TERKINI :

Saturday, July 4, 2015

'Ceraikan' DAP: Sebelum atau selepas Aidilfitri

Tiada sebarang tarikh khusus ditetapkan Mursyidul Am PAS bagi mengadakan perbincangan dengan Majlis Syura Ulama berhubung usul memutuskan hubungan dengan DAP setakat malam ini.

Ditemui media sebentar tadi Datuk Dr Haron Din berkata Majlis Syura hanya akan membincangkan mengenai nasib usul berkenaan selepas anggota badan itu dilantik.

Dan Haron yakin mesyuarat itu akan diadakan sebelum Aidilfitri.

"Kami perlu melantik ahli syura terlebih dulu. Semua ini tidak dibincangkan kerana ia terlalu baru, tetapi saya yakin mesyuarat itu akan diadakan sebelum raya," katanya di majlis berbuka puasa di Putrajaya sebentar tadi.

Walaupun usul memutuskan hubungan dengan DAP diluluskan tanpa bahas dalam muktamar PAS bulan lalu.

Walaupun beberapa pihak beranggapan usul berkenaan sudah muktamad, Haron masih berpendapat ia sebaliknya kerana memerlukan kelulusan Majlis Syura Ulama.

Namun, kata Haron, DAP menganggap usul berkenaan muktamad dan mengumumkan Pakatan Rakyat sudah berkubur tanpa sebarang usaha menghalang pemutusan berkenaan.

Haron juga mengingatkan usul berkenaan terhasil daripada tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali nampaknya mempunyai maklumat lain.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata kemungkinan besar mesyuarat Majlis Syura Ulama hanya diadakan selepas Aidilfitri.

Mengakui belum ada tarikh yang ditetapkan, beliau berkata: "Kemungkinan besar selepas raya."

Mursyidul Am Pas susah percaya dakwaan pada Najib

Tidak masuk akal adalah ungkapan yang dapat menggambarkan perasaan Datuk Dr Haron Din berhubung dakwaan media luar mengenai penyaluran dana ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Ditemui media di Putrajaya hari ini Haron berkata, logik akal menyatakan jika seseorang mahu mengambil dana awam ke akaun persendirian, mereka tidak akan melakukan sebegitu.

Sebaliknya, kata Haron, dana itu akan disalurkan ke akaun rahsia.

Bagaimanapun Haron tidak menyatakan sama ada bersetuju atau tidak dengan dakwaan berkenaan.

Kata Haron, banyak berita timbul baru-baru ini dan ia kelihatan benar tetapi kemudian terbukti sebaliknya selepas siasatan dijalankan.

"Jadi saya perlu periksa sama ada berita ini benar atau tidak terlebih dahulu," katanya.

Haron juga berharap tuduhan terhadap perdana menteri itu tidak benar demi kepentingan negara.

Tuntut isytihar harta

Jika tidak, katanya, perkara itu sangat malang terutama kerana ia berkait dengan ekonomi Malaysia yang semakin lemah.

Jika dakwaan itu benar, kata Haron, pelabur asing akan menjadi tidak selesa melabur di Malaysia dan orang ramai akan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan negara.

"Sebab itu saya berharap akan ada penafian dan penyelewengan tidak pernah berlaku.

"Tetapi jika tidak berlaku juga, ia adalah perkara yang sangat malang dan tidak boleh dipandang ringan," katanya.

Semalam Wall Street Journal melaporkan hampir AS$700 juta wang daripada dana 1MDB disaluran ke akaun persendirian atas nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" menjelang berlakunya pilihan raya umum ke-13.

Ekoran dakwaan itu PAS kemudian menuntut Najib dan isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor membuat pengisytiharan harta.

Najib kemudian menafikan dakwaan itu dan menegaskan beliau tidak pernah menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.

Hari ini WSJ pula mempertahankan laporan berkenaan.

Selepas PAU di tangguh, kini Muhyiddin dapat peluru baru tekan Najib.. Siasat Jangan Tak Siasat..!!!

PANAS!! PANAS!! PANAS!!

Kenyataan Media
YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri

Saya berasa amat bimbang dengan pendedahan terkini Wall Street Journal mengenai beberapa akaun peribadi milik YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak yang didakwa telah menerima sejumlah wang daripada beberapa buah entiti yang dikatakan mempunyai hubungan dengan 1MDB.

Tuduhan ini amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan. Isu ini juga telah menarik perhatian rakyat serta media antarabangsa dan pastinya menyentuh kepentingan awam.

