TERKINI :

Tuesday, June 30, 2015

Pemikiran pecah dan perintah dalam PAS

Oleh Aspan Alias


Muktamar PAS yang berlangsung di Kuala Selangor sebelum ini merupakan kesinambungan kepada sistem pecah dan perintah peninggalan British. Sistem ini diteruskan Umno dan pentadiran negara dan dilihat sangat berjaya.

Sistem ini mula diaktifkan dalam politik terutamanya PAS melalui pembentukan Majlis Syura. Klimak kepada pecah & perintah ini membentuk blok pemikiran ulama dan bukan ulama.


Pelbagai gelaran kepada bukan ulamak seperti anwarinas, erdogan dan jebon diketengahkan dalam membentuk blok pemikiran sebagai asas kepada pecah dan perintah.

Penganalisis politik banyak mengatakan kumpulan ini diketuai Husam Musa dan Mat Sabu. Sejauhmanakah kebenarannya belum dapat dipastikan lagi.

Pecah & Perintah ini menunjukkan kejayaannya secara 100% apabila wujudnya kumpulan G18 daripada mereka yang kalah dalam pemilihan.

Parti baharu bukan kumpulan terbuang

~ Oleh A Shukur Harun


Selepas dikalahkan dengan cara paling hina di muktamar PAS baru-baru ini, golongan progresif dan sederhana dalam parti itu merancang menubuhkan sebuah parti baharu lepas Hari Raya Aidilfitri sebagai memenuhi harapan baharu rakyat Malaysia.

Penubuhan parti ini juga untuk meneruskan legasi perjuangan Allahyaram Datuk Fadzil Mohd Noor dan Allahyarham Datuk Seri Nik Abd Aiz Nik Mat yang sangat terbuka dan demokratik.

Kumpulan ini mulanya bernama Kumpulan 18 (G18) kini dinamakan “Kumpulan Harapan Baharu” kerana jumlahnya bertambah.

Ia memang berhak mendakwa sebagai pewaris perjuangan kedua-dua tokoh yang amat disayangi majoriti rakyat Malaysia itu.

Ini kerana, golongan progresif ini sangat serasi dengan metodologi perjuangan dua tokoh tersebut iaitu menjadikan PAS parti yang inklusif, tidak jumud dan ekstrem, menyebabkan PAS diterima pelbagai kaum dan agama, meskipun ia tetap memperjuangkan Islam.

Atas inisiatif mereka dan disokong oleh pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat sivil, mereka merancang menubuhkan parti baharu, di mana buat sementara ini dipanggil G18 – mengambil sempena 18 tokoh yang dikalahkan itu. Nama rasmi parti baharu itu akan diumumkan sempena pelancarannya beberapa minggu lagi.

Pakatan Rakyat 2.0 Dan Kuasa Ketiga

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

http://www.roketkini.com/wp-content/uploads/2015/01/election_-650x400.jpg
1) Dominasi Umno/BN mesti ditamatkan kerana sangat banyak menyusahkan rakyat dan umat dalam negara kita. Untuk itu, pakatan pembangkang yang utuh perlu digerakkan untuk menumbangkan satu koalisi besar seperti BN.

2) Tidak ada satu parti pembangkang sahaja yang mampu tumbangkan BN, melainkan parti-parti pembangkang berkerjasama.

Keupayaan ini sudah pun diterjemah dalam beberapa gabungan sebelum ini. Angkatan Perpaduan Ummah, Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat terlah menunjukkan kejayaan yang memberansangkan sebagai landasan yang betul menumbangkan BN.

3) Namun semua gabungan pembangkang tidak bertahan lama, kerana kemelut dan perbezaan di dalamnya yang bagaikan tidak boleh dikendurkan lagi. Masing-masing keras dengan idea dan pendirian masing-masing, sehingga saat ini, Umno/BN yang hampir reput masih mampu bertahan dan mampu kembali bertarung.

4) Dominasi Umno/BN sebagai parti pemerintah nampaknya tidak akan berjaya ditumbangkan dalam PRU14 ini. Namun harapan rakyat masih ada mahukan pembangkang kembali bersatu untuk berdepan PRU14, lawan sehingga berhabisan.

