TERKINI :

Saturday, June 20, 2015

Punya takut orang tubuh parti baru terus tempelak orang yang keluar parti sebagai kafir

 Pemikiran pemimpin PAS bahaya kepada parti, negara, kata Mat Sabu

Dalam bahagian terakhir temu bual kami dengan Mohamad Sabu, seorang pemimpin PAS popular, beliau memberitahu The Malaysian Insider mengenai kebimbangannya terhadap pemikiran pemimpin dalam parti Islam itu, dan memberi amaran ia boleh membahayakan negara.

PAS kini mula mengikut trend “bahaya” di mana fokus diberikan kepada menghukum mereka yang tidak bersetuju dengan kepimpinan Islamik, kata Mohamad Sabu, salah seorang pemimpin “progresif” dalam parti itu yang digulingkan.

Bekas timbalan presiden parti popular itu dikenali sebagai Mat Sabu, yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini berkata, kecenderungan itu dalam amalan Islam hari ini bermula di Timur Tengah, dan PAS menyertai gerakan “takfiri” itu (umat Islam menuduh saudara Islam lain murtad) ketika berdepan dengan mereka yang tidak bersetuju dengan mereka.

“Kamu tidak bersetuju dengan kami, maka kamu tidak bersama kami. Kamu kafir, liberal, munafik.

“Ini berlaku di Syria, Iraq, Mesir, Somalia, Algeria dan Pakistan. Ia sangat bahaya dan pelajar yang melanjutkan pelajaran di Timur Tengah, membawanya pulang bersama mereka,” katanya ketika ditemu bual The Malaysian Insider. LAGI

ULASAN GB

Jalan paling mudah untuk mendapatkan WALA ialah menuduh dan mengklasifikasi golongan yang tidak menyokong sebagai telah murdad, atau menjadi kafir.

Dahulu kafirkan UMNO dengan Amanat Hadi. Tiba-tiba entah macamana selepas muktmar yang lalu tiba-tiba Haji Hadi membersihkan nama UMNO, katanya UMNO tidak seburuk Firaun.

Tidak perlu tubuh parti baharu - PAS Terengganu

Satiful Bahri Mamat 
KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu menasihatkan parti baharu serpihan Pas tidak dibentuk kerana ia tidak kekal lama.

Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat berkata, ia berdasarkan sejarah sebelum ini apabila beberapa parti serpihan Pas yang ditubuhkan mempunyai jangka hayat tidak panjang dan berkubur begitu sahaja.

Menurutnya, sekiranya parti baharu yang dikatakan akan dibentuk oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) ditubuhkan, beliau menjangka ia juga menerima nasib yang sama sebagaimana Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim).

“Jangka hayat parti baharu tidak lama. Cukuplah dengan parti yang ada seperti PKR, DAP dan Pas,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Pasma mengumumkan akan menggerakkan satu usaha bagi membolehkan sebuah parti baharu ditubuhkan bagi menggantikan Pas dalam PR.

Ahmad Awang pertimbang saman Hadi kerana dakwaan calon DAP

 Ahmad Awang berkata walaupun tidak kesal kecundang dalam pemilihan, namun fitnah yang dilemparkan kepadanya dan pihak lain menyebabkan perpecahan besar berlaku dalam PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Jun, 2015.
Calon presiden PAS yang tewas, Ahmad Awang, sedang mengkaji tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnah beliau sepanjang kempen pemilihan baru-baru ini, termasuk presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Katanya, beliau tidak kesal kecundang dalam pemilihan itu kerana ia adat pertandingan namun fitnah yang dilemparkan kepadanya dan pihak lain menyebabkan perpecahan besar berlaku dalam PAS.

"Saya sedang kaji tindakan itu (saman), termasuk presiden yang menuduh saya sebagai calon DAP," kata Ahmad kepada The Malaysian Insider.

"Ini (fitnah) saya tidak boleh terima dan saya akan bersihkan nama baik saya," katanya yang tewas dalam pemilihan itu awal bulan ini apabila hanya mendapat kira-kira 25% sahaja dari keseluruhan jumlah undi.

Pemuda PKR gesa pemimpin Pakatan hentikan kecaman, segera berunding


Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin (dua dari kanan) bercakap pada sidang media 'Hala Tuju Pemuda PKR dan Masa Depan Pakatan Rakyat' di ibu pejabat Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Jun, 2015.
Pemuda PKR hari ini mendesak semua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menghentikan perselisihan antara satu sama lain dan segera kembali semula ke meja rundingan.

