TERKINI :

Sunday, June 21, 2015

Pahang Darul "Bauksit"

Pencemaran bauksit menjadi-jadi di Pahang
Pencemaran bauksit menjadi-jadi di Pahang 

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Dato’ Fauzi Abdul Rahman meninjau sendiri kes pencemaran debu-debu bauksit yang meresahkan kehidupan rakyat di sekitar kawasan Parlimen Indera Mahkota.

Bermula dari sempadan Pahang/Terengganu di Kampung Chendor berkeadaan normal sehingga ke Sungai Ular. Tetapi bermula dari simpang jalan ke LPT di Sungai Ular, kesan pencemaran dari aktiviti pengangkutan bauksit telah bermula sehinggalah semakin menghampiri Pelabuhan Kuantan, kesan pencemaran semakin teruk selain kerosakan jalan yang berlaku.

Longgokan bauksit mewujudkan pencemaran
Longgokan bauksit mewujudkan pencemaran

Di kawasan pelabuhan kelihatan timbunan bauksit berada merata-rata di sekitarnya. Adalah amat membimbangkan sekiranya berlaku hujan, air yang tercemar oleh bauksit ini terus mengalir ke laut yang hanya berada beberapa meter dari timbunan bauksit ini. Kelihatan juga lebih 50 lori sedang berbaris bagi menurunkan muatan bauksit ke kawasan itu sehinggakan menghalang satu lorong jalan di situ.

Jangan teruja sangat dengan perpecahan Pakatan, kata akhbar

  Mingguan Malaysia dalam ruangan Awang Selamat berkata hari ini disebabkan pendirian berbeza PAS dan DAP tentang perpecahan Pakatan Rakyat, ia tidak kelihatan seperti gabungan tersebut betul-betul berakhir. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2015.
Mingguan Malaysia berkata hari ini ia tidak yakin Pakatan Rakyat (PR) kini secara rasmi berakhir, berdasarkan pendirian berbeza yang diambil PAS dan DAP.

Menulis di dalam ruangan pojok Awang Selamat, pengarang akhbar milik Umno itu berkata, kini terserah kepada PKR untuk menentukan nasib pakatan itu, terutamanya di Selangor.

"Awang tidaklah teruja dengan pergolakan dalam pakatan pembangkang sekarang. Segalanya masih baharu, bara belum tentu menjadi api," tulisnya dalam akhbar itu hari ini.

Ini kerana katanya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengumumkan PR sudah berakhir.

"Kini penentuan kepada PKR terutama dalam konteks kerajaan negeri di Selangor.

"Yang Awang ingin tahu apakah Menteri Besar (Mohamed) Azmin Ali akan berpegang kepada Aku Janji jawatan menteri besar ketika mengangkat sumpah memegang Lembing Sembuana?

"Akan derhakakah beliau dan apa musibahnya? Azmin kini menjadi perhatian termasuk spekulasi berkaitan hubungan dingin dengan Sultan Selangor?"

Tanda-Tanda UMNO Tidak Selamat

Shahbudin Husin, 

 

UMNO di era kepimpinan Najib Razak sekali lagi menjadi bahan persendaan pelbagai lapisan masyarakat berikutan tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang atau MBPP meruntuhkan struktur tulisan UMNO yang terletak di hadapan ibu pejabatnya di Georgetown.

Tindakan MBPP itu dikatakan kerana perletakan struktur itu tidak mempunyai lesen tetapi UMNO Pulau Pinang difahamkan sedang dalam proses memohonnya.

Apa yang menjadi perbualan ramai ialah Pemuda UMNO Pulau Pinang hanya mengecam dan memberi amaran dari jauh berkaitan tindakan itu melalui kenyataan media saja.

Sejak bila Pemuda UMNO sudah hilang keberaniannya?

UMNO Pulau Pinang juga hanya semalam mengadakan mesyuarat, juga mengecam dan melahirkan rasa kesal atas tindakan MBPP yang disifatkan tergesa-gesa kerana tidak memberi notis yang sewajarnya terlebih dahulu.

TNB beli 70% ekuiti, adakah 'bailout' 1MDB lagi?

HARAKAHDAILY | 21 Jun 2015.


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) telah menjangka sebahagian besar aset 1MDB akan dijual dan dicair bagi melupuskan hutang syarikat berkenaan yang berjumlah RM42 bilion.