Ekonomi bermasalah: Lebih 107,000 musflis sejak 2010

 Ekonomi bermasalah: Lebih 107,000 musflis sejak 2010
Lebih 107,000 individu diisytihar muflis sejak 2010 hingga April lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata daripada jumlah itu, individu berusia 35-44 tahun merupakan golongan tertinggi diisytiharkan bankrap iaitu seramai 37,888 orang.

“Sementara itu individu di bawah usia 45 hingga 54 tahun sebanyak 29,952 orang, 25 hingga 34 tahun (23,484), 55 dan ke atas (13,490), manakala di bawah 25 tahun seramai 1,469 orang,” katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang ingin tahu mengenai jumlah individu diisytiharkan bankrap.

Ahmad berkata antara punca utama yang menyebabkan kes kebankrapan termasuk gagal menjelaskan bayaran sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, peribadi serta kad kredit, pinjaman perniagaan serta penjamin sosial.

Katanya bagi membendung tahap keberhutangan dalam kalangan golongan muda dan mengelak tindakan kebankrapan, kerajaan antaranya mengambil inisiatif melalui penyampaian pendidikan kewangan secara menyeluruh di peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi.

Semakin ramai rakyat Malaysia memohon taraf penduduk tetap Singapura

Mengucapkan selamat tinggal buat Malaysia

Di Singapura, jumlah rakyat Malaysia yang menjadi warganegara itu semakin meningkat saban tahun. Pada 2012, sejumlah 20,693 kewarganegaraan diberikan kepada penduduk baru republik itu. – Gambar fail Reuters, 30 Jun, 2015.
Pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang terletak di Jalan Jervois, Singapura sibuk hampir setiap pagi dikunjungi rakyat Malaysia yang melakukan urusan memperbaharui pasport, mendapatkan taraf penduduk tetap dan membatalkan kerakyatan.

Kira-kira 30 hingga 50 permohonan melepaskan taraf kewarganegaraan Malaysia diterima setiap hari di Singapura, yang diletakkan ke dalam kotak khas yang disediakan di pondok pengawal pejabat itu, kata seorang pengawal bertugas kepada The Malaysian Insider.

Permohonan melepaskan kewarganegaraan hanya boleh dibuat dari jam 8.15 pagi hingga 11 pagi pada hari Isnin hingga Jumaat, namun pada kebiasaannya, mereka yang datang untuk menyerahkan dokumen selepas jam 9.30 pagi akan diminta kembali semula keesokan harinya.

Mereka diberitahu, kuota untuk permohonan pada hari tersebut sudah pun penuh ketika itu.

Ia menunjukkan betapa ramainya rakyat negara ini yang mahu menukar taraf kerakyatan mereka, walaupun tiada statistik rasmi dikeluarkan mengenai jumlah rakyat Malaysia yang mahu berbuat demikian di republik itu.

Terdapat lebih 1 juta rakyat Malaysia dikatakan tinggal di luar negara sebagai pegawai ekspatriat, sebagai penduduk tetap dan sebagai rakyat negara lain.

PAS hadapi gelombang penghijrahan keluar selepas Aidilfitri

Krisis dalaman PAS sengaja dibayangkan tidak serius oleh golongan ulama yang mentadbir parti itu sejak Muktamar ke 61, yang memusnahkan sama sekali kepimpinan puak profesional.

Bagaimanapun, riak-riak cemas dalam kalangan ulama PAS boleh dibaca lewat amaran yang mereka berikan terhadap pemimpin dan penyokong puak profesional. Daripada hierarki tertinggi, Presiden Hadi Awang, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man sehinggalah yang lebih bawah, Ketua Penerangan Nasrudin Tantawi dan lain-lain; semuanya memberi ingatan mana-mana pemimpin yang berjuang meninggalkan PAS akan karam.

Mereka memberi contoh parti serpihan seperti Hamim dan Berjasa yang ditubuhkan oleh pemimpin PAS terdahulu akhirnya kalah dalam pilihan raya, mengecil dan tidak berkesinabungan selepas beberapa tahun. Parti Melayu Semangat 46 juga dijadikan ikhtibar. Parti serpihan Umno itu akhirnya dibubarkan dan pengikutnya kembali semula kepada Umno selepas 1996.

