TERKINI :

Sunday, July 5, 2015

Hadapi Media: PM perlu belajar dari TG Abdul Hadi

Siasatan dan persoalan yang dilontarkan terhadap syarikat 1MDB yang lembaga pengarahnya diketuai oleh Perdana Menteri semakin hari mendedahkan lebih banyak perkara yang mengejutkan.

Terbaru, Wall Street Journal telah menerbitkan berita bahawa sebanyak USD700 juta wang 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi dipercayai milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dakwaan ini amat menggemparkan. USD700 juta (RM2.6 bilion) merupakan jumlah cukup besar; ia meliputi kira-kira 6 peratus dari keseluruhan hutang 1MDB yang mencecah RM42 bilion yang mesti ditanggung oleh rakyat Malaysia.

Malah jumlah sebesar itu membuatkan penyelewengan RM13.8 juta Mara dalam pembelian Dudley International House di Australia atau skandal lembu feedlot RM250 juta nampak kerdil.

Ia mencalar nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Bagaimana sebuah negara umat Islam yang dianggap sederhana, pemimpinnya boleh terpalit oleh tuduhan sedemikian rupa?

Maka sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mesti berbuat sesuatu bagi memulihkan imej diri dan negara.

Belajar daripada Tuan Guru Abdul Hadi

Pada 1 Mei 2007, akhbar Daily Mirror di United Kingdom telah menerbitkan artikel mendakwa Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin nombor tiga Al-Qaeda, mengaitkan beliau dengan rancangan keganasan di negara itu.

Sebagai tindak balas, Tuan Guru Abdul Hadi bergegas ke London bagi memfailkan saman fitnah demi menjaga maruah sebagai seorang pemimpin dan ulama. Beliau telah mendapatkan khidmat firma guaman Carter-Ruck dalam menangani kes tersebut.

Akhirnya Daily Mirror terpaksa menyiarkan kenyataan memohon maaf kepada Tuan Guru Abdul Hadi di akhbar dan laman webnya di samping membayar pampasan.

PM perlu bersihkan nama

Sepatutnya Datuk Seri Najib turut mengambil langkah yang serupa. Dengan sumber kewangan yang tidak terbatas ditambah pula adanya Peguam Negara, tidak nampak sebarang kesulitan untuk beliau memfailkan saman terhadap Wall Street Journal bagi memulihkan kredibiliti dirinya.

Namun sungguh mendukacitakan apa yang dilakukan Datuk Seri Najib kini hanyalah membuat penafian lalu mendiamkan diri, sama seperti isu-isu lain yang dibangkitkan sebelum ini seperti kes pembunuhan Altantuya dan rasuah pembelian kapal selam Scorpene USD200 juta (RM755 juta).

Sebagai pemimpin, perlu ada kesedaran bahawa masalah tidak selesai dengan hanya berdiam diri. Berani kerana benar takut kerana salah. Jika berada di pihak yang benar, buat apa hendak membisu atau berahsia?

Kecualilah, jika ada perkara yang hendak dirahsiakan. - HARAKAHDAILY 5/7/2015

PM Najib nak saman WSJ

Perdana Menteri dijangka mengemukakan saman terhadap Wall Street Journal (WSJ) berhubung laporan pengaliran dana 1MDB Selasa ini.

Memetik sumber yang dekat dengan Datuk Seri Najib Razak, The Star melaporkan pengumuman mengenainya dijangka dibuat secara rasmi di majlis berbuka puasa di Semenyih petang ini.

"Beliau akan memfailkan saman berkenaan melalui peguamnya di Kuala Lumpur," kata sumber itu.

Bagaimanapun petang ini ramalan itu tidak menjadi kenyataan kerana Najib - yang membacakan kenyataan ringkas di depan wartawan - hanya menyatakan sudah merujuk perkara itu kepada peguamnya.

"Peguam-peguam saya akan memberi nasihat kepada saya apakah tindakan susulan dalam bentuk undang-undang dan sebagainya yang boleh saya buat dalam negara dan luar negara.