Strategi menyelamat (bailed out) krisis kewangan 1MDB terus dilakukan menerusi dana awam dan syarikat berkepentingan strategik negara.

Malangnya, rakyat masih terus diperbodohkan dengan skandal kewangan 1MDB selagimana ia belum diklarifikasikan kepada awam menerusi Laporan Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.

Malah, Kementerian Kewangan belum mengarahkan syarikat audit bebas untuk menjalankan audit tertangguh dari 1 April 2014 hingga 31 Mac 2015.

Selepas isu kontroversi pembelian 1.56 ekar tanah Tun Razak Exchange menerusi Lembaga Tabung Haji (dana awam) yang berharga RM188.5 juta daripada 1MDB, kini syarikat utiliti terbesar negara, Tenaga Nasional Berhad pula membeli (baca bailed out) 70 peratus ekuiti 1MDB dalam loji janakuasa arang batu (Projek 3B).

Salahuddin Ayub pun belum buat keputusan terima atau tidak jawatan AJK Pas Pusat

Selagi Fajar Menyinsing

https://lh4.ggpht.com/oLMoG1fIKqxaXcWpqkdXZhfxHq1BTCXdNjO_n6EN4olQMvG1wxyRPO-Fdp98V_TCrmWMNBL59ktC9Vh9KIk
Malam tadi Sdr Zubir (pegawai Pejabat Agong Pas yang setia) menyerahkan surat resmi perlantikan saya sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. Bermakna bermula lagi satu episode dalam kehidupan saya untuk membuat satu keputusan penting.

Keputusan yang bakal saya buat (samada menerima atau menolak) adalah perhitungan hidup mati karier saya dalam Pas. Saya bermula dengan perjuangan Pas sejak tahun 1981. Bermula dengan TYDP Kawasan Pontian hingga Naib Presiden Pas 2015.

Saya masih belum menjawab secara resmi tetapi beberapa jam yang lalu telah riuh rendah di media baru tentang berita perlantikan saya ke AJK Pusat. Ada yang memberi nasihat dan memujuk. Ada yang memberi amaran dan ancaman memutuskan persahabatan. Kesian saya. Sudahlah sebelum Muktamar ditohmah fitnah , dah kalah pun kena belasah lagi . Tapi saya tak boleh marah-marah. Itulah asam garam dunia politik yang saya telah pilih dengan jiwa raga saya.

PAS umum senarai AJK baharu 2015-2017


KUALA LUMPUR: PAS telah mengumumkan senarai kabinet baharunya dan pelantikan lapan Ahli Jawatankuasa Kerja (tambahan) yang baharu pada sidang media parti itu di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man telah membuat pengumuman tersebut selepas mesyuarat kali kedua AJK PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Hadir sama dalam sidang media itu, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Setiausaha Agung yang baharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Berikut adalah senarai AJK yang diumumkan sebentar tadi -

Setiausaha Agung: Datuk Takiyudin Hassan
Bendahari: Mohammad Nor Mohamad
Ketua Penerangan PAS Pusat: Ustaz Nasrudin Hassan
Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat: Datuk Mustafa Ali
Penolong Setiausaha Agung 1: Khairul Faizi Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung 2: Khairul Fahmi

Mahfuz Nafi Terima Pelantikan AJK PAS

KUALA LUMPUR: Bekas calon naib presiden PAS yang tewas dalam pemilihan parti itu awal bulan ini, Datuk Mahfuz Omar menafikan bersetuju menerima pelantikannya ke jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Menurut bekas Ketua Penerangan PAS itu, beliau tidak menerima sebarang surat lantikan seperti yang didakwa Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

"Macam mana saya nak terima atau tidak (pelantikan) sedangkan saya tak dapat pun surat.

"Saya akan jawab secara bersurat terima atau tidak selepas dapat surat lantikan. Buat masa ini saya ada di Kedah dan tak diberitahu apa-apa mengenai pelantikan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Ahad.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu pada masa sama turut terkejut apabila dimaklumkan bahawa beliau tersenarai antara lapan AJK PAS Pusat yang baharu dilantik untul sesi 2015-2017.

