TERKINI :

Thursday, June 25, 2015

Akhirnya MOKHTAR SENIK Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Memadam Status Bermimpi Jumpa Nabi & Sahabat

Dah dipadamkan. Atau dihidekan dari pandangan public. Itupun kerana dikritik kaw2 angkara status berkenaan.

Status yang dimaksudkan ;



Semakan aku di laman rasmi fb Mokthar Senik ;

1. Dia start padam/remove komen2 yang sindir dia dalam isu berkenaan mimpi nabi.

2. Dia tafsirkan komen2 tersebut sebagai 'sampah'.

3. Dia tak ulas apa2 pun berkaitan kritikan tentang dirinya yang berkongsikan isu mimpi bertemu Nabi SAW dan Umar.

Aku percaya kita semua ada peluang untuk bermimpi tentang nabi dan Umar. Tetapi sebaik2nya jika kita bermimpi macam tue tak perlu la kita kongsikan pengalaman kita secara terbuka.

Apabila AJK PAS PUSAT tak berani nak mengaku partinya sebuah jamaah Islam...

AJK PAS AKUI PAS BUKAN JEMAAH ISLAM 


1. AJK PAS Pusat, NorAzli Musa akhirnya mengakui parti itu bukanlah sebuah jemaah Islam seperti mana yang diwar-warkan dan difahami oleh ahli parti itu.

2. Sedutan video wawancara beliau disiarkan dalam TV Harakahdaily organ PAS, bagi menafikan kenyataan yang kononnya telah diputarbelit. " Siapa keluar PAS, kafir.. " yang menjadi viral dalam laman sosial.

3. Katanya : " Saya mengeluarkan bahawa hanya jemaah Islam, saya tidak pernah mengeluarkan kata siapa yang keluar PAS itu kapir. Ini satu fitnah yang dilakukan kepada saya......" ( minit 1.58 )

Maka, berdasarkan penjelasan "tuan empunya tubuh sendiri", difahami bahawa PAS bukanlah jemaah Islam. PAS bukan Islam, Islam bukanlah PAS, sepertimana yang diwar-warkan selama ini.

PAS hanyalah sebuah parti politik. Keluar PAS tidak akan jadi kapir......

SUMBER

500,000 pekerja Bangladesh akan dibawa masuk

zahid,bangladesh

PETALING JAYA: Malaysia dijangka menerima 500,000 pekerja Bangladesh dalam tempoh enam bulan akan datang di bawah perjanjian pengambilan baharu yang diperakui oleh kedua-dua negara pada Rabu.

Pekerja Bangladesh itu akan ditawarkan kontrak selama tiga tahun dengan pilihan lanjutan setahun.

Menurut seorang pegawai ekspatriat Bangladesh, perjanjian Kerajaan kepada Kerajaan (G2G) yang dipersetujui pada November 2012 oleh Kementerian Kebajikan dan Pekerjaan Luar negara Bangladesh gagal menepati kehendak pekerja.

Ini kerana lebih 100,000 rakyat Bangladesh menjadi mangsa penipuan oleh agensi tenaga kerja dan terperangkap dengan penyeludupan manusia.

“Di bawah perjanjian baru, Business-to-Business (BB) mekanisme pengambilan dijalankan melalui agensi swasta kedua-dua negara,” kata Setiausaha Bersama Kementerian, Kazi Abul Kalam, dalam satu laporan The Star Daily.

Sekarang puaslah hati PAS

 
  Perkara 1, Pengistiharan Hak Asasi Manusia Sejagat menyebut, “semua manusia lahir bebas dan saksama dalam maruah dan hak-haknya.” Maruah merujuk rasa kemuliaan diri dan kehormatan peribadi. Ia merujuk kepada perihal nama baik dan harga diri.

Penggunaan frasa harga diri membayangkan suatu jenis urusniaga perasaan – mahal, murah atau sampah (seperti saya!). Ia mengukur makna kehinaan – penghina, orang yang dihina dan penghinaan.

Ia permainan kejam si kuat ke atas si lemah – yang tuan dan yang hamba, yang kalah dan yang menang, yang mulia dan yang hina, yang ularmak dan yang profesorsional, yang mencakar dan yang terluka, parah serta dalam kedukaannya.

