TERKINI :

Saturday, June 27, 2015

Parti baru tidak semudah atur demonstrasi

Oleh Muhaimin Sulam

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/Muhaimin_Sulam.jpg
Awalnya tulisan ini hanya untuk beberapa rakan saya yang pernah berkongsi meja mesyuarat Tingkat 5 Pejabat Agung. Namun, saya kira perlu dikongsi dalam ruang maya yang ada. (saya hanya ada empat grup whatsapp politik)

Soal untuk menubuhkan parti baru tentu ada baik buruknya. Menubuhkan parti bukanlah kerja mudah. Saya tidak nampak keperluan untuk dihebohkan pada masa sekarang. Tanah kubur masih merah lagi. Ia mungkin perlu tapi perancangan hendaklah jauh teratur dari seperti kaedah untuk menganjurkan demonstrasi.

Terma 'wadah baru' mungkin lebih realistik dan wibawa. Maaf, penubuhan parti baru hanya sekadar bersifat reactionary dari post muktamar.

Adalah satu keperluan untuk memastikan team yang dianggotai AJK Pas yang tersingkir sebagai peneraju berada dalam satu persefahaman. Jika tidak, 'yang kalah' ini pasti berbalah dengan 'yang kalah'. Jauh untuk menongkah kezaliman pemerintah.

PKR main selamat selepas penceraian DAP-PAS

Oleh Alyaa Alhadjri

http://bm.theantdaily.com/Documents/Article/30123/PKR-plays-it-safe-in-DAP-PAS-divorce-aftermath_BAHASA_785x442.jpg
Mendengar kata-kata pemimpin de facto Anwar Ibrahim yang berada dalam penjara supaya gabungan pembangkang bangkit seperti phoenix daripada abu, PKR kini sedang dalam usaha membuat pakatan baru dengan pihak yang berkongsi matlamat bersama menjatuhkan Barisan Nasional.

Naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Semut Harian yang parti itu mengekalkan pendirian “semua hubungan rapat”, sehingga keputusan akhir di capai di antara DAP dan PAS tentang kerjasama di masa hadapan.

“DAP telah menerima fakta yang ia telah mengeluarkan kenyataan terburu-buru,” kata MP Batu itu, merujuk kepada keputusan terbaru parti untuk memutuskan ikatan dengan PAS dan mengumumkan ‘kematian’ Pakatan Rakyat.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng berkata yang parti itu hanya mengikut keputusan yang telah dibuat oleh PAS sebelum ini yang dilakukan semasa penggulungan muktamar, walaupun kepimpinan pusat PAS yang kini didominasi golongan ulama kemudiannya menekankan yang keputusan masih belum disahkan oleh Majlis Syura dan jawatankuasa kerja pusat.

Tawaran Tan Sri Khalid mahu jadi MB semula tidak munasabah

SAYA terpanggil untuk memberikan respon balas kepada mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilaporkan bersedia untuk menjadi Menteri Besar Selangor semula sekiranya menerima kepercayaan Dewan Negeri Selangor dengan majoriti mudah.

Tidak berbangkit sebarang isu berkenaan kehilangan sokongan majoriti ke atas YAB Mohamed Azmin Ali pada ketika ini kerana majoriti Ahli Dewan Negeri daripada KEADILAN, DAP dan PAS telah memberi sokongan kepada beliau. Ini diperkukuhkan lagi dengan kenyataan Presiden PAS yang menyokong Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan KEADILAN melalui YAB Mohamed Azmin. Muafakat yang terhasil ini diterjemah kepada kepercayaan terhadap YAB Mohamed Azmin untuk terus memimpin kerajaan Negeri Selangor berpandukan semangat Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang semakin mengambang sepertimana diungkapkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN.

Sekali Lagi Najib Perlekehkan Muhyiddin

Shahbudin Husin, 


Sudah sah kini pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan pada 2016 ditangguhkan selama 18 bulan bagi memberi laluan agar pilihanraya umum ke 14 diadakan terlebih dahulu.

Ini bermakna, pilihanraya umum dan pemilihan UMNO kemungkinannya akan diadakan pada tahun 2018 nanti.

Dengan keputusan ini bermakna Najib terus mengulangi kebiasaan yang dilakukan Tun Abdullah Badawi ketika menjadi Presiden UMNO yang sentiasa menangguhkan pemilihan UMNO sehingga pilihanraya diadakan kononnya untuk mengurangkan perpecahan sesama ahli parti.

