Friday, July 3, 2015
Apabila Pemuda Umno Kedah mengatakan PAS Kedah sekadar bermimpi disiang hari
Doktrin Sedang Dipasak Dalam Otak Setiap Jemaah PAS bahawa DAP tak boleh pakai..!!
Benarkah Kilang JVC di tutup kerana "kegagalan" AZMIN ALI mengurus tadbir negeri Selangor..?
![]() |
LINK FB |
Ketua Pembangkan Penang menang saman keatas KM sebanyak RM500k

Mufti Perlis sindir ketidakadilan terhadap rakyat di negara ini

Susah saya nak saman Hadi, kata Ahmad Awang
Dr M: Kenapa LHDN tak serbu Seri Perdana?
Perkara itu diajukan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu tahu jumlah kutipan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) daripada Najib.
Mahathir berkata beliau tumpuan terpilih diberikan pihak yang sering memantau golongan yang hidup melebiji kemampuan, termasuk menyerbu mereka.
Katanya, kekayaan Najib dikaitkan degan kepentingan perniagaan, yang sepatutnya bermaksud perdana menteri harus membayar lebihan cukai.
“Adakah orang cukai pendapatan siasat dia susulan keuntungan perniagaan ini?
“Berapa banyak cukai dia bayar?
“Sudah tentu perkara ini rahsia. Tetapi saya harap tiada cubaan menutup perkara ini,” kata Mahathir.
Najib kat mana? Najib kat mana? Isu wang dalam akaun peribadi...!
Kenyataan Media: 1MDB
Hari ini Jumaat 16 Ramadhan, adalah masa terbaik untuk DS Najib membuat penafian terbuka terhadap dakwaan terbaru ke atas nya oleh Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report (SR).
Kelambatan penafian hanya akan mengukuhkan dakwaan itu.
Penafian oleh pengurusan 1MDB tidak memadai. Ia lebih sebagai satu helah sementara.
Memang pun dalam laporan WSJ dan SR tidak ada disebutkan kemasukan wang ke dalam akaun peribadi Najib datang langsung dari akaun 1MDB.
Oleh itu, DS Najib tidak boleh berlindung di belakang penafian 1MDB.
Jika wang itu tidak pernah diterima oleh Najib, akaun yang diperincikan nombornya, nama bank dan nama pemegangnya adalah tidak benar sama sekali.
Tidaklah satu perkara yang sukar untuk dinafikan.
Satu perenggan penafian sudah mencukupi.
Dakwaan ini adalah sangat serius. Ia bukan sahaja boleh menyebabkan DS Najib kehilangan jawatan PM bahkan akan merengkok di dalam penjara.
Tiada sebab untuk beliau mengeluarkan penafian.
Penafian segera adalah langkah pertama, disusuli pendedahan atau paling kurang pemeriksaan ke atas akaun yang di dakwa untuk meyakinkan rakyat beliau benar-benar bersih.
Jika tidak, lupakan cadangan rombakan kabinet.
Bagi pihak yang cuba bergayut di bawah lindungan Najib, pastikan anda tidak bergayut di dahan yang rapuh.
Bulan Ramadhan dan Jumaat yang berkat patut digunakan oleh DS Najib untuk membersihkan nama beliau.
Husam Musa
3 Julai 2015
16 Ramadhan 1436H
Isu Mara: Wartawan Australia banyak beri maklumat

Malaysia negara kembar Bangladesh

Apabila pihak kementerian buat kerja caca merba tak mustahil akan muncul "BOUAZIZI versi MALAYSIA"
- Harga makanan di Bazar Ramadan mahal
- Wabak denggi bawaan rakyat sendiri
- Rakyat semakin pening memikirkan bujet raya
- Hukum ONANI di bulan RAMADHAN
KISAH MOHAMED BOUAZIZI DAN KPDNKK
Dua bekas aktivis PAS sertai DAP
KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Dua bekas pemimpin muda PAS, Zulhazmi Shariff dan Mohd Shubihi Md Zain, memutuskan untuk menyertai DAP kerana mahu meneruskan usaha membawa perubahan positif kepada politik negara.
Zulhazmi adalah seorang peguam manakala Mohd Shubihi menguruskan perniagaan sendiri.
Walaupun aktivisme mereka berlatarbelakangkan Islam politik, mereka sedar bahawa DAP adalah parti demokratik sekular yang memperjuangan hak semua rakyat tanpa mengira gender, kaum dan agama.
Bulan lalu, seorang lagi aktivis muda PAS, Sheikh Omar Ali, telah menyertai DAP selepas kecewa dengan kepimpinan parti yang enggan bersikap terbuka dalam kerjasama bagi menentang UMNO-Barisan Nasional.
Kedua-dua mereka menyerahkan borang keahlian kepada wakil-wakil DAP, iaitu Pengerusi DAP Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, dan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Majlis ringkas itu diadakan selepas majlis buka puasa anjuran Lip Eng di sebuah restoran di sini malam tadi.
Selain dua aktivis politik tersebut, remisier pelaburan saham, Syed Hidayat Syed Hassan, turut menyertai DAP.
Hadir sama di majlis tersebut adalah Adun Kampung Tunku, Lau Weng San, Penyelaras Inisiatif Impian Kelantan, Young Syefura (Rara), Ahli Majlis DAP Selangor Mohammad Samad, dan beberapa ahli DAP dan PKR, serta rakan-rakan dari PAS. – Roketkini.com
TMJ isytihar tamat 'perang' dengan Nazri