Dalam politik, maruah (nama baik dan kehormatan diri) amat penting untuk dijaga. Misalnya, ahli parlimen Jeli, Mustapha Mohamad merasa terhina dengan niat suci DAP mahu membina masjid buat para mangsa banjir.

Ataupun golongan pro ulama Pas merasa terhina dengan ucapan Lim Kit Siang yang mengangkat hak-hak kemanusiaan, menolak pelaksanaan perundangaan deraan fizikal dan hukuman mati yang kejam.

Makanya, hasrat Muktamar PAS yang meluluskan usul tanpa bahas anjuran sayap teras Dewan Ulamanya untuk memutuskan hubungan dengan DAP telahpun menjadi kenyataan.

Apabila Ketua Cawangan PAS merangkap penjual akhbar harakah mengeluh surat habaq tak laku

http://mk-cdn.mkini.net/639/dabdbb5387f492c3111575b3375f3d7a.jpg 

Ketua Cwg Pas Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul, KL, Hj Abdul Kadir Tauhid terpaksa berhenti drpd menjadi pengedar utama Harakah bg kws Bandar Baru Sentul berikutan semakin ramai ahli enggan membeli lidah rasmi Pas itu sebaik slps Muktamar Pas ke-61 awal Jun ini.

Ini berikutan senario yg semakin buruk membadai parti Islam itu. Katanya, ramai lg pengedar2 kecil Harakah terpaksa berhenti kerana ahli2 sudah tidak berminat.

Ujarnya, terdapat 6-7 orang yg memberitahu beliau, mereka sudah tak mahu jadi ahli Pas, kerana sangat flip flop, tak ada pendirian dan ada seorang yg mematah2kan kad keahlian Pas di hadapannya sehingga berkecai.

Amacam?

Nasrudin: Pemimpin G18, rujuk sejarah juang PAS

 
PAS menasihatkan pemimpin progresif PAS (G18) yang mahu menubuhkan parti Islam baru supaya merujuk sejarah panjang perjuangan Islam yang dibawa PAS selama ini.

Menurut MP Temerloh itu lagi, jika mereka berbuat demikian, maka pemimpin kumpulan itu akan menemui kesempurnaan perjuangan Islam yang dibawa parti itu.

"Bagi mereka yang merasakan perlunya satu lagi parti Islam, ada baiknya mereka dengan ikhlas merujuk sejarah perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS yang panjang.

"Ini kerana mana-mana individu yang melihat kembali sejarah dan merujuk sumber-sumber Islam dengan jujur dan ikhlas akan segera mendapati kesyumulan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

"Kita beristiqamahlah sehingga kemenangan," katanya melalui kiriman Whatapps kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas kenyataan kumpulan progresif yang menyatakan keperluan mempunyai sebuah parti Islam baru kerana PAS didakwa bersikap tidak terbuka malah Majlis Syura dikatakan mengongkong kepimpinan.

Bersidakah Putrajaya tutup kedai makan 24 jam - Senator

http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/Asraf_Wajdi_Dusuki_SPI_Melbourne_KC_Boey_pic_no_credit_20052015.JPG
Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki (gambar, kanan) hari ini mempersoalkan Putrajaya sama ada kerajaan Barisan Nasional (BN) itu bersedia untuk menguatkuasakan arahan penutupan kedai makan yang beroperasi 24 jam di negara ini.

Asyraf di Dewan Negara hari ini berkata ia susulan daripada laporan dikeluarkan Majlis Sosial Negara (MSN) yang menyatakan kedai makan 24 jam menjadi punca utama peningkatan gejala sosial di negara ini.

"Saya difahamkan saranan MSN menyatakan kedai beroperasi 24 jam punca kepada pelbagai peningkatan gejala sosial. Jadi saya ingin tahu apakah kerajaan bersedia daripada segi 'political will' atau memberi panduan kepada kedai ini untuk menutup operasi 24 jam.

"Ini berlaku (tutup operasi kedai lebih 24 jam) berlaku di semua negara termasuk negara maju mereka tidak akan benarkan kedai makan beroperasi lebih 24 jam Jadi adakah kerajaan mempunyai komitmen ke arah itu," katanya.