Bagaimanapun, puak pro ulama terlupa menjadikan PKR sebagai perbandingan. Parti yang ditubuhkan oleh isteri Anwar Ibrahim ini daripada hanya menang beberapa kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) 1999 bertukar menjadi parti pembangkang paling banyak mendapat kerusi dalam PRU 2008.

Bila Anwar tiada.....!!!

http://www.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2015/01/anwar_LARGE.jpg 

"SESUNGGUHNYA orang yang paling gembira sekarang ini adalah orang-orang UMNO/BN. Najib dan Rosmah mungkin boleh tidur lena sikit, kerana tidak perlu fikir sangat yang Pakatan Rakyat 1.0 boleh mengancam mereka lagi untuk menguasai Putrajaya untuk Pilihanraya Umum (PRU) akan datang. Yang beliau perlu fikir hanyalah macam mana cara supaya orang-orang UMNO terus memberi kepercayaan pada beliau untuk terus menjadi Presiden dan PM.

Soal kekuatan pakatan rakyat beliau boleh simpan dalam poket sekejab. Hakikatnya pakatan rakyat sekarang secara teknikal nya telah 'mati', dan apakah mampu untuk dihidupkan Pakatan Rakyat 2.0 menjelang PRU 14, tak ada siapa tahu.

PAS yang sebelum ini dianggap ancaman besar pada UMNO telah 'boh-gear gostan'. Zaman yang mana PAS adalah parti kampung, parti untuk golongan ustaz/ustazah, parti untuk golongan yang ber' ketayap putih saja. “PAS FOR ALL” telah lemas. Muktamar PAS yang baru berlalu menunjukkan golongan profesional yang bukan berpengajian agama samasekali telah di'hudud'kan.

"Anjing & Serigala" serta "Fitnah Edar Pil Kuda"....Hadi guna tektik yang sama....

"ANJING DAN SERIGALA" - FITNAH EDAR PIL GUNA, GUNA TAKTIK ITU JUGA....

http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2013/09/17/hadi%20awang.ashx/?w=620&h=413&crop=1&
APABILA disebut menyalak seperti "anjing dan serigala" buat mereka yang kononnya menolak hukum Hudud, Hj Hadi kata "siapa makan cili banyak sangat, terasa pedas". Ini kenyataan beliau setelah ramai pihak yang mempertikaikan 'uslub' beliau yang bagi aku pun tiada hujah langsung.

Pertamanya, sindiran "siapa makan cili, terasa pedas", itu adalah ayat biasa yang beliau gunakan untuk cover dirinya setelah membuat tuduhan. Dalam isu fitnah edar pil kuda dulu pun, gitu jugalah jawapannya "siapa makan cili, terasa pedas", dan sampai sekarang dia sendiri tidak kenal siapa yang edar pil kuda itu.

Sebab itu di mahkamah, hakim menyebut memang terdapat unsur fitnah, tetapi 'fitnah umum', tidak sebut nama. Maka, Hj Hadi menang kes. Ini saja cara mahu cover, walaupun amat-amat tidak bertanggungjawab atau bijak.

Begitu juga apabila beliau sebut merreka yang menentang hukum Hudud itu umpama salakan 'anjing dan serigala". Apabila ramai yang mempertikaikan cara dakwah Hj Hadi itu, beliai cover lagi dengan contoh makan cili. Siapa yang makan cili? Memang Hj Hadi tidak akan tahu dan kenal siapa yang makan cili itu sepertimana beliau tidak akan tahu siapa yang edar pil kuda dulu.

Dewan Ulama gesa siasatan telus terhadap Mara Inc


Dewan Ulama gesa siasatan telus terhadap Mara Inc  
Suhaimi (kiri) menerima memorandum daripada Mahfodz (dua dari kanan) di hadapan bangunan Mara di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR - Dewan Ulama Pas Pusat hari ini menggesa agar siasatan segera dijalankan dengan telus dan jujur berkaitan tuduhan rasuah terhadap syarikat subsidiari Majlis Amanah Rakyat (Mara), Mara Incorporate Sdn Bhd (Mara Inc).

Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohammad berkata, laporan akhbar Australia, The Age itu menunjukkan rakyat telah disembunyikan maklumat oleh kerajaan selama ini sedangkan kes itu berlaku pada 2013.