Terdahulu Tuan Ibrahim mengumumkan senarai penuh AJK PAS Pusat termasuk tiga calon kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Di harap PRESIDEN PAS tak layan cadangan profesor ini untuk mengekalkan Pakatan Rakyat

Hadi perlu kembali kepada Buku Jingga jika mahu kekalkan Pakatan, kata profesor
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih boleh bersama Pakatan Rakyat jika beliau tidak meneruskan hasrat membawa rang-rang undang-undang persendirian berkenaan hudud yang menjadi punca keretakan hubungan politik antara PAS dan DAP. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2015.
Talian hayat Pakatan Rakyat (PR) boleh disambung semula jika Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia sekali lagi memegang kepada prinsip Buku Jingga dan agenda Negara Berkebajikan yang dibawa gabungan itu sejak Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, kata Prof Mohamed Mustafa Ishak.

Ketua Kluster Politik Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) itu berkata, presiden PAS itu perlu membatalkan hasratnya membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993.

Sekali gus, beliau harus mengetepikan agenda perjuangan PAS dan kembali kepada keadaan sebelum kerajaan Kelantan meluluskan pindaan kepada kanun itu.

"Ini bermakna, tiada hudud dan tiada agenda undang-undang syariah Islam yang PAS boleh ketengahkan dalam PR," katanya dalam ruangan rencana akhbar Utusan Malaysia, hari ini.

Mustafa berkata, PAS tidak boleh meneruskan hasratnya membawa rang-rang undang-undang persendirian itu kerana ia merupakan perbezaan utama yang membelenggu hubungan politik antara PAS dan DAP.

Salahuddin, Mahfuz dilantik AJK PAS pusat

Tiga pemimpin PAS dari kumpulan progresif yang tewas dalam pemilihan parti itu dalam muktamar baru-baru ini, dilantik menganggotai Jawatankuasa PAS pusat bagi tempoh dua tahun.

Mereka ialah bekas naib presiden Salahudin Ayub dan bekas ketua penerangan Datuk Mahfuz Omar sementara bekas AJK PAS Pusat Mohd Taufek Abdul Ghani pula dilantik semula ke jawatan tersebut.

Perkara ini diumumkan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS Kuala Lumpur.

Tuan Ibrahim berkata, surat pelantikan ini sudah dihantar sejak minggu lalu dan sehingga kini masih belum ada penolakan.

"Surat pelantikan itu dihantar secara formal, kita (juga) ada hubungi melalui telefon dan sebahagiannya kata (yang dilantik) tunggu surat dulu dan buat keputusan dan tidak ada penolakan setakat ini,” kata Tuan Ibrahim.

Malaysiakini telah menghubungi Salahuddin tetapi masih belum mendapatkan maklum balas.

Manakala Mahfuz pula berkata beliau belum menerima surat pelantikan itu dan akan menjawabnya selepas menerimanya kelak.

'BN mungkin boleh jatuh walau Pakatan pecah'

 
Jika Umno terus merosakkan diri dengan perbalahan dalaman dan dakwaan rasuah dan BN masih kucar-kacir, maka penganalisis politik yakin pembangkang mempunyai peluang mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

"Parti komponen BN mempunyai masalah, MIC menjadi jenaka tetapi tiada siapa yang ambil peduli untuk bercakap mengenainya," kata Wan Saiful Wan Jan, yang mengetuai badan pemikir Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas).

Beliau merujuk kepada perebutan kepimpinan MIC, di mana Presiden Datuk Seri G Palanivel telah menggantung keahlian Timbalannya, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Bagaimanapun kemudiannya, Subramaniam mengumumkan beliau sebagai pemangku presiden dan keahlian Palanivel ditarik.

Wan Saiful berkata, kedudukan MCA pula tidak berada dalam keadaan stabil, sementara dalam Umno pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berdepan seranan berterusan daripada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ia agak positif bahawa pembangkang mempunyai peluang yang adil untuk mengambil Putrajaya jika Umno terus memusnahkan dirinya sendiri," kata Wan Saiful

Berpuasa tanpa menyusahkan orang lain

Oleh Amin Iskandar


Baru-baru ini seorang teman bukan Islam membangkitkan tentang mengapa ketika solat tarawih, kenderaan-kenderaan diletakkan secara sesuka hati di luar masjid sehingga menyebabkan jalan sesak.

Dia merungut kerana terperangkap dalam kesesakan sehingga hampir berlanggar dengan seseorang yang kelam kabut meletakkan kenderaannya.

Boleh sahaja penulis menjawab dengan angkuh, “Negara ini majoriti Islam, awak ikut sahajalah.”

