TERKINI :

Monday, July 6, 2015

'Najib perlu buktikan Tun M dalang WSJ, Sarawak Report'



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu membuktikan dakwaannya yang mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang di sebalik laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

'Najib perlu buktikan Tun M dalang WSJ, Sarawak Report'Fello Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, selagi dakwaan itu tidak dibuktikan, selagi itu mantan perdana menteri itu tidak boleh dituduh menjadi dalang di sebalik laporan berkenaan.

"Saya rasa tuduhan dalang ini perlu ada buktinya. Maksudnya Najib benar-benar tahu dan boleh memberi bukti kukuh Dr Mahathir adalah dalangnya.

"Jika ada bukti, tampil segera dan nyatakan kepada umum.

"Tuduhan Najib itu dilihat akan mencalarkan lagi imejnya dalam keadaannya sekarang sekali gus tidak membawa sebarang faedah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bolehkah Najib Terus Bertahan Dan Dipertahankan?


Seboleh mungkin, Perdana Menteri Najib Razak tentunya ingin bertahan lebih lama di kedudukannya sekarang. Apatah lagi setelah berjaya memujuk MT UMNO menyetujui penangguhan pemilihan UMNO 2016 selama 18 bulan, keghairahannya untuk kekal itu sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya ke 14 akan datang.

Kecuali jika kecundang dalam PRU 14 atau keputusan lebih buruk berbanding pilihanraya 2013 yang mungkin menyebabkan wujudnya penolakan dalaman terhadapnya, Najib seboleh mungkin juga mahu mengekalkan lagi jawatannya dalam pemilihan UMNO akan datang ini.

Cabaran paling getir Najib ialah PRU 14. Jika melepasi rintangan itu, penggalnya tidak mustahil bersambung lebih lama lagi, kalau pun tidak mampu memecahkan rekod 22 tahun yang kini disandang oleh Tun Mahathir Mohamad.

Tetapi dakwaan Wall Street Journal atau WSJ mengenai kemasukan wang 1MDB berjumlah hampir AS$700 juta ke akaun peribadinya seakan-akan menjadikan impian itu tidak mungkin kesampaian.

Mukhriz: Tuduhan terhadap Dr Mahathir tak adil


ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan bahawa bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang yang mendedahkan satu persatu masalah yang melanda 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Malah beliau turut menolak sebarang tuduhan yang mengaitkan bapanya termasuk pendedahan terbaru oleh Wall Street Journal (WSJ) Jumaat lepas.

Mukhriz menyifatkan dakwaan yang telah dilemparkan terhadap bapanya itu adalah tidak benar.

Beliau yakin Dr Mahathir langsung tidak terlibat dalam perkara tersebut.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa Dr Mahathir menjadi dalang di sebalik laporan WSJ yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Krisis PAS, DAP tak akan selesai, wadah baharu diperlukan, kata Khalid Samad

http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2014/07/17/khalid.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini. Beliau menegaskan, usaha penubuhan sebuah pakatan pembangkang yang baharu amat diperlukan apatah lagi dengan pilihan raya umum yang semakin hampir.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata adalah mustahil krisis antara DAP dan PAS akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat, sedangkan pakatan pembangkang yang kuat diperlukan bagi mencabar Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang semakin hampir.

Sehubungan itu, Khalid berkata usaha penubuhan sebuah pakatan pembangkang yang baharu amat diperlukan.

"Berpecahnya Pakatan Rakyat (PR) yang ada adalah antara PAS dan DAP yang tidak mungkin selesai dalam jangka masa pendek sedangkan pilihan raya umum tidak lama lagi dalam ketidaktentuan politik.

"Adanya keperluan satu pakatan baharu yang mampu mencabar BN dan dianggap usaha untuk menubuhkannya amat diperlukan," kata Khalid pada sidang media di pejabatnya, di Shah Alam hari ini.

Husam : Muhyiddin perlu ambil alih pemerintahan



Negara kini benar-benar berada dalam keadaan sangat kritikal pertama kali seumpamanya.