Timbalan Ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin berkata ini bukan masa untuk menuduh dan menyalahkan mana-mana pihak terutamanya melalui media massa.

Beliau yang menganggap DAP tiada hak mengumumkan PR kini bubar berkata, sebarang langkah tergesa-gesa yang diambil akhirnya akan membunuh pakatan itu.

"Jika kita memilih untuk menghancurkan PR, bermakna kita memilih untuk membunuh aspirasi dan harapan seluruh rakyat Malaysia," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Afif yang juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) Pulau Pinang itu menolak pengisytiharan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang PR sudah berakhir.

Beliau bagaimanapun berkata gabungan itu masih wujud selagi diterima rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Bonus Aidilfitri : Kerajaan Negeri P/Pinang umum awal untuk kakitangannya


GEORGE TOWN, 18 JUN: Kakitangan kerajaan negeri terus mendapat perkhabaran baik apabila Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pemberian bonus bernilai setengah bulan gaji atau minimum RM600 sempena Aidilfitri tahun ini.

Guan Eng berkata, bonus dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM5.2 juta itu disalurkan melalui Bantuan Khas Kewangan dan bakal diagih-agihkan kepada semua 4,178 penjawat awam negeri.


“Pembayaran akan dibuat pada 25 Jun ini, agar ia dapat menyerikan lagi ibadah puasa di bulan Ramadhan yang suci ini,” katanya dalam sidang media di Komtar.

Menurut Guan Eng, pemberian bonus itu juga merangkami guru atau penyelia Kelas Agama dan Fardhu Ain, sekolah agama rakyat dan sekolah persendirian cina, yang akan menerima bonus sebanyak RM300 setiap seorang.

Katanya, guru tahfiz atau pondok dan tadika Islam pula akan menerima RM200 setiap seorang.

Cerita tak seronok berkenaan mangsa banjir yang duduk dalam khemah di Kelantan

Salam Abe Raja ....


Saya dapat mesej dari kawan yang baru balik dari satu misi di Kelantan ... Minta kepastian mengenai perkara ini ....Kalau betul berlaku, amat sedih...

Mesej berbunyi begini ....

(Sekadar perkongsian sahaja... sebab kita takkan buat apa2)

Selama dua hari membuat pengagihan bantuan makanan asas kepada mangsa pasca banjir yang masih tinggal dalam khemah, mereka masih menanggung bebanan emosi yang kritikal. Ditambah dengan kerenah birokrasi dan salahguna kuasa, senyuman mereka sekadar menutup kesengsaraan.

Salah satu kawasan agihan ialah Kg Kuala Nal, Kuala Krai. Anggaran masih berbaki 9 khemah, 6 berpenghuni. Khemah adalah sumbangan khas untuk mangsa banjir, saiz anggaran 20'x20' untuk satu keluarga. Terdapat 3 unit rumah sumbangan pihak masjid dari bangi, anggaran saiz 20'x20' untuk satu keluarga. Mereka ditempatkan di sebuah padang, status tanah tidak diketahui pemiliknya.

Di sini kisah mereka.

1. Bekalan elektrik di peroleh dari sebuah surau sedia ada. Peringkat awal, satu unit khemah di caj rm20 sebulan untuk penggunaan elektrik. Tapi kemudiannya di caj rm40 sebulan atas alasan bil surau meningkat.

Makluman: khemah tiada kemudahan kipas. Hanya point elektrik sahaja. kebanyakan penghuni kerja waktu siang. Dan khemah ini hanya selesa diduduki pada waktu malam (siang khemah menjadi panas)

Berdasarkan pemerhatian, penggunaan elektrik agak minimum. Wujud kesangsian pada kami, adakah benar perlu menaikkan caj elektrik tanpa perbincangan dengan mangsa pasca banjir ini?

2. Khemah ini adalah bantuan sementara. Peringkat awal, "sementara" itu ialah sehingga mangsa pasca banjir ini MAMPU membina semula rumah sendiri atau menerima rumah sumbangan kerajaan.

Sehingga tarikh 14-06-2015, masih ada mangsa pasca banjir yang tidak menerima rumah sumbangan. (ada seorang mangsa yang rumahnya masih belum siap, hanya ada bumbung sahaja).

