TERKINI :

Wednesday, June 24, 2015

Pakatan Rakyat Baru Direstui Anwar?

Shahbudin Husin,


Perkembangan terkini dalam blok pembangkang menunjukkan bukan saja sebuah parti Islam baru bakal wujud tidak lagi, bahkan juga akan disusuli dengan penyusunan semula Pakatan Rakyat yang benar-benar beraspirasi mahu menggantikan BN mentadbir negara ini.

Setelah kumpulan progresif Pas yang menggelarkan diri mereka G18 mengadakan beberapa pertemuan, seorang daripada anggotanya, Khalid Samad hari ini mengesahkan mengenai penubuhan sebuah parti Islam baru itu.

Katanya, parti baru itu berkonsepkan untuk semua tanpa mengira kepercayaan dengan teras perjuangannya ialah untuk memerangi rasuah dan menegakkan keadilan kepada rakyat.

Sebelum ini beberapa pemimpin progresif Pas seperti Mohamad Sabu, Nizar Jamaluddin dan lain-lain turut membayangkan perkara yang sama yang sekaligus menunjukkan mereka ini sudah tawar hati dengan trend perjuangan yang dibawa oleh Pas pro ulama sekarang.

Pada malam semalam juga, kumpulan G18 ini turut mengadakan pertemuan dengan pimpinan utama PKR dan DAP di kediaman bekas Setiausaha Agung Pas, Kamaruddin Jaafar yang dipercayai sebagai tanda-tanda awal kepada penyusunan semua Pakatan Rakyat yang dalam keadaan tidak menentu ketika ini.

Ambil tindakan jika ahli Umno terlibat bakar bendera DAP, kata Ku Nan


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor enggan mengakui ahlinya terlibat sama dalam demonstrasi membakar bendera DAP di Pulau Pinang semalam dan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Jun, 2015.
Umno bersikap tegas dan akan mengambil tindakan terhadap ahlinya sendiri jika didapati terlibat dalam demonstrasi membakar bendera DAP di Pulau Pinang semalam, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tengku Adnan atau lebih dikenali sebagai Ku Nan bagaimanapun enggan mengakui ahlinya terlibat sama dan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Saya tidak tahu siapa yang buat, ada yang tuduh Umno buat.

"Kita tidak tahu tetapi kalau Umno buat kita akan ambil tindakan kepada ahli yang buat perkara ini kerana ini bukan sikap Umno.

"Orang boleh guna nama Umno. Betul atau tidak kita tidak tahu," katanya kepada pemberita ketika menghadiri program bantuan baju raya untuk anak yatim di pusat beli-belah Jakel di Kuala Lumpur, hari ini.

Reformasi 1998 & Penyembelihan 2015 - Adakah PAS jadi sejarah bersama UMNO selepas ini?

REFORMASI 98 DAN PENYEMBELIHAN 2015.


Aku nak menulis berkaitan tajuk ni sejak minggu lepas tapi sebok sikit, jadi aku nak tulis hari ni untuk sama-sama pikiaq.

Tahun 1998 Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) telah dipecat dari Kabinet dan kemudian dibuang dari Umno oleh Tun Mahathir. Pemecatan DSAI diikuti dengan fitnah dan pendakwaan rekaan di Mahkamah semata-mata utk menjustifikasikan tindakan Tun Mahathir. Malaysia melihat ianya suatu episode malang di mana seorang yang mempunyai jawatan nombor 2 dlm negara diperlakukan sebegitu hanya kerana tidak bersetuju dengan ketua, berbeza pendapat dan pendekatan atau dengan kata lain tidak wala' pada ketuanya.