Ketika Perdana Menteri selaku ketua pengurus negara dilingkari tanda-tanda penyalahgunaan kuasa yang amat dahsyat, kemudi negara untuk membetulkan keadaan itu masih di tangan beliau sendiri.

Tidak mungkin pembetulan untuk meletakkan negara kembali ke landasan keluhuran undang-undang sebagai kunci perjalanan kerajaan di atas dasar jujur dan amanah serta menjamin keamanan dan kedaulatan negara dapat dilakukan.

Kenyataan berani dan terbuka Peguam Negara pada Sabtu lepas sebenarnya sudah cukup bagi seorang pemimpin yang bermaruah mengambil langkah mengundurkan diri. Segalanya telah tersimpul dalam kenyataan itu dan hingga petang ini, Isnin 6 Julai, empat hari selepas kenyataan itu, PM gagal mengeluarkan sebarang penjelasan terhadap kenyataan AG.

Ketika AG membuat kenyataan telah melihat sendiri dokumen-dokumen berkaitan dan mengarahkan serbuan dibuat ke atas syarikat berkaitan, negara kita sepatutnya telah pun diambil alih oleh seorang PM yang baru atau paling kurang Pemangku PM.

'Tun M kata Razak bangunkan, Najib rosakkan Felda'

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed, melahirkan kebimbangannya terhadap potensi Syarikat Felda Global Ventures (FGV) menemui kegagalan.

Perkara itu dikatakan dijelaskan beliau dalam pertemuannya dengan Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) di Putrajaya yang diketuai pengerusinya Mazlan Aliman, hari ini.

Mazlan berkata, pada pertemuan lebih satu jam di Yayasan Kepimpinan Perdana itu, Mahathir menjelaskan beliau bimbang pelaburan Felda itu terlepas di tangan pihak luar.

"Tun mengatakan pelaburan itu (FGV) dilakukan diluar negara, jadi ia hanya menguntungkan pihak luar.

“Bukan menguntungkan kita," kata Mazlan, anggota jawatannya pusat PAS yang meletakkan jawatan selepas kekalahan besar rakan-rakan kemnya dalam pemilihan parti lalu.

“PAS Kedah Kekal Sandar Harapan Kepada Dato’ Ir Amiruddin”

KENYATAAN MEDIA

BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI KEDAH
19 Ramadhan 1436 | 6 Julai 2015


1. Perkhidmatan cemerlang dan kewibawaan serta pengalaman Dato’ Ir Amiruddin Hamzah selaku Ketua Pembangkang Dun Kedah kekal menjadi taruhan dan harapan untuk terus menyuarakan hak dan kepentingan rakyat negeri ini. Atas keyakinan itu, Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah telah melantik beliau sebagai Pengerusi Sekretariat Adun PAS Negeri Kedah.

2. Selama dua tahun sebagai Ketua Pembangkang Dun Kedah, Dato’ Ir Amiruddin telah membawa suara PAS bersama PKR dan DAP sebagai mewakili hasrat rakyat. PAS Negeri Kedah komited untuk terus menggerakkan peranan bersama dan dukungan serta sokongan kepada beliau untuk menjayakan peranannya menerusi sekretariat tersebut.

3. Saf kepimpinan baharu PAS Negeri Kedah sedang menyusun penelitian dan merangka strategi terbaik ke arah usaha kembali memerintah Kerajaan Negeri Kedah yang antaranya akan dizahir dan dijayakan oleh Adun-adun PAS untuk merealisasikannya. Peranan Dato’ Ir Amiruddin selaku Pengerusi Sekretariat adalah satu bentuk pembahagian dan penyusunan tugas ke arah menjayakan keputusan dan tindakan bersama yang bakal diambil.

Teresa Kok, tolong bijak beza pakaian hari-hari dengan kostum ritual

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok diminta tahu membezakan di antara pakaian seharian termasuk berurusan di pejabat Kerajaan dengan kesesuaian pemakaian kostum kebudayaan sesuatu kaum.

Budayawan, Profesor Dr Siti Zainon Ismail berkata, pakaian budaya adalah warisan dan pemakainya juga bijak untuk menggayakan busana mereka pada majlis-majlis yang tertentu.

