TERKINI :

Friday, June 19, 2015

WSJ: Najib didakwa guna dana 1MDB untuk PRU13

Laporan Wall Street Journal (WSJ) hari ini mendakwa bahawa dana 1MDB telah digunakan untuk membiayai kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Laporan itu mendakwa bahawa ia dilakukan dengan 1MDB membuat pembelian aset pada harga yang tinggi dari Genting Group pada 2012.

Genting kemudiannya didakwa membuat sumbangan kepada sebuah yayasan yang didakwa ada kaitan dengan Najib sebelum PRU13 dan dana itu telah digunakan untuk berkempen.

"1MDB pada Oktober 2012 memperolehi satu unit Genting yang memiliki 75 peratus kepentingan dalam loji janakuasa arang batu 720 megawatt berhampiran Kuala Lumpur," kata laporan itu.

WSJ mendakwa, pembelian 1MDB terhadap kepentingan Genting dalam aset kuasa itu adalah kira-kira lima kali ganda nilainya ketika itu.

Laporan itu mendakwanya "harganya yang bersamaan dengan kira-kira AS$740 juta pada masa itu, menjadi RM2.3 bilion.

"Beberapa bulan selepas jual-beli itu, satu unit Genting yang dikenali sebagai Genting Plantation Berhad membuat sumbangan kira-kira AS$10 juta kepada sebuah badan amal yang mempunyai kaitan dengan Najib, menurut jurucakap untuk Genting Plantation," dakwa laporan itu lagi.

WSJ mendakwa bahawa yayasan itu ialah Yayasan Rakyat 1Malaysia, yang menyenaraikan Najib sebagai pengerusinya di laman web yayasan tersebut.

Menurut laporan WSJ itu lagi, walaupun ditubuhkan untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik melalui pendidikan dan sukan, namun badan kebajikan itu kemudiannya terlibat dengan perbelanjaan yang dilihat untuk membantu Najib mengekalkan kuasanya dalam pilihan raya umum Mei 2013.

Aduhai Mantan Ketua Polis Negara, Sudah pencen baru berani nak bersuara


Tan Sri Musa Hassan menuduh menteri Kabinet dan ahli politik sering cuba campur tangan dalam siasatan polis dan membuat penahanan semasa beliau berkhidmat sebagai Ketua Polis Negara dan mendakwa ia masih berlanjutan.

Musa yang bersara pada September 2010 menamakan salah seorang menteri tersebut ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai antara ahli politik itu dalam satu sidang media hari ini dan mendakwa keenggannya mengikut arahan tersebut menyebabkan beliau tidak disambung kontrak.

Beliau turut mengkritik penggantinya, Tan Sri Ismail Omar sebagai seorang pegawai yang hanya mengikut perintah kepada ahli politik yang berpengaruh.

“Terdapat banyak keraguan daripada pegawai polis yang dikatakan menerima arahan bukan daripada (pegawai tertinggi mereka) tetapi daripada Kementerian Dalam Negeri.

“Malahan kementerian tersebut masih boleh memberikan arahan sekaran... siapa yang kawal sekarang?” soal Musa.

Akhirnya PAS berserah pada QADA & QADAR disebalik perbalahan berlaku..!!

Tiada istilah perang 'kalah mati' dalam politik

RENCANA KHAS                                                                                               

Tuan Ibrahim serah kepada qada dan qadar.
Saya menunggu-nunggu komentar atau ulasan daripada pimpinan tertinggi Pas berhubung "tragedi" yang menimpa Pakatan Rakyat khasnya membabitkan Pas dengan DAP kini. Saya mengharapkan komentar itu, kalau pun tidak dapat mengusaikan apa yang berlaku, memulihkan keretakan dan mencantum kembali serpihan yang relai dan pecah, tetapi memberi kepuasan kepada orang (rakyat) mendengarnya. Ertinya biarlah ia satu ulasan dan jawaban yang mengamankan. 

