TERKINI :

Monday, June 29, 2015

Lepas tarawih, Nik Aziz suruh kami balik

Nik Aziz KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mengamalkan solat sunat tarawih sama seperti yang dilaksanakan di masjid atau surau di negara ini pada bulan Ramadan.

Menurut anak saudaranya, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Allahyarham mengasingkan solat sunat tarawih dan solat sunat witir

"Mengimbas Ramadan, kalau nak sebut tentang rindu itu, saya rindu semasa solat tarawih dengan Allahyarham. Allahyarham mengajar kepada semua ahli keluarga, solat tarawih lapan rakaat tanpa ada witir di belakangnya.

"Setiap kali tarawih, Allahyarham akan sampaikan tazkirah selang empat rakaat dan selepas selesai empat rakaat lagi, beliau akan suruh baliklah," katanya kepada Sinar Online.

Ketika ditanya sebab Allahyarham mengasingkan solat sunat tarawih dan solat sunat witir, Ustaz Ahmad Dusuki berkata, ia bagi menggalakkan kita bangun malam untuk menunaikan solat sunat witir sebelum bersahur.

"Sudah menjadi satu budaya di mana beliau beritahu keluarga agar bangun pagi sebelum Subuh untuk solat sunat witir. Jadi, Allahyarham tidak solat sama seperti yang kita buat di masjid-masjid.

"Kerana beliau mahu galakkan supaya balik nanti jangan tidur sahaja..tidak bangun. Solat sunat witir itu ditunaikan pada waktu pagi sebelum sahur," ceritanya.

Ustaz Ahmad Dusuki yang juga menantu Nik Abdul Aziz akui merindu bacaan Allahyarham dan gaya pemimpin itu sepanjang hayatnya.

Blogger: TPM terlepas peluang singkir Najib

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassan terlepas peluang keemasan untuk menyingkirkan bossnya Datuk Seri Najib Razak selepas Umno memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga 2018, kata seorang penulis blog Umno.

Shahbudin Husin mendakwa Muhyiddin sepatutnya membuat gerakan itu selepas satu klip video dibocorkan yang menunjukkan beliau menggesa pengarah 1MDB dipecat, tersebar meluas.

"Bersama serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib, momentum sebenar bagi Muhyiddin untuk menyingkirkan Najib ialah sebaik tersebarnya video ucapannya di Janda Baik beberapa bulan lalu.

"Ketika itu, selain UMNO agak berbelah bagi berkenaan penyelesaian kerajaan terhadap 1MDB, rakyat juga amat mengharapkan ada sesuatu yang drastik dapat dilakukan oleh Muhyiddin.

"Tetapi oleh kerana peluang untuk bertindak dan melangkah lebih berani itu telah dilepaskan begitu saja, momentum untuk Muhyiddin sebenarnya telah berakhir sekarang ini," kata Shahbudin dalam blognya hari ini.

Beliau menyalahkan Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno itu yang tidak berani dan sikap berhati-hati yang mendorong terlepas peluang untuk membuat perubahan kuasa.

'Usul putus dengan DAP dimuktamad lepas raya'

Majlis Syura PAS dijangka memuktamadkan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP selepas Aidilfitri nanti, kata Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamad.

Beliau berkata ketika ini keanggotaan Majlis Syura masih belum lengkap.

"Sekarang ini hanya separuh daripada ahli Majlis Syura telah dilantik. Mursyidul Am dan Timbalannya pun belum dilantik lagi selepas Muktamar Tahunan PAS 2015 baru-baru ini.

"Majlis Syura belum bermesyuarat. Mungkin selepas raya,” katanya kepada pemberita di perkarangan bangunan Majlis Amarah Rakyat (MARA) di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai status usul Dewan Ulama PAS Pusat yang disokong tanpa dibahaskan semasa muktamar lepas berkenaan cadangan memutuskan hubungan dengan DAP.

Mahfodz, yang juga anggota Majlis Syura sesi 2011-2015, berkata Dewan Ulama akan akur dengan apa jua keputusan muktamad Majlis Syura itu nanti.