Tetapi sebenarnya penulis sendiri bersetuju dengan apa yang dibangkitkannya.

Mengapa ketika kita mengejar keredaan Allah di bulan Ramadan ini, kita perlu menyusahkan orang lain baik orang Islam sendiri mahupun bukan Islam?

Penulis sendiri melihat “kerakusan” umat Islam yang ingin mendapatkan “pahala” sebanyak mungkin memandu “seperti orang gila” untuk ke masjid bertarawih sehingga hampir berlanggar dengan pemandu lain.

Apakah ini yang diajarkan Islam?

Kenapa PAS berubah sikap terhadap Anwar, PKR

Oleh VETERAN PAS


Memang pelik sikap dan pendirian pemimpin Pas, terutama kumpulan konservatif yang menang besar baru-baru ini. Semasa krisis MB Selangor dulu, apa yang mereka tak kata pada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah.

Wibawa Azizah diperlekehkan secara terbuka. Anwar digelar Ketum, dengan nada menghina. Presiden Pas, Haji Hadi Awang di depan publik mempersoalkan keupayaan Azizah, yang dicadang Pakatan Rakyat menggantikan Khalid Ibrahim.

Juak-juak Presiden Pas, khususnya Dr Zuhdi Marzuki sudah tidak ada rasa hormat lagi dengan Anwar. Direka pelbagai teori karut-marut, terutama berkaitan durvival bangsa Melayu, untuk menjahanamkan reputasi Anwar dan PKR.

Anwar dipaparkan srolah-olah pengkhianat umat Melayu dan perosak agama Islam. Hanya Pas yang suci dan bersih, itupun pemimpin yang dikira bersama Haji Hadi dan geng ulamak. Macamlah Anwar tiada jasa langsung kepada Pas.

PAS & Keikhlasan UMNO....!!


Hasbie Muda



1. PAS adalah parti yang baik. Tapi baik biarlah berpada-pada. Hadis Nabi mengingatkan bahawa orang beriman tidak jatuh dua kali dalam lubang yang sama.

2. Apabila UMNO dan Perikatan tewas banyak kerusi dalam PRU 1969, UMNO bertukar pucuk pimpinan parti. Pengganti Tunku, Tun Razak melihat bahawa kebangkitan parti-parti pembangkang perlu dikawal jika UMNO/Perikatan mahu terus berkuasa. Salah satunya adalah mengajak parti-parti pembangkang menyertai Perikatan.

3. Pada peringkat awal beberapa buah parti pembangkang bersetuju menyertai kerajaan campuran bersama Perikatan. Antaranya Gerakan di Pulau Pinang (bermula Februari 1972) dan PPP di Perak (bermula April 1972).

4. Usaha menarik PAS menyertai UMNO bukan mudah. Dua parti dengan ideologi yang berbeza sudah pasti hampir mustahil untuk bergabung. Justeru UMNO melalukannya secara beransur-ansur dan penuh strategi.

Bekas aktivis Pemuda PAS Sheikh Omar sertai DAP

 
  Ditengah-tengah hubungan DAP dan PAS yang semakin meruncing, seorang aktivis parti Islam itu menyertai parti sekular itu.

Bekas pemimpin pemuda PAS Johor Sheikh Omar Ali kini secara rasmi ahli DAP.

Sheikh Omar menyerahkan borang keahliannya kepada penasihat DAP Lim Kit Siang dalam satu majlis berbuka puasa di Kluang Johor semalam.

Manakala aktivis reformasi Norazimah Mohamad Nor pula akan menyerahkan borang kemudian kerana beliau tiada dalam majlis itu semalam.

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang menyertai DAP Sabtu lalu, dan MP Kluang Liew Chin Tong turut hadir dalam majlis itu.

Sheikh Omar menjelaskan bahawa beliau mengambil keputusan menyertai DAP kerana senario politik yang kian parah di negara ini.

"Isu yang melibatkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), Felda Global Ventures (FGV), Tabung Haji, penyelewengan Tabung Haji, krisis dalaman Umno dan banyak lagi, amat menuntut kepada satu langkah tuntas bagi memastikan rakyat dapat diselamatkan dari terus menjadi mangsa," katanya

PAS pergunakan PKR, kerajaan Selangor goyang?


