Penduduk sokong tindakan Maik  
Kerja-kerja melebarkan jalan turut dilakukan berhampiran tanah perkuburan bagi memudahkan urusan pengebumian jenazah.


Penduduk sokong tindakan Maik  
Tanah perkuburan Islam Kampung Tualang mula dibersihkan bagi pengebumian jenazah pelarian Rohingya tidak lama lagi.

POKOK SENA - Penduduk Kampung Tualang dekat sini, menyokong cadangan Majlis Agama Islam Kedah (Maik) untuk mengebumikan jenazah pelarian Rohingya di tanah perkuburan Islam di kampung berkenaan.

Malah penduduk juga mendakwa tindakan itu sangat baik kerana selama ini tanah perkuburan berkenaan terbiar selain menjadi port individu melepaskan gian.

Penduduk, Fawzi Ayob, 51, berkata, tanah perkuburan itu terbiar selepas penduduk kampung yang meninggal dunia dikebumikan di tanah perkuburan Islam berdekatan Masjid Tualang.

"Daripada dibiarkan tanah ini dipenuhi belukar, lebih baik ia digunakan untuk mengebumikan pelarian Rohingya.

"Malah tindakan itu juga dapat mengelakkan kawasan berkenaan terus menjadi tempat individu melepaskan gian dan melepak," katanya.