TERKINI :

Tuesday, June 23, 2015

Abdul Hadi tidak boleh pagar ahli dengan ayat Quran


RESPONS                                                                                                            

Dalam saat saya menyiapkan surat terbuka untuk Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Ustaz itu telah mengeluarkan surat terbuka kepada ahli Pas hari ini yang mengingatkan ahli PAS agar terus beristiqamah dengan Pas dan tidak berhijrah kepada parti baru.

Abdul Hadi Awang perlu berlunak.
Mesej berupa ugutannya, mana-mana ahli PAS menubuhkan parti bahu ia akan tenggelam.
 
"Sesiapa yang mengikuti perjalanan bersama atau membaca sejarah PAS, akan menyaksikan gelombang dan liku perjuangan dan hilangnya pemimpin paling tinggi, ahli biasa atau penyokong secara sendirian atau tenggelam bersama parti dan pertubuhan yang dijadikan bahteranya," demikian surat Hadi dipetik.

 
Katanya sejarah Pas menunjukkan hakikat itu. Dipercayai sejarah yang dijadikan iktibar itu ialah mengenai bekas Yang diPertua Agung PAS Mohd Asri Muda dan juga bekas MB Kelantan, Mohamad Nasir yang pernah menubuhkan parti baru selepas mereka keluar daripada PAS, akhirnya ghuyup begitu sahaja.


Mohd Asri apabila tidak bersama Pas (1982) telah menubuhkan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim), manakala Mohamad Nasir lima tahun sebelum (1978) itu menubuhkan parti Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (Berjasa).

Kedua-dua parti itu akhirnya mati secara beragam kerana tidak mendapat sambutan. Berjasa bagaimana pun kehadirannya sempat membawa kecelakaan kepada PAS, apabila hasil persepakatan dengan UMNO menyebabkan kerajaan PAS Kelantan tumbang.

PasMa berganding dengan G-18, NGO tubuh parti Islam baharu

Datuk Phahrolrazi Zawawi yang mengetuai PasMa berkata pengumuman kerjasama dengan kumpulan progresif dari PAS dalam menubuhkan sebuah parti Islam baharu akan dibuat selepas Hari Raya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Jun, 2015.
Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan bergabung dengan pemimpin kumpulan progresif PAS serta badan bukan kerajaan (NGO) Islam lain membentuk parti Islam baharu menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Presiden PasMa itu berkata, hanya satu parti baharu saja yang akan dibentuk selepas ini bagi membentuk pakatan baharu selepas PAS menamatkan hubungan dengan DAP.

"Kami akan bersama-sama dengan G-18 dan NGO Islam yang lain bagi membentuk sebuah parti baharu untuk gantikan PAS dan membentuk pakatan baru," kata Phahrolrazi kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada 18 pemimpin PAS yang tersingkir selepas ditewaskan dalam pemilihan parti itu baru-baru ini, termasuk Mohamad Sabu, Datuk Husam Musa, Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli, Mohamed Hanipa Maidin dan lain-lain.

Phahrolrazi menjelaskan, parti baharu itu bukan hanya bekerjasama dengan DAP sahaja sebagaimana dilaporkan sebuah media arus perdana hari ini, tetapi juga dengan PKR.

Anwar - 'Pembangkang akan muncul bersatu, lebih kuat'

 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang membawa tiga parti berlainan ideologi duduk semeja - kekal optimis dengan masa depan pembangkang sekalipun Pakatan Rakyat sudah berkubur.

Beliau, yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun, percaya pembangkang akan lebih kuat selepas "disusun semula dengan kekuatan baru".

"Saya percaya bahawa Pembangkang, setelah disusun semula dengan kekuatan baharu termasuk NGO-NGO, akan muncul bersatu dan lebih kuat selepas ini.

"Yakinlah, saya tidak akan sesekali meninggalkan perjuangan ini selagi nyawa dikandung badan," katanya dalam satu perutusan melalui peguamnya yang diedarkan oleh PKR.

Sedar beberapa perkara berlaku mutakhir ini, Anwar berkata niat dan semangat pembangkang untuk menyelematkan Malaysia daripada dakwaan kepincangan tatakelola dan autoritarianisme BN terus utuh.

PERKASA ramal PAS akan menang besar PRU14

 
Presiden NGO pendesak Melayu (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali meramalkan PAS akan untung besar dalam pilihan raya umum ke-14 apabila memutuskan hubungan dengan DAP.

Beliau melihat, PAS akan dapat merampas sokongan undi penyokong Umno kerana parti lawan itu tidak lagi memenangi hati orang Melayu terutamanya dari segi ekonomi serta pendidikan.