Berakhirnya Pakatan, mimpi indah atau ngeri buat Umno

Oleh Datuk Nur Jazlan Mohamed


Tarikh 16 Jun 2015 dipilih Wikipedia, enjin pengumpul maklumat Internet sebagai tarikh pembubaran Pakatan Rakyat (PR), gabungan parti pembangkang PAS-PKR-DAP selepas ditubuhkan pada 1 April 2008 menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Selama 7 tahun pakatan pembangkang ini dibentuk bermula daripada pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi, perdana menteri ke-5, hinggalah ke era pemerintahan Datuk Seri Najib Razak, tidak dapat dinafikan ia membawa landskap politik baharu Malaysia.

Disebabkan gabungan parti pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat, ia membawa kepada “turunnya” Abdullah sebelum tamat mandat penggal pemerintahannya, apabila memikul tanggungjawab sebagai pemimpin terhormat Umno selepas Barisan Nasional (BN) apabila parti buat pertama kali gagal mengekalkan majoriti dua per tiga.

Namun, ketika Najib diharap BN membawa ombak baharu bagi menenggelamkan semula PR selepas 2008, PRU 13 menyaksikan harapan berkenaan punah apabila keputusan yang dicatat gabungan parti pemerintah merosot dan buat pertama kali juga kalah dalam undi popular.

Mat Sabu boleh redakan DAP

Oleh Subky Latif


APAPUN usul Dewan Ulamak yang tidak dibahas Muktamar tetapi diserahkan kepada kebijakan Majlis Syura Ulamak, tentang hubungannya dengan DAP memberi peluang yang baik kepada DAP bagi menyalah PAS mengenai kedudukan Pakatan Rakyat.

Mungkin itulah kesempatan yang terbaik baginya untuk membebaskan diri daripada PAS yang dikira masalah baginya sejak lebih setahun lalu.

Tiada apa yang kita dapat kata lagi tentang PAS dan DAP justeru DAP membuat pendirian yang tegas tentang usul itu dan tidak selesa PKR mengambil sikap yang lunak dengan PAS atas kejadian itu.

Kiranya ada sedikit ruang dalam hati DAP, mungkin Pakatan Rakyat boleh diselamatkan sekalipun PAS boleh diajak berunding lagi, maka usul memutuskan PAS dengan DAP yang diserahkan muktamadnya pada Majlis Syura, masih memberi ruang bagi menjadikan Pakatan medan penting bagi menggantikan BN dalam PRU 14 nanti.

Kenyataan Haji Hadi Awang ada benarnya

Oleh Aspan Alias

Pandangan Haji Hadi Awang yang parti baru yang bakal ditubuhkan oleh kumpulan kalah (G18) dalam pemilihan parti PAS itu ada benarnya jika dipandang dari satu sudut pandangan politik. G18 itu akan tenggelam jika menubuhkan parti baru dan keluar dari PAS. Kumpulan G18 in akan bergabung dengan PasMa untuk menjadi rakan kongsi Pakatan Rakyat yang baru sebagai pengganti PAS yang tidak lagi diakui oleh rakan kongsi Pakatan Rakyat sebagai segabungan dengannya.

Selalunya satu kumpulan serpihan itu tidak kekal. Tidak tahu pulalah jika yang kali ini ia akan kekal. Kita tunggu sahajalah. Masa akan menentukan. Jika ia kekal Alhamdulillah dan saya ucapkan selamat berjuang dan teruskan apa-apa yang anda semua hajatkan.

Jika kita masih dibuai oleh sentimen tanpa memikirkan apa yang anda semua akan lalui secara realitinya maka anda akan merasakan yang anda semua akan menjadi satu ‘force’ yang ‘formidable’. Kita belum nampak lagi ranjau-ranjau yang bakal anda tempuhi dalam perlaksanaan politik mereka anda. Tentulah ada pihak yang berkepentingan mahukan keadaan ini berlaku, tetapi itu adalah mainan pilitik yang biasa, terutamanya dalam politik Malaysia ini.

1MDBgate, FGVgate, MARAgate- selamat datang ke Malaysia Darul Rasuah.

Oleh sakmongkol AK47


Ini bukan soal masih mahu bercakap mengenai FGV. Malah ketika masa apungan lagi dalam tahun 2012, saya telah menulis dengan panjang lebar membantah apungan fgv. FGV is a bloody mistake. The fault lies with Najib.