"Pakaian ritual atau warisan bangsa sebegini bukanlah untuk dipakai sehari-hari atau semasa berurusan di pejabat.

"Ia pakaian warisan bangsa tertentu dan tidak dikenakan apabila hendak ke pasar. Rasanya semua orang tahu bila hendak memakai pakaian kebudayaan atau warisan bangsa masing-masing selain tidak dipakai sesuka hati semasa urusan seharian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dr Siti Zainon mengulas status gambar di laman Facebook Teresa yang menyifatkan pakaian setengah bogel atau 'tidak menutup aurat' selain menyindir kod pakaian Perkhidmatan Kerajaan sekarang.

Kuantan dipenuhi debu merah bauksit, pihak berkuasa dan K'jaan Negeri Pahang tak tahukah akan isu ini?

PENDUDUK Kuantan mengeluh dengan pencemaran bauksit di sekitar kawasan Bukit Goh, Gebeng, dan Pelabuhan Kuantan yang boleh menyebabkan risiko kesihatan dan kemalangan jalan raya.

Facebook Astro AWANI menerima pelbagai maklumat dan gambar mengenai isu ini yang rata-ratanya meluahkan ketidakpuasan hati terutama sekali mengenai aktiviti lori yang keluar masuk dari kawasan perlombongan bauksit.

Shahizam Hussein berkata masalah bermula pada pertengahan tahun 2014.

Bauksit
Sungai turut tercemar akibat aktiviti perlombongan bauksit. Gambar: Facebook/Kiriman Hanapi Jusoh

“Urusan membawa keluar bauksit telah menyebabkan jalan utama kotor, membahayakan kepada orang ramai dan telah banyak kali mengakibatkan kemalangan malah terdapat juga kemalangan maut.

“Kegiatan perlombongan bauksit yang tidak terkawal telah mengganggu rutin harian penduduk setempat kerana urusan logistik menggunakan laluan penduduk untuk ke bandar Kuantan," katanya.

Kami Sedia Berdepan Tindakan Undang-Undang PAS - Guan Eng

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang bersedia untuk menghadapi sebarang tindakan undang-undang daripada PAS di negeri itu.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri itu sudah bersedia dan akan menunggu surat daripada peguam PAS.

"Ia adalah hak mereka untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang," kata Guan Eng pada sidang media di sini.

PAS mengarahkan peguamnya untuk mengkaji sekiranya tindakan undang-undang boleh diambil bagi mempertahankan maruah wakil parti itu di Pulau Pinang yang dipecat.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata parti itu sedang mendapat nasihat dengan peguam untuk meneliti pemecatan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Yaacob Omar dan Omar Hassan sebagai ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Terdahulu, Yaacob dan Omar dipecat pada 17 Jun lalu.

Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir Salleh Man masih mengekalkan jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Pasma, G18 bergabung


ALOR SETAR - Pasma bakal bergabung dengan kumpulan bekas pimpinan Pas, G18 dalam usaha menggerakkan penubuhan sebuah parti baharu.

Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, hanya sebuah parti baharu akan diwujudkan, rentetan daripada pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua pihak sebelum ini.

Penjelasan itu dibuat selepas timbul kekeliruan mendakwa Pasma juga akan menubuhkan parti baharu, manakala sebuah lagi parti baharu akan diasaskan oleh G18.

“Tidak akan wujud dua parti baharu. Pasma tidak akan tubuhkan parti baharu berikutan G18 sudah berhasrat tubuhkan parti baharu yang dijangkakan selepas Aidilfitri. Pasma hanya akan sokong penubuhan parti politik Islam yang belum diberi nama khusus itu,” katanya.

Phahrolrazi berkata, tidak perlu wujud dua parti berasingan dan bertembung sesama sendiri, sedangkan perjuangan parti itu kelak selari dan mempunyai persefahaman dengan Pasma.