"Sekarang ini usul itu belum dilaksana kerana yang hendak memutuskan itu Majlis Syura," katanya.

Dr M: Apa kena mengena tangkapan Justo?

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menangkis seruan agar pihak yang mengkritik 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memohon maaf.

Ini kerana, penangkapan bekas pengarah PetroSaudi International tidak menjawab persoalan utama dalam isu melibatkan usaha sama di antara 1MDB dan PetroSaudi.

Dalam tulisan di blog chedet.cc, Mahathir merujuk kepada dana AS$1.9 bilion yang dipinjamkan 1MDB kepada PetroSaudi.

Mahathir berkata, Najib memberitahu Parlimen bahawa 1MDB meminjamkan AS$1.9 bilion kepada anak syarikat PetroSaudi untuk mengurangkan risiko pegangan sahamnya.

Sepatutnya, pinjaman itu dikembalikan selepas usaha sama 1MDB dan PetroSaudi terbatal, kata Mahathir.

"Memberi pinjaman kepada rakan kongsi JV (usaha sama) yang tidak sesuai, (langkah itu) hanya akan meningkatkan risiko, bukan mengurangkannya.

"Apabila JV itu dibatalkan selepas hanya enam bulan dibentuk, tentulah kerana 1MDB menyedari bahawa usaha itu menyusahkan.

"Apa yang ia patut buat ialah menuntut agar ekuiti dan pinjaman berjumlah AS$1.9 bilion itu dikembalikan.

“Sebaliknya ia diubah kepada satu pinjaman (murabahah). Selepas diberi pinjaman AS$1.9 bilion, di mana wang ini sekarang?,” soalnya.

Reformasikan politik Islam, bukan layan khabar angin parti baharu, kata G18

Pemimpin PAS perlu melihat gambaran yang lebih besar bagaimana memajukan politik Islam yang lebih menyeluruh dan progresif berbanding melayan khabar angin mengenai pembentukan parti Islam baharu, kata bekas pemimpin PAS.

Bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, salah seorang daripada pimpinan yang disingkirkan pada muktamar lalu, atau lebih dikenali sebagai G18 berkata, masyarakat melihat PAS semakin menguncup dan tidak mengamalkan politik terbuka dan menyeluruh.

“Itu lebih besar untuk dibincangkan daripada kita bincang (mengenai) ahli hari ini yang dikatakan G18 kononnya nak keluar parti,” katanya merujuk jawatankuasa tindakan yang ditubuhkan pemimpin progresif PAS yang tewas dalam muktamar lepas.

Kenyataan Mujahid itu seperti secara halus menjawab pandangan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperkecilkan kemungkinan G18 menubuhkan sebuah parti baharu.

Kata Tuan Ibrahim, walaupun G18 berhak menubuhkan parti baharu, namun ia tidak perlu melakukannya semata-mata kerana tewas dalam pemilihan parti.

Mujahid sebaliknya berkata, PAS seharusnya mencari jalan membawa politik Islam ke arus perdana dan menjadikannya lebih menyeluruh dan progresif.

Katanya, PAS juga mesti bersedia untuk melakukan perubahan.

“Apabila kita melihat benda yang besar di depan kita, kita lakukan jauh lebih besar dari isu pembersihan, cantas mencantas sesama ahli.

"Maka segala apa yang dihujahkan terlalu kecil apabila kita melihat kepada keperluan besar yang perlu kita bina dan cipta untuk bawa politik Islam,” katanya.

Mengulas amaran diberi Tuan Ibrahim kepada pemimpin yang kalah supaya wala' kepada pimpinan parti, Mujahid berkata, G18 masih merupakan ahli parti yang setia kepada kepimpinan.

"Kita pun tak kata kita nak pecah, kita masih lagi ahli PAS.

“Cuma kita merasakan ada satu keperluan untuk melihat apa yang berlaku dalam pemilihan baru-baru ini. Bukan kekalahan, tapi pembersihan yang berlaku,” katanya mengulas kekalahan G18 terhadap golongan ulama PAS.

"Agak pelik kalau orang itu halau kita dari rumah, tiba-tiba dia ajak kita balik.”