By now, biarlah rakyat tahu, seperti saya sebut secara terbuka dalam parlimen- setiap pembelian, setiap projek yang dilakukan oleh kerajaan, ejensi kerajaan dan oleh mereka yang mempunyai kuasa regulatory- merupakan alasan2 untuk balun duit rakyat.

Sama ada dalam projek2 kurnia dihujung tahun, tender terpilih, rundingan terus, belian kerajaan dan pemalsuan harga - setiap nya digunakan sebagai alasan dan wadah membalun dan menyamun duit rakyat.

Apa justifikasi bayar 2 kali ganda kepentingan Rajawali Group?

Tidak munasabah, FGV yang mengalami keadaan bisnes yang merosot, bermurah hati membeli kepentingan Peter Sondakh dua kali ganda dari harga yang sepatutnya. Istilah willing buyer , willing seller adalah istilah yang meletihkan dan overrated. Permuatan antara pencuri yang sama2 willing- adakah ianya suatu transaksi yang morally right? Dan kalau melanggar undang2 adakah ianya legally right?

Siasatan terhadap Nazri Aziz selesai, sekarang diserah kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut

Faiz Zainudin

Pihak polis akan menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

igp
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan terhadap Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz telah siap dan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, kata Ketua Polis Negara.

Beliau berkata, pihaknya telah selesai merekodkan keterangan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu kira-kira seminggu yang lalu.

Katanya, Nazri disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim baru-baru ini.

Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan itu merupakan kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan khianat awam.

“Kita habis merakam semua percakapan Nazri dan akan memajukan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara bila-bila masa,” kata dalam sidang media sempena Pelancaran Filem Bukit Kepong versi digital definisi tinggi (HD) di Bukit Aman pada Selasa.

Lebih baik tubuh parti baru dari mempertahankan Najib, UMNO


Mohamad Fadli
| June 24, 2015

Keputusan kumpulan progresif dalam Pas menubuhkan parti baru juga lebih baik daripada bersama pro ulama.


hadi awang, UMNO, ulama
PETALING JAYA: Rancangan kumpulan progresif dalam Pas untuk menubuhkan parti baru amat tepat bagi memenuhi inspirasi rakyat.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, keputusan itu adalah lebih baik berbanding terus bersama kepemimpinan Pas yang pro ulama.

Katanya, ia juga lebih baik untuk kumpulan progresif itu berbanding terus tenggelam kerana mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.

“Mereka menubuhkan parti Islam baru yang sesuai dengan kehendak rakyat serta bersandarkan aspirasi berbilang kaum masyarakat di negara ini adalah untuk menjadikan diri mereka terus timbul dalam persada politik negara ini,” tulisnya diblog.

Shahbudin mengulas surat terbuka Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada semua ahli Pas yang memberi amaran ahlinya yang keluar parti pasti akan tenggelam.

Dahulu PAS pertahan Khalid yang BEBAS, kini pertahankan Azmin pula yang PR

Pas terus sokong Azmin sebagai MB

Iskandar Abdul Samad  
SHAH ALAM - Pas Selangor hari ini menyatakan sokongan penuh kepada Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor dan komited untuk terus menjalinkan kerjasama akrab dengan rakan parti komponen PR.

Pesuruhjaya Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, kerajaan negeri pimpinan Mohamed Azmin harus dipertahankan bagi memastikan segala agenda pembangunan dan kebajikan negeri dapat diteruskan.

"Hari ini Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan menyatakan harapan agar kerajaan PR Selangor terus dipertahankan kerana ia adalah kerajaan yang dibina bersama melalui kepercayaan rakyat.

"Sehubungan itu, ingin saya tegaskan di sini bahawa kami Exco-exco Pas Selangor dan Adun Pas Selangor menyokong penuh Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor," katanya dalam kenyataan di sini.

Parti serpihan tidak mampu bertahan lama - Nik Amar


Mohd Amar Nik Abdullah

KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sejarah telah membuktikan penubuhan parti serpihan tidak mampu bertahan lama.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, perkara itu perlu dijadikan iktibar oleh mana-mana pihak yang bercadang untuk menubuhkan parti politik baharu sebelum ia hanya tinggal nama dalam lipatan sejarah.

