TERKINI :

Monday, June 22, 2015

Solidaritilah Kepada Mazlan Aliman



Tiga sekawan daripada kumpulan progresif Pas iaitu Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Mohd Taufek Abdul Ghani telah ditawarkan menganggotai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat setelah berlaku "pembersihan etnik" dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

Bagaimanapun ketiga-tiganya masih menimbang sama ada mahu menerima atau menolak tawaran tersebut dan adalah dijangka keputusan mengenainya akan dibuat selepas Aidilfitri nanti.

Dalam pemilihan itu, semua kumpulan progresif dibersihkan daripada memenangi jawatan di peringkat Pas Pusat, kecuali pejuang peneroka Felda, Mazlan Aliman yang "terselit" menang sebagai Ahli Jawatankuasa.

Beliau bagaimanapun meletakkan jawatan beberapa hari kemudian dengan alasan mahu menumpukan perhatian kepada NGO Anak yang diasaskannya.

Salahuddin dan Mahfuz tewas bagi jawatan Naib Presiden manakala Mohd Taufek pula kecundang bagi kerusi Ahli Jawatankuasa Pas.

Mantan Pimpinan PAS G18 yang tersingkir sedang membina satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif

Tersingkir daripada kepimpinan PAS jadi rahmat terselindung, kata G18

Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka daripada kepimpinan tertinggi PAS menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Jun, 2015.
Pemimpin PAS yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini menyifatkan kekalahan mereka secara blok dalam pemilihan itu menjadi "rahmat yang terselindung” apabila ia membuka ruang membina sesuatu lebih kukuh untuk Malaysia selepas ini.

Setiausaha jawatankuasa bertindak kumpulan 18 (G18) yang tewas itu, Dr Dzulkefly Ahmad berkata penyingkiran mereka menyebabkan satu wadah baharu yang lebih kukuh dan inklusif dibina untuk semua rakyat Malaysia.

"Sejak sekian lama kita bergaduh dalam PAS dengan pendekatan dan pandangan yang berbeza berhubung beberapa perkara, sekarang kita bebas untuk membentuk wadah baharu lebih inklusif untuk semua rakyat negara ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

G18 mengadakan pertemuan pertama di Muar, Johor pada 16 Jun lalu dan membentuk jawatankuasa bertindak di kalangan mereka.

Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang gagal mempertahankan jawatannya dipilih sebagai pengerusi kumpulan ini sementara bekas Naib Presiden Salahudin Ayub dilantik menjadi timbalan manakala bekas Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat sebagai penolong setiausahanya.

Semua ahli G18 yang lain dilantik sebagai ahli jawatankuasa (AJK) badan bertindak ini.

Kisah Arwah Ustaz Fadzil Noor dan Parti Baru...ini jawapan anaknya..

Muhammad Faiz Fadzil


Hari ini dimainkankan video almarhum ustaz fadzil noor(ufn) tentang penubuhan party baru..ini jawapan saya:

1) ufn adalah antara satu-satunya pemimpin di zaman 70-an menentang kemasukan pas ke dalam perikatan yg kemudiannya ditukar bn

2) ketika itu ufn beralih utk bersama pemimpin abim termasuk dsai menjadikan abim sebagai force islam yg kuat di negara ini

3) ufn kembali aktif bersama pas setelah pas ditendang keluar drpd bn dan ufn sertai pru 1978 sehingga sanggup dibuang kerja dr utm

Maka..jelas perjuangan ufn istiqamah menentang umno bn dan mahu tubuhkan kerajaan..sbb itu ufn merencana pelbagai strategi politik termasuk menarik golongan profesional menyertai pas, memadamkan fahaman ahli terhadap amanat hadi & tahaluf dgn angkatan perpaduan ummah & barisan alternatif

KJ perli Pakatan Rakyat, Baru 3 parti dah berkecamuk

 
  Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menyindir Pakatan Rakyat kerana gagal bersepakat walaupun hanya dianggotai tiga parti berbanding BN yang dibentuk sebanyak 13 parti.

Kata Ahli Parlimen Rembau itu, dalam BN mereka tidak berdepan masalah kronik walaupun setiap parti datang dari pelbagai latar berbeza.

“Tiga parti tidak boleh tahan lama dibandingkan dengan 13 parti yang berkepelbagaian dari segi bahasa,kaum, agama tapi kita dapat menjaga BN dengan keutuhan yang jauh lebih baik berbanding Pakatan Rakyat yang ada tiga parti tapi tidak tahan lama,” kata Khairy dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.