Najib seolah-olah selesa dengan amalan tersebut dan tidak menunjukkan keberanian walaupun sedikit pun untuk keluar daripada kepompong tersebut.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Najib Razak mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan mesyuarat MT UMNO pada petang Jumaat.

Mengumumkan bahawa penangguhan itu dilakukan berdasarkan Fasal 10.16 perlembagaan, Najib juga berkata, ia bagi memberi peluang kepada UMNO untuk terus berkhidmat kepada rakyat serta bertujuan mengukuhkan parti.

Penangguhan pemilihan Umno – adakah kesannya?

 Keputusan untuk menangguhkan pemilihan parti dilihat para penganalisis lebih berkaitan usaha memastikan kedudukan Datuk Seri Najib Razak kekal dalam Umno, daripada membantu menyelesaikan masalah yang dihadapinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Jun, 2015.
Keputusan menangguhkan pemilihan parti dilihat boleh memberi ruang bernafas kepada presiden Umno supaya dapat berurusan dengan bahagian parti yang bersuara selepas diserang pemimpin terdahulunya yang masih dihormati, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi penganalisis politik Ibrahim Suffian berpendapat, ia tidak akan benar-benar membantu Umno menangani cabaran yang dihadapinya sebagai sebuah institusi yang berdepan rakyat yang semakin bijak menilai.

Keputusan itu lebih berkaitan usaha memastikan kedudukan Datuk Seri Najib Razak kekal dalam Umno.

Hakikat yang Najib berjaya mendapatkan persetujuan anggota Majlis Tertinggi menerima keputusan itu mencerminkan kekuatan dalam parti, kata Ibrahim.

Ini kerana, beberapa orang daripada mereka sebelum ini dilihat mengambil pendirian berbeza dari Najib mengenai isu seperti skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

‘Pembersihan etnik’ dalam PAS antara punca Sheikh Omar sertai DAP

 Sheikh Omar Ali berkata semangat perjuangan demokrasi yang dibawa DAP selari dengan semangat yang dianjurkan Islam, dan berbanding PAS, parti tersebut tampak lebih serius tentang memperjuangkan isu membabitkan rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Jun, 2015.
Kecewa dengan sikap sebahagian pemimpin PAS yang lebih gemar menjadikan parti Islam itu "eksklusif" dan berterusan dengan polemik lama yang sering dikitar semula, serta "pembersihan etnik" pada pemilihan parti awal bulan ini, Sheikh Omar Ali mengambil pendirian keluar parti dan menyertai DAP.

Bekas penuntut jurusan Usuluddin di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya itu berpendapat, keputusan pemilihan PAS yang menyaksikan kelebihan dimiliki kumpulan konservatif dari kalangan pro ulama juga menyaksikan parti itu semakin ketinggalan 30 tahun ke belakang.

Keadaan ini berbanding DAP, yang pada pandangan bekas ahli PAS berusia 30 tahun ini, nampak lebih serius dalam memperjuangkan isu yang membabitkan rakyat.

"Agak lama saya berada dalam PAS, namun sikap sesetengah pimpinan parti Islam tersebut yang terus-menerus mengulangi polemik serta titik bengik konflik dalamannya yang terlalu panjang, menyebabkan PAS menjadi begitu ekslusif dan seolah-olah tidak mahu bergerak ke hadapan mendepani isu rakyat.

Najib jangan ingat mereka Robin Hood, rembat RM42bilion pastu ambik buat bina masjid RM20juta

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membawa pemikiran "sangat berbahaya" kepada pembangunan insan kerana memberi mesej salah kepada rakyat dalam isu 1MDB, kata Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Dalam kenyataan beliau hari ini Mahfuz berkata, kenyataan Najib mengenai sumbangan 1MDB untuk pembangunan masjid menunjukkan seolah-olah seseorang boleh melakukan dosa sebanyak mungkin sebelum 'mencucinya' dengan sedikit sedekah atau pun mengerjakan umrah.

Inilah yang dilakukan 1MDB.