Tindakan beberapa pemimpin PAS yang berkeras kononnya Pakatan Rakyat masih wujud di antara parti itu dengan PKR jelas dipengaruhi oleh anasir yang mahukan kerajaan negeri Selangor hancur.

Pengarah Pilihan Raya PAS Mustafa Ali, sebelum ini berkata, Pakatan tidak mati tetapi hanya pengsan. Beliau menyifatkan PR masih berfungsi dengan dua buah parti, PKR dan PAS. DAP meninggalkan PR sebagaimana tindakan parti itu pada 2001 meninggalkan Barisan Alternatif (BA). Ketika itu BA diteruskan oleh PKR dan PAS sehingga PRU 2004 dan seterusnya PRU 2008, sebelum PR ditubuhkan pada 1 April 2008.

PAS sengaja menolak keputusan mesyuarat Biro Politik PKR pada 16 Jun lalu yang mengesahkan PR tidak lagi berfungsi secara formal. Mesyuarat itu juga mengesahkan pakatan longgar hanya berlaku di peringkat negeri bersama DAP dan PAS. Namun pada peringkat nasional parti-parti dalam PR yang sebelumnya terikat dengan konsensus dan dasar bersama tidak lagi sedemikian. Ketiga-tiga parti kini bebas sepenuhnya mengamalkan polisi masing-masing.

Untuk menegaskan lagi perpisahan itu, Setiausaha Agung PKR menggunakan terma ‘bercerai tapi masih berkawan’ dalam menggambarkan hubungan parti-parti komponen bekas PR. Presiden PKR, Dr Wan Azizah juga berkata PR tidak lagi seperti PR sebelumnya yang bergerak secara formal antara ketiga-tiga buah parti.

Berakhirnya zaman kegemilangan PAS & kembalinya PAS kezaman tahun 70an !!!!


BERAKHIRNYA ZAMAN KEGEMILANGAN PAS DAN KEMBALINYA PAS KE ZAMAN TAHUN 70AN !!!!! PAS PERLUKAN 50 TAHUN LAGI UNTUK BERADA DI ZAMAN KEGEMILANGANNYA BILA LAHIRNYA SEORANG ULAMA DARIPADA KALANGAN PROFESIONAL YANG AKAN MEMIMPIN PAS SEBAGAI PRESIDEN YANG TERBILANG DALAM SEJARAH PAS !!!!! ALLAHUAKBAR !!!!!

Usaha dakwah & menyampaikan risalah Islam kepada orang-orang melayu di kalangan umno dan bukan Islam yang dipelopori oleh Almarhum Dato' Ustaz Hj. Fadzil Mohd Noor mantan Presiden PAS dan Almarhum Tuan Guru Dato' Hj Nik Aziz Nik Mat mantan Mursyidul Am PAS telah dimusnahkan oleh pemimpin-pemimpin konservatif dan ortodoks PAS sendiri yang mengaku pejuang Islam tetapi gagal memahami cara dakwah yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. kerana tiadanya sifat sabar dan berhikmah untuk mendekati orang-orang bukan Islam malah bersifat keras dan cepat melabelkan mereka menentang Hudud sedangkan PAS sendiri gagal memanfaatkan peluang untuk menguasai Putrajaya dalam membuka dimensi dakwah secara lebih berkesan sebagai Kerajaan Persekutuan yang memiliki segala jentera dan agensi kerajaan.

Tahniah, semoga kepimpinan baru PAS dapat melaksanakan Hudud di Kelantan dan seluruh Malaysia dengan kerjasama dan sokongan pemimpin-pemimpin umno perompak harta rakyat walaupun Putrajaya bukanlah matlamat utama mereka kerana mereka hanya mengharapkan redha Allah s.w.t. tanpa usaha bersungguh-sungguh melalui strategi politik tahaluf siyasi untuk memartabatkan syariat dan syiar Islam hanya cukup pada mereka sekadar PAS mempunyai pengaruh di Pantai Timur sahaja seperti era tahun 70an !!!!!

MCA jangan masuk campur, hormati perlembagaan

DATUK DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI | 19 Jun 2015.


Saya merujuk kepada gesaan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Terengganu, Datuk Toh Chin Yaw yang mahu Kerajaan Negeri Kelantan dan Terengganu supaya menyemak semula usaha melarang perniagaan beroperasi selepas tengah malam dan menubuhkan suatu ‘task force’ untuk mengambil tindakan ke atas umat Islam yang tidak berpuasa dan menjual makanan sebelum jam 2.00 petang pada bulan Ramadan.