Katanya lagi, PAS akan lebih kuat apabila tidak lagi berada dalam Pakatan Rakyat kerana undi Melayu akan tertumpu kepada parti Islam itu.

“Tinjauan kita dalam perspektif politik orang Melayu, apabila PAS berpisah dengan DAP, ia bukan tindakan yang rugikan PAS.

"Sebaliknya PAS akan untung besar sekiranya Umno tidak ambil tindakan segera yang proaktif.

“Ini kerana di kawasan majoriti orang Melayu, mereka (pengundi) bagi sokongan pada Umno kerana tidak ada pilihan selain Umno walaupun tidak puas hati dengan Umno,” katanya.

Ibrahim bercakap kepada pemberita dalam sidang media di ibu pejabat PERKASA hari ini.

Antara PR yang "mati" dan BN yang sudah nak mati

Oleh Shahbudin Husin

Kedudukan Pakatan Rakyat atau PR masih menjadi tanda tanya ramai. Sementara DAP mengatakan gabungan itu tidak wujud lagi dan PKR pula menganggapnya sudah mati, Pas sebaliknya melihat PR masih wujud atau setidak-tidaknya hanya pengsan saja.

Semua keadaan yang melanda PR ini adalah berikutan ketegangan yang berpanjangan sejak sekian lama antara Pas dengan DAP di mana kemuncaknya ialah usul Dewan Ulama dalam Muktamar Pas baru-baru ini yang memutuskan hubungan parti itu dengan DAP

Ia ada susulan tindakan DAP memutuskan hubungan dengan Datuk Seri Hadi Awang tetapi kekal bersama Pas yang dibuat sebelum ini.

Walaupun ada tafsiran yang mengatakan usul Dewan Ulama itu sebenarnya belum berkuatkuasa lagi kerana ia hanya cadangan saja dan terserah kepada Majlis Syura untuk memutuskan sama ada mahu dilaksanakan atau sebaliknya, yang lain pula mentafsirkan oleh kerana usul tersebut diterima tanpa bahas dalam muktamar, badan pembuat keputusan paling tunggi sekali, maka tidak mungkin Majlis Syura membuat keputusan yang berbeza dengannya.

Lantaran itu, bagi DAP ia bermakna PR tidak wujud lagi dengan adanya usul memutuskan hubungan tersebut. PKR juga bersetuju bahawa PR secara formalnya sudah tiada lagi berikutan putusnya kasih antara Pas dengan DAP itu.

PAS buat mesyuarat parti mereka macam mesyuarat "tupperware party"....

 ذوالحزم شاريف السبعة


Kepada ahli2 Parti lama aku.......

Tolonglah hangpa cerdik dan jadi cerdik sikit.... Jangan ikut buta tuli kerana ikut buta tuli tanpa sebarang penjelasan itu BODOH.

Semalam Timbalan Presiden hangpa kata MSU akann mesyuarat petang. Mungkin mesyuarat tu akan bincang usul putuskan hubungan dgn DAP. Sebenarnya usul tu tak perlu bincang dah dlm MSU sbb Muktamar dah terima tanpa bahas. Tapi dah yg pimpin parti bodoh2 belaka, maka habih semua ahli dibodohkan kata usul tak putus lagi.

Aku selamatkan diri daripada menjadi bodoh, maka aku keluar dari parti tu. Aku tak sanggup tengok hangpa kawan2 masih diperbodoh oleh pemimpin hangpa yang bodoh2 tu jadi aku nak mintak hangpa tanya la.

Sebelum ni Mursyidul Am hangpa kata dia secara tekniikalnya bukan lagi Mursyidul Am kerana tempoh MSU sudah tamat. Sebenarnya itu pun salah. MSU tak ada tempoh tamat. Yang ada hanyalah ahli MSU yang pegang keahlian 5 tahun. MSU tidak ada tempoh. Ahli MSU ada. Untuk jd Mursyidul Am, dia kena jadi ahli MSU. Maka klu dia kata dia bukan lagi Mursyidul Am, maksudnya keahlian dia sudah tamat.

Surat Penuh Presiden PAS kepada ahli berkenaan isu 'tenggelam'



Menemui semua ahli PAS semoga berada dalam limpahan rahmat Allah SWT.