"Saya akan buat keputusan dalam masa beberapa hari lagi akan apa tindakan selanjutnya yang akan saya ambil berhubung dengan dakwaan yang cukup jahat ini," katanya.

Ketika isu hutang 1MDB belum dirungkai sepenuhnya, WSJ menerbitkan laporan mendakwa mengesan pengaliran dana wang agensi itu terus ke akaun persendirian atas nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" dalam sebuah bank di Malaysia.

Najib dan 1MDB sudah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan berkenaan.

Ubat kuat jenis apa Najib guna..???

Oleh Hj Osama


Pendedahan terbaru WSJ (The Wall Street Journal) tentang bagaimana sebanyak Usd700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak adalah satu pendedahan paling menarik dan mengejutkan.

Pendedahan ini merupakan siri serangan yang berterusan dan ia dilihat sebagai antara serangan terbaik pernah dilakukan.

Kita semua sedar, bila Tun Dr Mahathir Mohamad memilih Najib sebagai pengganti Tun Abdullah Ahmad Badawi, Najib akan menjadi lembu cucukan hidung terbaik Dr Mahathir kerana isu Altantuya yang membelengu Najib.

Namun, ternyata bidikan rakyat tidak tepat dan tersasar. Najib melawan dan masih mampu bertahan dalam pilihan raya umum walau tidak cemerlang. Malah Kedah dan Perak kembali menjadi negeri Barisan Nasional.

Apabila budaya Melayu ‘ditelan’ budaya Arab

Oleh Amin Iskandar

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/women_selfie_tudung_KL_reuters_050715.jpg
Baru-baru ini penulis diberitahu sudah sukar bagi wanita Melayu untuk membeli baju kurung di pasaran menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Penulis diberitahu, mereka terpaksa menempah baju kurung di kedai-kedai jahit kerana kebanyakan kedai-kedai sudah tidak menjualnya disebabkan jubah menjadi pilihan ramai pembeli.

Perkara ini tidak memeranjatkan kerana apabila melihat jiran-jiran penulis dan kebanyakan wanita Melayu masa kini, mereka lebih gemar menggunakan jubah berbanding baju kurung.

Apabila pulang ke kampung berhari raya, kebanyakan adik beradik dan saudara mara sudah menggunakan jubah berbanding baju kurung.

Hari ini, jika anda berurusan dengan agensi-agensi kerajaan, baju kurung digunakan lebih ramai wanita bukan Melayu berbanding Melayu.

Kerana kuatnya proses Arabisasi yang melanda pada hari ini, sudah sukar untuk melihat baju kurung teluk belanga, cekak musang, Kedah, Melaka dan Pahang dipakai wanita Melayu. Begitu juga dengan baju kebaya.

Sedikit demi sedikit kebudayaan Melayu runtuh dan digantikan dengan kebudayaan Arab.

Kira-kira 50 orang pemuda samseng datang mengganggu majlis Kit Siang di Masai Johor

Mangkuk, cawan melayang di majlis Kit Siang

Satu majlis perjumpaan bersama DAP di sebuah kedai kopi di Masai, Johor bertukar kecoh apabila diserang sekumpulan orang yang mahu menghalang Lim Kit Siang berucap.

Sejurus selepas acara bermula kira-kira jam 2 petang, kira-kira 50 orang menyerbu masuk ke premis berkenaan dan mula membaling beberapa objek, termasuk cawan, mangkuk plastik dan penyapu ke arah Lim.

Saksi berkata, Lim tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi nasib tidak begitu baik untuk beberapa individu yang melindungi Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Katanya, kumpulan yang menyerbu kedai itu juga menjerit pelbagai kata-kata, seperti "Balik Kit Siang", "babi", "komunis" dan "mampus".

Ada beberapa anggota polis di tempat kejadian tetapi didakwa mereka gagal mengawal keadaan.

Kekecohan itu hanya berakhir kira-kira 30 minit kemudian selepas penganjur majlis mengiringi Lim meninggalkan lokasi berkenaan.

Pada asalnya, majlis itu adalah sesi dialog DAP dengan komuniti Sabah dan Sarawak di Johor.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang turut hadir di situ berkata, dia mengenali sebahagian daripada orang yang menimbulkan kekecohan itu adalah pemimpin Umno Pasir Gudang. MKini

Tiada siapa-siapa dalam UMNO yang berani lawan Najib.