Komentar dinanti-nantikan itu tentulah tidak tambah menegangkan lagi keadaan. Komentar yang mengulik perasaan untuk damai. Dalam hidup ini bukan saja memerlukan kepada perdamaian keadaan, tetapi perdamaian fikiran juga penting. Sebab itu ada orang kaya tetapi hidupnya gelisah sepanjang masa kerana ketiadaan ketenangan fikiran.

Komentar demikian sesuai dengan sifat atau darjat manusia yang disyariatkan sebagai khalifah. Dan sebagai pimpinan yang mendakwa diri mereka adalah terjemahan dari akhlak Quran dan Hadith, akan dapat membuat komentar yang mereda dan menginsafkan keadaan dan kalau ia tidak mampu membuka jalan perdamaian.

PR Baru Akan Dihidupkan Semula Dengan Pilihan Bersama Atau Tanpa Penyertaan Pas

Shahbudin Husin,


Dua tiga hari lalu politik negara agak gempar dengan berita seolah-olah Pakatan Rakyat tidak wujud lagi. Sudah ada juga yang mula bertepuk tangan dan mengeluarkan kenyataan "lebih lajak dari laju" dengan mengatakan Kerajaan Selangor akan bertukar tangan, Exconya perlu segera meletakkan jawatan, kemungkinan pilihanraya negeri dan sebagainya lagi.

Ia berikutan tindakan DAP mengatakan keputusan Pas memutuskan hubungan dengan parti itu dalam muktamarnya adalah makna yang jelas bahawa tidak wujud lagi pakatan pembangkang yang ditubuhkah sejak 2008 lalu itu dikatakan tidak saja memberi kesan di Pulau Pinang tetapi juga di Selangor.

Bagaimanapun Pas mengatakan PR masih wujud kerana tiada sesiapa yang keluar daripada gabungan itu, melainkan hanya wujud masalah antara Pas dengan DAP sahaja. Sama seperti DAP yang tidak mengumumkan ia keluar daripada PR meskipun menyatakan gabungan itu tidak wujud lagi, Pas juga bertegas mahu terus kekal bersama gabungan itu.

Dalam keputusan selepas mesyuarat Biro Politiknya pula, walaupun PKR mengakui secara formal gabungan itu sudah mati tetapi menggambarkannya kerjasama yang wujud selepas ini sebagai perkahwinan poligami yang sudah bercerai, namun kekal sebagai kawan.

Putrajaya cuba alih isu GST kepada peniaga kecil, sederhana

 Sejurus pelaksanaan GST, Putrajaya menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (pindaan) 2014 secara meluas demi memberikan gambaran dan tanggapan implikasi buruk pelaksanaan cukai itu seperti kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab semata-mata, kata Naib Ketua Pemuda PKR Tan Kar Hing. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Jun, 2015.
Naib Ketua Pemuda PKR Tan Kar Hing hari ini mengecam Putrajaya kerana cuba mengalihkan kemarahan rakyat terhadap pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan kepada pihak peniaga terutamanya peniaga sederhana dan kecilan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai itu berkata, sejurus dengan pelaksanaan GST, Putrajaya menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (pindaan) 2014 secara meluas demi memberikan gambaran dan tanggapan implikasi buruk pelaksanaan cukai itu seperti kenaikan harga barang adalah disebabkan oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab semata-mata.

"Kerajaan melaksanakan GST dengan tujuan yang jelas iaitu untuk meningkatkan hasil kutipan negara.

"Maka, kenaikan harga barang berantai adalah sesuatu yang memang dijangka akibat pengenaan cukai baru sebanyak 6% tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tan menegaskan, pihaknya tidak membela sekumpulan kecil yang mungkin tidak bertanggungjawab dengan menaikkan harga barangan cara sewenang-wenangnya, akan tetapi kerajaan tidak seharusnya menolak segala tanggungjawab kepada peniaga dengan menimbulkan tanggapan yang salah berkenaan.

