TERKINI :

Tuesday, July 7, 2015

Sudah ada cadangan supaya Mahathir ditangkap atas pertuduhan 'dalang WSJ'

 http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/04/tun-m-+-musa-hassan.jpg
KUALA LUMPUR: Cadangan penahanan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad oleh sesetengah pihak perlu dipastikan dahulu kedudukannya dalam isu yang melibatkannya.

Demikian reaksi bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan terhadap saranan menahan Tun Dr Mahathir seandainya bekas perdana menteri itu menjadi dalang di sebalik laporan Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report.

"Saya rasa siasatlah dulu, kan? Siasatan pun baru bermula; patut daripada dulu dah siasat, kan? Jadi siasat dulu, tengok kebenarannya.

"Kalau betul ada kebenaran, maka pihak polis perlu mengambil tindakan yang sewajarnya. Kalau betul benda tu palsu, ambillah tindakan."

Bagaimanapun, menurut Musa, setiap sesuatu tuduhan yang diletakkan ke atas Dr Mahathir perlu disiasat terlebih dahulu kewajarannya.  

Musa berkata demikian ketika ditemui media selepas menjadi panel penceramah dalam seminar Integriti dan Pencegahan Rasuah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS).

Kemelut IMDB: Apa pilihan politik dan rakyat?

Oleh Awang Azman Awang Pawi


Ketika ini pelbagai media antarabangsa seperti Financial Times, New York Times, Forbes, CNBC, Bloomberg, Chicago Daily Herald dan seumpamanya memperkatakan kemelut 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang ditafsirkan sebagai kemuncak kepada isu IMDB.

Lebih-lebih lagi apabila timbulnya dakwaan oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report baru-baru ini kononnya sejumlah wang disalurkan kepada ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Isu ini menjadi isu yang menarik perhatian media antarabangsa. Setakat ini, perdana menteri menafikan dengan mengatakan beliau “tidak pernah mengambil dana untuk kegunaan peribadi sepertimana tuduhan parti pembangkang.”

Penafian tersebut dapat dilihat dalam kenyataan melalui akaun Facebooknya. Jawapan ini dianggap tidak memuaskan oleh para pengkritik tegarnya seperti Sarawak Report.

Mereka mahukan jawapan yang lebih tegas, iaitu menafikan sekeras-kerasnya akan kewujudan akaun peribadi tersebut.

BONGKAR | Anwar lah punca Najib kena tekan oleh WSJ..!!

Imbas Kembali Gambar Semasa Keputusan Perbicaraan Kes Fitnah Liwat II DSAI... 

Hakikat Yang Terpaksa Ditelan Oleh Macai Ketika Ini Adalah, Negara Sebenarnya Huru-Hara Dengan Terpenjaranya Anwar... Jika Anwar Tidak Terpenjara, Sudah Pasti Fitnah Akan Menimpa Anwar Atas Kekalutan Yang Dihadapi Oleh Negara Ketika Ini Yang Pasti Akan Ditujukan Kepada Beliau... Ada Hikmah Atas Apa Yang Berlaku... 

Apapun, Tugas Anwar Dijalankan Dengan Baik Oleh Tun Mahathir Ketika Ini... Kita Boleh Anggap Tun Mahathir Menggalas Tugas Sebagai Ketua Pembangkang Yang Berkesan... Kini Macai Mengharapkan Pula Agar Tun Mahathir Dipenjarakan Agar Malaysia Kembali Akan Aman... 

Sebaik2 Perancangan Manusia, Baik Lagi Perancangan Allah SWT,,, 

Hutang Negara Bertimbun Apakah Disebabkan Anwar?... 
Ringgit Jatuh Apakah Disebabkan Oleh Anwar?... 
Duit Negara Hilang Apakah Disebabkan Oleh Anwar?... 
Tol & Minyak Naik Apakah Disebabkan Anwar?... 
GST Dikenakan Apakah Disebabkan Oleh Anwar?... 
Isu 1MDB Yang Panas Apakah Disebabkan Oleh Anwar?..
WSJ dedah kerja buat NAJIB juga disebabkan Oleh Anwar?..