Pemuda PAS Kedah : RUU Persendirian Pindaan Akta 355 Serlah Kebijaksanaan PAS, Dedah Wajah Sekular Umno

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH
3 Ramadhan 1436 / 20 Jun 2015


1. Usaha PAS untuk menegakkan undang-undang syariah Islam telah menjadi hasrat sejak penubuhannya dan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan PAS. Maka, apabila memperolehi kekuasaan pemerintahan negeri , PAS telah membentang dan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) di Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993 serta Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) pada tahun 2001 dan (Hudud dan Qisas) pada tahun 2002 di Dewan Undangan Negeri Terengganu.

2. Demikian itu, usul pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selaku Ahli Parlimen Marang, adalah sebahagian usaha dan percubaan PAS ke arah tujuan yang sama.

3. Ia merupakan peranan dan tanggung jawab PAS memperjuang dan mengangkatnya hingga menjadi perundangan yang sah mengikut prosedur dan amalan demokrasi negara ini. Adapun ia tidak dapat dibentangkan buat kali kedua pada Sidang Parlimen baru-baru ini bukanlah satu kegagalan, tetapi kerana tertakluk kepada Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.

Rakyat lahirkan Pakatan, perlukah mandat baru?

 
  Pada mulanya rakyat, kemudian pakatan. Dan kini gabungan itu kembali kepada asal, sebelum 8 Mac 2008, cuma tanpa rakyat membuat keputusannya.

Dengan keghairahan DAP mengulangi "kematian" Pakatan Rakyat dan penegasan semula PAS untuk bersama gabungan itu, senario ini tidak ubah Barisan Alternatif + DAP.

Bukan kerana PKR memilih PAS dengan meninggalkan DAP seperti pra-Mac 2008. Tetapi kerana, seperti kenyataan Anwar Ibrahim, PKR bersetuju pada intipati kerjasama untuk menunaikan hasrat rakyat walau menyedari gabungan "rasmi" sudah tiada.

Pada masa yang sama PKR sendiri enggan dipaksa mengikut telunjuk DAP yang mendesak parti itu menerimanya atau PAS.

Hakikatnya PKR, khususnya demi kelangsungan pentadbirannya di Selangor, tidak berupaya memilih satu rakan kongsi sahaja; PKR memerlukan kedua-duanya.

Gabungan dua parti saja (DAP + PKR saja atau hanya PAS + PKR) akan menggugat "keseimbangan kaum" dalam barisan wakil rakyat.

Sikap Hadi musnahkan Pakatan Rakyat - Lim Kit Siang



KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mendakwa sikap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sejak setahun yang lalu telah memusnahkan Pakatan Rakyat , biarpun ahli parlimen Marang itu menegaskan bahawa gabungan itu masih belum berkubur.

Katanya, Abdul Hadi tidak hadir mesyuarat Pakatan Rakyat, menggunakan kuasa vetonya menolak keputusan yang dibuat pada mesyuarat yang tidak dihadirinya dan enggan menghormati janji yang beliau buat sendiri semasa mesyuarat.

"Saya berasa pelik bila Hadi mendakwa Pakatan tidak mati apabila, pada tahun lepas, beliau telah secara bersendirian memusnahkan Pakatan dengan melanggar konsensus dan rangka kerja polisi bersama Pakatan, dua tiang yang mengawal kejayaan PR dalam pilihan raya umum ke-13, di mana tanpanya, memang tidak wujud Pakatan Rakyat," kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Abdul Hadi berkata bahawa Pakatan Rakyat masih wujud dan menegaskan DAP tidak mempunyai hak untuk menyebut bahawa gabungan itu tidak lagi wujud.

Beliau memberitahu wartawan di kediamannya bahawa tiada sebarang kenyataan rasmi mengenai pembubaran Pakatan Rakyat oleh DAP.

Baru Singapura ada akai dengan cadangan Malaysia ini..

Singapura 'terkejut' cadangan Malaysia tamatkan terminal kereta api laju KL-Singapura di JB

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan Singapura (MOTS) pada Jumaat menyatakan bahawa pihaknya ‘terkejut’ dengan kenyataan Suruhanjaya Pengangkutan Darat Malaysia (SPAD) tentang cadangan mahu menamatkan terminal kereta api berkelajuan tinggi di kompleks kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) di Johor Bahru.

Pada bulan Mei, kedua-dua pemimpin Malaysia dan Singapura telah mengumumkan bahawa terminal di Singapura akan berada di Jurong East, lapor portal berita ChannelNewsAsia.

“Mengikut pemahaman kami, Malaysia melihat premis komersial bagi projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura sebagai suatu hubungan terus antara dua pusat bandar raya. Itu yang kami persetujui.