Akhirnya Perampas Kapal Tangki MT Orkim Harmony Ditahan di Perairan Vietnam


Akhirnya Perampas Kapal Tangki MT Orkim Harmony Ditahan. Lapan suspek yang dipercayai terbabit merampas kapal tangki MT Orkim Harmony berjaya ditahan pihak berkuasa Vietnam. Ia dibuat selepas mereka menceroboh perairan negara itu.

Menurut laporan yang dipetik daripada Bernama, penangkapan itu telah disahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Sebelum ini, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menggunakan aset laut dan udaranya dalam usaha untuk menjejak perampas Kapal Tangki MT Orkim Harmony.

Pengesahan itu dimuat naik Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar di laman Twitternya, pada Jumaat.

Dalam status yang dikemas kini, dia berkata, tiga kapal dan dua helikopter dihantar untuk menyertai operasi memburu suspek.

#FAM jadi pak turut persatuan bolasepak Singapura sedangkan ini game Liga Malaysia

KJ minta FAM segera jawab isu aksi Lions XII-ATM 

 
KENYATAAN di laman Twitter Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin. KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjawab segera isu berkaitan jadual perlawanan Liga Super antara Lions XII dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada malam esok yang dibangkitkan Hairuddin Omar. 

Menteri Belia dan Sukan itu menyatakan demikian dalam entri terbarunya menerusi akaun Twitternya - Khairykj @FAM_Malaysia. Elok dijawab cepat - sebentar tadi. Hairuddin yang juga kapten ATM membangkitkan isu itu menerusi akaun laman sosial Hairuddin Omar Official Fan Page yang turut dipaparkan dalam tweet berkenaan. 

Beliau antara lain dilapor melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan FAM membenarkan perlawanan Lions XII dan ATM di Stadium Jalan Besar Singapura, diadakan pada jam 8.30 malam, hanya kira-kira 45 minit selepas pemain selesai berbuka puasa. Aksi Lions XII menentang ATM itu adalah antara lima perlawanan Liga Super yang dijadual berlangsung malam esok. Empat lagi membabitkan Sarawak bertemu Perak di Stadium Negeri, Kuching bermula jam 9.45 malam. 

Antara Mazlan Aliman & Dr Zuhdi AJK PAS yang baru siapa lagi "RADIKAL"


http://sts.um.edu.my/staff_zuhdi.htm

Aziz Bari: siasat Tunku Idris jika menghasut

 
Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berkata, polis perlu menyiasat jika putera raja Johor bertindak menghasut melalui kenyataan berhubung hak Johor keluar daripada Malaysia.

Abdul Aziz berkata, Putera Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim tidak menikmati kekebalan undang-undang seperti sembilan orang Raja-Raja Melayu.

“Dalam apa jua kes, Peguam Negara dan pasukan polis perlu membuat pendirian sama ada putera raja tersebut melanggar undang-undang, khususnya Akta Hasutan 1948.

“Jabatan ini bertanggungjawab untuk menguatkuasa undang-undang dengan adil ke atas semua rakyat; putera raja Johor tidak kebal daripada undang-undang.

“Hanya sembilan orang raja-raja Melayu yang menikmati keistimewaan ini, tertakluk kepada peruntukan mahkamah khas untuk raja-raja,” kata Abdul Aziz dalam kenyataannya.

Apakah masa depan yang menanti parti-parti Pakatan?

Oleh Robin Stanley Augustin


Jadi, Pakatan Rakyat sudah berkubur. PKR akhirnya mengakui apa yang memang sudah menjadi
kebimbangan ramai.

Masa depan Pakatan boleh dikatakan sudah berkecai selepas DAP mengumumkan pengakhiran gabungan itu. Pengumuman – yang dikatakan sesetengah pihak sebagai terlalu awal – dibuat selepas Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP menerima usul muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan mereka.

Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz sejak itu berkata, Pakatan tidak mati, kerana ia hanya memerlukan sekurang-kurangnya dua parti, dan keadaan kini bergantung kepada PKR dan PAS.