Adakah PAS menuju konsep 'Wilayatul Faqih' yang dipegang oleh Khomeini dan Syiah di Iran..???


Saya tidak mahu campur urusan PAS. Tapi saya mohon berbeza pendapat dalam hal ini jika PAS memerintah Malaysia.

Jika sekiranya kepimpinan itu tidak boleh dipersoalkan tindakan mereka, maka hancurlah demokrasi bagi sesebuah negara. Hari ini betapa banyak tindakan pimpinan negara ini dipertikai oleh rakyat termasuk PAS sendiri sering membantah dan mempersoalkan tindakan kerajaan. Mengapa dibolehkan pula?!

Andainya atas nama ulama yang memimpin jika PAS memerintah nanti maka tindakan kepimpanan negara masa itu tidak boleh dipertikaikan, maka ia sama dengan konsep 'Wilayatul Faqih' yang dipegang oleh Khomeini dan Syiah di Iran.

Maka jadilah Malaysia sebuah negara mullah yang hampir sama dengan sejarah kuasa Pope di Vatican dahulu yang telah menyebabkan tercetusnya sengketa dan perang saudara antara Katholik dan Protestan.

Segala impian rakyat untuk melihat negara yang telus, bertanggungjawab dan boleh dipersoalkan atas dasar kemaslahatan politik kenegaraan akan musnah.

MBPP roboh struktur logo Umno ikut undang-undang

 
  Tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merobohkan struktur logo Umno di Menara Umno Negeri di Jalan Macalister di George Town Jumaat lepas adalah mengikut undang-undang, kata MBPP.

Anggota Majlis MBPP Ong Ah Teong berkata pembinaan struktur logo itu adalah haram kerana ia dibina tanpa mendapat sebarang permit daripada pihak berkuasa tempatan.

"Saya telah menerima panggilan Khamis lepas yang mengadu wujud satu struktur haram di tempat itu. Pada Khamis petang saya pergi ke tempat itu dan mendapati memang ada satu struktur haram tanpa permit.

"Saya telah memanggil Bahagian Pelesenan Unit Iklan memberi notis secara lisan kepada tuan punya bangunan untuk memberhentikan segala kerja di tempat itu. Keesokannya kami dapati struktur logo itu telah siap dinaikkan. Pada hari sama Jabatan Bangunan telah mengeluarkan notis serta-merta untuk menurunkan struktur itu.

"Mereka (jabatan bangunan) ke sana untuk menurunkan struktur itu. Berlaku sedikit kekecohan di situ. Diharapkan pihak Umno tidak mempolitikkan isu ini. Kami di pihak MBPP hanya membuat kerja mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976," katanya dalam sidang akhbar di George Town hari ini.

Jabatan nafi Anwar bebas keluar masuk penjara

 
  Jabatan Penjara Malaysia hari ini menafikan dakwaan yang tersebar meluas di media sosial kononnya bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi kebebasan keluar masuk penjara.

Hal ini tercetus berikutan laporan beberapa media sosial berkenaan pengiringan Anwar bagi menghadiri penyiasatan oleh Jawatankuasa Tatatertib, Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara yang bertempat di Wisma Maran di ibunegara pada 18 Jun lalu.

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan Supri Hashim berkata pengiringan tersebut dilakukan setelah Komisioner Jeneral Penjara mempertimbangkan notis oleh Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Peguambela dan Peguamcara berhubung aduan yang dibuat oleh Anwar di bawah Akta Profession Undang-Undang 1976.

“Anwar telah dikawal oleh pegawai penjara dengan kerjasama berterusan pihak polis sepanjang tempoh berada bersama jawatankuasa berkenaan di Wisma Maran.

Apabila penguat kuasa khianat dengan amanah yang diberikan untuk menjaga sempadan....


sempadan negara harus dilindungi dengan sistem keselamatan yang
MUKADIMAH Seperti diduga oleh banyak pihak gejala rasuah yang berpunca daripada perbuatan khianat segelintir anggota penguat kuasa menyebabkan sempadan negara kita mudah dibolosi. Persoalannya, bagaimanakah rasuah itu dilakukan dan siapa yang terlibat?

KUALA LUMPUR 21 Jun - Sikap khianat segelintir anggota agensi penguat kuasa terus menjadi `duri dalam daging’ sehingga mengakibatkan sempadan negara begitu mudah dibolosi oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Apa yang membimbangkan biarpun gejala itu sudah berlanjutan sejak dua dekad lalu namun sehingga kini amalan rasuah didakwa terus berlaku di sempadan negara.