Akibat tindakan pemecatan, pendakwaan, penderaan dan kezaliman tersebut, gelombang kebangkitan rakyat memuncak. ada ahli2 Umno yang tidak berpuashati dan bersimpati dgn DSAI telah keluar dr Umno memberikan sokongan kepada DSAI. Pengikut2 setia DSAI juga keluar mengikut beliau dan ada yang masih setia bersama Umno walau pun bersimpati dengan beliau. Ada kawan2 beliau ditangkap dan diISAkan seperti Menteri Dalam negeri sekarang yang ditangkap di Sabah.

Gelombang kebangkitan masyarakat membuak2. Ahli2 Umno ada yang menyertai PAS yang merupakan parti musuh Umno. Mereka menyertai PAS bukan kerana PAS baik tetapi kerana hendak lawan Umno.

Tahniah | Denda RM2,000 Jika Berpakaian Mencolok Mata Ke Bazar Ramadan

 Gambar hiasan
KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyatakan wanita Islam di negeri itu yang berpakaian mencolok mata termasuk mengenakan pakaian terlalu pendek atau ketat sepanjang Ramadan boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000.

Ketua Siasatan JAIP, Mohd Anis Azmin berkata, pemeriksaan yang dilakukan oleh pihaknya di beberapa lokasi di bazar Ramadan mendapati ramai wanita Islam memakai pakaian tidak sopan yang dianggap sebagai tidak sesuai.

“Mereka perlu mengelak daripada memakai pakaian seperti itu sepanjang bulan mulia ini.

“Ini merupakan amaran kepada orang ramai sebelum kami melakukan operasi terhadap pesalah tidak lama lagi,” katanya seperti dilapor sebuah portal berita, hari ini.

Kemunculan parti Islam baru untuk semua?

Malaysia tidak lama lagi bakal menyaksikan kelahiran parti Islam baru yang akan membuka pintu kepada semua rakyat tidak mengira kepercayaan dengan syarat mereka bersetuju dengan perjuangan terasnya.

Ini akan menjadi menjadi kenyataan sekiranya PAS tidak memenuhi pendekatan inklusif yang dibina pada masa ini, kata MP Shah Alam.

Tidak seperti PAS, kata Khalid Samad, objektif parti baru itu antara lain lebih kepada memerangi rasuah dan menegakkan keadilan.

Bercakap kepada Malaysiakini, beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat berkata parti itu masih berpandukan kepada prinsip-prinsip Islam.

"Pendekatan kami lebih inklusif. Kami mahu semua kumpulan orang Islam dan bukan Islam bersama-sama kami dan menentang rasuah. Inilah apa yang (Allahyaham bekas presiden) Datuk Fadzil Nor bawa.

"Ia adalah perjuangan Islam berdasarkan kepada prinsip Islam. tetapi jika bukan Islam bersedia untuk menerima asas perjuangan, maka tidak ada masalah (mereka untuk menyertainya)," katanya.

Tidak seperti pemimpin PAS yang lain, Khalid lebih jelas menceritakan mengenai inisiatif baru itu sebagai parti politik yang sedang dalam penubuhan sedangkan pemimpin lain memilih menggunakan perkataan 'platform'.

Ditanya sama ada kumpulan pemimpin progresif yang dikenali G18 mahu menubuhkan parti baru, Khalid berkata:

"Ya, besar kemungkinan jika ia tidak memenuhi visi pendekatan yang inklusif yang dibina pada masa ini.

"Jika ia mula menjadi lebih pendiam, lebih nak halau orang keluar keluar, nak yang suci murni saja bersama dia, maka sudah tentu pendekatan itu (tubuh parti baru) kami mahu," katanya.

Perincian mengenai parti itu masih di peringkat awal, kumpulan pemimpin progresif itu merancang untuk menarik sokongan profesional, aktivis, pemimpin NGO Islam atau bukan Islam.

Ustaz Fadzil Noor ! “Tidurlah Bagaikan Malam Pengantin”

Oleh Ridzwan Abu Bakar

23.6.2002, adalah hari yang duka bagi para pendokong gerakan Islam di Malaysia, apabila dimaklumkan bahawa YB Ustaz Hj Fadzil bin Mohd Noor dipanggil balik bertemu dengan Allah SWT di HUKM, Kuala Lumpur setelah hampir 2 minggu berada di katil menerima rawatan di HUKM, Kuala Lumpur.