Tokoh veteran DAP Lim Kit Siang pula berkata, suda tiba masanya rakyat Malaysia melangkah ke hadapan dan ada keperluan untuk gabungan politik baru yang berasaskan prinsip.

Katanya lagi, kini amat penting untuk mengatur semula pihak dan kuasa politik di negara ini, selain terus menghidupkan harapan rakyat Malaysia yang ingin melihat perubahan berdasarkan ideal Pakatan iaitu perpaduan negara, keadilan, kebebasan dan maruah rakyat.

Buktikan kami radikal, kata Mazlan pada Dr Zuhdi


Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mencabar ahli Jawatankuasa PAS Dr Zuhdi Marzuki supaya menjelaskan bagaimana NGO itu boleh dianggap "radikal". 

"Adakah dengan menyuarakan (isu) penindasan (terhadap peneroka) dianggap radikal? Adakah mengambil tindakan saman dan mengadakan demonstrasi (terhadap Felda) dikatakan keterlaluan? 

"Jika itu yang dikatakan radikal dan keterlaluan, saya tiada ada masalah. Yang penting kita menjadi suara alternatif kepada masyarakat Felda. "Ini adalah cara kita untuk memberi pandangan terhadap isu ketidakadilan dan penindasan yang berlaku," kata presidennya Mazlan Aliman ketika dihubungi Malaysiakini semalam. 

Beliau mengulas serangan Zuhdi yang mendakwa ANAK "anti-establishment dan agak radikal" serta "kadang-kadang memberontak" dengan mengajak anak peneroka Felda menjadi pendesak dalam menyatakan tuntutan. Zuhdi mendakwa "tindakan popular" NGO itu walaupun mendapat sokongan pendukung Pakatan Rakyat tetapi tidak mendapat tempat di hati warga Felda. 

Mazlan menjelaskan matlamat utama penubuhan NGO itu sejak 2008 sebagai membela kumpulan itu termasuk generasi kedua dan ketiga walaupun mengakui ia bukan suatu perkara yang mudah

Memang TOLOL Jika Percaya UMNO Sokong Hudud

Putrajaya enggan berikan komitmen sokong hudud PAS

Putrajaya enggan menyatakan pendirian mereka tentang pelaksanaan hudud di Kelantan selepas Rang Undang-undang Persendirian presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Mahkamah Syariah muncul dalam kertas arahan Parlimen semalam.

"Itu bukan pendirian kerajaan. Jerai akan memberikan jawapan tentang pendirian kami," kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim merujuk kepada rakannya Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Shahidan menjawab soalan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang menyimpulkan Putrajaya tidak mahu menyokong undang-undang jenayah Islam selepas mendapatkan penjelasan daripada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengapa usul itu hanya muncul dalam Kertas Arahan semalam walaupun sudah dihantar beberapa minggu lalu.

Pandikar meningatkan Mahfuz beliau pernah bermesyuarat dengannya bersama Hadi, dan Ahli Parlimen Kota Baru Datuk Takiyuddin Hassan di pejabatnya, dan sudah memberikan pendiriannya berhubung isu hudud.

"Oleh kerana anda bertanya, usul dibawa Marang memenuhi syarat-syarat untuk Standing Order dan sebab itulah saya masukkan dalam kertas arahan," katanya merujuk kepada Hadi.

Walaupun PR sudah tiada, kerjasama masih boleh diadakan


DI AMBANG SORE                                                                                         

Anwar berharap kerjasama diteruskan.
Anwar Ibrahim menggesa ketiga-tiga parti yang membentuk Pakatan Rakyat, PKR, DAP dan Pas meneruskan kerjasama di peringkat Parlimen dan di tiga buah kerajaan negeri dibawah Pakatan Rakyat, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Dalam satu perutusan dari Sungai Buloh Anwar menegaskan kerjasama itu perlu demi untuk membela dan menyelamatkan rakyat dari terus ditindas oleh kerakusan dan ketidakadilan kerajaan UBN.