Apabila PAS pun sudah mula bercakap racist dan bantai DAP macam UMNO

 ULASAN GB

Kebencian terhadap bangsa lain, agama lain disemai, kononnya atas nama Islam sedangkan Islam tidak mengajar manusia saling membenci atas sebab bangsa, bahasa mahupun agama.

Menyemai kebencian ke atas kaum dan bangsa lain itulah "cauvisism" yang sebenar, mengeluarkan kata-kata kesat, mencaci maki mereka, apa tah lagi dengan mereka-reka hal yang tidak benar semata-mata untuk orang lain membenci bangsa/kaum dan agama lain.

Rasulullulah SAW bersabda:

“Laisa minna man da’a ila ‘assobiyyah, walaisa minna man qotala ‘ala ‘assobiyyah, walaisa minna man mata ‘ala ‘assobiyyah” – ‘Bukan dari kalangan kami (ummat Nabi SAW) mereka yg menyeru kepada assabiyah, serta berjuang dan mati kerana menegakkan assabiyah’

lalu para sahabat bertanya: “mal ‘assobiyatu ya Rasulallah?” – ‘Apakah dia assobiyah itu wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab: “Al-‘assobiyatu an tu’ina qaumaka ‘ala zulmi” – ‘Assobiyah itu ialah kamu menolong kaum kamu di atas dasar kezaliman.’


Hadith Rawahul Bukhari & Muslim. (Mutttafaqun ‘alaih).

PAS Kuala Terengganu dedah agenda 'Singapura kedua' DAP

Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mendedahkan agenda 'cauvinisme' Cina DAP yang dilihat cenderung mahu membentuk 'Singapura Kedua' di Malaysia.

Ahmad Amzad dalam satu kenyataan berkata, sikap angkuh dan gelojoh DAP dalam mencapai cita-citanya itu semakin jelas apabila parti itu menolak PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat (PR).

Akaun peribadi wujud atau tidak, soal bekas peguam negara kepada Najib


 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berucap pada majlis berbuka puasa di Masjid Bandar Rinching, Selangor semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 Julai, 2015. 

Datuk Seri Najib Razak perlu segera menjelaskan sama ada beliau mempunyai beberapa akaun peribadi di sebuah bank swasta, berikutan pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) yang sebanyak RM2.6 bilion dikreditkan ke dalam akaun di bawah namanya, daripada berfikir untuk menyaman akhbar perniagaan itu, kata bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman.

Beliau berkata, dakwaan terhadap perdana menteri itu sangat serius dan penjelasan perlu untuk melindungi integriti jawatannya.

"Kesan memfailkan saman undang-undang terhadap WSJ akan mengambil masa yang lama. Perkara segera adalah bagi perdana menteri untuk menjelaskan sama ada beliau mempunyai akaun di bank itu," kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider.

Najib berkata semalam, beliau akan membuat keputusan tidak lama lagi apakah tindakan akan diambil terhadap WSJ berhubung laporan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) disalurkan ke dalam akaun di Bank AmPrivate di Kuala Lumpur antara 2013 dan 2015.

Siti Aishah, bloger jadi senator muda

Dengan hanya berbekalkan sebuah laptop yang dibeli dengan bayaran ansuran bulanan selama tiga tahun, siapa sangka seorang bloger boleh menjadi senator di Dewan Negara.

Perjalanan hidup seorang senator muda bernama Siti Aishah Shaik Ismail bukan bermula dari langkah mudah.

Politik bukan bidang rasmi dalam latar pendidikannya di Universiti Malaya, namun kerana minat mendalam, dia memberi perhatian kepada bidang itu selepas tamat kuliah.

Untuk permulaan, Siti Aishah membeli sebuah komputer riba dengan bayaran cicilan selama 36 bulan.

Siti Aishah merupakan sebahagian daripada skuad bloger Pakatan Rakyat yang menyebarkan maklumat mengenai kerajaan Perak suatu ketika dulu.

“Saya ambil diploma bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Selepas habis belajar tak sempat kerja di mana-mana, terus masuk politik,” katanya yang memulakan penulisan pertama pada 2006.

Siapa dalang yang cuba aibkan Ust Ahmad Awang..?


