Mural Tunku Abdul Rahman diabadi di Alor Setar  
Artis grafiti Zulfadli Ahmad Nawawi, 29, menyiapkan lukisan mural Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra pada dinding sebuah bangunan di Pekan Melayu. Lukisan berukuran 8x8 meter itu turut memaparkan Bapa Kemerdekaan itu melaungkan 'Merdeka' di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. - Foto Bernama

ALOR SETAR - Setelah mural Tun Dr Mahathir Mohamad diterap pada dinding bangunan di Pekan Melayu di sini, kini mural perdana menteri pertama Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra pula diabadikan di pekan tersebut.
 
Ia dilakar oleh pelukis dari Medium Touch, Zulfadli Ahmad Nawawai, 29, yang menggunakan elemen hitam putih bagi membolehkan orang ramai memahami perjuangan Tunku yang bersusah payah untuk mendapatkan kemerdekaan bagi negara.
 
"Ia menceritakan mengenai kemerdekaan negara. Ia turut menceritakan gambaran  di Stadium Merdeka semasa acara pengisytiharan kemerdekaan dibuat oleh Tunku," katanya kepada Bernama.