TERKINI :

Wednesday, July 8, 2015

"Janji Untuk Membentuk Gabungan Baru Adalah Realiti, Bukan Angan-angan"


Harapan Baru bergerak dari Perlis selepas raya

Kumpulan progresif dalam PAS - yang kini digelar Gerakan Harapan Baru - bersama rakan dalam DAP dan PKR akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Perlis pada hari raya ketiga untuk memulakan momentum ke arah entiti pembangkang baru.

Perhimpunan tersebut dijangka menampilkan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan pemimpin progresif lain yang tewas dalam pemilihan muktamar parti itu di Selangor awal Jun lalu.

Hampir semua pemimpin progresif - kecuali Mazlan Aliman - gagal mendapat tempat dalam Jawatankuasa Pusat PAS serta sayap parti itu.

Secara keseluruhan PAS kini dikuasai oleh kumpulan konservatif.

Mohamad berkata, mereka mahu memulakan gerakan gabungan baru bermula di utara semenanjung selepas Pakatan Rakyat dianggap terkubur dengan terputusnya hubungan antara PAS dan DAP.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata perhimpunan itu adalah yang pertama daripada siri yang dirancang bermula selepas Aidilfitri nanti.

"Janji untuk membentuk gabungan baru adalah realiti, bukan angan-angan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri perbicaraan di Butterworth, Pulau Pinang hari ini.

Surat Peguam Najib Lebih Bertujuan Meredakan Rakyat

Shahbudin Husin,


Perdana Menteri Najib Razak akhirnya memulakan proses undang-undang terhadap akhbar perniagaan, The Wall Street Journal atau WSJ berikutan laporannya yang mendakwa terdapat kemasukan dana 1MDB berjumlah kira-kira AS$700 juta ke dalam akaun peribadinya.

Tindakan undang-undang itu, sebagaimana dalam beberapa samannya kepada beberapa pihak sebelum ini, turut dilakukan melalui firma Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, dan dihantar melalui email kepada penerbit WSJ.

Sudahlah tindakan undang-undang diambil lewat sehari sebagaimana yang dilaporkan sebelumnya bahawa ia akan dilakukan pada Selasa, apa yang mengejutkan surat kepada WSJ yang dihantar pada Rabu itu, sebenarnya belum lagi berupa tuntutan saman, sebaliknya hanya merupakan tuntutan penjelasan saja.

Surat peguam itu mahu WSJ menyatakan dengan jelas dan tanpa ragu-ragu sama ada ia adalah hujahnya bahawa Najib telah menyalahgunakan dana AS$700 juta milik 1MDB.

"Kami diarahkan untuk mendapatkan pendirian anda kerana artikel itu secara kolektif menyarankan bahawa anda tidak pasti mengenai sumber asal dan apa yang berlaku kepada wang itu manakala intipati umum aktikel mewujudkan gambaran yang jelas bahawa pelanggan kami telah menyalahgunakan wang tersebut," kata surat itu lagi.

Pembangkang curiga kredibiliti pasukan petugas khas siasat 1MDB

Pembangkang pertikai kredibiliti pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB dan hasil siasatannya nanti mungkin akan turut dicurigai rakyat jelata. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Julai, 2015.
Parti pembangkang hari ini mempersoalkan kredibiliti siasatan pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian (PKR), Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (PAS), dan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng (DAP) berkata pasukan berkenaan hanyalah 'pegawai bawahan' kepada 'ketua' mereka yang kini sedang disiasat.

"Kemampuan pasukan siasatan khas yang ingin menyiasat dakwaan laporan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) mengenai aliran wang syarikat bermasalah milik negara, 1MDB yang didakwa terus masuk ke akaun peribadi Najib, sewajarnya dicurigai.

"Ini kerana 4 Tan Sri yang mengetuai siasatan ini merupakan ‘pegawai bawahan’ kepada pihak yang sedang mereka siasat, ‘ketua’ mereka, iaitu perdana menteri," kata mereka dalam satu kenyataan hari ini.

Video | Anak muda ini meluahkan isi hati dihadapan TPM & pemimpin negara.