"Dewan Ulama Pas Pusat amat menyesali perkara ini sekiranya benar sebagaimana dilaporkan The Age dan ini menunjukkan rakyat disembunyikan fakta sebenar oleh kerajaan dan Mara. Rakyat sepatutnya berhak untuk mengetahui hal seumpama ini terutamanya apabila melibatkan dana awam serta kepentingan negara.

"Oleh itu, Dewan Ulama menuntut siasatan yang telus dan jujur terhadap dakwaan rasuah itu," katanya padda sidang media di hadapan bangunan Mara selepas menyerahkan memorandum kepada Mara, hari ini.

Memorandum tersebut diterima oleh Setiausaha Majlis Mara, Suhaimi Zainuddin untuk diserahkan kepada pihak pengurusan Mara.

Hudud : Umno belum sedia

W.SAIDATUL FADZILAH W.NAJEMUDIN

http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2014/05/satiful-030414.jpg
KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu meminta isu hudud tidak dijadikan isu politik Umno dan BN di negeri ini, apatah lagi apabila mendakwa tidak melihat kesungguhan kerajaan negeri ini terhadap pelaksanaan hudud sebagaimana di Kelantan.

Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat ketika mengulas mengenai kesediaan kerajaan negeri bekerjasama dengan Pas ke arah pelaksanaan hudud sebelum ini memberitahu, sehingga kini beliau tidak melihat sebarang tindakan yang boleh membuktikan kerajaan negeri benar-benar bersedia ke arah itu.

Apatah lagi katanya, pembentangan bajet pada hujung tahun lalu juga turut menjelaskan sikap kerajaan negeri apabila tiada peruntukan khusus untuk memperkukuh pelaksanaan syariah di Terengganu.

“Jadi, saya tidak mahu dijadikan isu politik sahajalah. Tidak ada kesungguhan daripada kerajaan negeri untuk benar-benar melaksanakan enakmen tersebut.

“Pelaksanaan ini bawah bidang kuasa kerajaan negeri, mahkamah dan sebagainya. Kuasa tersebut ada pada pemimpin Umno peringkat Pusat dan juga di peringkat negeri. Jadi apa sebenarnya kerjasama yang dia nak daripada kita?

Mengapa Malaysia jadi lokasi pilihan utama Pati?


Pati 
 Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Malaysia menjadi lokasi pilihan pendatang asing tanpa izin (Pati) kerana kestabilan ekonomi dan politik termasuk peluang pekerjaan yang banyak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar berkata, bagi mengekang kemasukan Pati, pelbagai langkah diambil antaranya operasi bersepadu dan memperkasakan kawalan pintu masuk melalui sistem biometrik.

Menurutnya, pemantauan ke atas premis menggaji warga asing dan institusi pengajian yang mengambil pelajar asing turut dilakukan dari semasa ke semasa.

“Pemantau sentiasa dilakukan, majikan dan institusi yang melanggar Akta Imigresen 1959 dan Akta Pasport 1963 akan diambil tindakan secara tegas.

“Bagi tempoh 1 Januari 2015 hingga 23 Jun 2015,  4,379 operasi bersepadu dilakukan Jabatan Imigresen, daripada operasi itu seramai 26,716 Pati dan 299 majikan ditangkap,” katanya kepada Dewan Negara, semalam, bagi menjawab soalan Senator Datuk Adam Hamid.

Bulan Ramadhan pun hangpa buat maksiat...

Empat pasangan cemar Ramadan

Empat pasangan cemar Ramadan  
Penguat kuasa Jaik melakukan soal siasat terhadap pasangan yang dicekup.
ALOR SETAR - Memalukan, apabila seorang penjawat awam berusia 20-an dicekup tidak berbaju dan hanya berselimut bersama seorang wanita di sebuah bilik hotel di Jalan Lencong Barat, di sini, semalam.

Pasangannya yang juga penuntut sebuah universiti awam berusia 22 tahun pula memakai baju dan hanya bertuala ketika diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).

Keduanya memberi alasan ingin berbuka puasa bersama memandangkan sudah lama berkenalan dan sering berjumpa sebelum mendaftar di hotel itu.

Bagaimanapun, masing-masing mengaku tidak memiliki sebarang ikatan sah sebaliknya hanya sebagai kawan.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pasangan berkenaan antara empat yang ditahan dalam ‘Ops Ramadan’ bermula jam 12 tengah malam hingga jam 4 pagi itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...