Saya ingin tegaskan kepada MCA supaya tidak campur tangan dalam urusan pentadbiran serta hal ehwal undang-undang yang berkait dengan orang Islam dan silalah hormati perlembagaan.

Kerajaan negeri telah menjelaskan bahawa kewajaran tindakan itu ialah untuk mengelakkan kegiatan tidak bermoral berlaku di premis-premis perniagaan dan bagi mengelakkan tersebarnya budaya negatif dalam kalangan masyarakat.

Ia juga bagi memastikan rukun Islam dilaksanakan oleh setiap orang Islam yang berkewajipan secara sempurna tanpa adanya persekitaran yang boleh mencemarinya.

PKR dalam dilema, mana satu harus dipilih..!!??



Ketika ini seolah-olah apa yang telah di buat Hj Hadi dan pro Ulamak seperti tidak ada salahnya. PKR masih meneruskan pakatan dengan PAS walaupun formal tak formal. PKR memberi muka kepada si talam dua muka dan sekarang dah jadi bermuka-muka macam kueh lapis di bazaar ramadhan yang kita beli siang tadi.

Semasa pemilihan PAS yang lepas, kumpulan mana kah yang mempertahankan PR? Siapa kah yang mempunyai matlamat dan visi semasa bertanding dimana akan terus kekal dalam PR? Siapakah yang terang-terang menanam kebencian kepada DAP ia itu rakan kongsi dalam PR dan mengugut untuk bersendirian ?

Mereka telah mempertahankan PR dan ini lah salah-satu sebab pro Profesional kalah sebab por Ulamak mengaitkan nya dengan DAP dengan menuduh mereka di perkudakan oleh DAP dan sebagai calun DAP. Ini jugalah ada lah salah-satu punca nya PR berkecai.

''Kabinet gerak kerja PAS tawan Pahang'' selesai di bentuk

KHAIRIL ABDUL RAHIM | 20 Jun 2015.


TEMERLOH: Mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Pahang yang dipengerusikan Pesuruhjaya yang baharu Ustaz Rosli Abdul Jabar, hari ini selesai membentuk jawatankuasa 2015-2017.

Dengan menamakan ‘kabinet gerak kerja ke arah menawan Pahang’ ia menyaksikan pelantikan dua Timbalan PJ yang baru iaitu Andansura Rabu bagi Zon Timur dan Yohanis Ahmad bagi Barat.

Manakala Md Jusoh Darus yang sebelum ini TPJ zon tengah, kekal.

Kesemua mereka merupakan Yang Dipertua PAS kawasan masing-masing iaitu Indera Mahkota, Jerantut dan Temerloh.

Dua jawatan utama lain iaitu Setiausaha dan Bendahari, penyandangnya dikekalkan untuk Roslan Zainal dan Musaniff Abdul Rahman.

Ketua Penerangan kali ini diamanahkan kepada mantan Ketua Pemuda Ustaz Nazri Ahmad, manakala Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) kekal disandang Hasenan Haron.

Projek 1MDB: TRX hanya ada pagar sahaja – Dr M

Projek 1MDB: TRX hanya ada pagar sahaja – Dr M 

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan terbaharu hari ini mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menuntut syarikat sarat hutang itu mengemukakan bukti menyokong jawapannya, dan bukan berselindung di sebalik alasan rahsia kerajaan.

Bekas perdana menteri itu menjawab kenyataan 1MDB dua hari lalu yang menafikan beberapa tuduhannya sambil mempersoalkan motifnya dalam membuat dakwaan “yang selalu berubah-ubah”.

“1MDB hanya mendakwa kesemua kritikan saya tidak benar. Tetapi tiada bukti diberikan. Selalu jawapannya ialah ia perkara sulit kerajaan,” kata Dr Mahathir menerusi blog popularnya www.chedet.cc hari ini.

Beliau menyentuh beberapa perkara termasuk cadangan “tak masuk akal” Terengganu Investment Authority (TIA), syarikat asal sebelum dinamakan semula sebagai 1MDB, menggunakan sumber minyak negeri itu sebagai cagaran pinjaman kerajaan.

“Saya dapat tahu TIA enggan membenarkan hasil masa depan telaga minyak Terengganu dijadikan cagaran selepas bercakap dengan mereka yang terlibat dengan TIA. Kerajaan persekutuan menjadi penjamin pinjaman RM5 bilion itu kerana Terengganu menolak perkara yang tak masuk akal.