Sumber memberitahu, meskipun penambahbaikan serta cadangan demi cadangan yang komprehensif diberikan, namun sistem perjalanan kerja yang dilakukan penguat kuasa di sempadan masih berada di takuk lama sehingga mengakibatkan kegiatan rasuah menjadi budaya dalam kalangan mereka.

“Kelemahan itu menjadi faktor utama ramai pihak yang tidak bertanggungjawab mendapat peluang dan kesempatan untuk membeli penguat kuasa dengan wang ringgit.

“Lebih menyedihkan, dengan hanya suapan serendah RM20 ringgit sahaja, pintu masuk di sempadan negara terus dicabuli dengan pelbagai kegiatan penyeludupan yang akhirnya memberi kesan negatif kepada negara,’’ katanya kepada Utusan Malaysia.

Disebalik kisah Mukhriz & Mantan PM Malaysia sempena ''father day''

Daulat seorang ayah, nukilan rasa Mukhriz mengenai ayahnya

http://3.bp.blogspot.com/-e7utpxiHxNs/VSqxha5kPmI/AAAAAAAAbOM/v_2DeBVzAKM/s1600/2015-04-13_015457.jpg
Ha, when did you get back, Is?, tanya ayah walhal saya sudah hampir seminggu pulang dari MRSM Kota Bharu (kini MRSM Pengkalan Chepa) untuk cuti semester.

Sepanjang saya berada di rumah No. 3 Jalan Tunku, iaitu kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, ayah tidak banyak bercakap. Dia sekadar menjawab pertanyaan saya dengan sepatah dua perkataan sahaja. Entah kenapa, kali ini ayah tidak mesra berbual seperti selalunya.

Lima hari berlalu dengan keadaannya sama sahaja, ibu menghulurkan duit RM5 dan menyuruh saya pergi gunting rambut. Setelah pulang ke rumah dengan rambut pendek dan kemas, barulah dari belakang surat khabar ayah menyapa: “Ha, bila balik Is?”

Rupa-rupanya kepulangan saya dari maktab dengan rambut yang agak panjang dan kusut masai sangat tidak disenangi ayah. Tetapi cara dia menunjukkan kemarahannya dengan tidak terus menegur saya, langsung tidak saya fahami.

Hal itu saya sedari hanyalah setelah ibu dengan tepat meneka tindakan yang boleh menjernihkan keadaan iaitu dengan saya memotong rambut.

Agaknya kerana terkejut dengan episod itulah pertumbuhan rambut saya terencat dan akibatnya semua orang dapat lihat sendiri!

PAS tidak setuju parti baharu sertai PR


Satiful Bahri Mamat  
Satiful Bahri Mamat

KUALA TERENGGANU – Pas tidak akan sesekali bersetuju jika parti baharu yang akan dibentuk mahu menyertai PR.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Satiful Bahri Mamat berkata, pihaknya akan buat bantahan apatah lagi parti baharu yang dikatakan itu merupakan serpihan daripada Pas.

Menurutnya, kesediaan membentuk PR sebelum ini adalah melalui persetujuan tiga parti iaitu Pas, PKR dan DAP, manakala parti baharu tidak boleh sewenang-wenangnya menyertai PR.

“Kalau ada parti baru serpihan Pas, sudah tentu Pas tak setuju. Dia hendak bergabung dengan kekuatan apa? Atas alasan apa nak gabung,” katanya. Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berserta beberapa bekas anggota jawatankuasa (AJK) parti itu tidak menolak kemungkinan membentuk sebuah parti baharu bagi meneruskan perjuangan politik mereka.

Kulim - Air paip bau minyak tanah


Air paip bau minyak tanah 
 Nur Amilia menghidu air paip yang didakwa berbau minyak tanah.

KULIM - Penduduk di beberapa kawasan perumahan sekitar daerah ini, meminta pihak Syarikat Air Darul Aman (Sada) turun padang menyelesaikan masalah air paip di rumah mereka yang didakwa berbau minyak tanah.

Seorang penduduk Taman Meranti, Tuty Sarini Zainul Abidin, 33, berkata dia menyedari bekalan air paip yang digunakannya berbau minyak tanah atau gasolin sejak kelmarin.

Menurutnya, dia mengetahui air paip di rumahnya berbau minyak tanah selepas membuka paip air untuk memasak.