Anak muda ini berbicara dihadapan pemimpin negara. #sayaZAHRA

Posted by Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) on Tuesday, 7 July 2015

13,947 peneroka dinafikan dividen FGV - Anak

SALMIYAH HARUN | 08 Julai 2015.


KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dukacita dan kesal atas keputusan Felda yang tidak menyenaraikan 13,947 orang peneroka Felda daripada memperoleh dividen Felda Global Vanture (FGV) dan insentif hari raya berjumlah RM900 seperti mana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam di Felda Pasoh 1.

Menurut Presiden Anak Mazlan Aliman, tindakan itu mengulangi diskriminasi yang sama seperti tahun lalu, di mana peneroka yang tidak bersama Felda dan mengambil tindakan saman terhadap Felda, dinafikan insentif yang sama sebanyak RM 947.78.

Katanya, meskipun memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bertarikh 11 september 2014 oleh para peneroka telah dilakukan, ia gagal mengubah pendirian Felda yang disifatkan sebagai zalim dan balas dendam.

Untuk rekod, peneroka yang tidak bersama Felda atau dengan kata lain melaksanakan tanam semula secara persendirian adalah sebahagian kecil dari para peneroka yang berdikari dan gigih mengusahakan kebun 10 ekar milik mereka.

Siasat perkara utama, bukan hukum WSJ

SALMIYAH HARUN | 08 Julai 2015.

KUALA LUMPUR: Siasatan ke atas The Wall Street Journal (WSJ) di bawah Seksyen 4 Jenayah Komputer 1997 kerana mendedahkan maklumat dilihat seperti ingin mengalih perhatian daripada persoalan utama iaitu sejumlah RM2.6 bilion telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW) Akmal Nasir berkata, tindakan pantas Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menyiasat bagaimana dokumen tersebut boleh bocor seolah-olah beliau lebih berminat untuk mencari kesalahan pemberi maklumat iaitu WSJ sedangkan siasatan terhadap 1MDB mahupun Najib Razak sehingga kini masih menemui jalan buntu.

Tambahnya, justifikasi yang diberikan oleh Khalid bahawa pendedahan dokumen ini boleh mengancam ekonomi negara dan membawa kepada sabotaj ekonomi negara adalah tidak masuk akal.

Harapan Baru bergerak dari Perlis selepas raya

 
Kumpulan progresif dalam PAS - yang kini digelar Gerakan Harapan Baru - bersama rakan dalam DAP dan PKR akan mengadakan perhimpunan besar-besaran di Perlis pada hari raya ketiga untuk memulakan momentum ke arah entiti pembangkang baru.

Perhimpunan tersebut dijangka menampilkan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan pemimpin progresif lain yang tewas dalam pemilihan muktamar parti itu di Selangor awal Jun lalu.

Hampir semua pemimpin progresif - kecuali Mazlan Aliman - gagal mendapat tempat dalam Jawatankuasa Pusat PAS serta sayap parti itu.

Secara keseluruhan PAS kini dikuasai oleh kumpulan konservatif.

Polis serbu pejabat 1MDB

 
Polis menyerbu pejabat 1MDB di Menara IMC, Jalan Sultan Ismail hari ini, dipercayai bagi menyiasat kebocoran dokumen bank syarikat pelaburan itu.

Satu kenyataan 1MDB petang ini mengesahkan bahawa sepasukan anggota polis dengan tiba di pejabat tersebut pagi ini.

"Kami boleh sahkan bahawa sejumlah pegawai daripada Pasukan Bertindak yang membuat siasatan ke atas 1MDB mengunjungi penajat kami hari ini.

"Mereka diberi sejumlah dokumen dan bahan untuk membantu siasatan yang sedang berjalan," kenyataan itu dipetik.

Syarikat pelaburan itu juga menegaskan bahawa mereka sedia memberi kerjasama dalam siasatan tersebut.

"Kami menegaskan semula pendirian kami bahawa jika terdapat apa-apa kesalahan dilakukan, tindakan mesti diambil oleh pihak berkuasa mengikut undang-undang negara."

Polis dilaporkan turut menutup laluan ke tingkat 8 bangunan tersebut, yang menempatkan ibu pejabat 1MDB.