Sudah 2X dah PAS - DAP nie dok bercerai.....

Jika ada kerjasama ketiga, Pas harap lebih lama

Tuan Ibrahim Tuan Man

SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berharap jika ada gabungan Pas dengan parti lain selepas ini dapat bertahan lebih lama berbanding Barisan Alternatif dan PR.

“Kerjasama politik DAP dengan Pas akhirnya tidak dapat bertahan jua buat kali ke keduanya. Dari sudut positifnya, hubungan Pas-DAP kali ini berlangsung lebih lama berbanding di zaman di Barisan Alternatif selepas berehat selama 7 tahun (2001-2008).

“Jika ada kali ketiga, diharap kerjasama ini akan lebih panjang berbanding yang sebelumnya...Pas kekal dengan kerjasama bersama PKR yang tidak pernah putus sejak penubuhannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, tiada siapa tahu apa yang berlaku akan datang namun mungkin kekalahan hari ini adalah rahmat di masa depan.

PAS elok diam dari berkokok dengan DAP......

PAS Usah komen DAP lagi
Oleh Subky Latif


BERIKUT keputusan tanpa bahas Muktamar Tahunan PAS ke-61 atas usul hubungannya dengan DAP, maka muktamad diserahkan kepada Majlis Syura.Sementara menunggu Mursyidul Am Dato’ Dr Haron Din menunai umrah di Makkah, Majlis Syura belum bersidang, maka banyaklah PAS disakat oleh DAP dan PAS sibuk melayannya.

Justeru, semua seronok melayannya, tidak keliru sekalian orang reda atas politik usul tanpa bahas itu, bahkan menambah keliru masing- masing. Kekeliruan itu tidak baik untuk PAS.

Telah dibuktikan oleh tamaddun manusia sepanjang zaman, banyak bercakap dan suka bercakap mencacatkan kebijaksanaan. Bila banyak bercakap akan adalah kesalahannya. Lagi banyak bercakap, lagi banyak salahnya.

Semua salah itu tidak memberi apa-apa keuntungan.

Adalah benar PAS wajar memberi reaksi atas beberapa tindakan DAP termasuk serangan peribadi dan penghinaan kepada pemimpinnya.

Mungkin satu kejadian kecil tetapi mengganggu setiakawan antara kedua parti tentang calon timbalan speaker Selangor.

Kedua-duanya tidak setuju tentang beberapa isu dalam krisis menteri besar Selangor dan penyelesaiannya.

Perbezaan itu lebih banyak melibatkan PAS dan PKR, tetapi ia tidak meletakkan dua parti itu berkrisis lama.

Sisa makanan tidak diusik setinggi 30 KLCC


makanan 
 
SETIAP tahun untuk tempoh sebulan Ramadan, rakyat negara ini membuang 270,000 tan makanan yang 'tidak diusik' dan boleh dimakan semula.
  
Syarikat menyelia sisa pepejal, SWCorp berkata, berdasarkan perkiraan itu, jumlah makanan tersebut boleh dihidangkan kepada 180 juta orang, enam kali ganda melebihi populasi negara ini iaitu 27 juta.
  
Jika disusun longgokan makanan yang boleh dimakan, ia bersamaan dengan ketinggian 30 buah bangunan KLCC. Ketinggian KLCC ialah 452 meter. 
  
Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp Datuk Ab Rahim Md Noor berkata secara purata setiap hari pada bulan Ramadan sebanyak 9,000 tan makanan dibuang dan ia menjadi satu kebimbangan terhadap budaya pembaziran masyarakat negara ini.
  
"Sisa makanan adalah komponen tertinggi dalam skala komposisi sisa pepejal, pada 45 peratus, malah kos perbelanjaan untuk pengurusan sisa-sisa pepejal di negeri-negeri bawah seliaan SWCorp telah mencecah RM1.4 bilion tahun lepas," katanya kepada Bernama, baru-baru ini.
 

Parti baharu pembangkang hanya untungkan Umno-BN

Oleh ZULKIFLI YAHAYA


TERDAPAT ura-ura kononnya sebuah parti serpihan PAS akan lahir selepas Aidilfitri nanti. Parti tersebut dikatakan akan menggantikan tempat PAS, untuk memperkuatkan Pakatan Rakyat bersama KeADILan dan DAP. Dalam kalangan musuh politik PAS, khususnya Umno-BN, berita tersebut amat menggembirakan.