Oleh Lim Hong Siang

http://mk-cdn.mkini.net/881/e35ddf8fca45dc85cbef4883e4ee68d1.jpg
Tiada siapa-siapa dalam UMNO yang berani lawan Najib. Malah jikalau Najib pecat Muhyiddin malam ini juga, saya yakin Muhyiddin akan reda dan akur akhirnya. Jangan harap Saifuddin Abdullah atau siapa-siapa keluar UMNO dan tubuh parti baru untuk menentang UMNO.

Jawapannya, MUSTAHIL. Ini kerana semua orang sedar akan nasib mereka yang keluar dan menentang UMNO. Malah pemimpin yang paling berkarisma dan licik berpolitik seperti Anwar Ibrahim pun, dua kali dipenjarakan. Gagal walaupun 17 tahun mencuba.

Akhirnya beliau ditinggalkan meringkuk dalam penjara bersendirian. Malah dicemuh dan disindir, "Inilah risiko nak merebut kuasa." Sampai dirinya apabila ditanya khabar, masih nak minta rakyat usah risau tentang keadaannya.

Bandingkan dengan Saifuddin Abdullah dan Khairy Jamaluddin. Biarpun dalam UMNO, hidup mewah, tetapi masih disanjung dan dipuja sebagai "reformis" dalam sistem, hanya kerana sekali-kala membuat kenyataan yang dilihat agak terbuka. Orang tak kisah siapa taja NGO Saifuddin Abdullah, orang lupa berapa duit menantu tu angkat, orang hanya ingat dia angkat bagasi untuk seorang gadis dalam kapal terbang.

Hudud: PAS nak perangi Umno?

(Sumber asal: Ekeleh.com)

Hudud: PAS nak perangi Umno?
Dah kena main dengan UMNO pada sesi Dewan Rakyat Mac, Mei – Jun dan mungkin Oktober depan, Pas bertekad nak berperang habis-habisan dengan UMNO.

La ni Pas Kelantan masih beri ‘peluang’ kepada UMNO untuk tunaikan janjinya bagi membenarkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan dibentangkan di Parlimen.

Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, jika ia tidak berlaku, kekecewaan tersebut bukan sahaja dirasai penyokong Pas, namun ia memberi kesan kepada semua pihak yang menyokong pelaksanaan hukum Islam itu.

“Kita tunggulah bulan Oktober nanti untuk sesi Parlimen seterusnya, kita beri peluang kepada Umno untuk menunaikan janjinya sehingga hujung tahun ini. Jika tidak, kita akan perang habis-habisanlah,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Beliau diminta mengulas RUU Persendirian tersebut tidak akan dapat dibahaskan selagi agenda dan urusan kerajaan tidak selesai, sebagaimana yang dinyatakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Muhyiddin Mesti Maju Selangkah Lagi, Segera Usulkan Najib Ambil Cuti

Shahbudin Husin,

Antara intipati kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin semalam mengenai dakwaan pengaliran masuk wang berjumlah hampir AS$700 juta ke dalam akaun peribadi Najib Razak oleh akhbar perniagaan berpengaruh, Wall Street Journal (WSJ) ialah mahukan siasatan dilakukan terhadap dakwaan itu.

Beliau berpendirian pihak berkuasa penyiasatan seperti SPRM, Bank Negara, polis dan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara perlu bertindak menyiasat dakwaan yang menarik perhatian rakyat, media antarabangsa dan menyentuh kepentingan awam itu.

Serentak dengan itu, oleh kerana tuduhan WSJ itu bersifat peribadi, Muhyiddin juga berpendapat wajar bagi Najib untuk memberikan penjelasan yang meyakinkan atau membuat penafian dan sekiranya yakin semua tuduhan itu tidak benar dan fitnah, maka perlu tindakan undang-undang diambil demi membersihkan nama Perdana Menteri serta mengembalikan kredibiliti kerajaan.

