib & Menteri.. Rakyat nak jimat macam mana lagi?

menabung syiling
SHAH  ALAM – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan kebanyakan rakyat di negara ini semakin tidak mempunyai peluang lagi untuk berjimat cermat susulan peningkatan kos hidup yang berlaku mutakhir ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Maamor Osman berkata, banyak perbelanjaan yang dikeluarkan setiap bulan adalah keperluan termasuk membayar balik pinjaman.

“Kebanyakan rakyat hampir-hampir tidak ada pilihan. Jika ada pun pilihan adalah berjimat cermat. Sudah tentu untuk berjimat cermat itu bukan sesuatu yang mudah kerana sekarang ini sebahagian besar perbelanjaan itu sudah menjadi keperluan yang tidak boleh dipotong-potong.

“Pembayaran balik pinjaman perumahan, pendidikan, kereta dan sebagainya. Sudah tidak boleh nak jimat lagi dah. Apa yang boleh kita jimat adalah ikat perut. Tapi berapa banyak yang kita boleh jimat dari situ?,” katanya kepada Sinar Online.

Siapa untung jika Najib berundur?

ANALISIS OLEH ZULKIFLI SULONG, 
PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
Siapakah yang bakal mendapat manfaat daripada krisis dihadapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekarang?

Siapakah bakal dilantik perdana menteri sekiranya Najib terpaksa melepaskan jawatan ekoran skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sudah menjadi perhatian antarabangsa.

The Malaysian Insider cuba menyenaraikan tokoh yang mungkin mendapat manfaat sekiranya anak kepada perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein berundur.

1. Tun Dr Mahathir Mohamad

Sebagai pemain utama, Dr Mahathir sudah tentu mendapat manfaat yang paling banyak kerana menyerang Najib secara konsisten hampir setiap hari.

Namun apakah manfaat yang beliau dapat? Bolehkah beliau dilantik sebagai perdana menteri semula?

Agak sukar kerana beliau bukan ahli parlimen, tiada jawatan dalam Umno, sudah terlalu tua dan zamannya sudah berlalu.

Namun, Dr Mahathir boleh mencaturkan siapa orang yang dikehendaki menggantikan Najib sebagai perdana menteri. Buat masa ini beliau memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Surat penjelasan Najib kepada WSJ helah lengahkan masa, kata peguam


Sesuatu yang tidak masuk akal untuk peguam Datuk Seri Najib Razak menghantar surat meminta penjelasan kepada penerbit The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri, kata peguam, sambil mencadangkan ia sekadar satu muslihat untuk melengahkan masa.

Mereka menegaskan, firma guaman yang bertindak bagi pihak pelanggan yang terkilan biasanya akan mula-mula menghantar surat tuntutan kepada penerbit dan kemudian memfailkan saman fitnah jika tidak dibuat penarikan balik dan permohonan maaf.

Peguam berkata surat itu seolah-olah menunjukkan Najib tidak pasti sama ada hendak membawa WSJ ke mahkamah atau tidak kerana mencemarkan reputasinya.

Peguam Fahri Azzat berkata, langkah yang diambil oleh peguam Najib untuk mendapatkan penjelasan dan butiran lanjut merupakan satu "prosedur ingin tahu."

"Mereka tidak seperti dalam keadaan bersegera untuk memulakan tindakan saman fitnah terhadap WSJ," kata Fahri.

Siasat pendedahan WSJ, bukan siasat siapa pemberi maklumat...!!

Kenyataan Media
Jingga13 Malaysia
8 Julai 2015


JINGGA 13 DESAK POLIS SIASAT PENDEDAHAN WSJ BUKAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP PEMBERI MAKLUMAT

Jingga 13 mempersoal kenyataan Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini bahawa polis akan menyiasat WSJ di bawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 kerana mendedahkan maklumat adalah satu tindakan double standard yang bertujuan mengenakan tindakan terhadap pemberi maklumat tetapi tidak serius dalam menyiasat dan mengambil tindakan terhadap skandal yang didedahkan oleh WSJ yang melibatkan 1MDB dan DS Najib Razak.

Pendedahan yang dibuat oleh WSJ adalah sangat serius dan perlu kepada satu tindakan secara telus dan profesional oleh pihak polis bukannya mengambil tindakan terhadap WSJ atau pemberi maklumat .

Jingga13 percaya adakah tindakan tersebut adalah satu usaha bertujuan 'menyelamatkan' DS Najib Razak dengan skandal rm2.67 Billion yang telah dipindahkan ke akaun peribadi beliau? Tindakan mengalihkan perhatian rakyat dengan meletakkan kesalahan pada WSJ kerana mendedahkan skandal 1MDB dan DS Najib Razak adalah meletakkan betapa rendah integriti dan kredebiliti Ketua Polis Negara dan Polis Di Raja Malaysia sedangkan sehingga kini tidak ada satu tindakan yang serius diambil.

Dana Petronas talian hayat Najib selamatkan 1MDB?

Mohd Rafizi Ramli
Mohd Rafizi Ramli
 
KUALA LUMPUR – PKR tidak menolak kemungkinan dana Petronas akan digunakan sekali lagi bagi menyelamatkan syarikat atau agensi kerajaan yang bermasalah termasuk syarikat pelaburan 1Malaysia Develepoment Berhad (1MDB).

Naib Presidennya, Rafizi Ramli mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak akan menggunakan “talian hayat” itu sebagai pilihan utama untuk menyelesaikan masalah syarikat yang sarat dengan hutang itu dengan alasan sebagai salah satu pelaburan.

“Apatah lagi kerana Tun Razak Exchange begitu rapat dengan KLCC, mungkin boleh digunakan alasan, ia sebahagian daripada pelaburan Petronas dalam hartanah di sekitar KLCC.

“Semasa zaman Tun Dr Mahathir pun wang Petronas digunakan untuk menyelamatkan Bank Bumiputera, Proton, MISC dan termasuk juga syarikat perkapalan milik anak bekas Perdana Menteri itu sendiri,” katanya kepada Sinar Online, semalam.

Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 16 Julai

anak bulan
Sekadar gambar hiasan.
 
KUALA LUMPUR - Tarikh melihat anak bulan Syawal untuk menetapkan Aidilfitri adalah pada petang Khamis, 16 Julai bersamaan 29 Ramadan 1436 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Menurutnya Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya melalui radio dan televisyen, menurutnya.

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, anak bulan akan dilihat di beberapa tempat di seluruh negara.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...