Oleh itu, saya berpendirian bahawa pihak berkuasa penyiasatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara perlu bertindak segera untuk menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Dato' Seri Najib. Saya yakin siasatan mengenai perkara ini akan dijalankan secara terperinci, telus dan bebas demi mencari kebenaran.

Najib, Jangan Lupa Saman Mahathir Sekali!!

Shahbudin Husin, 


Dalam usaha mempertahankan dirinya daripada serangan terbaru oleh Wall Street Journal (WSJ) yang mengaitkan dirinya dengan pengambilan dana 1MDB berjumlah hampir AS$700 juta, Perdana Menteri secara terbuka menuduh Tun Mahathir Mohamad adalah dalang di sebaliknya.

Sambil mengatakan tidak pernah mengambil sebarang dana untuk kepentingan peribadi sama ada dari 1MDB, SRC International atau mana-mana entiti yang lain, Najib Razak mengatakan dakwaan terbaru ini adalah serangan yang tidak berasas dan keterlaluan terhadap diri dan keluarganya.

Katanya, serangan itu bermula apabila beliau enggan memenuhi beberapa tuntutan peribadi Tun Mahathir yang kemudian membuatkan bekas Perdana Menteri itu mencipta krisis berhubung hutang 1MDB yang berjumlah RM42 bilion.

Sehubungan itu, Najib percaya bahawa Tun Mahathir, dengan kerjasama rakyat asing, termasuk Sarawak Report, adalah di belakang pembohongan terbaru ini.

Serentak dengan itu, beliau juga mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang sepenuhnya terhadap pengkritik yang mendakwanya mencuri wang negara itu.

Sumber kami kukuh, kata WSJ pertahan laporan mengenai Najib

PANAS!! PANAS!! PANAS!!
Kontroversi syarikat 1MDB yang sarat hutang sebanyak RM42 bilion bertambah hangat semalam ekoran pendedahan The Wall Street Journal mengenai aliran wang masuk ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak. – Gambar AFP, 4 Julai, 2015.
Walaupun dinafikan perdana menteri, akhbar The Wall Street Journal (WSJ) tampil mempertahankan laporannya semalam yang mendakwa berbilion ringgit dipindahkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, dengan berkata ia bersandarkan maklumat siasatan dan dokumen kukuh.

Bercakap kepada CNBC, Ken Brown, ketua biro WSJ di Hong Kong, berkata pihaknya sangat cermat sebelum menerbitkan laporan itu memandangkan ia melibatkan seorang ketua kerajaan.

"Kami amat berhati-hati dan kami percaya dokumen yang ada pada kami adalah kukuh dan bersumberkan siasatan yang boleh dipercayai, bukan siasatan berniat politik.

"Ia merupakan laporan penting dan kami serius mengenainya.

"Bila-bila ada ketua sesebuah negara... atau ada bukti menunjukkan wang dimasukkan ke akaun, akaun peribadi, dan berkait urusan kerajaan, ia menjadi penuh drama," Brown memberitahu CNBC.

Tambahnya, dokumen yang ada padanya sudah dilihat Peguam Negara dan juga perdana menteri sendiri.

Ditanya mengenai respons Pejabat Perdana Menteri (PMO), Brown berkata ia cuma menjawab perdana menteri tidak menggunakan sebarang dana bagi tujuan peribadi.

IPU tuntut rawatan wajar untuk Anwar

 
Kesatuan Antara Parlimen (IPU) yang mewakili ahli parlimen dari seluruh dunia meminta bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan rawatan perubatan yang sewajarnya.

Gesaan itu dibuat berikutan laporan Anwar kini dipercayai mempunyai ketumbuhan sebesar 4 sm di buah pinggangnya.

"Dalam misi tiga hari IPU... kita maklum tentang masalah kesihatan Anwar dan turut  menggesa supaya pihak berkuasa membenarkan rawatan susulan yang diminta oleh pihak doktor pada awal Jun selepas Anwar menjalani rawatan di hospital," kata IPU itu dalam kenyatan medianya.

Lawatan rasmi IPU selama tiga hari berakhir pada Rabu lalu dan antara agenda mereka ialah mengadakan lawatan menemui Anwar di Penjara Sungai Buloh.

Perkara berkenaan dibangkitkan IPU kerana mereka bimbang terhadap ketumbuhan Anwar di buah pinggang bekas timbalan perdana menteri itu.