Tidak seperti kenyataan kebanyakan pemimpin lain yang menolak mentah-mentah dakwaan WSJ itu sambil berkata tidak mungkin begitu bodoh Najib membenarkan wang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, kenyataan Muhyiddin menimbulkan beberapa perkara menarik yang antaranya:-

- Mahu dakwaan terhadap Najib itu disiasat oleh pihak berkuasa bagi menentukan kebenarannya,

- Tuduhan keatas Najib adalah bersifat peribadi dan wajar bagi Perdana Menteri memberi penjelasan lebih meyakinkan atau membuat penafian,

TMJ: Biar tewas terhormat dari menang menipu

 
"Rasuah adalah satu jenayah yang serius. Adakah anda tahu apa hukuman kerana melakukannya? Tiada apa-apa... Sekiranya anda salah seorang ahli beberapa organisasi," kata Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Beliau yang terkenal dengan sikap berterus terang menyatakan pandangannya dalam akaun Facebook JOHOR Southern Tigers hari ini.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Johor menegaskan, 'sistem pengadilan' sewajarnya mempunyai badan bebas bagi mengelakkan agensi itu dipengaruhi kepentingan peribadi mana-mana pihak.

Katanya seperti biasa beliau mahu membuat penegasan bahawa rasuah adalah "sifat yang sangat buruk".

"Diam dan tidak melakukan sesuatu mengenainya, adalah lebih keji," kata beliau.

Kes Najib dan Wang RM2.6 bulion 1MDB : Cadangan-Cadangan Penyelesaian


Jumlah wang 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri sebanyak USD 700 juta atau sekitar RM2.6 bilion boleh memerintah negeri Pahang selama sekitar 5 tahun yang rakyatnya 1.4 juta orang. Boleh tadbir negeri Selangor selama setahun yang jumlah rakyatnya berjumlah 5.4 juta orang, ataupun mentadbir negeri Melaka selama 7 tahun yang rakyatnya berjumlah 840 ribu orang. Besar sangat jumlahnya.

Boleh juga dibayar yuran dan kos sara hidup 3 tahun seramai 100 ribu pelajar Universiti yang kosnya sebanyak RM26 ribu seorang. Jika dibuat rumah mangsa banjir di Kelantan atau rumah rakyat miskin dengan harga RM35 ribu sebuah (kos Rumah Budiman), maka boleh disiapkan sekitar 74 ribu buah rumah. Demikianlah besarnya nilai RM2.6 bilion. Itu baru sebahagian daripada RM42 bilion kehilangan atau kerugian syarikat 1MDB milik kerajaan Malaysia ini.

Benar atau tidak benar dakwaan Wall Street Jurnal itu mesti disiasat terlebih dahulu. Pokoknya jika benar, maka sedikit sebanyak tahulah sudah ke mana hilangnya RM42 bilion yang dikecohkan selama ini. Walaupun hanya RM2.6 bilion diketahui, tetapi setelah bertemu punca maka tahulah sambungan seterusnya ke mana lagi wang yang lain itu menghilang. Daripada pendedahan yang bersifat dakwaan, ia ditambah dengan pengakuan Tan Sri Ghani Patail (Peguam Negara) bahawa memang benar pasukan penyiasat telah menyiasat syarikat syarikat yang didakwa memasukkan duit ke akaun Perdana Menteri. Seolah-olah Ghani Patail memberi isyarat bahawa pendedahan Wall Street Jurnal itu ada asasnya. Jika begitu, tidak dapat tidak Perdana Menteri Dato Seri Haji Najib Tun Razak sukar lagi untuk mengelak.

Al-Kisah wanita gempal yang tak mampu pakai kasut dengan rakyat yang tak mampu berbelanja

DrMAZA.com


Bagi saya, jika seorang yang berusia lagi gempal meminta orang lain tolong mengenakan kasutnya, itu tidaklah ganjil. Apatahlagi jika tempat berkenaan tiada kerusi membolehkan beliau duduk. 

Apa yang penting si pembantu sudi membantu. Hulurkan simpati. Janganlah kita kata 'terlebih manja', ataupun 'kalau tidak mampu pakai kasut, jangan pakai' atau seumpamanya. Itu tidak wajar dan tiada simpati. Mungkin juga biadap.