Tangguh pemilihan untuk sedia ‘tapak kubur’ BN

Oleh Zulkifli Yahaya

 http://3.bp.blogspot.com/-zEeOYqywxyU/Tvgyf1vZHmI/AAAAAAAAI-Q/oG5uxw2xjfo/s1600/kuburBN.jpg

http://4.bp.blogspot.com/-QBWHxzHP3sw/UVHKu8VCKKI/AAAAAAAAhzQ/WGZJWo9ky-I/s1600/kubur_umno.jpgPRESIDEN Umno Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak mengumumkan penangguhan pemilihan parti itu yang sepatutnya berlangsung tahun 2016, iaitu tahun hadapan. Najib berkata, pemilihan itu ditangguhkan selama 18 bulan untuk memberi peluang kepada Umno berkhidmat kepada rakyat dan mengukuhkan parti.

Maknanya, berdasarkan kenyataan Najib, jika pemilihan Umno diadakan juga maka terganggulah kerja mereka untuk berkhidmat kepada rakyat serta Umno akan jadi tidak kukuh.

Kenyataan itu benar. Kerja untuk memenangkan diri dalam pemilihan Umno sangatlah berat dan serius. Ia tidak boleh dibuat sambil lewa. Terlalu banyak duit, masa dan tenaga terpaksa digunakan sehinggakan tugas memberi perkhidmatan terhadap rakyat terpaksa dihentikan atau terganggu.

Itu alasan yang tersurat, keluar dari mulut Najib. Adapun alasan yang terdapat dalam hati Najib lebih mudah untuk dibaca oleh rakyat jelata berbanding alasan yang terpancar secara zahir itu.

Rakyat tahu, penangguhan tersebut adalah untuk menyelamatkan kedudukannya dalam politik dan kerajaan. Jika pemilihan diadakan dan beliau dicabar, maka harapan rakyat untuk melihat Datin Seri Rosmah Mansor terpaksa keluar meninggalkan mahligai perdana menteri di Putrajaya sangatlah cerah.

'Buka semula kes bunuh pengasas AmBank'

 
Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang mengesa pihak polis membuka semula kes pembunuhan pengasas Ambank Hussein Ahmad Najadi.

Lim, anggota parlimen Gelang Patah, berkata perkara itu bagi memastikan kematian Hussein tiada kaitan dengan skandal 1MDB.

Beliau membuat gesaan itu selepas pasukan khas menyiasat dakwaan penyaluran wang 1MDB ke akaun perdana menteri dilapor membekukan enam akaun berkaitan siasatan itu.

“Saya gesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuka semula siasatan terhadap kes pembunuhan pengasas Ambank Hussein Ahmad Najadi yang dibunuh mati di siang hari di tengah-tengah Kuala Lumpur di Lorong Ceylon di Bukit Bintang pada July 29, 2013, untuk menentukan sama ada pembunuhan itu mempunyai kaitan dengan 1MDB,” kata Lim.

DS ANWAR telah dibawa ke HKL untuk rawatan lanjut



DS ANWAR KINI DIRAWAT DI HKL

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimaklumkan bahawa beliau telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur petang tadi untuk menerima rawatan lebih lanjut.

Difahamkan bahawa beliau telah ditempatkan di wad berasingan dan akan berada di HKL untuk beberapa hari. Beliau akan diberi rawatan fisioterapi intensif untuk kesakitan di bahagian bahu, tekanan darah beliau akan dipantau, dan CT Scan akan dibuat ke atas buah pinggang beliau.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga telah dibenarkan bertemu dengan Datuk Seri Anwar petang tadi.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

7 Julai 2015

Kenapa Najib tidak nafi akaun Ambank miliknya?

 
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak menafikan akaun Ambank seperti yang didakwa Wall Street Journal (WSJ) adalah miliknya.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata sewajarnya Najib tampil melakukan pembelaan awal pada dirinya dengan menafikan segala tuduhan tersebut.

"Tersangat pelik bila Najib yang dituduh oleh WSJ menerima sejumlah wang dan dimasukkan ke dalam akaun Ambank tidak tampil menafikan perkara tersebut.