“Namun, dengan menamatkan terminal tersebut di Johor Bahru objektif ini tidak akan tercapai,” kata jurucakap MOTS .

Dalam sebuah temubual dengan The Edge Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD Mohd Nur Ismal Mohd Kamal telah ditanya mengenai stesen terakhir di Singapura yang menjadi isu.

Minta maaf atau kami saman, BTN diberi amaran

Pengarah Urusan Merpati Jingga Faisal Mustaffa menganggap BTN di bawah Bahagian Penyelidikan dan Penerbitan membuat pertuduhan melulu dengan pembentangan 'gerakan indie' tanpa usul periksa, dan menuntut BTN meminta maaf secara terbuka. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Jun, 2015.
Biro Tata Negara (BTN) diberi tempoh 14 hari mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik modul pengajaran yang mengatakan gerakan "indie" memberi kesan negatif kepada kerajaan sebelum tindakan undang-undang diambil, kata Faisal Mustaffa.

Pengarah Urusan Merpati Jingga itu berkata, pihaknya menafikan tuduhan melalui slaid pembentangan BTN yang dimuatkan dalam laman web www.btn.gov.my pada 11 Mac lalu dan kemudiannya dipadamkan pada 15 Jun, 2015.

"Kami menganggap BTN di bawah Bahagian Penyelidikan dan Penerbitan membuat pertuduhan melulu tanpa usul periksa dan menuntut BTN meminta maaf secara terbuka.

"Sekiranya pihak BTN gagal menarik balik modul pengajaran tersebut dan mengakui kesilapan fakta yang dibuat dalam slaid mereka yang dimuatkan di laman sesawang mereka pada 11 Mac, 2015 yang lalu itu, maka kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya.

"Kami memberi tempoh 14 hari untuk BTN bertindak atas kenyataan kami ini," katanya dalam satu kenyataan bersama, semalam yang turut disokong beberapa pihak lain iaitu syarikat penerbitan Du Book Press dan Thukul Chetak, penulis Benz Ali dan Melati Rahim, kumpulan Frinjan serta Grup Buku Jalanan.

Kilang jijik ditutup serta-merta


Kilang jijik ditutup serta-merta  
Keratan muka depan akhbar Sinar Harian edisi Perak hari ini.

Kilang jijik ditutup serta-merta  
Nasir (tengah) menunjukkan produk asam jawa dihasilkan kilang terbabit yang dirampas dan disita dengan jumlah keseluruhan bernilai RM14,000.

BAGAN SERAI - Menjijikkan. Itulah keadaan dalam sebuah kilang memproses serta membungkus produk asam jawa, tepung jagung dan tepung kastard di sini sewaktu diserbu peguatkuasa pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Parit Buntar, pagi kelmarin.

Keadaan dalam premis berkenaan yang agak gelap itu sangat kotor di mana lantainya berair dan berbau busuk, bumbung kilang bocor, peralatan kilang serta rak penyimpanan bahan mentah berkarat.

KPDNKK cawangan Parit Buntar bersama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kerian bertindak merampas dan menyita produk asam jawa dan tepung jagung bernilai RM14,000 dan mengarah premis itu ditutup serta-merta selama 14 hari bermula kelmarin.

Lebih mengejutkan apabila didapati produk yang dikeluarkan kilang itu disahkan menggunakan logo halal yang tidak mendapat pengesahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (Jaipk).

Tun M buat projek habis berbillion nampak depan mata, mai Najib dengan 1MDB bernilai RM42Bil habok pun tarak

 
 

Beiginilah emosi rakyat Malaysia walau dari kalangan ahli UMNO sekalipun bila berbicara mengapa tiada tindakan diambil keatas Najib oleh Polis dan SPRM

Posted by Minaq jinggo on Thursday, 18 June 2015
cuba faham apa sahabat kita katakan nie..
Jika zaman Tun...
sebut nak buat HIGHWAY - Kisah Benar
sebut nak buat PUTRAJAYA - Kisah Benar
Bla Bla Bla....

Mai 1MDB...perabih RM42Bil... haram tak nampak depan mata..!!

Masihkah Ada Badi Untuk Parti Islam Baru?



Kumpulan profesional yang kalah dalam pemilihan Pas baru-baru ini barangkali sudah "tawar hati" dan "putus kasih" terhadap parti itu. Berjuang dan bersama-sama mengabdikan diri atas nama kecintaan terhadap Islam melalui Pas tetapi akhirnya "cai" telah memisahkan mereka dengan kelompok agama dalam parti tersebut.