PAS tidak menghalang penubuhan parti baru tapi ahli akan dipecat bila sertai parti lain


PENGKALAN CHEPA: Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS tidak akan teragak-agak memecat keanggotaan mana-mana ahli yang menyertai parti lain.

Bagaimanapun, beliau berharap kumpulan terbabit termasuk yang menamakan diri sebagai G18 diharap akan kekal bersama parti itu.

Presiden turut menyatakan PAS tidak menghalang mana-mana pihak menubuh parti baru kerana ia amalan demokrasi di negara ini.

“Tetapi kita kena ingat sejarah politik dan penubuhan parti di negara ini bagaimana nasib parti berkenaan setelah ia diasas kerana kecewa,” ujarnya pada majlis Amanat Khas dan iftar bersama presiden di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), di sini 6 Julai lalu.

Al-Arqam juga pecahan PAS yang ditubuhkan pada tahun 1970-an hasil rasa kecewa. Begitu juga Hamim dan Berjasa.

“Sebagai sebuah parti Islam yang baru perlu ada asas Islam, bukan kerana tidak puas hati terhadap parti yang didukungi. Kita keluar dan buka lagi parti baru dan begitulah seterusnya,” katanya.

Bekas AJK Dewan Ulamak PAS Selangor sertai PKR

Wan Ji, tiga pemimpin siswa sertai PKR

 
Menyedari sokongan pengundi muda bawah 30 tahun amat penting pada pilihan raya umum akan datang, PKR hari ini mengumumkan penyertaan pemimpin muda dan mahasiswa untuk menarik sokongan kumpulan itu ke dalam parti itu.

Dalam kenyataannya, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengumumkan penyertaan pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin dan tiga pemimpin mahasiswa - Ahmad Syukri Razab, Mohammad Zaki Abdul Shukor dan Muhammad Hasny Hasni - dan tugas kepada mereka.

Wan Ji (gambar) yang juga bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor dilantik sebagai exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk menarik lebih ramai golongan berpendidikan Islam ke dalam parti itu.

Sementara Ahmad Syukri yang pernah mengetuai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) pula, ditugaskan sebagai setiausaha pengelola AMK yang bertanggungjawab menambah keahlian dan memperkuat sayap parti itu.

Manakala Presiden Majlis Keadilan Mahasiswa (MKM) Mohammad Zaki dan timbalannya Muhammad Affendy ditugaskan untuk menarik sokongan mahasiswa kepada PKR.

Orang yang dedah dokumen pula nak disiasatnya, bukan orang yg 'rompak' duit rakyat

Polis akan siasat bagaimana WSJ dapat dokumen bank

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bercakap kepada wartawan ketika melancarkan Ops Selamat sempena musim Hari Raya di KL Sentral, Kuala Lumpur, hari ini. Beliau menyifatkan tindakan The Wall Street Journal mencungkil maklumat sulit perbankan sebagai sabotaj ekonomi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 8 Julai, 2015.
Polis akan menyiasat akhbar perniagaan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) bagaimana ia menerima maklumat tentang AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, mereka akan menyiasat bagaimana maklumat perbankan sulit dan dokumen diperolehi akhbar tersebut.

“Tindakan sebegini boleh mengancam ekonomi negara. Ia sama seperti sabotaj ekonomi,” kata Khalid selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya di Kuala Lumpur hari ini.

“Kami akan siasat kesemuanya. Pegawai bank, bank terlibat dalam siasatan termasuk WSJ. Ini perkara serius.”

Najib kini berdepan krisis selepas dakwaan menerima hampir AS$700 juta (RM2.67 bilion) melalui akaun peribadinya beberapa bulan menjelang pilihan raya umum pada 2013.

Dakwaan itu dikeluarkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) minggu lalu.

Mat Sabu menang 'kes Bukit Kepong'

 
Mahkamah Sesyen Butterworth memutuskan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu tidak bersalah atas dakwaan membuat kenyataan fitnah berkaitan serangan komunis di balai polis Bukit Kepong pada 1950.

Beliau dituduh memburuk-burukkan anggota polis dan keluarganya dalam insiden itu dalam ceramah di Tasek Gelugor pada Ogos 2011.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ditemani peguam Mohamed Hanipa Maidin, yang juga anggota parlimen Sepang.