Kabinet Harian PAS KEDAH diumumkan oleh Pesuruh Jaya yang baru

KABINET HARIAN BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI KEDAH SESI 2015/2017

Pesuruhjaya : Dr. Ust Ahmad Fakruddin Hj Fakrurrazi

Timbalan Pesuruhjaya 1 : Dato' Dr. Mohd Hayati Othman

Timbalan Pesuruhjaya 2 : Dato' Ust Najmi bin Ahmad

Timbalan Pesuruhjaya 3 : Hj Muhammad Sanusi bin Md Noor

Setiausaha : Ust Musoddak Hj Ahmad

Bendahari : Hj Muhamad Sobri Osman

Ketua Penerangan : YB Ust Ahmad bin Yahya

Pengarah Pilihanraya : Ust Hj Azizan bin Hamzah

Pemangku Ketua Dewan Ulamak : Tuan Guru Hj Mohd Rejab Md Akhir

Ketua Dewan Pemuda : YB Ust Mohd Azam Abd Samat

Ketua Dewan Muslimat : YB Dato' Ustazah Ashah Ghazali

FGV menyusuli 1MDB: Lagi Bencana Ekonomi

Nasib Peneroka.

Kesian peneroka felda. Harapkan durian runtuh, rupanya bencana ekonomi yang turun. Harga sawit jatuh. Barang naik harga. Kos hidup meningkat. Jenerasi kedua tidak berumah. Tanah 360,000 hektar yang sepatutnya dibuka untuk peneroka, dirembat oleh FELDA dan di jalankan oleh Felda Plantations. 360,000 hektar boleh mengujudkan 90,000 peneroka.

Wang Berkurangan.

Wang dan dana dari felda kian berkurang. Dengan dana yang terhad, banyak kemudahan awam seperti jalan2 dalam rancangan, dewan orang ramai, kemudahan asas terjejas. Peneroka mendapati sukar untuk meminjam dari koperasi sebab koperasi sudah tidak banyak wang. Dividend 14-15% setahun yang mereka nikmati selama 30 tahun, tidak ada lagi...peneroka bingung, pemimpin hairan.

Ramai peneroka bertanya ahli parlimen mereka, dan ahli parlimen yang tidak tahu hal ehwal peneroka dan kehidupan mereka tidak dapat memberi jawapan. Malah ada antara ahi parlimen tidak pun tahu peneroka dapat dividend, atau dapat bonus dihujung tahun untuk hari raya, untuk persekolahan anak dan sebagainya. Semua ini akan berkurangan dan mungkn tiada.

Terima kasih kerana menegur, kata Mat Sabu kepada Hadi

 Mohamad Sabu mengalu-alukan sebarang teguran, peringatan dan amaran daripada pemimpin dan seluruh ahli jawatankuasa PAS terhadap hasrat menubuhkan parti baharu di Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Jun, 2015.
Mohamad Sabu menghargai teguran Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap ura-ura mengatakan dirinya dan pemimpin yang tersingkir (G-18) mahu menubuhkan parti baharu.

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu berkata, sebarang peringatan, teguran dan kecaman terhadap diri dan rakan-rakannya akan diambil kira dan dibincangkan secara terperinci sebelum langkah seterusnya diambil.

"Kami mengalu-alukan sebarang teguran, peringatan dan amaran daripada mursyidul am PAS, presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden, ketua Pemuda dan seluruh ahli jawatankuasa dalam hal memperingati saya dan rakan-rakan jika berhasrat untuk menubuhkan parti baru di Malaysia ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohamad berkata, walaupun langkah yang bakal dibuat mereka antara lainnya bertujuan untuk mempertahankan Islam dan masyarakatnya dan rakyat Malaysia secara amnya, namun teguran itu masih dihargai.

Najib tiru Mahathir selamatkan diri

ULASAN MALAM                                                                                                                 

Lewat petang tadi Mohd Najib Razak mengumumkan pemilihan Umno yang dijadualkan pada tahun depan ditangguh selama 18 bulan. Ini bermakna pemilihan Umno baru boleh diadakan pada tahun 2018. Memandang pada tahun itu kemungkinan pilihan raya umum ke 14 akan diadakan, bermakna pemilihan Umno akan diadakan selepas itu.

Najib menggunakan Fasal 10.16 perlembagaan Umno untuk membuat penangguhan itu. Fasal berkenaan memberi kuasa kepada MT untuk menangguhan pemilihan pada peringkat MT, kawasan dan cawangan.

Beliau memberi tahu selepas mesyuarat MT petang ini. Katanya penangguhan itu untuk membolehkan parti dikukuhan dan melakukan kerja yang dirancang. Ia juga bagi memberi peluang kepada rakan-rakan komponen memantap kedudukan untuk menghadapi pilihan raya. Salah satu rakan komponen BN yang sedang dibelit kemelut dan masalah ialah MIC yang tiba-tiba kehilangan presiden apabila RoS mengistyharkan G Palanivel lucut keahlian.