 Saya sempat berbual panjang dengan Ust. Ahmad Awang sebentar tadi melalui telefon. Beliau ketika itu sedang memandu kereta dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Ketika itu, beliau di Behrang, saat mengakhiri bualan, beliau memaklumkan dah sampai di Sungai Buluh....

Saya bertanyakan beliau mengenai gambar yang tertera diatas...status yang dinaikan sendiri oleh guru sejarah PHD, Ridhuan Mohamad Nor. Maka berceritalah UAA mengenainya.

Jumaat lepas, saya tiba awal ke masjid tersebut lebih kurang jam 12.30 dinihari. Saya lihat sudah ada kereta lain ditempat khas kereta penceramah di situ. Saya sudah lama menyampaikan tazkirah di masjid tersebut dan ini pertama kali perkara ini berlaku. Tak mengapalah, fikir saya; mungkin orang itu tidak perasaan mengenai tempat khas tersebut. 

Di tepi tangga, kelihatan ada yang menjual buku di situ. Saya terus menuju masuk ke dalam dan mengambil tempat duduk dikerusi penyampaian kuliah. Sewaktu sedang duduk di situ, henfon saya berdering lalu saya menjawapnya.

Panggilan dari seorang AJK masjid yang menguruskan program kuliah dan pengajian di masjid itu.

Mohd Azraai Khor meletak jawatan selaku jurulatih pasukan Kelantan.


PETALING JAYA: Mohd Azraai Khor meletak jawatan selaku jurulatih pasukan Kelantan.

Keputusan mengejut Azraai Khor dikatakan berpunca daripada keputusan buruk pasukan The Red Warriors selepas tewas 3-0 kepada Lions XII pada aksi Liga Super di Jalan Besar pada Sabtu lalu.

Pasukan Kelantan kini berada di kedudukan kesepuluh liga daripada 12 pasukan dengan 11 mata dalam 12 aksi.

Mohd Azraai merupakan jurulatih kedua Kelantan musim ini dengan menggantikan George Boateng Mac lalu.

Bagaimanapun Mohd Azraai enggan memberi sebarang komen mengenai perkara itu ketika dihubungi dan hanya mengesahkan peletakan jawatan dibuat melalui aplikasi WhatsApp.

Mohd Azraai antara jurulatih yang disegani dengan beberapa rekod pencapaian cemerlang ketika bersama Kedah (2004-2008), Negeri Sembilan (2011-2012) namun gagal merangkul sebarang trofi bersama Perak (2012-2013) dan T-Team (2013-2014).

Rumah & Pejabat Najib tak diselongkar, sebaliknya 3 syarikat yang salurkan duit di geledah

PELIKKAN, PEGUAM NEGERA TIDAK SELONGKAR PEJABAT DAN RUMAH NAJIB RAZAK, SEBALIKNYA TIGA SYARIKAT YANG SALURKAN DUIT DIGELEDAH


Kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara bahawa serbuan keatas 3 syarikat yang dikatakan menyalurkan wang ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak telah pun dilakukan oleh pasukan khas yang dianggotai oleh SPRM, PDRM dan BANK NEGARA.

Tindakan serbuan tersebut dialu alukan. Namun penjelasan perlu diberikan juga oleh Peguam Negara ialah apakah serbuan juga telah dibuat keatas pejabat dan rumah Datuk Seri Najib untuk mendapat maklumat dan penjelasan dari Datuk Seri Najib. Penjelasan juga perlu diberikan apakah pasukan khas telah mendapat pegesahan dari pihak AmBank tentang status akaun Datuk Seri Najib seperti yang didedahkan oleh Wall Street Journal dan Serawak Report.

Anwar mahu satu kerjasama baru dikalangan parti-parti pembangkang dibentuk..

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim inginkan supaya satu kerjasama baru dibentuk segera antara parti-parti pembangkang sekaligus meminta semua pihak menghentikan dakwaan bahawa Pakatan Rakyat sudah berkubur. Menurut sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR), pesanan itu disampaikan sewaktu mesyuarat pimpinan tertinggi PKR baru-baru ini.