Melalui satu kenyataan yang dimuatnaik di laman rasmi pasukan bola sepak negeri itu, Johor Southern Tigers semalam, TMJ meminta agar semua pihak menghormati bulan Ramadan dan tidak membiarkan isu itu berlarutan.
“Saya menyeru kepada semua pihak media, cukuplah memainkan isu berkenaan saya, Datuk Nazri dan kerajaan. Saya tahu anda terhibur dengan apa yang berlaku. Apa yang ingin saya sampaikan telah pun saya katakan.
“Hormatilah bulan yang suci ini, dan biarkan saya dan keluarga saya menikmatinya dengan aman. Sekiranya terdapat apa-apa yang ingin saya sampaikan, saya akan memaklumkannya kelak.
"Saya akan terus bersuara demi rakyat dan kepentingan negeri saya,” katanya.
Akui sudah bosan dengan perkara-perkara yang dibangkitkan, TMJ menyifatkan sengketa itu akhirnya tidak akan ke mana malah beliau sempat berseloroh agar diadakan perlawanan tinju untuknya dengan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu.
Apabila HARAKAH dah jadi lidah pembelit di bawah pentadbiran baru...
Harakah dah jadi lidah pembelit ?
Tuntutan asal ambo dgn apa yg dilapurkan oleh harakah Adakah harakah di bawah manusia suci telah menjadi penyambung lidah palsu????
Harakah yg dah jadi lidah pembelit atau sumber maklumat yg sudah meniru...?????
Idris Pengerusi baharu Harakah, Mustafa penasihat
Mustahil MARA terlepas pandang terlebih bayar RM63j!

Menurut Rafizi, beliau sengaja menggunakan perkataan 'penyelewengan' kerana tidak akan ada mana-mana pihak yang sengaja terlepas pandang dana berjumlah RM63 juta.
"Kalau mereka (Mara) kata mereka terlebih bayar RM5 dalam pembelian hartanah di Australia, itu tak apalah.. Saya pun tidak kisah. Tetapi ini melibatkan dana sehingga RM63 juta!
"Ini dikira penyelewengan. Mana ada manusia dalam dunia ni boleh terlepas pandang RM63 juta?," sindir Rafizi pada sidang media hari ini.
Rafizi berkata demikian ketika meneliti pembelian hartanah yang dilakukan oleh Mara ke atas unit S5, 746 Swanston Street (281 unit) di Melbourne pada harga AUD$41.8 juta (RM138.6juta) pada 20 Ogos 2012.
PasMA beri laluan pada G18 untuk tubuh parti baru
Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata pihaknya akan menyokong parti yang ditubuhkan oleh G18.
Phahrolrazi berkata pendirian PasMa ialah perlunya sebuah parti Islam yang baru dalam gabungan pembangkang selepas Pakatan Rakyat berpecah.
"Sekiranya G18 tak tubuh parti, kita (PasMA) akan ambil inisiatif, kita akan teruskan tanggungjawab (menubuhkan parti baru).
"Tapi buat masa ini, ada pihak (G18) nak tubuhkan parti, maka kita bagi laluan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Phahrolrazi menegaskan bahawa usaha menubuhkan parti baru itu memerlukan kerjasama banyak pihak dan tidak boleh secara bersendirian.
“Kita ni NGO penyokong, apa saja keperluan kita terus sokong,” katanya.
Kedah beri bonus RM500 kepada Penjawat Awam

Teruskan tradisi bubur kanji Azizan Razak

Resipi turun temurun sejak 20 tahun lalu itu adalah ramuan istimewa yang diilhamkan sendiri oleh bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Setiausaha Pas Kawasan Jerai, Muaaz Othman berkata, bubur kanji Azizan@Jerai ini memang terkenal sejak 20 tahun lalu dan mula disediakan sejak 1996 ketika Azizan bergelar Adun Sala ketika itu.
“Allahyarham memang pandai memasak, beliau antara pakar masakan dalam kalangan rakan-rakan ketika masih belajar di United Kingdom. Saya sendiri pernah merasai masakan Allahyarham, bubur moi ikan tongkol, memang sedap,” katanya.
Menurutnya, pada mulanya Azizan memasak sendiri resipi ciptaannya itu, sebelum menyerahkan ramuan itu kepada Pas kawasan untuk dijadikan acara tahunan setiap kali Ramadan.