"RM2.6 bilion diterima dari tiga syarikat dikatakan mempunyai hubung kait dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu," katanya.

Tambahnya, tanpa ada penafian tetapi dengan hanya berkata jika Najib ingin mengambil duit negara beliau tidak akan menggunakan akaun di dalam negara ini.

"Persoalannya kepada beliau tidak menafikan akaun yang didedahkan WSJ dengan nombor akaun tersebut adalam akaun peribadi miliknya.

Nakhaei Sindir Hadi & PAS: Hanya PAS Boleh Selamatkan UMNO Melalui UG...

 
Selepas pendedahan WSJ, hanya PAS boleh selamatkan Umno, kata bekas pemimpin

Bekas naib presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad mendakwa hanya PAS sahaja yang boleh selamatkan Umno sekarang melalui kerajaan perpaduan (UG).

"Saya sudah keluar Umno. Hanya PAS sahaja yang boleh selamatkan Umno melalui UG yang sedang dirancang.

"Eloklah tu. Boleh sama-sama kongsi ghanimah," tulis Nakhaie melalui Facebook beliau hari ini merujuk kepada istilah membawa maksud harta rampasan.

Tulisan Nakhaie dibuat ketika presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sedang dirundung malang selepas akhbar perniagaan antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan wang 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

WSJ kemuka 'bukti' aliran wang ke akaun Najib

 
Wall Street Journal (WSJ) memuat naik dokumen yang mana didakwa perincian bagaimana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Menurut WSJ, sumber dokumen-dokumen tersebut adalah daripada "Penyiasatan kerajaan Malaysia".

Beberapa butiran antaranya seperti lima digit terakhir bagi akaun AmIslamic Bank Bhd telah disunting.

Dokumen-dokumen tersebut boleh dilihat di sini.

Sumber: 3 daripada 6 akaun dibeku milik #Najib

Pasukan petugas khas mendedahkan bahawa ia telah membekukan enam akaun bank yang berkaitan dengan dakwaan bahawa RM2.6 bilion dana 1MDB telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Manakala pasukan itu tidak menyatakan pemilik akaun berkenaan, Malaysiakini difahamkan bahawa tiga daripadanya adalah milik perdana menteri.

Ini menurut sumber yang biasa dengan siasatan tersebut.

"Ya, tiga akaun kepunyaannya (Najib)," kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan butiran mengenai tiga akaun lain.

Pembekuan akaun itu ekoran penyiasatan selama empat hari oleh empat badan yang terdiri daripada Bank Negara, polis, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini dibuat selepas laporan Wall Street Journal (WSJ)mendakwa AS$700 juta (RM2.6 bilion) telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Pada hari Sabtu, dilaporkan bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan pasukan petugas itu juga membuat serbuan ke atas tiga buah syarikat pada hari Jumaat dan merampas dokumen dari pejabat mereka.

Tiga syarikat itu ialah SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd, dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Perdana Menteri telah menafikan dakwaan tersebut dan menuduh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di belakang sabotaj politik terhadapnya.

Beliau juga telah mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengkritiknya, dan sedang menimbang untuk menyaman WSJ.

WSJ mempertahankan laporannya, dengan berkata ia berdasarkan penyiasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Mahu Tapi Malu, Muhyiddin Perlu Dibantu

Shahbudin Husin,


Gambaran yang barangkali sesuai mengenai perasan dan isi hati Muhyiddin Yassin ketika ini ialah "mahu tapi masih malu-malu", manakala Najib Razak pula, di sebalik mahu terus bertahan seperti sudah "tiada perasaan malu" lagi.

Jika di negara lain, pemimpin yang ditimpa musibah seperti Najib ini pasti sudah lama berasa malu dan mengambil keputusan mengundurkan diri secara baik dan terhormat. Dalam konteks sejarah Perdana Menteri Malaysia pula, beliaulah yang paling buruk prestasi dari segi sokongan rakyat, tetapi tidak malu untuk terus bertahan seolah-olah cukup gemilang.

