
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
SHAH ALAM- Sekiranya rombakan Kabinet dilakukan, Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak disaran melantik menteri di kalangan anak muda
yang bersih, cerdik dan beriman supaya boleh memacu negara kita ke
depan.
Pensyarah Sains Politik Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM),
Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata,
sudah tiba masanya menteri yang dilantik memahami denyut nadi rakyat dan
bukannya dari golongan yang bercakap seperti tin kosong.
“Lantiklah menteri yang dapat memahami kesempitan hidup rakyat dengan keadaan ekonomi sekarang.
"Jangan lagi melantik menteri yang mengeluarkan kenyataan seperti badut,” katanya kepada Sinar Online.