Demikianlah juga keadaan rakyat. Jika rakyat tidak mampu dengan tekanan belanja seharian, kerajaan wajarlah hulur simpati. 

Kenaikan harga barang, GST, kehilangan itu dan ini menjadikan rakyat tertekan dan perlu diselamatkan. Janganlah kata 'rakyat manja' ataupun 'jika mahal, jangan beli' ataupun 'jika nak jimat, jangan balik kampung' ataupun apa-apa 'ayat biadap untuk rakyat'. 

Jika kita simpati kepada orang lain, orang simpati pada kita.

WSJ dapat maklumat sama dengan Peguam Negara?

KUALA LUMPUR: Pengesahan daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bahawa sememangnya wujud dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada Pasukan Petugas Khas, yang dianggotai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia lebih menggemparkan daripada laporan Wall Street Journal (WSJ), semalam.

"Persoalan timbul, apakah dokumen sulit yang sama ini menjadi asas kepada laporan WSJ?

"Apakah Peguam Negara juga akan dituduh menyiasat 1MDB berdasarkan info-info palsu yang diledakkan seorang bekas pekerja Petrosaudi seperti yang diwar-warkan?" tanya Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Jika ya, tanya dalam satu kenyataan, apakah Kementerian Dalam Negeri akan memberikan surat tunjuk sebab kepada Peguam Negara.

Namun apapun, ujarnya secara tidak langsung, pengesahan Abdul Gani hari ini telah memberikan kewibawaan kepada laporan Wall Street Journal (WSJ) berbanding penafian Najib.

"Memandangkan Peguam Negara mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan terhadap kes ini, maka Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan bermaruah untuk bercuti dengan serta-merta, agar siasatan dilihat telus dan bebas," ujar beliau lagi.

Bagi beliau, ada positifnya untuk Najib bercuti.

Masa itu, tambah beliau boleh digunakan sebaiknya untuk Najib boleh merancang pendakwaan saman fitnah kepada WSJ, Tun Dr Mahathir, Peguam Negara dan lain-lain yang mengaitkannya dalam skandal 1MDB.

Ini, kata Tuan Ibrahim memandangkan Najib yakin ini adalah angkara sabotaj untuk menumbangkan karier politik beliau.

"Cuba bertanya, bagaimana seorang yang bersih telus boleh disabotaj?" tanya beliau lagi. - HARAKAHDAILY 4/7/2015

Ketua Pembangkang : Pertemuan tergempar Ahli-Ahli Parlimen berkenaan perkembangan politik terkini

KENYATAAN MEDIA


PERTEMUAN TERGEMPAR AHLI-AHLI PARLIMEN BERKENAAN PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI

Perkembangan politik terkini tanah air meletakkan kita di beberapa senario yang baru, yang mungkin belum pernah kita alami dalam sejarah negara setakat ini. Dakwaan cukup berat yang dibuat akhbar Wall Street Journal tentang sejumlah wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Dato' Sri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia, kini kelihatan berasas apabila Tan Sri Gani Patail, Peguam Negara, mengesahkan beliau telah melihat dokumen sama yang dipetik akhbar tersebut dan serbuan terhadap premis ketiga-tiga syarikat yang didakwa terlibat telah berlaku semalam.

Kegusaran di kalangan rakyat Malaysia akibat perkembangan terkini ini tidak memungkinkan KEADILAN dan parti-parti Pembangkang malah di kalangan UMNO-Barisan Nasional sendiri untuk terus berdiam diri. Walaupun kita menanti laporan penuh mengenai kes ini dari semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab, namun kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan demi memastikan kepentingan rakyat dan negara terjamin.

Bahana 'usul panjang jadi pendek' PAS, akhirnya tak ada keputusan nak Terus atau U-Turn

Menceritakan bagaimana usul memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas dalam muktamar lalu dibuat, Datuk Mahfuz Omar dengan panjang lebar menjelaskan kronologinya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini,  bekas Ketua Penerangan PAS itu berkata, usul berkenaan diputuskan dalam mesyuarat terakhir Jawatankuasa Pusat PAS dipengerusikan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada malam sebelum muktamar penuh.