Buat pertama kali sejak kumpulan profesional bertapak kukuh dalam Pas yang menjadikan sokongan diterima parti itu makin melebar bukan saja di kalangan masyarakat Melayu tetapi juga bukan Islam, kumpulan itu "dibersihkan" dan seolah-olah tidak diperlukan lagi.

Pas hari ini menjadi seratus peratus dikuasai golongan yang dikenali sebagai kumpulan ulama dan mereka yang pro ulama. Kumpulan profesional semuanya kecundang dan tidak ubah mangsa pembersihan etnik secara total. Lebih buruk kumpulan profesional dan progresif Islam ini juga digelar "jebon" yang menggambarkan kebencian terhadap golongan itu.

Walaupun masih berteka-teki dan belum membuat keputusan rasmi, kelompok profesional ini secara umumnya boleh memilih sama ada menubuhkan sebuah parti Melayu/Islam yang baru atau menyertai parti tajaan PasMa yang sudah diumumkan penubuhannya sebelum ini.

Ulama PAS tidak kesal putus hubungan dengan DAP

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata tiada kekesalan dengan usul memutuskan hubungan dengan DAP mahupun kerjasama dalam Pakatan Rakyat sebelumnya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 19 Jun, 2015.
Dewan Ulama PAS tidak pernah kesal selepas usulnya memutuskan hubungan dengan DAP diluluskan pada Muktamar Tahun ke-61 parti itu, kata ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Mahfodz berkata, mereka sudah sedia maklum akan akibat usul tersebut sejak awal lagi.

"Bagi saya, tiada patah balik, tiada pusingan-U kerana dengan kronologi yang dibuat PKR dan DAP kepada PAS, selama ini kita sabar, tak jawab kasar-kasar,” kata Mahfodz dalam wawancara bersama The Malaysian Insider di Johor baru-baru ini.

"Tetapi apabila kita dah buat (keputusan) di Muktamar memang tak akan berlaku pusingan-U. Kita dah memikirkan, akibatnya kita dah tahu," katanya.

Beliau mengulas kedudukan terkini Pakatan Rakyat (PR) selepas DAP, disusuli PKR, mengumumkan gabungan itu kini "berkubur".

Menurut Mahfodz, PAS juga tidak kesal dengan kerjasama politik yang terjalin di antara parti itu dengan DAP selama ini.

"Kita bertahaluf ini tidak ada yang rugi, selalu untung. Dengan Umno pun kita untung juga, kita boleh sampai ke kawasan Felda.

"Dengan PR kita dapat menguasai Kelantan dan dengan tahaluf siyasi, alhamdulillah, hasilnya ada," katanya.

Ayuh.. teruskan membantu mereka..jangan buat malu orang Kedah..!!


Tak sabar nak buat biskut, kek 
 Dari kiri: Nurani, Nurina dan Nur Shuhada gembira apabila permintaan mereka mendapatkan ketuhar, basikal dan peralatan membuat biskut serta kek selain beberapa peralatan lain dihantar ke rumah mereka.

Tak sabar nak buat biskut, kek  
Beberapa pihak tampil membantu selepas kisah tiga beradik ini disiarkan Sinar Harian 9 Jun lalu.

GURUN – Tiga beradik perempuan berusia 10 hingga 14 tahun yang tinggal berdikari selain menjaga ibu yang sakit saraf memasang impian untuk menyediakan biskut dan kek sebaik sahaja permintaan untuk mendapatkan ketuhar dipenuhi.

Nur Shuhada Ishak, 14, dari Taman Ria Mesra II berkata, setiap tahun dia ada menyediakan biskut untuk guru sempena Hari Guru sehingga diberi cadangan supaya membuat kuih raya pada perayaan kali ini.

Menurutnya, dia ada mengimpikan untuk memiliki ketuhar baharu memandangkan ketuhar di rumah sudah pun lama tetapi masih digunakan.

“Tak sangka permintaan untuk dapatkan ketuhar, peralatan memasak dan acuan biskut dipenuhi dan tak sabar rasanya untuk buat kuih raya sempena perayaan tahun ini.

"Tambahan pula, baru-baru ini ada guru yang ingin membuat pesanan selepas merasai biskut yang saya buat,” katanya.

Nur Shuhada berkata, adiknya, Nurina, 11, pula gemar menyediakan kek dan dengan adanya kemudahan berkenaan, mereka bertiga dapat menyediakan masakan istimewa buat ibu mereka yang tidak mampu bergerak.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...