Jika benar berlaku maka bermakna PAS ter-singkir dari Pakatan. Apabila pembangkang sudah tidak bersatu, maka sokongan 52 peratus yang diraih dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu akan berpecah. Mudahlah BN untuk berkuasa semula pada PRU14 nanti, meskipun parti yang terkenal dengan imej rasuah itu sangat nazak sekali.

Menyorot perkembangan parti-parti serpihan dan parti kecil sejak demokrasi diperkenalkan di negara ini, ia agak menarik. Dalam kala- ngan orang Melayu Islam hanya dua parti yang dominan dan bertahan hingga lebih separuh abad – Umno dan PAS.

Dari Umno pernah lahir Parti Negara (pelbagai kaum), Parti Melayu Semangat 46 dan KeADILan (pelbagai kaum). Hanya KeADILan yang masih bertahan dalam situasi sebahagian besar tokohtokoh yang pernah bersamanya serta ahli-ahli meninggalkan parti tersebut. Parti Negara dan Semangat 46 sudah pun berkubur.

Apabila Malaysia digoncang


gunung kinabalu  
Gempa bumi yang mengorbankan beberapa pendaki dan maling gunung melanda 
Ranau, Sabah 5 Jun lalu. - Sumber Internet

ADIK saya salah seorang yang berada di atas Gunung Kinabalu ketika gempa bumi berlaku pada 5 Jun lalu. Berukuran 5.9 pada skala Richter, sesuatu yang mengejutkan. Kita yang tidak berada di tempat kejadian pun turut berasa bimbang, apatah lagi mereka di tempat kejadian.

Menurut beliau, ketika kejadian, kedengaran bunyi yang sangat kuat. Untuk memudahkan saya faham, beliau ibaratkan seperti bunyi dalam filem Jurassic Park.

Panik. Mendebarkan. Ketakutan. Begitulah perasaan yang digambarkan. Rata-rata mereka yang berada bersama beliau terpinga-pinga apa yang sedang berlaku? Tidak terfikir langsung gempa bumi. Sehingga terlintas di benak fikirannya, adakah kiamat sudah datang?!

Ya... adakah kiamat sudah datang? Kiamat belum datang. Cuma yang pasti, ia sudah hampir. Al-Quran mengingatkan: "Telah dekatnya datang saat itu (kiamat) dan telah terbelah bulan." (Surah Al-Qamar: 1)

Empat langkah bergaul dengan al-Quran

ARIFF JAUHAR


ANTARA bentuk kehebatan al-Quran adalah susunan surah dan ayatnya. ALLAH SWT dengan ilmu dan hikmah-Nya menetapkan aturan ayat dan surah, daripada awal sehingga hujung mushaf, Bagi pembaca melalui proses yang akan membawanya kepada pembentukan minda dan jiwa Qurani.

Pergaulan manusia bersama al-Quran bermula dengan Surah Al-Fatihah sebagai pembuka kitab, lantas pembuka hati sanubari kita sendiri, untuk persediaan bagi kita mengenal seluruh isi al-Quran yang seterusnya. Disusuli dengan Surah Al-Baqarah bagi menjelaskan tanggungjawab Muslimin di atas muka bumi.

Surah Ali-’Imran menjelaskan agar berlaku teguh di atas jalan yang lurus. Setelah teguh terisi keperibadian Muslim, Surah An-Nisaa’ menyeru untuk melindungi wanita dan orang yang lemah dengan prinsip keadilan. Begitulah seterusnya setiap susunan surah akan ada tujuan khusus, berkait sambung menyambung sehinggalah ditamatkan dengan Surah An-Nas (manusia), barulah ciri-ciri kemanusiaan Qurani terhasil melalui proses yang terkandung dalam 114 surah al-Quran.

Bagi memaksimumkan interaksi 114 surah yang ada, pakar tafsir dari Jordan, Sheikh Solah Abdul Fatah Al-Khalidy, menyusun langkah dan fasa bagi bergaul dengan al-Quran. Pergaulan di sini adalah pergaulan jiwa, maka persiapan yang dilakukan adalah persiapan jiwa, bagi mencerap situasi Qurani yang sedang berlaku.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...