Beliau juga menzahirkan keyakinan sekiranya sikap politik profesional dipraktikan, yakin kerjasama antara tiga parti itu di peringkat negeri-negeri dan parlimen boleh dilakukan walaupun Pakatan Rakyat kini sudah tidak wujud lagi.

Pandangan dan gesaan Anwar itu sepatutnya diterima baik oleh ketiga-tga buah parti berkenaan dan menunjukkan satu sikap politik yang sedarhana dan berpandangan jauh daripada Anwar Ibrahim. Pandangan Anwar itu juga merupakan formula untuk menghuraikan kemelut yang berlaku dalam Pakatan Rakyat kini yang semakin rumit.

Kru kapal tangki yang hilang bebas, lanun lari kapal di cat baru dan di tukar nama "Kim Harmoni"

Kru kapal tangki Orkim Harmony dibebaskan pagi tadi 

 
KUALA LUMPUR: Semua kru kapal tangki MT Orkim Harmony sudah dibebaskan kumpulan perampas jam 2.30 pagi tadi, kata Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM). 

Berikutan pembebasan itu, semua perampas meninggalkan kapal dan melarikan diri menaiki bot penyelamat kapal MT Orkim Harmony manakala kapal itu diiring ke pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba jam 2 pagi esok, kata Panglima Tentera Laut seperti dilaporkan dalam Twitter Bernama. 

Hanya seorang kru kapal MT Orkim Harmony alami cedera ringan. Kapal tangki itu bersama 22 kru terdiri daripada 16 rakyat Malaysia, lima Indonesia dan seorang Myanmar, dilaporkan hilang Khamis lalu ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang. 


Kapal tangki itu dirampas oleh sekurang-kurangnya lapan lanun bersenjatakan pistol dan parang dipercayai warga Indonesia. Lanun dikatakan mahu menjual 6,000 liter petrol yang dianggarkan bernilai RM21 juta dalam kapal itu kepada sindiket asing. MT Orkim Harmony disahkan ditemui semalam oleh pihak berkuasa di perairan Kemboja, telah dicat semula dan ditukar nama kepada 'Kim Harmon'.

Perpecahan PR rugikan rakyat


Pengarah Dasar DAP negeri, Wong Shu Qi  
Shu Qi

JOHOR BAHRU - DAP Johor menyifatkan perpecahan gabungan PR tidak merugikan mana-mana parti politik, tetapi secara jelas kerugian kepada rakyat yang tidak lagi mempunyai pilihan pada PRU akan datang.

Pengarah Dasar DAP negeri, Wong Shu Qi berkata, sejak tujuh tahun lalu PR merupakan satu gabungan parti yang kuat untuk dipilih rakyat bagi menggantikan BN.

Bagaimanapun, menurutnya, selepas PR diumumkan terkubur ekoran keputusan Pas meluluskan usul memutuskan hubungan dengan DAP pada Muktamar Pas baru-baru ini, rakyat tidak lagi mempunyai parti alternatif yang kuat pada masa kini.

“Akan datang kita tak tahu, mungkin ada parti lain yang berminat nak bergabung dengan PKR dan DAP kita sedia bekerjasama asalkan mempunyai misi sama untuk menyatukan semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Bagaimanapun secara terperinci akan dibincangkan dalam mesyuarat tergempar yang akan diadakan pada Sabtu depan,” katanya pada kepada Sinar Harian, semalam.

Mangsa banjir di Kelantan sambut Ramadan dalam khemah


Mangsa banjir sambut Ramadan dalam khemah  
Setiap khemah dibina dapur sendiri.
Mangsa banjir sambut Ramadan dalam khemah  
Keluarga mangsa banjir berkumpul dalam khemah menyambut Ramadan.
GUA MUSANG - Ramadan tahun ini mencabar bagi 45 keluarga apabila terpaksa disambut dalam khemah di penempatan sementara mangsa banjir Bandar Utama berikutan rumah kekal mereka yang dibina kerajaan masih belum siap.

