Friday, June 26, 2015
Tangan Najib pembawa malang
Kes Justo: Antara versi menteri, polis Thai
Beberapa menteri terus membangkitkan isu maklumat milik PetroSaudi International (PSI) yang didakwa diubah suai dalam usaha membebaskan 1MDB daripada sebarang salah laku.
Pada masa sama, polis Thai pula menyatakan penangkapan bekas pekerja PSI, Xavier Andre Justo hanya berkaitan cubaannya memeras ugut bekas majikannya menggunakan maklumat dibocorkan, bukan berkaitan siasatan 1MDB.
Sumber daripada bahagian pencegahan jenayah polis Thai berkata, Interpol dan pihak berkuasa Malaysia tidak terbabit dalam siasatan ke atas Justo.
Kata sumber yang enggan dikenali itu, polis Thai menyiasat lelaki Switzerland itu dari aspek peras ugut kerana perbuatan itu disyaki dilakukan dalam bidang kuasa negara berkenaan.
Malam kelmarin Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, ketika siasatan Justo mengaitkan beberapa individu Malaysia yang memintanya memanipulasi maklumat bocor berkenaan yang diserahkan kepada laman web Sarawak Report.
Kaha Ahmad Zahid, Putrajaya sedang bersedia untuk mengekstradisi beberapa individu jika mendapat permohonan daripada pihak berkuasa Thai.
Anwar Ibrahim cetus Reformasi 1.0...Mat Sabu cetus Reformasi 2.0...
Rakyat yang masih ingat siri jelajah Reformasi yang digerakkan ikon politik Anwar Ibrahim selepas beliau dipecat daripada Umno pada 2 September 1998 pasti mampu membandingkan peristiwa itu dengan road tour pemimpin progresif PAS hari ini.
Pemimpin progresif yang dipancung dalam Muktamar PAS ke 61 awal Jun lalu kini mendapat tempat istimewa di hati ahli dan penyokong PAS. Ke mana sahaja mereka pergi akan menerima sambutan hangat. Dua pentas disediakan untuk mereka. Iaitu Terbuang Tapi Terbilang dan Jasamu Dikenang. Pemimpin yang ditampilkan setakat
ini ialah Mohammad Sabu, Mujahid Yusuf Rawa, Faiz Fadzil dan Dr Hatta.
Mat Sabu menjadi tumpuan utama. Ceramah beliau di Lembah Pantai beberapa hari lalu dihadiri tidak kurang seribu orang. Rakyat ingin mengetahui sesuatu yang baharu dari pemimpin PAS yang tersingkir. Ingin mengetahui gerakan politik mereka dan tidak mustahil akan terus menyokong ke mana sahaja hala tuju politik tokoh-tokoh itu meski pun meninggalkan PAS.
Perkara yang sama terjadi dalam gelombang Reformasi 1998. Anwar dinanti-nantikan kunjungannya ke seluruh negara. Rakyat ingin mengetahui dari mulut beliau sendiri mengenai fitnah liwat dan kekejaman rejim Mahathir.
Umno tangguh pemilihan parti 2016
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penangguhan pemilihan parti itu yang sepatutnya berlangsung tahun depan.
Najib berkata, pemilihan itu ditangguhkan selama 18 bulan.
Laporan Astro Awani menyebut, Najib berkata ia bagi memberi peluang kepada Umno untuk berkhidmat kepada rakyat dan mengukuhkan parti.
"Pemilihan parti tahun hadapan akan ditangguhkan selama 18 bulan. Setelah kita dibincangkan, MT (majlis tertinggi) mengambil keputusan itu mengikut Fasal 10.16 Perlembagaan parti yang memberi hak kepada majlis tertinggi.
"Amat penting bagi kita untuk utamakan rakyat, keperluan rakyat, dasar dan akar umbi serta pengukuhan parti supaya Umno lebih mantap bagi menghadapi PRU (pilihan raya umum) akan datang," kata Najib seperti dipetik laman itu.
Menurutnya lagi, penangguhan pemilihan itu juga pernah dilakukan semasa presiden parti sebelum ini.
"Zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi juga sama.
"Bukan Umno tidak demokrasi dan mengamalkan keterbukaan, kita amalkan peluang untuk adakan pemilihan berdasarkan Perlembagaan Umno," katanya lagi.
Najib bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat majls tertinggi parti itu di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.
Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak tahun lalu lagi berharap agar pemilihan tersebut tidak ditangguhkan.
Muhyiddin yakin Umno tidak akan berpecah jika pemilihan tetap dilangsungkan pada tahun depan.
“Pemimpin Umno sudah cukup matang untuk menghadapinya,” kata timbalan perdana menteri seperti dipetik dalam laporan Bernama, November lalu.
Mahathir Mula Mengalah, Mahu Najib Dihukum Dalam Pilihanraya?
Kisah kejadian gempa bumi yang tidak dipaparkan