Berdepan dengan kedudukan Najib yang kian meruncing susulan dakwaan terbaru oleh Wall Street Journal, Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri mungkin mahu terus melangkah dan menunjukkan keberaniannya sebagaimana pernah mendesak Tun Abdullah Badawi mempercapatkan pengunduran pada 2008 lalu tetapi perasaan "malu-malu" itu membatasi langkah seterusnya.

Sudah tentu jika melakukan sekali lagi desakan seperti itu, beliau akan dituduh semata-mata mengejar kepentingan peribadi lantaran jawatan Perdana Menteri secara automatik akan terjatuh ke pangkuannya.

Anwar: Penjara Bukan Pusara



PROGLOG                                                                                                                         

SUDAH lebih lebih 100 hari Anwar Ibrahim meringkuk dalam penjara dihimpit keseksaan dan dimamah kehancuran. Beliau menanggung segala keseksaan dan derita bersendirian. Dia mengulik nestapa diri dan membangun kekuatan jiwa kesendirian. Namun, dia tidak pernah menyesal terhadap apa yang berlaku. Jauh sekali berputus asa dan kecewa. Suaranya tetap bergema dan memecah tembok batu memesankan salam dan menebarkan seruan jihad setiap masa terluang. Lawan tetap lawan...
Anwar: Penjara bukan pusara.
Anwar tidak pernah pasrah kepada takdir, beliau tidak mahu sampai ke pita penamat dalam perlarian juangnya yang sudah dilewati ribuan kilometer.

Reformasi membela rakyat diteruskan. Api refomasi yang dinyalakan 17 tahun lalu tidak akan mudah padam, selagi ia tidak membakar lumat menjadi debu segala penyelewengan, ketidakadilan, kezaliman pemerintah ke atas rakyat, ia diteruskan.


Ternyata, walaupun ramai kawan-kawan yang menjadi pemegang atau pembakar obor reformasi bersamanya sudah melarikan diri kerana tidak betah menahan panas api, tetapi ia tetap menyala dan hangat. Mereka yang lari itu adalah sang pengecut yang oportunis mencari sebuku dua gula dan setitik madu untuk memaniskan hidup.

Api berunggunkan di jantung hati itu tidak akan dipadam, terus dihembus dan ditup ke segenap jagat nusa bangsa. Tiada kepayahan bagi seorang pejuang baginya untuk menyuntik semangat itu.

Beku Enam Akaun - Syabas TS Ghani, Zeti, Khalid Abu Bakar dan Abu Kasim!


Terpegun dan bangga - itu perasaan saya selaku rakyat Malaysia pada hari ini, bila kenyataan bersama dari empat agensi tonggak dikeluarkan tengah hari ini.
Sudah lama perasaan itu hilang dari diri saya memikirkan keadaan negara kita yang bertambah buruk dari hari ke hari. Institusi dan instrumen negara seakan hilang integriti dan jati diri berhadapan dengan kemelut pemimpin politik.

Rasanya, itulah juga perasaan yang dikongsikan oleh ramai rakyat Malaysia.

Hari ini, saya merasa sangat bugar.

Masih ada sisa keberanian atas kebenaran demi negara.

Duduknya empat peneraju dari Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, PDRM dan SPRM untuk bersama mengeluarkan kenyataan yang begitu ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia - memberikan sinar baru. ia sudah satu keberanian.

Penguatkuasa Agama & Majlis daerah serbu beberapa lokasi jual makanan di bulan puasa sekitar YAN

Taktik layan diri terbongkar 
SUNGAI PETANI – Tindakan menyembunyikan perniagaan makanan dalam sebuah rumah bagaimanapun terbongkar apabila diserbu penguatkuasa agama.

Ketua Operasi Penguatkuasa Agama Daerah Yan, Mohamad Tarmizi A Karim berkata, bertindak atas maklumat, empat anggota penguatkuasa agama dibantu empat kakitangan Majlis Daerah Yan melakukan serbuan ke beberapa lokasi dikenal pasti.

Menurutnya, beberapa peniaga yang menggunakan taktik menjual dalam rumah bagaimanapun tidak berjaya menyembunyikan perniagaan mereka apabila dihidu pasukan penguatkuasa.