Jahanam La Sapa Pie Sokong #NAJIB !!!!

JAHANAM LA SAPA PI SOKONG NAJIB!
Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Riuh rendah haters menyindir TG Haji Hadi dan Dr Haron Din mengenai kenyataan yang mereka lihat seolah-olah menyokong Najib. Keimanan mereka tidak ada bezanya dengan penyokong Umno yang turut beriman bahawa kedua-dua pemimpin PAS itu mempertahankan presiden mereka.

2) Walhal jika diamati kenyataan mereka yang asal (bukan daripada Malaysiakini/TMI), tidak ada salahnya pun. Seperti artikel saya sebelum ini, teknik penyebaran berita secara indirect hitting oleh Malaysiakini/TMI memang berkesan.

3) Lihat sahaja semua pihak yang menyerang kedua-dua pemimpin PAS itu menggunakan 100% maklumat berita daripada kedua-dua portal tersebut, seolah-olah TG Haji Hadi dan Dr Haron benar-benar mempertahankan Najib. Semua Malasiakini-driven-minded peoples akan terus menyerang kepimpinan PAS tatkala hubungan PAS-DAP sudah rosak teruk.

4) Pada saya, kenyataan mereka bukanlah mempertahankan Najib. Tetapi mempertahankan prinsip keadilan yang diperjuangkan, sekalipun terhadap musuh politik. Setiap pertuduhan, tentunya memerlukan bukti. Bukan menyambutnya dengan membabibuta.

Najib Kian Terasak, Tiga Akaun Bank Adalah Miliknya

Shahbudin Husin,


Pasukan petugas khas yang ditugaskan menyiasat penyaluran wang 1MDB sebanyak AS$700 juta ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Razak akhirnya mengeluarkan kenyataan sudah membekukan enam akaun bank bermula 6 Julai 2015 lalu (semalam).

Walaupun tidak menyatakan akaun siapa yang dibekukan itu, tetapi ia segera menimbulkan persepsi bahawa dakwaan Wall Street Journal pada Jumaat lalu hampir menuju kebenarannya di mana akaun bank yang didakwa itu benar-benar wujud.

Siapakah pemilik enam akaun bank yang dibekukan itu?

Itulah persoalan yang bermain di kepala rakyat sekarang dan dalam laporan terbaru Malaysiakini pula, ia melaporkan tiga daripada enam akaun bank yang dibekukan itu adalah milik Najib.

Najib pula di sebalik didakwa menerima wang tersebut, sehingga ini belum mengesah atau menafikan memiliki akaun bank sebagaimana yang didakwa oleh WSJ itu.

Beliau hanya menafikan tidak pernah mengambil wang 1MDB atau mana-mana entiti lain untuk kepentingan peribadinya.

Namun, dengan laporan tiga akaun bank itu adalah milik Najib, sebahagian dakwaan WSJ itu seperti sudah ada jawapannya.

Siapa pemilik tiga akaun yang lain yang dibekukan itu?

Baru ingat sahabat..semasa dok JEBON, SYAITAN, SARING, TAPIS, BARUA, TOLOL dahulu tak ingat sahabat..!!

'Jangan tubuh parti baru demi persahabatan'

 
Naib Presiden PAS Idris Ahmad menasihati kumpulan progresif yang masih ada dalam parti itu supaya melihat kembali dasar ketika mereka menandatangani borang keahlian sebelum memutuskan untuk menubuhkan parti baru.

Dalam temu bual dengan Malaysiakini, Idris berkata, kumpulan progresif PAS yang kini dikenali sebagai Gerakan Harapan Baru turut dinasihati agar tidak keluar daripada parti itu dan menubuhkan parti lain atas dasar persahabatan.

“Macamana pun kita (perlu) berjuang (ber)sama PAS la, kita duduk dalam PAS ini untuk apa?

“Apa tujuan masuk PAS? Yakin tujuan semua masuk PAS gitu, tak perlu tubuh parti baru (atas dasar) sebagai kawan dan sahabat,” katanya.

Kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi, semasa menandatangani borang keahlian PAS sebelum ini beliau tidak menyangka akan bertanding dalam pilihan raya dan tidak juga terfikir akan menjadi wakil rakyat.