"Tiba-tiba hari ini, kenapa cakap pasal wala" kata beliau

Najib cuba ketepikan hujah pembelaan dalam kes saman Harakah

 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memfailkan saman terhadap Harakahdaily yang didakwa mengandungi perkataan fitnah yang menggambarkan beliau menyalahgunakan dana 1Malaysia Development Berhad. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Jun, 2015.
Datuk Seri Najib Razak, yang menyaman lidah rasmi PAS Harakahdaily berkaitan satu artikel mengaitkan anak tirinya dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), memfailkan permohonan untuk membatalkan pembelaan balas defendan atas alasan ia tidak relevan.

Peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar, kiri) berkata, pasukan peguam Najib mendakwa, ketua pengarang portal itu Taufek Yahya dan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob tidak boleh bergantung pada pembelaan komen yang adil dan perlindungan bersyarat untuk membolehkan saman itu ditolak.

“Mengikut pandangan mereka, kedua-dua itu ialah pembelaan 'common law' (British) dan ia tidak diperuntukkan di bawah Akta Fitnah (Malaysia),” katanya.

Hanipa yang mewakili Taufek berkata, beliau menentang pandangan itu dan akan mematahkan hujah mereka.

Pengurusan kes diadakan Jumaat lalu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng yang mengarahkan Hanipa dan peguam Faiz Fadzil yang mewakili Rosli, memfailkan afidavit mematahkan permohonan Najib sebelum 1 Julai.

Hebat Ketua Penerangan PAS Kedah yang baru...

PAS Kedah percaya, rakyat negeri ini telah melihat dan dapat membuat perbandingan adil antara tempoh pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah sesi lalu di bawah kepimpinan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak dari Kerajaan BN Negeri Kedah yang diterajui Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Terbukti, Mukhriz bukan sahaja gagal menyambung pelbagai perancangan untuk memacu Kedah ke arah mensejahterakan rakyat seluruhnya, bahkan segala impian dilontarkannya sehingga kini tidak lebih hanya sebuah angan-angan.

Idea dilontarkannya bukan sahaja tidak realistik dan tidak dapat dicapai secara nyata setelah dua tahun memerintah, bahkan tidak mendapat sokongan Kerajaan Persekutuan.

Hebat Ketua Penerangan PAS Kedah yang baru... kenyataan pertama keluar selepas memegang jawatan terus bantai Mukhriz... Ini baru dinamakan Ketua Penerangan bijak menghala muncung senapang kepada sasaran sebenarnya.

KIPIDAP Ketua Penerangan....cuma satu sahaja nasihat jangan hangat2 taik ayam sahaja tetapi selepas nie semuanya kembali sunyi sepi selepas dilanda bantera Mukhriz...

AnakKedah007
SUMBER - KLIK SINI

TMJ beritahu rakyat bahawa pemimpin yang pengecut adalah paling bahaya sekali

 
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan bahawa pemimpin yang pengecut adalah paling bahaya sekali, sambil menekankan tentang pentingnya integriti dalam kepimpinan.

Tunku Ismail berkata nenda baginda - Almarhum Sultan Iskandar - selalu berpesan bahawa sifat kepimpinan yang paling agung adalah integriti, yang menurut baginda, semakin sukar dijumpai.

"Baginda juga berpesan bahawa seorang pemimpin yang pengecut merupakan manusia yang paling bahaya sekali, dan salah satu ujian dalam kepimpinan adalah untuk mengenal pasti sesuatu masalah sebelum ianya menjadi darurat.

"Baginda juga mendidik saya bahawa pemimpin yang hebat memperoleh kekuatan untuk mencapai visinya daripada semangat yang kental dan bukannya daripada jawatan atau kedudukannya," tegas baginda dalam Facebook Johor Southern Tigers.

Apakah Revolusi yg dirancang oleh Ulama PAS pada PRU 14... Selepas ketiadaan... TGNA..


Mereka telah menjalankan pembersihan kepada golongan pro aktif atau progressive. Yg ada didalam Pas secara total.. Bukan sahaja di kelantan.. Malah seluruh Malaysia.. 