“Lokasi pertama operasi yang bermula pada jam 11 pagi bertumpu ke sebuah rumah di Kampung Sedaka,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke dalam rumah terbabit mendapati beberapa lauk-pauk serta minuman sudah disediakan peniaga selain melekatkan tanda ‘Layan Diri’ di dinding yang ditujukan khas buat pelanggan.

Katanya, kedudukan rumah itu yang terselindung di sebalik kilang padi memudahkan operasi perniagaan dijalankan selain kemudahan kerusi dan meja di bawah pokok mangga disediakan dipercayai digunakan pelanggan.

“Seorang penjual wanita berumur 40-an didapati berada dalam premis ini selain dua pelanggan terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40-an.

Siasatan laporan WSJ, 6 akaun bank dibekukan

 
Pasukan petugas khas bagi menyiasat dakwaan penyaluran wang AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun perdana menteri, mengeluarkan perintah pembekuan enam akaun bank dipercayai terlibat dalam kes itu.

Perintah itu dikeluarkan semalam, menurut kenyataan bersama Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

“Selain itu, pasukan petugas khas telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari dua buah bank bagi membantu siasatan.

“Pasukan petugas khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit,” kata mereka.

Dalam kenyataan awal petang ini, mereka berkata siasatan masih berjalan dan  menyeru semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan.

Apa PENANG nak bina KASINO, hang jawab sat GUAN ENG..!!

Guan Eng kecam ADUN DAP isu kasino

 
  Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengecam wakil rakyat DAP sendiri kerana "menyebarkan fitnah" bahawa sebuah kasino yang akan dibina di negeri ini.

Beliau yang juga setiausaha agung DAP berkata beliau terkejut apabila mengetahui ADUN Tanjung Bungah Teh Yee Cheu dilaporkan membangkitkan perkara itu dalam akhbar Cina bulan lalu.

"Ia adalah fitnah kerana dasar kita sangat jelas. Kami tidak akan membenarkan kasino dibina di Pulau Pinang.

"Ia tidak sesuai untuk ekonomi kita atau masyarakat tempatan," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar hari ini.

"Saya telah berkata 'tidak' kepada kasino sewaktu saya menjadi ketua menteri pada tahun 2008 dan pendirian saya tidak pernah berubah.

"Saya berharap Teh tidak akan bertindak seperti Umno, yang suka menyebarkan fitnah," kata beliau berseloroh.

Ahli Parlimen dinafikan hak untuk menggunakan bilik mesyuarat di #Parlimen untuk bincang isu #WSJ & #NAJIB

Tiada bilik buat MP bincang WSJ di Parlimen

 
  Polis telah meningkatkan keselamatan di Parlimen menjelang pertemuan anggota parlimen daripada kedua-dua parti, berhubung kontroversi firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, polis telah pun menafikan ahli parlimen menggunakan bilik mesyuarat.

"Kami perlu sekurang-kurangnya berhak menggunakan dewan," katanya ketika dihubungi.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil berkata Ahli Parlimen sebaliknya memutuskan untuk memenuhi luar bangunan.

Mesyuarat itu dianjurkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam twitternya, MP Gelang Patah Lim Kit Siang menyifatkan kawalan keselamatan keterlaluan sebagai percubaan untuk menakutkan dalam ahli parlimen.

Beliau yang juga tokoh parlimen DAP mempersoal mengapa kawalan keselamatan berlebihan berlaku di Parlimen.

Fathul Bari hanya berani tegur budak kecik solat dengan Ultraman sahaja tapi pimpinan Umno..!!!


 

Keyakinan terhadap Ringgit dan Perdana Menteri

SYAHIR SULAIMAN | 05 Julai 2015.


“Yakin ertinya nyata dan terang, iatu lawan dari syak dan ragu. Tidaklah akan hilang ragu-ragu itu kalau tidak ada dalil atau balasan yang cukup. Datangnya yakin itu setelah memperoleh bukti-bukti yang terang” – Pak Hamka.

Ringgit di paras 1998

Kejatuhan nilai Ringgit ke paras ‘psikologi’ RM3.80 pada bulan Jun yang lepas, rekod terendah dalam tempoh 9 tahun, mengingatkan kembali keadaan ketika krisis kewangan 1997/98, sehingga memaksa Ringgit ditambat pada kadar RM3.80/USD selama 7 tahun sebelum diapung-semula untuk ditentukan oleh pasaran.