Namun mereka tidak kekok menjalani ibadat puasa di khemah berkenaan kerana enam bulan menetap di situ selepas kediaman mereka musnah akibat banjir Disember tahun lalu.

Mereka baki daripada 108 keluarga mangsa banjir sekitar Gua Musang yang masih tinggal dalam khemah berikutan tidak mampu menyewa rumah dan belum ditawarkan berpindah ke kediaman transit di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), di sini.

Tinjauan mendapati tiada khemah besar disediakan untuk 225 penduduk menunaikan solat secara berjemaah termasuk solat sunat tarawih bagaimanapun terdapat sebuah masjid di Kampung Rahmat, 300 meter dari penempatan sementara itu.

PKR terus kunci mulut krisis PR


PR

KUALA LUMPUR - Pemain utama dalam PKR hari ini mengunci mulut berhubung status terkini dan masa depan PR meskipun kedudukan gabungan pembangkang itu kini ibarat 'telur di hujung tanduk'.

Ditemui di lobi Parlimen hari ini, rata-rata mereka lebih suka mendiamkan diri dan enggan mengulas lanjut kecuali senada memberitahu bahawa satu kenyataan rasmi akan diumumkan kelak.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, kenyataan rasmi tersebut dicapai hasil mesyuarat di sini semalam dan ia akan dikeluarkan oleh presiden parti kelak, katanya kepada pemberita.

Semalam, DAP mengisytiharkan gabungan itu yang terdiri daripada parti itu, PKR dan Pas tidak lagi wujud susulan keputusan Muktamar Pas baru-baru ini untuk memutuskan hubungan dengan DAP telah 'membunuh' pakatan itu.

Ramadan ibarat 'durian runtuh'


Mohamad Shukri Mohamad  
Mohamad Shukri Mohamad
KOTA BHARU - Umat Islam di negara ini dinasihatkan  bijak guna masa dan menghindari perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan sepanjang Ramadan ini.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, Ramadan adalah bulan yang boleh diibaratkan sebagai ‘durian runtuh’ atau bulan pahala yang dikurniakan ALLAH SWT untuk memberikan ganjaran kepada umat Islam.

“Maka setiap umat Islam itu tidak boleh mengabaikan peluang ini untuk berbuat baik, menghulurkan derma dan sambutlah Ramadan ini dengan satu ketetapan, keyakinan, kesabaran dan kepatuhan yang tinggi kepada ALLAH SWT.

“Hiasi masa kita dengan membaca al-Quran, memahami maksud disampaikan, solat tarawih dan tidak kurang juga mendirikan solat sunat yang lain.

Hayati apa yang terkandung dalam al-Quran dan kaitkan dengan alam persekitaran kita, itulah sebaik-baiknya kita menghargai kekuasaan ALLAH SWT,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Setakad ini tiada beras palsu di Kedah


Yusof Ismail  

ALOR SETAR - Sehingga kini tidak ada sebarang aduan diterima daripada orang awam berhubung penemuan beras palsu di Kedah.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Datuk Yusof Ismail berkata, sejak isu beras palsu hangat diperkatakan kebelakangan ini, timbul keresahan dalam kalangan masyarakat kerana bimbang jika termakan beras itu boleh menjejaskan kesihatan.

Menurutnya, menyedari perkara itu, mereka sentiasa mengalu-alukan aduan daripada orang ramai untuk melaporkan perkara berkenaan dan tindakan susulan akan dilaksanakan.

“Jika boleh hantar sekali gambar menunjukkan perbezaan beras asli dengan palsu yang belum dimasak dengan lepas dimasak supaya mudah untuk kita merujuk kepada pihak kesihatan.

“Pihak kesihatan akan melakukan ujian dan siasatan untuk mengesahkan perkara itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...