Dua minggu sebelum itu, di Muktamar PAS yang diadakan di Dewan PUTIK Kota Bharu, ketika mengucapkan Terima Kasih bagi pihak perwakilan kepada YB Ustaz Hj Fadzil Mohd Noor atas ucapan dasar yang disampaikan, Ustaz (sekarang Dato’) Hj Abu Kassim Abdullah selaku pengerusi tetap Muktamar telah membaca sepotong hadith yang mafhumnya ganjaran kepada mereka yang menghabiskan masa, tenaga dan harta untuk perjuangan Islam, akan dikatakan kepada mereka pada saat dikebumikan “Tidurlah bagaikan malam pengantin”, (hampir dalam setiap kali Muktmar Ust Abu Kassim akan baca hadith ini diselangi dengan pantun-pantun yang meniupkan semangat, yang antaranya “berakit-rakit ke hulu, berenag-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemduan” dan pantun-pantun memperkenalkan AJK Pas Pusat).

Pecat Segera Isa Samad Dan Ceo FGV!

Kenyataan Akhbar

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) mengulangi desakan kepada YAB Perdana Menteri agar memecat segera Tan Sri Isa Samad, Dr Emir Mavani, CEO FGV dan membuat rombakan besar besaran keatas pengurusan FGV. Mereka ini ibarat tikus membaiki labu, yang melingkupkan Felda dan FGV.

Meskipun FGV telah di gantung dari Bursa Malaysia pada tahap sahamnya RM1.86 dan ditarik balik(disenarai semula) sahamnya terus jatuh pada kadar RM1.68 dan kini berlegar sekitar RM1.75. Prestasinya amat mengecewakan.

Secara tiba tiba kita di maklumkan, ada rundingan antara FGV dengan syarikat perladangan Indonesia, iaitu Rajawali Group dan difahamkan bakal dimuktamadkan kepentingan kedua dua belah pihak ogos ini. ANAK sedang meneliti terma terma urusniaga yang menimbulkan banyak tandatanya.

Sebelum ini, isu pembelian hotel di Port Dickson dan ladang sawit di Samarahan menimbulkan kontroversi hingga SPRM membuat siasatan. Anak Isa Samad dan CEO FIC telah ditahan atas beberapa dakwaan penyelewengan.

Wawasan Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Almarhum Tok Guru Nik Aziz

Oleh Khalid Samad

Ramai yang menyebut nama kedua Almarhum UFN dan Almarhum TGNA dengan penuh kagum dan kasih sayang. Tidak kurang juga yang mengaku diri mereka sebagai pengikut kedua-dua tokoh ini. Namun malangnya, ramai pula yang tidak memahami dengan jelas wawasan yang dibawa oleh kedua tokoh ini. Kedua-dua mereka mempunyai wawasan untuk menjadikan PAS sebagai sebuah parti politik arus perdana dengan Islam dilihat sebagai pembela nasib rakyat.

Selama ini, sebelum mereka berdua berjaya membawa wawasan mereka ini, PAS dilihat sebagai sebuah parti yang membawa isu-isu yang dipentingkan oleh hanya sebahagian kecil ummat Islam. Pengaruh PAS terhad hanya kepada golongan tertentu dan PAS tidak dilihat sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan keadilan untuk keseluruhan rakyat, samada Muslim atau bukan Muslim.

PENDEKATAN BAHARU

Melalui pendekatan baharu yang bersifat inklusif, kedua mereka telah berjaya mengubah imej PAS dan dengan itu membetulkan imej Islam itu sendiri. PAS mula dilihat sebagai parti yang membela nasib rakyat dan Islam ditonjolkan sebagai agama pembawa rahmat untuk seluruh manusia. Hasil dari itu maka penerimaan rakyat terhadap PAS semakin meningkat dan semakin ramai menjadi ahli untuk menggerakkan wawasan yang dibawa mereka berdua.