Beliau berkata asalnya ia adalah usul PAS Tumpat dan usul Dewan Ulama yang mencadangkan "Pakatan Rakyat diperkukuhkan".

Bagaimanapun, katanya, jawatankuasa itu "memendekkan" usul panjang sayap PAS yang mahu memutuskan hubungan dengan DAP berdasarkan sembilan alasan "tanpa mengubah atau lari maksud sebenarnya".

Dalam pertemuan itu juga, Mahfuz berkata beliau telah menjelaskan secara terperinci baik dan buruk kedudukan politik PAS jika usul memperkukuhkan Pakatan dan usul memutuskan hubungan DAP dibahaskan oleh perwakilan.

PAS Jangan pandang rendah orang lain

 
  MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar mengingatkan kepimpinan utama PAS supaya tidak memandang rendah atau bersikap pesimis dengan kewujudan parti baru, apatah lagi ia adalah atas inisiatif anggota PAS sendiri.

Beliau juga berkata bacaan politik kepimpinan PAS tidak harus terikat dengan sejarah silam seperti penubuhan parti serpihan PAS - Hamim dan Berjasa - kerana perubahan zaman dan gaya berpolitik rakyat Malaysia berubah.

"Kepada parti politik yang (sedia) ada, khususnya daripada PAS,  tak boleh memandang kecil terhadap kewujudan parti baru, yang lahir daripada inisiatif ahli PAS sendiri.

"Sebab saya tak nampak bahawa kalau kewujudan parti baru ni, (ia) macam parti-parti politik yang sebelum ni. Ramai orang pesimis terhadap kewujudan parti politik baru sebab sejarah lama. Hamim dan Berjasa. Sejarah lama tu sejarah lama.

"Bagi saya, (ini) perubahan zaman, (situasi) dia berlainan. Bacaan politik tak boleh diwarnai dengan sejarah lama, tetapi harus diwarnai dengan perubahan zaman. Gaya berfikir masyrakat yang lahir pada masa hari ini," katanya.

PAS sahaja yang buat kerja PKR dan DAP sebenarnya hanyalah penyokong

Hanya Pas buat kerja, kata Kamaruzaman
Wartawan Sinar Harian


KUALA TERENGGANU – Pemuda Pas negeri mendakwa bahawa hanya ahli parti itu bertungkus-lumus melakukan gerak kerja dari bawah sedangkan PKR didakwa hanya kelihatan menjelang pilihan raya.

Ketua Pemuda Pas Terengganu, Kamaruzaman Abdullah berkata, ia merupakan hakikat yang perlu diterima kerana hanya ahli Pas khususnya di peringkat akar umbi bekerja untuk mengukuhkan kekuatan pembangkang di negeri ini.

Disebabkan itulah katanya, pembahagian kerusi antara rakan PR sebelum ini menjadi isu setiap kali pilihan raya umum sebagaimana PRU13 lalu.

“Pembahagian kerusi pada PRU13 lalu menjadi bebanan kepada Pas kerana tenaga PKR muncul pada pilihan raya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Pada PRU13 lalu, berlaku pertindihan di tiga kerusi di negeri ini melibatkan Pas dan PKR iaitu di Dun Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera.Bagaimanapun, PKR beralah mengumumkan penarikan diri calonnya saat akhir bagi memberi ruang kepada Pas.

Gaduh di Bazar Ramadhan - Jangan sampai Amran Fan atau Ayahanda Rani Kulup mai penampar

Gangster gaduh jadi bahan kutukan netizen
Sedutan video yang dimuatnaik oleh Facebook Friends Of PDRM
 
"HEY ambil pistol aku dalam kereta," kata seorang lelaki dalam sebuah video viral yang dimuatnaik oleh laman Facebook Friends Of PDRM kurang 11 jam lepas.
 
Dalam video tersebut, dua kumpulan dilihat bergaduh sebelum salah seorang dari mereka menyuruh anak buah mengambil senjata api yang dikatakan disimpan dalam sebuah kereta.
 