Mercun: Keluarga boleh didakwa cuai
IZWAN ROZLIN,MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Nizar hairan Pemuda PAS Ipoh suruh DAP singkirnya sebagai ketua pembangkang

Haron Din : G-18 untungkan musuh
Menurut laporan The Star hari ini, Haron menasihati kumpulan digelar G-18 itu supaya tidak meninggalkan PAS atau mereka akhirnya akan dilupakan.
"Sekumpulan kambing akan menjadi lebih selamat apabila mereka bersama, tetapi kambing yang memilih untuk bersendirian berdepan risiko diterkam serigala," katanya.
Haron yang tidak pernah memenangi sebarang kerusi dalam mana-mana pilihan raya berkata, dengan berpisah daripada kumpulan utama, mereka bukan saja menyebabkan perpecahan parti, malah gerakan Islam.
"Tindakan mereka hanya akan menguntungkan musuh," katanya.
Masa depan Pakatan Selangor dibincang Ahad ini, kata PKR
- Akhirnya MOKHTAR SENIK Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Memadam Status Bermimpi Jumpa Nabi & Sahabat
- Apabila AJK PAS PUSAT tak berani nak mengaku partinya sebuah jamaah Islam...
- Sekarang puaslah hati PAS
Siapa nak tukar pemerintah yang zalim adalah kawan kita, siapa yang nak beri tongkat adalah lawan kita
Antara POLIS & SPRM mana lagi berkuasa..??
Tesco Dikecam Jual Pringles Perisa Babi Sempena Ramadan
Jika ada parti baru jangan sokong Umno/BN..insya'allah ia takan berkubur....
![]() |
KLIK SINI |
Insiden 'lampu pecah' di PWTC....ini kata Tun Mahathir
- Akhirnya MOKHTAR SENIK Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Memadam Status Bermimpi Jumpa Nabi & Sahabat
- Apabila AJK PAS PUSAT tak berani nak mengaku partinya sebuah jamaah Islam...
- Sekarang puaslah hati PAS
Legasi saya dah musnah, Tun Mahathir
Apa beza penguatkuasaan MAJLIS terhadap Signboard UMNO di Penang dan Gerai di Kulim

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat dan Perhubungan Awam Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKK, Munira Abdul Halim berkata, penyitaan barangan penjaja di kawasan itu dilakukan setelah mereka ingkar untuk mematuhi notis arahan yang dikeluarkan pada pertengahan Mei lalu.
Menurutnya, notis itu mengarahkan penjaja atau pemilik gerai di situ mengalihkan peralatan mereka setelah tamat berniaga kerana ia menyebabkan halangan di tempat awam serta bukan kawasan tapak berniaga yang dibenarkan.
“Pihak kami membuat operasi sitaan atau rampasan terhadap beberapa penjaja yang masih enggan mengalihkan barang niagaan mereka walaupun notis arahan dikeluarkan sebelum ini.
Kedai Makan kalut nak tutup jam 12, kasino dan night club tak pulak sebok nak tutup jam 12..?

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, cadangan itu, termasuk mengehadkan waktu operasi pusat hiburan, akan turut diambil perhatian pihak berwajib dalam menangani gejala sosial yang semakin meruncing ketika ini.
"Kita ambil maklum negara maju menetapkan beberapa perkara berkaitan aktiviti malam; pastikan umur 18 tahun ke bawah tidak boleh keluar selepas jam 11 malam.
"Kedai makan pula dihadkan masa tertentu seperti hanya boleh beroperasi sehingga jam 12 malam. Atau jangan bertolak ansur dengan pusat hiburan yang beroperasi lebih masa atau diambil tindakan," katanya.
Terbaik !! Masuk Kasino Genting pun ada kod etika berpakaian, takan nak masuk premis kerajaan tak ada..???
- Akhirnya MOKHTAR SENIK Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Memadam Status Bermimpi Jumpa Nabi & Sahabat
- Apabila AJK PAS PUSAT tak berani nak mengaku partinya sebuah jamaah Islam...
- Sekarang puaslah hati PAS