"Datuk Seri Anwar tidak mahu Pakatan terus berkubur."

"Kenyataan seperti Pakatan sudah mati tidak wajar dikeluarkan lagi oleh pemimpin dalam parti pembangkang," kata sumber itu kepada Astro AWANI.

Kata Anwar lagi, satu pakatan baru yang turut melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wajar dibentuk supaya rakyat diberi alternatif ketika Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Beliau meminta supaya semua parti yang pernah duduk bersama dalam Pakatan mengenepikan segala perbezaan dan duduk berbincang demi mencapai matlamat yang sama.

"Kata Datuk Seri Anwar masa ini bukan masa untuk bergaduh sesama parti pembangkang.

Tuduhan WSJ jejas keyakinan rakyat pada Kerajaan BN & Najib

Tuduhan jejas keyakinan rakyat
Laporan The Wall Street Journal.
 
SHAH ALAM - Tuduhan The Wall Street Journal (WSJ) kononnya Datuk Seri Najib Razak menerima sejumlah wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak dinafikan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap pentadbiran Perdana Menteri.

Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, ini kerana tuduhan itu berbeza dengan sebelum ini yang hanya menyasarkan 1MDB secara umum.

“Dulu dakwaan terhadap 1MDB melibatkan dari sudut tadbir urus korporat. Tetapi dakwaan kali ini lebih peribadi kerana disasarkan kepada Perdana Menteri.

“Tuduhan juga dibuat agensi media antarabangsa dikenali seluruh dunia. Jadi ia akan menyebabkan rakyat Malaysia sangsi dan juga bimbang terutama dari sudut pentadbiran kerajaan dan kekuatan parti memerintah,” katanya, semalam.

PAS Pulau Pinang saman kerajaan negeri kerana pemecatan

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Mohd Yusof berkata pihaknya tidak ada masalah kalau pemecatan dilakukan mengikut prosedur operasi standard, namun mengatakan pemecatan wakil parti tersebut tidak diberikan alasan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Julai, 2015.

PAS Pulau Pinang akan menyaman kerajaan negeri Pulau Pinang ekoran pemecatan wakil parti itu dalam kerajaan negeri yang didakwa dilakukan tanpa mengikut prosedur.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Fauzi Mohd Yusof berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada peguam untuk memfailkan saman itu.

"Kami tak ada masalah kalau pemecatan dilakukan mengikut prosedur operasi standard, tetapi mereka ini suka hati pecat wakil kami tanpa kemukakan sebarang alasan.

"Mereka baru mentadbir negeri ini dua penggal tetapi sudah kecoh.

"Ini menunjukkan yang DAP Pulau Pinang sebenarnya gagal menjadi pentadbir yang baik.

"Jangan ambil mudah dengan PAS kerana kami pun orang politik juga. Jangan ingat mereka boleh buat sesuka hati, apa-apa pun mereka kena fikur dulu risikonya," katanya seperti dilaporkan Berita Harian, hari ini.

Terima kasih Haron Din kerana percaya saya, kata Najib

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan rasa penghargaannya kepada Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang meragui kesahihan laporan Wall Street Journal (WSJ).

Bercakap kepada media di Semenyih hari ini, Najib berkata, ramai yang tidak mempercayai laporan mengenai pengaliran wang dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun persendirian beliau di Malaysia.

"Saya berterima kasih ramai juga yang kata tak percaya berita tersebut, termasuk Datuk Haron Din (gambar).  Dia kata tak masuk akal nak saya lakukan perkara sebegitu," kata Najib.

Kata perdana menteri, dia menjadi mangsa serangan media sosial secara bertubi-tubi kebelakangan ini dengan mengaitkannya dengan menyalahgunakan wang negara.

"Kalau saya nak menyamun pun, takkkan saya menyamun bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itupun saya kalau saya nak jadi seorang penyamun," katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapannya di depan kira-kira 400 orang yang menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Bandar Rinching, Semenyih hari ini.