Setiap pengikut perjuangan Islam wajib menyedari dan faham, bahawa ada dua aspek penting dalam perjalanan perjuangan Islam yang sangat mencabar. Gagalnya kita memahaminya, boleh mneyebabkan ada kalangan yang kecundang atau tercicir di tengah jalan dalam perjalanan perjuangan ini, kerana tidak menghayatinya dengan betul. Kedua-dua aspek tersebut mewajibkan hidayah, melalui ilmu, kebijaksanaan dan terpentingnya memohon petunjuk Allah dengan khusyuk setiap rakaat salat dan bila-bila masa sahaja.

Pertama: Aqidah perjuangan; dan kedua: pendekatan yang dilakukan, beramal, dakwah dan melaksanakan Islam bagi membawa rahmatnya kepada seluruh manusia.

Kedua-dua aspek ini dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. bersama para sahabatnya R.A. yang setia bersamanya dengan petunjuk Allah daripada al-Quran, dalam semua keadaan. Ianya ditunjukkan dalam Marhalah Makiyyah dan Madaniyyah, iaitu di masa lemah dan kuat di masa belum wujudnya negara dan setelah tegaknya negara.

Bising hanya di bulan Ramadhan....8+3 cukup..!!!

8 +3…CUKUP

Sebenarnya kebanyakan kanak-kanak yang pergi menunaikan solat terawih di surau Ekor Dusun bukanlah untuk mendapatkan pahala tetapi sebenarnya hanya untuk menikmati juadah kuih-muih selepas solat terawih. Ini termasuklah aku juga. Disamping untuk menikmati juadah kuih muih, boleh juga dijadikan alasan yang cukup kuat untuk keluar dari rumah. Opah mesti tidak melarang sekiranya alasannya untuk pergi solat terawih di surau.

Biasanya kami memulakan solat terawih setelah Imam Encik Kontak atau Pak Din sudah ‘separuh jalan’. Maknanya sudah selesai lapan rakaat. Sebelum itu kami ‘ronda’ bersama-sama rakan-rakan lain, Ani (arwah), Ngah (arwah), Basir, Toha, Mat Gedi dan lain-lain. Sengaja berbuat demikian kerana untuk mengelakkan keadaan yang terlalu lama berada di surau. Jemu. ‘Boring’ kata anak-anak sekarang. Yang kami penting pada ketika itu ialah jamuan ‘moreh’. Itu yang penting.

Kami terpaksa menunggu sampai selesai 21 rakaat dan diikuti dengan bacaan ‘ya latiffff…..” diikuti oleh tahlil pula…diikuti oleh doa Encik Kontak yang panjang pulak…..Boring betul……Lepas itu baru boleh makan kuih, setelah perut ‘bernyanyi’ dan ‘berlagu’.

Pas perlu manfaatkan tenaga dan idea pemimpin yang tewas


ULASAN                                                                                                              

Mohamad Sabu tidak diberi apa-apa peranan.
Semalam Jawatankuasa kerja Pas telah bermesyuarat dan mengumumkan secara rasmi perlantikan pegawai eksekutif parti serta perlantikan lapan orang Ahlijawatankuasa tambahan.

Nama-nama yang diumumkan untuk memegang jawataan eksekutif parti, seperti Setiausaha Agung, Ketua Penerangan, Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat, tidak berubah, ia tetap orang sama seperti mana diumumkan secara tak rasmi sebelum ini.

Setiausaha Agung, Takiyuddin Hassan, Ketua Penerangan Nasarudin Hassan, manakala Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Mustapa Ali. Ketiga-tiga mereka berkongsi nama "Hassan". Dua anak Hassan dan seorang bernama Hassan. Nama kedua Mustapa ialah Hassan.

Bagaimana pun jawatan Bendahari sebelum ini diumumkan nama Exco Kelantan, Che Abdullah Nawi, bertukar dengan nama lain, Mohammad Nor Mohamad. Mungkin Che Abdullah tidak bersedia untuk menjadi Bendahari, kerana jawatan itu sangat berat dan penting. Bendahari bukan sahaja menyediakan akaun keluar masuk wang parti, tetapi juga bertanggungjawab mencari keewangan bagi parti melaksanakan programnya.

PASMA cadang supaya diwujudkan satu parti Islam yang baru untuk ganti PAS dalam PR

 
Sebuah parti Islam baru yang dicadangkan oleh Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) akan menganggotai gerakan baru diwujudkan DAP bagi menggantikan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, pakatan baru yang dicadangkan DAP selaras cadangan PasMa pada 13 Jun lalu selepas beberapa perbincangan membabitkan kepimpinan NGO itu dari seluruh negara, lapor Berita Harian hari ini.

Laporan itu juga menyebut, PasMa akan terus kekal menjadi sebuah NGO dan akan menyokong kuat penubuhan pakatan baru bagi menghadapi pilihan raya umum Ke-14 nanti.