"Berdasarkan sejarah yang ada di Malaysia, parti-parti serpihan ini tiada yang bertahan. Contohnya Parti Melayu Semangat 46 dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), semuanya berkubur.

"Kita tidak menghalang (penubuhan parti baharu) cuma kita sebut sejarah supaya boleh dijadikan iktibar. Tetapi kalau mereka rasa yakin, tiada masalah dan bukan kuasa kita untuk menghalang," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.

Fokoskan gerakerja "Parti Baharu" secara berkesan dan profesional, sasarkan anak-anak muda

FOKUSKAN GERAKERJA PARTI BAHARU SECARA BERKESAN DAN PROFESIONAL, SASARKAN ANAK-ANAK MUDA


Parti baru itu nanti berpotensi menjadi wadah untuk mengenengahkan pemimpin-pemimpin muda. Sasarkan ramai muka baru sebagai calon dalam lingkungan usia 30'an. Dalam setahun ini lakukan program grooming yang intensif tentang sistem, aspek sosialnya, 'nature' kerja sebagai MP dan ADUN, tentukan niche masing-masing. Misalnya ada kelompok yang fokus pada ekonomi, ada yang pada pendidikan, family unit, trafik, industri desa, kesihatan, media dan yang seumpama dengannya. Beri mereka tugasan untuk menyelidik, bertemu ahli akademik, masyarakat di akar umbi, korek data melalui tesis-tesis Masters dan PhD di universiti dan lakarkan pelan yang hendak diusulkan.

Proses kaderisasi ini lakukan secara terbuka. Generate dana dan tawarkan kepada anak muda yang bakal menjadi calon ini penebusan hutang PTPTN jika ada.

Parti baru ini juga saya rasa berdepan kesukaran di kawasan luar bandar. Maka santuni agamawan yang atas pagar, yang masih bersama PAS tetapi tidak menganut pemikiran eksklusif berkenaan, minta pendapat mereka, namun parti baru ini jangan banyak berceramah atau terpesona dengan skill berceramah semata.

Ada sebab kenapa Tun M selalu turun bazar


Ada sebab kenapa Tun M selalu turun bazar  
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sempat meninjau gerai-gerai yang menjual juadah berbuka puasa di bazar Ramadan Stadium Shah Alam, hari ini. - Foto Sinar Online oleh MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN

SHAH ALAM - "Nak cari popia," itu jawapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya tujuan beliau selalu turun ke bazar Ramadan.

Katanya popia merupakan antara makanan wajib beliau sekiranya ingin berbuka puasa.

"‎Tun teringat Pekan Rabu kah?’ soal seorang pengunjung yang turut mengambil kesempatan bertanya kepada beliau?

“Pekan Rabu tidak berapa ada popia, cuma ada pulut udang.

“Sini tidak ada pulut udang, orang sini tak tahu buat pulut udang, orang Kedah sahaja boleh," selorohnya ketika ditemui Sinar Online di Bazar Ramadan Shah Alam Seksyen 13 hari ini.

Sedekah bukan sekadar memberi

Ikhlas kerana-Nya adalah perkara utama dalam bersedekah

OLEH NORKUMALA AWANG


TERLALU banyak nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada umat-Nya. Setiap orang dianugerahkan nikmat dan rezeki yang berbeza-beza. Cara dan jalan untuk memanfaatkan nikmat tersebut juga berlainan di antara setiap individu. Pemberian rezeki oleh Allah adalah

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan yang menerima, mulakanlah dengan mereka yang di bawah tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah itu adalah yang tidak mengorbankan keperluannya atau keluarganya, sesiapa yang menahan daripada meminta sedekah dia akan dijaga oleh Allah SWT, sesiapa yang merasa berpada-pada maka diberikan Allah SWT kelegaan kepadanya. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Sedekah bermaksud memberi sesuatu atau barang kepada orang yang memerlukan dengan tidak mempunyai apa-apa tujuan khas. Ia dilakukan dengan hati yang ikhlas kerana Allah SWT. Amalan bersedekah amat digalakkan dalam Islam. Ia merupakan amalan mulia, di samping diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT, amalan tersebut membuka jalan keredhaan dan kesenangan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...