"Pada mulanya saya ingatkan bau ini sekejap sahaja, tetapi ia berlarutan sehingga hari ini (semalam)," katanya.

Katanya, dia bimbang jika masalah itu tidak diselesaikan secepat mungkin, penduduk yang terlibat akan keracunan kerana mereka sememangnya menggunakan bekalan air itu untuk melakukan rutin harian.

Bekas Calon Ahli Parlimen Tambun PKR dilantik sebagai SENATOR


KEADILAN mengucapkan tahniah di atas perlantikan YB Senator Siti Aishah Shaik Ismail sebagai Senator Dewan Negara pada pagi ini.

Selamat bertugas, dan teruslah berusaha untuk memperjuang nasib rakyat yang setiap hari semakin terbeban dengan GST dan isu hutang 1MDB yang membengkak.


Cukuplah bercakaran MIC, masa untuk bubar parti!

Oleh V Shuman

http://bm.theantdaily.com/Documents/Article/29916/Enough-with-the-squabbling-MIC-time-to-end-the-party-malay-785x442.jpg
Sekiranya saya punyai pembesar suara, saya akan bangun di depan pihak yang mendakwa diri mereka pemimpin MIC dan menjerit, “Cukuplah. Masa untuk tutup kedai!”. Saya anggap mereka “mendakwa diri sebagai pemimpin” kerana saya tidak pasti siapa sebenarnya yang berhak memimpin parti itu.

Keadaan semakin buruk pada 6 Jun apabila presiden MIC G Palanivel menggantung timbalannya Dr S Subramaniam serta beberapa lagi, berikutan kemelut dalaman yang telah berlanjutan sekian lama.

Sebagai tindakbalas, Subramaniam mendakwa Palanivel bukan lagi ahli MIC, dan tidak layak memimpin parti tersebut kerana telah melanggar perlembagaan parti.

Pun begitu, Palanivel bertegas memegang kepada kuasa tanpa mengira risiko, sambil mengaku dirinya berhak digelar peneraju parti.

Jadi apa sebenarnya berlaku? Boleh sesiapa beritahu saya siapa sebenarnya pemimpin utama MIC?

Episod melibatkan MIC ini lebih dramatik dari filem Tamil dan meloyakan dari adegan-adegan mengelirukan dari filem hasil karya M Night Shyamalan.

PAS harap pembangkang ulangi kerjasama Angkatan Perpaduan Ummah, Gagasan Rakyat

OLEH ZULKIFLI SULONG,

http://3.bp.blogspot.com/-nX36kQ0Wp5w/UprIt4ZquyI/AAAAAAAAXjo/SoA32eHtJ9c/s1600/20120609-121316.jpg
Kerjasama di kalangan parti pembangkang dijangka akan mengulangi pengalaman hubungan antara Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Gagasan Rakyat menjelang pilihan raya 1990 lalu apabila PAS tiada lagi hubungan dengan DAP tetapi kekal dengan PKR.

Menurut sumber, pendekatan ini akan diambil pemimpin PAS selepas mereka meneruskan hubungan dengan PKR, namun hubungan dengan DAP kini putus apabila usul mengenainya diterima tanpa bahas pada muktamarnya yang lalu.

Namun begitu, ia bergantung kepada kesediaan PKR untuk bekerjasama dengan PAS dalam bentuk gagasan itu, kata bekas calon presiden Ahmad Awang.

"Ia terserah kepada PKR, sama ada mereka sedia atau tidak bekerjasama dalam bentuk itu, dan apakah DAP juga bersedia," katanya kepada The Malaysian Insider.

Daripada segi semangat, Pakatan masih wujud, kata Wan Azizah

Sekretariat Pakatan Rakyat dan pekerja parti di peringkat negeri masih beroperas, kata Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2015.
Daripada segi semangatnya, gabungan pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat (PR) itu masih wujud, kata presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Katanya, sekretariat PR dan pekerja parti di peringkat negeri masih beroperasi.

"Di semua negeri PR, ia masih bekerja, walaupun Pulau Pinang tidak lagi menamakannya PR.

"Tetapi daripada segi hubungan kerja, ia masih diteruskan. Kerana, ketua menteri berkata, kerja dijalankan seperti biasa," katanya merujuk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Ditanya sama ada mereka masih boleh bekerja sama dalam keadaan yang agak janggal dan bermusuhan, Dr Wan Azizah memberitahu wartawan di Pulau Pinang, berdasarkan semua kenyataan yang dibacanya, mesejnya ialah mereka masih bersama.