Tindakan Najib itu walaupun mengikut kehendak perlembagaan dan beta pun ikhlas untuk memperkukuhkan Umno dan BN tetapi ia sudah tentu dilihat lebih untuk melindungi kedudukannya sebagai presiden Umno dan perdana menteri.

PAS masih ada kekuatan walaupun diserang - Timb Presiden PAS


KUALA LUMPUR: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man tidak menafikan PAS akan kehilangan sokongan dari pengundi Cina pada pilihan raya akan datang berikutan siutasi semasa selepas Muktamar Tahunan PAS Ke-61 yang lalu.

Namun katanya, PAS masih mempunyai sokongan dari pengundi Melayu yang merupakan pengundi teras kepada parti itu.

"Kita tengok ada sedikit reaksi dalam segi sokongan pengundi Cina bila kerjasama dalam Pakatan Rakyat longgar.

"Dalam masa yang sama kita masih mempunyai pengundi teras (Melayu), namun sokongan dari bukan Melayu juga kita perlukan," kata Timbalan Presiden PAS itu kepada Harakahdaily.

Beliau turut berpendapat, kemelut yang berlaku itu akan memberi peluang kepada PAS dalam melengkapkan pengundi Melayu.

Mahfuz mahu Azmin nyatakan pendirian Selangor


Mahfuz mahu Azmin nyatakan pendirian Selangor  
Mahfuz pada sidang media di pejabat Pas Pokok Sena.

ALOR SETAR - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali digesa menyatakan pendirian berhubung status kerajaan PR  Selangor setelah Pas memutuskan terus menyokongnya mengekalkan kerajaan negeri sedia ada.

Bekas Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, penjelasan itu perlu kerana Adun Kinrara, Teresa Kok sudah memberi bayangan melalui laman sosial 'Facebook' mengenai harapan kepada kelahiran Pakatan 2.0 setelah Muktamar Pas menerima usul memutuskan hubungan dengan DAP bagi mematikan PR.

Menurutnya, dalam masa yang sama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu mengarahkan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad untuk meminta seluruh Adun Pas terus menyokong Azmin.

Kes Minum Air Kencing : Waris tarik balik laporan polis


Waris tarik balik laporan polis  
Keadaan pondok pengawal sekolah berkenaan yang dikatakan menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab membaling molotov koktel malam kelmarin kini sedang diselenggara.

SUNGAI PETANI – Seorang waris sebuah sekolah kluster berprestasi tinggi yang membuat laporan polis berhubung isu ketidakpuasan hati dengan kenyataan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) menarik balik laporan terbabit, semalam.

Waris terbabit, Jayasharma Gopalkr, 37, berkata, penarikan itu dibuat setelah objektif yang diinginkan terhadap kes itu tercapai.

“Objektif kami ialah mahu tindakan terhadap guru terbabit diambil, dia telah pun membuat permohonan maaf dalam perhimpunan khas selain dipindahkan ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

“Saya berpuas hati dan kini mahu bertindak secara profesional dengan menarik balik laporan polis,” katanya kepada media semalam.

Difahamkan, pihak sekolah melalui guru terbabit membuat permohonan maaf melalui perhimpunan khas kepada murid sebagai penjelasan dan guru terbabit juga sudah dipindahkan ke PPD sementara siasatan dijalankan.

Aduhai peniaga bazar ramadhan, nak untung pun jangan la dijual 'karipap oksigen'

Kecewa terbeli 'karipap oksigen'

Kecewa terbeli 'karipap oksigen'  
‘Karipap oksigen’ yang dibeli nyata mengecewakan kerana inti terlalu sikit.

GEORGETOWN - Sungguh tidak patut apabila ada peniaga yang didakwa sengaja mengambil kesempatan sepanjang Ramadan kali ini.
 
Kisah berkenaan sering kali berlaku menyebabkan pelanggan semakin muak dengan sikap peniaga yang tidak jujur dan terbaru, pembaca Sinar Harian mengadu terbeli ‘karipap oksigen’.
 
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Yan berkata, telah membeli karipap daripada peniaga di sebuah bazar Ramadan, di sini.
 
“Tiga biji karipap dijual pada harga RM1 dan pada masa itu, saya tergesa-gesa membeli kerana waktu berbuka sudah hampir tiba. Saya ambil mana saja juadah yang ada supaya boleh bergerak dan sampai rumah cepat.
 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...