Benarkah ada arahan supaya pimpinan #PAS tidak mengkritik #Najib..???

Tiada arahan kepada kepimpinan PAS untuk tidak mengkritik Najib - Mohd Amar

KOTA BHARU: PAS tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan kepada barisan kepimpinannya untuk tidak mengkritik pentadbiran serta isu semasa yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang kemelut yang dihadapinya.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, tiada arahan khusus untuk pimpinan PAS menutup mulut dari mengkritik kelemahan UMNO termasuk isu yang dihadapinya.

Mohd Amar di minta mengulas mengenai situasi politik kini antara PAS dan UMNO yang mana mutakhir ini PAS di lihat mengambil sikap berdiam diri dan tidak kuat mengkritik UMNO tentang isu semasa termasuk isu 1MDB dan dakwaan aliran wang berbilion ringgit ke dalam akaun perdana menteri.

Najib mahu WSJ sahkan dakwaan dalam 14 hari

 
  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Wall Street Journal (WSJ) berkaitan laporannya yang mendakwa AS$700 juta (RM2.6 bilion) dari dana 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya.

Bagaimanapun, ia bukan surat tuntutan seperti kebiasaannya, sebaliknya pasukan peguam Najib menghantar emel kepada Dow Jones, pemilik WSJ, meminta penerbitan itu mengesahkan sama ada ia mempertahankan laporannya.

Perdana Menteri memberi tempoh 14 hari kepada penerbitan itu untuk menjawabnya.

"Kami diarahkan oleh pelanggan kami untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia adalah pendirian anda, seperti dalam artikel itu, bahawa pelanggan kami menyalahgunakan hampir AS $ 700 juta dari 1MDB?

"Kami diarahkan untuk mendapatkan pendirian anda kerana artikel itu secara kolektif menyarankan bahawa anda tidak pasti tentang 'sumber asal wang itu dan apa yang berlaku kepada wang itu', manakala intipati umum artikel mewujudkan gambaran yang jelas bahawa pelanggan kami telah menyalahgunakan AS$700 juta milik 1MDB," kata surat yang dihantar melalui emel itu.

MB Selangor pertahankan tanah negeri namun Kjaan persekutuan mahu hak milik diserah kepada mereka.

Penstrukturan air mungkin tangguh lagi, kata MB Selangor

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali memaklumkan beliau juga bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu penstrukturan air namun masih gagal menemui penyelesaian. Penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di Selangor yang sepatutnya dimuktamadkan dalam masa terdekat mungkin ditangguhkan lagi, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata kesulitan itu disebabkan kerajaan negeri hari ini menerima notis daripada Pejabat Peguam Negara menyatakan kerajaan negeri perlu menyerahkan aset tanahnya kepada kerajaan persekutuan dalam melaksanakan penstrukturan itu.

"Bagaimanapun, ia dipersetujui sebelum ini aset-aset syarikat konsesi (CCWA) yang disenaraikan di bawah perjanjian itu tidak termasuk tanah-tanah di negeri ini," dakwa beliau ketika ditemui selepas majlis pertemuan antara anggota Parlimen pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini.

Jelas Azmin, beliau juga bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu berkenaan namun masih gagal menemui penyelesaian.

Kedah ambil alih teraju Liga Perdana

Gol perlawanan T-Team FC v Kedah. Hasil jaringan Sandro Mendonca dan Muhd Farhan.

Posted by Persatuan Bolasepak Kedah - KFA - on Tuesday, 7 July 2015
Kedah ambil alih teraju Liga Perdana

KUALA LUMPUR: Beraksi di laman lawan tidak tidak menghalang Kedah untuk merampas kedudukan pendahulu Liga Perdana hasil kejayaan menundukkan T-Team 2-0, malam tadi.

Pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu, kemenangan menyaksikan Kedah kini mengumpul 34 mata daripada 15 perlawanan dengan T-Team ketinggalan satu mata. Gol-gol Kedah kesemuanya dijaringkan pada babak kedua menerusi pemain import, Sandro De Silva pada minit ke-47 diikuti jaringan Muhammad Farhan Roslan pada minit ke-60.