Situasi kejatuhan Ringgit ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan ekonomi negara, malah turut menjejaskan kuasa beli pengguna, kesan daripada inflasi yang disebabkan kenaikan kos bahan yang diimport dari luar negara, di samping turut membebankan ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang belajar di luar negara.

Walaupun penarafan terbaru oleh agensi Fitch Ratings yang menyemak naik unjuran ekonomi Malaysia daripada ‘negatif’ kepada ‘stabil’ berjaya memulihkan keyakinan pelabur dan pengukuhan Ringgit, namun impaknya hanya sementara.

Ini kerana, kadar Ringgit bukan sahaja ditentukan oleh ‘faktor ekonomi’ dalam dan luar negara di tangan pelabur, pengeksport, dan pengimport, namun turut ditentukan oleh ‘faktor bukan–ekonomi’ seperti sentimen dan persepsi di kalangan spekulator dan arbitrator.

Tubuh Suruhanjaya Diraja siasat dakwaan WSJ



KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) memandang serius dakwaan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) pada 2 Julai dan juga laporan portal Sarawak Report juga pada 2 Julai 2015 tentang aliran kemasukan wang berjumlah RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Sesungguhnya dakwaan tersebut amat berat kerana ia melibatkan bukan sahaja peribadi Perdana Menteri tetapi juga imej dan nama baik negara," kata presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam satu kenyataan.

Katanya, laporan dari portal Sarawak Report juga menyebutkan dan melakarkan bagaimana aliran wang tersebut yang dipercayai bersumberkan dari transaksi perniagaan 1MDB yang sedang tenat dengan hutang yang menggunung berjumlah RM41.8 billion.

Salahuddin Ayub masih pening nak terima atau tidak tawaran sebagai AJK kerja PAS Pusat

Safarizal Saleh
21 hrs · Ipoh ·


Bos saya, Haji Salahuddin Ayub mantan Naib Presiden PAS yang sebelum ini juga sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat masih ditagih keputusan yang bakal dibuatnya.

Semua maklum beliau akan hanya membuat keputusan tawaran sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat lantikan kerana beliau telah tewas Muktamar Tahunan sebelum ini.

Pengalaman saya yang mengenali beliau lebih sepuluh tahun dahulu, agak susah 'membaca' sikap sebenarnya kerana beliau seorang yang begitu teliti dalam banyak keadaan.

Dahulu sebelum mengenalinya dengan lebih dekat, saya adalah 'pemandunya' di sekitar Perak jika beliau akan berceramah di sini selepas turun daripada Terminal Bas.

Semasa itu saya sebagai Setiausaha Kerja Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, saya cukup rapat dengan beliau yang banyak bersikap pendiam walaupun sebelum menjadi Ahli Parlimen.

Felda lingkup sebab ambil manusia ada rekod rasuah untuk dijaganya..!!

Dr Mahathir persoal pelantikan Isa Samad, kata Mazlan Aliman


Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melantik Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda walhal pemimpin itu mempunyai rekod rasuah sebelum ini.

Persoalan itu dibangkitkan oleh bekas perdana menteri itu dalam satu pertemuan dengan Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kata Presiden Anak Mazlan Aliman hari ini.

Mazlan berkata, Dr Mahathir melahirkan kehairanannya terhadap tindakan Najib walhal bekas menteri besar Negeri Sembilan itu dibuang daripada kepimpinan Umno ketika zaman pentadbiran beliau.

"Tun hairan kenapa Najib lantik Isa jadi pengerusi Felda sedangkan beliau sudah buang Isa atas salah laku dan politik wang.

"Kenapa syarikat Felda Global Ventures (FGV) buang duit beli hotel, kilang dan melabur di luar negara sedangkan ruang dan peluang masih terbuka luas di negara sendiri," katanya dalam posting di laman Facebooknya.