Kejadian tersebut didakwa berlaku di tapak sebuah bazar di Jalan Taiping, Klang.
 
Waktu, tempat dan motif kejadian sebenar tidak dapat dipastikan.
 
Sementara itu, pelayar laman sosial hanya mengutuk tindakan pergaduhan berkenaan dan mentertawakan tindakan-tindakan yang berjaya dirakam.
 
"Entah apa-apa. Minta pistol simpan dalam kereta. Kalau gangster, tak simpan pistol dalam kereta. Selit (pistol) kat pinggang tu baru betul-betul gangster," kata Zizan.

Tidak mustahil Pas, Umno bergabung kembali

Sabbaruddin Chik
Sabbaruddin Chik
 
SHAH ALAM - Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabbaruddin Chik percaya Pas dan Umno akan bergabung kembali mewujudkan kerjasama membentuk kerajaan.

Menurutnya, perkara itu tidak mustahil akan berlaku jika Pas sanggup bekerjasama dengan parti bukan Melayu yang berada dalam BN.

“Untuk melihat penggabungan ini berjaya perlu melihat kesudian Pas untuk bekerjasama dengan parti bukan Melayu seperti MCA dan MIC yang ada dalam BN.

“Penggabungan Pas dan Umno adalah idea yang baik melihatkan kepada senario politik kini,” katanya, semalam.

Beliau berkata, Pas dan Umno perlu menghentikan persengketaan yang telah lama wujud antara kedua-dua parti tersebut.

“Sampai bila nak bergaduh? Ini bukan waktu untuk bergaduh lagi. Kalau boleh bergabung itu adalah yang terbaik,” katanya.

Haron Din tegur sikap suka 'janji Melayu'

Haron Din
Haron Din sedang memberikan ucapan sempena Majlis 
Iftar Amal Institut Tahfiz Darul Fuqaha di Everly Putrajaya hari ini.
 
PUTRAJAYA - Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din menegur sikap  orang Melayu yang seringkali melanggar janji mereka apabila membuat janji.
 
Berkongsi pengalamannya, Haron Din berkata beliau rimas dengan sikap orang Melayu yang sering berjanji tetapi tidak 'pandai' untuk menunaikannya.
 
"Ini pengalaman saya, saya sudah naik rimas dengan orang-orang macam ini (mungkir janji) baru-baru ini ada orang hendak jumpa saya janji pukul 2 petang tapi pukul 3:05 petang baru sampai. Kita kena tunggu sampai satu jam.
 
"Ada lagi satu janji hendak jumpa pukul 8 malam, tetapi pukul ‎9 malam baharu sampai (mula-mula janji macam-macam kita layanlah tetapi sebaliknya janji tidak ditepati.
 
"Ingat ciri-ciri orang munafiq adalah memungkiri janji apabila mereka berjanji," katanya  ‎ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Iftar Amal Institut Tahfiz Darul Fuqaha di Everly Putrajaya, semalam.
 

Isu 1MDB, FELDA, MARA, TABUNG HAJI - Rakyat hanya mampu merintih...

Akhirnya barulah kedengaran ‘suara-suara’ penguat kuasa undang-undang di Malaysia yang merasa ‘simpati’ dengan rakyat Malaysia yang sentiasa ‘merintih, merayu’ agar sesuatu tindakan dilakukan untuk membetulkan persepsi rakyat tentang beberapa penyelewengan yang dikatakan berlaku di peringkat tertinggi negara. Rakyat tertanya-tanya tentang betul tidaknya isu sebegini berlaku dilakukan oleh para pemimpin kita. Jikalau tidak betul-betul berlaku masakan ‘pokok bergoyang’ atau pun kata orang putih,’ there is no smoke without fire’.