Sekarang....Siapa Tenggelam Dan Siapa Bimbang?

Shahbudin Husin, 

Kewujudan sebuah parti baru yang bakal diterajui oleh kumpulan progresif Pas yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini nampaknya semakin hampir menjadi kenyataan.

Tidak saja PasMa dengan penuh yakin mengumumkan penubuhan parti baru itu akan direalisasikan tidak lama lagi bersama beberapa NGO dan bakal menjadi pengganti kepada Pas dalam Pakatan Rakyat, bahkan kumpulan progresif itu sendiri sudah ada jenamanya sendiri yang dinamakan G18 yang sekaligus menggambarkan iltizam untuk terus mara ke hadapan dengan wadah baru dan tidak mahu lagi menoleh ke belakang bersama kenangan silam.

Kumpulan G18 ini turut mempunyai jawatankuasa penajanya yang diketuai oleh Mohamad Sabu manakala timbalannya pula ialah Salahuddin Ayub yang ditawarkan oleh Pas menduduki kerusi Ahli Jawatankuasa lantikan bersama Mahfuz Omar dan Mohd Taufek Abdul Ghani, dua hari lalu.

Maka, tidak syak lagi tawaran yang dibuat kepada Salahuddin itu ada maksudnya yang terselindung.

Dalam perkembangan yang sama, PasMa akan terus kekal sebagai NGO yang bersama-sama mendukung perjuangan Pakatan Rakyat bagi mencapai hasrat mengambil alih pentadbiran negara ini daripada BN.

Sumber yang dekat dengan kumpulan progresif juga memberitahu, parti baru itu sebenarnya sudah pun ada melalui pengambilalihan sebuah parti yang sudah lama ditubuhkan tetapi selama ini tidak aktif. Ia hanya menunggu masa untuk diumumkan saja lagi.

Mukhriz bagi Tun M & Keluarga mereka berniaga di Kedah tapi dengan satu syarat...!!!

mukhriz mahathir

PETALING JAYA: Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendedahkan beliau tidak pernah mendapat bantuan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terlibat dalam bidang politik.

Menteri Besar Kedah itu berkata, kejayaan yang dikecapi beliau adalah hasil usaha sendiri yang bermula dari bawah setelah beberapa kali kecundang dalam perjuangan politik UMNO.

Katanya, walaupun sebagai anak bekas Perdana Menteri ia langsung tidak menjamin bahawa peluangnya untuk diterima rakyat menjadi lebih mudah.

“Hakikat bahawa saya anak bekas Presiden yang menerajui parti selama 22 tahun tidak menjamin perjalanan politik saya akan menjadi mudah – kononnya laluan sudah dibuka orang tua saya.

Masih adakah sinar buat PAS dan DAP berbaik?

 Hubungan yang dibina sejak 1 April 2008 atas nama PR dengan tujuan untuk
Masihkah ada sinar di sebalik "awan hitam" yang menyelubungi PAS dan DAP? Persoalan ini pastinya antara perkara yang bermain diminda rakyat khususnya pemerhati politik ekoran kemelut yang melanda Pakatan Rakyat (PR) ini kian parah, sekali gus menyaksikan PAS dan DAP "berpatah arang, berkerat rotan".

Hubungan yang dibina sejak 1 April 2008 atas nama PR dengan tujuan untuk "membela kebajikan rakyat" kini lumpuh. Ia seakan-akan kehilangan nakhoda, selepas ketiadaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara atas tuduhan liwat.