Umno Johor serah polis siasat kekecohan majlis DAP

 
http://3.bp.blogspot.com/-GjLZgOaERCo/VZkNOqNHDPI/AAAAAAACHuY/kx_SlQI_-5s/s1600/11225074_856662124423722_5830838720981835865_n.jpg
JOHOR BAHRU - Badan Perhubungan Umno Johor menyerahkan kepada polis melakukan siasatan berhubung kekecohan pada majlis dihadiri beberapa pemimpin DAP di Taman Megah Ria, di sini, semalam.
 
"Kita serahkan kepada polis. Biarlah mereka siasat perkara yang betul atau tidak," kata Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
 
Kejadian mungkin berlaku disebabkan terdapat ucapan provokasi atau sensitif yang dikeluarkan pemimpin parti pembangkang itu pada majlis tersebut, katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di Pusat Pembangunan Usahawan (EDC) Johor di sini malam ini, apabila diminta mengulas mengenai kekecohan itu.

Gajah sama gajah bergaduh, saya tersepit di tengah, kata Mukhriz

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berharap kemelut yang di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya diselesaikan demi kebaikan semua. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Julai, 2015.
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau kini tersepit di tengah-tengah kemelut antara dua pemimpin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad – kerana kedua-dua tokoh itu sedang "berperang" antara satu sama lain.

Berucap dalam satu program, yang mana rakaman ucapannya dimuat naik di laman blog Minaq Jinggo, Muhriz berkata, beliau mengambil pendirian mendiamkan diri kerana khuatir ada pihak yang akan terguris hati.

"Saya tersepit antara dua tokoh besar dalam negara, satu pemimpin, satu bapa sendiri. Dalam istilah Bahasa Inggeris, 'stuck between a rock and hard place', maksudnya dua-dua keras, kita duduk tengah-tengah, dalam Bahasa Melayunya, 'bila gajah berperang kita nak lari mana'," katanya seperti di dalam video klip berdurasi 10:44 minit itu.

Mukhriz bagaimanapun berkata, beliau mempunyai pendirian peribadi dalam isu yang berbangkit, namun demi kepentingan negara dan parti, serta orang Melayu, beliau memilih untuk mendiamkan diri.

Najib popular di carta Wall Street Journal

Najib popular di carta Wall Street Journal
Carta paling popular di Wall Street Journal.
 
SHAH ALAM – Perhatian seluruh dunia nampaknya mula beralih arah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tinjauan Sinar Online mendapati laporan ke atas isu Najib dengan dana badan pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menduduki carta paling popular di Wall Street Journal biarpun hampir seminggu isu tersebut dimainkan.

Tajuk berita Malaysian Leader Faces Political Test (Pemimpin Malaysia Berdepan Ujian Politik) hasil tulisan James Hookway melonjak naik menduduki tangga pertama dalam carta tersebut sejak disiarkan semalam.

Mukhriz mana? SADA mana? nie ada lagi penduduk kampung kena tadah ayaq hujan apa cerita..!!!

Penduduk terpaksa beli air

Penduduk terpaksa beli air
Md Din menunjukkan tangki untuk menadah air hujan.
POKOK SENA - Penduduk di Kampung Bukit Pak Kiau dekat sini, mendakwa terpaksa membeli air sendiri berikutan masalah air yang dihadapi mereka sejak tiga tahun lalu.

Penduduk, Anuar A Rahman berkata, bekalan air di kawasan itu ada disalurkan, namun hanya beberapa jam sahaja.

Menurutnya, selain kampung ini, terdapat tiga kawasan lagi yang turut mengalami masalah sama iaitu Kampung Tok Keling, Kampung Pokok Sena Lama dan Kampung Tuba.

"Dahulu bekalan air di kampung ini hanya ada pada waktu malam, namun kini masanya dipanjangkan sedikit dari jam 7 malam hingga 10 pagi.

"Keadaan ini menimbulkan masalah kepada suami isteri yang bekerja kerana tidak dapat menyimpan bekalan air," katanya.

Katanya, Ramadan ini dia banyak membeli makanan di kedai sahaja kerana tiada air yang cukup untuk memasak.

"Malah setiap hujung minggu pula, ada dalam kalangan penduduk di sini terpaksa membawa pakaian kotor ke rumah saudara mereka untuk dibasuh,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...