"Kerana kami mahukan begitu, sambil kami menentang kerajaan Barisan Nasional yang sekian lama berkuasa.

"Semua pembaziran, ketirisan dan masalah negara kita ini... semua itu perkara asas. Kita semua berada pada satu platform yang sama, dan itu menjadi usaha kita, dan kita boleh terus bergerak dari sini," katanya.

PAS sedang kehilangan sokongan daripada ahli parti yang kritikal terhadap Hadi

oleh Alyaa Alhadjri


Kepimpinan beliau mungkin disokong oleh ulama dalam PAS tetapi presiden parti Abdul Hadi Awang tidak menujukkan contoh baik melalui tindakan (atau yang tidak dilakukan beliau) dan kenyataan kontroversi yang sering dikeluarkan.

Selain tidak hadir mesyuarat penting presiden Pakatan Rakyat dan kemudian membatalkan kuputusannya, untuk kali kedua sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pendirian Hadi yang menuduh untuk kali kedua memfitnah individu lain dalam ucapannya - tindakan yang dalam Islam dikatakan sebagai ‘memakan darah daging saudara sendiri’.

Kali ini, calon presiden PAS yang tewas Ahmad Awang dilaporkan berkata beliau menimbangkan tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnah beliau ketika pemilihan parti, termasuklah Hadi.

Beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa walaupun beliau tidak menyesal tewas kepada Hadi dalam pemilihan itu, fitnah yang dilemparkan kepadanya telah mencetuskan keretakan dalam PAS. “Saya sedang mempertimbangkannya (menyaman), termasuklah presiden yang melabel saya sebagai calon DAP.

SU Agung UMNO nasihat UMNO PENANG bab papan tanda

Papan tanda: Semua parti kena patuh undang-undang


Tengku Adnan Tengku Mansor KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menegaskan pihak berkuasa tempatan (PBT) sewajarnya menggunakan kaedah lebih berhemah sebelum bertindak merobohkan sesuatu struktur binaan.

Beliau berkata, walaupun semua pihak perlu patuh kepada undang-undang tanpa mengira fahaman politik, namun ia perlu mengambil kira kepentingan rakyat.

"Kita mempunyai kaedah yang bersama-sama rakyat, kita bukan nak menindas, memijak atau menekan mana-mana pihak.

"Jadi kena tahu apa yang sebenarnya kerana negara kita ada undang-undang, dia tak kira Umno ke.. DAP ke..

"Mana sekalipun (parti) kita kena patuh kepada undang-undang, jangan kita ambil undang-undang dalam tangan kita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Air Zam-zam, kurma dan kain baju Melayu peringkat kebangsaan anjuran Biro Kebajikan Umno di Masjid Negara, di sini, hari ini.

Agong sihat, sambut Ramadan di Kedah


Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah 
 Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah

ALOR SETAR - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sihat dan tidak gering seperti heboh diperkatakan sejak malam semalam.

Berita yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp kononnya Tuanku Abdul Halim dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana gering adalah tidak benar.

Perkara itu disahkan Ketua Setiausaha Sulit kepada Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.

Menurutnya, baginda berada di HSB untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan rutin daripada doktor peribadi, sempena keberangkatan pulang baginda ke Kedah.

“Tuanku Abdul Halim menyambut Ramadan di Istana Anak Bukit sebelum berangkat pulang ke Istana Negara pada 23 Jun ini,” katanya.

21 jenazah dikebumi di Kampung Tualang hari ini.


PENDANG - Jenazah mangsa pemerdagangan manusia dipercayai pendatang Rohingya dari Myanmar yang ditemui di kem tahanan Bukit Wang Burma, Wang Kelian akan dikebumikan di tanah perkuburan khairiah Kampung Tualang, Pokok Sena, esok.
 
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata 21 jenazah itu akan dikebumikan dalam satu liang lahad berikutan selesainya proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.
 
"Kesemua jenazah tersebut merupakan daripada kumpulan pertama yang ditemui di tempat kejadian," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga pondok Al-Fathoni di Kobah di sini, malam tadi.
 
Katanya upacara pengkebumian itu akan diuruskan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (Jaik) dan semua kos pengkebumian ditanggung oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
 
"Baki 85 jenazah lagi akan dikebumikan secara berperingkat-peringkat selepas proses bedah siasat di HSB selesai," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...