Pakatan tanpa Anwar

Seperti yang diketahui banyak pihak sebelum ini, keutuhan dan kesepaduan serta masa depan PR sebenarnya banyak bergantung kepada Anwar, yang memainkan peranan sebagai orang tengah kepada PAS dan DAP khususnya dalam membina kepercayaan antara kedua parti itu.

Sebelum ini, PAS dan DAP pernah bersama dalam Barisan Alternatif (BA) pada 1999 bersama 2 parti lain iaitu Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Ringgit jatuh: Beri kesan buruk dan baik


Wang 
 
KUALA LUMPUR - Kejatuhan nilai mata wang ringgit yang disifatkan kritikal bukan sahaja membawa keburukan, bahkan turut memberi impak positif kepada rakyat negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, mana-mana pihak atau syarikat akan mendapat manfaat sekiranya menjalankan eksport keluar negara dalam dengan menggunakan mata wang dollar.

"... tetapi bagi syarikat atau pihak yang lebih banyak bergantung kepada banyak input yang diimport, mereka akan menerima kesan daripada kejatuhan ringgit," katanya ketika ditemui Sinar Online selepas tamat program #TanyaGomen di sini, hari ini.

Ditanya mengenai pemulihan ringgit yang dilihat kritikal buat masa sekarang, beliau bagaimanapun memberi respons bahawa ia bergantung kepada keadaan semasa dalam negara.

"Kita tidak boleh cakap (ulas). Ia sebenarnya bergantung pada keadaan semasa.

“Sekarang kita ada banyak isu dan ia mempengaruhi ringgit mata wang kita," ujarnya lagi.

Dua sifat buruk Pas


Pas
PAS tidak sepatutnya mendedahkan hasrat mereka untuk meneruskan agenda melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan sehinggalah Umno ditumbangkan. Inilah sifat buruk Pas yang menyebabkan mereka diserang habis-habisan.

Sepatutnya, dari atas ke bawah Pas tak perlu cerita dan sentuh hal berkaitan dengan hudud ini sehingga matlamat menumbangkan Umno tercapai. Biarkan rakyat, terutamanya golongan bukan Islam percaya bahawa Pas sudah berubah.

Di depan mereka, Pas hanya perlu menekankan bahawa tugas menjatuhkan Umno lebih penting. Jika ditanya pasal hudud, Pas perlu menjawab sehingga mereka percaya Pas sudah meninggalkan cita-cita tersebut.

Gunakan sokongan mereka untuk tiba di Putrajaya bersama-sama dengan DAP dan PKR. Tipu dulu tak apa. Takkan Pas tak pernah dengar matlamat menghalalkan cara?

Selepas mendapat kuasa barulah Pas menunjukkan belang sebenar. Masa itu, Pas boleh mengejutkan semua pihak dengan pindaan Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan memasukkan usul untuk mengubah Akta 355.

Portfolio Jawatankuasa PAS Pusat sesi 2015-2017


Senarai kabinet PAS Pusat sesi 2015-2017 yang terdiri dari Ahli Jawatankuasa Harian (Lantikan) dan 8 orang Ahli Jawatankuasa Tambahan (Lantikan) telah diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada media pada 21 Jun 2015 yang lepas.

Disebabkan perubahan agak besar dalam Jawatankuasa PAS Pusat, hampir semua lajnah mendapat pengerusi yang baru kecuali 4 sahaja iaitu, Lajnah Politik dan Pilihan raya (dipengerusikan oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang), Lajnah Dakwah (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man), Lajnah Pendidikan (Datuk Mohd Amar Abdullah) dan Lajnah Hal Ehwal Parlimen (Datuk Mahfuz Omar).

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang lepas juga bersetuju membentuk 24 portfolio dengan menggabungkan dua lajnah sebelum ini, iaitu Lajnah Asas Tani dan Lajnah Alam Sekitar telah digabungkan menjadi satu lajnah yang akan dikenali dengan nama Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar. Lajnah ini dipengerusikan seorang muka baru, Sanusi Mohd Noor, mantan Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah.