PAS Kedah telah membuat satu laporan POLIS berkenaan artikal WSJ


Laporan polis berkaitan artikel yang disiarkan oleh Wall Street Jurnal telah dibuat oleh PAS Kedah yang diwakili oleh Ketua Penerangan PAS Kedah YB Ustaz Ahmad Bin Yahaya sebentar tadi.

Laporan polis itu antara lain mendesak pihak kerajaan menyiasat kebenaran dakwaan Portal berita tersebut.

Wall Strest Jurnal dalam laporannya mendakwa sejumlah RM2.67 Billion telah diepositkan oleh syarikat berkaitan 1MDB kedalam akaun peribadi Perdana Menteri di luar negara.

PAS Kedah merasakan perlu satu penyiasatan menyeluruh dilakukan bagi membuktikan laporan tersebut adalah palsu dan Dato seri Najib perlu membersihkan namanya demi masa depan negara. Tetapi amat malang jika laporan tersebut benar dan sekiranya benar, maka pihak berkuasa perlu memanjangkan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

"Panggilan Jihad" Petang Semalam di DUN Permas, Khaled Nordin dan UMNO Johor Perlu Beri Penjelasan

Kenyataan Media
5 Julai 2015


Khaled Nordin dan UMNO Johor Perlu Beri Penjelasan

Berikutan penularan SMS dan aksi samseng yang ditunjukkan oleh sekumpulan individu berbaju merah menyerang program Sembang Kedai Kopi bersama Saudara Lim Kit Siang, DAPSY Johor membantah keras serangan tersebut. Program Sembang Kedai Kopi ini adalah satu program bertemu dengan rakyat. Sementelah, Saudara Lim Kit Siang dan Saudara Liew Chin Tong adalah merupakan Ahli Dewan Rakyat.

Program Sembang Kedai Kopi ini tidak menyalahi mana-mana peruntukan undang-undang negara. DAPSY Johor mendesak pihak Polis DiRaja Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan berbaju merah ini. Mereka melempar ugutan sehingga mengeluarkan perkataan “Kalau dia tak keluar, dia mati atau saya mati”. Apakah pihak PDRM Johor akan terus berdiam diri dan mengamalkan dua set undang-undang?

"Pak Long" yang bagi cadangan Tak Payah Balik Kg. Masa Raya tampil memberi penjelasan..!!

Saya tidak larang balik kampung untuk jimat minyak


http://3.bp.blogspot.com/-Ytns7k_gkAU/VZlE7NaS4SI/AAAAAAABMcE/Xnp59quv9eQ/s640/11695502_10206065281845565_1036491206569521622_n.jpg
Antara Petikan Cadangan Beliau
SHAH ALAM - Tampil dengan penjelasan sebenar, Pengarah Eksekutif CCT, Creative Trainers (M) Sdn Bhd, Syed Abdul Aziz Al Qubra berkata, kupasannya terhadap isu kewangan telah dieksploitasikan dan disalah erti oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kalau orang tonton rancangan tersebut dari awal, mereka akan faham apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya. Bila mereka potong video program itu dan viralkan, itu yang menyebabkan orang-orang awam marah.

“Tajuk segmen yang diberikan kepada saya adalah ‘Celik Kewangan: Gaji Oh Gaji!’ Saya hanya mengupas tajuk yang diberikan berdasarkan statistik yang diajukan kepada saya. Sebenarnya begini, apa yang saya jelaskan menerusi program tersebut adalah beban yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah individu hanya untuk pulang beraya ke kampung,” jelasnya ketika dihubungi Sinar Online, semalam.

Katanya lagi, mengikut statistik yang diajukan pengacara rancangan program, Tazneem Faizal, Syed Abdul Aziz berkata, 53 peratus wanita ingin mendapatkan barang kemas baharu sempena Aidilfitri, 23 peratus rakyat Malaysia ingin berkahwin lagi sempena menyambut Syawal, 18 peratus individu atau pasangan akan membelanjakan wang untuk membeli kelengkapan dan perabot baharu manakala lapan peratus lagi berkeinginan untuk membeli kereta baharu di musim perayaan ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...