Parti baharu beri harapan tawan Putrajaya, kata Mat Sabu

RAYA!! RAYA!! RAYA!!
Mohamad Sabu (2 dari kiri) dilihat bersama aktivis DAP, Syefura Othman dan bekas ketua penerangan Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah Al-Jundi, pada program 'Sembang Moreh' di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussein, 4 Julai, 2015.
Perbicangan berterusan bagi menubuhkan parti politik baharu digerakkan pemimpin progresif PAS, dan satu gabungan baharu parti pembangkang, memberi harapan kepada rakyat Malaysia yang mahukan perubahan.

Bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau sudah mula bertemu dengan rakan politik dan pemimpin masyarakat sepanjang bulan Ramadan ini dan melihat parti baharu ini satu keperluan.

Menurut Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu, beliau pada mulanya beranggapan boleh "berehat" selepas kalah dalam pemilihan PAS bulan lepas, namun situasi tersebut menyebabkannya dipaksa bergiat kembali dalam politik.

Katanya, selepas pulang dari luar negara, beliau diheret memberi ucapan dalam pelbagai acara dan setibanya di Johor, beliau diberikan empat pilihan.

Di antaranya, kekal dalam PAS, menyertai pertubuhan bukan kerajaan, menyertai DAP atau PKR atau menubuhkan parti baharu.

"DAP yang datang dulu 'meminang' jika saya mahu jadi ahli Parlimen, saya pilih DAP, tapi saya sudah menjadi ahli Parlimen selama 3 penggal.

"Kini saya mahu mulakan satu gerakan yang boleh mengambil alih Putrajaya. Jadi saya berterima kasih kepada DAP. Selepas satu perbincangan keputusannya adalah membentuk parti baharu.

"Kita mahu menang di Pulau Pinang dan Malaysia pada pilihan raya umum akan datang," katanya dalam program santai "Sembang Moreh" di pusat khidmat ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, di Taman Ciku, malam semalam.

Peguam yang juga bekas calon Ketua Pemuda PAS pilih DAP kerana PAS undur ke belakang

Bekas ahli PAS Zulhazmi Shariff (empat dari kanan) menyerahkan borang keahlian DAP kepada Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng. – Gambar The Malaysian Insider, 4 Julai, 2015.
Jika sebelum ini PAS menggunakan slogan "PAS For All" bagi menarik minat kumpulan profesional dan bukan Islam untuk bersama-sama dengan perjuangan mereka, namun susulan keputusan Muktamar Tahunan ke-61 di Kuala Selangor bulan lalu, slogan berkenaan kini dilihat lebih bersesuaian untuk DAP, kata bekas ahli.

Peguam muda, Zulhazmi Shariff menyerahkan borang keahlian DAP kepada wakil DAP, iaitu Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Borang keahliannya diserahkan selepas majlis buka puasa anjuran Lim di sebuah restoran di ibu negara dua hari lalu.

Zulhazmi, 39, berkata, beliau kini melihat PAS memilih untuk mengundur ke belakang seperti tahun 1970an dan 1980an apabila kelihatan ingin bergerak sendiri dalam arena politik tanah air.

"Saya lihat PAS semakin mengundur ke belakang sedangkan DAP mengambil cara PAS membuka ruang kepada semua.

"Sebelum ini 'PAS For All' tetapi sekarang sebaliknya, DAP pula yang seolah-olah gunakan 'DAP For All'," katanya kepada The Malaysian Insider.

WSJ: Kami amat berhati-hati, percaya akan dakwaan mereka benar

 
Wall Street Journal (WSJ) hari ini mempertahankan laporan siasatannya berhubung dakwaan penyelewengan dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malah agensi berita itu juga berkata, artikel  berkenaan dibuat berdasarkan siasatan oleh pegawai kerajaan dan laporan tersebut telah dilihat oleh Najib.

Dalam laporannya semalam WSJ mendedahkan bahawa hampir AS$700 juta dana dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah didepositkan ke dalam akaun bank perseorangan atas nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" melalui proksi.

"Ia adalah satu siasatan yang serius. Dokumen yang kami lihat telah diberi juga kepada Peguam Negara Malaysia dan pihak lain di dalam kerajaan.

"Mereka sudah melihatnya dan ia juga telah dilihat oleh perdana menteri," kata Ketua Biro WSJ Hong Kong, Ken Brown dalam wawancara bersama CNBC.