Serentak dengan penggabungan tersebut, satu portfolio baru yang dinamakan Lajnah Hubungan NGO telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh seorang lagi muka baru, Prof Madya Zainal Abidin Kidam, mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel).

Exco - Gurauan guru cetus kontroversi


Gurauan guru cetus kontroversi  
Tajul Urus menunjukkan surat aduan yang tersebar.
ALOR SETAR - Kenyataan seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) sebuah sekolah kluster berprestasi tinggi di Sungai Petani yang dianggap menyentuh sensitiviti kaum bukan Islam hingga mencetuskan viral di laman media sosial sebenarnya disalah tafsir dan hanya bersifat gurauan.

Dalam surat aduan yang memperincikan insiden itu menyebut ‘murid-murid yang bukan Islam diingatkan supaya tidak minum air dalam kelas tetapi boleh minum air di tandas sekolah. Sekiranya tidak mempunyai air, maka boleh minum air paip atau air kencing sendiri’.

Surat yang tersebar di laman sosial itu dipercayai dihantar waris murid bukan Islam itu kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah bertujuan untuk mengadu tindakan guru berkenaan memberi nasihat kurang sopan dalam perhimpunan.

Exco Pendidikan, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, berdasarkan laporan dibuat JPN mendapati kenyataan guru berusia 40-an terbabit disalah tafsir murid bukan Islam yang menyertai perhimpunan pagi pada Ahad lalu.

Tazkirah Ramadhan - Apa itu Jamaah Islam

TAZKIRAH RAMADHAN SIRI V

Oleh Ustaz Che Ibrahim Mohamed


Akhir2 ini banyak pihak mengeluarkan apa yg didakwa sbg hadis nabi saw dgn maksudnya sesiapa yg keluar jamaah islam, maka hendaklah di bunuh atau dlm setengah riwayat maka sesungguhnya dia telah terkeluar dari Islam.

Mengikut nas asal hadis tersebut ialah
ﺍﻟﺘﺰﻡ ﺟﻤﺎﻋﺔ ﺍﻟﻤﺴﻠﻤﻴﻦ ﻭﺍﻣﺎﻣﻬﻢ
( Hendaklah kamu beriltizam/istiqamah dgn jamaah muslimin dan pemimpin mereka) Dlm riwayat yg lain Rasulullah SAW menyebut
ﻣﻦ ﻓﺮﻕ ﺍﻟﺠﻤﺎﻋﺔ ﻗﻴﺪ ﺷﺒﺮ ﻓﻘﺪ ﺧﻠﻊ ﻋﻨﻘﻪ ﻣﻦ ﺭﺑﻘﺔ ﺍﻻﺳﻼﻡ
( sesiapa yg memisah diri/keluar dari jamaah orang islam, maka dia telah memutuskan tengkoknya yakni ikatannya dgn islam) Dlm riwayat yg lain disebut
ﻓﺎﺿﺮﺑﻮﻩ
(Maka pancunglah tengkoknya yakni dihukum bunuh) Hadis ini jelas menunjukkan perintah wala' kpd jamaah muslimin dan pemerintahnya sptmana di zaman khulafa al rasidin dan khalifah2 selepasnya, sesiapa yg tidak wala' dan keluar dari memberi ketaatan kpd jamaah atau kerajaan islam, maka dia telah terkeluar drp islam dan boleh dihukum bunuh.

Namun begitu, kita melihat akibat ketaksuban sesetengah pihak kpd kumpulan dan pemimpin tertentu, mereka telah menyamakan antara gerakan islam yg ditubuhkan sbg wadah perjuangan di sesuatu wilayah atau tempat tertentu sbg sama dgn jamaah muslimin/ kerajaan islam, akibatnya mereka menghukum sesaorang yg keluar dari mana2 gerakan atau jamaah islam sbg telah keluar drp jamaah muslimin.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...