DS Mohd Najib ada menjelaskan sesuatu mengenai IMDB namun penjelasannya semacam ‘tersangkut-sangkut’ yang menyebabkan rakyat masih terus keliru dengan penjelasan itu apatah lagi disusuli pula dengan berbagai tuduhan yang membabaitkan IMDB itu. Tambahan pula kini telah timbul isu baru yang dikemukakan oleh akhbar berpengaruh dunia, ‘ Wall Street Journal’. Malaysiakini telah melaporkan bahawa, ‘…dalam satu lagi pendedahan sensasi, Wall Street Journal (WSJ) hari ini melaporkan para penyiasat Malaysia didakwa telah mengesan hampir AS$700 juta deposit ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dakwaan sedemikian telah ‘dijawab’ oleh DS Najib dengan ‘…….menuduh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di belakang dakwaan terbaru yang beliau mengambil wang dari 1MDB. Katanya, dakwaan terbaru ialah beliau (Najib) telah mengambil dana negara untuk kepentingan peribadi.Menurut Najib, beliau percaya Mahathir, dengan bekerjasama dengan rakyat asing, termasuk Sarawak Report, adalah di belakang pembohongan terbaru itu”Malaysiakini 4 Julai 2015.

6 Bulan Pertama 2015 Bersama Najib dan Konco-Konconya....


Dalam 6 bulan pertama tahun ini sahaja...nampak terlalu goyah kepimpinan Najib dari segi pengurusan isu, politik dan dalam menguruskan ekonomi negara. Antara yang jelas dimata rakyat:

1. Perlaksanaan GST bagi merasionalisasikan pemberian BR1M.
2. Pembelian jet baru RM28 juta disaat rakyat sakit hati dengan GST
3. FGV yang menjadi anak emas Najib digantung dari senarai Bursa Saham selepas mencatatkan kejatuhan yang teruk.
4. Isu hutang 1MDB RM 43 billion yang gagal dijawab dan Najib dilihat sbg pengecut kerana tidak hadir dialog di PWTC walaupun sehari sebelum itu beliau mengakui berdarah pahlawan.
5. Duit Tabung Haji digunakan untuk membeli tanah TRX dengan harga yang terlalu tinggi...sehingga kini tanah itu masih gagal dijual balek.
6. RM 4billion wang KWAP diambil untuk diberikan kepada SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1MDB untuk pelaburan di Mongolia yang hingga kini tiada khabar berita.
7. Harga minyak naik 20 sen pada 1 Jun.
8. Najib mengamuk di Putrajaya selepas berita cadangan kenaikkan harga tol dibocorkan sblm mesyuarat kabinet dan mengakibatkan kabinet ditekan rakyat.
9. Kapal yang membawa minyak RON95 dirampas lanun tanpa dikesan. Gambaran awal ttg kenaikan harga minyak sekali lagi.
10. Polis Australia siasat aset Mara di Melbourne yang didakwa dibeli dengan harga yang terlalu mahal dan terdapat unsur rasuah.
11. Najib cuba mengambil hati kakitangan kerajaan dengan memberikan bonus Hari Raya RM500 pada 25 Jun tetapi pada 1 Julai dia naikkan harga minyak untuk sejahterakan hidup rakyat!....
12. Dengan bangganya Najib umumkan pemilihan Umno ditanguh 18 bulan......
13. Operasi pencarian MH370 diswastakan.....
14. Nilai matawang negara jatuh teruk....

PKR jelajah seluruh negara lepas Aidilfitri jelaskan Pakatan baharu


Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin bercakap kepada media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, di Shah Alam hari ini. Beliau memaklumkan beberapa siri jelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan berhubung Pakatan baharu akan dilakukan selepas Aidilfitri.

Pakatan Rakyat (PR) baharu hanya akan diputuskan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, dengan PKR akan mengadakan jelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan kedudukan mereka, kata Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Naib presiden PKR itu pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di Shah Alam petang tadi berkata, jelajah berkenaan akan bermula di Sarawak pada 22 Julai dan akan diikuti jelajah ke seluruh negeri-negeri.

"Jelajah ini akan menyediakan parti untuk kemungkinan dan senario baru dan memberikan penjelasan mengenai masa depan parti," kata Shamsul.

"Naratifnya adalah menjelaskan kedudukan kami sekarang."

Ahli Parlimen Bukit Katil itu berkata, jelajah berkenaan akan turut disertai Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan beberapa pemimpin lain bagi mempersiapkan jentera dan akar umbi parti.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...