PM perlu bersihkan diri dari dakwaan wall street journal (WSJ) sebagai PEROMPAK.


1.Artikel wall street journal (WSJ) pada hari ini mengambarkan kepada dunia bahawa PM Malaysia Datuk Seri Najib telah terlibat secara langsung dalam kegiatan songlap wang daripada 1MDB sebanyak usd700 juta.apakah dakwaan ini benar?.

2.Artikel ini telah memalukan nama baik Malaysia.rakyat Malaysia tidak dapat menerima dakwaan sebegini dibiarkan tanpa apa apa tindakan pembersihan maruah negara.saya dengan tegas mewakili rakyat Malaysia meminta PM mengambil tindakan undang undang dengan menyaman wall street journal dengan segera.jika PM tidak menyaman saya minta PM melepaskan jawatan untuk membolihkan satu siasatan bebas dibuat.

3.Demi untuk menjaga maruah negara saya meminta PDRM,SPRM dan BANK NEGARA segera menubuhkan satu task force bersama bagi menyiasat dakwaan tersebut.dakwaan ini sangat serius seolah olah PM seorang PENYAMUN?.Ketua Polis Negara,Ketua Pesuruhjaya SPRM dan Gabenur bank negara 'ultimately' mereka bertanggung jawab kepada rakyat dan negara bukan kepada PM.mereka perlu melakukan yang terbaik demi menjaga nama dan maruah negara.kepada mereka saya menyeru 'please do the right thing that your profession demanded'

4.saya juga meminta speaker Dewan Rakyat memanggil Persidangan khas Parlimen tergempar bagi membahaskan isu ini dan membawa usul kepada DYMM Yang DiPertuan Agong agar ditubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes ini.

Dato'Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena.
3 july 2015

Najib sangkal laporan WSJ, salahkan Dr Mahathir

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengulang kenyataan beliau, mengatakan dakwaan tentang wang yang disalurkan ke akaun peribadinya adalah kempen sabotaj politik untuk menjatuhkannya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Julai, 2015.
Datuk Seri Najib Razak malam ini menyangkal apa yang disifatkan beliau sebagai dakwaan tidak berasas dan keterlaluan terhadap beliau dan keluarganya, mengatakan beliau tidak pernah mengambil dana untuk keuntungan peribadi daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB) atau mana-mana entiti lain.

Dalam posting Facebook terbarunya, Najib mengulangi kenyataannya yang dakwaan palsu itu merupakan sebahagian daripada kempen bersepadu sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.

Katanya, serangan ini bermula apabila beliau enggan melaksanakan tuntutan peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah, bekas perdana menteri itu kemudiannya "mewujudkan krisis" dengan membuat tuduhan melulu mengatakan RM42 juta hilang dari 1MDB.

"Dakwaan terbaru ialah saya mengambil dana berkaitan negara untuk kepentingan peribadi.

"Saya percaya, Tun bekerjasama dengan bangsa asing, termasuk blog serangan politik yang kini tidak boleh dipercayai, Sarawak Report, berada di belakang pembohongan terbaru ini.

Mara Inc: Beri jawapan kepada rakyat bukan saya

PANAS !! PANAS !! PANAS !!
Rafizi Ramli

SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata beliau tidak terkilan sekiranya Pengerusi Majlis Amanah Raya (Mara), Tan Sri Annuar Musa enggan menjawab persoalannya mengenai skandal pembelian hartanah di Australia dan United Kingdom.
Sebaliknya beliau berkata, rakyat perlu mengetahui sejauh mana pendedahan-pendedahan yang dilaporkan akhbar Australia dan NGO National Oversight and Whistleblowers (NOW) yang diwakilinya itu berasas atau sebaliknya.
“Kalau dia kata ini tidak menjawab kepada saya, itu tidak penting kerana saya yakin ramai rakyat tahu, setakat ini hanya setelah pendedahan-pendedahan penyelewengan dibuat, barulah kerajaan ambil tindakan.
“Kalau dia kata tidak menjawab kepada saya, rakyat tahu dia menjawab kerana pendedahan yang kami buat,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Kemanakah arah tuju Azmin? Jaga kerusi MB atau perjuangan untuk rakyat?

 
1) Ekoran keputusan PAS mengambil keputusan tanpa bahas memutuskan hubungan dengan DAP mengakibatkan DAP mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat berpecah. 

2) Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui Pakatan sudah mati . Bahawa gabungan politik PR tidak lagi berfungsi secara formal.

3) Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua telah mendesak Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya menggugurkan tiga EXCO negeri dari Pas. DAP memberi tempoh sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri dan sebelum September untuk Azmin membuat keputusan itu. 

4) Pakar undang-undang Dr Abdul Aziz Bari menyarankan :

 a) Usul undi tidak percaya dalam dewan. Mana-mana Adun boleh uji pentadbiran Azmin dengan mengemukakan undi tidak percaya. Ia boleh dibawa oleh Umno, DAP atau pun PAS.

SAH! Pakatan 2.0 Diumum Selapas Hari Raya Aidilfitri

PANAS !! PANAS !! PANAS !!


Beberapa bekas pemimpin PAS (dari kiri ke kanan) Saari Sungib, Datuk Mujahid Yusuf Rawa, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi, Tan Sri Muhamad Muhd. Taib and Datuk Mohd Salleh Man dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 Datuk Rashid Hasnon pada majlis berbuka puasa di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam ini.

Pakatan baharu diumum selepas Hari Raya, kata Mat Sabu

Bekas pemimpin PAS Pusat yang bekerjasama di bawah panji-panji yang dinamakan G18 menjanjikan pakatan baharu selepas Hari Raya Aidilfitri bulan ini.

Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata, mereka mesti membina Pakatan Rakyat (PR) yang baharu yang lebih hebat daripada PR yang kini terkubur.

Beliau berkata ia perlu menjadi pakatan yang menjunjung integriti sebagai nilai paling penting.

"Tugas kita bukan hanya menggantikan Umno dan Barisan Nasional. Kita perlu bentangkan satu formula baru.

"Saya sokong kuat kerajaan Pulau Pinang kerana ia mempunyai integriti dan mengamalkan budaya dan nilai yang serupa dengan ajaran Islam.

"Ia bukan tentang semangat Melayu tetapi semangat harmoni. Tiada ubat lain selain daripada mengubah kerajaan," katanya pada majlis berbuka puasa anjuran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di The Light Hotel di Seberang Jaya malam ini.

KJ beritahu orang SIK sepatutnya minyak dinaikkan 20 sen seliter bukannya 10 sen

RON95
SIK - Kerajaan sepatutnya menaikkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter baru-baru ini, namun memutuskan untuk hanya menaikkan 10 sen seliter, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
 
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk memberikan subsidi bagi menampung baki 10 sen seliter yang tidak dinaikkan itu.
 
"Harga minyak RON95 sepatutnya naik 20 sen seliter baru-baru ini, tetapi kerajaan hanya menaikkannya sebanyak 10 sen seliter," katanya pada majlis penyampaian sumbangan Ramadan di Masjid Bandar Baharu Beris di sini, hari ini.
 
Beliau berkata, penjimatan yang diperoleh kerajaan hasil tindakan menaikkan harga minyak sebanyak 10 sen itu akan digunakan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan bagi kemudahan rakyat.
 

Malaysia kena ambil iktibar krisis Greece

Bendera Malaysia
KUALA TERENGGANU - Kerajaan perlu mengambil iktibar daripada krisis ekonomi yang berlaku di Greece ketika ini, kata Ketua Penerangan Pemuda Pas Kuala Terengganu, Wan Muhammad Mizan Wan Abd Latiff.
 
Menurutnya, ekonomi Greece agak meruncing sejak 2009 berpunca daripada pengurusan ekonomi lemah, rasuah, perbelanjaan boros sehingga hutang negara mencecah 113 peratus.
 
“Daripada laporan yang saya baca dalam 'World Economic Forum', defisit perbelanjaan Greece adalah sebanyak 13.6 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2009.
 
“Hutang Greece pula dijangka naik sehingga 200 peratus daripada KDNK tidak lama lagi.. sehinggakan ia menyebabkan pendapatan kerajaan tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan penjawat awam," katanya.
 
Kata beliau, 'The Economist' melaporkan Greece telah menutup operasi banknya dan mengenakan kawalan modal untuk mendesak kegawatan selepas kegagalan rundingan dengan pemiutang antarabangsanya.

Liga Perdana : Kedah 3 - 2 Kuantan FA

Gol perlawanan malam tadi berkesudahan Kedah menewaskan pasukan pelawat Kuantan FA 3-2 hasil jaringan Muhd Syafiq Ahmad (2 gol) dan Liridon Krasniqi.

Posted by Persatuan Bolasepak Kedah - KFA - on Friday, 3 July 2015




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...