Selain T-Team, Sabah turut gagal memanfaat aksi di laman sendiri, Stadium Likas apabila tewas 2-3 kepada UiTM FC.

Penangan GST: Terpaksa pakai balik baju kahwin! | Najib & geng Umno tentu suka cerita nie

Penangan GST: Terpaksa pakai balik baju kahwin!
Rakyat terpaksa berhati-hati berbelanja kerana kos yang tinggi. 
 
PERBELANJAAN raya terpaksa dipotong dek kerana pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta kenaikan harga minyak! 
 
Ini bukan kisah sembang-sembang di kedai kopi sebagai penghibur halwa telinga, sebaliknya rungutan sebenar dari hati rakyat Malaysia.
 
Menurut penjawat awam, Siti Hasmah Ebaraham, 33, ‎sebagai langkah berjimat cermat dia akan memakai semula baju raya tahun lepas termasuk memotong perbelanjaan raya yang lain.
 
"Saya terpaksa potong semua perbelanjaan untuk raya, dari segi pakaian dan belanja dapur... hanya memilih pakaian untuk anak-anak yang menawarkan diskaun, kalau berpatutan baru beli, kalau mahal tak beli.
 
"Saya mempunyai empat orang anak, dulu saya pakai ambil sahaja sebab tak ada GST, tapi sekarang saya tengok ekonomi dah teruk sikit, harga barang sudah meningkat jadi semua itu saya ambil kira.
 
"Baju raya pakai yang sebelum ini... Untuk jimat kos, hanya baju baru anak-anak itupun cuma baju untuk pergi jalan," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui di pusat bela-belah Sogo di ibu negara hari ini.

Kes Altantuya muncul semula di kala NAJIB berhadapan dengan WSJ

Notis saman keluarga Altantuya didengar 28 Julai

Altantuya Shaariibuu
Altantuya Shaariibuu
SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menetapkan 28 Julai ini untuk mengeluarkan perintah berhubung serahan notis permohonan meminda tuntutan saman RM100 juta oleh keluarga bekas model Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Peguam, Ram Karpal Singh memaklumkan, Hakim, Datuk Soraya Othman di dalam kamarnya berkata, notis tersebut akan diserahkan kepada Konsulat Malaysia di Sydney, Australia, untuk diserahkan kepada defendan, Sirul Azhar Umar.

Pindaan itu melibatkan beberapa penambahan  keterangan berikutan keputusan  Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Sirul dan bekas anggota Unit Tindakan Khas Cif Inspektor Azilah Hadri.

"Pengurusan kes ini ditetapkan pada 28 Ogos depan," katanya.

Sirul, 43, yang ditahan oleh pihak berkuasa Australia, Januari lalu dipercayai masuk ke itu dengan visa pelancong dan pasport yang sah namun ia telah dibatalkan oleh kerajaan Australia berikutan notis merah Interpol yang dikeluarkan terhadapnya.

Airport Kulim : hanya tunggu kajian EPU dan tunggu kata kjaan pusat

KXP dijangka siap sepenuhnya November ini

pelan projek
Gambar hiasan.
ALOR SETAR - Kajian kebolehlaksanaan cadangan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) dijangka siap sepenuhnya November ini, kata Exco Industri dan Pelaburan negeri, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail.
Katanya, kajian itu dilakukan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi menilai pelbagai aspek sebelum laporan diserahkan kepada kerajaan negeri nanti.
Laporan penilaian kajian cadangan pembinaan KXP itu juga akan diserahkan kepada kerajaan persekutuan untuk penilaian selanjutnya sebelum keputusan akhir diumumkan, katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri optimis untuk merealisasikan pembinaan lapangan terbang itu kerana ia akan memberi manfaat kepada negeri-negeri di utara tanah air dan selatan Thailand.
"Kita akur dengan prosedur yang ditetapkan kerajaan pusat termasuk pelaksanaan kajian yang sedang dilakukan pada masa kini. 
"Kerajaan negeri juga turut melantik perunding sendiri untuk melakukan kajian dan penyelidikan berhubung projek mega ini," kata Ku Abdul Rahman kepada pemberita selepas majlis perasmian Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri hari ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...