"Cadangan PasMa antaranya mewujudkan pakatan baru dengan struktur lebih jelas disebabkan struktur Pakatan Rakyat sebelum ini longgar dan sekadar satu persefahaman.

Kamu akan 'tenggelam', tegas Hadi


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini memberi peringatan kepada semua ahlinya tentang sejarah parti itu bahawa pemimpin tertinggi parti yang bersama parti atau pertubuhan lain, akan "tenggelam".

Peringatan itu terkandung dalam surat terbukanya kepada anggota parti hari ini tanpa menamakan mana-mana pihak dalam PAS.

"Setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jamaah yang ditubuhkan di atas prinsip dan matlamat berakidah yang teguh bersama konsep pendekatannya, dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.

"Sesiapa yang mengikuti perjalanan bersama atau membaca sejarah PAS, akan menyaksikan gelombang dan liku perjuangan dan hilangnya pemimpin paling tinggi, ahli biasa atau penyokong secara sendirian atau tenggelam bersama parti dan pertubuhan yang dijadikan bahteranya.

"Adapun perkara yang akan datang berada dalam ilmu Allah dan kita diwajibkan mengambil iktibar serta sentiasa berilmu, berdoa dan bertawakkal kepada Allah," kata Hadi.

Turki rancang beri biasiswa kepada 40,000 pelajar Gaza

Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Turki sedang merancang untuk memberikan 40,000 biasiswa kepada para pelajar Palestin dari Jalur Gaza untuk belajar di sekolah-sekolah Islam Turki, sebagaimana dilapor oleh Memo, Sabtu (20 Jun).

Dipetik dari akhbar Felesteen, jawatankuasa itu ketika ini sedang menemuramah para pelajar dari Gaza untuk bersiap melakukan perjalanan ke Turki.

Pengerusi jawatankuasa itu, Selçuk Öztürk, mengatakan bahawa tujuannya adalah untuk membantu rakyat Gaza yang berada dalam pengepungan.

"Bekerja sama dengan Menteri Pendidikan, kami ketika ini sedang menemuramah sebanyak 40,000 pelajar dari Gaza yang dijangka akan menerima biasiswa untuk belajar di Turki," katanya dipetik laman web Eramuslim.

Öztürk mengatakan bahawa biasiswa itu akan menanggung kos belajar selama 4 tahun di sekolah-sekolah menengah. Dia juga menambah bahawa para pelajar itu akan dapat memasuki universiti-universiti Turki setelah lulus dari sekolah.

Tahun depan, akan ada lagi 40,000 biasiswa yang lain. Kos pesawat pulang pergi dari Gaza ke Turki dan kos penginapan yang lain akan ditanggung oleh biasiswa itu.

Siapa mahu bayar jika harga ubat mahal?

ubat antibiotik 
TIADA siapa dapat menafikan kos sara hidup di Malaysia sejak kebelakangan ini melonjak tinggi disebabkan pelbagai faktor. Apa yang membimbangkan, kos ini mungkin terus meningkat jika kerajaan menandatangani perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang dikhabarkan di muktamad tahun ini.

Ini disebabkan bab Hak Harta Intelek (IPR) yang dimasukkan dalam TPP oleh Amerika Syarikat (AS), arkitek utama perjanjian itu.

Begitu serius impak bab IPR ini sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menyebutnya semasa Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Bali, Indonesia pada Oktober 2013 seperti dilaporkan media:

“Apabila (rundingan TPP) mula memasuki bab hak harta intelek, penyelesaian pelabur-negara, syarikat milik kerajaan, alam sekitar dan buruh, secara asasnya ada kesan kepada hak negara berdaulat untuk membuat peraturan dan dasar,” katanya yang turut mengakui TPP bukanlah perjanjian normal seperti ditandatangani Malaysia sebelum ini.

Jangan cuba-cuba main mata dengan Tun Dr M

Roslan SMS


Walaupun telah lebih 12 tahun melepaskan jawatan Perdana Menteri dan dianggap bersara, namun Tun Dr Mahathir atau Tun Dr M terus disebut-sebut kebelakangan ini kerana beliau masih menonjolkan dirinya seakan satu kuasa politik yang masih didengari dan terus digeruni walaupun pada usia maghrib 90 tahun.

Kalau kita mahu menyenaraikan Tun Dr M yang dahulu, ia pasti melibatkan berkajang-kajang helaian, kerana Tun Dr M suka atau tidak memang telah meletakkan satu impak yang mendalam ke atas politik tanahair dan antarabangsa satu ketika dahulu.