Kajian telah dijalankan amat memeranjatkan sekali pembersihan ini bukan sahaja pada peringkat tertinggi secara total... Pada pusat dan negeri malah peringkat cawangan bawahan pun berlaku...

Peringkat atasan semua bersih... Dan mereka menguasai sepenuhnya.. Manakala peringkat bawahan mereka menguasai 2/3... Golongan bawahan yg progressive hanya tinggal 1/3 yg menang dalam Pas..
Peratus ini dikira berdasarkan jumlah undi yg didapati oleh golongan atasan pro.gressive.. Yg kalah... Dan jumlah undi yg mereka dapat.

Kesan buruk dari Revolusi ini Menyebabkan pas akan kehilangan 1/3 sokong ahli.. Sama ada keluar parti atau mereka masih ahli parti tetapi tidak memberikan sokongan pada PRU.

Hal ini samalah seperti umno mempunyai ahli parti lebih hampir 4 juta tetapi ketika PRU... Ahli umno sendiri tidak memberikan undi kepada umno.

Mohon PJ Pas Kedah yang baru meneruskan saman keatas penulis buku M.Sayuti Omar

oleh AnakKedah007

Saya sebagai anak warga Kedah ingin mengucapkan TAHNIAH KEPADA PJ PAS KEDAH yang baru iaitu Ustaz Ahmad Fakhruddin B Sheikh Fakhrurazi untuk melihat semula kes penulis buku KEJATUHAN KEDAH yang dikatakan fitnah itu supaya diteruskan kes saman keatas penulis tersebut. 
Jika sebelum ini PJ PAS Kedah yang dikatakan JEBON dan merupakan seteru kepada arwah mantan MB Kedah yang lalu.
Jadi saya berharap dengan amanah dan tanggungjawab diberikan oleh PAS Pusat maka tindakan menyaman penulis tersebut hendaklah diteruskan seberapa segera.
Ini adalah bertujuan untuk membersihkan nama arwah Ust Azizan Abd Razak..

Pas Kedah tuntut penulis minta maaf
Pas Kedah tuntut penulis minta maaf  
Laporan Sinar Harian edisi Utara, 31 Oktober lalu.
 
ALOR SETAR - Pas Kedah menuntut penulis buku ‘Kejatuhan Kerajaan Pas Kedah: Inside Story’ oleh penulis bebas, Mohd Sayuti Omar (MSO) tampil memohon maaf kerana ia sarat dengan fitnah.
 
Setiausahanya, Musoddak Ahmad berkata, penulis juga wajar memohon maaf kepada keluarga bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, memandangkan buku itu memfokuskan kepada pentadbiran Allahyarham.

Apabila Tok Mufti pun merungut disebabkan membeli TAMAR kena GST..!!

Ini cerita TAMAR punya pasal...sebab itu dahulu kami katakan GST nie zalim dimana dia mengambil dan menyedut duit tak kira siapa...hang orang kayakah, hang orang miskin kah, hang anak yatim kah, hang ibu tunggal kah, hang bapa tunggal kah semua dia sedut.....janji kerajaan msyuk.....

Nah sekarang Tok Mufti pun meluahkan ketidakpuasan beliau mengenai GST...nasib nasib......


Sumber : Anakkedah007

Apaila RANI KULUP marah kerajaan BN nak bawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh

Kenapa nak tambah lagi, sekarang pun dah ramai!

Abdul Rani Kulup Abdullah  
Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah ketika ditemuramah wartawan Sinar Online di pejabat Sinar Harian, Shah Alam. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN
SHAH ALAM - "Tidak wajar sebenarnya. Dalam negara ini pun sudah lebih jutaan warga asing, ini hendak tambah, lagi kacaulah!".
 
Demikian rungutan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, 60, ketika ditanya berkenaan cadangan kerajaan untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini.
 
Menurutnya Malaysia akan menerima impak lebih negatif dek kebanjiran warga asing ini pada suatu hari nanti.
 
 "... kita khuatir lama-kelamaan penduduk Malaysia ini besok sudah berkecamuk, " katanya kepada Sinar Harian Online. 
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...