Hari ini dalam akhbar The Star, kolumnis Joceline Tan memberi fokus kepadanya di bawah tajuk:

He’s not Bond, more like M, Dr M.

Tun Dr M hari ini sedang menalakan kudrat dan kekuatannya apa sahaja yang tinggal ke arah PM Dato Seri Najib Tun Razak. Semuanya tidak kena buat Najib pada pandangan mata Tun Dr M, lalu Najib mesti diserang dan serangan itu bermatlamat mahu meranapkan sama-sekali PM Malaysia yang ke 6 itu.

Beliau bukan mahu menjatuhkan parti yang memerintah, masakan begitu, kerana anaknya termasuk beberapa kerat kroninya masih duduk dalam kerajaan. Tetapi beliau mensasarkan serangannya ke arah seorang individu lebih tepat lagi PM Najib semata-mata mahu menjatuhkan Najib.

Mukhriz dedah rahsia kenapa kepalanya 'botak'


Mukhriz Mahathir 
 
SHAH ALAM - “Ayah (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad) seorang yang tegas dengan anak-anaknya tetapi ketegasan itu disirami kasih sayang yang sangat dalam,” ujar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Menceritakan salah satu memori bersama bapanya, Mukhriz berkata, bapanya itu tidak akan terus marah atau memberi teguran keras kepada anak-anaknya, sebaliknya lebih suka diam dari bercakap seperti biasa.

“Ha, when did you get back (bila kamu sampai), Is?, tanya ayah walhal saya sudah hampir seminggu pulang dari MRSM Kota Bharu (kini MRSM Pengkalan Chepa) untuk cuti semester. Sepanjang saya berada di rumah No. 3 Jalan Tunku, iaitu kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, ayah tidak banyak bercakap. Dia sekadar menjawab pertanyaan saya dengan sepatah dua perkataan sahaja. Entah kenapa, kali ini ayah tidak mesra berbual seperti selalunya.

“Lima hari berlalu dengan keadaannya sama sahaja, ibu menghulurkan duit RM5 dan menyuruh saya pergi gunting rambut. Setelah pulang ke rumah dengan rambut pendek dan kemas, barulah dari belakang surat khabar ayah menyapa: “Ha, bila balik Is?” kata Mukhriz seperti yang dipetik menerusi Facebooknya sempena Sambutan Hari Bapa, semalam.

Hebat tak hebat orang Kedah, pungkoq kereta polis pun depa langgaq

Padah langgar kereta peronda polis

ALOR SETAR - Tindakan seorang lelaki melanggar belakang kereta peronda polis yang memintanya berhenti untuk pemeriksaan sebelum melarikan diri membawa padah apabila terbabas dan melanggar tiang lampu jalan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, pemandu kereta Proton Wira itu diekori dari arah Bukit Wang ke Taman Suria kira-kira jam 4 pagi, semalam.

“Pada mulanya, pihak polis telah meminta dia memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan kerana didapati memandu dalam keadaan mencurigakan.

“Tetapi dia terus memecut kereta ke arah Taman Suria dan melanggar belakang kereta peronda polis berkenaan sebelum melarikan diri ke arah Kodiang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kereta yang dipandu lelaki berusia lingkungan 30-an itu bagaimanapun terbabas ke kanan jalan dan melanggar tiang lampu.

Exco: Guru tidak arah murid minum air kencing



Tajul Urus Mat Zain
ALOR SETAR - Exco Pendidikan Negeri Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain hari ini menafikan dakwaan bahawa seorang guru penolong kanan di sebuah sekolah rendah di Kedah telah menyuruh anak murid bukan Islam untuk meminum air kencing sendiri.
  
Menurutnya, kenyataan oleh guru berkenaan bukan seperti yang telah dilaporkan dalam surat yang ditulis oleh waris murid bukan Islam yang telah diviralkan dalam media sosial.
  
"Ini semua berpunca dari satu surat layang yang ditulis seorang waris murid bukan Islam kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda menyatakan guru dari sebuah sekolah di Sungai Petani mengarahkan pelajar bukan Islam supaya minum air paip atau air kencing sendiri di tandas sekolah pada bulan Ramadan ini pada perhimpunan sekolah pagi semalam.
  
"Kita percaya kenyataan tersebut telah disalah erti oleh murid-murid. Guru tersebut ingin meminta supaya pelajar bukan Islam menghormati pelajar Islam supaya tidak minum di hadapan mereka sebaliknya pergi ke tandas untuk minum," katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...